Isnin, 5 Julai 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


BELUM MEMERINTAH PR MAMPU SEKAT JUDI, BAYANGKAN JIKA PR MEMERINTAH

Posted: 04 Jul 2010 11:10 AM PDT

PAKATAN RAKYAT masih menuju cita-cita untuk menaiki Putra Jaya. Cita-cita yang dihajati oleh rakyat kini semakin hampir untuk dicapai dan ternyata Bn yang ditunjangi oleh Umno kini berada di dalam keadaan amat terdesak dan tertekan. PR telah banyak membuktikan kepada rakyat bahawa parti gabungan yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP ini jauh lebih baik dari pemerintahan Bn yang ada sekarang.

Di peringkat Pusat, usaha kita terhad untuk membela nasib rakyat tetapi di beberapa negeri yang kita kuasai ternyata rekod pemerintahan PR jauh lebih cemerlang. Meskipun Bn terutamanya Umno yang dibantu oleh beberapa agensi lain berusaha sedaya upaya untuk memburukkan prestasi pentadbiran negeri-negeri di bawah PR, namun rakyat tidak lagi buta. PR kini cuma memerlukan sedikit usaha berterusan memikat pengundi-pengundi Melayu yang sememangnya kita ketahui amat susah untuk menerima perubahan. Jika Melayu berfikiran terbuka dan berani melakukan perubahan, Melayu di negara ini tidaklah menjadi seperti sekarang. Sekadar megah mengaku menjadi tuan di negara ini tetapi nasib mereka tidak terbela.

PR nampaknya lebih prihatin dan peka akan permasalahan itu. PR tidak lagi mahu melihat isu perkauman membantutkan kerja untuk membangunkan negara. Banyak isu kini dilihat isu bersama di kalangan parti-parti di dalam PR. Sebagai contoh, PR bersepakat untuk menentang judi sukan yang teramat sangat diimpikan oleh pemimpin Umno itu. Sudahlah mereka mengekalkan judi yang sedia ada, mereka mahu menambah lesen judi sukan pula. Akhirnya, berkat kerjasama serta perpaduan di kalangan parti di dalam PR serta beberapa NGO yang berani, kerajaan di bawah Umno ini tertekan yang kemudiannya menarik kembali niat mereka yang jahat itu.

Lihatlah, belum pun kita berkuasa kita masih mampu menyekat perkara-perkara yang tidak menguntungkan rakyat bahkan menzalimi rakyat itu. Judi sebenarnya adalah aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai aktiviti zalim dan penganiyaan. Bayangkan jika kita berkuasa di peringkat Pusat. Bukan sahaja aktiviti judi sukan boleh kita haramkan, bahkan kesemua bentuk judi sukan pasti tidak wujud di negara ini. Betapa susahnya mentadbir hanya beberapa buah negeri yang mana judi itu berakar umbinya di Pusat.

Mengapa masih ada yang meragui hasrat dan cita-cita murni PR? Mengapa mereka masih mengharapkan Bn atau Umno untuk membela nasib mereka? Mungkin kaum lain telah mula membuka mata terhadap keikhlasan PR, malang sekali masih terdapat ramai Melayu yang masih dibuai dengan seribu janji dan umpan oleh Sang Penguasa yang amat bimbang mereka akan tersungkur. Mereka telah diajar bahawa Melayu itu Umno dan Umno itu Melayu, maka Melayu mesti berkuasa di tanah air ini. Oleh itu, mereka bimbang jika Umno tumbang maka hilanglah `keMelayuan' mereka.

PR mesti mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan mereka yang beranggapan sedemikian. Apabila kita telah berada di Putra Jaya, nescaya selepas itu nanti baru mereka tahu betapa mereka telah ditipu berpuluh-puluh tahun oleh Umno/Bn. /mandor.blogspot.com

SPR....NAK KIRA PERATUS PUN SUSAH KE?

Posted: 04 Jul 2010 03:38 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Pengumuman rasmi yang dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkaitan peratusan pemilih baru 2 Melayu dan 1 bukan Melayu dengan sendirinya menempelak timbalan pengerusinya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar jelas menyokong kenyataan Pemuda Umno kononnya peratusan pemilih baru 1 Melayu dan 40 bukan Melayu yang jelas cuba menyempurnakan agenda perkauman sempit Umno.

"Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi SPR jelas menafikan percubaan Umno yang disokong Wan Ahmad, Timbalan Pengurusi SPR untuk menimbulkan kekecohan perkauman dalam negara.

"Percubaan jahat ini juga turut didukung oleh sebahagian pimpinan Umno yang mengambil kesempatan untuk mengadu-domba perkauman di kalangan rakyat Malaysia," ujarnya.

Dengan pengumuman oleh Pengerusi SPR, kata Mahfuz, maka wajarlah Wan Ahmad dipecat dari jawatan selaku Timbalan Pengerusi SPR.

SPR, katanya tidak boleh dilihat sebagai 'Suruhanjaya Perkauman Rakyat', oleh itu memecat Wan Ahmad adalah tindakan wajar.

Di samping itu juga, tambahnya Mohd HishamuddinYahaya, Exco Pemuda Umno dan Berita Harian perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui mereka ada agenda jahat perkauman dan membuat aku janji tidak mengulangi perbuatan jahat itu./Harakahdaily

PERHIMPUNAN GAS YANG HILANG `GAS'

Posted: 04 Jul 2010 12:08 AM PDT

Perhimpunan kedua GAS di Klang hari ini

Jul 4, 10


Kira-kira 350 orang menyertai perhimpunan kedua anjuran Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) di Dewan Hamza di Klang dalam kempen mendesak presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu S meletak jawatan.

Bagaimanapun, kira-kira 50 ahli MIC Klang turut hadir. Dan seperti yang dijangkakan, kira-kira jam 2.45 petang, berlaku jerit menjerit antara mereka dengan penyokong GAS.

Pada mulanya, perhimpunan tersebut dijadual diadakan pada 13 Jun lalu, tetapi ditangguhkan atas 'faktor keselamatan'.

Ketua Pemuda MIC Selangor, M Shanker Raj Ayenger pula memberitahu perhimpunan gerakan itu hari ini bahawa pihaknya akan memutuskan sama ada akan mengadakan protes terhadap perhimpunan GAS itu.

Dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis Klang semalam untuk membantah perhimpunan tersebut./Malaysiakini

PEMUDA UMNO KELANTAN BELASAH `RAJA KATAK'

Posted: 03 Jul 2010 11:27 PM PDT

KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mengingatkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya tidak terlalu berlagak dengan kewujudan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan sokongan ahli yang diberikan sehingga sanggup menghentam sesama sendiri tanpa fakta yang jelas.

Ketuanya, Anuar Safian (gambar) berkata, beliau percaya bahawa Ibrahim mewujudkan Perkasa semata-mata kerana ingin menjadi ikon nasional dan menentukan kemenangan beliau di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya yang akan datang.

Katanya, sekarang dari segi realitinya Ibrahim sudah tidak lagi mendapat tempat di hati Pas malah UMNO juga belum tentu sekiranya beliau mengambil sikap yang sedemikian.

"Malahan dengan tindakan beliau yang memutar belitkan isu di sebalik kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong seolah-olah beliau sudah menjadi jaguh orang Melayu dalam negara ini.

"Ibrahim harus sedar bahawa selaku orang lama dalam politik, beliau tidak sepatutnya mencari isu murahan seperti itu untuk menjadi jaguh sebaliknya perlu melihat kepada sensitiviti dasar yang hendak dilaksanakan oleh Perdana Menteri dengan konsep 1Malaysia yang hendak digagaskan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah memberikan penjelasan terhadap isu tersebut malah Wee sendiri telah pun memberi penjelasan kepada Pengerusi Pemuda Barisan Nasional berkenaan hal tersebut.

"Jadi ianya tak perlu lagi dibesar-besarkan. Pemuda negeri bukanlah hendak mencampuri urusan perbalahan pendapat antara beliau dengan Khairy tetapi harus diingat bahawa majoriti pemuda seluruh negara adalah bersama-sama dengan Khairy dalam hal ini.

"Bagi Pemuda UMNO Kelantan kenyataan Khairy mengatakan bahawa Ibrahim adalah Gedebe Politik tepat memandangkan beliau sebagai ahli politik bermacam warna yang cuba mewujudkan satu blok minoriti bebas dalam parlimen," katanya.

Menurutnya, sekiranya Ibrahim ingin bersama-sama UMNO dalam memperjuangkan hak dan kedudukan orang Melayu ianya harus bersederhana dalam kedudukan kita sebagai sebuah negara majmuk dan terbukti berjaya seperti mana yang diamalkan sebelum ini.

"UMNO sudah perjuangkan hak orang Melayu lebih 64 tahun, masakan Perkasa yang baru setahun jagung hendak mempertikaikannya," katanya.

Kelmarin, Khairy menyifatkan Ibrahim sebagai 'gedebe politik' (samseng politik). Beliau sebelum ini menyifatkan Ibrahim sebagai penghalang konsep 1Malaysia.

Beliau turut dilaporkan berkata, gelaran terhadap Ibrahim itu memang tepat berdasarkan tindak-tanduk Ahli Parlimen Pasir Mas itu selama ini.

Justeru beliau tidak akan meminta maaf ataupun menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Presiden Perkasa itu sejak beberapa hari lalu. -SH

Tiada ulasan: