Blog-list Malaysia |
- ‘Kickdefellanikaziz' Satu Lagi Kerja Jahat Umno Hancurkan PR
- Umno Dan Judi Memang Akrab
- PI Bala dakwa Razak Baginda tidak bersalah
- Babi Ini Menyondol Lagi
- Makan durian, kambing: MP Sibuti dikejarkan ke hospital
| ‘Kickdefellanikaziz' Satu Lagi Kerja Jahat Umno Hancurkan PR Posted: 07 Jul 2010 10:14 PM PDT Perpaduan Melayu: 'Kickdefellanikaziz idea nakal, tak wajar sisih Nik Aziz' Blogger Kickdefella menegaskan pandangan agar beliau gerakkan kempen "Kickdefellanikaziz", yang merujuk kepada usaha menyingkirkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai "idea nakal Utusan" semata-mata kerana perpaduan Melayu tidak boleh dicapai hanya dengan menyisihkan Mursyidil Am PAS itu. Sambil menolak tanggapan bahawa wujudnya gerakan "Kickdefellanikaziz" yang ditujukan kepada usaha menggulingkan Nik Aziz, Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, usaha ke arah perpaduan orang Melayu tidak seharusnya membawa kepada perpecahan susulan hanya kerana mengetepikan peranan individu atau golongan tertentu. "Itu (Kickdefellanikaziz) idea nakal Utusan Malaysia kerana... bagi saya itu satu idea yang nakal, bukan idea jahat tetapi idea yang nakal. "Falsafah saya, ketika kita bercakap mengenai perpaduan dan penyatuan ke depan orang Melayu, kita bukannya mahu memecahkan lagi orang-orang Melayu," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Kickdefella terus menjadi perhatian kerana terus-menerus menulis tentang kedudukan politik di Kelantan yang diterajui PAS sejak dua dekad lalu. Beliau merupakan bekas pegawai perhubungan awam agensi kerajaan negeri Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan dipecat dari kedudukan itu akhir tahun lalu. Ketika itu agensi tersebut diterajui oleh menantu Nik Aziz yang turut meletakkan jawatan awal tahun ini. Tulisan Mei lalu mencetuskan kontroversi apabila Kickdefella mendakwa wujudnya usaha untuk menjatuhkan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan dana kira-kira RM4 juta, isu yang sedang disiasat oleh Suruhankjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Dalam tulisan terbarunya semalam, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan menerusi kolum mingguan "Cuit" berkata, beliau dan Syed Azidi telah membincangkan aspek perpaduan orang Melayu dalam senario politik semasa dengan panjang lebar baru-baru ini. "Beliau (Syed Azidi) adalah penyokong properpaduan. PAS-Umno perlu disatukan. Kita kena cari jalan, katanya bersungguh-sungguh ikhlas. "Kami semua bersetuju, PAS dan Umno perlu disatukan demi kepentingan ummah. Insya-Allah, kami akan berusaha ke araj itu. "Tapi, sebelum itu mungkin Syed Azidi perlu kickdefellanikaziz terlebih dahulu..." tulisnya. Tulisannya juag menyentuh bahawa seorang pemimpin PAS pernah memberitahunya, lambat laun PAS dan Umno perlu bersatu juga. "Tapi saua lata bila? Jangan tunggu nasi menjadi bubur. Beliau berdiam. "Ada yang mencadangkan Nik Aziz perlu disingkirkan daripada PAS. Beliau ialah penghalang terbesar ke arah perpaduan itu. "Tahun depan ialah tahun pemilihan PAS. Saf baru PAS perlu diatur dari sekarang. Sebelum PRU-13, PAS memerlukan kepimpinan baru yang properpaduan. Umno-PAS perlu disatukan," katanya. Syed Azidi berkata mengambil kira kedudukan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan beliau merupakan antara tokoh penting dalam PAS. Sehubungan itu katanya peranan beliau dalam soal perpaduan Melayu yang banyak diperkatakan sekarang tidak boleh diketepikan. Nik Aziz merupakan merupakan pemimpin tertinggi dan utama, yang secara terbuka menentang soal kerajaan perpaduan anatara PAS-Umno-BN. Nik Aziz telah melahirkan bantahan beliau secara terbuka dalam muktamar tahunan PAS 2008 dan 2009. Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di pejabatnya pertengahan bulan lalu sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-56, Nik Aziz berkata, pihaknya tiada minat langsung untuk menerokai usaha tersebut. Bagaimanapun menurut beliau, kebimbangan mengenai isu kerajaan perpaduan pernah wujud di peringkat awal selepas pilihan raya umum 2008 dan ketika Pakatan Rakyat dibentuk, tetapi kini tidak, di mana usaha ditumpukan untuk memperkukuhkan ikatan PAS-DAP-PKR itu. Menteri Besar Kelantan mengulangi pengalaman PAS menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1971 ekoran permintaan daripada Allahyarham Tun Razak ketika itu. "Bila kami masuk BN, PAS Kelantan jadi empat. Bila Umno rasa gagah, tendang kami. Ini Umno," katanya. "Sekarang ini pilihan raya umum ke-12, (selpas) lima buah negeri jatuh, dia minta PAS masuk balik. Saya kata 'I know who are you', penipu kamu... tidak boleh," katanya. Bagaimanapun tegas Nik Aziz, keputusan menolak menyertai kerajaan perpaduan bukan keputusan beliau seorang semata-mata. Malah kata Nik Aziz, beliau akan kekal sebagai Menteri Besar Kelantan selagi ditekan oleh Umno agar berhenti dengan secepat yang mungkin. Pemimpin berusia 79 tahun ini akan genap 20 tahun menerajui Kelantan akhir tahun ini. Syed Azidi mengakui idea kerajaan perpaduan kemungkinan ditolak oleh Nik Aziz dan beberapa pemimpin lain seperti Exco Kerajaan Negeri Kelantan seperti Husam kerana mereka tidak akan mendapat tempat yang sewajarnya jika kerjasama PAS-Umno benar-benar berjaya. "Mungkin itu halangannya... Nik Aziz dan sesiapa di belakang di Nik Aziz, Husam bukan merupakan ahli Parlimen... kalau ada kerajaan perpaduan yang mungkin tercicir ialah Nik Aziz dan Husam kerana bukan anggota Dewan Rakyat dan tidak akan mendapat faedah seperti menjadi anggota Kabinet. "Bagaimanapun kita kena berada di landasan yang positif tanpa adanya prasangka buruk, menolak..." katanya. Ketika ditanya sama ada Nik Aziz wajar disisihkan sebagaimana disarankan oleh akhbar itu, Syed Azidi yang pernah dilabel sebagai "orang kuat Husam" seterusnya berkata, "Nik Aziz adalah tokoh penting." "Seharusnya Nik Aziz tidak diketepikan, seharusnya Nik Aziz dibawa bersama... lebih manis jika Nik Aziz dibawa bersama," katanya. Bagaimanapun beliau berhujah bahawa sejarah pernah menyaksikan orang Melayu terpaksa bergerak ke depan dengan membuat pengorbanan menyisihkan beberapa tokoh mereka demi kekuatan politik. "Orang Melayu pernah tinggalkan Dato' Onn dalam usaha membawa kemerdekaan, bukannya kerana orang Melayu tidak sayangkan beliau ataupun menyisihkan beliau," katanya sambil menambah, jika perlu meninggalkan beberapa orang demi perpaduan "kita kena memikirkan perkara ini." "Tetapi lebih manis kalau Datuk Nik Aziz boleh dibawa bersama, tetapi tengok sejarah ada tokoh-tokoh yang baik, kita kena tinggalkan," kata beliau. |
| Posted: 07 Jul 2010 07:19 PM PDT TAMPIN: Linangan air mata seorang lelaki warga Indonesia berjaya mencairkan hati Ketua Pergerakan Wanita Umno sebuah cawangan di daerah ini sehingga menyebabkan mangsa terpedaya dan kerugian hampir RM10,000, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 40-an itu dikatakan 'mempertaruhkan' air mata dengan memberitahu memerlukan wang segera untuk pulang ke kampung halamannya bagi mengunjungi ibunya yang tenat. Lelaki itu menawarkan tiket hadiah nombor loteri yang dimenangi bernilai RM96,000 dan memberi alasan tidak dapat menuntutnya memandangkan bukan warganegara dan meminta mangsa menyerahkan RM10,000 sebagai pertukaran untuk mendapatkan tiket berkenaan Mangsa berusia lingkungan 40-an yang terpedaya dengan lakonan licik lelaki itu menyerahkan barang kemas dipakainya. Suami mangsa yang ingin dikenali sebagai Abang Din berkata, kejadian berlaku ketika isterinya yang sedang berjalan di kaki lima kedai di tengah bandar ini tiba-tiba didatangi seorang lelaki warga Indonesia yang berlinangan air mata. "Lelaki itu mendakwa terpaksa pulang segera ke Indonesia kerana ibunya tenat tetapi tiada wang. Dia kemudian menunjukkan tiket loteri yang kononnya dimenanginya bernilai kira-kira RM96,000. "Bagi meyakinkan isteri saya, lelaki itu turut menunjukkan keratan akhbar yang menunjukkan dia memenangi cabutan berkenaan," katanya di sini, semalam. Katanya, lelaki itu mendakwa tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara dan pada masa sama merayu meminta bantuan RM10,000 dengan menawarkan tiket loteri dimenanginya itu sebagai ganti. Katanya, lelaki itu hanya meminta RM10,000 manakala hadiah dimenanginya adalah RM96,000 dan bersedia mendermakan baki kepada isterinya. "Termakan pujuk rayu lelaki itu, isteri saya menyerahkan barang kemas dan memberi buku simpanan bank kepada penjenayah berkenaan, dipercayai dalam keadaan terpukau. "Pada masa sama, tiba-tiba datang tiga lelaki lain bertanyakan apa yang berlaku dan sebaik mendengar cerita berkenaan, seorang daripada mereka bersetuju memberi bantuan sementara RM3,000 kepada lelaki Indonesia itu. "Lelaki itu kemudian mengikut isteri saya dan menunggu di luar premis perjudian, kononnya untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya," katanya. Katanya, setiba di kaunter premis pertaruhan, isterinya hampir pengsan apabila petugas syarikat berkenaan memaklumkan tiket itu palsu kerana diubah suai. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Suprintendan Wooi Kooi Cheang, menasihatkan orang ramai terutamanya umat Islam di daerah ini supaya tidak tertipu pujuk rayu sindiket menukarkan tiket pertaruhan didakwa dimenangi mereka dengan hadiah ribuan ringgit. – Metro |
| PI Bala dakwa Razak Baginda tidak bersalah Posted: 07 Jul 2010 06:11 AM PDT Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini mendakwa bahawa penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda tidak bersalah dalam kespembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Balasubramaniam membuat kesimpulan tersebut kerana beliau masih berkhidmat untuk Abdul Razak sehingga 26 Oktober 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mengganggunya. Altantuya hilang pada 19 Oktober 2006. "Dia tidak ada kaitan dengan kes ini ... pada saya, orang ini tidak bersalah," kata Balasubramaniam dalam sidang akhbar di London hari ini. Abdul Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat dengan dua anggota polis - cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar - dalam pembunuhan Altantuya pada 31 Oktober 2008. Azilah dan Sirul telah dijatuhi hukuman mati atas kesalahan tersebut. Abdul Razak sebelum ini merupakan teman karib timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sidang akhbar hari ini, yang bermula pada jam 11 pagi (7 malam waktu Malaysia), pada awalnya dirancang untuk membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dalam wawancara dijadualkan antara Balasubramaniam dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Walaupun wawancara itu dibatalkan secara tiba-tiba oleh SPRM, tetapi Balasubramaniam dan para peguamnya meneruskan dengan sidang akhbar tersebut untuk menyatakan peranannya sebelum dan selepas kehilangan Altantuya. Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa dia akan bertemu dengan pihak berkuasa Perancis pada 12 Julai, yang akan menyoalnya mengenai dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dari syarikat Perancis, DCN. Bulan lalu, pihak berkuasa Perancis mula menyiasat DCN berhubung dakwaan pembayaran komisyen dalam beberapa urusniaga pembelian senjata, yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang Perancis. - mkini |
| Posted: 07 Jul 2010 05:11 AM PDT |
| Makan durian, kambing: MP Sibuti dikejarkan ke hospital Posted: 07 Jul 2010 02:18 AM PDT ![]() Anggota parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dikejarkan ke hospital pada jam 2.15 petang ini selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri pesta durian dan promosi daging kambing anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di dewan serbaguna Parlimen. Anggota parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron yang duduk semeja dengan Ahmad ketika majlis itu berkata pada mulanya Ahmad dari Barisan Nasional (BN) itu berborak dan ketawa dengan anggota parlimen yang lain. "Tetapi tiba-tiba dia tidak selesa, dia longgarkan tali leher dan tiba-tiba diam, apabila melihat mata hitamnya pandang ke atas, anggota parlimen yang lain mula menggosok dahinya dan bertanya sama ada dia okey atau tidak," katanya kepada pemberita. Selepas melihat keadaan bertambah serius, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir yang duduk di sebelah Ahmad segera memanggil ambulan dari Persatuan Bulan Sabit Merah yang berada di luar dewan. Idris berkata Ahmad tidak pengsan kerana masih boleh memberikan respon apabila beliau menasihatkan Ahmad agar tenang. - Bernama |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan