A Mum Of Three Mohd |
- Menjilat jari
- Baguih sungguh ler Megat Najmuddin ni....
- Felda Bangkrap: Penghinaan dan pembohongan??
- Sepanyol mara ke separuh akhir
- Aha... tau tak per
- I Cry For You Argentina
- Bulan mengambang di Hulu Terengganu
- Yaahoo... Argentina lawan Germany!!
| Posted: 04 Jul 2010 03:07 AM PDT ![]() Minggu lepas, balik kampung di Segamat Johor, kerana seorang sahabat lama di sana melangsungkan perkahwinan puteri sulung mereka. Kami bertolak pada tengah hari Sabtu dan bermalam di Bandar Baru Bangi. Pukul 9.30 pagi Ahad, kami berempat beranak..... aku, F3m, 1st Mohamad dan menantu bertolak ke Segamat. Alhamdulillah.... sampai di sana pada pukul 12.30 tengah hari. Terus ke rumah pengantin. Tak sangka dan seronok giler dapat berjumpa kengkawan lama di sana. Nostalgia hampir 30 tahun yang lalu muncul kembali. Masa tu kami muda-muda belaka. La ni.... ada yang sudah bercucu. Aku, bila lagi? Tunggu..... Setelah menziarah kaum kerabat di sana, kami bertolak balik pada hari yang sama. On the way... singgah di gerai tepi jalan kerana terliorkan durian Segamat. Tengah musim durian.... so, berlambak-lambak dijual di tepi jalan. Kami berhenti untuk membeli durian. Well.....harganya boleh tahan jugak ler. Berpatutan!! Pilih-pilih... dan kami beli 8 biji. Baik punya!! Kami sampai semula ke Bandar Baru Bangi kira-kira pukul 6.30 petang. Angkut durian masuk ke dalam dan semua berkerumun untuk menikmatinya. Tak menang tangan Abi Aizul mengopek buah-buah durian tersebut. Laju jer tangan-tangan bebudak yang renek-renek tu mencapainya. ![]() Fuullaamakk..... giler punyer best!! Isinya.... kuning, tebal dan lemak manis rasanya. Ha... ha... ha... menjilat jari bebudak tu. Eh... bebudak jer?? Ha... ha... ha... semuanya menjilat jari!! Best giler babi!! |
| Baguih sungguh ler Megat Najmuddin ni.... Posted: 04 Jul 2010 01:31 AM PDT ![]() Mula-mula teringka-ingka nak ke London mencari Bala. Tetapi.... atas nasihat pakar putar belit dari Pejabat Peguam Negara, udah cancel pulak dah.... And then.... si mamat ini pulak menyokong. Cer komer baca tajuk berita ni. "MACC right not to go to London: Megat Najmuddin" Ha.. ha.. ha.. Baguih sungguh hangpa no... Akur dan berpegang teguh pada cakap orang tua-tua. Bala jangan dicari, rezeki jangan di tolak!! Betoi-betoi..... Sebabnya, kalau pergi cari Bala, nanti rezeki tak masuk pulak. Kalau Bala dicari, silap-silap ada 'orang' pulak masuk ke 'dalam'!! Naya... naya... Ha ah.... tau takut!! Sumber di sini. |
| Felda Bangkrap: Penghinaan dan pembohongan?? Posted: 03 Jul 2010 10:35 PM PDT Pihak pembangkang mendakwa kantung Felda semakin 'kurus'.... eleh dah hampir bangkrap. Kantung Felda dikatakan semakin ringan sejak Felda berada di bawah Najib. Sejak itu.... keadaan Felda semakin gering dan kurus kering. Itu dakwaan Pembangkang. Mereka kata mereka ada bukti. Husam Musa pulak kata dia akan dedahkan sedikit demi sedikit. Fulaamaakk... suspens giler!! Baca sini dan sini Pihak kerajaan pula menafikannya. Mereka pula dakwa pembangkang sengaja buat fitnah dan sengaja mengada-adakan cerita. Semua itu tak betul. Beriya-iya mereka menyangkal dakwaan pembangkang. Ada pihak yang kononnya Felda settlers telah mengadakan demonstrasi di Pejabat Suara Keadilan yang memaparkan berita tersebut. Felda pulak demand pemohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM200 juta daripada Suara Keadilan atau berdepan dengan saman di mahkamah. Ooooo.... ngerinya!!! Baca sini dan sini. Najib kata... itu satu pembohongan dan merupakan satu penghinaan kepada para peneroka Felda dan orang Melayu. Aha... bab ni aku nak jawab sikit. Pembangkang dedah bukan untuk tujuan menghina. Itu bukan satu penghinaan tetapi keprihatinan terhadap nasib dan masa depan para peneroka Felda. Felda ditubuhkan untuk membantu masyarakat luar bandar yang terdiri kebanyaknnya dari bangsa Melayu. Ya... Melayu luar bandar yang miskin. Itu juga satu amanah yang mesti dipegang oleh kerajaan khususnya para pemimpin kerajaaan daripada UMNO. Tapi.... apabila ada dakwaan yang mengatakan Felda sudah nak bangkrap, sepatutnya kita patut berasa gusar. Sebab..... yang buat dakwaan bukan sebarang orang tetapi oleh seorang bekas Timbalan Menteri kerajaan BN iaitu Tan Kee Kwong. Diikuti dengan pendedahan yang disupport dengan bukti. Najib sepatutnya tak boleh terus tolak ke tepi dakwaan tersebut dan kata ia satu pembohongan. Sepatutnya sebagai PM yang bertanggung jawab, Najib patut kata.... "Jom kita siasat dan buktikan yang semua dakwaan tersebut adalah satu pembohongan dan fitnah. Hasil siasatan, saya akan dedahkan kepada rakyat untuk membuktikan apa yang pembangkang kata adalah fitnah dan bohong belaka." Aha... sepatutnya, Najib kata begitu. Siasatan pulak..... mestilah telus dan melibatkan penyertaan daripada pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang. Baruler rakyat puas hati. Ini tidak....... Apabila pembangkang kata, Felda akan bangkrap, terus dia kata.... itu satu pembohongan. Isy... inikah sikap seorang PM yang ada integriti dan kredibiliti?? Jawapannya persis PM kelas tadika yang sedang bercakap di Mini Parlimen!! Weh.... be professional ler sikit. Sanggahlah sebarang dakwaan dengan bukti, bukan dengan air liur. Barulah rakyat boleh respek.... |
| Sepanyol mara ke separuh akhir Posted: 03 Jul 2010 01:33 PM PDT Puuuuaaasss!!! Satu permainan yang cukup hebat daripada kedua-dua pasukan. What an exciting game!! Sepanyol mara ke perlawanan separuh akhir apabila mengalahkan Paraguay. Sepanyol 1 Paraguay 0 Gooooo..... Spain!! |
| Posted: 03 Jul 2010 09:49 AM PDT ![]() Dengar apa mamat bernama Nong Chik ni kata. Dia kata.... "It's tough being out of power" Aku malas nak ulas panjang-panjang. Korang baca kat sini. Aha... susah ya, kalau tak der kuasa?? Masa ada kuasa dulu komer bermaharaja lela. Semua harta rakyat, komer bolot dan control..... macam harta mak bapak komer. La ni... apabila kuasa eilek, baru tahu nak mengeluh... Orang putih kata.... " what goes around comes around " Ada paham??? Aha... paham tak per!! Melayunya kata.... Dulu kau buat aku, sekarang kau rasa, padan muka!! Usah ler nak berlagak.... kononnya susah nak membangunkan kawasan yang di bawah Pakatan Rakyat. Nak termuntah aku dengornya. Kata dia lagi... "If we don't have power, we cannot do anything. If anyone asks us for help, we cannot do anything." Bullshit!! Apasal pulak tak boleh tolong? Weh... bukan tak boleh tolong tapi sengaja tak mahu tolong sebab selama ini UMNO/BN, mengamalkan politik balas dendam. Politik 'Padan Muka'. Oleh itu, jangan nak bagi alasan bodoh. But.... Pakatan Rakyat tak macam tu.... Kalau komer nak tolong, dengan senang hati kami boleh terima. Tak der hal punyer. Jika korang nak bekerjasama..... fine, no problem. Demi rakyat...... silakan. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Itulah sepatutnya. Jangan amalkan pembangunan selektif. Bantu dan tolong kawasan yang dimenangi oleh BN sahaja. Yang lain... mampuuus pi!! Oleh itu... pakcik Nong Chik, jangan nak bermadah yang penuh dengan helah. Sebab... kalau hang buat lagu tu.... jawapannya ialah BOLEH BELAH!! Banyak songeh sangat.... Sebab tu komer kalah di kawasan tu!! Sekarang, nak main propaganda murahan.... Pigiraaahhh!! |
| Posted: 03 Jul 2010 08:58 AM PDT GOL!! GOL!! GOL!! GOL!! Yeaaahhhh!!! German mara ke pusingan separuh akhir World Cup 2010. German 4 Argentina 0 Hancuuuss!! Aku terkecewa..... Harapan aku nak tengok Argentina beraksi di final, punah, musnah dan hancur berkecai. But... since Germany is my favourite team dari Europe, lara yang dirasai taklah teruk sangat. At least, satu daripada favourite team aku, mempunyai harapan yang cerah untuk beraksi di peringkat akhir. Bravo Germany!! World Cup 2010 German punya!! |
| Bulan mengambang di Hulu Terengganu Posted: 03 Jul 2010 06:24 AM PDT ![]() Aku tak pernah mengalaminya tapi ada orang kata gila meroyan ni kekadang datang menyerang apabila bulan mengambang. Wallahualam... Ha.. ha... ha... daripada pemerhatian yang dilakukan pada individu-individu tertentu ada kebenarannya. Contoh terkini ialah... Menteri Dalam Negeri. Tak semena-mena... dia meroyan di Hulu Terengganu. Yang dia royankan ialah Raja Petra Kamaruddin. Baca sini. Mentang-mentang Zaid dilihat bersama RPK... maka dia mintak Zaid pulak untuk beri penjelasan tentang hubungannya dengan RPK. Weh.... sejak bila pulak seseorang itu tak boleh bersama dengan kawannya yang lain? Apakah itu sudah menjadi satu kesalahan?? Apasal pulak Zaid tak boleh jumpa RPK? Apa hal pulak dia nak beri penjelasan kepada rakyat? Alasan dia, mungkin kerana RPK is a wanted man... wanted by the Malaysian government. Itu sebenarnya kerja mereka. Bukankah PDRM handal dan professional?? Mengapa tak boleh selesaikan masalah tersebut?? Lu punya masalah.... lu selesaikanlah sendiri!! Lu dibayar gaji oleh rakyat.... so, lu yang kena settle masalah tersebut. Mengapa pulak Zaid yang kena beri penjelasan. Hello.... excuse me, PDRM yang kena beri penjelasan kepada rakyat..... bagaimana a wanted man boleh terlepas meninggalkan negara tanpa dapat dikesan dan mengapa hingga kini, that particular wanted man, masih bebas di luar negara?? Jangan nak tuding jari pada pihak lain atas kegagalan dan kelemahan lu orang. Jadi...., bolehkah RPK dipersalahkan jika dia mendedahkan kepincangan para pemimpin kerajaan yang menzaliminya?? Bolehkah dia mendapat keadilan sekiranya dia diadili di mahkamah yang integriti diragui di dalam dan juga di luar negara?? Rasanya.... rakyat terbanyak pun takkan demand untuk dapatkan penjelasan tentang RPK, kerana.... mereka faham, mengapa dia meninggalkan negara? Dia... telah hilang kepercayaan pada pihak berkuasa Malaysia. Be it.... PDRM, Mahkamah, SPRM and so on ler. Dia.... sudah tak percaya yang dia akan diadili dengan adil di Malaysia, selagi Malaysia masih dicengkam pemerintahannya oleh regime UMNO/BN/APCO. And.... aku rasa kerajaan luar pun sedar akan hakikat ini. Sebab tu.... permintaan Malaysia untuk dapatkan kerjasama pihak berkuasa di sana, GAGAL!! Mungkin mereka tak mahu bersekongkol dengan kerajaan yang sistem demokrasinya penuh dengan hypocricy. Luar nampak demokrasi.... tetapi, hakikatnya... kuku besi. Demokrasi sudah semakin terhakis di 1Malaysia!! Kalau usaha untuk mendedahkan pekung para pemimpin UMNO/BN dan usaha untuk menyedarkan rakyat, tidak boleh dilakukan dari dalam negara, kerana berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman dan ugutan.... jangan salahkan RPK, jika dia memilih alternatif lain sebagai tapak untuk perjuangannya. Itu adalah hak dia!! Kesian.... kerana RPK, ada orang meroyan di Hulu Terengganu ketika bulan mengambang. |
| Yaahoo... Argentina lawan Germany!! Posted: 03 Jul 2010 03:21 AM PDT ![]() Malam ni, Argentina dengan Germany pulak akan berentap. Fulamak.... rasa macam nak tengok pertandingan akhir jer. Itulah impian aku. Ha.. ha... impian yang takkan kesampaian. So... malam ni, kena berkhayal seolah-olah ia final World Cup 2010. Both... menjadi favourite team aku. Tetapi... aku lebih prefer Argentina mara ke separuh akhir dan seterusnya ke perlawanan akhir. Second match, awal pagi nanti... antara Paraguay dengan Sepanyol. Aaarr.... yang ini aku harapkan Sepanyol akan menang. Setakat ni... aku syok dengan cara pasukan Sepanyol bermain. Cara dia orang main, tak menyakitkan hati. Interesting... Oleh sebab.... impian nak tengok Argentina berentap dengan Germany untuk perlawanan akhir tidak akan jadi realiti.... so, aku mengimpikan Argentina Vs Belanda untuk final World Cup 2010. Harap-harap, impian ini akan jadi realiti. Kalau kedua-dua gergasai dari Eropah dan Amerika Selatan ini bertarung..... pasti happening giler!! Harap-harap... malam nanti mata akan sentiasa segar dan tak mengantuk. Tadi... dah puas buat taik mata sebagai bekalan untuk berjaga malam nanti. Tengok bola ni, kalau reramai lagi best. Ada kengkawan ke..... anak-anak ke.... Well, too bad... cuma aku dan F3M jer yang ada di rumah. Apa nak buat... bersorakler berdua jer. Hari ini... nak ambil early dinner. F3M nak makan ikan baung masak asam. Kejab lagi nak gi mula masuk dapur. Kesian F3M.... tak berapa sihat. Kena flu... sakit satu badan. M3M pun tak berapa sedap badan... Rasa macam nak kena flu..., sendi-sendi sakit dan tekak rasa tak selesa. Perit semacam jer. Kesian aku... Ok ler.... dah pukul 6.00 lebih. Nak ke dapur untuk memasak. Chao... |
| You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan