A Mum Of Three Mohd |
| Posted: 19 Jul 2010 07:32 AM PDT ![]() Hoit... Taek Jho Low!! Siapa lu?? Lu siapa.... sampai lu boleh dapat kontrak bernilai RM500 juta untuk membangunkan semula tapak lapangan terbang TUDM di Sungai Besi. Weh.... ini tentu ada besaq punya kabel!! Kononnya.... baru berusia sekitar 28 tahun tapi tengok sajalah gaya hidup dia. Moncah... Megah... Mewah.... dan memualkan!! Fuuiiyooo.... Boleh bersosial dengan Paris Hilton, beb!! ![]() Dengor ceritanya lagi.... apek ni, very close dengan anak dan isteri PM 1Malaysia. PM 1Malaysia?? Whoa... besaq kabelnya tu!! Fuuhhh... Kaya lu!! Lagi ceritanya di sini. |
| Posted: 18 Jul 2010 09:13 AM PDT ![]() Dalam N3 terdahulu, aku pun dah terikut-ikut Dr Fuad dengan memberikan pelbagai label kepada orang Melayu mengikut kriteria yang sesuai. Bukan apa..... nak selaraskan idea dalam penulisan dengan Dr Fuad. Selaras..... jangan tak selaras!! Harap-harap..... keselarasan ini akan membawa kebaikan dan memberi kesedaran...... bukan bebanan. Baca sini. Ok..... kali ini, aku nak bersoreh pulak tentang satu lagi Melayu yang disebut oleh Dr Fuad iaitu.... Melayu alat. Melayu alat ialah....
Aha... Ini sah, terang lagi bersuluh, dia maksudkan rakyat yang menyokong pembangkang. Tipikal UMNO totok..... Apa jua isu yang dibangkitkan dan didedahkan oleh pembangkang akan dikategorikan sebagai dakyah.... fitnah!! Eeiiyaa... rasa aku nak katuk jer mamat sorang ni!! Nasib baik ler aku ini tergolong dalam kategori Melayu Rasional.... yang guna akal bukan emosi!! So.... tak jadi katuk. Melayu Rasional.... tak emosional, kan?? Melayu Rasional berfikir menggunakan otak dan akal anugerah Allah SWT. So..., excuse me Dr Fuad.... no way ler Melayu Rasional ni senang-senang jer nak jadi alat, yang boleh diperalatkan. Hello.... rakyat khususnya bangsa Melayu bukan semuanya bodoh sehingga boleh diperalatkan. Bangsa Melayu kini sudah cerdik dan bijak membuat penilaian. They have their own minds and cannot be influenced easily. So.... please don't insult them, ya?? Kalau Melayu menolak UMNO dan menyokong pembangkang.... apakah itu bermakna mereka telah diperalatkan. Tidak.... itu tindakan yang bijak namanya. Weh.... apa ler ceteknya pemikiran dan tafsiran seorang yang ada Phd. Selalunya.... orang yang cetek pemikiran, Phdnya membawa maksud.... perasaan hasad dengki. Sebab tu..... selalu bersangka buruk dengan orang lain, terutama jika tidak sehaluan. Melayu alat, katanya..... mudah diperalat oleh pihak yang ingin melihat kehancuran dan ia menjadi ancaman kepada UMNO. Siapa Melayu yang mudah diperalat?? Kehancuran apa/siapa? Pihak mana yang ingin melihat kehancuran?? Siapa yang menjadi ancaman kepada UMNO?? Fuuhh...!! Banyak soalan yang kena jawab ni. Jawapannya ialah.... Soalan pertama: Melayu Bangang berotak bonsai. Soalan kedua: UMNO Soalan ketiga: Semua yang benci dan meluatkan UMNO, tak kira Melayu, Cina maupun India. Soalan keempat: Pakatan Rakyat [PAS,PKR,DAP] dan Melayu Rasional Ya.... tidak dinafikan, memang Pakatan Rakyat mahu hancurkan UMNO. Sebab.... UMNO banyak merosakkan negara. Rakyat yang rasional, cintakan kesejahteraan negara... Mereka pun, mahu UMNO hancur. Oleh sebab itulah.... mereka menjauhi UMNO dan mula berjinak-jinak dengan Pakatan Rakyat. Lantas....UMNO rasa terancam. Survivalnya dalam jeorpady!! Rakyat Rasional ini mahu UMNO hancur kerana UMNOlah yang sebenarnya, sedang menghancurkan negara. UMNO yang sedar, survivalnya terancam, mula memperalatkan Melayu alat ini untuk kepentingan mereka. Melayu Rasional.... mereka tak boleh 'makan'. So... yang menjadi mangsa mereka ialah Melayu alat. Kesian..... Melayu alat, mudah sangat dipengaruhi oleh UMNO untuk diperalatkan!! |
| You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan