Selasa, 6 Julai 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dedahkan Butiran Sambungan Kontrak APCO!

Posted: 05 Jul 2010 10:40 PM PDT

PKR mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan semua butir-butir kontrak kerajaan dengan APCO Worldwide yang baru disambung semula, dimana telah diketahui umum APCO mempunyai kaitan dengan regim zionis Israel.

Setiuasaha Agong PKR Saifuddin Nasution membuat cabaran berkenaan semasa sidang media di Parlimen pagi ini, dan mencabar kerajaan mendedahkan kos pembaharuan kontrak berkenaan.

"Keseluruhan isu APCO telah terdedah setelah pemimpin pembangkang kita menyerahkan bukti-bukti berdokumen bahawa kerajaan telah menggunakan perkhidmatan APCO.

"Berikutan itu, kita hanya tahu kontrak berkenaan yang bernilai RM76.8 juta selepas Ahli Parlimen Batu MP (Chua Tian Chang) menanya soalan tersebut.

"Kita ingin tahu kos memperbaharui kontrak berkenaan dan apakah butiran yang terlibat kali ini?" katanya.

Saifuddin juga meminta kerajaan untuk menyediakan satu laporan penuh apa yang APCO telah bantu negara semenjak perkhidmatannya digunakan.

Satu sumber mendedahkan kepada akhbar online Malaysian Insider semalam bahawa pentadbiran Najib telah memperbaharui kontrak yang penuh kontroversi dengan APCO Worldwide untuk setahun lagi, sekalipun firma itu telah dikaitkan dengan perancangan para inteligen Israel.

untuk tempoh setahun lagi bulan lalu meskipun pembangkang membantah kehadiran firma tersebut atas alasan mempunyai hubungan dengan Israel, rejim yang dikutuk umat Islam.

Difahamkan APCO mengambil konsultan-konsultan tempatan dalam kontrak terbaru dengan sumber Jabatan Perdana Menteri mengatakan, pakej kali ini tidak selumayan berbanding RM76.8 juta dibayar bagi tempoh 15 Julai 2009 dan 4 Jun 2010 untuk khidmat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

UMNO Sambung Khidmat APCO, Rakyat Perlu Bangun Tentang UMNO Habis-habisan

Posted: 05 Jul 2010 06:34 PM PDT

Putrajaya sambung khidmat APCO setahun lagi

Pentadbiran Najib memperbaharui kontrak khidmat Worldwide untuk tempoh setahun lagi bulan lalu meskipun pembangkang membantah kehadiran firma tersebut atas alasan mempunyai hubungan dengan Israel, rejim yang dikutuk umat Islam.

Difahamkan APCO mengambil konsultan-konsultan tempatan dalam kontrak terbaru dengan sumber Jabatan Perdana Menteri mengatakan, pakej kali ini tidak selumayan berbanding RM76.8 juta dibayar bagi tempoh 15 Julai 2009 dan 4 Jun 2010 untuk khidmat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Pentadbiran Najib sudah memperbaharui kontrak dengan APCO Worldwide sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi," kata satu sumber kerajaan kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan kelulusan pada dasarnya itu diberikan seminggu lalu.

Bagaimanapun keputusan itu dirahsiakan bagi mengelakkan bantahan berhubung kaitan Malaysia dengan firma itu yang didakwa ada kontak dengan ejen-ejen Israel.

Malah satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, syarat-syarat kali berlainan berbanding dengan perjanjian sebelum ini.

"Kali ini, perjanjian antara APCO dan Malaysia kini lebih bersifat terbuka. Di bawah perjanjian baru ini, kedua-dua pihak mempunyai opsyen untuk menamatkan perjanjian pada bila-bila masa sebelum kontrak berakhir dalam tempoh setahun ini," kata sumber itu. The Malaysian Insider juga diberitahu, pegawai-pegawai APCO yang baru telah dilantik untuk menyelia terma dan syarat perjanjian terbaru ini.

"Juga wujud rasa tidak senang di kedua-dua pihak berhubung soal bagaimana (pertikaian) pelantikan APCO boleh tercetus dan ia tidak dapat dikawal ekoran liputan media dan cara isu ini ditangani.

"Kali ini, saya boleh mengatakan lima pegawai APCO yang baru dilantik untuk menyelia (kandungan) perjanjian baru ini, dan untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar," kata beliau.

Difahamkan, salah seorang pegawai utama merupakan bekas ketua komunikasi luaran pejabat ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat utiliti tempatan.

Pegawai-pegawai APCO yang berpejabat di Singapura enggan mengulas mengenai perjanjian baru antara pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan firma itu ketika dihubungi The Malaysian Insider menerusi emel dan panggilan telefon.

"Menjadi dasar APCO untuk tidak membincangkan kontrak secara terbuka," kata jurucakap syarikat itu menerusi emel kepada The Malaysian Insider.

Firma itu yang berpejabat di Singapura, kini diketuai oleh bekas pengarah urusan Garry Walsh yang juga ketua akaun global bagi Microsoft, salah satu pelanggan utama APCO.

Isu APCO telah mendominasi sidang Parlimen yang lepas dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan telah mengelirukan Dewan Rakyat.

Sesi itu telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Anwar mendakwa beberapa pegawai tentera Israel utama berkhidmat dengan APCO.

Selain itu Anwar juga mengaitkan konsep 1Malaysia yang digerakkan oleh Najib sebagai idea mirip One Israel yang dibangunkan untuk kepimpinan bekas perdana menteri Israel Ehud Barak.

APCO telah menafikan adanya hubungan dengan One Israel dan menegaskan, inisiatif 1 Malaysia sudah pun diilhamkan sebelum pelantikan firma berkenaan.

Jawapan Kepada Semua Kemelut Negara: PR Perlu Tawan Putra Jaya!

Posted: 05 Jul 2010 07:36 AM PDT

Bukan setakat Penasihat Undang-undang

- PROFESOR DR ABDUL AZIZ BARI

Meskipun Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz cuba menyerang keseluruhannya apa yang beliau buat dalam menangani gerak yang dimulakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim nampak defensif. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebenarnya tidak perlu membaca peruntukan perlembagaan kerana kita sudah tahu apa isinya. Bukan itu yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang itu di Parlimen Selasa lalu.

Isu yang berbangkit dalam soal penasihat undang-undang negeri yang dihantar Jabatan Peguam ke Negara ke negeri-negeri itu ialah dakwaan sabotaj dan enggan menurut perintah. Meskipun gaji dibayar Kerajaan Negeri pegawai berkenaan – yang juga anggota Exco negeri – merujuk kepada Putrajaya dan bukan Menteri Besar. Inilah yang berlaku di Kelantan, Perak dan khabarnya di Selangor juga.

Kenyataan tegas Anwar itu sebenarnya telah lama saya suarakan; khususnya selepas timbulnya masalah antara Kerajaan Negeri di Kelantan dengan istana pada pertengahan 1996. Pada masa sama ia juga menghadapi tekanan daripada perkhidmatan tadbir negeri yang dipimpin setiausaha kerajaan. Ini pelik bunyinya tetapi di Malaysia hal-hal ganjil seperti ini boleh berlaku.

Di negara lain – sebagaimana yang kita lihat di United Kingdom April lalu – parti yang menang diberi laluan. Istana Buckingham tidak mengada-ngada atau kacau daun. Dalam pada itu para pegawai kerajaan dibenarkan menemui parti yang akan membentuk kerajaan baru.

Berbalik kepada Nazri, beliau sepatutnya ditanya mengapa Kerajaan Persekutuan yang UMNO terajui menubuhkan JPP di negeri-negeri yang ia jadi pembangkang. Soalan ini penting sebab Nazri mahu kita ikut perlembagaan sedangkan JPP itu bertentangan dengan konsep negara persekutuan yang ada di Malaysia dan di seluruh dunia. Saya tidak anti UMNO. Saya cuma mahu permainan yang baik; mengikut peraturan. Pemain hebat seperti Diego Maradona pun dikritik apabila dia menjaringkan gol dengan tangan! Kritikan itu masih kita dengar sampai sekarang meskipun yang salah ialah pengadil membenarkan gol curi itu. Bukan dia.

Apa yang didakwa dilakukan pegawai persekutuan di negeri yang Pakatan perintah itu sebenarnya tidak berbeza dengan sikap pasukan polis. Cuma ia tidaklah seteruk pada 1999-2004 di Terengganu apabila ketua mereka di situ, Datuk Othman Talib dengan selamba meremehkan penentangannya kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Besar.

Sebenarnya ada masalah lebih besar dalam isu yang Anwar bangkitkan itu. Ia berkait dengan kedudukan tiga pegawai kerajaan dalam Exco. Tak kiralah pegawai PTD, pegawai Kamar Peguam Negara atau pegawai perkhidmatan tadbir negeri. Dalam konteks kerajaan bertanggungjawab yang menjadi tunjang dalam sistem demokrasi berparlimen atau Westminster, kerajaan – yakni Kabinet atau Exco negeri – perlu menjadi ahli Dewan. Pegawai bukan ahli Dewan sebab mereka tidak dipilih rakyat. Sebab itu mereka disebut sebagai ahli kerana jawatan; yakni ahli ex-officio.

Peruntukan itu adalah peninggalan sistem yang dibina Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang kita kekalkan. Ada banyak sebab kita boleh kemukakan mengapa peruntukan ini perlu dimansuhkan. Tetapi biarlah ini kita bincangkan pada ruangan lain.

Terlanjur membincangkan peruntukan mengenai Kerajaan Negeri sebenarnya di Sabah pun ada peruntukan yang ganjil. Peruntukan ini membenarkan pelantikan ahli DUN, dan peruntukan inilah menyebabkan berlakunya krisis di Sabah selepas pilihan raya negeri 1985 apabila pemimpin Usno Tun Datu Mustapha, menggunakan peruntukan itu, menyerbu masuk ke istana dan meminta Yang di-Pertua Negeri Tun Adnan Robert melantiknya sebagai Ketua Menteri.

Peruntukan-peruntukan yang sedemikian itu bukan sahaja ketinggalan zaman, tetapi bertentangan dengan demokrasi, dan kita sudah lihat bagaimana ia digunakan untuk membuat sabotaj. Rakyat perlu prihatin soal ini.

Apa pun Anwar tidak perlu bertindak sekarang kerana sebagaimana diduga, musuh mereka akan menyeret istana. Ini kita dapat hidu dalam sidang akhbar Nazri Rabu lalu. Apa yang Anwar perlu buat ialah pastikan Pakatan berada di Putrajaya terlebih dahulu. Tanpa kuasa persekutuan sukar untuk Pakatan membuat perubahan. Dengan kuasa itu saya rasa mudah sedikit untuk mereka berkira dengan istana. Tetapi sebenarnya kuasa tadi jarang digunakan, itu mungkin kerana UMNO tidak lupa membawa persembahan yang baik-baik. Ini hanya boleh Anwar sembahkan kalau beliau duduk di Putrajaya. -SH

Ulasan GB

Tidak ada pilihan lain - demi untuk mengembalikan keamanan dan kesejahteraan rakyat, demi untuk menamatkan segala jenis kepincangan dan korupsi yang diamalkan oleh UMNO BN - Pakatan Rakyat perlu tawan Putra Jaya. The faster the better.


Wahai Shafie Apdal, Sebab Pulut Santan Binasa

Posted: 05 Jul 2010 01:43 AM PDT

PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.

Laporan polis itu dibuat di balai polis Sentral Johor Bahru yang diketuai ketua penerangannya Mazlan Aliman, yang diiringi kira-kira 20 penyokong parti itu, pada jam 11.30 pagi tadi.

Bercakap kepada Malaysiakini pagi ini, Mazlan mendakwa Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno, dalam ucapannya perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya kelmarin, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu," katanya.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, kenyataan Mohd Shafie itu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam

Laporan itu memetik Mohd Shafie menyifatkan PAS sebagai parti ajaran sesat kerana didakwanya hanya memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata dakwaan yang dilemparkan kepada parti itu "tidak boleh diterima sama sekali".

"Ahli PAS kini berjumlah satu juta, adakah beliau berani menyatakan (mereka) sesat. PAS menguasai Kelantan, memimpin di kerajaan Kedah dan suatu ketika dahulu memerintah di Perak, adakah beliau menyatakan majoritinya sebagai sesat," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk berdebat bagi membuktikan siapa yang sebenarnya sesat.

Katanya, jika Mohd Shafie tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau itu, PAS Johor akan mengarahkan ahlinya di negeri itu untuk membuat laporan polis secara bersiri terhadap menteri itu.



Tiada ulasan: