Isnin, 5 Julai 2010

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


SURAT UNTUK HARUSANI

Posted: 04 Jul 2010 10:42 PM PDT

PERJUMPAAN DENGAN PELAJAR MELAYU MALAYSIA DI ADELAIDE , DI ISLAMIC DAKWAH CENTRE OF SOUTH AUSTRALIA (IDCSA), PADA 9 JUN 2010

Perkara di atas adalah dirujuk.

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)".

(Surah Al-Hajj: Ayat 77)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berasa amat kesal terhadap tindakan Y.Bhg. Tan Sri yang di lihat lebih cenderung berpolitik kepartian dan menggalakkan pergaduhan yang bersifat perkauman.

Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri, pihak kami mendapat aduan yang amat serius kuliah khas Y.Bhg. Tan Sri di sana (Australia) yang bertajuk "Perpecahan Ummah dan peranan kita" jelas mengadu-domba dan tidak sepatutnya berlaku yang mana seluruh rakyat menghormati tinggi peranan sebagai seorang Mufti tetapi sebaliknya.

Di dalam penjelasan isu krisis Negeri Perak juga di lihat Y.Bhg. Tan Sri telah berbohong dengan fakta-fakta yang mengelirukan. Usaha Y.Bhg. Tan Sri kononnya untuk menyatupadukan bangsa Melayu bukannya tiket untuk Y.Bhg. Tan Sri menghukum bangsa lain daripada umat Islam. Sepatutnya sebagai seorang Mufti, peranan besar Y.Bhg. Tan Sri adalah menjelaskan kedudukan sebenar Agama Islam kepada bukan Islam tetapi sebaliknya berlaku.

Kami ingin menasihatkan agar Y.Bhg. Tan Sri agar menghormati seluruh rakyat yang ada di dalam Negara kita sepertimana termaktud di dalam Perlembagaan Negara. Jika Perlembagaan Negara pun Y.Bhg. Tan Sri tidak dapat menerimanya, bagaimana pula dengan perintah yang telah Al-Quran nyatakan. Usaha Y.Bhg. Tan Sri bukan membaiki hubungan dengan semua pihak tetapi merobohkan hubungan yang telah lama terjalin selama ini.

Dengan laporan dan rakaman yang kami perolehi jelas, Y.Bhg.Tan Sri cuba bermain politik sempit ala perkauman dan terpesong jauh dari amanah oleh Tuanku Sultan Perak dalam menyampaikan ilmu dan penerangan akan kebaikan Islam itu sendiri. Sebagai yang diamanahkan juga, kami berharap Y.Bhg. Tan Sri memohon maaf kepada rakyat Perak atas keterlajuran Y.Bhg.Tan Sri dalam isu ini. Kami juga mengalu-alukan Y.Bhg. Tan Sri untuk bersama-sama duduk dalam pentas politik sekiranya Y.Bhg. Tan Sri benar-benar ingin bermain politik.

Adalah menjadi harapan kami agar Y.Bhg. Tan Sri sedar akan kesilapan yang telah Y.Bhg. Tan Sri nyatakan. Kami juga bersedia bertemu sekali lagi dengan Y.Bhg. Tan Sri bagi menjelaskan kedudukan sebenar akan apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Y.Bhg. Tan Sri selama ini dan kami melihat banyak fakta yang dikemukan oleh Y.Bhg. Tan Sri tidak tepat.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Saya yang benar,

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

DR RAJA AHMAD AL-HISS

Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

S.k : 1. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

2. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak

3. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

4. Fail Timbul

16 OSTAD DAN 24 QARIN....

Posted: 04 Jul 2010 07:43 PM PDT

Mana pegi kisah ostad muda yang bising bising dikatakan 40 orang yang masuk umNO. Bila ada ulama muda yang menyanggah dan mendedahkan mereka tertipu... ostad muda ni bukan main marah... tapi bila dicabar kembali senyap tak berbunyi....

Di dedahkan juga bahawa angka 40 itu masih dipertikaikan dari 100 yang entah tercicir dimana seramai 60 orang lagi. Buat masa ini dikatakan hanya 16 sahaja yang hadir dalam majlis tu.. Siapa lagi 24 orang tu entah le... apakah ostad ni pakai Qarin dan turut sama isi borang masuk umNO. Atau mereka ini kire bayang sekali... apa ni..??

Bagi saya buat masa ini kita berhak mengatakan bahawa angka 40 itu adalah angka sasaran atau target... mungkin juga angka mengigau nak bagi sah jumaat. Atau dalam kata lain angka itu adalah angka TIPU! takkan Ostad muda pun tipu juga??? dalam umNO jangankan ostad Muda.. Ostad dah Otai macam Nakahei dan Yusop NOOOO pun boleh jadi...

Setakat ni hanya 16 orang yang menyertai umNO dari 40 yang dikurangkan dari 100 tu... Anggaplah angka 40 itu BOHONG hingga ada senarai dikeluarkan oleh mereka....

PERDANA MENTARI YANG TAKUT DENGAN PELARIAN...

Posted: 04 Jul 2010 05:58 PM PDT

Takut betul Najib ngan Raja Petra sampai suruh orang jangan percaya.. Tak sangka seorang pelarian macam Raja Petra ditakuti oleh seorang Perdana Mentari. Tak cukup serah kerja kepada orang bawahnya... Najib sendiri terpaksa jawab setelah balaci balacinya gagal melakukan tugas mudah menutup mulut Raja Petra.

Apa yang ditakut sangat dengan Raja Petra. Dia bukan nak jadi Perdana Menteri pun.... Kalau dia nak jadi Perdana Menteri pun orang takkan sokong... Apa yang ditakuti oleh Najib yang ada pada Raja Petra hanya cerita Al Tantuya. Hantu Tantuya yang dibawa Raja Petra ke mana dia pergi adalah hantu yang membayangi lena Najib.

Rupenye tak susah nak takutkan Perdana Mentari... BACALAH SENDIRI

TG NIK AZIZ KATA PAS BERPECAH...

Posted: 04 Jul 2010 10:05 AM PDT


"Sukacita saya merujuk kepada berita disiarkan Bernama Online (3 Julai, 2010) bertajuk
"Nik Aziz Akui Wujud Perpecahan Parti Untuk Berebut Jawatan Pada Muktamar PAS Tahun Depan" dan awal-awal saya tegaskan tajuk dan kandungan beritanya adalah tidak benar dan di luar konteks apa yang saya maksud. Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannya dari maksud sebenar kenyataan saya.

Paling malang lagi, apabila laporan agensi milik kerajaan Barisan Nasional itu telah dijadikan rujukan, malah disiarkan oleh beberapa akhbar. Antaranya akhbar online Malaysian Insider, dan akhbar cetak seperti Berita Minggu, Sinar Harian dan Sunday Star.

Namun, akhbar online Malaysiakini turut menyiar kandungan laporan Bernama, tetapi diharmonikan dengan tajuknya sendiri, iaitu "Nik Aziz cadang tiada pemilihan dalam muktamar." Itupun masih tidak tepat, kerana pemilihan dibenarkan di dalam perlembagaan PAS. Sedangkan, pada sidang media tersebut, saya telah merujuk kepada asas perlembagaan PAS yang perlu dipatuhi demi mengelak apa-apa perbalahan, mahupun perpecahan.

Apa pun, saya mengucap terima kasih atas laporan media yang berimbang. Antaranya akhbar New Sunday Times tidak memetik laporan berita Bernama (yang tidak bersifat berita itu), sebaliknya ia telah menyiarkan berita yang ditulis wartawannya sendiri.

Begitu pula, Sinar Harian didapati memetik laporan Bernama, tetapi turut menyiarkan di ruang Kelantan kenyataan yang dianggap tepat mengenai cadangan saya agar berlaku syura bagi pemilihan dalam PAS. Sementara Mingguan Malaysia tidak memetik laporan Bernama, sebaliknya menyiarkan kenyataan yang agak tepat dengan maksud sebenar saya.

Di sini diperturunkan maksud kenyataan saya ketika menjawab soalan wartawan berhubung kemungkinan berlaku pertandingan dalam pemilihan PAS tahun depan. Antaranya ialah:

"Kalau boleh tidak perlu bertanding, kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan. Ini luahan hati orang tua, tak mahu tengok perpecahan berlaku.

"Pengalaman saya sendiri yang pernah bertanding dalam dewan ulama' satu ketika dulu, amat tidak comel. Baik kita cari cara yang lebih comel elak daripada perpecahan.

"Moleknya, kita buat keputusan secara syura dan lantik ketua kita beramai-ramai. Ini cadangan saya. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti.

Semoga penjelasan saya ini, dapat mengelakkan salah faham semua pihak, khususnya rakan-rakan pimpinan dalam PAS. Jangan mudah terpengaruh dengan semua laporan berkenaan, terutama Bernama dan akhbar yang nampaknya ada agenda tersembunyi di sebalik apa yang mereka laporkan. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Kepada pihak akhbar cermatlah dan jauhilah daripada memfitnah.

Sekian, wassalam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Tarikh: 21 Rejab 1431/4 Julai 201

PENYELEWENGAN FELDA.. CERITA YANG DIDEDAHKAN

Posted: 04 Jul 2010 01:36 AM PDT

Saya terbaca cerita ini dari Pak Sayuti Omar. Saya rasa amat sesuai untuk dikongsi bersama kerana sekarang ini isu Felda mengegarkan negara. Mazlan yang cabar Maslan telah pun bersambut. Suara Keadilan yang buka cerita telah pun disita... sedikit cerita Pak MSO ni mungkin boleh direnungi

...............
Disebut dalam SMS itu Ahmad Maslan akan mengumumkan mengenai hasrat Felda nak saman
lidah rasmi parti PKR, Suara Keadilan ekoran akhbar berkenaan menuduh Felda bankrup. Berita mengenai pengumuman Ahmad itu telah pun keluar di beberapa portal dan blog, di mana menurut Ahmad, Felda saman Suara Keadilan dan menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM200 juta. Wau banyak tu...

Mungkin bagi peneroka di Hulu Terengganu ataupun Hulu Pahang, atau Serting Negeri Sembilan merasa gembira mendengar kenyataan Ahmad Maslan itu. Betapa tidak dalam kepala mereka Felda secara atas angin akan menambahkan asetnya sebanyak RM200 juta. Sedikit sebanyak mungkin mereka mengira, wang itu nanti akan menimbus rizab tunai Felda yang dikatakan susut itu?

Biasalah bila lama tak jumpa panjanglah sembang dengan kawan lama tadi. Sebenarnya perkara utama yang hendak dibincangkan tidak sampai pun 10 minit. Tetapi kerana perbualan lain-lain topik dan sub topik memakan masa lebih tiga jam.

Kawan ini seorang ahli perniagaan yang aktif hingga ke peringkat antarabangsa. Dia juga sebagai seorang pemerhati politik. Dia berkawan dengan semua orang, khasnya tokoh-tokoh Umno termasuk beberapa menteri. Jadi banyaklah kepincangan dan penyelewengan yang diketahuinya yang sesetengahnya tidak sampai hati nak disebutkan.

Dari hal mengenai kedudukan kewangan negara yang semakin susut dan menipis sampailah kepada perkara-perkara yang jelek untuk diceritakan. Menurut kawan ini disebabkan berleluasanya rasuah, penyalahgunakan kuasa, menyebabkan negara boleh bankrup. Nasib malang negara ini bukan kerana gimik atau sengaja nak menakut-nakutkan rakyat membolehkan kerajaan mengurangkan subsidi, tetapi menurutnya memang ia satu yang akan menjadi realiti. Malahan dari nada cakapnya dia optimis negara ini akan bankrup.

Beliau lantas memberi contoh dengan apa yang berlaku dalam Felda yang menjadi isu hangat hari ini. Beliau yang juga bekas pegawai Felda tahu benar mengenai salah urus dan tadbir dalam Felda menyebabkan berlaku penyusutan rezeb tunai Felda. "Apa yang dibangkitkan oleh Suara Keadilan itu benar, duit Felda sudah habis," ujarnya.

Kawan itu memberi satu dua contoh bagaimana dua projek Felda yang tidak menguntungkan tetapi dijalankan juga kerana untuk membantu kroni. Satu katanya pembinaan hotel di Bangi di mana bagi kepentingan Felda pembinaan ini langsung tidak ada apa-apa keuntungan. Untuk apa Felda membina hotel, soal beliau marah.

Tetapi katanya kerana atas permintaan Pengerusi Felda, Yusuf Noor kerana inginkan bangunan tertinggi di Bangi berdekatan kediamannya maka pembinaan itu diluluskan. "Untuk apa hotel berkenaan. Pada saya lebih baik ia dibina sekolah Tahfiz Agama untuk anak-anak peneroka," katanya.

Satu lagi projek yang menghabiskan wang institusi itu ialah pembelian ladang lembu di Australia bernilai RM600 juta. Peneroka mungkin seronok bila dibertahu Felda menceburi perniagaan di peringkat antarabangsa. Tetapi mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Mengenai projek ladang lembu ini katanya apa membingungkan Felda telah mengeluarkan wang sebanyak RM600 juta, tetapi saham pemilikkan ladan itu bagi Felda hanya 19 persen sahaja. Ini perniagaan bodoh katanya. Ke mana perginya 81 persen lagi walahualam. Katanya dia memilik dokumen berhubung permbelian ladang berkenaan.

Tamat cerita Felda yang katanya masih banyak yang belum dibongkar, timbul pula cerita bagaiaman seorang menteri yang dipercayai amanah, mempunyai integriti tetapi ikut sama terpalut dalam penyelewengan dan penyalah gunaan kuasa.

Apa yang diceritakan ini dialami sendiri kawan ini. Beliau telah menghantar satu proposal kepada menteri berkenaan untuk memajukan aset milik agensi dibawah pengawasannya. Menteri sebelum ini sudah pun mencadangkan supaya aset berkenaan dibangunkan dan proposal beliau itu diterima. Secara prinsipnya projek itu sudahpun dipersetujui. Kerana berlaku pertukaran jawatan maka ia perlu dirujukkan kepada menteri berkenaan.

Malangnya bila ia dirujuk projek itu dibatalkan. Minit keluluasan asal telah diserahkan kepada menteri itu. Alasannya kerana mesyuarat pembangunan kementerian itu sebelum ini tidak meluluskan projek berkenaan. Ini berdasarkan kepada minit katanya.

Para pegawai dalam satu mesyuarat dengan menteri berkenaan membangkitkan isu projek berkenaan. Mereka menunjukkan yang minit asal diluluskan. Menteri berkenaan katanya terkial-kial untuk menjawabnya dan mencari helah mudah dengan mengatakan setiausaha salah mencatat minit. Namun apabila setiausaha dipanggil barulah terdedah cerita sebenarnya, menteri berkenaan mengarahkan setiausaha mengubah minit berkenaan. Paling menyedihkan lagi katanya menteri itu sudah menerima prosal dari kroninya.

Itu satu kejadian. Ada satu lagi kejadian melibatkan nilai tander satu projek di Kuala Lumpur. Satu kontraktor telah membuat tawaran dengan nilai RM72 juta. Tawaran itu telah diterima. Tetapi apabila sampai ke peringkat menandatangani kontrak berkenaan angka berkenaan didapati berubah menjadi RM92 juta. Kontraktor berkenaan terkejut melihatnya kerana harganya di make-up sebanyak RM20 juta.

Kerana menyedari kekeliruan itu, kontraktor berkenaan bertanyakan kepada menteri berkenaan. Apa jawabnya, menteri berkenana suruh saja tanda tangani, dan memberi tahun RM20 juta adalah atas urusan.

Menyedari bahawa apa yang berlaku itu satu penyelewengan kontraktor berkenaan akhirnya menarik diri kerana tidak mahu terlibat dengan rasuah.

Segala apa yang dicerita kawan itu menggambarkan akan kebobrokan orang berkuasa di negara ini termasuk menteri. Dan paling mengejutkan ia bukan saja berlaku di kalangan menteri yang dikenali tidak berlatar belakangkan pendidikan agama yang mampan tetapi di kalangan mereka yang dianggap sebagai ustaz dan diberi tanggungjawab menjaga harta anak-anak yatim juga. Jadi kata kawan ini di Malaysia ini tidak ada siapa lagi yang boleh diharap dan dipercayai khasnya dalam bidang perdagangan. [wm.kl.12:00 t/malam 02/07/10] SUMBER

SHAHRIZAT TERTINGGAL KAPAL...

Posted: 03 Jul 2010 08:29 PM PDT


MACHANG - Kerajaan Negeri gagal dan cuai dalam merancang serta menjaga kebajikan rakyat Kelantan sekali gus membuktikan negeri berkebajikan hanyalah gimik semata-mata. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, indeks kemiskinan tegar dan miskin semakin meningkat di Kelantan namun tidak ditangani dengan baik. Katanya, tahap kemiskinan di Kelantan membimbangkan dan Kerajaan Persekutuan mengambil pelbagai langkah bagi membasmi masalah tersebut termasuk memperuntukkan sebanyak RM 30.7 Juta bagi membantu golongan tersebut sejak awal tahun ini. "Ramai rakyat Kelantan yang terpaksa merantau ke negeri-negeri maju bagi mencari rezeki membela nasib keluarga mereka namun apa usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sedangkan mereka melaung-laungkan Negeri Berkebajikan?. " Melalui bantuan dan Program 1 Azam, Kerajaan Persekutuanberjaya mengurangkan golongan miskin tegar kepada 845 keluarga daripada 3,507 keluarga di Kelantan. Indeks menunjukkan seramai 3,507 keluarga miskin tegar dan 6,003 keluarga miskin di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Machang 2010 di sini, semalam. Turut Hadir pada Majlis tersebut Ketua UMNO Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub. Pada Majlis yang sama, Pergerakan Wanita UMNO turut meraikan 17 veteran Wanita yang banyak berbakti kepada bahagian Machang. Shahrizat berkata , bagi jajahan Machang, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih RM500,000 sebulan berbanding Kerajaan Negeri yang mengagihkan RM38,000 sebulan kepada lebih 1,000 penerima di sini. Katanya, selain memberi bantuan secara tetap, kerajaan juga melaksanakan 'Program 1 Azam' kepada golongan miskin tegar terhadap peluang ekonomi bagi meningkatkan pendapatan.

Itu laporan yang aku baca dari Sinar Harian. Walaupun aku bukan beriman dengan laporan jenis fasiq ni, tetapi aku yakin jika berita umNO jarang sangat salah... Cerita dan bahab jaja Shahrizat ni aku biasa dengar masa mula mula kerajaan PAS perintah Kelantan... Kelantan miskin... Kelantan takde beras... kelantan tak de pembangunan dan bla..bla.. lagi... Hasilnya ramai yang Ke Kelantan bawa beras malu sendiri...

Waktu kawan aku dari Kelantan pertama kali sampai Ipoh aku bawa melawat Bandaraya Ipoh... dia tanye.. mane bandarnye... Punye la malu aku nak bandingkan dengan Kota Bharu... Aku pun tak tahu nak tunjuk kat mana... baru ni la ade bandar baru yang boleh aku angkat kepala sikit...tapi nak lawan ngan Kota Bharu masih aku malu kerana status Bandaraya Ipoh.

Aku ingat Shahrizat yang dah bertahun jadi Menteri boleh cerdik sikit... rupenye sama standart ngan Shafie Apdal yang tah ape ape... Mungkin Shahrizat yang semakin tenggelam dengan kekalutan umNo memulihkan sokongan rakyat. Rakyat Kelantan termasuk umNO tentu rase diperbodohkan oleh Shahrizat. Mungkin juge Shahrizat diperbodohkan oleh pemimpin umNo yang bawa Shahrizat melawat kawasan miskin tepi sungai yang menjadi penyokong tegar umNO... kesian.. tak tahu siapa yang tipu dan menipu... yang pasti Shahrizat dah tertinggal kapal

LENSA KU- BANTAH JUDI- PANJAT BUKIT GENTING ATAU BERGERAK KE PUTRAJAYA!

Posted: 03 Jul 2010 08:59 AM PDT

Kempen bantah judi yang bertukar dari Demo penyerahan memo kepada YDP Agong berlangsung juga setelah ditunda dari pukul 2 petang ke jam 5 petang. Walaupun ramai yang dah hadir awal terpaksa menunggu kerana perubahan waktu bagi menghormati Allahyarhamah isteri Tun Dr Ismail yang dikebumikan.
Ianya hanya satu permulaan kepada perjalanan panjang menghapuskan judi . Bukan mudah untuk menghapuskan judi kerna terpaksa mendaki Bukit tinggi di Genting. Namun kita ada jalan pintas tanpa mendaki Genting... bergerak ke Putrajaya!


Tazkirah awal Ustaz Nasarudin Tantawi di dewan solat sebelum asar.

Keletihan namun tabah menanti waktu yang ditunda,

Himpunan bermula- saf teraju kempen bantah judi- bermula perjuangan baru bantah judi.

Ketua Pemuda PAS penuh semangat - kita gerakkan rakyat menentang judi.

Mat Saleh ni pun macam paham je...marah judi juga tu...

Pakcik ni tengah khusyuk.... Tua muda tetap benci judi.

Tak nak Tak nak! Tak Nak Judi!

Antara banner yang dibawa sebagai suara hati dari ABIM.

Ya Allah aku tak naj judi berleluasa di zaman aku nanti- mungkin itu doa anak kecil ini.

Raja Demo..... Azli Musa...tak sah demo tak de dia.. - taik judi! kata Azli.

Dari jauh memerhati... nak tangkap salah tak tangkap salah ...serna salah.. terima kasih pak polisi tak ganggu kami...tapi macam tak syokkk plak..

Wartawan TV 8.mengulas dalam bahasa Cina.. umNO kata Cina nak Judi!!!
Ketua Pemuda PKR- Reformasi bantah judi!

Antara ribuan yang hadir.
Brader ni rileks aje...

Buku Anti judi keluaran TERAS.

Kita akan gerakkan kempen bantah judi seluruh negara. Bebaskan judi dari negara kita!

Tiada ulasan: