A Mum Of Three Mohd |
| Posted: 28 Jul 2010 08:43 PM PDT ![]() PM 1Malaysia bercuti selama 15 hari. Sumber dari sini. Weh.... 15 hari jer?? Nape kejap sangat?? Panjanglah sikit. Like..... forever ke?? Baru best giler!! Ke mana dia pergi bercuti?? Dalam negeri atau luar negara?? Eleh.... luar negara ler. Isy.... mana ada kelas bercuti dalam negara. Gaya hidup mesti maintain, beb!! Gaya hidup macam mana?? The Rich, The Filthy and The Ugly!! "Selaras' kapal terbang dan lebuh entah ke mana.... Entah-entah ke Perancis untuk cari helah dan lubang bagi menyetelkan problemnya. Nak gunakan strategi, I help you.... you help me kot? Mana ler tahu kot boleh makan di sana.... Giler...... Asyik-asyik 'selaras'. Kalau dia 'selaras', barang-barang 'selaras', bahan api 'selaras', perkhidmatan 'selaras'..... rakyat bagaimana?? Kena ubah gaya hidup ler nampak gayanya, ya?. Bukan ke itu, yang dia sarankan?? Apa.... dia tak nak help rakyat ke?? Rakyat?? Mampuih pi la!! Dia peduli hapa!! Dia hidup bergaya, rakyat kena ubah gaya hidup. Banyak dia punya cantik!! Dia terus bergaya.... hidup kaya raya. Rakyat dibiarkan terus menderita..... papa kedana. Uisy.... where got road!! Got road ke... No road ke.... Itulah hakikat yang kita kena terima, selagi dia PM 1Malaysia. Weh..... Dia pergi sorang ke?? Of course ler dia pergi, together with his huuuge excess baggage. Pheeww..... lega rasanya!! Bukan ke baik, if they go forever. Disappear dari arena politik Malaysia. Aman dan sejahtera negara tanpa mereka. Sebab tu... the people of Malaysia, mesti jadi citizen yang bijak. Bijak bertindak dan bijak menggunakan hak demokratik kita. You know what I mean?? Sure do punyer ler!! Think smart... Act smart!!
|
| Posted: 28 Jul 2010 06:18 PM PDT ![]() Ouch...!!! Oooopppss!! Satu tindakan yang bijak dari seekor kuda tunggangan!! Bijak... Bijak... Lembu-lembu tunggangan, bagaimana?? Mahu terus jadi bodoh, dungu atau.... Mau bertindak bijak?? Kuda tunggangan? Lembu tunggangan? Siapa mereka?? Ha... ha... ha... Tengok cermin tanya diri!! Ketuk kepala, tanya akai!! Lu fikirlah sendiri.... |
| Posted: 28 Jul 2010 12:28 PM PDT ![]() Mr Harus Sana Sini bikin suspens lagi. Kata dia.... bukan Hassan Ali saja yang berjumpa dengan dia. UMNOnya ada dan NGOnya ada. Malah..... pemimpin PAS yang lainnya pun ada juga. What?? Other pemimpin PAS pun ada?? Tapi.... SIAPA MEREKA?? Aaaaahhh, biasaler...... dia takkan cakap punyer. Tak nak mengeruhkan lagi keadaan, itu alasannya. Pooorraahh!! Inilah cara dia phycho kita. Dia buat kita suspens dan tertanya-tanya..... siapa mereka?? Mungkin dia tak bohong.... Mungkin ada, seperti yang dia dakwa. Tapi... siapa?? Itu yang bermain di kepala kita dan itu yang menjadi tanda tanya. SIAPA MEREKA?? Ada nama yang telah disebut-sebut. Malah.... rupa paras mereka pun, ada tersiar dan dipaparkan. Tapi.... betulkah mereka?? Atau... cuma syak wasangka semata-mata. Isy.... susah aku nak percaya. Eehh... kekadang, yang kita susah nak percaya.... jadi kenyataan. Tak ke frust dibuatnya!! Harap-harap... bukan mereka. Baca sini. Apa-apa pun... Mr Harus Sana Sini, yang kononnya dulu pernah menjadi SB, memang pandai men-phycho kita. Dia dakwa.... Melayu berpecah dan mahu menyatukan mereka, tetapi sebenarnya..... dia mahu PAS yang berpecah. Dia sedar dan dia tahu Melayu sebenarnya tak berpecah. Berduyun-duyun Melayu bersatu bersama PAS dan PAS pulak bersatu bersama Pakatan Rakyat. UMNO/BN sebenarnya yang kurang 'padu' dan sedang terancam. Isy.... ini tak boleh jadi. Pas mesti diporak-perandakan. PAS mesti diberi gambaran negatif, kononnya...... ia mahu bekerjasama dengan UMNO, demi bangsa Melayu. Lantas.... ini akan menyebabkan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat, hilang kepercayaan kepadanya. PAS pengkhianat.... tikam kawan sendiri!! Nauzubillah.... Jika ini berjaya dilakukan..... maka PAS akan kehilangan sokongan bukan-Melayu. Slogan PAS for All, akan hanya tinggal slogan. PAS akan dilihat sebagai satu lagi parti chauvinist Melayu, lebih-lebih lagi, jika perpaduan PAS-UMNO menjadi kenyataan. PAS dan UMNO..... 2X5!! Pakatan Rakyat pulak.... pasti akan terjejas. Nasib tak baik... PRU13, bungkusss!! Hancuuuss!! Yang menang.... UMNO/BN/APCO. Selisih malaikat 44!! Aha.... UMNO pastikan akan bertepuk tangan kegirangan, sekiranya ini menimpa PAS dan Pakatan Rakyat!! Di saat PAS sudah lemah nanti..... PAS akan ditendang dan diterajang, macam anjing kurap oleh UMNO. Aduuuhhh!! Sakitnya, mak oi!! UMNO perlukan satu watak yang sesuai untuk menjayakan muslihat di atas. Dan... Mr Harus Sana Sini, mempunyai ciri-ciri yang tepat. Dia dilihat sebagai seorang ulamak-Melayu yang mampu menipu Melayu. Dan mereka...... memperalatkan Islam untuk tujuan tersebut. Mengapa Islam?? Kerana..... Melayu, sudah tidak mujarab lagi. UMNO pejuang bangsa Melayu?? Dedulu.....yes!! Now.... poooraaahhh!! Boleh blah!! Oleh itu.... mereka terpaksa guna kedua-dua... Melayu dan Islam, at the same time. Aha... perpaduan Melayu-Islam. Sungguh hebat bunyinya!! Melayu-Islam perlu bersatu, demi mengekalkan status quo penguasaan politik Melayu di bumi Malaysia yang kononnya semakin terancam. Kah... Kah... Kah...!! Melayu yang terancam atau UMNO yang terancam?? Mereka rasa terancam.... setelah rakyat sedar akan tipu muslihat para pemimpin Melayu-UMNO dan pengkhianatan mereka terhadap agama dan bangsa Melayu. Weh..... hampir 53 tahun Melayu UMNO menguasai politik Malaysia, apa yang ia buat untuk bangsa Melayu. Melayu tercorot dalam segala-galanya. Melayu hanya menjadi juara rakyat miskin, juara buang anak, juara hisap dadah, juara maksiat, juara rasuah, juara merempit, dll. Rujuk senarai pengkhianatan mereka di sini. Fuiyooo.... Dahsyat dan lahanat UMNO ni!! Malang dan sedih sekali..... kerana masih ada para pemimpin PAS yang mudah dipsycho dan terpedaya dengan Mr Harus Sana Sini, seorang Melayu... berfahaman UMNO totok. Hala tuju tindak-tanduknya.... lebih kepada kepentingan Melayu daripada kepentingan Islam. Lantaran itu.... para pemimpin PAS yang teras perjuangannya ialah Islam.... tidak sepatutnya terlior dengan saranan ulamak UMNO tersebut. Motif dan nawaitunya..... ber-udang di sebalik batu!! Jangan percaya, jangan tertipu..... Oleh itu, tak kiralah SIAPA KAMU..... Janganlah sekali-kali, biarkan kebodohan kamu dan keghairahan kamu terhadap UMNO..... menjahanamkan PAS. Peka dan prihatinlah kepada kehendak majoriti akar umbi yang sebulat suara menolak kerjasama politik dengan UMNO, yang berselindung atas nama perpaduan Melayu-Islam. Jangan nanti, sudah terantuk.... baru nak tergadah. Bertindak bijak sebelum tertipu, kalau tidak nanti, malu.... |
| You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan