Isnin, 19 Julai 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Transaksi minyak hanya di bank 'adik Najib'?

Posted: 19 Jul 2010 04:19 AM PDT

"KUALA LUMPUR, 19 Julai: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan segala transaksi perdagangan minyak mesti melalui perbankan CIMB wajar dipersoal.

"Adakah kerana CEOnya (Ketua Pengarah Eksekutif) adalah adik Perdana Menteri (Datuk Seri Nazir), maka pengedar-pengedar Shell dipaksa membuat auto-debit dengan CIMB," soal Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pagi tadi di Pejabat Agung PAS.

Difahamkan, arahan mandatori itu mula berkuatkuasa pada 1 September depan.

Dari aduan yang diterima, katanya, mereka yang terbabit lebih berminat melakukan transaksi secara cek dan tunai menggunakan perkhidmatan Maybank serta bank-bank terdekat dengan stesen minyak masing-masing atas faktor keselamatan.

Lagi pun, ujarnya, Petronas Dagangan Berhad (PDB) sendiri difahamkan tidak bersikap regid berhubung kaedah pembayaran debit minyak demi keselamatan dan kemudahan para pemilik stesen minyak.

Arahan terbaru pentadbiran Najib itu, katanya lagi, sekaligus menyukarkan para pengusaha stesen minyak memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan CIMB sekarang dilihat agak terhad jika dibandingkan dengan Maybank di seluruh negara."

Seterusnya di sini.

Peguam Mohon Mahkamah Lindungi Tharmendran Dari TUDM

Posted: 18 Jul 2010 10:47 PM PDT

"Kerana takut diculik dan didera, bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia N Thermendran yang dituduh mencuri enjin jet pejuang F-5E memohon perlindungan dari Mahkamah terhadap pegawai-pegawai TUDM yang mahu menculiknya.

Peguam N Surendran yang akan memfailkan permohonan itu hari ini mendakwa Jumaat lalu pegawai-pegawai TUDM berkunjung ke rumah tertuduh di Seremban dengan niat untuk menculik.

Tharmendran didakwa atas kesalahan mencuri dua enjin jet milik TUDM Januari lalu. Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa beliau telah didera oleh pegawai tentera supaya mengaku bersalah.

Beliau mendakwa telah diseret, dibogelkan, dicampak ke bilik sejuk dan dipukul dengan kayu golf empat kali sehari semasa ditahan selama 60 hari sejak 2 Julai tahun lalu.

Tharmendran berkata meskipun kini bukan lagi anggota tentera, namun TUDM masih mengganggu beliau."

Seterusnya di sini.

Tiada ulasan: