Selasa, 13 Julai 2010

PERAKITE

PERAKITE


sisihkan Nazri, jika Umno-BN mahu berjaya pada PRU 13

Posted: 13 Jul 2010 06:51 AM PDT

Datuk Seri Nazri Aziz hendaklah disisihkan jika Umno-BN mahu kembali memperolehi sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13, Datuk Ibrahim Ali.

Begitulah pandangan Presiden Perkasa itu sebagai tindak balas terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai Perkasa.

"Perkasa hanya NGO tidak ada apa yang nak rugi. Jadi ketepikan Nazri jika Umno dan BN mahu dapat kembali sokongan rakyat, " kata beliau.

Beliau menyifatkan kenyataan Nazri sebagai satu "pandangan daripada orang yang hilang kewarasan berfikir. "

"Nazri tak layak dilayan kerana tiada nilai dan buang masa. Saya amat simpati tapi apa boleh buat kenyataannya membuat umat Melayu lagi membenci pada Ummo

"Pada masa yang sama tidak tambah nilai pada BN. Perkasa hanya NGO tidak ada apa yang nak rugi " kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu.

Tiada ulasan: