PENYAPU SIAL |
- kalau altantuya boleh masuk tak mustahil RPK boleh lolos keluar dari malaysia....!!!!
- kalau DSAI sesumpah politik...najib pulak sesumpah altantuya monggolia...!!!!!
- duit sape agaknya si ketam dajjal nie gasak macam kepala mak bapak dia punya.....!!!!
- zaid belanja RPK dan Bala ais kacang ....Najib dan bik mama belanja altantuya dengan liwat dan C4.....ha ha ha ..!!!
- jadi katak dan baca skrip umno....malaun nie dituntut mohon maaf dan bayar gantirugi
- menteri nak kena bedal dan bebal nie dah menganut ajaran sesat UMNO-APCO masih tuduh PAS parti ajaran sesat....!!!
- Mangsa Saman trafik : Rakyat didahulukan
- BN perlu sedia hadapi pilihan raya tanpa dolak-dalik
- Kepala gangster mengamuk !!!
- macam macam felda ada....bangkrap reta benda ada...bangkrap moral ada dan bangkrap idea serta mata hati pun ada...wa kakakaka....
- tak mau negara islam.....UMNO selamanya BACUL dan CABUL ISLAM
| kalau altantuya boleh masuk tak mustahil RPK boleh lolos keluar dari malaysia....!!!! Posted: 05 Jul 2010 05:11 AM PDT Aku ingat Raja Petra nak Hisyamuddin jawab dulu macam mana Altantuya masuk . Cerita lawak ditayangkan lagi, kali ini oleh Raja Perta.PR menayangkan gambar Zaid di blognya yang menyebabkan Hisyamuddin dan beberapa pemimpin serta anak buah UMNO melenting tak tentu hala.Hisyamuddin mengeluh kerana polis UK tidak mahu bekerjasama untuk menangkap RP dan dalam masa yang sama Hisyamuddin melahirkan rasa hairanya bagaimana RP boleh lolos dari Malaysia dan tinggal di UK tanpa sekatan kerajaannya.Kehairanan Hisyamuddin menimbulkan pula rasa hairan di benak ramai orang yang ingin tahu bagaimana Altantuya masuk ke Malaysia untuk mati. Hisyamuddin adalah menteri yang bertanggungjawab dalam urusan rekod perjalanan keluar masuk negara.Oleh itu sekiranya dia hairan bagaimana RP boleh lolos keluar sudah tentu dia patut merasa hairan juga bagaimana Altantuya boleh masuk ke Malaysia. Namun rasa hairanya hanya diluahkan dalam kes RP tidak Altantuya.Dalam kes Altantuya, Hisyamuddin berbelit belit mencari sebab ketika menjawab soalan yang ditanyakan di Parlimen.RP mungkin sudah dapat membaca reaksi pemimpin UMNO ketika muncul bersama Zaid dan dengan selamba beliau memasukkan gambar Zaid di blognya yang masih aktif walaupun beliau menghilangkan diri kerana enggan dibicarakan di Malaysia. RP dapat dikesan cuba menyampaikan mesej kepada pemimpin UMNO supaya menjawab soalan bagaimana Altantuya boleh masuk ke negara ini.Tetapi macam biasalah, pemimpin UMNO terus menggunakan satu lidah mereka untuk mengecam RP dan satu lagi lidah digunakan untuk memberitahu tidak ada apa apa yang berlaku.Yang salah ialah RP kerana melarikan diri, enggan menghadapi tindakan kerana keceluparannya. Sementara Altantuya hanyalah fitnah terhadap pemimpin no. wahid negara.Altantuya tidak perlukan apa apa dokumen untuk masuk ke negara ini tetapi RP adalah penjenayah besar kerana lari dari perbicaraan dan lari dengan tidak menggunakan apa apa dokumen.Semua yang bersubahat dengan RP termasuk Zaid dan kerajaaan UK mesti bertanggungjawab.Tetapi agak menghairankan lagi ialah kenapa Zaid tidak didakwa kerana bersubahat dengan penjenayah bernama RP dan kenapa tidak ada bantahan resmi diberikan kepada kerajaan UK kerana bersubahat dengan penjenayah? Inilah lawak UMNO.Lawak dengan mengatakan RP sebagai pengecut dan berbagai bagai tuduhan lagi pada ketika mereka menyembunyikan fakta fakta yang sudah semakin jelas sekarang.Tetapi RP juga pandai buat lawak sehingga ke tahap UMNO menggelabah dan panas punggung.Apa yang dapat diperhatikan ialah RP mahu pemimpin UMNO menjelaskan dulu bagaimana Altantuya masuk ke negara ini dan bagaimana C4 diperolehi untuk meletupkannya sebelum penjelasan bagaimana beliau keluar dari negara ini didedahkan. Di sinilah nampaknya Hisyamuddin terperangkap bersama anak buah pencacainya.Tetapi lawak tetap lawak macam mana diolah sekalipun. notan |
| kalau DSAI sesumpah politik...najib pulak sesumpah altantuya monggolia...!!!!! Posted: 05 Jul 2010 05:02 AM PDT Anwar umpama sesumpah politik, kata Najib Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ubah umpama 'sesumpah politik' kerana kesanggupannya untuk melakukan apa-apa sahaja demi karier dan kepentingan politik sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib berpendapat bahawa kunjungan Anwar ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini untuk menjernihkan hubungannya dengan beberapa tokoh Yahudi selepas mengeluarkan perkataan 'pencerobohan Zionis' disifatkan sebagai usaha dan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia melalui sokongan tokoh-tokoh terbabit. Sebelum ini, Anwar menuduh Najib melutut dengan kuasa besar apabila Perdana Menteri itu bertemu dengan Barack Obama untuk membincangkan kepentingan negara Malaysia. Najib berkata beliau sendiri tidak pernah meminta maaf tetapi sebaliknya, Anwar berkunjung ke AS atas nama kepentingan negara kerana membangkitkan kemarahan rakannya di sana. Anwar yang baru-baru ini berkunjung ke AS bagi memohon maaf dan menyelesaikan isu Apco Worldwide setelah mengkritik Yahudi. Najib sekaligus berkata keinginan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia mengundang padah dan masalah. penyapu sial Sumpah Altantuya Begitulah najib pernah bersumpah tak pernah jumpa altantuya. Tapi tersebar luas gambarnya di malaysia dan di perancis. Sumpahnya seolah-olah seorang yang bersih dari dosa, tapi sebaliknya perangai lebihkan dajal. Beranikah najib bersumpah yang dia tak pernah kena tangkap dengan ziana zain di Port Dickson? Cerita ini dah tersebar luas, tapi jenis muka tongong, buat tak tau je. Sesumpah politik itu lebih baik dan mulia dari sesumpah seks macam najib. Mengelikan dapat PM macam ni. Bukannya apa...sejak perlantikan APCO nampaknya kesemua akhbar amerika menoleh kearah ANWAR pula.... kadang tergelak juga bila terkenangkan hubungan APCO internationa ldengan washington POST yang tidak diketahui oleh kebanyakkan orang..... namun begitu saya ucapkan syabas kepada NAJIB kerana bijak berstrategi.... Hang memang bijak najib....tapi ngan aku hang tak kemana.... hang pikiaq aku tak tau washington POST sondol buntut hang atas arahan APCO ker.... terserahla pada rakyat malaysia.....tetapi sebelum kita senada dengan sandiwara politik BN....mintala pada BN apa hubungan Washington POST dengan APCO.... Takkan bukit aman tak tau kot.................. kelakarla kalau BUKIT AMAN memang tempat untuk merasa AMAN..... |
| duit sape agaknya si ketam dajjal nie gasak macam kepala mak bapak dia punya.....!!!! Posted: 05 Jul 2010 04:50 AM PDT LAWAT CINA - GUNA DUIT SIAPA? Dilaporkan Ketua Menteri Melaka yang disanjungi, Mohd Ali Rustam melawat negeri Cina di bawah Program Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Baguslah, sekurang-kurangnya dapatlah merapatkan hubungan orang Melaka dan orang Cina. Tidak pula diketahui berapa ramai rombongan beliau kali ini. Mungkin sama dengan bilangan rombongan beliau ke Paris dahulu untuk belajar tanam bunga. Cuma rakyat ingin bertanya siapa yang menanggung kos lawatan itu. Adakah ianya menggunakan duit rakyat atau duit DMDI sendiri. Kalau duit DMDI, rakyat ingin tahu dari mana DMDI dapat duit.........bukan apa kita takut duit rakyat terbazir begitu sahaja sedangkan rakyat amat memerlukan peruntukan kerajaan dalam mengatasi masalah banjir dan lain-lain. Baru-baru ini juga krew Blog ini terserempak dengan sebuah rumah di Jalan Tun Kudu yang dilabelkan dengan nama Rumah Yayasan DMDI. Sebelum ini rumah itu dilaporkan hendak dijual dengan harga RM300,000 lebih. Tak lama selepas itu krew kami terpandang bahawa label untuk dijual diturunkan digantikan dengan label Rumah Yayasan DMDI. Jadi sekali lagi rakyat ingin tanya, duit siapa yang digunakan untuk membeli Rumah Yayasan DMDI. Kalau duit DMDI, rakyat ingin tanya dari mana DMDI dapat duit itu. sofi wahab |
| Posted: 05 Jul 2010 04:46 AM PDT Zaid 'belanja' Raja Petra, Bala ais kacang Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Seri Zaid Ibrahim mengesahkan bahawa beliau akan bertemu dengan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam dan blogger Raja Petra Kamaruddin untuk makan dan minum bersamanya selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan berjumpa mereka. "Nak ke Holiday Villa London dalam masa sejam lagi nak bertemu Bala. Bukan apa. Kerana polis dan SPRM tak mahu dan takut bertemu Bala dan Petra, saya dan kawan kawan akan belanja mereka ais kacang," kata Zaid dalam blognya dari London, hari ini. Menurut Zaid, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebenarnya takut kapada kedua-dua rakyat Malaysia itu. "Mula-mula, kita dengar PM Najib kata beliau penuh yakin polis akan menangkap Raja Petra; tapi dah 12 bulan polis tak buat apa-apa. Dan betullah saperti kata Khairy, Raja Petra selalu ada di khalayak ramai, di London dan Manchester. "Kalau saya dan ratusan rakyat Malaysia tahu dan dah pun bertemu dengan Raja Petra, takkan polis tak tahu. Mustahil," katanya dalam tulisan terbarunya. Ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini di lobi parlimen bertanya apakah polis telah melakukan yang terbaik untuk menangkap Raja Petra yang bebas bergerak secara terbuka di kota London. Beliau juga mempersoalkan kenyataan pemimpin BN seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta akhbar Utusan Malaysia yang didakwa heboh memperkatakan hubungannya dengan Raja Petra. "Soalan yang patut ditanya: mengapa tidak ada tindakan terhadap Raja Petra kalau dia ada membuat kesilapan? Beritahulah kepada rakyat apa dia kesalahan itu. "Ada waran yang dikeluarkan untuk menangkapnya? Setahu saya, tidak ada. Jadi kalau Raja Petra tidak membuat apa-apa kesalahan, mengapa pula saya tak boleh tengok bolasepak dengannya?" Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, perkara yang sama dengan kes yang membabitkan Balasubramaniam. "Dia pun ada di London. Minggu depan, dia akan ke Paris untuk bertemu dengan pihak penyiasatan Perancis. Tapi polis Malaysia tak berminat bertemu dengan kedua-dua manusia ini. Persoalannya mengapa?" soal Zaid merujuk kepada tindakan polis Perancis yang menyerbu pejabat beberapa firma yang menjual kapal selam Scorpene kepada Malaysia, bulan lalu. Menurut Zaid, polis sebenarnya, tahu di mana Raja Petra dan Balsubramaniam berada dan katanya, polis juga telah bertemu dengan penyiasat persendirian itu di Bangkok. "PM Najib berkata kita tidak boleh percaya kepada Raja Petra; tetapi kita juga tak boleh percaya buta tuli kepada PM Najib. Jadi buatlah satu penyiasatan yang bebas dan terbuka, dan beri jaminan kepada kedua-dua mereka tentang keselamatan diri dan keluarga mereka, dan jaminan mereka tidak akan ditahan dibawah ISA. "Saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia untuk mempertahankan kenyataan mereka yang dibuat tempoh hari. "Dan jika mereka benar-benar kaki penipu dan memalukan pemimpin negara, maka hukumlah mereka. Itu cara pemimpin yang reformis dan baik, bukan berlakon menggunakan polis dan akhbar menimbulkan buruk sangka setiap hari terhadap orang lain," katanya. Raja Petra menghadapi tuduhan menghasut dan fitnah, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan apabila waran tangkap gagal diserahkan kepadanya. Beliau dituduh memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, semasa Najib menjadi timbalan perdana menteri serta pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Lt Kol Norhayati Hassan dan suaminya Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan bersumpah yang dibuat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 10.25 pagi 18 Jun tahun lalu. Ia juga ada kaitan dengan tulisannya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya. Dalam wawancaranya, seperti dimuatkan di Youtube dan blog Malaysia Today, Balasubramaniam pula pernah mendakwa Rosmah - melalui seorang ahli perniagaan Deepak Jaikishan - gembira dengan keputusannya menarik balik akuan bersumpah 3 Julai tahun lalu yang menuduh Najib ada hubungan intim dengan Altantuya Shaariibuu. Akuan bersumpah itu, yang diumumkan 3 Julai tahun lalu, mengandungi dakwaan yang Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya Shaariibuu - kenyataan yang dinafikan Najib kemudiannya. Balasubramaniam kemudiannya menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu dalam tempoh 24 jam dalam situasi yang meragukan dan meninggalkan negara bersama anggota keluarganya. Perdana menteri dan isterinya sering menafikan pembabitan mereka dengan kes wanita Mongolia itu, yang mati dibunuh pada 2006. sumber...malaysiakini |
| jadi katak dan baca skrip umno....malaun nie dituntut mohon maaf dan bayar gantirugi Posted: 05 Jul 2010 03:58 AM PDT ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh hari ini diberi notis 14 hari untuk memohon maaf kepada ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim serta membayar ganti rugi RM500,000 kerana membuat kenyataan tidak benar tentangnya. surat notis itu akan dihantar petang ini oleh peguam Khalil Idham, A Sivanesan yang juga ADUN DAP Sungkai, selepas Khalil membuat laporan polis mengenainya tengahari tadi di balai polis Parit Buntar. "Saya beri dia notis 14 hari untuk meminta maaf dan membayar gantirugi RM500,000. Jika tidak prosedur saman ini akan difailkan oleh peguam saya," kata Khalil Idham (kiri). Keshvinder, ADUN DAP Malim Nawar telah keluar DAP baru-baru ini. Dalam kenyataannya kepada media, beliau berkata pernah meminjam wang dari Khalil Idham, untuk membantu penduduk kawasannya. Namun, menurut Khalil Idham yang juga Ketua Penerangan Pakatan Perak dan bekas pengerusi Kelab BBC kerajaan Perak, beliau dihubungi oleh Kesvinder melalui sms untuk meminjam wang bagi membayar hutang bank setelah keretanya ditarik. "Saya sendiri telah bersama beliau ke Ambank Ipoh pada 19 Mei lalu dan memberikan wang sebanyak RM3,500 untuk tujuan itu. Saya sendiri melihat dia membayar wang sebanyak RM2,825 untuk tujuan itu," kata Khalil Idham. Khalil Idham berkata, beliau mempunyai bukti segala kenyataannya dan akan digunakan dlam perbicaraan di mahkamah nanti. Pada 25 Februari lalu, ADUN Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat. Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu. Pada 15 Jun lalu, pada sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi ADUN Bebas dan menyokong Barisan Nasional. Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau. "Saya bersih," kata ADUN Malim Nawar itu. Antara dakwaan beliau ketika mengumumkan kerana keluar DAP adalah kerana kegagalan DAP membantunya dalam menguruskan keperluan rakyat kawasannya. sumber ....harahahdaily penyapu sial dasar pundek punya singh....lidah bercabang...banyak hutang tu pasal UMNO -APCO tolong settlekan...sanggup malaun nih jadi katak...poodah...nak jadi katak tak payah buat dalih dan busukan team lama la..nanti ....pru 13..lu mampus....umno tak pilih lu lagi....nanti lu sendili jadi bangkai....KATAK..... |
| Posted: 05 Jul 2010 03:48 AM PDT tuduh PAS parti ajaran sesat...laporan polis di buat PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat. Laporan polis itu dibuat di balai polis Sentral Johor Bahru yang diketuai ketua penerangannya Mazlan Aliman, yang diiringi kira-kira 20 penyokong parti itu, pada jam 11.30 pagi tadi. Bercakap kepada Malaysiakini pagi ini, Mazlan mendakwa Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno, dalam ucapannya perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya kelmarin, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat. "Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu," katanya. Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, kenyataan Mohd Shafie itu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam Laporan itu memetik Mohd Shafie menyifatkan PAS sebagai parti ajaran sesat kerana didakwanya hanya memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat. Mengulas lanjut, Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata dakwaan yang dilemparkan kepada parti itu "tidak boleh diterima sama sekali". "Ahli PAS kini berjumlah satu juta, adakah beliau berani menyatakan (mereka) sesat. PAS menguasai Kelantan, memimpin di kerajaan Kedah dan suatu ketika dahulu memerintah di Perak, adakah beliau menyatakan majoritinya sebagai sesat," tegasnya. Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk berdebat bagi membuktikan siapa yang sebenarnya sesat. Katanya, jika Mohd Shafie tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau itu, PAS Johor akan mengarahkan ahlinya di negeri itu untuk membuat laporan polis secara bersiri terhadap menteri itu. penyapu sial aku nak tanya....bukan ajaran sesat ke...kalau
sah sewel dan sesat jika malaun bebal nie jawab tidak....!!!! |
| Mangsa Saman trafik : Rakyat didahulukan Posted: 05 Jul 2010 03:27 AM PDT saman ekor ....mengendap dari dalam warung buah buahan di tepi jalan.....mampos aku wooiii....!!!! Tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyaman pemandu-pemandu mula menimbulkan keresahan.Ada yang memberitahu bukan kesalahan terbaru sahaja yang PDRM saman malah kejadian empat atau lima tahun dahulu dikorek dan dibawa ke hadapan. Tiada potongan diberikan ketika hendak membuat bayaran.Bila sudah bayar di kaunter bayaran saman PDRM, pemandu yang disenarai hitam masih belum dapat berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mendapatkan cukai jalan. Ramai yang merungut. Ada yang mengambil masa empat atau lima hari untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka. Kata mereka, PDRM pandai menyaman tetapi tidak cekap dalam urusan perkomputeran bagi membatalkannya sesudah bayaran dilakukan. Orang kampung pula menuding jari ke arah Najib Razak. Ada yang marah-marah mengatakan pilihanraya sudah dekat. Kerajaan Barisan Nasional kurang wang. PDRM digunakan untuk memenuhi hasrat Perdana Menteri - rakyat didahulukan. Entahlah. Apa guna saman yang bertahun kebelakang didahulu dan diutamakan ! Bukankah mahkamah pernah membuat keputusan bahawa saman ekor tidak sah ? Jangan-jangan jadi macam judi sukan. Lontar isu dan tarik balik atau kurangkan kadar saman. Maka Najib, Umno dan BN akan dipuji sumber....detikdaily |
| BN perlu sedia hadapi pilihan raya tanpa dolak-dalik Posted: 05 Jul 2010 03:11 AM PDT Sudah tibanya masa untuk membuktikan bahawa segala kesilapan dan kelemahan Barisan Nasional (BN) yang wujud terdahulu berjaya diatasi dan diselesaikan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau menegaskan bahawa semua parti komponen tidak harus berdolak-dalik lagi dan perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Hishammudin berkata alasan yang sering digunakan terdahulu tidak lagi relevan dan tidak boleh digunakan sebagai faktor untuk menjauhi dari pilihan raya. Beliau menegaskan bahawa pindaan perlembagaan dan transformasi yang menyeluruh dalam parti Umno merupakan langkah drastik untuk memperkasakan parti. Beliau mengingatkan bahawa sudah tiba masanya untuk bangkit dan tunjukkan kepada rakyat bahawa Umno sudah insaf dan sedar. Segala perancangan dan transformasi sudah dilakukan untuk memperbetulkan kesilapan. penyapu sial HISHAMUDDIN, RAKYAT HAHU ISA DI-MANGSUH-KAN, MENTERI MENTERI UMNO YANG KORAPSI LETAK JAWATAN, HENTI-KAN AMALAN RASUAH DAN CRONI-CRONI JANGAN AGONG-KAN GELARAN TAN SRI DAN DATO`, JANGAN JADI KUKU BESI, JANGAN SOGOK-KAN CERITA BERAT SEBELAH DARI MEDIA SEPERTI TV DAN UTUSAN MALAYSAI, JANGAN MENEGAKAN BENANG BASAH, JANGAN MENGUTUK ORANG LAIN, BANYAK LAGI YANG BERUNSUL NEGATIVE HARUS DI-TINGGAL-KAN,BARU-LAH RAKYAT MALAYSIA AKAN PERTIMBANGKAN UNTUK MENGUNDI UMNO KEMBALI Aku cabar juga Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan dan masuk gelanggang politik Umno dan bertanding dalam PRU 13 di mana-mana parlimen. janganlah kamu berkokok pro pemuda Umno lagi seperti ayam sabung tidak bertaji, sedang ekor kamu bergelumang najis. |
| Posted: 05 Jul 2010 03:06 AM PDT "Samy Vellu bapa kepada semua kepala gangster ...!" bukan aku kata tetapi V.Mugilan, bekas Ketua Pemuda yang dipecat dari MIC dalam temuramah dengan pemberita TV semalam semasa dia dan 1000 lain ahli dan penyokong GAS (gerakan anti samy) menyerbu dewan di Klang tempat semasa berlangsungnya persidangan pemuda dan wanita MIC untuk membuat bantahan dan mendesak Samy Vellu undur diri. V.Mugilan juga mendakwa yang Samy Vellu telah menggunakan pengikut-pengikutnya yang juga merupakan 'gangster' tempatan untuk menghalang percubaannya dari meneruskan mogok itu. Samy Vellu dalam kenyataan balasnya pula juga telah memberi amaran keras, juga sepertimana nada kepala gangster memberi amaran kepada musuhnya ... "Aku macam invisible man, tak boleh nampak, jadi jangan sesiapa berani cuba untuk sentuh aku, tak ada siapa-siapa boleh sentuh aku dan parti aku, sesiapa yang berani untuk sentuh aku, aku akan hancurkan, musnahkan dan keronyok dia!" Kalau nak sangat tengok cara kepala gangster hindu main politik, selalu lah tengok wayang-wayang hindu tentang cerita politik. http://dollahyankee.blogspot.com/ |
| Posted: 05 Jul 2010 03:00 AM PDT Individu langgar budak lelaki adalah polis bantuan Felda: Zainal Rashid PETALING JAYA - Lelaki yang terlibat melanggar seorang kanak-kanak lelaki di hadapan rumahnya di Saujana Puchong, Sabtu lepas adalah anggota polis bantuan yang ditugaskan di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata, anggota polis bantuan yang berumur 23 tahun itu baru ditugaskan di bawah unit Anjing Pengesan (K9) agensi itu enam bulan lepas. "Polis bantuan tak sama dengan polis biasa PDRM macam kita...walaupun anggota itu dilatih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi dia bertugas di bawah agensi masing-masing," katanya pada sidang media di USJ Subang Jaya di sini hari ini. Zainal menjelaskan dakwaan ibu kanak-kanak itu Nor Saliha Mining, 25, yang mendakwa anaknya, Danial Gabrial Abdullah, 5, dilanggar anggota polis. Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, Gabrial yang sedang bermain di luar rumahnya, dirempuh sebuah van yang melalui jalan itu mengakibatkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan di kepala, badan dan kaki. Pemandu van berkenaan dikatakan melarikan diri sejurus selepas kejadian sebelum tampil membuat laporan polis dua jam kemudian di Balai Polis Bukit Puchong. Zainal berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan manakala van itu dihantar ke Jabatan Kimia dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut. penyapu sial sape sape yang ada kaitan dengan felda kena berhati hati..almaklum lah sekarang nih ada beberapa pihak tertentu yang tersepit kote dia di celah peti besi simpanan tunai felda tgh panas mendidih.... ada kaum penyamun felda dah kena darah tinggi...depa dok melalut ..lebih2 lagi sejak felda nak di istiharkan bangkrap....semuanya akan menuding jari ke felda...dah bangkrap harta,moral las las nih pulak bangkrap idea....sampai pegawai bawahan ...err leh wa panggil anjing...???...pun bangkrap mata hati...kawasan perumahan pun malaun nih buat litar sesuka hati...mentang mentang felda nih kunun dah najib altantuya dan kroni kroni penyamun UMNO yang punya.....i help u..u help me...deal or not...!!!!...haramjadah...!!!! |
| tak mau negara islam.....UMNO selamanya BACUL dan CABUL ISLAM Posted: 04 Jul 2010 04:24 PM PDT Dasar dua lidah , satu telinga dan ibarat kera kena budu diteruskan oleh UMNO.Apabila kenyataan TGNA diputar oleh BERNAMA dan apabila UMNO terus menerus menganggap semua orang berpolitik seperti mereka.Pertanyaan wartawan yang dikatakan mudah tetapi dijawab dengan berbelit belit diaggap amalan semua orang politik seperti lidah UMNO, atas keadah yang sama jugalah Mashitah mengatakan hanya UMNO yang layak membela Islam sedangkan sebuah parti Islam didakwa menjual Islam kepada orang kafir. Dakwaan ini dikuatkan dengan bantahan Karpal kepada sebuah negara Islam yang tak kunjung padam.Tetapi malang sekali puak puak dua lidah, satu telinga dan kera kena budu ini tidak pula mendefinasikan Negara Islam selain merujuk kepada pengisytiaran Mahadir yang dibantah Karpal itu. Apakah pengisytiaran Mahadir itu menepati kehendak negara Islam seperti digariskan oleh alquran, alsunnah, qias dan ijmak ulamak tidak pula diperincikan oleh puak puak dua lidah, satu telinga dan kera kena budu ini. Sebaliknya, parti yang dikatakan menjual Islam itulah yang lebih komited dalam mendefinasikan sebuah negara Islam dengan mengambil semua panduan yang terdapat dalam Al quran, Al hadis, Qias dan Ijmak ulamak.Negara Islam juga diterjemahkan dengan amalan pemimpin dan ahli ahlinya seperti pematuhan kepada waktu solat dan lain lain waktu ibadat khusus dalam semua program dan aktiviti parti tidak seperti UMNO yang main hentam kromo sahaja dalam semua program dan aktiviti mereka.Kalimah ALLAH membangkitkan kemarahan UMNO termasuk penyelidik penyelidik mereka di IKIM tetapi pengabaian syariat ALLAH oleh UMNO dianggap remeh. Karpal Singh boleh difahami kalau menentang idea negara Islam tetapi rasanya Karpal tidak akan membantah kalau syariat Islam hanya dilaksanakan ke atas orang orang Islam sahaja seperti amalan sekarang yang mewajibkan undang undang syariat ala UMNO ke atas orang Islam sahaja. Satu ciri utama dalam negara Islam ialah melaksanakan undang undang jinayah atau hudud dan qisas yang sehingga kini diabaikan oleh UMNO dengan berbagai bagai alasan termasuk hudud yang dirangka bukan hudud Islam tetapi hudud PAS, perlaksanaan hudud akan menyebabkan kemunduran orang Islam, hudud itu zalim dan hudud tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk. UMNO menafikan ciri ini apabila Mahadir mengisytiarkan Malaysia sebagai negara Islam malah ciri ciri utama lain seperti pengharaman judi langsung tidak disentuh sebaliknya apabila timbul isu judi paial dunia, Mahadir sendiri mahu ianya diluluskan atas alasan orang cina suka berjudi.Apakah ini dikatakan negara Islam?Karpal Singh ada hujah yang kuat apabila menafikan negara sebegini sebagai negara Islam walaupun mungkin dia tidak faham apakah negara Islam sebenarnya. Ciri ciri kepimpinan negara Islam juga tidak pernah diikuti oleh UMNO sebaliknya pemimpin mereka dari atas sehingga ke peringkat paling bawah melakukan banyak pelanggaran kepada larangan agama ketika berpolitik.Rasuah yang dijenamakan semula seperti politik wang,komisyen dan duit kopi untuk tujuan lobi melobi menjadi amalan biasa semua peringkat kepimpinan mereka.Aurat tidak dititik beratkan oleh pemimpin wanita mereka dan anak isteri pemimpin mereka.Begitu juga gaya hidup yang bertentangan dengan panduan Islam menjadi amalan harian kebanyakan keluarga pemimpin mereka.Apakah ini yang dikatakan Mashitah bahawa UMNO sajalah yang mampu membela Islam? Kalau Karpal singh membantah usaha PAS dan Tok Guru untuk melaksanakan hukum dan panduan Islam atas nama negara Islam, bantahannya boleh difahami dan Karpal juga seorang yang terbuka yang boleh dibawa berbincang, tetapi macam mana pula penolakan UMNO yang selama ini ditonjolkan menerusi perbuatan mereka walaupun satu daripada lidah mereka menyebut merekalah pembela Islam. Sikap kera kena budu UMNO pula tidak lepas lepas menyebabkan mereka berbohong dan mengganggap semua orang berpolitik seperti mereka.Kerana itu mereka tetap mendakwa PAS juga terlibat dengan hanky panky seperti mereka, terlibat dengan tipu muslihat politik Plato dan Aristortle dan kerana itu jugalah Mukhris berkata PAS lebih sesuai bersama UMNO berbanding DAP seolah olah UMNO menyokong cita cita perlaksanaan syariat dan syiar Islam di bumi tercinta ini. Mukhris boleh mengganggap PAS sama seperti UMNO tetapi ahli PAS tetap tahu bahawa PAS jauh lebih ke depan dalam ikhtiar melaksanakan cita cita syariat dan syiar Islam yang boleh diterjemahkan sebagai sebuah negara Islam.Ahli PAS tetap yakin bahawa DAP jauh lebih baik dalam menyediakan platform yang luas untuk berdakwah berbanding UMNO yang sudah mati matlamat kehidupan insaniahnya. UMNO meletakan DAP sebagai anti Islam tetapi menerima MCA, MIC dan Gerakan serta PBS sebagai rakan tetapi sebenarnya kesemua golongan ini hanyalah rakan maksiat UMNO. DAP jauh lebih baik dari kesemua parti parti kompenan BN yang bersama UMNO.Oleh itu langkah dan percubaan untuk mengertak PAS termasuk oleh ZUL NORDIN katak haprak, hanyalah satu percubaan memasang lukah di pergentingan yang tidak ada ikan.Karpal Singh jauh lebih baik dari Mahadir, Najib , Zul Nordin atau mana mana pemimpin UMNO bilamana menyatakan penentangannya kepada konsep negara Islam.Karpal pernah berkata langkah mayatnya dulu sebelum negara Islam mahu ditegakkan.Tetapi sedarkah kita bahawa Mahadir dan ramai lagi pemimpin UMNO termasuk KJ yang mengatakan perkara yang sama tetapi dengan bahasa yang berlainan?Bahasa beruk.......... Karpal tak mahu negara Islam tak sama dengan (#) UMNO tak mahu negara Islam notan |
| You are subscribed to email updates from PENYAPU SIAL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan