Anak Sungai Derhaka |
- Tak perlu percaya Raja Petra bulat-bulat.. tapi Percayalah cakap Najib..
- Cuba tunjuk sat.. dari Terjemahan Artikel Washinton Post ni kat mana Anwar minta maaf..
- Samy Vellu perlu undur - Nazri Aziz
- Hubungan Zaid RPK : Hishamuddin Keliru... sungguh memalukan!
| Tak perlu percaya Raja Petra bulat-bulat.. tapi Percayalah cakap Najib.. Posted: 04 Jul 2010 01:52 AM PDT Najib kata "Kalau Raja Petra ditaja pembangkang, bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik...jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya," Itu kalau Raja Petra ditaja pembangkang.. kalau Raja Petra tidak ditaja pembangkang pula bagaimana? Kalau Pembangkang yang dimaksudkan Najib itu mampu menaja kehidupan seharian Raja Petra di London, rasanya tak perlulah PAS atau PKR mengutip derma dalam setiap ceramah yang mereka adakan.. Tak perlulah DAP atau PKR menjual meja untuk makan malam semata-mata mahu mengumpul dana bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang ni.. Lagi satu PKR pun tak perlulah memotong elaun Ahli-Ahli Parlimennya untuk menyara atau membiayai perbelanjaan Ibu Pejabat PKR tu.. Lepas Pakatan Rakyat dituduh membiayai Raja Petra pasti akan kedengaran pula Pakatan Rakyat juga membiayai Bala.. PM: Tak perlu percaya Raja Petra bulat-bulat Perdana Menteri berkata rakyat juga kini tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan. "Kalau Raja Petra ditaja pembangkang, bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik...jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam, bahawa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Najib (gambar) yang juga Ketua Bahagian Pekan berkata rakyat tidak perlu percaya bulat-bulat terhadap pelbagai tuduhan yang dibuat Raja Petra dalam laman blognya, Malaysia Today yang dikatakan mendapat pembiayaan PKR. Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, rakyat perlu mengkaji setiap dakwaan berbaur politik yang ditulis Raja Petra itu. Semalam, Nazri berkata bukti yang menunjukkan parti pembangkang itu membiayai pengendali blog itu sedang disiasat. "Memang betul, saya ada bukti, duit dihantar kepada Raja Petra. Saya ada bukti tunjuk hantar RM500,000, dia (Raja Petra) terima RM470,000 RM30,000 lagi habis ke mana saya tak tahu," kata Nazri. Mengulas mengenai pelantikan dua hakim syarie wanita pertama negara, Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak, Perdana Menteri berkata ia membuktikan bahawa kedudukan wanita di negara ini sama taraf dengan kaum lelaki. "Malah dalam Islam pun tidak menyekat kemaraan dan kedudukan serta status wanita dalam Islam sentiasa terpelihara," katanya. Buat julung kalinya negara mempunyai hakim syarie wanita selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin yang melantik mereka Mei lepas, dengan masing-masing ditempatkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bernama |
| Cuba tunjuk sat.. dari Terjemahan Artikel Washinton Post ni kat mana Anwar minta maaf.. Posted: 03 Jul 2010 09:40 PM PDT Setelah puak-puak UMNO/BN melalui media yang dikuasai mereka riuh rendah menghebahkan yang DS Anwar Ibrahim telah ke Washington untuk berjumpa sahabat-sahabat Yahudi meminta maaf atas tindakannya mengecam kekejaman Regim Zionis itu aku pun mencarilah artikel asal.. Aku baca dua atau tiga kali.. tapi aku tak jumpa pun dimana ayat yang mengatakan DS Anwar Ibrahim meminta maaf dari Yahudi tu sepertimana yang riuh rendah dicanangkan oleh pemimpin UMNO/BN tu.. Tapi... tak apalah.. mungkin English aku tidak sebaik Pemimpin-pemimpin UMNO tu.. Artikel asal di SINI.. Kalau korang tak faham baca terjemahan artikel dibawah ni.. lepas tu bagi tahu sat kat aku.. ayat yang mana satu mengatakan DS Anwar Ibrahim meminta maaf dari Yahudi.. Oleh JACKSON DIEHL, Washington Post Berikut adalah terjemahan bebas MUHAMMAD NOR ABD SAMAD artikel bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" yang disiarkan akhbar The Washington Post, Isnin 28 Jun 2010 yang menimbulkan polemik di Malaysia: Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang Malaysia sejak sedekad yang lalu cukup terkenal sebagai pejuang demokrasi liberal di kalangan negara-negara Islam.Di antara kawan-kawannya yang ramai di Washington, termasuk ahli pergerakan neokonservatif ternama seperti Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia dan duta Amerika Syarikat (AS) ke Indonesia dan juga tokoh demokratik ternama Al Gore. Akhir-akhir ini Anwar menjadi tumpuan atas sesuatu yang lain pula: retorik keras mengenai Israel dan dakwaan "pengaruh Zionis" di Malaysia. Baru-baru ini beliau menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur di mana bendera Israel dibakar. Beliau mengecam kerajaan Malaysia kerana menggunakan perkhidmatan syarikat perhubungan awam Washington, Apco Worldwide yang "dikuasai Yahudi". Terdapat satu cerita dalam era Obama - mengenai survival politik dan peribadi seorang ahli demokrat yang bermasalah dengan sedikit bantuan daripada Washington; mengenai peningkatan tekanan masyarakat antarabangsa terhadap Israel; dan mengenai peningkatan kesediaan sahabat-sahabat AS di beberapa tempat seperti Turki dan Malaysia untuk mengeksploitasikannya. Pertama, sedikit mengenai Anwar: Sewaktu berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah orang kuat Malaysia Mahathir Mohamad dalam 1990-an, beliau mula menekankan soal pembaharuan - tetapi berkesudahan dengan beliau ditangkap, dibicara dan dipenjarakan atas tuduhan yang direka-reka iaitu liwat. Setelah dibebaskan enam tahun kemudian, beliau menubuhkan pergerakan pembangkang multietnik yang mengejutkan parti pemerintah dengan pencapaian yang diperolehinya dalam pilihan raya umum yang lalu. Pergerakan itu kini dilihat mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kempen parlimen akan datang dan ini mungkin membolehkan Malaysia menyertai Indonesia dan Turki sebagai negara demokrasi majoriti Islam sepenuhnya. Tidaklah mengejutkan, Anwar didakwa sekali lagi. Sekali lagi atas tuduhan melakukan liwat, yang mengikut undang-undang Malaysia merupakan satu jenayah yang perlu dihukum sebat dan penjara sehingga 20 tahun. Anwar, 63, berkahwin dan mempunyai anak menafikan dakwaan tersebut, dan bukti-bukti yang dikemukakan sekali lagi dicurigai. Sipenuduh yang berusia 25 tahun mengaku menemui Perdana Menteri Najib Razak dan berbual melalui telefon dengan Ketua Polis Negara beberapa hari sebelum kejadian liwat tersebut didakwa berlaku. Perbicaraan yang diadakan tidak berjalan dengan baik. Jika ia berakhir dengan Anwar sekali lagi disabitkan bersalah, masa depan politik dan gabungan pembangkangnya mungkin musnah, begitu juga dengan hidupnya: Kesihatannya tidak begitu baik. Pemimpin pembangkang itu kali ini tidak mendapat sokongan sewajarnya daripada Amerika Syarikat, tidak seperti perbicaraannya yang pertama di mana timbalan presiden AS pada waktu itu, Al Gore bercakap bagi pihaknya. Obama tidak bercakap apa mengenai Anwar di khalayak ramai sewaktu menerima kunjungan Najib di Washington dalam bulan April lalu. Selepas "dialog pegawai kanan" di antara dua kerajaan itu bulan ini, soal perbicaraan Anwar tidak juga dibangkitkan oleh Jabatan Negara kerana "isu telah pun dibincangkan dengan panjang lebar". Apabila menyentuh soal hak asasi manusia, pentadbiran Obama tidak mahu mengulangi perkara yang sama. Anwar bagaimanapun menemui jalan untuk bertindak balas. Kalau selama ini beliau dihentam hebat oleh propaganda kerajaan mengaitkannya sebagai ejen Israel dan sahabat Amerika kerana berkawan dengan Wolfowitz, kali ini beliau menyerang dengan mengatakan Apco telah memanipulasi kerajaan untuk menyokong Israel dan kepentingan AS. Beliau juga berkata ejen Israel telah menyusup masuk dalam pasukan keselamatan dan "terlibat secara langsung" dalam urusan kerajaan. Najib menyifatkan Israel sebagai "gangster dunia". Tetapi beliau cepat memusingkan kata-kata Anwar terhadapnya: Apco berusaha melibatkan diri dalam kenyataan anti-Israel di sekeliling Washington. Anwar adalah seperti Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, yang disifatkannya sebagai kawan dan teman sepengembaraan. Kedua-duanya tahu bagaimana untuk melibatkan diri dalam perkara sebegini. Kedua-duanya telah pun memulakannya - setahun selepas pentadbiran Obama melahirkan rasa tidak senangnya terhadap Israel. "Jika anda kata kami sudah hilang sabar terhadap Israel, itu benar," Anwar memberitahu saya. "Jika anda kata saya tidak berhati-hati bila bercakap kadang-kadang, itu juga benar." Anwar yang berada di Washington buat beberapa hari minggu lalu, menghabiskan banyak masa cuba menjelaskan kepada kawan-kawan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Howard Berman dan beberapa orang pemimpin Yahudi. Beliau berkata beliau kesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis" yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?" katanya. "Saya perlu berhati-hati." Ramai di kalangan sahabat-sahabatnya di Malaysia bersedia memaafkannya. "Apa yang Anwar lakukan adalah salah, tapi memandangkan beliau sedang berjuang untuk hidupnya - secara fizikal dan politik - menentang kerajaan yang menyerangnya sebagai berkata 'boneka Yahudi', saya kira ia boleh dimaafkan," kata Wolfowitz memberitahu saya. Tetapi cerita Anwar perlu dibaca sebagai amaran. Perubahannya daripada seorang demokrat yang pro-Amerika kepada seorang fanatik anti-Israel merupakan sesuatu yang serius - dan ia kini mula menjadi trend. Sumber terjemahan Detik Daily |
| Samy Vellu perlu undur - Nazri Aziz Posted: 03 Jul 2010 09:25 PM PDT TELUK INTAN - Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu perlu berundur daripada jawatannya jika mahu melihat Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang memandang masyarakat India masih tidak memberikan sokongan kepada MIC.Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, setiap parti komponen BN perlu memastikan parti mereka kukuh dan disukai oleh rakyat bagi membolehkan mereka menang di dalam pilihan raya akan datang. Menurutnya, sekiranya rakyat tidak menyukai sesebuah parti komponen di dalam BN dan tetap meletakkan calon yang lemah, bermakna BN memberikan kerusi secara percuma kepada pembangkang. "Saya tengok parti yang lain dah kemas dah, cuma tinggal MIC sahaja dan kita berhak untuk menegur parti lain kerana apabila pilihan raya kita akan bersama. "Saya harap dia (Samy Vellu) sedar untuk menubuhkan kerajaan dia perlu kerja kuat. "Kalau masyarakat India sendiri tidak memberikan sokongan kepada MIC bagaimana kita nak menang pilihan raya," katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di Dewan Bandaran Teluk Intan, di sini, semalam. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan; Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Datuk Idris Hashim dan pemimpin UMNO dan parti komponen yang lain. Menurutnya, apabila pilihan raya, lambang dacing akan digunakan oleh semua parti komponen BN tetapi rakyat masih mengenali calon berkenaan dari parti yang mana. Sementara itu, mengenai UMNO, beliau berkata, parti itu masih belum pulih dan pemimpinnya memerlukan transformasi politik. Menurutnya, pemimpin yang mempunyai kepentingan akan menyebabkan UMNO berpecah kerana mereka akan menghasut akar umbi semata-mata untuk mendapatkan jawatan dan sebagainya. Sinar Harian |
| Hubungan Zaid RPK : Hishamuddin Keliru... sungguh memalukan! Posted: 03 Jul 2010 08:50 AM PDT Nampak tak siapa dibelakang Raja Petra?? Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, seorang yang bertanggungjawab, beliau akan memberi penjelasan kepada rakyat apa hubungannya dengan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. Kononnhya menurut Hishamuddin "Kita memang tertanya-tanya, dalam pada kita tercari-cari di mana Raja Petra, semalam kita lihat gambar Zaid bersamanya, jadi siapa sebenarnya di belakang Raja Petra? Aku rasa yang tertanya-tanya dimana Raja Petra sekarang hanyalah Hishamuddin seorang kerana kebanyakkan rakyat Malaysia yang mengikuti Malaysia Today telah tahu yang Raja Petra kini berada di England setelah beliau menyiarkan gambarnya dihadapan Scotland Yard beberapa bulan yang lalu.. Dan Dato Zaid Ibrahim juga telah menjelaskan kepada kita akan hubungannya dengan Raja Petra, sebagai kawan. Kawan yang tidak meninggalkan kawan yang berada didalam kesusahan, sila baca di SINI Hishammuddin juga berkata pihak berkuasa tidak mempunyai laporan bagaimana Raja Petra ke luar negara sedangkan pasportnya telah diserahkan. "Apa pasport yang dia guna pun kita tak tahu. Kalau nak bawa dia balik dari England pun, kita kena bekerjasama dengan polis UK (United Kingdom) tapi sekarang ni jelas mereka tidak akan bekerjasama dengan kita," katanya. Apa yang nak dihairankan Hishamuddin ooiii... Rakyat Indonesia, Rakyat Bangladesh, Rakyat Thailand, Rakyat Myanmar dan lain -lain negara ramai yang boleh masuk dan bekerja secara haram di Malaysia ini.. kalau beribu-ribu orang tu boleh keluar dan masuk begitu mudah.. Raja Petra dan Keluarganya apalah sangat.. Baca artikel dibawah ni, apa kata pemimpin PKR yang lain tentang hubungan Zaid Raja Petra.. Zaid-RPK link: PKR says Hisham confused, it's embarrasing ... Wong Choon Mei, Pakatan Rakyat leaders fired salvos at Home Minister Hishamuddin Hussein, questioning his motives for picking on PKR co-ordinator Zaid Ibrahim for having met fugitive blogger Raja Petra Kamaruddin in London recently. "I think Hishammuddin is confused and I find it embarrassing for a minister to show such a lack of understanding for what is a personal issue – the choice of friends," PKR vice-president Sivarasa Rasiah told Malaysia Chronicle. "If Zaid wants to meet RPK, really, that's his business. If I am in London, I would also go and meet RPK for a cup of tea. We are friends and why shouldn't we meet? If the government thinks that he has done something wrong, then they should go after him. But the problem is they don't and at the same time, they don't anyone to meet or talk with him either. Isn't that ridiculous?" Pathetic In the past week, there has been an Umno-inspired media blitz on RPK, the country's top blogger famous for his thunderous and frequently hilarious revelations about Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor. The brouhaha began with PKR turncoat Zahrain Mohd Hashim telling the press that he had proof that Zaid had links with RPK. The Bayan Baru MP called on the Malaysian Anti-Corruption Commission to investigate who was funding RPK and P Balasubramaniam, a private investigator who made startling accusations against Najib and Rosmah in a 2008 statutory declaration. In his sworn statement, Bala had implicated the couple in the high-profile Altantuya murder and Scorpene submarines corruption cases. "I want the MACC as well as Minister to investigate... RPK had received money from sponsors. In an email on July 4, a lawyer Amarjeet Singh said that he sent RM470,000 to RPK. This is what I'm going to put forward to the MACC," Zahrain, who himself quit PKR earlier this year amid a cloud of graft allegations. "I'm going tell them what I've got. I want MACC to realize and Minister to realize. What was he doing in Manchester with RPK. If he is a fugitive, what is a leader for Pakatan Rakyat doing with a fugitive? We don't want to be deceived." Zaid has shot back, defending his relationship with RPK and ridiculing Zahrain as 'pathetic'. With friends like these, who needs enemies RPK currently lives in self-exile in London after absconding in 2009 to escape a slew of criminal defamation charges that he says were trumped up by the Attorney-General. From his new base, he has still been able to operate his popular Malaysia Today news portal and still maintains contacts with his informers in the government. Of late, he has been involved in the establishment of Friends of Pakatan Rakyat, an organization formed to rally support from Malaysians who share the coalition's vision of a better Malaysia. In particular, FOPR aims to harness the global strength of highly qualified Malaysians and former Malaysians living and working abroad to tap into their expertise and financial strength in preparedness for GE 13. "Perhaps this is the answer for the Umno paranoia, Zahrain is just the messenger. Umno leaders fears FOPR will expose the BN government for what is – lies, hypocrisy, corruption and oppression," PKR strategic director Tian Chua told Malaysia Chronicle. "They also fears what Bala will reveal about Najib and Rosmah next week. But in their panic, they have only destroyed more of their own credibility. Really, when you have 'friends' like Hishammuddin and Zahrain, you don't need enemies." Malaysia Chronicle |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan