Khamis, 8 Julai 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM

FELDA - NAJIB BOHONG ATAU MASLAN YANG TIPU?

Posted: 07 Jul 2010 03:45 PM PDT

Ramai yang terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Razak tentang isu Felda pada pelancaran Hari Peneroka 2010 di perkarangan MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak di Sungkai . Kenyataan yang dibuat seolah-olah tanpa merujuk kepada menteri yang berkenaan iaitu Ahmad Maslan. Beliau dengan bangga mengatakan bahawa Felda telah membuat pelaburan bijak untuk kesejahteraan rakyat dan merupakan sebuah institusi yang berjaya tetapi dituduh bankrap oleh mereka yang sebenarnya bankrap idea, moral dan prinsip perjuangan. Najib juga berkata pihak yang mendakwa Felda bankrap telah membuat tuduhan liar yang tidak berasas serta melakukan satu dusta. katanya. Beliau juga menegaskan mereka yang membuat tuduhan itu juga tidak memahami prinsip perakaunan dan perniagaan. Kononnya, pembangunan Felda adalah warisan perjuangan pusaka tetapi cuba dihina, difitnah dan dicemari imejnya. "Kita ada RM4 bilion kita labur, bukan joli katak bukan songlap. kita melabur untuk kesejahteraan peneroka,""Tak bankrap...bukan Suara Keadilan yang tentukan," katanya. Soalnya sekarang, siapa yang mendedahkan di lobi parlimen berkenaan rizab tunai Felda susut daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.45 bilion pada 2009. Bukankah kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penerangan UMNO si Ahmad Maslan?. Maka, kenapa Najib mengatakan ianya satu fitnah?. Jumlah nilai menyusut mencecah berbilion menunjukkan pihak pengurusan agensi terbabit telah gagal sebenarnya menunjukkan bahawa mereka tidak memahami prinsip perakaunan dan perniagaan. Maknanya Pengerusi serta Ahli Lembaga Pengarah Felda gagal mengurus tadbir agensi itu dengan sempurna. Maka, apakah menjadi kesalahan jika kita mahu mengatakan Felda Muflis atau Bangkrap dengan kehilangan nilai risab yang begitu banyak itu?. Salahkah rakyat untuk menilai kegagalan itu sebagai satu kesilapan?. Maka kenapa isu "Felda Bangkrap" yang dijadikan sebagai isu untuk mengelirukan golongan peneroka. Sepatutnya, isu kehilangan rizab tunai itu yang wajar diperbesarkan sebenarnya.

Najib Tipu Peneroka Soal Belanja Tanam Semula

Sesuatu yang amat menarik untuk diperkatakan ialah dalam sedar atau tidak, angka-angka dijadikan bahawa "lawak" untuk Najib menipu para peneroka di Sungkai. Sama ada dia sedar apa yang diucapkannya itu kita tidak pasti. Namun, apa yang jelas Najib telah sewenang-wenangnya mengelirukan rakyat tentang duit-duit Felda yang digunakan itu sebenarnya. Dalam sidang media di lobi parlimen sebelum ini juga, Ahmad Maslan mendedahkan bahawa RM2 bilion wang dibelanjakan untuk tanaman semula. Biar pun jawapan itu mengelirukan kerana semua peneroka telah dibuat caruman RM40 sebulan sejak 30 tahun lalu sebagai "tabung tanaman semula". Makanya purata setiap peneroka mempunyai RM17,000 untuk digunakan bagi tujuan tersebut. Makananya kenapa RM2 bilion itu digunakan pula?. Bukankan ini menjadi kemusykilan kepada sebahagian besar peneroka?. Mana datangnya duit RM2 bilion itu?. Apakah ia sekadar tempelan untuk menunjukkan itu yang dibelanjakan oleh Felda atas menyusutnya rizat tunai sebanyak RM2.7 bilion itu?. Mungkin juga ia ada kebenaran, sedangkan hakikatnya jauh sama sekali. Semua orang boleh bercerita kepada rakyat tentang berapa wang yang digunakan untuk menolong rakyat. Namun bukti jelas angka itu hanya direka cipta untuk menyedapkan halwa telingan peneroka mendengarnya. Akhirnya, bagai ditakdirkan maka Najib telah mencipta satu lagi angka baru untuk tujuan tanaman semula ketika berucap di Sungkai baru-baru ini. Antara lain kata Najib, Felda juga telah membelanjakan RM2.4 bilion untuk tanaman semula. "Kalau pokok dah tua mana nak keluar buah (sawit) atau susu (getah)," katanya. Inilah bukti pembohongan yang nyata dilakukan oleh Najib dan Ahmad Maslan untuk menutup kelemahan yang ada sebenarnya. Mereka mencipta angka-angka tertentu bagi membuktikan kononnya wang tersebut dibelanjakan ke jalan yang benar. Padahal, entah ke mana perginya wang itu pun kita tidak tahu. Bukan mahu menfitnah atau menuduh yang bukan-bukan. Tetapi itulah hakikatnya.

[Najib boleh berbangga mengatakan itu dan ini ketika melancarkan Hari Peneroka di Sungkai baru-baru ini. Namun, beliau juga harus sedar bukan semua peneroka boleh tertipu dengan kenyataannya itu. Felda dizaman Tun Razak memang jelas berhasrat untuk membela nasib rakyat terutamanya orang-orang Melayu. Namun, sejak Najib bertanggungjawab terhadap Felda maka berbagai idea mengarut telah diperkenalkan termasuk menutup peluang generasi kedua untuk menyertai Felda lagi. Beliau menjadikan Felda sebagai bisnes korporat dengan menggunakan duit penerokan sewenang-wenangnya. Felda Plantations diwujudkan untuk membolehkan agensi itu menjadi seperti estet dan bukan lagi tanah rancangan seperti diilhamkan oleh arwah bapanya dulu. Itu belum termasuk Felda Technoplant yang banyak menipu serta menindas peneroka. Kini penerokan terhimpit antara jasa ayahnya dengan penipuan yang dilakukan. Justeru itulah mereka terus memberontak sekarang ini].

Sumber: Pahang Daily

APA NAK JADI DENGAN MUHYIDDIN NI ?

Posted: 07 Jul 2010 09:12 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MASALAH remaja dengan berbagai ragam dan kegiatan negatif mereka bukan sahaja wajib ditangani oleh kedua ibu bapa mereka sahaja. Semua pihak mesti memainkan peranan agar masalah yang semakin kritikal ini dapat dikurangkan walaupun agak mustahil untuk dihentikan. Peranan ibu bapa dan keluarga adalah untuk mendidik serta mengasuh mereka, begitu juga dengan peranan masyarakat dan institusi pendidikan dengan kaedah mereka yang tersendiri.

Paling penting juga adalah peranan pemerintah samada di pihak kerajaan yang memerintah. Agak terkejut juga apabila membaca laporan bahawa terdapat 1o buah sekolah `panas' di sekitar Kuala Lumpur di mana sekolah-sekolah tersebut menyimpan rekod kegiatan jenayah, masalah disiplin dan sosial berlaku di kalangan pelajarnya. Laporan itu memetik kenyataan daripada Ketua Polis Kuala Lumpur sendiri dan bukannya kenyataan dari pihak sekolah mahupun Kementerian Pelajaran. Kenyataan penuh disiarkan di sini.

Amat malang sekali di saat PDRM sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk mengingatkan kita betapa seriusnya masalah ini di kalangan pelajar, Menteri Pelajaran yang juga TPM Muhyiddin Yasin sibuk dengan isu yang bukan-bukan dan mengarut. Beliau hanya mahu mencari keuntungan politik peribadi beliau semata-mata. Beliau tidak serius menangani masalah yang dihadapi di sekolah-sekolah dan kelihatan seperti ingin menyerahkan semuanya kepada pihak keselamatan. Apa yang beliau sibukkan adalah tentang DS Anwar kununnya sebagai pengkhianat Melayu, dan yang terbaru sibuk memberi amaran kepada akhbar Suara Keadilan. Kita naik keliru semenjak bila pula beliau sibuk jaga kementerian orang lain sedangkan masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah tidak juga selesai malahan bertambah buruk.

Kenyataan Muhyiddin di Pagoh, Muar yang menyebut kununnya PKR hendak tunjuk siapa lebih besar dan berani di dalam isu permit Suara Keadilan yang kini masih belum diperbaharui itu. Kenyataan Muhyiddin boleh dibaca di sini. Sewajarnya isu tersebut boleh diserahkan kepada KDN untuk membuat komen dan Muhyiddin perlu peka kepada kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur itu.

Tidak takut atau bimbangkah Muhyiddin dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur itu? Itu baru rekod di sekitar Kuala Lumpur, belum kita ketahui berapa jumlahnya di seluruh Malaysia. Apa tindakan beliau untuk mengatasi masalah ini? Adakah dengan melakukan fitnah terhadap DS Anwar dan PKR mahupun parti di dalam PR mampu mengatasi masalah pelajar-pelajar ini? Sekiranya beliau tiada idea untuk memperbaiki imej kementeriannya, beliau sewajarnya menyerahkan kepada orang lain yang mampu dan lebih berwibawa darinya.

Muhyiddin tidak pernah berani untuk membuktikan apa jua tuduhannya terhadap DS Anwar mahu pun parti pembangkang. Jauh sekali beliau berani untuk berdebat secara terbuka. Beliau hanya menonjolkan dirinya seolah-olah jaguh perjuangan orang Melayu sedangkan para remaja yang terlibat di dalam aktiviti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur itu majoritinya adalah remaja Melayu. Jika Muhyiddin gagal untuk memperjuangkan nasib remaja Melayu di peringkat sekolah, diterima akalkah kita Muhyiddin mampu memperjuangkan nasib Melayu di negara ini? Tidak terfikirkah Melayu khususnya di Johor tentang semuanya ini?

Muhyiddin bukan sahaja gagal sebagai TPM, lebih memalukan beliau dilihat gagal selaku Menteri. Muhyiddin tidak mempunyai rekod yang cemerlang semenjak beliau memimpin Johor lagi. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkannya untuk menyerang Pembangkang lebih memperlihatkan pemikirannya yang amat rendah dan terlalu mudah buat kita Blogger sahaja menjawabnya. Justeru itu, tidak hairanlah apa yang telah berlaku di bawah Kementeriannya hari ini dan ianya tidak akan berubah selagi Muhyiddin masih di situ./wfauzdin.blogspot.com

SATU INGATAN BUAT AKHBAR SINAR SEJURUS LAWATAN NAJIB

Posted: 07 Jul 2010 08:00 AM PDT

Oleh: Mandor

Kumpulan Karangkraf yang menerbitkan akhbar yang diminati ramai iaitu Sinar Harian telah dilawati oleh PM Dato Najib semalam. Kita maklum setakat ini akhbar Sinar Harian di beberapa negeri telah menunjukkan sedikit kebebasan dan berlaku adil di dalam penyiaran beritanya. Jika dibandingkan dengan Utusan Meloya atau Berita Hairan, jauh sekali dari segi mutu berita dan tahap profesionalismanya.

Namun demikian, dengan lawatan Najib ke pejabat Karangkraf beserta lawatannya ke bahagian penerbitan akhbar Sinar Harian kita mengharapkan profesionalisma akhbar tersebut masih kekal jika tidak meningkat sekali pun. Kita tidak mahu sebaik sahaja Najib melawat pejabat akhbar berkenaan dengan beberapa `wasiat' dan `pesanan'nya, maka akhbar Sinar yang semakin diminati itu menjadi seperti Utusan Meloya. Belum lagi akhbar berkenaan dicop sebagai akhbar `pencacai' dan kita mahu prestasi itu diteruskan

Kita tetap akan membantu Sinar Harian untuk meningkatkan jualannya selagi akhbar tersebut berubah sikap kepada `pencacai murahan'. Oleh itu berfikir lah terlebih dahulu sebelum terlajak. Jangan mudah takut dan bimbang dengan sesiapa untuk menyiarkan berita asalkan berita itu diperolehi secara jujur tanpa niat lain. Sinar Harian diharapkan terus menjadi akhbar No. 1 di negara ini./mandor.blogspot.com

NAJIB FITNAH TAPI TAK SUKA DENGAR FITNAH ?

Posted: 07 Jul 2010 05:05 AM PDT

BAGUS. Najib tak mahu dengar lagi cerita fitnah, cuma dia tak kata dia tidak pernah fitnah orang. Dia tak mahu dengar je. Baca sini. Lagi satu, kalau fitnah untuk Anwar ke, PKR ke, PAS ke atau DAP belum tentu Najib tak mahu dengar.

Baru-baru ni Shafie yang tak berapa Afdal tu kata PAS parti ajaran sesat. Agak-agak berita tu fitnah ke tak? Najib pula kata DS Anwar minta maaf kat Yahudi Israel, sedangkan kita semua dah baca pun laporan dari washington Pos tu, tak ada sikit pun ayat DS Anwar minta maaf. Maknanya Najib boleh buat fitnah, cuma dia tak suka dengar fitnah.

`KUNCI PENDUA' NAJIB ADA PADA RPK DAN BALA ?

Posted: 07 Jul 2010 04:35 AM PDT

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Penyiasat peribadi, Balasubramaniam kemungkinan mempunyai 'anak kunci peti rahsia' kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ada sesuatu disembunyikan dari kita, seolah-olah Bala ini pegang 'kunci peti rahsia' tak kiralah kes Altantuya atau rahsia aktiviti isteri orang nombor satu negara," jelas beliau petang tadi di lobi Parlimen.

Sekiranya tidak, beliau berkata, takkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat menghantar tiga pegawai penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal keengganan SPRM itu kononnya atas nasihat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patai.

"Tengah malam pun, SPRM sanggup buat rayuan di mahkamah supaya mereka boleh siasat, takkan dalam isu Bala ini, mereka ikut Peguam Negara dengan serah soalan pada peguam Bala saja," jelas beliau.

Beliau turut meminta pihak berwajib menyiasat 40 peratus pendedahan pemilik sesawang Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) seperti yang diakui oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Kenapa tak siasat kebenaran dalam tulisan RPK ini sedangkan Mukhriz sendiri mengaku bahawa 40 peratus adalah benar," beliau menambah.

Disebabkan itu, beliau sekali lagi menyuarakan rasa hairan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis memburu 'Raja Blogger' terbabit semata-mata.

"Pergi siasat dulu siapa bunuh Altantuyaa, siapa jual kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei, siapa bunuh Teoh Beng Hock kerana RPK dedah itu semua," tegas beliau.

Melihat tindakan kerajaan dalam menghadapi pendedahan RPK itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa 'Raja Blogger' itu mungkin mempunyai 'kunci pendua' peti rahsia yang melibatkan salah laku pemimpin tertinggi tertentu dalam kerajaan.

"Kalau tidak ada kunci peti rahsia seperti Bala pun, dia mungkin pernah lihat (peti rahsia) atau mungkin ada kunci pendua yang sangat ditakuti oleh kabinet Perdana Menteri kita," jelasnya lagi.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya turut menyiasat beberapa pendedahan Bala dan RPK berhubung pemimpin tertentu./Harakahdaily

MUHYIDDIN, BUATLAH KERJA KAMU TU DULU

Posted: 07 Jul 2010 04:18 AM PDT

Tiada ulasan: