Rabu, 7 Julai 2010

pemuda cheh

pemuda cheh


Populariti Rosmah dijangka melonjak naik..

Posted: 06 Jul 2010 03:50 PM PDT

Wahhh.. seronoklah Rosmah kali ini ya.. popularitinya pasti melonjak naik mengalahkan Najib, mana taknya.. hari ini Balasubramaniam akan membuat sidang akhbar di London yang mengaitkan namanya.. popular seluruh dunialah dia kali ni..


Dan usul juga akan dibentangkan di Parlimen.. walaupun dijangka akan dibakul sampahkan oleh speaker...

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hortmanya, saya ingin memberi notis pemberitahuan di bawah P.18 mengemukakan usul yang berbunyi seperti berikut :-

Bahawa Americk Sidhu, peguam kepada P. Balasubramaniam, telah mengeluarkan satu kenyataan di laman blog "Malaysia Today" pada 30hb Jun 2010, iaitu segala kos sara hidup pelanggannya, P. Balasubramaniam di London adalah dibayar oleh Deepak Jaikishan, seorang peniaga karpet atas suruhan isteri YAB Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

P. Balasubramaniam sebagai salah seorang saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat. Manakala Raja Petra Kamarudin yang didakwa telah melanggar Akta Hasutan selepas mendedahkan artikel "Let's send the Altantuya murders to hell" turut lari ke san juga.

Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri.

Kes Altantuya ini telah dijadikan satu isu yang hangat dibincangkan dan bahan kelakar di media dunia sehingga menjejaskan imej negara kita. Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.

Lebih-lebih lagi pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita.

Jadi, nama isteri YAB Perdana Menteri sebagai dalang dalam kes pelarian P. Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya diungkitkan dalam kenyataan "Malaysia Today" ini akan dibaca di laman web seluruh dunia yang akan memberikan sesuatu impak yang negatif kepada imej negara nanti.

Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Er Teck Hwa
Ahli Parlimen
Kawasan Bakri

Siasat Kenyataan Mukhriz, Usah Sibuk Pasal Raja Petra

Posted: 06 Jul 2010 05:39 AM PDT


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengesa Polis DiRaja Malaysia menyiasat kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang mendakwa 40 peratus daripada penulisan yang dihasilkan oleh Raja Petra Kamaruddin adalah berdasarkan fakta.

Beliau berkata jika hanya 40 peratus sahaja apa yang ditulis oleh penulis blog terkenal itu adalah fakta maka pihak polis berwajib untuk membuat penyiasatan.

"Mukhriz mengatakan dalam kesemua kenyataan yang diberikan oleh Raja Petra hanya 40 peratus fakta sahaja tepat sedangkan yang lain tidak betul.

"Jadi di sini saya mahu arahkan PDRM perlu beri tumpuan menyiasat kenyataan tersebut bukannya membesarkan kenyataan pertemuan pemimpin Pakatan Rakyat mahupun isu tajaan yang belum pasti kebenarannya.

"Angka 40 peratus itu bukannya dikeluarkan oleh orang biasa tetapi dari seorang timbalan menteri dan mempunyai pertalian dengan bekas Perdana Menteri Malaysia. Apa yang berlaku kita lihat PDRM tidak meletakkan dakwaan timbalan menteri terbabit sebagai satu yang serius.

"Kita kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan yang hanya mencari salah seseorang sedangkan kenyataan mahupun dakwaan yang jelas mengatakan ada kebenaran tidak pula di siasat.

"Inilah kelemahan PDRM yang sebenarnya, kenapa mereka tidak bertindak menyiasat fakta yang betul itu, tetapi mereka sibuk dengan dakwaan menaja Raja Petra. Tindakan ini hanyalah hendak menutup kelemahan dalam PDRM yang tidak mahu siasat dakwaan Raja Petra, adakah ini sebagai satu tindakan untuk menutup individu tertentu," tegas beliau pada sidang media di parlimen petang tadi.

Selain itu juga beliau memberitahu terdapat kekeliruan dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melakukan siasatan ke atas penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang dilihat tidak ada kesungguhan.

"Saya hairan satu keputusan mengejutkan yang dilakukan oleh SPRM apabila badan itu membatalkan rombongan mereka ke London bagi mendapat kenyataan dari Bala sedangkan sebelum itu sudah ada keputusan. Tindakan itu di ambil apabila Peguam Negara memberitahu tidak ada kepentingan ke sana untuk berjumpa dengan Bala dan hanya cukup menghantar soalan sahaja.

"Tindakan ini seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh mereka, saya melihat Bala ini umpama kunci yang boleh membongkar segala rahsia dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno, ini yang menjadi tanda tanya.

"Isu bila hanya cukup menghantar soalan yang ingin ditanya oleh SPRM kepada peguam kenapa sebelum ini dalam kes Teoh Beng Hock tidak menggunakan konsep yang sama, saya rasa kalau hanya mengemukakan soalan melalui surat tentu tidak akan timbul soal kematian.

"Banyak perkara yang dilakukan oleh Umno-Barisan Nasional dalam kedua-dua kes ini mempunyai perkara tersembunyi dan invividu mana yang mereka mahu lindungi? Itu persoalannya.

"PDRM dan juga SPRM perlu amanah dalam menjalankan tanggungjawab mereka bukan hanya mengikut skrip pihak atasan dari kalangan pemimpin Umno," tegas Mahfuz lagi.

Sebelum ini mengenai isu siasatan Bala di London, SPRM yang telah merancang rombongan ke sana bagi mendapat kenyataan dari penyiasat persendirian tersebut tetapi rombongan itu dibatalkan setelah mendapat nasihat dari Peguam Negara.

Sehubungan dengan itu SPRM telah menghantar soalan yang ingin ditanya kepada Bala melalui khidmat kurier ke London. Soalan yang perlu dijawab oleh Bala itu kini berada tangan peguamnya, Americk Sidhu.

SPRM sedang menyiasat dakwaan beberapa tokoh memaksanya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak dan juga ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Tiada ulasan: