Isnin, 5 Julai 2010

al-banjari online 2010

al-banjari online 2010


Hang jangan bikin gila, zaid !

Posted: 05 Jul 2010 12:35 AM PDT

Aku nak bagitau, hang jangan nak buat GILA zaid oi ! Apa...hang ingat hesham auw-auw tu berani sangat ? Setakat cium, jilat keris dia berani laa..! Open speech ?? 300 batu nautika dia akan lari tu..!! Tak percaya..? Hang tunggu dia respon ka tidak..! Mampuih dia tak berani..!! Paling brutal pun, dia akan beri " AMARAN.." lagi dan lagi..dan lagi..!

Isu berkaitan rujuk dibawah,
Datuk Zaid Ibrahim meletakkan syarat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein jika mahu beliau menjelaskan mengenai hubungannya dengan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. Zaid berkata, beliau hanya akan membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan jika ia dilakukan di tempat terbuka yang boleh disaksikan oleh orang awam.

"Hishammuddin mahu supaya saya membuat penjelasan... saya sedia untuk itu jika beliau mahu bertemu saya."Tapi saya mahu pertemuan itu di buat di tempat awam," katanya kepada mStar

Zaid berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Hishammuddin bahawa beliau mempunyai 'kewajipan moral' untuk menjelaskan mengenai hubungannya dengan Raja Petra.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata, Zaid tidak terikat dengan peruntukan undang-undang sama ada mahu membuat penjelasan ataupun tidak. Selain itu menurut Zaid yang juga bekas calon PKR bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor berkata, beliau mahu pertemuan itu diadakan di tempat terbuka bagi memastikan orang awam mendapat maklumat secara terus. " Masyarakat boleh dengar maklumat terus daripada saya," katanya.

Tawaran hebat Anna Chapman

Posted: 04 Jul 2010 07:00 PM PDT

Ada berani ? Baca seterusnya di bawah.

Klik foto diatas untuk bacaan lebih jelas. Tawaran pekerjaan bersama Anna Chapman dibawah :

Anda sedang mencari pekerjaan ? Berani beraksi begitu. Wanita sahaja dan muda. Tidak kira apa status anda, namun habuan lumayan. Boleh berbahasa Inggeris dan Rusia dengan fosih. SMS segera kepada saya - Anna Chapman. Saya akan membantu anda. Ada berani ?

UMNO di penghujung jalan

Posted: 04 Jul 2010 06:10 PM PDT

Umno lahir dalam rumah penjajah. Bermula dengan kekuasaan memerintah. Pemimpin Umno lahir dengan kemewahan dan mendapat pendidikan di England. Anak, cucu hatta cicit mendapat warisan yang sama. Apa mereka tahu tentang perit getir perjuangan dan penderitaan. Mereka menerima kemerdekaan dan seterusnya memerintah dengan sekadar basuh kaki sahaja. Dipersiapkan oleh penjajah sebelum menganugerahkan kemerdekaan.

Pemimpin Pas semenjak awal dari Hizbul Muslimin sehingga bernama Pas telah membilang jeriji besi. Merengkok dalam penjara. Pejuang dan pendokongnya sentiasa berkorban membanting tulang, memeras keringat dan mengikis harta untuk infaq dan berkhidmat kepada rakyat. Separuh abad tidak mengenal erti kuasa dan pemerintahan tetapi jiwa mantap mengharungi apa sahaja demi agama, bangsa dan tanah-air.
Kalah dalam pilihanraya itu biasa. Menang itu luar biasa. Hari ini Allah memberi kemenangan kepada sebahagian negeri mengecapi kemanangan khususnya di Kedah dan Selangor termasuk Wilayah Persekutuan. Mka bermadahlah pemimpin UMNO selaku Menteri Wilayah Persekutuan.

"Sukarnya bila hilang kuasa" kata Nong Chik. BN hanya boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat jika kekal berkuasa, kata Pengerusi Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Katanya, jelas sekali bahawa di kawasan kita kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat.

"Saya daripada bahagian di mana kita kalah. Mereka beritahu saya betapa sukarnya bagi mereka berada di bawah Pakatan," katanya dalam mesyuarat tahunan bahagiannya di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

"Mereka perlu bekerja keras, (sampai) berkempen bawah khemah di rumah mereka."Inilah yang berlaku kalau kami tidak lagi berkuasa," katanya yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar Malaysia.Benarlah firman Allah dalam surah al-Nisa : 104 bahawa musuh pun rasa sakit yang sama. Dok ingat mereka kuasa banyak, duit banyak relax je.

Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). jika kamu menderita kesakitan, Maka Sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Jika kamu mendapat luka, Maka Sesungguhnya kaum itupun mendapat luka yang serupa. dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada' dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, Surah al-Imran : 140

Kini setelah mereka hilang sebahagian kuasa yang membuat mereka rasa sombong dan angkuh selama ini lalu mereka mungungkitkan penderitaan. Dan derita itu seolah-olah derita rakyat. Sebenarnya ia bukan derita rakyat tetapi derita UMNO-BN.

Perkara yang sama pernah diungkapkan oleh pemimpin Umno Terengganu sehingga dibawa ke dalam Perhimpunan Agung Umno di PWTC yang akhirnya mencadangkan dirampas royalti minyak di Terengganu dan menjadi wang ehsan lalu diurus oleh Umno Terengganu tanpa melalui akaun wang yang disatukan Kerajaan Negeri. Bermulalah episode pengkhianatan, kezaliman, diskriminasi, rasuah, kroni dan seribu macam kejahatan bernama UMNO-BN. 

Dengan duit mereka menrencanakan untuk merampas kembali Terengganu dari tangan Pas. Rakyat Terengganu yang kebanyakannya masih lagi miskin dan ketinggalan terpedaya dengan umpan dan ugutan Umno-BN. Dengan perancangan kotor pilihanraya serta kerjasama SPR dan pihak kerajaan Pusat beserta kementerian termasuklah polis dan tentera menyebabkan kerajaan Pas tumbang di Terengganu.

Kerana itu sebagai ingatan khususnya PR di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Umno umpama harimau yang cedera. Bukan sekadar mengaum bahkan akan melakukan apa saja tindakan demi menyelamatkan survival politik serta tali hayat politik mereka. Dalam keadaan sisa-sisa baki harta yang mereka ada meskipun tiada royalti serta kekuasaan kerajaan pusat bersama dengan mereka dan dalam keadaan banyak masa rehat dikalangan pimpinan Umno kerana tidak sibuk memerintah negeri nescaya mereka akan merancang dan melakukan apa saja tindakan untuk merampas kembali kuasa khususnya di Selangor yang merupakan pusat menjana pemerintahan dan pentadbiran Negara.

Tidak mustahil strategi daftar pemilih dan pengundi yang mengundi beberapa kali yang dipraktikkan pada tahun 2004 akan diguna pakai di Terengganu juga akan diparktikkan di Selangor. Dengan kerjasama SPR, Jabatan Pendaftaran, polis maupun tentera akan diguna-pakai. Demi menyelamatkan nyawa Umno-BN nescaya mereka sanggup melakukan meskipun bertentangan dengan agenda demokrasi itu sendiri. Apatah negeri Selangor dengan pengundi Bandar yang sukar dicula dan dikenali lebih mudah untuk dipraktikkan. Negeri Sabah juga pernah mengalami nasib yang sama.

Cuma sehingga kini, apa yang diperhatikan disebalik tangan-tangan durjana yang mengkhianati dan menipu rakyat yang membawa kemenangan palsu kepada UMNO-BN itu tidak kekal lama. Mereka semua dibalakan oleh Tuhan dengan kehilangan dan ditarik pangkat dan kuasa. InsyaAllah, pengkhianatan mereka itu kini telah membarahkan penyakit keseluruhan akar umbi parti mereka.

Kini mereka hanya sekadar menunggu saat kematian meskipun mereka berusaha menyambung nyawa mereka. Terlalu banyak dosa dan kezaliman yang mereka lakukan. Cukuplah separuh abad diberi kuasa dan Pru kali ke-13 nanti insyaAllah kuasa rakyat akan dikembalikan kepada yang lebih berhak. Dan ajal kekuasaan Umno-BN sudah tamat dan mereka akan bertanggungjawab dihadapan Allah segala kerosakan yang dilakukan sepanjang pemerintahan mereka itu.(dipetik dari blog ustaz saiful bahri)

Bogel halal jika niat untuk mesej !

Posted: 04 Jul 2010 05:30 PM PDT

Cuba bayangkan, andai klip video aksi seks Airel Peterpan dengan Luna dan Cut Tari yang berleluasa secara 'underground' boleh mengakibatkan peningkatan gejala seks di Indonesia naik secara mendadak , inikan pula filem seakan 'porno' yang akan di tayangkan secara umum kepada rakyat Malaysia!


Kalaulah Dr Masyitah yang mempunyai tahap pendidikan agama yang tinggi boleh mengeluarkan kata-kata yang berbaur 'syirik', inikan pula mereka yang tidak ada pendidikan agama secara formal. Menyatakan seolah-olah 'matlamat menghalalkan cara'. seterusnya baca DI SINI

Sketsa Porno Jin Gua Bukit Putus

Bomosiam said, " hang nak pi mana jin..?
Jin Gua Bkt. Putus said, " nak pi shooting bos..! "
Bomosiam said, " shooting..? "
Jin Gua Bkt. Putus said, " shooting filem ler bos ! "
Bomosiam said, " eh..bila plak hang jadi filmstar ni ? Tak cukup ker makan yg aku bagi..! "
Jin Gua Bkt. Putus said, " cari duit poket bos..kan nak raya ni..! Lagi pun lakonan ini HALAL bos.."
Bomosiam said, " aik..tak faham, apa yang halal? hang berlakon filem apa, dengan sapa..? "
Jin Gua Bkt. Putus said, " hmm..filem tut..tut bos ! Dengan pasa sendat lagi..bos! Syookk wooo..lagipun halal bos..kita kena tetapkan niat.."
Bomosiam said, "haaa..? filem tu ? hang telanjang laa..! "
Jin Gua Bkt. Putus said, " kena la telanjang bos, lagipun tak dosa tu bos, yang penting niat..niat..!
Bomosiam said, " mampuih macam ni..! Rosak genarasi bebudak kalau layan cakap JIN yang langsung tak beri manfaat untuk islam.."

QBB - bila babi tumpang tui..?

Posted: 04 Jul 2010 05:10 PM PDT

Nak sedap nasi minyak, letak QBB. Nak lebih aroma masak kurma letak QBB. Nak rai raya juga ada QBB. Dalam stor makanan masjid surau juga boleh jumpa QBB. Jika benar maklumat ini, kita nak beli lagi ?

[..] Adalah dimaklumkan sejak sekian lama, kami dan para pengguna yang lain telah menggunakan produk berjenama QBB Ghee untuk pelbagai masakan dan upacara keagamaan tanpa ragu, dan amat yakin ia dikilangkan serta dihasilkan daripada susu lembu berdasarkan pengilangannya di Queensland, Australia.

Namun demikian, mutakhir ini, kami mendapati walaupun warna dan aromanya hampir sama, rasanya amat berbeza sekali. Untuk itu, kami mula membuat penyelidikan dan mendapat rumusan seperti berikut :

1. Pengilang asal Butter Producers' Co-operative Federation Ltd yang beralamat di No 489, Kingsford Smith Drive, Hamilton, Brisbane, Australia sudahpun menamatkan operasi pada September 2006 dan tidak lagi tersenarai dalam laman Web Lembaga Perdagangan Australia. Dan lagi, gambar satelit dari google map juga menunjukkan tapak tersebut kini tanah terbiar.

2. Dicetak di Tin produk tersebut dihasil berasaskan Lemak Susu dari Lembu Australia dan dalam tulisan yang lebih kecil dan sukar dibaca, dinyatakan bahawa ia dikilangkan oleh QBI Packaging S/B No ( Syarikat Malaysia ) dan dikilangkan dengan lessen daripada QBB Singapura.

3. QBB Singapura asalnya adalah Ejen Jualan QBB bagi Malaysia, Singapura dan Brunei dan alah tidak jelas samada pada ketika penutupan operasi pada 2006, Cap Dagangan QBB telah dipindah milik kepada QBB Singapura. Kami mengesyaki QBI Malaysia dan QBB Singapura bersama-sama melakukan pengeluaran haram serta terus memperdagangkan produk tiruan tanpa mendapat kebenaran atau perpindahan hak daripada pengeluar asal yang sudahpun ditutup.

4. Laporan analisa yang dilakukan oleh Makmal Teknologi Pemakanan berpengaruh di Australia terhadap kandungan produk ini daripada tin yang diambil dari Malaysia ke Australia oleh salah seorang ahli kami menunjukkan penemuan berikut :-

5. Produk ini mengandungi bahan pewarna dan perasa berupa Lemak babi serta bahan perasa dibenarkan yang turut menghasilkan warna, rasa dan aromanya seakan sama dengan produk asalnya. ( Laporan Asal ada bersama dengan pengirim surat ini. Dengan demikian, kumpulan/persatuan pengguna kami harus memboikot produk ini atas alas an berikut :-

a) Pengguna Islam tidak dapat menggunakannya kerana ia Haram.

b) Penganut Hindu dan Sikh tidak dapat menggunakannya untuk upacara nyalaan lampu minyak, acara agama mahupun persediaan makanan kerana Tempat persembahan adalah dilarang keras menggunakan mana-mana haiwan ataupun lemak haiwan.

c) Ahli kami yang mengamalkan Vegeterian tidak boleh menggunaka produk ini. Kami yakin bahawa QBB Ghee yang dijual di Malaysia, Singapura dan Brunei selepas penutupan BPFC, adalah produk tiruan iaitu melanggar akta yang berkaitan prinsip penggunaan tanda niaga / cap dagangan. Dengan ini, kami harap pihak puan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan jualan produk berkenaan.

sumber : cina-islam blog. (mohon sebarkan)
Enhanced by Zemanta

Tiada ulasan: