ANAK SENGAT |
| Posted: 28 Jul 2010 07:58 PM PDT UALA LUMPUR, 29 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai "orang kecil" yang mahu "mengusik" parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno. "Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja. Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau," kata Hadi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu. "PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja. "Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas pendedahan terbaru Harussani bahawa adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam. Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa. "Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS. "Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani. "Mungkin pemimpin PAS yang dikatakan Harussani berjumpa dengannya atas tiket diri sendiri bukan parti," tegas Pesuruhjaya PAS Selangor ini. Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam. Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu. Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam. Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam. |
| Guru Dibenar Berpolitik Jangan Untuk Guru Umno Sahaja Posted: 27 Jul 2010 11:42 PM PDT Guru Dibenar Berpolitik Jangan Untuk Guru Umno Sahaja Parti Islam Se-Malaysia PAS menyambut baik pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan untuk membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bermula 1 Ogos 2010 PAS mengharapkan tidak ada pilih kasih ketika kebenaran diberi samada mereka hendak aktif pembangkang atau kerajaan, kerana kuasa muktamad kebenaran ini terletak kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. Sekiranya ada unsur pilih kasih maka kebenaran ini tidak ada apa-apa makna untuk penyuburan demokrasi di negara ini. Sepatutnya perkara ini sudah dibenarkan dahulu lagi sesuai dengan hak kebebasan rakyat yang dijamin dalam perlembagaan. Ini kerana sejarah telah menunjukkan bahawa guru-guru adalah mereka yang berjaya mencetuskan semangat memperjuangkan kemerdekaan pada peringkat awal. Pelajar yang pulang daripada Timur Tengah yang dipimpin oleh Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin adalah antara penggerak utama untuk meniupkan kesedaran berpolitik di kalangan orang Melayu pada ketika itu. Mereka membuka sekolah di Melaka dan juga di Pulau Pinaang sebagai tapak meyebarkan fikrah perjuangan mereka. Guru-guru telah memberi sumbangan untuk meniupkan semangat petriotik pada waktu itu samada mereka yang aliran agama, aliran Melayu dan aliran Inggeris. Sejarah tidak melupakan sumbangan daripada tenaga pengajar Mahad Ehya alSyarif Gunung Semanggul Perak yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar alBaqir yang meniupkan kesedaran politik di negara ini. PAS yakin guru-guru yang sudah terdidik dengan moral yang tinggi tahu tentang tugas mereka walaupun mereka aktif berpolitik. Mereka sudah diasuh supaya amanah dengan kerjaya mereka.. PAS mengharapkan juga jangan ada pula selepas ini ada guru yang ditukar tempat kerja kerana aktif berpoltik. Guru-guru ini boleh diambil tindakan bukan kerana terlibat dalam aktiviti PAS atau pembangkang, tetapi bertindaklah kalau guru tersebut mengabaikan tugas seperti ponteng kelas dan tidak menjalankan tugas akademik. PAS yakin guru-guru PAS dan aktivis PAS adalah orang yang amanah dengan kerja kerana mereka sudah ditarbiah dengan dosa dan pahala, insyaAllah tanggungjawab mereka di sekolah tidak akan terabai. Selama ini pun prestasi guru-guru PAS teruji dan mendapat pujian daripada pentadbir walaupun setengah guru besar penyokong Umno kerana aktivis PAS tekun tanpa mengira penat lelah dan upah. Ustaz Idris Hj Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat |
| You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan