MANDOR.BLOGSPOT.COM |
| UMNO P.PINANG, SILA SAHUT CABARAN GUAN ENG INI !! Posted: 29 Jul 2010 12:17 AM PDT
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Umno mengemukakan nama individu Melayu yang pernah dihalau oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri daripada mendiami perkampungan sekitar Jelutong, lapor Harakahdaily.
Itupun katanya, kerajaan negeri masuk campur untuk mencari penyelesaian seperti mendesak pemaju di Pokok Asam agar menghentikan pelaksanaan projeknya selama tiga bulan untuk mengadakan perbincangan bagi manfaat penduduk. "Mana ada individu yang Kerajaan Pakatan Rakyat halau. Kalau ada berikan saya satu nama, melainkan ia adalah arahan mahkamah kerana pemaju telah membeli tanah yang mereka diami dari pemilik asal. Macam tu kita tak boleh buat apa sebab tanah swasta," jelasnya ketika menyampaikan pidato di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti, malam semalam. 'Tunjuk hero' Turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Saleh Man dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu. Di Kampung Binjai pula, katanya belum pun berlaku apa-apa lagi tetapi Umno sudah tunjuk 'hero' hendak membela orang Melayu walhal pelan perancangan belum dibuat lagi.
Katanya lagi, Umno sengaja membangkitkan isu tersebut untuk melahirkan penentangan di kalangan orang Melayu agar jangan tertipu dengan kerajaan berjiwa rakyat pimpinannya yang telah berjaya membawa perubahan ketara berbanding di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. "Umno bangkitkan isu perkauman untuk kepentingan senario politik sempit mereka selain untuk melagakan PAS, PKR dan DAP. Bila berpecah BN dan Umno akan bersorak tetapi masalahnya setakat ini semua perancangan yang dibuat makan diri," tegas beliau dalam majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu. Tambahnya, tindakan yang dilakukan Umno terhadap kerajaan negeri bermatlamat memberi gambaran jahat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat bertindak zalim terhadap orang Melayu jika diberi mandat memerintah negara. Ditohmah anti-Melayu DAP pula, katanya ditohmah parti anti-Melayu apabila mengambil langkah menghalau orang Melayu dari perkampungan yang diduduki sejak puluhan tahun.
Justeru itu, beliau mengingatkan masyarakat Pulau Pinang sama ada Melayu, Cina mahupun India supaya jangan terpengaruh dengan dakyah Umno dan BN sebaliknya memahami dasar kerajaan Pakatan Rakyat secara mendalam. Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat akan membela rakyat selaras dengan dasar dan matlamat menjadikan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera, aman, makmur dan ada integeriti. Ini, ujarnya berbeza dengan BN yang asyik menyuruh rakyat mendahulukan sesuatu termasuk menghadiahkan rakyat dengan beberapa kenaikan harga barangan dan petroleum, baru-baru ini./Malaysiakini | ||||||
| SKANDAL SAIFUL-FARAH, SATU LAGI SUMPAH LAKNAT AKAN DILAKUKAN ? Posted: 28 Jul 2010 08:31 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PENDEDAHAN terhadap dakwaan skandal Saiful Bukhari dengan salah seorang Tim Pendakwa kes Liwat 2 DS Anwar iaitu Farah Azlina nampaknya hangat diperkatakan. Perlakuan yang dikatakan skandal hubungan sulit di antara pemuda `berdahi hitam' Saiful Bukhari dengan wanita tersebut mengakibatkan peguam berkenaan digugurkan dari Tim Pendakwa oleh Peguam Negara Ghani Patail. Percayakah anda dengan berita ini? Bagi saya, tentunya saya tidak percaya kerana pemuda tersebut amat `baik', jujur dan sentiasa menjaga moralnya tidak seperti DS Anwar yang dituduh meliwatnya. Perhatikan pada dahinya yang hitam itu sudah cukup untuk menggambarkan `kesolehan' anak Encik Azlan itu. Mana mungkin beliau berbuat demikian di dalam keadaan beliau dikatakan menjadi tunangan orang. Lagi pun, Saiful Bukhari belum `bersumpah laknat' lagi samada benar atau tidak beliau menjalinkan hubungan sulit dengan wanita tersebut. Bukankah `sumpah laknat' itu membuktikan kebenaran? Saya penuh yakin, selepas dakwaan ini Saiful akan hadir ke sebuah masjid untuk melakukan amalan `sumpah laknat' tujuh keturunan bagi membuktikan bahawasanya beliau seorang pemuda yang Soleh dan tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Sebelum itu, sudah tentu Saiful akan pergi berjumpa Najib atau pun KPN, juga mungkin akan bertemu raja sesumpah Ezam untuk memohon nasihat bagaimana untuk menghadapi dakwaan ini. Tidak mustahil juga Saiful akan mengadu hal ini kepada `Uncle Pet'. Mana tahu Saiful mungkin difitnah ? Apa pun kita ikuti perkembangan hal ini kerana seterusnya. Pengajaran dalam kisah ini adalah, "Jangan kita suka mefitnah orang, satu hari nanti kita akan difitnah'. Tetapi, kisah skandal ini satu fitnah kah atau benar-benar berlaku? Saya tidak percaya sehingga Saiful bersumpah laknat sekali lagi. Kita tunggu saja Saiful akan berpakaian baju kebangsaan lengkap umpama Pengantin untuk melakukan `Sumpah Laknat Siri II". Mungkin salah seorang dari Ulamak Muda Umno boleh menjadi saksi sumpah menyumpah tersebut. Apa pula komen raja sesumpah Ezam di dalam hal ini? /wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan