Muslimeen United |
- Sah PRU 13 Pada Februari 2011?
- Umno sesat sebab lawan perjuangan Islam
- Berapa gaji sebulan Musa Hassan, KP Negara.
- MOGOK KTMB-EKONOMI PULIH?
- Debat: Ahmad enggan sahut cabaran Mazlan
- Tembak rambang: BN perlu bertanggungjawab
- Harakah pula digantung?
- JK Tebatan Banjir serah memo pada menteri
- Sepanyol tumpaskan Jerman
- Apa nak jadi Muhyiddin ni?
- Musa Hassan Berlagak Hero Sebelum Pencen
- Judi sukan dibenarkan semula?
| Sah PRU 13 Pada Februari 2011? Posted: 08 Jul 2010 07:16 AM PDT ![]() Kebiasaanya, pilihan raya Sarawak tidak akan menunggu sehigga saat-saat akhir, maka ramai pemerhati mengesyaki paling lewat, pilihan raya Sarawak akan diadakan pada awal tahun hadapan. Di sisi lain pula, ramai juga pemerhati politik percaya bahawa pilihan raya Sarawak akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-13, memandangkan iklim politik di Sarawak yang semakin berubah sejak DAP merampas kerusi parlimen Sibu baru-baru ini. Bagi mengelakkan sentimen kekalahan BN yang mungkin agak banyak di Semenanjung daripada menular masuk ke Sarawak dan memberi kesan pengundian di sana. Maka, secara teorinya - pilihan raya perlu diadakan serentak, sekali gus mengurangkan kekuatan pembangkang dari segi tumpuan. Secara teknikalnya ia nampak sangat relevan dan objektif - namun tidak semestinya tepat. Jesteru itu - di bawah ini saya paparkan rasa hati,firasat dan cakap-cakap rakan UMNO saya baru-baru ini berkenaan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan. 1. Tarikh Pembubaran Parlimen : Penghujung Januari 2011 2. Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 : Awal Februari 2011 3. Hampir semua calon BN/UMNO yang menang dalam Pilihan Raya ke-12 dikekalkan, kerana DS Najib tidak mahu mengambil risiko kekalahan, seandainya memilih calon baharu yang kurang dikenali. Walauapa pun alasannya. Untuk lebih tepat, kita harus menunggu ucapan dasar DS Najib di Perhimpunan Agung UMNO Oktober depan. Mungkin pada waktu itu - teka-teki Pilihan RayaUmum ke-13 bakal terjawab. Wallahualam. azlishukri.blogspot.com | ||
| Umno sesat sebab lawan perjuangan Islam Posted: 08 Jul 2010 06:39 AM PDT KOTA BHARU, 8 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.Katanya, tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat. Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam. "Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat. Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Armalah di Putik, Pengkalan Chepa hari ini. Beliau juga turut menyifatkan kenyataan Shafie Apdal itu sebagai mengarut serta tidak berasas. Menurutnya, sesat atau sebaliknya perjuangan bukan boleh diukur dengan kefahaman sains, sebaliknya agama. Jelasnya lagi, orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar. "Hanya empat golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam. "PAS sendiri khususnya di Kelantan meneruskan dasar perjuangan Islam berkenaan yang menjadi agenda perjuangan parti sendiri menurut al-Quran, hadis, ijmak ulamak malah ianya menjadi dasar bertulis perjuangan," ujarnya. Tambahnya, dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan turut dilaksanakan mengikut landasan Islam termasuk menghapuskan premis judi, menyediakan rumah tiga bilik mengikut ajaran Rasulullah dan berbagai lagi. "Kita juga buat sekolah Arab aliran sains, nak sesat apa lagi, yang tolak Islam itulah yang sesat. Jelasnya lagi, menolak Islam ini akan menjadi manusia sesat di akhirat nanti, iaitu tidak akan sampai ke syurga. Tambahnya, manusia tidak akan menemui jalan ke syurga jika tidak menurut ajaran Islam. Katanya lagi, tidak ada ahli sains, psikologi atau golongan pemikir dapat membawa manusia ke syurga melainkan Rasulullah dengan ajaran Islam. -Hrkh | ||
| Berapa gaji sebulan Musa Hassan, KP Negara. Posted: 08 Jul 2010 06:31 AM PDT
Jika ditanya, saya langsung tidak bersetuju dengan amalan yang cukup bengap ini. Ianya seolah-olah menandakan bahawa kurang atau tiadanya pengganti orang nombor satu dalam kementerian atau agensi-agensi tertentu. Jika dilihat, tidak banyak perubahan yang dapat mereka lakukan selepas tamat masa perkhidmatan sebenar. Mereka memanaskan kerusi seperti 'ayam telor'. Ada yang mendakwa, wang rakyat dihabiskan di atas kepentingan politik untuk menjaga kepentingan politikus tertentu terutama mereka yang berada di atas. Setakat melanjutkan kontrak enam bulan tidak mengapa. Ini sampai empat, lima dan enam tahun. Bukan sahaja melemahkan semangat penjawat awam yang sedang menunggu, malah membuatkan mereka 'burn-out' semata-mata kepentingan politik Perdana Menteri. Lihat sahaja gaji bulanan Musa Hassan sebagai contohnya ; PANGKAT: KETUA POLIS NEGARA I. GRED GAJI SSM: VUYY3 III. TARIKH KUAT KUASA: 1.7.2007 RM13849.67 Gajinya sahaja RM13, 849.67 sebulan. Elaun rumahnya RM2500.00 Elaun Keraian RM5100.00 Imbuhan Tetap Jawatan RM3000.00 Belum lagi elaun pemandu, elaun pembantu rumah, tukang kebun dan lain-lain elaun. Jadi, macamana ? Berilah peluang pada yang lain ! | ||
| Posted: 08 Jul 2010 06:22 AM PDT | ||
| Debat: Ahmad enggan sahut cabaran Mazlan Posted: 08 Jul 2010 02:27 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Julai: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan 'enggan' berdebat dengan Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman meskipun jemputan itu telah diserahkan sendiri oleh Mazlan kepada beliau ketika sidang media bersama di Parlimen hari ini. Sebaliknya ketika bertemu pada jam 11.00 di Lobi Parlimen hari ini Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula menyerahkan surat jemputan dialog kepada Mazlan, walaupun pada awalnya pertemuan hari ini berkisarkan jemputan debat oleh Pengerusi Anak itu.Mengeluas keenganan Ahmad berdebat, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat menegaskan Ketua Penerangan Umno itu sebenarnya takut untuk berdepan dengan rakyat. Beliau menjelaskan, pemilihan debat dicadangkan ekoran beberapa siri dialog sebelum ini dilihat gagal menyelesaikan isu peneroka dan tidak mendatangkan hasil yang positif. "Saya bukan nak cari publisiti kerana memilih debat, tetapi saya mahu rakyat sendiri tahu apa isu sebenar yang membabitkan Felda, isu penyelewengan, isu mengapa susutnya rizab tunai Felda, dan banyak lagi yang saya akan dedahkan, "Saya mahu rakyat menjadi hakim.Kita mahu rakyat nilai mana yang betul mana yang salah.Dia (Ahmad Maslan) tak mahu debat tetapi memilih dialog.Ini tak selesaikan masalah, malah dialog ini dibuat biasanya tertutup, kemudian apa yang akan digambarkan dalam media akhirnya hanya suara sebelah pihak, "Jalan terbaik adalah debat, dibuat secara langsung melalui stesen televisyen samada kerajaan mahupun swasta, kemudian khalayak Felda sebagai tetamu.Nak buat dimana sahaja saya tak kisah asalkan rakyat dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya," kata Mazlan ketika ditemui selepas sidang media. Sementara itu Mazlan juga yakin 'ada benda yang disembunyikan' yang menyebabkan Ahmad Maslan 'enggan' berdebat secara terbuka, sebaliknya hanya mahu berdialog. "Kalau dia tak takut, marilah berdebat, kenapa tak mahu debat?" katanya lagi. Mazlan sebelum ini banyak mendedahkan isu membabitkan pentadbiran dan pengurusan Felda.Beliau yang juga generasi kedua Felda memiliki pengalaman berhubung isu-isu Felda dan bersedia mendedahkan banyak lagi isu membabitkan agensi itu dalam masa terdekat. | ||
| Tembak rambang: BN perlu bertanggungjawab Posted: 08 Jul 2010 02:26 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Julai: Sebanyak 26 parti politik dan pertubuhan masyarakat negeri Johor hari ini menyeru Kerajaan Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab ke atas tindakan pihak polis melepaskan tembakan sesuka hati sehingga menyebabkan kehilangan beberapa nyawa rakyat negara ini. Pada 20 Oktober 2009, seorang remaja Melayu, Mohd Afham Arin, 18 tahun pula ditembak mati. | ||
| Posted: 08 Jul 2010 02:25 AM PDT Seperti 'rakannya' Suara Keadilan, sidang pengarang lidah rasmi PAS, juga akan tetap menerbitkan akhbar mereka - Harakah - seperti biasa walaupun permit penerbitannya tamat semalam. Pemangku ketua pengarang Harakah Taufek Yahya berkata pihaknya membuat keputusan itu memandangkan surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baru diterimanya tengah hari ini tidak melarang tindakan itu. "Kita cetak macam biasalah. Dalam surat itu dia tidak halang kita cetak," katanya.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dipetik berkata kegagalan akhbar itu menjelaskannya dengan memuaskan boleh menyebabkan permohonan permit penerbitannya yang tamat semalam menemui masalah. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Taufek berkata akhbar dua kali seminggu itu akan berada dalam pasaran pada Isnin depan. "Edisi Jumaat telah pun dicetak dan diedarkan," kata Taufek yang mendakwa telah empat bulan memohon memperbaharui semula permit penerbitannya.
Semalam Pengarah strategi PKR Tian Chua berkata Suara Keadilan - akhbar rasmi PKR - akan diterbitkan seperti biasa walaupun menghadapi 'masalah' dengan KDN berhubung laporan muka depannya berjudul 'Felda Bankrap' minggu lalu. Menurut Tian Chua, ia akan dicetak kerana "tidak ada arahan yang jelas untuk menghentikan pencetakannya". Sejak tahun-tahun 90-an, akhbar pembangkang sering berdepan dengan kesukaran memperbaharui permit penerbitannya, dipercayai ekoran tulisannya yang dilihat tidak mesra kerajaan. -M'kini | ||
| JK Tebatan Banjir serah memo pada menteri Posted: 07 Jul 2010 05:44 PM PDT KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Bertindak Rancangan Tebatan Banjir Sungai Muda (RTB) Pakej 2 Hilir dan Pakej 2B Hulu, Kepala Batas semalam menyerahkan memorandum kepada Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar bagi membantah dan memohon semula beberapa perkara penting RTB.
Antaranya termasuk memohon isu penempatan semula diselesai segera dengan pengesahan yang jelas dari kerajaan. Selain itu, isu penempatan sementara yang tertangguh juga diminta dipercepatkan atau kembali kepada keputusan asal iaitu mereka diberikan rumah seluas 20 kaki x 60 kaki secara sewa beli. Mereka turut mendesak pampasan yang diberikan kepada penduduk terlibat diberi dengan nilai sebenar rumah dan bukan secara mutlak RM10 ribu seperti yang dibuat sekarang. Bagi pengusaha tanah usaha dan tanah tol sejak 50 ke 70 tahun dahulu pula, mereka mendesak agar diberi pampasan sewajarnya. Turut dituntut bayaran sewaan bernilai RM12 ribu kepada penduduk yang lebih awal keluar dari penempatan mereka seperti yang diberikan kepada mereka yang lewat. Memorandum sama turut diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Whip Ahli Parlimen, Salahuddin Ayub. -Hrkh | ||
| Posted: 07 Jul 2010 05:42 PM PDT Keputusan perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2010. JERMAN 0 - 1 SEPANYOL CAPE TOWN: Sepanyol menumpaskan Jerman 1-0 sekaligus melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010.Gol kemenangan Sepanyol dijaringkan hasil tandukkan Puyol pada minit ke 73 dari satu sepakan sudut. Sepanyol akan bertemu Belanda pada 11 Julai ini dalam perlawanan akhir. | ||
| Posted: 07 Jul 2010 05:41 PM PDT MASALAH remaja dengan berbagai ragam dan kegiatan negatif mereka bukan sahaja wajib ditangani oleh kedua ibu bapa mereka sahaja. Semua pihak mesti memainkan peranan agar masalah yang semakin kritikal ini dapat dikurangkan walaupun agak mustahil untuk dihentikan. Peranan ibu bapa dan keluarga adalah untuk mendidik serta mengasuh mereka, begitu juga dengan peranan masyarakat dan institusi pendidikan dengan kaedah mereka yang tersendiri.Paling penting juga adalah peranan pemerintah samada di pihak kerajaan yang memerintah. Agak terkejut juga apabila membaca laporan bahawa terdapat 1o buah sekolah `panas' di sekitar Kuala Lumpur di mana sekolah-sekolah tersebut menyimpan rekod kegiatan jenayah, masalah disiplin dan sosial berlaku di kalangan pelajarnya. Laporan itu memetik kenyataan daripada Ketua Polis Kuala Lumpur sendiri dan bukannya kenyataan dari pihak sekolah mahupun Kementerian Pelajaran. Kenyataan penuh disiarkan di sini. Amat malang sekali di saat PDRM sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk mengingatkan kita betapa seriusnya masalah ini di kalangan pelajar, Menteri Pelajaran yang juga TPM Muhyiddin Yasin sibuk dengan isu yang bukan-bukan dan mengarut. Beliau hanya mahu mencari keuntungan politik peribadi beliau semata-mata. Beliau tidak serius menangani masalah yang dihadapi di sekolah-sekolah dan kelihatan seperti ingin menyerahkan semuanya kepada pihak keselamatan. Apa yang beliau sibukkan adalah tentang DS Anwar kununnya sebagai pengkhianat Melayu, dan yang terbaru sibuk memberi amaran kepada akhbar Suara Keadilan. Kita naik keliru semenjak bila pula beliau sibuk jaga kementerian orang lain sedangkan masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah tidak juga selesai malahan bertambah buruk. Kenyataan Muhyiddin di Pagoh, Muar yang menyebut kununnya PKR hendak tunjuk siapa lebih besar dan berani di dalam isu permit Suara Keadilan yang kini masih belum diperbaharui itu. Kenyataan Muhyiddin boleh dibaca di sini. Sewajarnya isu tersebut boleh diserahkan kepada KDN untuk membuat komen dan Muhyiddin perlu peka kepada kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur itu. Tidak takut atau bimbangkah Muhyiddin dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur itu? Itu baru rekod di sekitar Kuala Lumpur, belum kita ketahui berapa jumlahnya di seluruh Malaysia. Apa tindakan beliau untuk mengatasi masalah ini? Adakah dengan melakukan fitnah terhadap DS Anwar dan PKR mahupun parti di dalam PR mampu mengatasi masalah pelajar-pelajar ini? Sekiranya beliau tiada idea untuk memperbaiki imej kementeriannya, beliau sewajarnya menyerahkan kepada orang lain yang mampu dan lebih berwibawa darinya. Muhyiddin tidak pernah berani untuk membuktikan apa jua tuduhannya terhadap DS Anwar mahu pun parti pembangkang. Jauh sekali beliau berani untuk berdebat secara terbuka. Beliau hanya menonjolkan dirinya seolah-olah jaguh perjuangan orang Melayu sedangkan para remaja yang terlibat di dalam aktiviti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur itu majoritinya adalah remaja Melayu. Jika Muhyiddin gagal untuk memperjuangkan nasib remaja Melayu di peringkat sekolah, diterima akalkah kita Muhyiddin mampu memperjuangkan nasib Melayu di negara ini? Tidak terfikirkah Melayu khususnya di Johor tentang semuanya ini? Muhyiddin bukan sahaja gagal sebagai TPM, lebih memalukan beliau dilihat gagal selaku Menteri. Muhyiddin tidak mempunyai rekod yang cemerlang semenjak beliau memimpin Johor lagi. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkannya untuk menyerang Pembangkang lebih memperlihatkan pemikirannya yang amat rendah dan terlalu mudah buat kita Blogger sahaja menjawabnya. Justeru itu, tidak hairanlah apa yang telah berlaku di bawah Kementeriannya hari ini dan ianya tidak akan berubah selagi Muhyiddin masih di situ. Oleh: WFAUZDIN NS | ||
| Musa Hassan Berlagak Hero Sebelum Pencen Posted: 07 Jul 2010 05:39 PM PDT
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berusaha menonjolkan dirinya sebagai hero menyelamatkan kerajaan Barisan Nasional dengan secara tiba-tiba membangkitkan isu Jemaah Islamiah dan terbaru isu usaha menangkap penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin yang dikehendaki oleh pihak polis.Tindakan 'mengambil hati' Umno-BN dilihat sebagai membantu misi mengalih perhatian rakyat terhadap isu kritikal seperti penglibatan Apco Worldwide dalam soal keselamatan negara, skandal komisyen dalam pembelian kapal selam Scorpene, tindakan menyerahkan tanah KTMB di Tanjung Pagar kepada Singapura dan juga beberapa rancangan pengambilan tanah serta soal lesen judi. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul kesal dengan tindakan Musa dan menyifatkan pendedahan yang dibuat KPN tersebut kepada media seumpama mencari populariti demi memenuhi kepentingan dirinya. "Saya yakin benar bahawa dia bermain politik dalam isu ini, jika tidak kenapa dengan tiba-tiba menjadikan dirinya sebagai orang penting dengan mengetengahkan isu tersebut semata-mata bagi menyambung semula kontraknya sebagai KPN yang dijangka berakhir pada September tahun ini. "Oleh yang demikian dia terpaksa cari isu untuk menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya. Beliau juga menganggap isu JI sengaja diada-adakan setelah kerajaan BN berdepan dengan banyak isu besar termasuk pembelian kapal selam Scorpene, lesen judi bola sepak dan kehadiran syarikat milik Yahudi di negara ini, Apco. "Sehingga sekarang perkara tersebut tidak pernah diambil perhatian oleh kerajaan untuk diambil tindakan. Bagi menutup isu tersebut, kerajaan menggunakan isu yang baru tentang pergerakan yang berada di negara ini selain bertindak menakut-nakutkan rakyat. "Kita lihat kerajaan sekarang sedang melakukan usaha mengalih perhatian umum kepada isu yang telah dikeluarkan oleh KPN berkenaan dengan isu JI. "Umno-BN cuba mengalihkan isu yang telah kita dedahkan dahulu berkaitan penglibatan Apco, lesen judi mahupun penyerahan aset negara kepada negara luar dan juga soal pengambilan tanah daripada terus menjadi perhatian umum. "Kita juga berpendirian sikap pelampau tidak boleh dibiarkan dan diambil tindakan tegas, tetapi isu yang besar itu janganlah dibiarkan perlu diselesaikan segera bukan dengan menggunakan cara mengalihkan pandangan rakyat. "Kalau benar-benar sepertimana yang didakwa Musa, kenapa sehingga sekarang tiada tangkapan yang dibuat pihaknya," tegas beliau lagi. Johari juga berharap fokus perlu ditumpukan kepada soal keselamatan sementara soal JI perlu diselesaikan oleh pihak polis dan bukan menggunakan cara pendedahan awam tentang kumpulan tersebut agar rakyat berasa takut dengan situasi yang berlaku di dalam negara ini. Sebelum itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Musa pada 14 Jun lalu menyatakan kumpulan JI sedang berusaha untuk menghidupkan kembali perjuangan mereka. Ekoran kenyataan itu, pelbagai pihak termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap isu JI sengaja ditimbulkan sekarang kerana kerajaan BN cuba mengalih perhatian rakyat. Selain itu beliau menambah kumpulan terbabit merekrut pelajar universiti dan remaja tempatan untuk berjihad di luar negara. Dalam kenyataan yang sana, Musa juga berkata pemantauan akan dilakukan ke atas pelajar yang mengikuti sebarang ceramah atas faktor keselamatan negara. -SK | ||
| Posted: 07 Jul 2010 08:38 AM PDT
'Kerajaan akan menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan (tidak termasuk Piala dunia 2010) kerana syarikat ini telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti itu," kata Najib. "Oleh demikian, kerajaan berpendapat jika lesen pertaruhan sukan dipertimbangkan, Ascot Sports akan mempunyai kelebihan berdasarkan pengalaman mereka." Syarat dan peraturan pemberian lesen itu juga dinyatakan dalam jawapan itu berserta dengan justifikasinya - bagi mengawal dan membanteras kegiatan judi haram di negara ini. Bulan lalu, Najib mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan judi sukan diteruskan berikutan bantahan meluas daripada pelbagai kalangan rakyat. Ia diumumkan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat tertinggi Umno. Mahfuz yang keliru dengan jawapan yang diberikan kemudian menyoal "jadi, akhirnya, kerajaan akan membenarkan judi sukan untuk kejohanan atau liga lain seperti Liga Perdana Inggeris?" "Jawapan itu bercanggah dengan apa (Najib) umumkan sebelum ini. Sekarang, beliau perlu memberikan penjelasan lanjut." Menurut Mahfuz keputusan itu juga meletakan status judi sukan kini tergantung kerana sepatutnya kabinet yang bertanggungjawab membuat keputusan berkenaan. Beliau yang juga naib presiden PAS berkata Najib perlu mengaku jika beliau membuat kesilapan dan tidak mempersalahkan orang lain seperti yang dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, baru-baru ini. Nazri menyalahkan seorang pegawainya berhubung sumber tidak tepat mengenai rancangan memindahkan bangunan Parlimen ke Putrajaya. "Kita tidak sepatutnya menyalahkan kepada pegawai kerajaan semata-mata kerana jawapan bertulis sepatutnya diperiksa terlebih dahulu oleh menteri berkenaan," kata Mahfuz di lobi parlimen.- M'kini |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Sebaliknya ketika bertemu pada jam 11.00 di Lobi Parlimen hari ini Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula menyerahkan surat jemputan dialog kepada Mazlan, walaupun pada awalnya pertemuan hari ini berkisarkan jemputan debat oleh Pengerusi Anak itu.
Seruan itu dibuat dalam satu petisyen yang diserahkan oleh koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di lobi parlimen untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Pengerusinya, Mohd Akhir Che Mat hadir ke Parlimen bersama 40 penduduk terlibat bagi memohon lima perkara pokok untuk perhatian kerajaan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan