Selasa, 13 Julai 2010

shalehudin

shalehudin


Malu nak ngaku Umno

Posted: 13 Jul 2010 08:41 AM PDT

Aliff... mim... nun... wau... sarkis... wakaka...

Adusss... malu sungguh la jadi ahli bangsa Umno. Tak tau dah nak kata apa kat hangpa. Kalau dok tak sedaq lagi tak tau la. Tu la, baca lagi Utusan Malaysia tuh, kan ka dah senang senang dibangangkan.

Utusan Malaysia dengan bangga dan beretika sekali ala ala etika Umno telah menyiarkan CNN telah dibayar dengan sejumlah wang oleh Anwar semata mata bagi membolehkan Anwar muncul dalam program "Connect the World". Apa lagi, panglima panglima cari makan bangsa Umno pun menggelejat sakan hentam Anwar dan sekaligus CNN.

Tapi hari ini CNN keluarkan kenyataan begitu kesal kerana rangkaian televisyen itu tidak dihubungi bagi memastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak sebelum ianya disiarkan. Nyata, Utusan Malaysia main hentam saja. CNN malah menafikan bahawa mereka ada menerima wang tersebut dari Anwar sebelum ini.

Rakyat dapat menilai, ahli ahli bangsa Umno sendiri dapat mengagak parti jenih apa yang depa huni selama ini.

Muhyiddin sambut salam Hadi?

Posted: 13 Jul 2010 06:42 AM PDT

Dalam Malaysian Insider Muhyiddin berkata Umno sedia bertemu PAS jalin kerjasama.

Muhyiddin Yassin selaku TPM berkata, Umno sedia berbincang dengan Pas sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu seperti disaran beberapa pihak.

"Soal perpaduan antara Melayu sama Melayu bukanlah satu perkara tidak baik, lebih-lebih lagi dalam situasi pada masa kini yang memerlukan bentuk kerjasama yang lebih konkrit terhadap isu termasuk ekonomi, kebudayaan dan institusi beraja serta mewujudkan perpaduan untuk membantu membangunkan ummah dan negara," katanya kepada pemberita.

Aku rasa Muhyiddin ni masih tak paham hasrat sebenar PAS dalam soal perpaduan ni. Perpaduan yang PAS anjurkan adalah atas dasar Islam, bukan atas dasar bangsa. Elok sangat dah, yang hang pi dengaq dan lantik mangkok ni jadi anggota Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)  tu buat hapa.

Ada ka tera Lokman Nor Adam boleh diangkat untuk jadi Panel Pemikir depa. Hangpa boh la tajuk lain kalau nak bagi duit kat dia pun.

Polis pun flip flop

Posted: 13 Jul 2010 04:00 AM PDT

Polis batal 'periksa' pejabat PKR

Abdul Rahim Sabri
Polis membatalkan hasrat memeriksa ruang kerja seorang ahli majlis pimpinan pusat PKR Badrul Hisham Shaharin di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya awal petang ini.

Badrul (bawah) - yang hadir menunggu di situ sejak jam 1 tengah hari - berkata, kira-kira jam 3 petang tadi, beliau dimaklumkan mengenai pembatalan itu melalui SMS daripada seorang pegawai ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban.

Katanya, setelah menelefon kembali, polis memaklumkan bahawa mereka telah sampai ke lokasi itu tetapi terpaksa pulang tanpa membuat sebarang pemeriksaan kerana "mempunyai tugas lain yang lebih penting".

"Pegawai polis kata mereka sudah sampai dan hantar SMS. Kemudian saya hubunginya semula dan pegawai itu berkata bahawa beliau mendapat arahan untuk tugas lebih penting dan berpatah balik ke Negeri Sembilan," katanya.

Menurut ketua cabang PKR Rembau itu, beliau dimaklumkan, masa dan tarikh bagi pemeriksaan lanjut mereka akan diuruskan kemudian oleh pegawai penyiasat kesnya.

Jumaat lalu, Badrul ditahan polis di Seremban antaranya ekoran tulisannya dalam blog yang didakwa menghasut. Rumahnya di Bukit Chedang juga digeledah polis tetapi tiada apa-apa barang diambil.

Setelah tiga jam ditahan dan dirakamkan kenyataannya, Badrul dibebaskan setelah dilaporkan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis.

Polis dakwa Badrul tak angkat telefon

Tindakan polis hari ini dipercayai ekoran kenyataan Badrul dalam blog bahawa beliau tidak mempunyai komputer peribadi, sebaliknya menumpang di pejabat lain, termasuk di ibu pejabat PKR bagi menghasilkan sesuatu artikel.

Bercakap kepada pemberita, Badrul beranggapan, kehadiran wartawan mungkin menyebabkan pihak berkuasa membatalkan hasrat itu buat masa ini.

Sebelum itu, pada jam 2.45 petang tadi, Malaysiakini mendapati dua buah kereta polis bertulis "pegawai penyiasat PDRM" - dengan lima anggota - berhenti dan berlegar-legar di hadapan pejabat PKR.

Bagaimanapun, tidak pasti kumpulan tersebut yang terlibat 'memeriksa' ruang kerja Badrul di pejabat parti tersebut.

Turut menemani Badrul adalah timbalan presidennya Dr Syed Husin Ali.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Zaki Masroh mengesahkan mereka ke pejabat PKR bagi mengambil laptop yang digunakan oleh Badrul.

Katanya, perkara tersebut penting bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.

Bagaimanapun, Zaki berkata mereka membatalkannya kerana panggilan daripada pegawainya tidak dijawab oleh Badrul.

"Itu sahaja, sebab itu kita kena berjumpa dengan dengan Cikgu Bad (Badrul). Nak masuk rumah orang kena beri salam dulu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ni baru betoi politik cara Islam

Posted: 13 Jul 2010 02:00 AM PDT

Sumber: Pak Long

Alamak... nak kena muzakarah pulak ka?

Salam semua...

Ni baru betoi, Pak Long sokong cara ni. Ni baru orang panggil berparti cara Islam, berparti cara matang. Bila ada tuduhan, panggil depa muzakarah pakat pakat bincang dan tunjuk tang mana tak kena. Jangan dok main tuduh hang aku, sampai mampuih pun tak habih habih. Biaq la budak budak yang pakat dok lawan tuduh hang aku, kita sebagai orang tua tua dan matang dalam bersiasah ni kena buat cara bijak.

Mak Long hang mesti sokong punya hasrat Presiden Pas ni nak ajak ulama Umno muzakarah pasai sapa yang sesat jalan. Tapi muzakarah elok elok la, jangan dok main lut chak dalam gelap pulak, tak elok orang tengok.

Dalam Pas ada Majlis Syura, ada Dewan Ulamak, depa ni boleh jadi wakil Pas. Dan dalam Umno ada biro agama dan ada mufti yang dilantik kerajaan, jom kita muzakarah tengok dan tentukan siapa yang sesat. Sebab tu dalam bersiasah, yang menentukan sesat atau tidak tu Al-Quran dan Hadis, jadi balik mai pada Al-Quran dan Hadis lah.

Tapi Pak Long suka bila Haji Hadi ni luku kepala Berahim Ali dan sekutu sekutu Umno yang lain... hihi...

"Jika Islam ditegakkan Melayu akan selamat dan jika Melayu ditegakkan, Melayu tak selamat, Islam pun tak selamat.

Yang Umno pun jangan dok gatai letak macam macam syarat pulak, ulamak muda hangpa dah berlambak nak takut mai tang mana lagi. Muzakarah bukan macam lawan silat, kita dok bincang saja. Takkan takut sampai hilang teloq kot...

Wassalam...

Pas tak suka dikritik?

Posted: 13 Jul 2010 12:30 AM PDT

Maklumat Yang Boleh Memakan Diri Sendiri

ORANG Pas yang tidak suka parti mereka dikritik (walaupun untuk kebaikan) mungkin suka dan bahagia dengan apa yang dijelaskan oleh salah seorang Naib Presidenya yang mengatakan undi teras Melayu kepada Pas tidak berubah bahkan meningkat sedikit.

Tentulah pernyataan itu akan menafikan dakwaan ataupun kebimbangan sesetengah pemerhati yang menduga undi Melayu kepada Pas akan merosot ekoran pendekatan baru Pas muasir ini yang dilihat liberal dan tidak berpegang kepada prinsip atau pendekatan asal. Ini termasuklah memberi tumpuan kepada bukan Melayu dengan mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong Pas. Kontrasnya usaha ini tidak ada perancangan atau agenda khusus untuk memacing undi Melayu.

Sesetengah pemerhati merasakan tindakan agresif Pas itu seolah mengalpakan pengundi Melayu dan merupakan satu gerakan mempengaruhi pengundi yang tidak seimbang. Pas mengadakan perancangan khas untuk menambah undi bukan Melayu menerusi Dewan Himpunan Penyokongnya dimana dewan itu telah diikhtrafkan oleh Pas, tetapi belum ada program menjerat pengundi Melayu.

Tetapi di sini saya ingin memperbetulkan tanggapan atau analisa selamba Naib Presiden Pas berkenaan yang didakwa merupakan satu rumusan dalam retreat Pas selama tiga hari lalu di Port Dickcson.

Saya tidak bersetuju dan merasakan penegasan mengenai hal itu tidak tepat dan boleh memakan diri sendiri. Menurut Naib Presiden Pas itu, pada tahun 1995 peratus undi Melayu kepada Pas ialah 38% hingga 40%. Peratus pada tahun 1999 bertambah hingga 55%. Pertambahan ini menggunakan alasan kerana berlaku pemecatan Anwar Ibrahim dari Umno. Penambahan itu pun berlaku bukan kerana ada pembaharuan dan tarikan dari Pas melainkan kerana isu Anwar.

Dalam tahun 2008 katanya sokongan Melayu kepada Pas antara 42% hingga 46%. Berdasarkan fakta itu menurut Naib Presiden bermisai dan berjanggut putih itu, undi teras Melayu tidak berubah.

Saya tidak tahu apakah pandangan Naib Presiden itu bahawa peratus undi teras Melayu yang dikatakan itu statitik, maksudnya ia satu angka yang tidak akan berubah menjelang pilihan raya ke 13 nanti atau bagaimana? Bahkan ada kemungkinan makin melonjak? Begitukah yang beliau fikirkan ataupun penjelasan itu sekadar untuk menafikan tanggapan negatif terhadap Pas yang kurang disenanginya? Kalau beliau berfikiran begitu alangkan dangkalnya.

Pada saya, pencapaian-pencapaian itu, tahun 1995, 1999 dan 2008 tidak boleh dipakai lagi kerana kedudukan dan senarionya berubah. Pas tidak boleh asyik dengan perangkaan untuk menyedapkan hati itu. Pencapaian itu tidak boleh dijangka sekiranya ia tidak mengambil kira perubahan semasa dan isu semasa yang berlaku waktu ini di mana sesetengahnya memberi kesan negatif kepada Pas dalam konteks orang Melayu.

Misalnya tahun 1995 membawa ke tahun 1999 Umno di dalam keadaan bergolak. Masa itu berlaku pertukaran kepimpinan dari Dr Mahathir Mohamad kepada Abdullah Ahmad Badawi. Selepas pertukaran itu Umno menghadapi masa yang amat kritikal ekoran kepimpinan Abdullah.

Sesetengah orang Melayu Umno sendiri yang terpengaruh dengan hasutan dan dengki Mahathir menyerang Abdullah, menerima pandangan Dr Mahathir. Orang Melayu Umno ikut protes Umno dan undi Melayu dari Umno (pengundi) inilah yang lari kepada Pas.

Begitu juga Naib Presiden berkenaan mengatakan peningkatan undi Melayu kepada Pas tahun 1999 ekoran pemecatan Anwar dari Umno. Perlu diambil kira hari ini Anwar bukan lagi dipecat, dan Umno bukan lagi di bawah kepimpinan yang diserang siang dan malam, tetapi sudah bertukar tangan kepada Najib. Dan kes liwat yang dihadapkan kepada Anwar hari ini bukan yang pertama tetapi yang kedua, di mana persepsinya berhubung kes ini mungkin berbeza.

Kini suasana itu sudah tidak ada lagi. Malahan peralihan dari Abdullah kepada Najib menyerlahkan kesungguhan dan kerajinan Najib memperbetulkan kesilapan lampau mereka.

Demikian juga kata Naib Presiden itu, undi untuk Pas pada pilihan raya kecil kecil Bukit Gantang, Perak meningkat hingga 45% juga tidak boleh dipakai. Waktu itu Perak dalam keadaan kabur dan belum ada pemulihan dari Umno. Hari ini selepas Umno menguasai Perak setahun 'kepala' Melayu Perak sudah dingin sedikit. Apapun nak dikatakan dan nak dilebelkan mengenai pengambilan alih kerajaan Perak ia memberi untung kepada Umno berbanding Pas. Lainlah tentang pengundi Cina.

Begitu juga sebelum ini tidak ada gerakan untuk menyedarkan (menubakan) orang Melayu agar tidak meninggalkan Umno. Hari ini sudah ada berbagai pertubuhan bukan kerajaan yang siap untuk menjadi perkas kepada Umno. Sedikit sebanyak kemunculan NGO-NGO ini boleh memberi input dan kejutan baru kepada orang Melayu agar kembali semua kepada parti asal mereka. Sebaliknya tidak ada NGO yang vokal untuk membela Pas kecuali NGO menuntut royalti minyak di Kelantan.

Makanya pandangan atau kenyataan Naib Presiden berkenaan tidak boleh diterima sebagai satu lesimpulan konkrit apa lagi untuk diguna pakai sebagai indaktor bagi pilihan raya yang akan datang. Saya cukup bimbang kalau tidak ada program dan agenda khusus untuk memberi keyakinan dan semangat kepada orang Melayu - termasuk generasi muda, bahawa Pas parti yang mempunyai komitmen untuk membela nasib mereka peratus undi yang dibanggakan itu akan menurun. Seharus disamping menerima Islam sebagai ideologi Pas juga harus menerima Melayu sebagai asas perjuangan.

Dalam hal ini pada saya lebih baik Pas berusaha secara senyap untuk menarik undi Melayu daripada bercakap tentang kejayaan masa lepas yang layak untuk dikenangkan saja. Kejayaan yang lepas masih belum tentu apakah ia berulang dan berpihak kepada kita atau sebaliknya. Sesuatu figure yang belum tentu memberi keuntungan sepatutnya tidak didedah sehingga menampakkan kedangkan kita dalam mengatur strategi. - MSO

Memang laku dah free heh... heh...

Posted: 12 Jul 2010 11:00 PM PDT

Akhbar Baru 'Keadilan' Habis Dalam 20 Minit

Mengabaikan amaran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), PKR awal pagi ini turun padang mengedarkan akhbar lidah rasmi terbaru mereka - Keadilan.

Oleh kerana permit penerbitan Suara Keadilan masih gagal memperbaharui permitnya, parti itu kini menerbitkan akhbar tidak berkala yang tidak memerlukan kebenaran daripada kementerian itu.

Lidah rasmi baru - yang kini diterbitkan sayap Pemuda PKR (AMK) diedarkan percuma kepada orang awam di stesen LRT Masjid Jamek oleh beberapa pemimpin mudanya.

Kesemua 400 salinan yang dibawa habis diedar "macam pisang panas" dalam masa 20 minit sahaja.

Ketika edaran itu dibuat, dua kereta peronda dan dua anggota pasukan keselamatan dilihat mengawal sekitar kawasan tersebut tetapi tidak menghalan pengedaran itu.

Keempat-empat pemimpin muda PKR itu setiausaha publisiti Lee Khai Loon, exconya Ramlan Roes, Ketua AMK Wilayah Persekutuan Zaman Md Tasi dan Ketua AMK Cabang Batu Rozan Azen.

Mereka antaranya melaungkankan slogan menggesa Suara Keadilan dan wartawan "dibebaskan" dalam aktiviti pagi ini.

Ketua pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib juga dilihat hadir dan mengambil gambar sekitar acara tersebut. - Malaysiakini

Cubaan curi Piala Dunia

Posted: 12 Jul 2010 08:55 PM PDT

 
 
 
 
 
Seorang lelaki tidak dikenal ditangkap petugas keselamatan setelah mencuba untuk mengambil trofi Piala Dunia dengan topinya sebelum pertandingan final Piala Dunia antara Belanda dan Spanyol di Soccer City di Johannesburg, Afrika Selatan, 11 Julai 2010.

Peristiwa ini adalah untuk kali keduanya, seorang peminat berjaya menyusup masuk ke final Piala Dunia 2010 antara Belanda menentang Sepanyol. Peminat itu juga mencuba mengambil trofi asli Piala Dunia. Insiden ini terjadi sebelum final Piala Dunia 2010 di Stadion Soccer City, Johannesburg. Sebelum perlawanan bermula, trofi asli Piala Dunia ditempatkan di tengah lapangan.

Tiba-tiba saja seorang peminat menyusup masuk ke padang. Sambil memakai topi berwarna merah, ia turut membawa kain berwarna merah dan berusaha menyentuh trofi asli Piala Dunia.

Tangan peminat itu sempat menyentuh trofi Piala Dunia, tapi petugas keselamatan bertindak cepat dan berhasil menggagalkan usahanya.

Insiden masuknya peminat ke tengah padang juga berlaku sebelum ini ketika perlawanan semifinal Jerman menentang Sepanyol. Seorang penyokong Itali sambil membawa Vuvuzela dan mengenakan pakaian 'Superman' masuk ke tengah padang untuk memprotes tersingkirnya pasukan Azzurri itu.

Melayu tak lupa tapi Mahathir yang mudah lupa

Posted: 12 Jul 2010 07:00 PM PDT

Kokok berdegar degar, taip ekoq penuh taik. Nampak gagah bukan main tapi penakut yang amat, dia ingat Melayu mudah lupa, tapi sebenaqnya dia yang terlupa Melayu tak mudah lupa.

Jadi Piem 22 tahun, Kampung Baru masih dok lagu tu. La ni pi cakap pandai pulak padahal time dia dulu tak berani nak sentuh langsung takut tak popular. La ni dia dok perangat Najib pulak nak bagi Najib kena pelangkong dengan Melayu Kampung Baru.

Inilah Mahathir Mohammad, Piem terlama Malaysia.

*******************************

Isu Kg Baru: MB Selangor dakwa Dr M dulu takut, kini berani

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM, 12 Julai – Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "penakut" kerana tidak melaksanakan cadangan pembangunan Kampung Baru dengan melibatkan orang bukan Melayu ketika era kepimpinannya selama 22 tahun.

"Cadangan untuk melibatkan orang bukan Melayu adalah satu alternatif tetapi beliau (Dr Mahathir) ketika menjadi perdana menteri takut untuk melaksanakannya.

"Ini kerana cadangan tersebut tidak seiring dengan kehendak majoriti penduduk Kampung Baru yang mahukan pembangunan dijalankan tanpa mereka hilang status tanah tersebut," kata beliau ketika ditemui wartawan sempena sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan usaha pembangunan semula Kampung Baru iaitu penempatan orang Melayu di ibu negara akan menjadi lebih menarik jika turut melibatkan orang bukan Melayu.

Dengan adanya penyertaan orang bukan Melayu, kata beliau, ia secara tidak langsung akan menjadikan Kampung Baru lebih menarik bukan hanya kepada pelancong asing tetapi juga kepada rakyat tempatan.

"Kita boleh membangunkan Kampung Baru sebagai kawasan komuniti Melayu berniaga tetapi saya rasa ia juga perlu melibatkan sekali orang bukan Melayu untuk ambil bahagian dalam pembangunan tersebut sebab ia akan menjadi lebih menarik.

"Ketika menjadi perdana menteri saya cuba untuk membangunkan Kampung Baru tetapi penduduk membantah," kata Dr Mahathir.

Khalid (gambar) berkata, beliau dan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali akan mengadakan satu forum bersama penduduk Kampung Baru dalam masa terdekat.

"Kita akan mengadakan forum untuk mencari bagaimana boleh membangunkan Kampung Baru tetapi pada masa sama tidak hilang status Bumiputera," katanya.

Kampung Baru mempunyai keluasan 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian yang dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada Mac 2007 membabitkan 54.4 hektar, kadar yang ditetapkan bagi satu kaki persegi untuk tanah kediaman ialah antara RM270 hingga RM300 dan RM500 hingga RM600 untuk satu kaki persegi bagi tanah perdagangan.

Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pernah menyebut projek pembangunan di Kampung Baru dimajukan dengan pemilikan hartanah 60 peratus orang Melayu dan 40 peratus kaum lain.

Bagaimanapun beliau kemudian menafikan pendekatan penyertaan bukan Melayu di Kampung Baru.

Beliau berkata kerajaan tidak memaksa pemilik tanah Kampung Baru untuk menerima cadangan membangunkan hartanah berdasarkan kuota 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Namun cadangan tersebut ditolak pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kampung itu yang akan mengekalkan 100 peratus hak milik Bumiputera.

Selain itu, Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru juga membantah cadangan tersebut.

Aku sokong bidasan Azmin

Posted: 12 Jul 2010 05:00 PM PDT

Aku bersetuju dengan teguran ala bidasan Azmin terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim tu yang mengikut pandangannya masih gagal mengamalkan bajet berhemah.

Ini yang dikatan cara baru pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. Cara baru memang agak payah orang nak terima. Dah berpuluh tahun kita diasuh oleh kerajaan korup BN, jangan sesapa yang dok gatai nak tegur apa apa pun kat kerajaan, maka hari ini kita akan melatah dan menghentam Azmin kerana mengubah cara tersebut. Ini silap kita, kita gagal menerima dan memahami konsep baru berkerajaan dibawah kerajaan Pakatan Rakyat.

"Ini adalah perbekalan tambahan kedua dalam tahun ini. Tambahan pertama telah diluluskan oleh Dewan dalam sesi bulan April lalu dengan peruntukkan tambahan sejumlah RM69 juta.

"Anggaran perbelanjaan 2010 telah membengkak dari RM1.3 bilion kepada RM1.49 bilion. Persoalannya adakah ini amalan urus tadbir kewangan yang berhemah?" kata beliau dalam ucapan perbahasannya di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Ini baru betoi, kerajaan boleh ditegur secara terbuka dengan menampilkan hujah yang bernas dan berisi. Sanggah dengan bukti, dan ditempat yang sewajarnya hujah tersebut dihujahkan.

Ketidakpuasan hati terhadap parti saja yang perlu disalurkan menurut saluran saluran dalaman yang telah ditetapkan oleh perlembagaan parti. Tindakan disiplin parti wajib diambil pada ahli ahli yang ingkar.

Ini cara baru yang di ilhamkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Keterbukaan sebegini baru, tentunya mengundang sedikit tentangan walaupun ada dari kalangan ahli keranan ramai yang masih kurang faham atau bingung dengan perubahan mendadak ini.

Bukti Umno terdesak

Posted: 12 Jul 2010 04:00 PM PDT

Dakwaan Anwar-CIA bukti Umno terdesak, kata AMK

Tindakan menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai alat Agensi Perisikan Pusat (CIA) menunjukkan bahawa Umno sudah terdesak, kata ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Katanya, Umno jadi terdesak ekoran kegagalan parti itu untuk meyakinkan rakyat mengenai kontroversi seperti kontrak kerajaan dengan Apco Worldwide dan Asiasoft.

"Tuduhan alat CIA nyata berat dan biadap dalam keadaan segalanya bermula apabila beberapa isu yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Anwar secara umumnya dan KEADILAN khususnya mendapat perhatian rakyat dan gagal dijawab secara berfakta," kata Shamsul Iskandar (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengecam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, khususnya kerana berkata tindakan akan diambil terhadap Anwar jika ada bukti beliau mempunyai hubungan agensi perisikan Amerika Syarikat itu.

"Jawapan itu juga menunjukkan bahawa institusi polis sekaligus telah hilang kredibiliti apabila setelah 12 tahun isu alat CIA dimainkan, Datuk Seri Anwar masih gagal disabitkan dengan sebarang bukti konkrit dan sahih," tambahnya.

Beralih kepada Utusan Malaysia, yang melaporkan dakwaan terhadap Anwar itu semalam, Shamsul berkata akhbar tersebut telah mengkhianati perjuangan tokoh-tokoh wartawan terkemuka Melayu seperti Datuk Usman Awang, Keris Mas dan Datuk A Samad Said.

"Utusan kini jelas bukan lagi satu institusi, tetapi media yang telah terlacur sepenuhnya," tegas Shamsul lagi.

Dalam edisi Ahadnya semalam - Mingguan Malaysia - akhbar harian bahasa Melayu itu memetik tulisan Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai "seorang penulis blog terkemuka", mendedahkan bahawa Anwar merupakan "alat" CIA .

Akhbar tersebut menterjemah tulisan Elaine dalam blog - Culture of Life News - seperti berikut: "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segala-galanya dan merupakan ejen CIA yang menyamar."

Mingguan Malaysia memetik tulisan Elaine yang bertajuk 'CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated (CIA dan Mossad mahu Anwar Ibrahim dibunuh) yang menyebut bahawa Anwar merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara itu di Malaysia.

Tiada ulasan: