Anak Sungai Derhaka |
- Ini Jawapan Saiful..
- Bekas Presiden MCA dituduh Pecah Amanah, Ikat Jamin RM1Juta.
- Sumpah laknat Saiful Bukhari memakan diri ?
- Suara PERKASA : Vendor tak berani edar atau tak laku ni..
- Azwan Ali KUTUK Saiful..
- Mufti Perak hanya orang kecil, saya tak mahu layan - TG Haji Hadi..
- UMNO dicabar dedah Melayu dihalau kerajaan negeri Pulau Pinang
- Apabila kes berprofil tinggi ditutup
| Posted: 29 Jul 2010 06:51 AM PDT Setelah hampir seminggu berlalu Raja Petra mendedahkan mengenai percintaan diantara Saiful Bukhari Azlan dan Farah Azlina Binti Latif hingga membawa kepada pengguguran Timbalan Pendakwa Raya tersebut daripada pasukan yang mengendalikan kes tuduhan liwat kedua yang dikenakan terhadap DS Anwar Ibrahim.Malang buat perempuan itu yang dalam dia sedar bahawa Saiful itu tunangan orang dia telah bercinta dengan lelaki itu.. seolah-olah didunia ini telah ketandusan lelaki.. Pada 22 Julai lalu dalam postingnya yang bertajuk "The bizarre case of Sodomy 2 ' Raja Petra telah menulis. Farah Azlina Binti Latif, one of the Federal Counsels of the Trial Unit of the Attorney-General's Chambers who is on the prosecution team in the Anwar Ibrahim Sodomy 2 trial, is having an affair with Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun hingga kehari ini tiada penjelasan dari mereka berdua, samada dari Farah sendiri mahupun Saiful. Mengapa? Mereka masih mendiamkan diri seolah-olah apa yang digembar-gemburkan itu benar. Kenapa mereka masih mendiamkan diri? Adakah mereka takut atau tidak mahu melukakan hati sesama mereka andaikata salah seorang dari mereka menafikannya dan seorang lagi pula mengiakannya? Jka Saiful menafikan kisah cinta itu sudah pasti Farah yang telah digugurkan dari kumpulan pendakwa itu akan terluka jika kisah cinta mereka itu benar… Saiful juga tidak menjawab penghinaan yang dilemparkan oleh Azwan Ali terhadapnya dimana dalam satu posting yang disiarkan didalam Blog milik Azwan Ali itu, Azwan telah menulis …. Dan kecoh semalam....TIMBALAN PENDAKWARAYA KES LIWAT ANWAR IBRAHIM...kena PECAT! Sebab GILA MAIN ASMARA dengan si KENA SUNTOT KOW KOW (sebagaimana dakwaan hanjj dia lah) SI GEBUZZZ ....SAIFUL Bukhary AZLAN !!! Azwan juga telah membidas Farah dengan menggelarnya sebagai betina Garek dengan menulis.. 'Padan si BETINA GAREK tu pun....KO TU....konon bertaraf penting katanya!!! TIMBALAN PENDAKWARAYA....!!! Eh MINAH ooi.....DAH HABIS JANTAN ker TULIN ker...atas muka bumi ni ....untuk KO BERNAFSU???? Tolong lah.....!!!! SEMPAT lagi ni.....??? Memang HAPRAK punya BETINA....padan kena PECAT !!! Ko lah ???? TIMBALAN PENDAKWARAYA BUTA !!! Bekas kena SUNTOT pun...KO PERABIS ya???? ' Dan tanpa menjawab apakah spekulasi terhadap percintaannya itu benar atau tidak, menurut beberapa orang temannya yang bertanya melalui halaman facebook beliau Saiful menulis.. "Semoga segala fitnah dan kebatilan akan dilenyapkan oleh Yang Hak! Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali akan melatah dan menyerah kalah. Salam". Ringkas saja tulisan Saiful Bukhari Azlan di laman facebooknya Rabu ketika berita pengumuman Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengenai pengguguran Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif dari pasukan pendakwa kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim disiar meluas di media. Tulisan terbaru itu dipercayai merujuk kepada dakwaan beliau ada hubungan romantis dengan Farah memandangkan tulisan terakhir Saiful di laman itu ialah pada 19 Julai lalu. |
| Bekas Presiden MCA dituduh Pecah Amanah, Ikat Jamin RM1Juta. Posted: 29 Jul 2010 03:12 AM PDT Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan pecah amanah berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Beliau tiba di mahkamah pada jam 4,45 petang dengan ditemani isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya. Ling kemudian mengambil tempatnya di kandang tertuduh. Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Suan. Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang. Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya. Sehubungan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Bekas menteri pengangkutan itu juga berikan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta. Hakim, Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes. Ling kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen, esok. Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini. Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya. Pada jam 4 petang tadi, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan. Dua yang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad. Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Adalah dipercayai dakwaan itu mungkin berkaitan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang kerugian berbilion ringgit. Malaysiakini |
| Sumpah laknat Saiful Bukhari memakan diri ? Posted: 29 Jul 2010 01:19 AM PDT 1. Dua hari lalu, Abdul Gani, pada sidang akhbarnya, mengesahkan Farah Azlina telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Anwar.Persoalan - Mengapa Farah Azlina digugurkan serta-merta setelah pendedahan dilakukan oleh Raja Petra ? 2. Beberapa bulan lalu, Farah pernah dipindahkan dari Bahagian Rayuan dan Perbicaraan kepada Unit Jenayah Komersial di bawah Bahagian Pendakwaan setelah dinaikkan pangkat. Farah Azlina pada mulanya bukan sebahagian daripada pasukan asal pendakwaan dalam kes perbicaraan Anwar tetapi dibawa kemudiannya selepas seorang daripada timbalan pendakwa raya yang ditugaskan mengambil nota perbicaraan meletakkan jawatan. Persoalan yang harus difikirkan - Mengapa timbalan pendakwa raya yang asal (sebelum digantikan oleh Farah Azlina) meletakkan jawatan? Adakah kerana tidak mahu bersubahat dengan pasukan pendakwaan?? 3. Sebelum kejadian itu iaitu sebelum pembongkaran oleh Raja Petra, Farah Azlina dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan tetapi membatalkannya seminggu sebelum tarikh yang dijadualkan itu. Sebab pembatalan itu juga tidak diketahui. Persoalan - Mengapa perkahwinan Farah Azlina dibatalkan seminggu sebelum ia dilangsungkan ? Adakah ianya berkait rapat dengan hubungai romantis antara Farah dan Saiful ?? 4. Difahamkan, sumber dari Suara Keadilan menyatakan bahawa Saiful dan Farah dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan mereka secepat mungkin bagi menggelakkan lebih banyak persepsi buruk masyarakat terhadap mereka. Persoalan - Mengapa terlalu kalut untuk cepat berkahwin? Adakah suatu kebusungan yang hendak disembunyikan?? Sumpah laknat yang dihamburkan oleh Saiful Bukhari telah memakan diri. Mungkin jika peristiwa ini berlaku di zaman para nabi, pastinya si pesumpah akan mendapat balasan secara 'cash' dengan kuasa Allah. Tetapi di zaman ini, sumpah yang makan tuan itu ditunjukkan dalam bentuk yang mengaibkan peribadi seperti ditangkap khalwat dengan pelajar di bawah umur, dan mungkin juga didapati 'mengandungkan' seseorang ketika masih mempunyai ikatan pertunangan dengan orang lain. Personaliti media yang bernama Janna Syariza harus tampil menyatakan status pertunangan mereka. Ini bertujuan untuk membersihkan nama Janna dari terus terlibat dengan kebobrokan sebuah pasukan yang cuba menjatuhkan Anwar Ibrahim dalam apa jua kosnya. Saudara dan saudari sekalian, mungkin apa yang kita lihat hari ini dan apa yang ditunjukkan kepada kita hari ini kesemuanya adalah berbentuk peribadi. Jika diikutkan, apa perlu untuk kita mengambil pusing perihal peribadi yang sedang hangat diperkatakan? Apakah rasionalnya? Maka perlulah diingat bahawa, pertuduhan yang dilempar kepada DSAI juga sangat-sangat peribadi dan juga sangat mengaibkan. Seorang anak muda yang diberi kepercayaan supaya suatu hari nanti menjadi orang yang berguna kepada rakyat akhirnya menuduh tuannya dengan tuduhan yang tidak masuk akal - Kononnya diliwat ketika punya kekuatan untuk melawan.Masalah peribadi yang dihadapi oleh Saiful Bukhari harus menjadi rasional untuk dibicarakan kerana ia telah menyebabkan keperibadian seorang pemimpin dicalar sehabisnya hingga mungkin bakal menamatkan karier politik seorang pejuang. Oleh demikian, keperibadian 'orang yang menuduh' iaitu Saiful Bukhari perlu di ambil perhatian lebih-lebih lagi orang yang dituduhnya merupakan seorang pemimpin yang punya kredibiliti, kedudukan dan punya karisma. Jika benar Saiful diliwat, hingga dibawakan kepada kita sebuah sumpah lakhnat tujuh keturunan sejurus sebelum PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008, maka perjalanan yang dilalui oleh Saiful sepatutnya lebih dipermudahkan. Apalah perlunya perbicaraan kes liwat DSAI ini diteruskan sekiranya orang yang menuduh tidak mempunyai moral setulus dahi legamnya. Sama-sama kita lihat di manakah berakhirnya konspirasi yang semakin kucar dan kacir, adakah ia berakhir di Sungai Buluh atau berakhir di Putrajaya. Mohon petunjuk dari Allah... Akhir kata, masih ingatkah kita akan sumpah lakhnat yang dilakukan oleh DS Najib suatu masa dulu? Apalah balanya yang bakal dituruti sekiranya sumpah ini memakan tuannya, adakah ia berbentuk kekalahan teruk pada PRU akan datang? Sabar-sabarlah kita nantikan... edyesdotcom.blogspot.com |
| Suara PERKASA : Vendor tak berani edar atau tak laku ni.. Posted: 29 Jul 2010 01:02 AM PDT Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sedang mengumpul maklumat jualannya akbarnya Suara Perkasa ekoran terdapat aduan bahawa pihak vendor tidak berani mengedarkannya. Ketua editornya berkata, perkara itu mungkin disebabkan pihaknya pernah mendapat amaran keras daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menggesa Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong ditahan bawah akta ISA."Setakat ini kita belum dapat lagi maklumat (berapa naskhah terjual)," kata Daud Ibrahim ketika ditanya tentang sambutan terhadap akhbar itu yang sukar ditemui di kedai-kedai. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Daud berkata walaupun mengalami sedikit masalah jualan, pihaknya tetap akan meneruskan cetakan sebanyak 30,000 naskah di seluruh negara. "Kita tidak perlu takut. Kita tidak langgar undang-undang. Kita satu-satunya akhbar yang tak ada main isu politik," katanya. Walaupun dalam diam-diam, menurut Daud, terbitan akhbar dua kali sebulan itu kini sudah memasuki keluargan ketiga dengan mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap 1 dan 15 haribulan. Edisi kedua Suara Perkara memfokuskan seruan supaya semua orang Melayu bersatu bawah PERKASA, jelas Daud. Manakala edisi ketiganya pula mengetengahkan isu "pengkhianat bangsa" yang tidak menghormati hak keistimewaan orang Melayu, seperti termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Keluaran 1 Ogos dijadual berada dalam pasaran petang ini, tambahnya lagi. Malaysiakini |
| Posted: 28 Jul 2010 10:26 PM PDT Cuba baca apa kata-kata dari Azwan Ali kepada Saiful yang aku copy n paste dari blog Azwan Ali ini.. Tuesday, July 27, 2010 IDEA BANGANG KONSERT NORA DI MAJLIS TILAWAH! TIMBALAN PENDAKWARAYA BUTA ! "Sapa lah punya idea bangang jemput NORA ...nyanyi di MAJLIS TILAWAH??? Kenapa tak buat KONSERT NORA jer??? Eh hello....majlis MULIA...apa KEJADAH panggil artis KAK BANGANG ooi??? Dah habis IDEA ker??? Kalau Lagu...sesuai dengan MAJLIS tak pa...ni LAGU SYOK SENDIRI....harapkan LIRIK pasal PEDOMAN !!! Perrah.....dah lah nyanyi PUN MIMING !!!! Buang karen....BUAT MALU MALAYSIA...sebagai TUAN RUMAH!!!!"Hambik ko......PADAN KAN MUKA penganjur dik dik nun !!!! Diva Azwan Ali setujuuuuu....... ADA AKU KISAH??? Ada berani???? Jawap lah.........Hai PM MISAI PUTIH??? Apa CER??? Dan kecoh semalam....TIMBALAN PENDAKWARAYA KES LIWAT ANWAR IBRAHIM...kena PECAT! Sebab GILA MAIN ASMARA dengan si KENA SUNTOT KOW KOW (sebagaimana dakwaan hanjj dia lah) SI GEBUZZZ ....SAIFUL Bukhary AZLAN !!! 'Eh hello HANJJJ ooi....KO masuk mahkamah....MENUDUH ORANG MELIWAT juborin bangkai ko pun....tak abis lagi....ADA HATI MAIN ASMARA !!! Sah sah SATU DUNIA tahu....betapa hilangnya maruah KO....mengaku KENA SUNTOT kannn??? Kes pun belum selesai...KO TAK ABIS ABIS....CARI PUBLISITI MURAHAN !!! Apa jenis manusia ko ni HA??? Tak payah NAK COVERINA lah KAK SAIFULWATI ooi....BUANG KAREN jerrrr! SEDEYYYY!!! ' 'Padan si BETINA GAREK tu pun....KO TU....konon bertaraf penting katanya!!! TIMBALAN PENDAKWARAYA....!!! Eh MINAH ooi.....DAH HABIS JANTAN ker TULIN ker...atas muka bumi ni ....untuk KO BERNAFSU???? Tolong lah.....!!!! SEMPAT lagi ni.....??? Memang HAPRAK punya BETINA....padan kena PECAT !!! Ko lah ???? TIMBALAN PENDAKWARAYA BUTA !!! Bekas kena SUNTOT pun...KO PERABIS ya???? ' Diva Azwan Ali amat SETUJUUUUU........ADA AKU KISAH??? Si Lazer Azwan Ali |
| Mufti Perak hanya orang kecil, saya tak mahu layan - TG Haji Hadi.. Posted: 28 Jul 2010 10:06 PM PDT Patutlah dalam riuh rendah pemimpin lain menjawab isu Perpaduan Melayu yang disuarakan oleh Harussani, TG Haji Hadi ni diam saja.. rupa-rupanya dia menggangap Harussani sebagai "orang kecil" yang mahu "mengusik" parti Islam.. Bahasa halus tu.. kalau bahasa kasarnya.. 'umpama ****** menyalak bukit, bukit tak runtuh.. menatang tu yang penat' Presiden PAS: 'Mufti Perak hanya orang kecil, saya tak mahu layan' Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 29 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai "orang kecil" yang mahu "mengusik" parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno. "Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja. "Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau," kata Hadi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu. "PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja. "Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas pendedahan terbaru Harussani bahawa adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam. Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa. "Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS. "Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani. "Mungkin pemimpin PAS yang dikatakan Harussani berjumpa dengannya atas tiket diri sendiri bukan parti," tegas Pesuruhjaya PAS Selangor ini. Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam. Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu. Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam. Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam. The Malaysian Insider |
| UMNO dicabar dedah Melayu dihalau kerajaan negeri Pulau Pinang Posted: 28 Jul 2010 08:51 PM PDT "Umno bangkitkan isu perkauman untuk kepentingan senario politik sempit mereka selain untuk melagakan PAS, PKR dan DAP. Bila berpecah BN dan Umno akan bersorak tetapi masalahnya setakat ini semua perancangan yang dibuat makan diri," tegas Guan Eng dalam pidatonya di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu yang aku terlupa nak pergi.. Mohd Sabri Said PERMATANG PAUH, 29 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Umno mengemukakan nama individu Melayu yang pernah dihalau oleh Kerajaan Pakatan Rakyat negeri daripada mendiami perkampungan sekitar Jelutong. Jelasnya, apa yang berlaku sepertimana Kampung Pokok Asam di Jelutong atau Kampung Binjai di Bayan Lepas bukan masalah kerajaan negeri sebaliknya adalah arahan mahkamah kerana tanah yang mereka duduki telah dibeli atau dimiliki oleh pemaju.Itupun katanya, kerajaan negeri masuk campur untuk mencari penyelesaian seperti mendesak pemaju di Pokok Asam agar menghentikan pelaksanaan projeknya selama tiga bulan untuk mengadakan perbincangan bagi manfaat penduduk. "Mana ada individu yang Kerajaan Pakatan Rakyat halau. Kalau ada berikan saya satu nama, melainkan ia adalah arahan mahkamah kerana pemaju telah membeli tanah yang mereka diami dari pemilik asal. Macam tu kita tak boleh buat apa sebab tanah swasta," jelasnya ketika menyampaikan pidato di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti, malam tadi. Turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu. Di Kampung Binjai pula, katanya belum pun berlaku apa-apa lagi tetapi Umno sudah tunjuk 'hero' hendak membela orang Melayu walhal pelan perancangan belum dibuat lagi. Begitupun, melalui media kepimpinan Umno Balik Pulau mengapi-apikan penduduk kononnya tanah yang mereka duduki sejak sekian lama akan diambil oleh kerajaan dan akan berlaku kejadian menghalau bangsa Melayu. Katanya lagi, Umno sengaja membangkitkan isu tersebut untuk melahirkan penentangan di kalangan orang Melayu agar jangan tertipu dengan kerajaan berjiwa rakyat pimpinannya yang telah berjaya membawa perubahan ketara berbanding di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. "Umno bangkitkan isu perkauman untuk kepentingan senario politik sempit mereka selain untuk melagakan PAS, PKR dan DAP. Bila berpecah BN dan Umno akan bersorak tetapi masalahnya setakat ini semua perancangan yang dibuat makan diri," tegas beliau dalam majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu. Tambahnya, tindakan yang dilakukan Umno terhadap kerajaan negeri bermatlamat memberi gambaran jahat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat bertindak zalim terhadap orang Melayu jika diberi mandat memerintah negara. DAP pula, katanya ditohmah parti anti Melayu apabila mengambil langkah menghalau orang Melayu dari perkampungan yang diduduki sejak puluhan tahun. "Tujuan mereka hanya satu iaitu nak menakutkan orang Melayu di negeri lain jika biarkan Pakatan Rakyat memerintah, bencana akan terjadi. DAP akan melakukan sesuatu di luar dugaan dan negara akan jadi huru hara," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan. Justeru itu, beliau mengingatkan masyarakat Pulau Pinang sama ada Melayu, Cina mahupun India supaya jangan terpengaruh dengan dakyah Umno dan BN sebaliknya memahami dasar Kerajaan Pakatan Rakyat secara mendalam. Katanya, Kerajaan Pakatan Rakyat akan membela rakyat selaras dengan dasar dan matlamat menjadikan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera, aman, makmur dan ada integeriti. Ini, ujarnya berbeza dengan BN yang asyik menyuruh rakyat mendahulukan sesuatu termasuk menghadiahkan rakyat dengan beberapa kenaikan harga barangan dan petroleum, baru-baru ini. Harakah Daily |
| Apabila kes berprofil tinggi ditutup Posted: 28 Jul 2010 07:42 PM PDT "Tidak kira orang politik atau orang bukan politik, mereka tidak kisah sangat berapa tinggi timbunan fail di pejabat SPRM. Malah, sekiranya badan bebas itu hendak menyewa bangunan sepuluh tingkat hanya untuk menyimpan fail-fail kes pun, umum tidak berwalang durja. Mungkin mereka akan berduka sekiranya ada pegawai SPRM yang mati terhempap timbunan fail". Oleh : Abd Jalil Ali Seorang Ahli Majlis tempatan di Selangor dikatakan menyalahgunakan kepala surat Exco Ronnie Liu untuk menyokong permohonan syarikat-syarikat kroninya bagi mendapatkan kontrak bernilai kira-kira RM1 juta. Agaknya oleh sebab yang melakukan kesalahan tersebut ialah orang DAP, di negeri diperintah oleh PR pula, orang-orang politik BN segera membuat serangan. Ini biasa sangat di tempat kita! Jika yang melakukan kesalahan ialah orang BN, orang bukan BN akan segera melompat dan menjerit. Maka tidak pelik dalam kes ini pihak yang satu lagi pula menjerit. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mahu siasatan dilakukan segera untuk membongkar isu ini. Beliau hairan bagaimana kepala surat seorang Exco begitu berpengaruh untuk meluluskan satu-satu kontrak. "Sebagai Anggota Parlimen, kita juga selalu membuat surat sokongan tetapi tidak ada jaminan orang yang kita sokong itu akan berjaya dalam permohonannya," kata YB Rembau itu seperti yang dilaporkan media. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, cepat-cepat menuduh PR mengamalkan 'double standard'. Katanya: "Apabila kes penyalahgunaan kuasa terjadi dalam parti mereka, mereka cuba berdiam diri. Kalau terjadi dalam BN, mereka cepat-cepat buat laporan kepada SPRM." Dalam waktu yang sama reaksi segera Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ialah: "Kes ini meletakkan saya dalam keadaan yang mengaibkan." Beliau memberitahu media pihaknya telah pun menjalankan siasatan mengenai perkara ini. Sekiranya kes ini betul-betul dilaporkan kepada SPRM, satu perkara yang pasti ialah fail siasatan akan bertambah satu lagi, menjadikan timbunan yang sedia ada bertambah tinggi, mungkin sudah jejak ke siling. Ada beratus-ratus fail yang sudah lama tersadai di situ. Ada yang baru dibuka, ada yang sedang aktif disiasat. Dan, ada yang sudah ditutup. Ini pun biasa juga! Tidak kira orang politik atau orang bukan politik, mereka tidak kisah sangat berapa tinggi timbunan fail di pejabat SPRM. Malah, sekiranya badan bebas itu hendak menyewa bangunan sepuluh tingkat hanya untuk menyimpan fail-fail kes pun, umum tidak berwalang durja. Mungkin mereka akan berduka sekiranya ada pegawai SPRM yang mati terhempap timbunan fail. Apa yang diambil kira dan menjadi keprihatinan utama umum ialah bagaimana akhirnya mereka yang disebut dalam fail itu? Kalau kes penyalahgunaan kepala surat Ronnie Liu difailkan di SPRM, orang menunggu dan ingin tahu apakah Ahli Majlis yang terlibat itu akan dibicarakan dan dihukum. Kes kepala surat di Selangor ini tidaklah sebesar mana sekiranya dibandingkan dengan fail-fail SPRM sebelum ini yang melibatkan jumlah duit rakyat berpuluh, beratus, malah beribu juta. Memang, rasuah perlu diperangi walaupun melibatkan hanya RM5. Tetapi, apalah RM1 juta berbanding dengan kes-kes lain yang jumlahnya juta, juta, juta? Sementara beberapa kes telah berjaya dibawa oleh SPRM ke mahkamah, orang ramai masih menunggu apa yang terjadi kepada kes-kes besar yang dihebohkan sebelum ini. Apa sudah jadi dengan tuduhan rasuah terhadap beberapa orang bekas menteri? Apa yang telah dilakukan ke atas bekas seorang pegawai kanan menteri yang memiliki wang tunai RM1 juta di rumahnya? Apa kesudahannya tuduhan rasuah kepada bekas seorang Menteri Besar yang dikatakan memiliki banglo mewah yang harganya di luar kemampuannya? Kes-kes berprofil tinggi yang sekarang diklasifikasikan sebagai 'misteri' oleh umum sebenarnya menguji keberkesanan dan kewibawaan agensi memerangi rasuah itu. Apa yang menyebabkan sesuatu fail itu terus diperam sedangkan pada pandangan umum penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sudah amat jelas. Tentu sekali kesangsian dan kekecewaan umum semakin menebal, apabila mereka membaca berita ini, seperti yang disiarkan media, beberapa hari lalu: "Kuala Lumpur - Sebanyak tiga kes berprofil tinggi yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan menteri dan Menteri Besar ditutup berikutan tiada bukti kukuh yang menyokong kes terbabit. Bagi SPRM bukti diperlukan sebelum kes dibawa ke mahkamah. Oleh sebab tiga kes berprofil tinggi ini – juga beberapa kes bertaraf 'jerung' sebelum ini – tidak mempunyai bukti kukuh, kes ditutup. Tetapi, bagi umum penutupan kes itu akan menimbulkan berbagai andaian, termasuk yang paling biasa 'pendakwaan terpilih', 'pilih bulu', 'tidak telus', dan akhir sekali 'mengarut'. Persepsi inilah yang berterusan sejak zaman 'Badan Pencegah Rasuah' (BPR), bertukar kepada 'Biro Siasatan Negara' (BSN), bertukar semula kepada BPR, dan akhirnya menjadi SPRM. Kita semua boleh memperbaiki persepsi ini dengan melaporkan mana-mana amalan rasuah, dan mesti sanggup tampil untuk menjadi saksi yang jujur. Bukan saksi yang pada saat-saat akhir berpaling tadah, sehingga perasuah yang sepatutnya terhukum akhirnya terlepas begitu sahaja. Sinar Harian |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan