Rabu, 7 Julai 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Menteri UMNO Si Ismail Sabri, Rela Cakap Bohong Kerana Takut Dia Di Kaitkan Dengan Isu Penamatan Operasi Perniagaan Carrefour Di Sini

Posted: 06 Jul 2010 04:48 PM PDT

Kasihan benar melihat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan, Si Ismail Sabri Yaakob (foto), yang menggelabah dan sanggup menipu rakyat ketika menjawab soalan panas berhubung isu pasaraya besar Carrefour dikatakan mahu menutupkan operasi perniagaannya di negara ini. Biar pun berita itu belum sahih sepenuhnya, namun kenyataan rasmi telah pun dikeluarkan dalam agensi berita ternama Reuters semalam. Antara lain melaporkan bahawa Carrefour telah menjual unitnya di Malaysia, Thailand dan Singapura. Bahkan syarikat itu juga merancang untuk menghentikan operasinya di ketiga-tiga negara terbabit. Laporan tersebut juga mendedahkan bahawa penjualan tersebut dilakukan oleh Bank Pelaburan Goldman Sachs dan UBS. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba Ismail Sabri dengan angkuhnya mengatakan berita itu hanyalah khabar angin semata-mata. Beliau menganggap ianya khabar angin selagi belum mendapat penjelasan rasmi daripada pengurusan syarikat itu sendiri. Kenyataan Ismail Sabri ini ialah kerana beliau merasa malu, sebagai menteri yang bertanggungjawab tiba-tiba ada pelaburan besar oleh rangakaian pasaraya besar dari Perancis itu menamatkan operasinya di negara ini. Kononnya jika benar Carrefour menutup operasi, ia tiada kaitan dengan pasaran di negara kita. Malah Ismail juga cuba menipu bahawa setiap hari banyak syarikat pasaraya besar mahu buka cawangan di negara ini dan kementeriannya meluluskan kerana mengikut prosedur. Nampak benar Ismail Sabri menipu dalam hal ini. Mana mungkin setiap hari ada pasaraya besar memohon buka cawangan di negara ini. Ikut logik akal, jika enam bulan atau setahun sekali mungkin boleh diterima. Namun, kalau hari-hari ia jelas menunjukkan yang menteri itu mahu membuktikan kehebatan beliau sebenarnya. Walhal, pelaburan asing gusar menanam modal di negara ini kerana melihat sebuah kerajaan yang jelas tidak menghormati undang-undang itu sendiri. Mungkin juga Carrefour gusar dengan senario politik di negara ini, tambahan pula terdapat isu panas antara kerajaan Malaysia dengan Perancis berhubung isu Altantunya dan kapal selam Scorpene yang dikatakan penuh dengan skandal itu.

[Terkadang kita hairan dengan sikap Ismail Sabri yang sanggup berbohong ini. Beliau memang tidak layak menjadi Menteri KPDNKK sebenarnya. Terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat sejak beliau berada disitu. Buktinya, rakyat sering dihimpit dengan masalah kekurangan bekalan gula dipasaran. Malahan, di kawasan parlimen beliau sendiri pun (Bera) turut mengalami masalah yang sama. Semua ini adalah dek kerana kegagalan beliau menerajui kementerian itu dengan sebaiknya. Akibat kekangan yang berterusan kepada para peniaga inilah yang akhirnya menyebabkan pengurusan pasaraya Carrefour ingin menanamtkan operasi perniagaannya di negara ini. Ismail Sabri tidak perlu menipu kononnya setiap hari ada saja permohonan membuka pasara besar yang diterima oleh kementeriannya. Bukankah beliau sedar bahawa pihak kerajaan sebelum ini sudah mengeluarkan arahan supaya mengawal kemasukan pasaraya besar yang dilihat mengancam perniagaan rakyat tempatan. Maka itu, apakah belai sedar apa yang telah beliau ucapkan kepada media di lobi parlimen semalam itu?].

Piala Dunia Fifa: Belanda Berjaya Layak Ke Akhir

Posted: 06 Jul 2010 04:10 PM PDT

CAPE TOWN, 7 Julai - Pasukan Belanda memperagakan aksi mantap pada separuh masa kedua dan mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali ketiga selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Uruguay awal pagi tadi. Wesley Sneijder menjaringkan gol kelima peribadinya di Afrika Selatan dan Giovanni van Bronckhorts menambah satu lagi gol dalam kejohanan tersebut tatkala Belanda mara ke saingan akhir dalam tempoh 32 tahun. Van Bronckhorst menjaringkan gol melalui rembatan cantik pada minit ke-18 tetapi berjaya disamakan oleh Diego Forlan pada minit ke-41. Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk kemudiannya menggantikan Demy de Zeeuw dengan memasukkan Rafael van der Vaart dan ia membuahkan hasil selepas Sneijder serta Arjen Robben berjaya menambah gol pada separuh masa kedua. Maximiliano Pereira menambah gol kedua Uruguay pada minit ke-90.

[Tahniah diucapkan kepada pasukan Belanda kerana berjaya membawa kejayaan paling berharha buat negara mereka yang layak ke akhir kancah bolasepak Piala Dunia selepas 32 tahun. Ternyata, Belanda menunjukkan satu aksi yang cukup mendebarkan dan menarik dalam perlawanan separuh akhir malam tadi. Akhirnya Uruguay ditunjuk jalan keluar, selepas mereka menafikan hak wakil tunggal Afrika iaitu Ghana untuk beraksi di separuh akhir itu baru-baru ini. Kini mereka menerima pada dan kesedihan atas apa yang telah mereka lakukan kepada penyokong Afrika. Itulah bolasepak sebenarnya. Begitu juga dalam politik, parti yang lama memerintah jangan fikir mereka akan terus berkuasa buat selamanya. Akhirnya rakyat akan tunjukkan jalan keluar buat mereka dan ketika itulah mereka akan tahu "langit tinggi atau rendah". Oleh itu berhati-hatilah dalam setiap tindakan dan keputusan yang akan diambil itu sebenarnya].

Panas: Tahniah ! Polis Cepat Buka Kertas Siastan Kes Raja Petra Kerana Dua Laporan Orang Awam Atau Dek Kerana Dapat Arahan Politik Agaknya !!

Posted: 06 Jul 2010 03:50 AM PDT

Polis Raja Di Malaysia (PRDM) teryata menunjukkan tahap profesionalisme mereka semakin tinggi melangit, apabila begitu cepat membuat respon dan membuka kertas siasatan terhadap mana-mana individu yang disyaki melindungi Blogger Raja Petra. Hari ini satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Bakri Zinin (foto) berkaitan perkara tersebut selepas pihak polis menerima dua laporan yang dibuat oleh orang awam. Malah, polis juga akan menyiasat dakwaan kononnnya wujud individu tertentu termasuk sebuah parti politik yang memberi perlindungan kepada blogger tersebut yang dipercayai berada di United Kingdom. Menurut Bakri lagi siasatan dakwaan tersebut akan dijalankan dibawah Seksyen 212 Kanun Keseksaan iaitu melindungi pesalah lain. Laporan muka depan akhbar arus perdana Utusan Meloya hari ini juga melaporkan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) adala penaja Raja Petra diluar negara. Susulan daripada itu, kemungkinan besar salah seorang pemimpin kanan PKR iaitu Zaid Ibrahim bakal dipanggil polis untuk membantu siasatan. Persoalannya yang timbul disini, kenapa polis begitu cepat mahu bertindak bila ada dua laporan polis dibuat tentang isu ini. Kenapa pula polis lambat bertindak terhadap banyak laporan polis yang dibuat terhadap berbagai isu sebelum ini, termasuk isu felda bangkrap, isu enjin hilang, isu rasuah pemimpin UMNO dan banyak lagi. Sedangkan banyak laporan polis telah dibuat terhadap beberapa individu tentang perkara ini. Kenapa polis begitu berselera untuk menyiasat Raja Petra?. Apakah dek kerana ia mempunyai kaitan dengan pihak-pihak tertentu yang gusar kuasa politiknya hilang kerana blogger tersebut?. Maknanya polis bukan menyiasat kes ini berdasarkan laporan orang awam sebenarnya, tetapi mereka siasat selepas mendapat perkenan daripada pihak atasan. Itulah hakikatnya sejak dulu, kini dan selamanya. Pihak polis menjadi "cepat, cekap dan adil" bila menyiasat laporan yang dibuat terhadap pemimpin pembangkang sahaja. Sebaliknya mereka akan menikus apabila ada banyak laporan berkaitan pemimpin UMNO BN. Jika inilah cara pihak polis Malaysia bekerja, maka tidak hairanlah pembunuh Nurin Jazlin hingga ke hari ini masih gagal dikesan biarpun telah menggunakan khidmat FBI untuk mengesan rakaman CCTV yang berkaitan.

[Terkadang kita amat teruja dengan cara kerja pasukan polis di Malaysia ini. Mereka bekerja untuk menjaga keselamatan orang awam, tapi lain pula jadinya. Inilah akibatnya bila ada tangan-tangan belakang yang menjadi "tok dalang" mereka sebenarnya. Sebab itulah juga banyak kes-kes jenayah yang melibatkan anak-anak pemimpin atasan termasuk politik UMNO BN yang mudah sahaja terlepas daripada sebarang hukuman mahu pun tindakan apabila ada kuasa yang menolong mereka. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa teraniaya dan menjadi alat pemuas hawa nafsu mereka. Rakyat dihalang berhimpun dan sembur dengan gas beracun, dipukul dengan belantan, ditendang dipijak serta banyak lagi adengan ngeri dilakukan hanya kerana ingin menyuarakan pandangan dan menyatakan pendapat. Adalah menjadi kewajipan kita melakukan perubahan besar dalam pilihanraya umum akan datang supaya imej dan integriti pasukan polis kita dapat dibersihkan daripada campurtangan politik hendaknya].

Edisi Pahang: Berita Baik, Puak-Puak UMNO Akui Kerusi Parlimen Jerantut Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat Jika Si Wan Amizan Di Kekalkan !

Posted: 06 Jul 2010 02:00 AM PDT

Kunjungan PM Najib Razak bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut baru-baru ini telah menempa sejarah buat puak-puak UMNO disitu. Masing-masing kini mula bersemangat untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan, biar pun mereka tahu riwayat politik UMNO kini sudah hampir ke penghujungnya. Duduklah dimana-mana kedai kopi sekali pun, pasti ramai yang benci kepada UMNO. Bukan dek kerana parti, tetapi kerana kesilapan individu yang dipilih sebagai pemimpin itu sendiri. Di Jerantut misalnya, kelibat ADUN Tahan Wan Amizan (foto) amatlah tidak digemari oleh puak-puak UMNO di sana. Wan Amizan dilihat pemimpin yang banyak menjahanamkan nama UMNO di Jerantut. Malah, beliau dilihat banyak mengumpul harta untuk kepentingan dirinya sendiri. Terdapat maklumat daripada "Broker Saham" yang menjadi "Remiser" kepada Wan Amizan, bahawa ADUN itu mempunyai aset berupa saham-saham yang mencecah ke angka RM10 juta. Soalnya, dari mana beliau memperolehi semua itu?. Jika tidak kerana kerjanya merompak hasil mahsul rakyat di daerah itu, masakan anak peneroka Jengka 12 itu boleh semewah itu. Perangainya yang gemar membeli mana-mana musuh politiknya itu, jelas sekali tidak digemari oleh pemimpin UMNO Jerantut. Malahan, terdapat desakan akar umbi Pemuda UMNO Jerantut agar namanya dikeluarkan sebagai calon dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Desakan itu kini semakin membara, bahkan terdapat sumber mengatakan jika UMNO Jerantut tidak membuat perubahan besar maka ada kemungkinan kerusi Parlimen Jerantut bakal jatuh ke tangan pembangkang. Rasional ini dikuatkan lagi dengan jumlah undi majoriti yang dimiliki oleh BN dalam pilihanraya umum lalu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat. BN hanya diselamatkan oleh DUN Pulau Tawar, jika tidak sudah pasti Jerantut menjadi parlimen ketiga yang berjaya ditakluki pembangkang dalam pilihanraya umum lalu. Terdapat banyak dakwaan bahawa ada pemimpin muda UMNO yang mahu menjatuhkan Wan Amizan di Jerantut sekarang ini. Mereka sedang melakukan agenda terancang ke arah itu. Jentera pihak terbabit kini sudah bersedia ke arah itu, dan sudah pasti Wan Amizan bakal dibenamkan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Tambahan pula, ADUN Tahan itu dilihat tidak sesuai untuk memimpin serta membawa perubahan generasi baru.

[Mahu atau tidak pucuk pimpinan tertinggi UMNO negeri perlu korbankan Wan Amizan jika tidak mahu kerusi parlimen Jerantut jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Soalnya apakah Wan Amizan boleh berdiam diri dengan gerakan dalaman yang mahu menghancurkan periuk nasinya itu?. Beliau sebenarnya sudah tahu pemimpin yang mahu menjatuhkan beliau itu. Namun, berjayakah dia berhadapan dengan pemimpin terbabit agaknya. Apapun, harus diingat bahawa Wan Amizan punyai wang dan pengaruhnya yang tersendiri. Biar pun dia kelihatan turun naik pejabat hutan di Kuantan, namun dia pandai mengagih-agihkan rezeki yang diterimanya itu. Malah, kes beliau melarikan anak peneroka Padang Piol secara paksa untuk dibuat bini masih diperkatakan orang hingga ke hari ini. Kenapakah Wan Amizan tergamak menggunakan kekuatannya untuk merampas kebahagian orang lain. Pelajar yang mahu meminta sokonganya telah dipaksa menjadi isteri kedua beliau yang menyebabkan keluarga mangsa terbabit kini trauma dan kecewa. Itulah dia bukti kejahatan Wan Amizan ini yang heboh diperkatakan orang sebenarnya]. Info lanjut sila klik SINI

Kontroversi: Pengerusi SPR Aziz Yusof Mula Sedar Dan Mahu Hapuskan Undi Pos, Dengar Boleh Tapi Untuk Percaya Tiada Penipuan Jauh Sama Sekali !

Posted: 06 Jul 2010 12:50 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu hapuskan undi pos dan menggantikannya dengan undi awal. Begitulah info terbaru yang telah dikeluarkan oleh pengerusinya Si Aziz Yusof (foto) hari ini. Kononnya undi pos itu sering dirundung kontroversi dan didapati menyusahkan serta mudah terdedah kepada kesilapan, sekali gus menyebabkan lebih banyak undi rosak. Sekali dengar kenyataan Aziz Yusof ini, memang ianya amat dialu-alukan dan dinantikan oleh rakyat Malaysia sejak sekian lama. Malah, Pakatan Rakyat sudah lama mahukan undi pos itu dihapuskan kerena bukan sahaja ia menyebabkan undi rosak tetapi apa yang lebih penting undi tersebut sebenarnya ditanda oleh beberapa orang pegawai yang telah dipertanggungjawabkan dan bukan pengundi itu sendiri sebenarnya. Banyak pendedahan telah dibuat oleh bekas-bekas tentera dan polis yang sudah insaf, namun SPR selama ini menganggap perkara itu tidak berlaku. Mereka melihat bahawa ia telus dan adil biarpun terkadang amat meragukan dari segi peratusan undi terhadap parti-parti tertentu. Dalam satu kenyataan Aziz juga menyatakan bahawa undi pos terlalu teknikal, menyusahkan, menyulitkan dan rigid. Sekali pandang nampak pengerusi SPR ini sudah insaf melihat segala penyelewengan yang berlaku terhadap undi pos itu sebenarnya. Namun, dari persepsi yang lain kita mungkin akan mendapat "bala yang lebih besar" apabila undi awal diperkenalkan pula oleh mereka nanti. Kami agak gusar melihat kenyataan pengerusi SPR ini sebenarnya. Dalam pada dia menyokong supaya undi pos dimansuhkan, dia juga turut mempertahankan bahawa undi pos itu memang relevan selama ini. Buktinya beliau mengambil contoh undi pos di Sibu yang memihak kepada pembangkang. Makanya SPR adalah adil dan telus, begitu juga majoriti undi pos memihak kepada Isa Samad di Bagan Pinang. Beliau sedikit pun tidak terfikir bahawa ada sesuatu yang tidak kena disitu. Sebaliknya mempertahankan bahawa semua saluran undi pos kononnya suka kepada Isa Samad, walau pun dilihat undi biasa momentumnya tiba sebegitu kuat. Ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena kepada undi pos, tambahan pula pemimpin Pakatan Rakyat dihalang mengadakan kempen di dalam Kem Tentera ketika itu. Maknanya memang ada perancangan jahat antara SPR dan UMNO bagi memenangkan BN disitu. Namun dengan selamba Si Aziz Yusof hanya menganggap beliau tidak mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan undi pos selama ini, kononnya trend undi biasa tidak selari dengan undi pos adalan sentimen semata-mata. Punyalah bangang Pengerusi SPR ini, kenapalah manusia macam ini pun boleh dilantik !!.

[Aziz Yusof kelibatnya sama sahaja dengan Rashit Rahman dulu. Perangainya sama, cakapnya berbelit-belit dan lebih memihak kepada kerajaan memerintah tanpa menganggap tanggungjawab yang dipikulnya adalah satu amanah Allah SWT. Patutlah, bila melihat BN akan kalah dalam sesuatu pilihanraya kecil maka SPR pun mula bermain tarik tali dengan melambat-lambatkan proses pengiraan dan penjumlahan undi. Malah, pengerusi SPR ini juga kelihatan sugul dan tidak bermaya jika melihat BN tewas. Tapi, bila BN menang maka mendabik dada kononnya SPR telus dan adil. Kemenangan di Sibu tidak bermakna SPR itu telus dan adil !! Kemenangan di sana adalah kerana suara rakyat mengatasi penipuan SPR itu sendiri. Begitu juga dengan kemenangan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sekarang ini. Semua kemenangan itu dicapai apabila suara rakyat mengatasi penipuan SPR, apakah ini bermakna SPR itu telus dan adil?. Sedangkan dalam masa yang sama mereka membiarkan UMNO BN sewenangnya menggunakan rasuah pilihanraya untuk meraih undi. malah, membenarkan UMNO BN menggunakan segala jentera kerajaan untuk menjalankan kempen meraih undi. Itu belum termasuk berbagai penipuan yang dilakukan menerusi pengundi hantu dan berbagai-bagai lagi. Pendek kata, SPR itu sendiri perlu dirombak jika mahu melihat keadilan tertegak dalam pilihanraya umum itu sendiri. Jika benar SPR telus dan adil, pilihanraya umum ke-12 yang lalu maka sudah pastilah kerajaan pusat sudah bertukar tangan sebenarnya].

Tiada ulasan: