pasforall |
- ah ah ah..mana ada berani..?
- INI SUDAH JADI BIG BIG MASAALAH..SIAPA PUNCA NYA..
- ini mencabar NAMAnya..apa hal pulak dgn PERKASA...permit ?
- Rakyat terus dijadikan Mangsa.........
| Posted: 07 Jul 2010 09:34 PM PDT
Usul itu ditolak mengikut peraturan mesyuarat dewan 18 (5) yang menyatakan bahawa hanya satu usul yang boleh dikemukakan sebelum mesyuarat ditangguhkan. Dalam usulnya itu Er berkata Balasubramaniam sebagai saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat. "Manakala Raja Petra Kamaruddin yang didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel 'Lets send the Altantuya murders to hell' turut lari ke sana juga. "Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri," tulisnya dalam usul itu. Men
"Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya. "Lebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita," tulisnya.
"Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita," katanya. Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu dengan alasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan penangguhannya. Bagaimanapun Er tidak berputus asa supaya usulnya itu terus dibahaskan dan beliau memfailkannya sekali lagi pagi ini. "S
Beliau berharap usul itu akan dibahaskan minggu depan kerana ia membabitkan isteri, perdana menteri. "Khabar angin kini tersebar di internet, jadi kita perlu menjaga nama baik negara dan juga Rosmah," katanya. | |||||||
| INI SUDAH JADI BIG BIG MASAALAH..SIAPA PUNCA NYA.. Posted: 07 Jul 2010 06:46 AM PDT
Altantuya hilang pada 19 Oktober 2006. "Dia tidak ada kaitan dengan kes ini ... pada saya, orang ini tidak bersalah," kata Balasubramaniam dalam sidang akhbar di London hari ini.
Abdul Razak sebelum ini merupakan teman karib timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.Sidang akhbar hari ini, yang bermula pada jam 11 pagi (7 malam waktu Malaysia), pada awalnya dirancang untuk membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dalam wawancara dijadualkan antara Balasubramaniam dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa dia akan bertemu dengan pihak berkuasa Perancis pada 12 Julai, yang akan menyoalnya mengenai dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dari syarikat Perancis, DCN. Bulan lalu, pihak berkuasa Perancis mula menyiasat DCN berhubung dakwaan pembayaran komisyen dalam beberapa urusniaga pembelian senjata, yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang Perancis. | |||||||
| ini mencabar NAMAnya..apa hal pulak dgn PERKASA...permit ? Posted: 07 Jul 2010 05:08 AM PDT Suara Keadilan diterbit malam ini, PKR cari pencetak baru July 07, 2010 KUALA LUMPUR, 7 Julai – Kepimpinan PKR mengesahkan pihaknya akan menerbitkan akhbar Suara Keadilan yang berhadapan dengan isu permit penerbitan seperti biasa malam ini dan akan berada di pasaran esok. Pencetaknya pula memutuskan untuk tidak mencetak lagi akhbar tersebut sehingga isu semasa dengan Kementerian Dalam Negeri diselesaikan. Hari ini, Dewan Rakyat juga menolak usul tergempar yang dibawa untuk membincangkan isu Suara Keadilan atas alasan Kementerian Dalam Negeri masih meneliti perkara tersebut. Pengarah Strategi PKR Chua Tian Chang memberitahu The Malaysian Insider petang ini, status quo akhbar itu kekal dan parti itu tidak akan menghentikan penerbitan hanya kerana permit sudah tamat dan belum diperbaharui. "Kami tiada sebab untuk berhenti (mencetak). Mereka tidak memberikan keputusan yang betul mengenai isu permit. Kami akan mencetak seperti biasa malam ini," kata beliau. Chua berkata, seperti biasa sebanyak 100,000 naskhah akan dicetak malam ini. Ia akan diedarkan mulai esok, katanya. Bagaimanapun Chua mengesahkan pencetak asal telah memutuskan untuk tidak mencetak akhbar itu sehingga pertikaian dengan Kementerian Dalam Negeri selesai. "Jika itu keadaan, kami akan mencari pencetak lain untuk mencetak akhbar kami. Apapun kami akan mencetak malam ini," katanya. Chua enggan menamakan pencetak dan lokasi cetakan kepada media. Beliau masih bertegas Kementerian Dalam Negeri belum melarang penerbitan itu, cuma menangguhkan keputusan memperbaharui permit Suara Keadilan. "Mereka baru sahaja memaklumkan kami bahawa mereka tidak melarang kami tetapi hanya belum memutuskan sama ada memperbaharui ataupun sebaliknya. "Oleh itu, tidak haram bagi kami untuk mencetak akhbar kami malam ini," katanya. Menjawab soalan kemungkinan kementerian memutuskan untuk mengharamkan Suara Keadilan, PKR boleh membawa Kementerian Dalam Negeri ke mahkamah atau merayu keputusan mereka. "Kami akan menyeberang jambatan apabila tiba masanya nanti," kata beliau. Terdahulu, Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib memberitahu The Malaysian Insider bahawa PKR masih belum memutuskan tarikh penerbitan edisi susulan Suara Keadilan walaupun kelmarin pihaknya mengumumkan akan mengeluarkan akhbar berkenaan seperti biasa meskipun permitnya belum diperbaharui Kementerian Dalam Negeri. "Kepimpinan (PKR) masih membincangkan soal penerbitan edisi akan datang dan belum menyelesaikan soal pencetak," kata Dzulkarnain. Kata beliau, PKR sedang menangani isu ini dengan berhati-hati. Seorang pegawai Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd ketika dihubungi berkata pihaknya akan berhenti dari mengeluarkan Suara Keadilan sehingga menerima notis susulan Kementerian Dalam Negeri. "Kami sudah pun menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri dan kami tidak akan mencetak Suara Keadilan," katanya. Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan Suara Keadilan kemungkinan boleh ditutup jika ia terus diterbitkan meskipun permitnya belum diperbaharui. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri Datuk Zaitun Ab Samad berkata, PKR perlu menanggung implikasi undang-undang jika terus menerbitkan Suara Keadilan yang permit penerbitannya sudah tamat. Akhbar itu telah menerbitkan sebuah artikel muka depan bertajuk "Felda Bankrap". Permit penerbitan Suara Keadilan tamat 30 Jun lalu dan dengan itu tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan mengikut Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. | |||||||
| Rakyat terus dijadikan Mangsa......... Posted: 06 Jul 2010 11:43 PM PDT ![]() Seramai 15 keluarga di Kg Baru Kuala Sepetang,dijadikan Mangsa mainan Politik Pihak-pihak tertentu..? semalam 6hb.. 15 keluarga menerima Notis mengosongkan rumah dan kawasan yang telah mereka duduki lebih dari 40 tahun dan juga membayar sewa Lesen Tol sebelum ini selama beberapa tahun ,cuma dinafikan pembahruan Lesen Tol bermula tahun ini dengan alasan kawasan berkenan telah diluluskan kepada sekolah bersebelahan. Wakil Penduduk yang ditemui Lee Han Ping,memberitahu telah duduk dikawasan itu lebih 50 tahun dan membayar lesen TOL ,sebelum diberhentikan pembahruan bermula 2008,ada yang diberhentikan tahun 2007,ada yang 2008 dan juga 2010. Kami telah menetap di sini sebelum adanya sekolah,lagi pun kawasan sekolah memang dah besar,kita pun taktahu apa sebab kawsan ini pun dia orang ambil,lagi pun hanya sekitar 150 pelajar yang ada disekolah itu..tambah beliau. Ini semua mungkin permainan Politik,macam musim PRK Bkt Gantang ada yang diberhentikan, dilulus semula tapi tahun ini semua diberhentikan,macam mana ini,rumah kita dah buat elok elok,mana mau pindah..?apa ganti rugi dia orang mau bayar,,keloh Mr Lee.. Rumah macam ini..berapa pampasan yang akan dibayar..? |
| You are subscribed to email updates from pasforall To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan