Khamis, 8 Julai 2010

al-banjari online 2010

al-banjari online 2010


Zul Nordin..hang baca ni !

Posted: 08 Jul 2010 04:33 AM PDT

Semalam zul nordin terbangun sekejap dan mengaku dengan lidah yang fasih bahawa dia masih lagi ahli PAS. Lepas tu tidur kembali ditilam nan empuk hadiah dari umno kerana kejayaannya memperokperandakan parti pembangkang pada kacamata beliau. apakah umno dah habis menggunakan zul nordin sampai meracau-racau sekejap nak jadi ahli PAS?

Apakah loyer seperti zul nordin amat bangang kerana menurut apa saja yang diperintahkan oleh pemimpin PKR? Siapa yang menyuruh zul nordin berbohong atau hanya skrip baru yang dikarang umno untuk dibaca oleh zul nordin untuk menyedapkan suasana sekarang.

Dulu siap ludah umno dan sekarang dah kembali menjilatnya dengan kahaknya sekali. Semua perbuatan zul nordin dari zaman reformasi adalah disuruh. Laa bangang betui hang ni sampaikan semua disuruh sampai nampaknya macam tiada nilai langsung ibarat sampah !

Apco worldwide ada beza ke dengan apco? Atau kena sebut apco worldwide..kalau tak apco itu tak sama, apakah apco worldwide dan apco adalah satu cabang dari pokok yang sama. Putarbelit zul nordin begitu hebat sampaikan apco dengan apco worldwide adalah satu benda yang berlainan.

Kalau tiada apco apakah apco worldwide akan wujud seperti wujudnya sesuatu benda bersifat. Kalau tiada felda apakah felda prodata akan wujud tanpa felda, dimana sumber asalnya bukan felda. ni felda bukan felda prodata. kalau tiada felda apakah akan wujud feldaprodata. Tentu tidak akan wujud. dimana rootnya dulu barulah bercambah cabang ranting atau sebagainya. Aku yang bukan loyer pun senang faham walaupun ayat ayat zul nordin ayat loyer. Seterusnya baca di SINI

Kisah 2
(*) Semalam juga aku tersesat ke Lubuk Buntar. Kawasan ini kategorinya luar bandar dalam Parlimen Kulim Bandar Baharu. Dan Zul Nordin Ahli Parlimennya. Berapa tahun dah hang tak datang ke situ? Tahukah kamu di Pekan Lubok Buntar itu adanya seorang tua yang sangat dhoif sedang terlantar sakit sudah hampir 2 tahun ? Kurus sampai tinggal tulang. Hidup bertemankan ehsan dan air mata.

Dengar kisahnya kamu sudah senang sekarang di KL. Baguslah. Tetapi kesian kepada pengundi kamu yang sakit tak dipedulikan kamu. Ingatlah 1 undi kemenangan kamu itu datangnya dari undi warga emas ini zul oi ! Jika kamu ingat akan harga dan nilai undinya kepada kamu dulu, datang dan ziarahlah warga emas ini. Senang jer nak cari..tapi kena turun ke Lubok Buntar lah. Cakap bagai halilintar, tapi...! Rakyat dalam Parlimen sendiri perlukan bantuan, tidak dihiraukan.

(*) details tentang warga emas ini ada dalam simpanan rekod albanjari.

Gilakah Tantawi ?

Posted: 07 Jul 2010 05:00 PM PDT

Sekiranya cadangan ini menjadi kenyataan, 10 ribu penyokong berkonvoi ke sana, agak-agak berapa ribu pula anggota polis yang akan terlibat bagi mengagalkan hasrat GMJ agar tidak sampai ke puncak Genting. Kita tunggu saja Syawal ini. Selanjutnya baca artikel dibawah yang dihantar oleh saudari Nor Suriani ke kotak email ABO.

Kerja gila Tantawi ? Siapa yang mampu membacanya ? Tetapi kadangkala kita perlu 'jadi gila' untuk menyedarkan bahawa judi itu haram dan besar mudharatnya kepada manusia.


"Malaysiakini melaporkan Dewan Pemuda PAS merancang untuk mengumpulkan 10,000 penyokong bagi menyertai konvoi ke Genting Highlands di bawah kempen 'Tak Nak Judi'.

Ketua pergerakan itu, Nasrudin Hassan berkata program itu dirancang diadakan pada bulan September dan Oktober depan.

"Selepas ini sudah masuk Ramadhan yang sudah banyak diisi dengan program. Jadi kita rancang untuk buat pada pertengahan atau akhir Syawal.

"Kempen ini memerlukan mobilisasi ramai penyokong, jadi sesuai diadakan pada bulan Syawal," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Nasrudin berkata, peserta program itu akan ditugaskan untuk menyapa dan menerangkan keburukan tabiat berjudi kepada pengunjung Genting Highlands.

"Peserta yang berminat boleh mendaftar di pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat di Kuala Lumpur untuk mengikuti konvoi ini," tambahnya.

Bagaimanapun, ia masih di peringkat cadangan dan belum diputuskan oleh Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang menyelia kempen 'Tak Nak Judi'. Difahamkan, GMJ akan bermesyuarat minggu depan bagi mengatur pengisian Kempen Tak Nak Judi, susulan kejayaannya melancarkan kempen itu pada hari Sabtu lalu.

Acara di Masjid Negara itu menarik kehadiran lebih 1,000 orang, termasuk wakil 60 NGO, termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Enhanced by Zemanta

Merenung langit di hening subuh

Posted: 07 Jul 2010 04:43 PM PDT

Sepulangnya pagi tadi dari masjid, mendongak ke langit luas, nampak cantik pula warna-warna yg terbias terbit dilangit. Apa ini yang dipanggil warna-warna lembayung pagi? Maha Suci Allah yang menciptakan langit dan bumi dan keindahannya. Jika ini mampu mempersonakan pandangan mata, apatah lagi indahnya syurga !

Jam 6.20 am
Jam 7 pagi.

Perlu dimaklumi pemerhatian terhadap alam semesta perlulah berteraskan Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW. Ini kerana sebarang rumusan yang dibuat selepas pemerhatian dan pemikiran tanpa berteraskan Al-Qur'an mudah terjerumus kepada kesesatan. Betapa banyak agama2 dan kepercayaan silam yang menganggap matahari, bulan, bintang dan fenomena2 di langit sebagai tuhan atau dewa dewi.

Contoh yang mudah ialah tentang perjalanan Nabi Ibrahim AS melakukan dakwah. Satu ketika baginda telah berjumpa dengan satu kaum yang menyembah matahari, bulan dan bintang di langit. Mereka hanya menggunakan pemikiran mereka sahaja tanpa berpandukan wahyu. Begitu juga dengan kepercayaan sesetengah masyarakat yunani purba yang menganggap sebarang objek dan kejadian di angkasa sebagai dewa dan dewi mereka.

Wajarnya mengkaji sesuatu itu berlandaskan fakta-fakta sejarah dan semasa, kemudiannya dikukuhkan lagi dengan ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW,

"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui" Al- Anaam: 73

"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap lalu Dia berkata kepadaNya dan bumi, Datanglah kamu keduanya menurut perintahKu dengan suka hati atau terpaksa keduanya menjawab 'kami datang dengan suka hati' Maka Dia menjadikan tujuh langit dalam masa dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan bintang yang cemerlang dan Kami perliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." Fushilat: 11-12

"Matahari berjalan di tempat yang ditetapkan baginya. Demikianlah Allah Yang Maha Gagah Lagi Maha Mengetahui. Sedangkan bulan kami tentukan baginya tempat yang tertentu sehingga ia kembali berbentuk seperti pelepah kurma yang kering (bulan sabit). Tiadalah matahari mendekati bulan dan tidak pula malam mendahului siang sedang semuanya beredar pada garis edarannya (orbit)." (Yassin : 38-40)

Sebenarnya terdapat banyak ayat Al-Qur'an yang mencerita secara langsung ataupun tidak langsung mengenai kejadian alam, fenomena cuaca di langit dan di daratan, keajaiban dan keanehan di langit dan bermacam-macam lagi fenomena yang masih belum tersingkap misterinya. 

Kebanyakan ayat tersebut memberi petunjuk asas dan seolah-olah menyeru kepada umat manusia supaya memikirkan dengan lebih mendalam maknanya yang tersirat.

Juga sebenarnya hujan turun ke Bumi adalah dalam sukatan tertentu. Sukatan ini hanya diketahui oleh penyelidikan terkini. Kiraan menunjukkan bahawa 16 juta tan air mengewap setiap saat. Dalam masa setahun, jumlah ini ialah 505 trilion tan. 

Sekali lagi, setiap tahun, 505 trilion hujan jatuh ke permukaan Bumi. Di dapati, jumlah ini adalah sama daripada satu tahun ke satu tahun. Fakta ini, yang baru sahaja di temui oleh ahli sains, telah digambarkan di dalam Al-Quran, yang turun 1,400 tahun dahulu. Wallahuaklam.
Enhanced by Zemanta

Tiada ulasan: