pasforall |
- macam-macam le..SPRM..dari malaysia..
- aiiiyaaa..ini ada double standarad...sokong lain tak sokong lain..
- Banyak juga Pusing..bila sudah Lompat..
| macam-macam le..SPRM..dari malaysia.. Posted: 05 Jul 2010 09:14 PM PDT
Senarai soalan SPRM itu dimuatkan dalam satu sampul dihantar dengan sebuah teksi kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu di hotelnya di London.
"Kami sahkan bahawa telah menerima soalan berkenaan dan sedang mengkajinya buat masa ini," kata Americk, yang tidak mahu mengulas lanjut. Balasubramaniam dijangka menjawap soalan itu dalam bentuk afidavit.
Antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan. Selepas kejadian itu, Balasubramaniam melarikan diri ke luar negara tetapi mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang mengejutkan terhadap Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga menuduh bekas pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar berada di lokasi kejadian apabila Altantuya diberkas oleh polis. Meskipun SPRM telah membatalkan wawancara yang dijadualkan itu, Balasubramaniam dan peguamnya menunggu di tempat yang di jadualkan iaitu di Leinster Gardens, Holiday Villa.
"Kami tunggu dari jam 10 pagi dan beredar selepas 1 petang," kata Americk. Sementara menunggu, mereka menikmati ais kacang di sebuah restoran Malaysia di hotel berkenaan. Ketika itu, sampul yang membawa senarai soalan SPRM tiba melalui teksi. Balasubramaniam akan mengadakan sidang media pada tempat yang sama pada 11 pagi Rabu ini (7petang waktu Malaysia) dan dijangka akan membuat lagi pendedahan. | ||||||||
| aiiiyaaa..ini ada double standarad...sokong lain tak sokong lain.. Posted: 05 Jul 2010 07:50 PM PDT
Sehubungan itu, KDN telah memberi amaran kepadanya supaya membuat kesalahan yang sama, kata Daud ketika dihubungi di Malaysiakini. Daud bertemu pihak KDN hari ini untuk memberi penjelasan mengenai tajuk muka depan Suara Perkasa yang mula diterbitkan minggu lalu yang menggesa supaya Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).seterusnya...
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zaitun Ab Samad berkata: "kalau beroperasi tanpa lesen, mereka perlu menanggung risiko dikenakan tindakan."
| ||||||||
| Banyak juga Pusing..bila sudah Lompat.. Posted: 05 Jul 2010 09:31 AM PDT
Menurut
"Saya beri dia notis 14 hari untuk meminta maaf dan membayar gantirugi RM500,000. Jika tidak prosedur saman ini akan difailkan oleh peguam saya," kata Khalil Idham (kiri). Keshvinder, ADUN DAP Malim Nawar telah keluar DAP baru-baru ini. Dalam kenyataannya kepada media, beliau berkata pernah meminjam wang dari Khalil Idham, untuk membantu penduduk kawasannya. Namun, menurut Khalil Idham yang juga Ketua Penerangan Pakatan Perak dan bekas pengerusi Kelab BBC kerajaan Perak, beliau dihubungi oleh Kesvinder melalui sms untuk meminjam wang bagi membayar hutang bank setelah keretanya ditarik. "Saya sendiri telah bersama beliau ke Ambank Ipoh pada 19 Mei lalu dan memberikan wang sebanyak RM3,500 untuk tujuan itu. Saya sendiri melihat dia membayar wang sebanyak RM2,825 untuk tujuan itu," kata Khalil Idham. Khalil Idham berkata, beliau mempunyai bukti segala kenyataannya dan akan digunakan dlam perbicaraan di mahkamah nanti.
Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu. Pada 15 Jun lalu, pada sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi ADUN Bebas dan menyokong Barisan Nasional. Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau. "Saya bersih," kata ADUN Malim Nawar itu. Antara dakwaan beliau ketika mengumumkan kerana keluar DAP adalah kerana kegagalan DAP membantunya dalam menguruskan keperluan rakyat kawasannya. |
| You are subscribed to email updates from pasforall To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan