Kerabu Bersuara ® |
- Curi pasir Selangor: UMNO gelabah?
- Umno Selangor Guna 'Melayu Sampah' Untuk Tumbangkan Pakatan
- “Kerajaan pusat sabotaj” Mat Suhaimi
- Sebaran Segera: Kenyataan Maklum Balas Dr Hassan Ali Berkaitan Isu Berbangkit Dengan Mufti Perak
- Saya Hanya Mahu Membantu FAM - Annuar Musa
- Isu Pasir Selangor: Khir, Hang Tolong Senyap!
- Bolehkah Kelab Bola Red Devil, Arak & Kereta Chrevolet?
- Samy: Murugiah dapat sokongan majoriti anggota parti MIC
- Roh perpaduan Melayu — Mior Kamarul Shahid
- Penaja Kajian NWRS Berkepentingan
- MB Selangor Serah Bantuan Kepada Balu Hasmuzair Hassan
- Watak Warak Saiful Akhirnya Terbongkar Hipokrit Jalin Hubungan Sulit Dengan Pendakwaraya
- Pakatan Friends Facebook Group Dijangka Tarik Sokongan Generasi Muda
- Anak Luar Nikah Dan Kepemimpinan Negara
- (Gambar) Taek Jho Low, Jutawan Malaysia Berpoya-poya
- Americk Cabar Annuar Ke Sidang Media Jawab Dakwaan
- Umno bakal hilang 6 kerusi di Selangor
- Bongkar : Sekali mesyuarat Seri Temin sampai RM78,270! Makan kepala dinasour ke
- Umno Selangor menuju ke pusara.........
- Polis Akan Siasat Aksi Cium Krisdayanti & Raul
- Tolak perpaduan asabiyah Umno
- Tidak Merokok Antara Petua Ketua Bilal Masjidil Haram Jaga Suara
- FAM jangan dilihat sebagai angkuh
- KSN sepatutnya neutral, profesional
- Melaka Tubuh Sekolah Pelajar Hamil : Utusan Malaysia
| Curi pasir Selangor: UMNO gelabah? Posted: 24 Jul 2010 09:00 AM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengganggap serangan bertali arus Umno terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berlaku disebabkan parti pemerintah itu semakin gelabah berikutan kehilangan sumber kewangan melalui kegiatan mencuri pasir. Beliau tidak hairan dengan gelagat pimpinan dan juak-juak Umno yang bermati-matian membangkitkan isu pasir hingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk demontrasi bagi memastikan kerajaan negeri tidak menutup periuk nasi kroni mereka. Khalid berkata demikian pada majlis pelancaran Gerak Kerja Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom). Sejak peringkat awal pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, isu kecurian pasir antara perkara yang dijadikan belantan bagi membantai kesungguhan kerajaan negeri mempertahan hak rakyat. Pimpinan Umno, dari bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo, Timbalan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan terbaru, Ezam Mohamed Noor menjadi watak utama dalam menyerang kewibawan kerajaan Selangor. Ironinya, kerajaan Umno Barisan Nasional ketika berkuasa gagal sama sekali membanteras kegiatan curi pasir hingga menimbulkan cakap-cakap di kalangan ramai bahawa Umno sebenarnya dalang kecurian pasir. Tan Sri Khalid berkata, sebaliknya, kerajaan Selangor membawa pembaharuan supaya memastikan pasir tidak sewenang-wenang dicuri dan hasilnya masuk dalam poket pihak tertentu sedangkan rakyat hanya melongo. Bagaimanapun, Umno dengan berbekalkan pena media arus perdana memutar belit isu kecurian pasir dengan menuding jari kepada Pakatan Rakyat dengan pelbagai tohmahan tanpa bukti dan memanipulasi fakta. |
| Umno Selangor Guna 'Melayu Sampah' Untuk Tumbangkan Pakatan Posted: 24 Jul 2010 08:30 AM PDT UMNO sangat menyedari bahana yang akan diterimanya sekiranya parti itu gagal merampas Selangor dalam pilihan raya umum akan datang. Kerana itu pengumuman pilihan raya umum akan dibuat bergantung kepada keadaan Umno di negeri itu. Selagi Umno merasakan Selangor tidak selesa maka pilihan raya akan datang tidak segera dilakukan, mungkin akan genap penggal ke 12 parlimen pada Mac 2013. Sebaliknya kalau Umno berkedudukan selesa di negeri itu, kemungkinan pilihan raya akan dipercepatkan. Banyak faktor kenapa Umno mengambil perkiraan itu. Salah satunya ialah kedudukan Selangor sebagai sebuah negeri yang terkaya di negara ini. Kehilangan Selangor kepada Umno tak ubah seperti hilangnya karung emas bagi parti itu. Duit di Selangorlah yang akan digunakan untuk menjana Umno di negeri lain. Apabila Selangor sudah dirampas Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-12 lalu, maka kekayaan itu sudah tidak ada lagi. Inilah menyebabkan pemimpin Umno Selangor menjadi gila. Khir Toyo sampai menggelepar terkeluar dari botol kerana sudah tidak jadi MB lagi. Begitu juga dengan Noh Omar yang bercita-cita besar nak jadi MB Selangor, bernasib baik kerana tidak bertanding di kerusi Dun dalam pilihan raya lalu. Kalau beliau juga dibawa ke Dun pasti Noh juga sudah sasau macam Khir Toyo hari ini. Musibah kehilangan Selangor itu sudah dapat dilihat kini. Bila Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat Umno Selangor jadi huruhara. Iyalah orang tidak biasa ditimpa kecelakaan sekali terkena celaka buruk padahnya. Umno sampai tidak tahu untuk lantik siapa jadi ketua hingga terpaksa Najib Razak memimpin Selangor. Jadi Umno kena wujudkan keadaan selesa di Selangor. Makanya untuk mewujudkan keadaan itu Umno telah melakukan pelbagai strategi bagi mengoncangkan kerajaan Pakatan Selangor dan mengugahkan keyakinan rakyat kepada kerajaan baru itu. Macam-macam dilakukan. Awalnya kerja memburukkan Khalid Ibrahim sebagai MB. MB itu dituduh rasuah dan tidak reti metadbir dan sebagainya. Namun ia tidak membawa apa-apa bekas. Rakyat Selangor yang celit maklumat dan tidak berada dalam asap Umno nampak perubahan yang dilakukan Khalid. Dengan sendirinya fitnah terhadap Khalid tertolak. Lepas itu ditimbulkan cerita yang Mohd Azmin Ali dan puak-puaknya bencikan Khalid. Kononnya Azmi mahukan jawatan MB dan berkonspirasi untuk menjatuhkan Khalid. Sekali lagi usaha itu tidak membawa hasil. Sebaliknya pertukaran jawatan pengerusi PKR Selangor dari Khalid kepada Azmin mengukuhkan kedudukan parti berkenaan. Isu ini tidak berapa menarik dan mempersonakan rakyat Selangor. Kini ditimbulkan pula isu pencurian pasir. Umno sengaja menimbulkan isu ini kerana ia dilihat sensitif. Tidak cukup menggunakan media massa, cetak dan eletronik, isu itu dibawa ke istana pula. Ada pihak yang cuba menggunakan istana untuk menjatuhkan kerajaan Selangor. Isu pasir sama juga dengan isu-isu lain sebelum ini tidak berapa menjadi. Yang rungsing dan sibuk dengan isu pasir ialah Umno bila mana kroni mereka tidak dapat terus mengaut keuntungan daripada kerja mengorek pasir. Sebelum ini lesen mengorek pasir diberikan kepada kroni Umno saja. Bukan itu saja ia juga tidak mengutungkan seperti mana perwujudan konsotium yang dibentuk oleh kerajaan kini. Memerhati kepada gelagat dan tindakan Umno Selangor itu menjelaskan ianya dalam keadaan terdesak. Umno Selangor kehabisan modal dan usaha bagi menumbangkang kerajaan Pakatan. Keterdeksakan inisemakin jelas lagi apabila Ezam Mohamad Noor digunakan untuk dijadikan peluru kapor Umno Selangor. Ezam bersama kuncu-kuncu kini dinaikkan ke atas pentas untuk membantu Umno Selangor merampas balik negeri Darul Ehsan itu. Atas nama moto "Selamatkan Selangor" Ezam bergerak ke seluruh Selangor. Tugas Ezam berbeza dari tugas pemimpin Umno lain. Beliau tidak menghentam Khalid sebaliknya membelasah bekas bosnya. Sedar atau tidak Ezam sudah menjadi perkakas oleh Umno untuk menentang Anwar dengan sedikit upah. Perasmian projek selamat Selangor, membelasah Anwar sudah bermula malam semalam di Shah Alam. Khabarnya kehadiran tidak menghampakan sangat, lebih 200 orang yang hadir. Korum itu cukuplah untuk Ezam dan kuncu-kuncunya menerima tepuk setiap kali dia membelas dan menyerang Anwar. Sebenarnya langkah Umno menurunkan Ezam itu sia-sia saja. Ia tidak memberi kesan besar kepada kedudukan kerajaan Pakatan di Selangor. Ini kerana orang semua sudah kenal dan tahu panjang pendek politik Ezam Mohamad Noor. Mungkin kalau Ezam tidak bersama Anwar sebelum ini berarak di jalan-jalan raya mengerakan demostrasi orang akan percaya apa yang diucapkan. Tetapi kerana sebelum ini beliau merupakan orang kanan Anwar dan tiba-tiba telah mufarakah dari Anwar orang akan mempersoalkan tindakan beliau. Apa juga kenyataan Ezam dan juga sumpahnya untuk memperjuangkan Melayu, tuduhan ke atas Anwar sebagai egen Yahudi akan ditolak begitu saja. Orang akan soal kenapa beliau selama ini sanggup ke penjara kerana memperjuangkan agen Yahudi? Mustahil kalau Anwar egen Yahudi beliau tidak tahu? Dengan mudah orang akan menilai tindakan Ezam yang berpaling tadah itu kerana beliau gagal mencapai cita-citanya. Orang akan membuat andaian Ezam berpaling tadah bukan sangat kerana Anwar sebagai egen Yahudi atau hendak memperjuangkan Melayu, tetapi beliau berpaling tadah kerana gagal memujuk Anwar menyertai Umno selepas PKR gagal membentuk kerajaan tahun 2008. Ezam bertindak bukan untuk bangsa tetapi untuk dirinya. Bayangkan di manakah Ezam dan kuncu-kuncunya kini kalau Anwar sudah menjadi Perdana Menteri? Bukankah Ezam kini akan berada di Putrajaya bersama Anwar? Jadi, keputusan Ezam meninggalkan Anwar bukan kerana Anwar egen Yahudi atau apa tetapi kerana Anwar gagal jadi PM. Itu saja. Selain itu beliau juga kecewa kerana Anwar tidak sedia mengikut kehendaknya agar berlutut dan mencium tangan Abdullah Badawi menyertai Umno sepertinya. Jadi orang macam Ezam yang prinsipnya boleh dipersoalkan itulah kini digunakan Umno Selangor untuk menggempur kerajaan Pakatan Rakyat. Orang macam Ezam tidak membawa banyak kelabaan kepada Umno kerana beliau adalah Melayu sampah saja yang kelihatan keras, tegas tetapi di dalamnya lembek, pengcut dan mudah cair dengan ugutan selepas ditangkap dan dipenjarakan. Sepatutnya Umno Selangor belajar daripada kesilapan dilakukan Umno Kelantan. Umno Kelantan dalam usaha hendak menjatuhkan Pas Kelantan pernah menggunakan khidmat ahli-ahli Pas yang munafik, yang mengkhianati parti dijadikan tentera memburukkan Pas dan peribadi Nik Aziz. Apa terjadi atas usaha berkenaan? Ia bukan saja Umno tidak mendapat laba besar sebaliknya kedudukan Pas semakin kukuh. Semuanya kerana rakyat Kelantan sudah kenal dan arif kenapa mereka itu sedia menjadi alat dan perkakas kepada Umno. Ia bukan kerana kebenaran yang mereka suarakan di pentas ceramah melainkan kerana mengejar sedikit kebendaan. Begitu jugalah tindakan Umno Selangor menggunakan Ezam dan kuncu-kuncunya yang satu masa dulu berkhemah siang dan malam Jalan Setiabudi, Damansara tidak akan memberi laba kepada Umno sebaliknya menjadi liabiliti kepada parti berkenaan. http://msomelayu.blogspot.com/ |
| “Kerajaan pusat sabotaj” Mat Suhaimi Posted: 24 Jul 2010 08:00 AM PDT KUALA LANGAT, 24 JULAI 2010 – Pembantu Exco Pengurusan Sumber Alam Selangor, Mat Suhaimi Shafie membidas tindakan Kerajaan Persekutuan kerana memansuhkan kuasa penguatkuasa dari Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) serta Jabatan Galian dan Tanah (PTG) dalam membendung pencurian bahan batuan di Selangor. Dengan menyifatkannya sebagai sabotaj, keadaan ini menyukarkan kerajaan negeri membendung aktiviti pengeluaran pasir secara haram yang turut menjejaskan alam sekitar di samping kerugian daripada kutipan royalti hasil mineral terbabit. Mat Suhaimi berkata, "Mulai November 2008, ada satu akta baharu yang diluluskan di peringkat Persekutuan, kuasa untuk menahan kesemua orang yang mencuri ataupun yang disyaki mencuri pasir ini, kuasa itu tidak ada lagi kepada pegawai penguatkuasa, ini saya nak terangkan adalah salah satu sabotaj terbesar yang dilakukan oleh kerajaan pusat". Katanya penahanan hanya boleh dibuat ketika operasi bersepadu yang melibatkan pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilakukan. Beliau menegaskan kaedah yang diguna pakai kerajaan pusat sengaja dirancang sedemikian bagi menggagalkan penguatkuasaan pencurian pasir khususnya di Selangor. "Sejak November 2008, perkara ini agak sukar nak dibuat, kerana kalau nak disaman mereka yang bawa lori-lori pasir yang berisi bahan-bahan pasir ini, mereka perlu rujuk dulu ke pejabat Penasihat Undang-undang, balik dulu, buat laporan, tengok penasihat undang-undang bagi nasihat saman ke tidak". Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat dan lawatan bersama media ke tapak lombong pasir KSSB di Tanjung 12, Kampung Olak Lempit siang tadi. Sementara itu, Suhaimi turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian lombong pasir persendirian antara KSSB dengan syarikat Marita Sendirian Berhad di Mukim Labu, Sepang dan syarikat First Reap Sendirian Berhad di Tanjung 12, Kuala Langat dengan keluasan tanah masing-masing 50 ekar. Tamat. |
| Sebaran Segera: Kenyataan Maklum Balas Dr Hassan Ali Berkaitan Isu Berbangkit Dengan Mufti Perak Posted: 24 Jul 2010 07:29 AM PDT Berikut kenyataan penuh Hassan Mohamad Ali: "Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan. Pertemuan saya dengan Dato' Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada "engagement" sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya. Saya ingin menegaskan bahawa: 1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan; 2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat; 3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka. 4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu; 5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu; 6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut. Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya. Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi." |
| Saya Hanya Mahu Membantu FAM - Annuar Musa Posted: 24 Jul 2010 06:15 AM PDT KOTA BAHARU, 24 Julai (Bernama) -- Salah seorang calon bagi jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa berkata kejayaan beliau menaikkan nama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bukan berupa tiket untuk beliau dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden FAM. "Jauh sekali untuk saya menonjolkan diri sebagai hero dalam bidang pengurusan bidang bola sepak musim ini," katanya yang juga Presiden KAFA, apabila ditanya mengenai kesungguhan beliau bertanding jawatan nombor dua persatuan induk bola sepak negara itu. Pemilihan barisan kepimpinan baru FAM bagi penggal 2010-2014 akan ditentukan pada 31 Julai ini dan buat pertama kali jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Eksekutif (Exco) menjadi rebutan ramai calon dan penyandang. Selain Annuar yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi mengisi dua jawatan tersebut, calon lain ialah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Datuk Seri Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad, Datuk Che Mat Jusoh dan Datuk Mokhtar Ahmad. Seorang lagi calon, Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan telah menarik diri. "Apa yang penting penglibatan saya ialah untuk cuba membawa perubahan ke arah penambahbaikan negara dalam bidang bola sepak menerusi satu pasukan dan satu suara dalam FAM," kata Annuar. Beliau berkata beliau hanya berminat untuk membantu Presiden FAM ke arah kebaikan mutu persatuan di peringkat nasional dan antarabangsa dan tidak berniat untuk mencabar sesiapa. "Jauh di sudut hati saya, saya ingin membantu apa yang terdaya tugas-tugas yang dijalankan oleh penjawat nombor satu dalam persatuan induk ini," katanya. -- BERNAMA |
| Isu Pasir Selangor: Khir, Hang Tolong Senyap! Posted: 24 Jul 2010 05:33 AM PDT Isu pasir: Exco Selangor minta Khir Toyo 'tutup mulut' Oleh Boo Su-Lyn PUTRAJAYA, 24 Julai — Exco Kerajaan Negeri Selangor Shuhaimi Shafiei meminta Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo supaya "tutup mulut" dan berhenti daripada menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat kononnya gagal menangani isu perlombongan pasir haram. Katanya, Khir selaku menteri besar sebelum Mac 2008 telah gagal dalam tugas dan tanggungjawabnya mengatasi masalah tersebut tetapi kini mempertikaikan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Khir (gambar) baru-baru ini mendakwa lombong pasir di Kuala Langat haram dan menjejaskan kawasan Paya Indah Wetlands. Bagaimanapun pakar alam sekitar dilantik anak syarikat kerajaan Kumpulan Semesta Sdn Bhd mempertikaikan dakwaan Ketua Pembangkang itu. "Selama lapan tahun Khir Toyo adalah menteri besar, apa yang beliau buat? Saya memberitahu, anda, diam (tutup mulut)," kata Shuhaimi kepada pemberita di sini hari ini. |
| Bolehkah Kelab Bola Red Devil, Arak & Kereta Chrevolet? Posted: 24 Jul 2010 04:56 AM PDT Assalamualaikum ustaz, saya adalah salah seorang peminat bola sepak dunia.. saya meminati banyak pasukan Eropah. ini kerana ada lambang Salib Setan .. saya mahu tahu adakah saya sebagai seorang muslim boleh memakai jersi tersebut. Saya hanya meminati pasukan tersebut, sekiranya tidak boleh dipakai, adakah dalil yang melarang kita memakainya. Saya ada berbincang bersama rakan - rakan, mereka beritahu saya bahawa kita boleh memakai asalkan kita tidak mengagungkan lambang tersebut. Saya memang ragu - ragu dalam hal ini. Tolonglah selesaikan masalah saya ini ustaz. sekian, wassalam. JAWAPAN Wa'alaikumussalam, Apa-apa sahaja logo jika adalah benar-benar sebuah lambang salib, ia tidak boleh dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim. Kerana penganut Islam tidak dibenarkan mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam. Dalilnya adalah cukup mudah iaitu firman Allah:- وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya ( Al-Maidah : 2) Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan member apa jua bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal ehwal yang bertentangan dengan aqidah dan hukum Islam. Hadisnya ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا Ertinya : Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalaha hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit ( Riwayat Muslim & Ibn Majah ) RED DEVIL, CARLSBERG & CHEVROLET Jika ia bukan lambang salib, tapi hanya dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri, maka tiada masalah untuk memakainya, contohnya seperti kereta Chevrolet. Lambang kereta ini, seseorang individu mungkin menganggapnya sebagai salib namun jika dilihat di forum ini, penganut Kristian merasakan lambang Chevrolet itu adalah anti-kristian dan bukannya pro kristian. Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta tersebut bukanlah salib. Satu persoalan berkaitan adalah lambang Red Devil pada logo Manchester United. Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk Syatitan yang sebenarnya, namun apabila manusia telah membuat imaginasi tersendiri berkenaan bentuk Syaitan, menamakannya sebagai Devil dan diterima umum sebagai satu lambang Devil. Tatkala itu lambang Red Devil yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam antara logo-logo yang TIDAK BOLEH, diiklankan dan disyiarkan (ditayang dan dibanggai) oleh seorang Muslim sama ada ditampal di dinding mahupun digunakan di atas pakaiannya. Justeru, apa-apa logo jika telah diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejatana, heavy metal dihiasi amalan dan perbuatan kesyaitanan seperti (Black Metal). Logo itu telah menjadi haram untuk digunapakai. Berbalik kepad Red Devil, jika ia benar-benar membawa imej umum sesuatu yang bersifat kesyaitanan, atau apa-apa aktiviti kesyaitainan dan dosa. Tatkala itu sudah termasuk dalam kategori Black Metal dan sememangnya tidak terlepas dari hukum haram. LOGO MANCHESTER UNITED HARUS DAN MAKRUH BILA ? Tetapi jika imej kesyaitanan dan aktviti dosa besar seperti Black Metal tersebut tidak berkait dengan Red Devil, kerana ia lebih membawa imej umum kepada hal bola sepak dan sukan, tatkala itu ia masih boleh digunakan. Begitu juga jika ada individu tertentu boleh menyongsang arus lalu mendakwa ia berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya dari mengakui ia sebuah lambang syaitan, dan kekal merasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syatitan atau sepertinya, tatkala itu BOLEH dan DIHARUSKAN baginya untuk memakainya. Walaupun begitu, jika ia boleh menimbulkan fitnah dikalangan orang lan yang melihat, sehingga pemakai dianggap selaku menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum HARUS berubah kepada makruh. Kesimpulannya, dalam hal Red Devil, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. Yang terbaik, sudah tentulah menjauhinya akibat rasa syubhah yang wujud. Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya. Jika berminat sekalipun, cukuplah menyokong pasukan tersebut dalam pertandingannya tanpa perlu melibatkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi-jersi dan barang berlogo sebegitu. Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool yang dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg adalah muktamad hukumnya adalah HARAM menurut hukum Islam berdasarkan dalil-dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah. LAGI DALIL HADIS Selain dalil Al-Quran di atas, sebahagian dalil lain kepada pengharaman mengguna termasuk memakai sesuatu yang diharamkan untuk Muslim adalah hadis :- نهانا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشرب في آنية الذهب والفضة وأن نأكل فيها، وعن لبس الحرير والديباج وأن نجلس عليه، وقال: هو لهم (أي للكفار) في الدنيا ولنا في الآخرة Ertinya : Rasulullah Sallahualahiwassalam telah melarang kami makan dan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak, dan memakai (kaum lelaki) pakaian dari sutera dan juga menggunakannya untuk alas duduk, baginda juga berkata : itu semuanya untuk orang kafir di dunia, dan kita hanya dibenarkan di Syurga kelak. ( Riwayat Al-Bukhari) Berasaskan dari hadis terbabit, lalu para ulama membuat kesimpulan sebuah kaedah iaitu :- وما حرم استعماله حرم اتخاذه تحفة وزينة Ertinya : dan apa-apa yang diharamkan penggunaanya, diharamkan juga mengambilnya sebagai baranngan yang disayangi ( barang dianggap berharga = masterpiece) dan perhiasan. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi) Kaedah ini menjawab persoalan sama ada ia diagungkan atau tidak, hakikatnya pemakaian, menjadikan hiasan sama ada sebagai pakaian, hiasan di rumah dan ditontonkan kepada orang ramai itu adalah sebenarnya secara langsung merupakan satu bentuk pengagungannya. KESIMPULAN Hukumnya memakai baju kumpulan bola berlambang salib secara jelas dan berlogo apaapa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan dan masterpiece yang dibanggai. Mankala hukum memakai pakaian yang berlambang Red Devil adalah di antara Harus dan Makruh sebagaimana yang disebutkan sitausi berbezanya di atas. Namun, sekiranya ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram. Manakala menggunakan kereta berlogo Chevrolet adalah harus. Sekian Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 24 Julai 2010 |
| Samy: Murugiah dapat sokongan majoriti anggota parti MIC Posted: 24 Jul 2010 04:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Julai — Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini berkata kemasukan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah ke dalam MIC mendapat restu majoriti anggota parti. "Banyak anggota parti menerima keputusan itu termasuk dari kalangan ketua-ketua bahagian," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan seminar Pendaftaran Pengundi Baru untuk ketua-ketua bahagian MIC di sini. MIC telah menerima permohonan bekas Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Murugiah untuk menjadi anggota parti itu Khamis lepas. Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat sebilangan anggota MIC yang tidak berpuas hati dengan keputusan kepimpinan parti menerima permohonan Murugiah. "Kalau saya kata kesemua anggota MIC menyokong keputusan itu ia merupakan satu pembohongan yang besar," katanya. Murugiah menyertai MIC setelah dipecat oleh Presiden PPP Datuk M. Kayveas tahun lepas dalam satu krisis perebutan jawatan presiden parti. Samy Vellu percaya dengan satu lagi tambahan jawatan timbalan menteri dari kalangan pemimpin MIC, kesemua rancangan parti dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Ditanya mengenai cadangan Murugiah untuk membawa masuk seramai 200,000 penyokongnya menganggotai MIC, Samy Vellu berkata beliau tidak ada halangan terhadap perkara itu. "Kita boleh menerima sebanyak manapun ke dalam MIC...kalau lebih ramai, lebih bagus," katanya.—Bernama |
| Roh perpaduan Melayu — Mior Kamarul Shahid Posted: 24 Jul 2010 04:00 AM PDT 24 JULAI — Perbalahan sesama orang Melayu bukanlah perkara baru dalam konteks politik Malaysia. Orang Melayu diheret dalam perbalahan siasah akibat perbezaan ideologi yang berpanjangan, walaupun pada permukaannya, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Perbalahan berlaku kerana pemimpin PAS yang menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan politiknya tidak dapat menerima perjuangan Umno yang berteraskan kepada semangat nasionalisme. Walaupun orang Umno dan PAS adalah orang Melayu beragama Islam, perbezaan politik ini menjadi penghalang untuk mereka berada dalam satu pasukan. Mereka sebenarnya tahu dan boleh menghayati roh peribahasa 'bersatu teguh, bercerai roboh'. Jika insaf terhadap makna peribahasa itu, apa yang dibahaskan hari ini, tidak perlu berlaku. Malangnya mereka lebih cenderung ke arah melakukan tindakan 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. Dalam kalangan segelintir orang Melayu ini, mungkin akibat kecewa atau marah, mereka sanggup melihat orang Melayu berkubur. Waktu itu mereka sendiri akan menangis tanpa lagu. Mereka sanggup melakukan penentangan ini sedangkan mereka tahu rata-rata orang Melayu mengharapkan perpaduan Melayu. Ketidaksefahaman sesama orang Melayu yang beragama Islam ini sebenarnya dicetuskan oleh segelintir pemimpin parti yang taksub dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Daripada satu alasan kepada satu alasan mereka lontarkan untuk mewajarkan bahawa mereka menolak perpaduan bangsa. Akhir-akhir ini rakyat kian jelas siapa yang benar-benar ikhlas mahu berusaha menyatupadukan Melayu dan siapa pula yang menjadi dalang untuk memusnahkan masa depan bangsa dan mahu melihat orang Melayu tersungkur di bumi sendiri. Mereka yang menolak perpaduan ini sanggup berputih mata asalkan hati dan emosi mereka puas. Jika ego orang tertentu ini dapat diperbetulkan atau mereka sendiri sedar akan akibat suatu hari nanti anak cucu cicit menyoal kesilapan besar yang mereka lakukan ketika Melayu berpeluang untuk bersatu dan menjadi bangsa yang teguh. Umumnya, pertelingkahan politik hanya berkisar pada peringkat pimpinan parti. Pada peringkat rakyat, keadaan adalah terkawal. Pertelingkahan peringkat atas menyebabkan orang Melayu terikut-ikut dengan rentak pemimpin mereka. Jika hitam kata pemimpin mereka, maka hitamlah kata pengikut mereka. Seandainya pemimpin PAS menerima pelawaan Umno untuk bergabung semula dalam Barisan Nasional (BN), seluruh anggota parti itu akan bersama mereka. Berasaskan realiti politik dan sejarah, Umno dan PAS pernah bergabung, kemudian berpecah semula. Bila PAS keluar BN, pengikut mereka mengikut gelagat pemimpin mereka membenci BN dan UMNO seterusnya tercetus isu dua imam, haram makan sembelihan orang Umno dan sebagainya. Hari ini, usaha untuk menyatupadukan orang Melayu timbul semula. Ada yang bercakap mengenai perpaduan Melayu dalam konteks bekerjasama antara Umno dan PAS dan ada versi mengenai penyatuan atau gabungan parti Melayu. Dalam konteks kerjasama, tiada sebab kedua-dua pihak menolak cadangan berkenaan demi untuk kebaikan demi masa depan bangsa. Perbincangan mengenai perpaduan Melayu bukan perkara baru. Ia menjadi topic perbualan di mana-mana oleh sesiapa saja. Ia topik mudah dibincangkan, tetapi entah mengapa ia sukar dilaksanakan. Hari-hari orang Melayu berhubung sesama sendiri tanpa apa-apa masalah. Bertemu di mana-mana, masing-masing memberi dan menjawab salam, di pejabat, mereka bekerjasama tanpa mempedulikan pendirian politik masing-masing. Mereka minum di kantin beramai-ramai tanpa perlu tahu siapakah calon atau parti yang mereka undi dalam pilihan raya. Walaupun tidak bertegur sapa, mereka tetap tidak bermasam muka. Jika terlanggar mereka akan meminta maaf. Di sekolah pun begitu juga. Anak-anak duduk berhampiran dalam kelas, bergaul mesra dan sebagainya tanpa mengetahui pendirian politik ibu bapa masing-masing. Di hospital, pesakit diletakkan sebelah menyebelah bercerita mengenai penyakit yang mereka tanggung. Di pasar kita membeli ikan atau sayur di gerai orang Melayu tanpa mempersoalkan latar belakang peniaga atau peniaga tidak mengambil kisah pun ideologi politik pelanggan mereka itu. Bagi peniaga, siapa saja pelanggan, mereka terima dengan hati terbuka. Pada hari mulia, mereka bermaaf-maafan. Dalam kehidupan harian, orang Melayu tidak berpecah. Walaupun tidak bercakap kerana tidak mengenali antara satu dengan lain, mereka tidak bergaduh atau bertengkar tanpa sebab kerana mereka adalah orang Melayu. — Berita Harian |
| Penaja Kajian NWRS Berkepentingan Posted: 24 Jul 2010 03:30 AM PDT SHAH ALAM 24 Julai - Pimpinan Umno Selangor perlu terima hakikat bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil pendekatan berbeda daripada Barisan Nasional dalam isu pengurusan air. Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin Baharon dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata prinsip kerajaan negeri menetapkan kebajikan rakyat harus diutamakan bukan keuntungan untuk kontraktor kroni. Menurutnya, tindakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mengungkitkan isu penasihat Kerajaan Selangor berhubung soal pembekalan air adalah untuk menutup hakikat bahawa tiga syarikat yang menaja Kajian Sumber Air Nasional (National Water Resources Study, NWRS) mempunyai kepentingan dalam Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor. Beliau menambah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak keberatan untuk mendedahkan nama-nama penasihat berhubung soal pembekalan air kepada rakyat Selangor. Datuk Seri Noh Omar tidak perlu sibuk mencabar Kerajaan Negeri. Padahal Menteri Besar and pimpinan kerajaan negeri sentiasa telus dan membenarkan rakyat Selangor memperolehi maklumat berkiatan dengan kepentingan mereka. Sehubungan itu, katanya lagi, dengan perubahan prioriti baru, Kajian NWRS yang dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) 10 tahun lalu iaitu tahun 2000 berkenaan pengurusan sumber air di Semenanjung Malaysia adalah tidak lagi relevan masa kini. Dr Badrol Amin berkata, ketiga-tiga syarikat penaja kajian NWRS: SMHB Sdn Bhd, Ranhill Bersekutu Sdn Bhd dan Jurutera Perunding Zaaba Sdn Bhd secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam projek penyaluran air mentah itu menyebabkan kesahihan fakta kajian NWRS menjadi persoalan. Beliau seterusnya berkata keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengadakan kajian semula mengenai pengurusan dan permintaan air di Selangor pada ketika ini dan masa akan datang adalah tepat sama sekali dalam memastikan kekayaan rakyat Selangor tidak dirampas untuk kekayaan kroni-kroni pimpinan Umno. "Apakah pimpinan Umno Selangor juga terlibat dalam projek tersebut sehingga terlalu ghairah menggesa Kerajaan Selangor melaksanakan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor?," sebut kenyataan media itu lagi. http://suara-keadilan.com/news-section?t=3519 |
| MB Selangor Serah Bantuan Kepada Balu Hasmuzair Hassan Posted: 24 Jul 2010 03:00 AM PDT Oleh Sidiqin Omar SHAH ALAM 23 Julai - Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada balu bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Nazylinda Abdullah dan juga kepada keluarga Allahyarham Hasmuzair Hassan, yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kampung Subang pada 17 Julai yang lalu. "Pemergian Allahyarham Hasmuzair akan dirasai oleh Nazylinda dan tiga anak mereka. Parti juga kehilangan seorang pejuang reformasi yang begitu komited terhadap tanggungjawab yang diamanahkan," kata Khalid. Beliau berkata demikian dalam sebuah majlis minum petang bersama Nazylinda Abdullah di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz (SAAS), semalam. Terdahulu sebelum itu, selain bertanya khabar dan berkongsi kesedihan, Menteri Besar juga turut menyerahkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban Nazylinda dan sebagai tanda ingatan dari kerajaan Selangor atas pengorbanan dan jasa-jasa Allahyarham. "Sumbangan ini tidaklah seberapa berbanding kesedihan yang dialami keluarga Allahyarham. Tetapi kita berharap ia mampu mengurangkan beban Nazylinda yang menjadi ketua keluarga selepas ini," katanya. Khalid menasihatkan Nazylinda tabah dan menerima kejadian ini dengan redha. Beliau turut memberi jaminan bahawa pihaknya bersedia untuk membantu bagi memberikan harapan baru kepada keluarganya. "Saya akan meminta pertolongan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk membantu Nazylinda untuk mendapatkan pekerjaan di negeri kelahirannya, di Kedah. Bahkan ketiga-tiga anak Nazylinda lahir dan didaftarkan di Kedah dan sudah tentu layak menerima bantuan dari Kerajaan Kedah," kata Khalid. Turut hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin. |
| Watak Warak Saiful Akhirnya Terbongkar Hipokrit Jalin Hubungan Sulit Dengan Pendakwaraya Posted: 24 Jul 2010 02:30 AM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM 24 Julai - Dakwaan saksi utama kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam hubungan 'romantik'dengan salah seorang anggota pasukan pendakwa menyerlahkan perwatakan dan peribadi sebenar bekas pembantu Ketua Pembangkang tersebut yang menonjolkan imej baik dan warak sepanjang perbicaraan. Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, sikap hipokrit Saiful itu menguatkan lagi teori bahawa beliau sememangnya terlibat dengan konspirasi untuk menyumbat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara Sungai Buloh bagi mematikan perjuangan Pakatan Rakyat. "Sebelum ini, kesungguhan pihak pendakwaan dan media memberikan gambaran bahawa Saiful seorang yang kuat sembahyang sehingga 'dahinya hitam' nampaknya tidak benar sekali. "Dakwaan ini sebenar menunjukkan watak sebenar Saiful yang sebelum ini dikatakan individu yang baik nampaknya menyimpang jauh. "Selepas ini rakyat akan lebih percaya bahawa tuduhan itu hanya untuk menamatkan karier politik Anwar sekaligus untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan. Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin semalam mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwaraya, sedang menjalin hubungan sulit dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya akan diketahui apabila kes disambung awal bulan depan. Sementara itu, Mohd Yusof enggan mengulas sama ada sama ada anggota wanita itu akan digugurkan daripada pasukannya atau tidak. Beliau kemudiannya menafikan dakwaan tersebut dengan alasan tidak tahu menahu berhubung tuduhan itu. Walau bagaimanapun katanya lagi, beliau akan berbincang dengan pasukannya itu pada 2 Ogos ini sama ada anggota wanita itu akan dikekalkan bersama pasukannya itu. Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif. Tambahnya, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu. Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes Fitnah II ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh memperolehi cuti sakit selama dua minggu. Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. |
| Pakatan Friends Facebook Group Dijangka Tarik Sokongan Generasi Muda Posted: 24 Jul 2010 02:00 AM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM 24 Julai - Pakatan Rakyat Sabah akan melancarkan 'Pakatan Friends Facebook Group' secara rasmi dalam usaha untuk mengembeleng sokongan dalam usaha menawan Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum Ke-13 nanti. Majlis yang akan diadakan di Hotel Yaho,Sembulan,Kota Kinabalu pukul 1.30 petang hari ini akan turut disiar secara langsung melalui web tv melalui alamat http://www.ustream.tv/channel/pakatan-friends-online-tv. Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Sabah, Ronnie Klassen pelancaran secara online dilakukan bagi menarik minat generasi muda supaya menyokong perjuangan Pakatan Rakyat bagi mengambil alih pentadbiran negeri Sabah pada PRU akan datang. "Buat masa ini, kita sudah berjaya menarik keahlian kira-kira 2,000 orang di mana 70 peratus terdiri daripada ahli ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat manakala selebihnya bukan ahli tetapi penyokong kuat Pakatan Rakyat. "Tujuan utama ditubuhkan 'Pakatan Friends Facebook Group' adalah untuk menawan negeri Sabah dalam PRU-13 nanti dan kami menyeru generasi muda di negeri Sabah dan Sarawak untuk keluar dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan rasuah Umno-Barisan Nasional. "Ramai di antara generasi muda ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang boleh menggantikan pemimpin yang ada sekarang ini," kata Ronnie kepada Suara Keadilan. Di samping itu, katanya kumpulan itu juga akan memberikan motivasi kepada penyokong supaya tidak gentar kepada intimidasi yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN. "Kita juga akan mengelilingi seluruh negeri Sabah untuk mengajak generasi muda ini bersama kita dan menerangkan kepada mereka situasi sebenar negara. "Selama 47 tahun, apa yang Umno-BN ceritakan kepada rakyat, semuanya bohong belaka, kita tidak mahu generasi muda ini duduk di rumah dan berdiam diri tanpa melakukan apa-apa," ujar Ronnie lagi. Pada masa yang sama, kumpulan itu akan berusaha untuk menambah ahli dalam siri jelajah dan menganjurkan ceramah di seluruh negeri Sabah nanti. Majlis perasmian itu akan turut dihadiri pemimpin-pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP termasuk Bendahari Negeri DAP, Frederick Fong, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Sabah, Anuar Ali serta Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu. |
| Anak Luar Nikah Dan Kepemimpinan Negara Posted: 24 Jul 2010 01:30 AM PDT Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah telah pun mengisytiharkan negara ini sedang menghadapi krisis moral yang amat parah. Baginda menjadikan perangkaan kes anak luar nikah yang mening-kat saban tahun sebagai ukuran betapa kalutnya persoalan moral rakyat Malaysia hari ini. Baginda bertitah dari tahun 2000 hingga Julai 2008, Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan 257,000 sijil kelahiran tanpa catatan nama bapa. Ini bermakna purata 2,500 anak luar nikah dicatatkan setiap bulan atau 84 kes sehari. Kita percaya perangkaan yang ditukil oleh baginda adalah betul. Malah, jumlahnya mungkin lebih besar daripada itu kerana kita percaya banyak lagi kes anak luar nikah yang langsung didaftarkan. Sesungguhnya kita percaya jika diambil kira arah tuju negara hari ini, bukan mustahil perangkaan baginda itu adalah satu realiti. Kita juga berpendapat bahawa fenomena ini yang bertali arus hingga meningkatnya kes buang bayi adalah cerminan kesihatan mental dan moral negara ini. Namun tidak mungkin ada asap tanpa api. Yang perlu dipastikan apakah dan dari manakah asal api ini? Para pemimpin negara, terutama yang beragama Islam tentu pernah diingatkan bahawa rakyat itu mengikut agama pemerintahnya. Bagi Parti Umno yang kini berbangga dengan rekrut ulama mudanya tentu pernah menemui pesanan ini ketika mentelaah kitab-kitab agama yang melayakkan mereka digelar ulama. Lantas kita ingin menekankan bahawa fenomena anak luar nikah dan buang bayi ini adalah rentetan daripada cara, arah dan acuan masyarakat yang dibina oleh pemerintah. Lumrahnya, fenomena memalukan begini membabitkan generasi muda yang kurang pan-duan agama dan hidup dalam satu struktur masyarakat yang dibentuk oleh pemerintah melalui sistem pendidikan, ekonomi dan sosialnya. Jika longgar ikatan dan pantauan jaringan sosialnya, sudah pasti generasi yang dicerna adalah merupakan generasi yang longgar akhlak dan pegangan agamanya. Perkara ini tidak menghairan-kan. Jika diperhatikan di segi kepemimpinan politik, memang ke arah itulah masyarakat Malaysia ini digembala. Keruntuhan moral cuma boleh berlaku dalam masyarakat yang rapuh pegangan agama, moral dan juga ketulusan pimpinannya. Kita katakan demikian kerana hari ini soal ketulusan dan kejujuran bukanlah jenama yang sinonim dengan kepimpinan ne-gara. Kita boleh perhatikan betapa pemimpin kerap berdolak-dalik dalam membuat keputusan dan memberi pengarahan kepada masa depan rakyat. Memang banyak yang belum langsai dalam soal pembentukan bangsa dan rakyat yang seimbang nilai moral dan fizikalnya dan materi. Ini semua adalah natijah tindak-tanduk pemimpin yang menjadi cermin masyarakat. Perhatikan sahaja sistem pendidikan negara yang sering berubah bukan ke arah yang lebih mantap tetapi sebalik ke lembah kecela-ruan. Soal bahasa pengantar, soal sukatan dan ukuran pengajaran serta pembelajaran masih belum terlerai meskipun negara sudah lebih setengah kurun merdeka. Pada suatu ketika dahulu, pemimpin-pemimpin negara sering membandingkan pencapaian negara kita dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan sezaman dengan kita tetapi masih belum mampu mencatat kemajuan dan pembangunan se-taraf kita. Bagaimanapun apabila pecah khabar berhubung krisis moral negara dari titah seorang putera raja, maka perlulah kita mempertimbang semula sama apa yang dikatakan kemajuan dan pembangunan yang dicapai selama ini berbaloi atau sebaliknya. Memang kita idamkan hidup dalam sebuah negara yang aman dan makmur. Bagaimanapun dalam menuju ke arah itu, kita seharusnya waspada supaya setiap langkah yang diatur tidak membelakangkan persoalan nilai dan moral. Apabila ada pemimpin yang bercakap berdolak-dalik kerana mengira bahawa setiap media akan menyerongkan ucapannya sebagai kebenaran, maka inilah akibatnya – nilai moral rakyat akan menjadi longgar kerana pembohongan disangka boleh ditutup dengan menutup mulut media. Kita memilih untuk menyatakan kebenaran. Kita percaya yang mencemburui pegangan dan amalan kita adalah pihak yang memang lazim dengan industri pembohongan. Dalam sistem media di negara ini sistem media bermula daripada pimpinan politik negara. Natijahnya soal nilai dan akhlak tidak menjadi keutamaan. Apabila negara dibangun dengan pembohongan, rasuah dan salah guna kuasa maka natijahnya ialah jiwa dan moral rakyat akan runtuh. Kes anak luar nikah yang bertambah adalah secalit masalah yang moral yang sedang dihadapi negara yang berpaksikan co-rak pemimpin yang ada. negara menghadapi bukan sahaja krisis moral, ia juga dilanda krisis kepercayaan. Selamatkan Malaysia. Harapan masih ada. |
| (Gambar) Taek Jho Low, Jutawan Malaysia Berpoya-poya Posted: 24 Jul 2010 01:00 AM PDT Malaysian millionaire Taek Jho Low has been asked by his father to lie low after news of him and American party girl Paris Hilton exploded on the media worldwide. Several websites were abuzz with news that Low was the "mystery man" spotted with Hilton. ![]() Ini beberapa laporan berita sedikit sebanyak tentang diri Taek Jho Low dan gaya hidup mewahnya terutamanya ketika berada di luar negara : * Pada 8 November 2009, akhbar New York Post melaporkan kehadiran Taek Jho Low yang merupakan lulusan Sekolah Perniagaan Wharton di Philadelphia, AS berpoya-poya di kelab-kelab malam sekitar New York dengan membelanjakan ribuan dolar dalam tempoh tiga bulan. * Taek Jho Low mendapat tumpuan akhbar itu apabila dia bersama dengan beberapa selebriti seperti penyanyi P. Diddy berada di sebuah lokasi terkenal di bandar raya ini. * Taek Jho Low yang bertubuh gempal dan berkaca mata dilaporkan pernah menghantar 23 botol minuman keras Cristal kepada pelakon Lindsay Lohan bagi meraikan hari lahirnya. * Pemilik kelab Pink Elephant di 27th Street, New York, David Sarner berkata kepada akhbar itu, Taek Jho Low selalunya membelanjakan AS$50,000 (RM161,150) hingga AS$60,000 (RM193,380) semalam * Taek Jho Low pernah menerbangkan lapan pelayan kelab itu untuk menghadiri satu parti di Malaysia * Taek Jho Low pernah meraikan ulang tahun kelahirannya dalam satu parti mewah di Las Vegas manakala pelakon Megan Fox dilaporkan diterbangkan untuk menghadiri parti tersebut * Taek Jho Low tinggal di sebuah apartmen yang mempunyai kadar sewa AS$100,000 (RM322,300) sebulan di Park Imperial yang merupakan lokasi penginapan pelakon James Bond, Daniel Craig dan P. Diddy. * Pada 24 Mac lalu, akhbar New York Post melaporkan Low membayar AS$33 juta (RM106.35 juta) untuk sebuah penthouse di 1 Central Park West yang mencatatkan rekod jualan di New York padahalnya Bilionair AS, Donald Trump membeli apartmen itu pada harga AS$5 juta (RM16.11 juta) pada 1997 sebelum menjualnya setahun kemudian pada harga AS$10.4 juta (RM33.51 juta) kepada penerbit filem Itali, Vittorio Checchi Gori. Laporan akhbar mengatakan yang Low membeli penthouse itu menerusi sebuah syarikat Muda lagi jutawan Malaysia ini, Taek Jho Low yang berusia 27 Tahun tetapi sudah menjawat jawatan : 1. Penasihat pelaburan UBG Berhad 2. Penasihat pelaburan anak syarikat Trengganu One Malaysia Devt. Berhad 3. Terbaru, dapat kontrak pembangunan semula Kem TUDM Sungai Besi Sumber |
| Americk Cabar Annuar Ke Sidang Media Jawab Dakwaan Posted: 24 Jul 2010 12:45 AM PDT SHAH ALAM 24 Julai - Peguam Americk Sidhu mencabar bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tampil bersama dalam sidang media yang akan diadakan hari ini untuk mempertahankan dakwaan beliau terhadap tiga peguam kepada belas penyiasat persendirian - Americk, Manjeet Singh Dhillon dan Amarjit Singh Sidhu. Semasa sidang akhbar semalam, Annuar telah mendakwa Manjeet kini berbaik dengan ahli perniagaan, Datuk K S Nallakaruppan untuk memujuk bekas ahli KEADILAN itu kembali bersama Anwar. Annuar juga mendesak agar ketiga-tiga peguam tersebut mendedahkan aset serta akaun mereka berhubung dakwaan mereka menanggung kos kehidupan Bala semasa beliau berada di London dan juga Paris. "Kami mencabar Annuar supaya bersama kami bertiga pada sidang media hari ini. Kalau beliau berani untuk membuat dakwaan beliau juga mesti sanggup membukti dan mempertahankan dakwaan yang dibuat. "Kami akan menunggu kehadirannya terutamanya Manjeet yang akan bercerita banyak hal mengenai individu ini," kata Americk ketika dihubungi Suara Keadilan. Sidang akhbar tersebut akan diadakan Bilik Mesyuarat, Peninsula Suites, Jalan Semantan, Bukit Damansara pada pukul 4.00 petang. Selain ketiga peguam tersebut sidang media itu turut dihadiri Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh. |
| Umno bakal hilang 6 kerusi di Selangor Posted: 24 Jul 2010 12:30 AM PDT ![]() Zulkifli Sulong SHAH ALAM, 23 Julai: Umno Selangor kini berada dalam kebimbangan ekoran maklumat yang mengatakan sudah hampir pasti BN akan hilang enam kerusi Dun jika pilihan raya umum diadakan dalam suasana sekarang. Enam Dun yang dikatakan termasuk dalam senarai itu adalah Seri Serdang di bawah Parlimen Puchong yang mana calon PAS hanya kalah 45 undi kepada calon Umno dalam pilihan raya umum lalu. Dun lain adalah Sabak (majoriti 117), Taman Templer (613), Sungai Air Tawar (123), Paya Jaras (642) dan Morib (286). Dalam pilihan raya lalu, PAS bertanding 24 kerusi Dun dan hanya menang lapan kerusi sahaja. Jika berjaya mendapat enam kerusi ini bermakna kerusi PAS akan menjadi 14. Dalam pilihanraya lalu, PKR mendapat 15 manakala DAP 13. BN pula mendapat 20 kerusi. (Gambar: Keputusan pilihan raya lalu di Selangor) Menurut sumber yang rapat dengan Umno Selangor, kehilangan enam kerusi kepada PAS ini tidak boleh ditolak lagi ekoran perkembangan yang sangat baik dalam PAS di Selangor kini. Ini kerana, ketika PAS berkembang dengan pesat di Selangor, pelbagai jenis masalah berlaku kepada Umno Selangor yang dipimpin sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak. Oleh kerana sibuk di peringkat pusat, timbalan beliau, Datuk Seri Noh Omar yang mengambilalih pentadbiran Umno negeri. Namun begitu, media melapor beliau mempunyai masalah besar dengan bekas MB Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan masing-masing berlumba mencari publisiti dalam isu pasir. Di samping itu, Setiausaha Umno Negeri, Mohd Satim Diman dan Ketua Pemuda, Suhaimi Mohd Ghazali juga dikatakan bermasalah dan berura-ura mahu meletakkan jawatan. Bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib juga bermasalah. Sumber juga berkata, punca perkembangan pesat dalam PAS di Selangor adalah ekoran pendemokrasian masjid dan surau yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor tahun lalu. Melalui tindakan ini, semua masjid dan surau di Selangor melantik pimpinan baru jawatankuasa masing-masing melalui pengundian secara terbuka. Ekoran tu, lebih 90 peratus masjid dan surau di Selangor dikuasai oleh pemimpin tempatan PAS atau pihak yang disokong oleh mereka. Ekoran itu, pengaruh PAS dikembangkan dengan pesat melaui program kuliah agama yang diadakan saban waktu di surau dan masjid ini. Kerana tidak cukup waktu malam, kuliah Dhuha pagi Ahad pula dilakukan mengambil pengalaman kuliah Jumaat di Rusila, Terengganu dan Dataran Ilmu di Kota Bharu. Namun begitu, bekas Yang Dipertua PAS kawasan Subang, Haji Shukor Harun bimbang dengan sikap sesetengah pemimpin PAS sekarang yang tidak berapa fokus untuk mencapai kemenangan. "Saya bimbang kalau-kalau isu kerjasama dengan Umno ini benar-benar berlaku dan melibatkan kepimpinan tertinggi PAS negeri. Ia akan menyukarkan PAS," katanya. Ramai pihak melihat apa yang berlaku adalah permainan politik Umno untuk memerangkap PAS dalam situasi tersepit antara dua kepentingan. "Jika PAS menolak kerjasama dengan Umno bererti PAS menolak perpaduan. Jika PAS menerima bermakna menikam rakan-rakan dan penyokongnya dalam Pakatan Rakyat," kata seorang penulis. Seorang bekas profesor sains politik di Universiti Malaya ketika ditemui baru-baru ini pula memberitahu, sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat kini meningkat hampir setiap hari. "Faktor ini sangat besar mempengaruhi politik di Selangor kerana mereka ramai dan menjadi penentu di negeri ini," kata beliau. Puncanya adalah kerana mereka melihat perkongsian kuasa dalam Pakatan lebih adil kerana semua parti setaraf manakala dalam BN pula Umno terlalu berkuasa dan yang lain hanya dipermainkan Umno sahaja. |
| Bongkar : Sekali mesyuarat Seri Temin sampai RM78,270! Makan kepala dinasour ke Posted: 24 Jul 2010 12:11 AM PDT Oleh mamak "Masih mengenai Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) sebuah syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Kedah. Terlalu panjang senarai penyelewengan kewangan di zaman BN menjadi peneraju kerajaan. Hari ini penulis upahan Umno mendakwa kononnya duit STDC telah susut dari RM4 juta pada Mac 2008 hingga berbaki RM300 ribu pada Mac 2010. Setelah perkara ini dirujukkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah STDC, fakta tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata. Ini kerana mengikut laporan kewangan tahunan STDC, baki atau untung terkumpul pada 31 Disember 2007 ialah RM4,779,743. Daripada tarikh 1 Januari 2008 hingga waktu pilihanraya umum ke 12, wang tersebut telah dibelanjakan sebanyak RM1,999,778.60. Kebanyakannya untuk program politik BN. Untung terkumpul atau nilai reserve sama sekali tidak boleh dilihat pada bulan 31 Mac 2008, kerana pengauditan hanya dilakukan pada 31 Disember 2008. Begitu juga nilai reserve tidak boleh dilihat pada 31 Mac 2010. Untung terkumpul pada 31 Disember 2008 ialah RM4.324 juta. Umumnya ia jauh lebih baik dari 2007 kerana ia berlaku selepas STDC terpaksa membayar hutang-hutang yang banyak yang ditinggalkan oleh ahli lembaga pengarah yang lalu di samping hampir RM2 juta dilaburkan untuk kepentingan politik BN. Untuk melihat untung terkumpul bagi tahun kewangan 2010 pula, mestilah selepas pengauditan dibuat bagi tempoh berakhir pada 31 Disember 2010. Tidak betul sama sekali dengan melihat baki tunai dalam bank pada hari tertentu dalam bulan Mac maka penilaian dan 'penghakiman' prestasi syarikat pun dibuat. Sebenarnya saya tidak perlu menghuraikan jawapan berdasarkan fakta dan angka terhadap sebuah tuduhan palsu. Namun dalam dunia yang bilangan orang cerdiknya sangat ramai, maka memberi jawapan yang tepat lagi jujur seperti ini, tentulah dapat mengesahkan bahawa pihak yang membuat tuduhan itu jahat dan kurang cerdik. Mereka menuduh wang STDC difaraidkan untuk kroni PAS yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, walhal semua ahli lembaga pengarah kini hanya menerima elaun menghadiri mesyuarat iaitu RM750 setiap kali mesyuarat. Dalam setahun biasanya hanya tiga kali mesyuarat, bermakna elaun setiap ahli lembaga pengarah hanya RM187.50 sebulan! Di zaman BN, setiap ahli lembaga pengarah menerima elaun tetap RM2,000 sebulan di samping RM1,000 setiap kali menghadiri mesyuarat. Mereka ialah Dato' Seri Mahdzir Khalid, Dato' Ariffin Man, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Encik Zubir Zabidi, Encik Mohamad Radzi Ayob, Puan Marlia Abd. Latiff dan Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail. Semuanya pemimpin politik Umno, sedangkan kini lantikan ahli lembaga pengarah adalah berdasarkan professionalisme mereka bukan kerana kroni. Episod penyalahgunaan wang GLC di zaman BN, khususnya STDC, sangatlah panjang catatannya. Buat sementara biarlah kita fokuskan kepada penyelewengan sewaktu berlangsungnya pilihanraya umum ke 12. Banyak penyelewengan STDC saya huraikan dalam dua keluaran lalu. Terdapat satu lagi fakta yang mengejutkan ialah dalam dua bulan pertama tahun 2008 (menjelang pilihanraya umum) STDC telah membiayai lapan kali mesyuarat dengan kos mengadakan mesyuarat tersebut keseluruhannya ialah RM78,270. Sebahagian besar perbelanjaan tersebut adalah untuk makan. Secara puratanya (jika mesyuarat tersebut adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah) maka setiap kepala dijamu makanan bernilai RM815.00 setiap kali mesyuarat. Apa jenis makanan agaknya begitu mahal sekali? Secara terperinci berikut adalah maklumat perbelanjaan STDC pada bulan Januari dan Februari 2008, khusus di bawah perkara 'Mesyuarat di Naka': 1/1/2008 – RM5,810.00, 1/1/2008 – RM26,150.00, 1/1/2008 – RM10,000.00. (Satu hari tiga kali mesyuarat?) 13/2/2008 – RM10,000.00, 13/2/2008 – RM7,905.90, 13/2/2008 – RM4,610.00, 13/2/2008 – RM11,700.00, 13/2.2008 – RM10,000.00 (Satu hari lima kali mesyuarat?) Berdasarkan tarikh, tempat dan perbelanjaan, tidak lojik ia adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah. Ada baiknya juga kita membuat persepsi yang rambang kononnya itu adalah mesyuarat lembaga pengarah yang diadakan sebanyak lapan kali, supaya nanti pihak yang terbabit akan menafikannya. Jawapan yang mungkin diberikan begini, "Itu adalah tarikh pembayaran di buat, bukan tarikh mesyuarat dan bukan pula mesyuarat lembaga pengarah." Jika melihat kepada semua perbelanjaan itu berada di bawah satu tajuk iaitu 'Mesyuarat di Naka', bermakna bukan lapan kali bermesyuarat tetapi hanya sekali. Tentu ia lebih menjolok mata apabila kos untuk hanya sekali bermesyuarat ialah RM78,270.00! Jika pun ia mesyuarat sebuah parti politik maka kos tersebut adalah terlalu tinggi bagi sebuah mesyuarat yang diadakan di Daerah Padang Terap. Persoalannya, adakah wang STDC telah disalahgunakan untuk menguruskan mesyuarat sebuah parti politik? Mereka berdegar-degar menuduh PAS menyalahgunakan wang GLC untuk membiayai aktiviti parti, sekarang biar mereka pula menjelaskan tuduhan bahawa merekalah penyeleweng duit GLC untuk membiayai program politik. Sila jawab, jangan tak jawab. Timbul lagi persoalan mengapa pihak-pihak tertentu tidak buat laporan polis atau SPRM terhadap para penyeleweng itu. Sejak mengambil-alih pentadbiran pada Mac 2008 hingga ke saat ini, belum ada satu pun laporan polis yang dibuat oleh pihak Pakatan Rakyat terhadap mereka. Sebenarnya ada 'muslihat besar' mengapa laporan belum dibuat dan seluruh rakyat akan tahu jawapannya nanti. Alang-alang pembangkang di Kedah sudah mula membuat serangan meriam buluh bertubi-tubi, mereka kena bersedialah pula terima serangan balas. Pendedahan bertulis ini sebenarnya belum berakhir. Banyak lagi penyelewengan dalam GLC yang akan dilondeh. Butirannya sangat banyak. Lebih dari enam kotak." |
| Umno Selangor menuju ke pusara......... Posted: 23 Jul 2010 11:29 PM PDT Semalam menurut laporan portal Malaysia Insider Umno Selangor telah melancarkan kempen "tawan Selangor dari PR" melalui sebuah majlis ceramah yang kononnya besar-besaran di Shah Alam. Saya tidaklah berhasrat mahu merendahkan usaha gigih Noh Omar itu selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno (yang berebut pengaruh dengan Khir Toyo) tetapi majlis kempen mahu tawan Selangor itu (bukan kata PAS atau PR) menurut laporan portal berkenaan dihadiri oleh 200 penyokong termasuklah penduduk tempatan yang tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku (penonton terserempak tanpa undangan maksudnya). Dalam majlis itu juga dilepaskan "ayam tambatan" Noh iaitu Ezam Md Nor (sekarang Senator) yang lepas-lepas sahaja terus berkokok menyerang Tan Sri Khalid dan kerajaan PR. Modal bersama yang dikongsi untuk menggodam PR pasir dan pasir semata-mata. Betul tak betul tak kira, tetapi itulah modal utama yang mampu mereka fikirkan. Kalau perang Umno dilancar dengan kehadiran cuma 200 orang, bukan hanya orang PR dan rakyat Selangor tersenyum lebar tetapi saya pasti Khir Toyo "tegak misainya" mahu membuktikan betapa gagalnya kepimpinan Noh kerana "perang" apa kalau begitu sahaja kekuatan yang mampu dibariskan. Ternyata Umno masih belum pulih. MCA dan MIC Selangor kita tak pasti wujud lagi ataupun tidak. Gerakan dan PPP Selangor entah mana batu nisannya. Kerana itu ini bukan masanya kita bersorak dan bercekak pinggang. Ini masanya kita memecut laju memperkemas dan memperteguhkan jentera pilihan raya kita masing-masing baik PAS, DAP mahupun PKR Selangor. Gerak kerja mendaftar pengundi baru mesti dipertingkatkan. Menurut angka terbaru SPR bagi tempuh berakhir Jan-Jun 2010 PR jauh mengatasi BN di Selangor dalam mendaftarkan pengundi baru. Syabas, tetapi itu pun tidak cukup lagi. Alang-alang kita bertarung dengan BN dan Umno, pastikan mereka pupus terus. PAS dilaporkan berjaya mendaftar 4,561 pengundi baru bagi tempuh berkenaan iaitu bersamaan 753 pengundi setiap bulan. Bilangan ini masih kecil sedangkan kita bakal bertanding di 20 kerusi DUN iaitu mempertahankan 8 dan bertanding menempuh ADUN Umno di 12 kerusi. Lantaran itu kita perlu bekerja lebih kuat lagi. Umno sedang longlai, kita jangan turut begitu. Rakyat mengharapkan kepimpinan kita, kita sekarang memegang mandat, jangan mengecewakan pihak yang mengharapkan. Ayuh bersatu menggarab tenaga bekerja untuk Allah demi memartabatkan dasar perjuangan. http://n32.blogspot.com/ |
| Polis Akan Siasat Aksi Cium Krisdayanti & Raul Posted: 23 Jul 2010 11:00 PM PDT GARA-GARA aksi cium, penyanyi Krisdayanti (KD) dan Raul Lemos akan disiasat oleh pihak polis. Wakil LSM Hajar, Yasser Arafat memberitahu kepada portal detikhot, Jumaat, dia telah membuat laporan polis di Polda Metro Jaya, Jalan Gatot Subroto, Jakarta Selatan. "Kita akan membuat laporan ke Balai Polis Metro Jaya," jelas Yasser. Namun Yasser belum boleh menjelaskan lebih jauh berhubung laporan yang dibuat. "Nanti saja, ini lagi kita pelajari. Saya sedang membuat laporannya," jelas Yasser. KD sekali lagi dikecam apabila berani tampil mesra dan bercium di khalayak bersama kekasihnya, Raul Lamos. Perlakuan yang dirakam pada Rabu lalu disalah sebuah stesen televisyen Indonesia menimbulkan reaksi pelbagai pihak, malah sebuah laman sosial khas telah dibina mengutuk aksi tersebut. |
| Posted: 23 Jul 2010 10:30 PM PDT Mohd Rashidi Hassan Sebagai sebuah parti Islam, PAS mengasaskan perjuangannya untuk memupuk dan memperkuatkan ukhuwwah Islamiah serta menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat dalam segenap aspek. PAS mengasaskan perpaduan di atas prinsip Islam, memperkenalkan nilai-nilai Islam dalam usaha menegakkan keadilan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Pada pendapat PAS, perpaduan mestilah dipaksikan dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Prinsip-prinsip ini digariskan dengan jelas menerusi firman Allah (mafhumnya): "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Surah al-Imraan, ayat 102-104) Adapun sejak akhir-akhir ini Umno mula memainkan kembali 'jarum' perpaduan, kononnya masa depan Islam dan Melayu akan musnah jika PAS dan Umno tidak bersatu. Kita mengajak kepimpinan Umno dan ulama-ulama yang sewaktu dengan mereka, untuk menghayati dan memperhalusi ayat-ayat Allah yang dipaparkan di atas. Sebelum ulama-ulama upahan ini menjadi orang tengah untuk menyatupadukan PAS-Umno di atas dasar Islam dan Melayu, mereka harus mengkaji dan menilai kembali, pada aspek mana perjuangan Umno dan pelaksanaan pemerintahannya selama lebih 50 tahun ini, menepati ayat-ayat di atas? Umno yang mendakwa dirinya parti Melayu-Islam tidak pernah mengasaskan tunjang pemerintahan di atas dasar takwa kerana asas perjuangan mereka adalah nasionalisme atau asabiyah. Asabiyah yang dianuti Umno merosakkan mereka. Umno adalah Melayu, PAS juga Melayu. Tetapi mengapa mereka memusuhi PAS sekian lama, menindas dan mendiskriminasi pemimpin, ahli dan penyokong PAS? Mereka juga meminggirkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS. Selain daripada itu Umno juga menghalang pelaksanaan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Umno juga menyekat, melarang dan menangkap pemimpin-pemimpin PAS yang menyampaikan kuliah di masjid-masjid dan surau-surau. Ini belum termasuk dasar-dasar kerajaan yang menghancurkan masa depan Melayu seperti PPSMI, dasar bahasa dan sebagainya. Hakikatnya, perjuangan Melayu-Islam untuk sudah jauh tersasar. Mereka terlalu rasis sehingga meminggirkan bangsa Melayu sendiri. Yang dipimpin, dibela, diberi biasiswa, dibantu hanyalah Melayu Umno. Umno tidak layak menjadi parti harapan orang Melayu lagi. Umno harus dibubarkan kerana ia sudah gagal. Ia adalah parti yang memperjuangkan asabiyah sempit, parti kroni dan juak-juak. Dalam keadaan Umno yang semakin di penghujung hayat, mereka cuba bergayut di dahan PAS dengan mengumpan agenda perpaduan. Hakikatnya Melayu tiada pilihan lain selain bersatu di bawah payung PAS. Selepas perjuangan Melayu gagal membela Melayu, kali ini beri peluang kepada parti Islam, perjuangan Islam untuk memelihara martabat Melayu. |
| Tidak Merokok Antara Petua Ketua Bilal Masjidil Haram Jaga Suara Posted: 23 Jul 2010 10:15 PM PDT ![]() Ketua Bilal Masjidilharam, di Mekah, Syeikh Ali Al-Muolla bergambar berlatar belakangkan Masjid Negeri semasa mengadakan kunjungan ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di Shah Alam, hari ini. Beliau berada di Malaysia pada 20-25 Julai ini. - Foto BERNAMA SHAH ALAM: Tidak merokok merupakan antara rahsia dan petua yang diamalkan oleh Ketua Bilal Masjidilharam, di Mekah Syeikh Ali Al-Muolla menjaga suaranya yang merdu dan menyentuh perasaan setiap kali mengazankan. Beliau melalui jurubahasanya, Pengurus Besar Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU) Bahrudin A. Rahman berkata selain tidak merokok, makanan yang terlalu pedas dan berlemak serta minuman sejuk perlu dielakkan bagi memelihara suara. "Selain itu, jangan banyak memarahi isteri," katanya berseloroh kepada pemberita selepas melawat MEDIU yang terletak di Plaza Massalam, Seksyen 9 di sini hari ini. ![]() Syeikh Ali, 54, juga berkata beliau mendapati ada bilal di negara ini yang merokok sepanjang kunjungannya bersama keluarga ke Malaysia. Semasa lawatan ini, beliau turut meluangkan masa mengazan dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini. Bercerita mengenai tugasan bilal pada zaman dahulu dan sekarang, Syeikh Ali berkata sebelum zaman kemajuan teknologi yang mempunyai pembesar suara, bilal Masjidilharam akan mengazan berganti-ganti di enam menara masjid itu. Syeikh Ali Al-Muolla menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media. "Sebab itulah, bilal pada zaman dahulu dipilih berdasarkan mereka yang mempunyai suara yang kuat," katanya sambil menambah pada ketika itu ada kira-kira 24 orang bilal berbanding kini 14 orang. Mengenai perbezaan cara mengazan, Syeikh Ali berkata biasanya di Mekah bilal mengazan dengan menggunakan suara yang kuat dan jelas manakala di Madinah bilal lebih gemar bermain dengan lenggok dan lagu ketika mengazan. Sementara itu, MEDIU yang dibuka pada 2007 menawarkan pengajian secara maya dan mempunyai penuntut dari serata dunia merangkumi kursus peringkat Sarjana Muda dan Sarjana Muda Ilmu-ilmu Sains Islam, Bahasa Arab dan Teknologi Maklumat. Pengerusi Majlis MEDIU ialah Putera Dr Bandar Salman Muhammad Al Saud yang juga merupakan Penasihat kepada dua Masjid Suci itu. Anggota Majlis universiti itu terdiri daripada Imam dan Jurucakap Masjid Nabawi Dr Abdul Bari Awwadh Al Thubaiti dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Dr Zulkifli A. Hassan. - BERNAMA |
| FAM jangan dilihat sebagai angkuh Posted: 23 Jul 2010 10:00 PM PDT Pok Nik Yeh Saya adalah antara peminat setia bolasepak tanahair sejak bertahun-tahun lamanya. Malah, saya sentiasa menyeru peminat-peminat bola sepak di Malaysia agar terus memberi sokongan kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia kita di corong-corong radio, televisyen, forum-forum dan sebagainya. Sebelum ini saya hanya sekadar memerhatikan komen-komen sinis penyokong terhadap kerja mulia penjawat utama FAM dari jauh sahaja tanpa mempertikaikan kewibawaan masing2 secara peribadi semasa mereka memegang jawatan tersebut. Namun sejak akhir-akhir ini, apabila Kongres Tahunan FAM yang akan diadakan pada 31 Julai dengan pemilihan pucuk pimpinan baru untuk selama 4 tahun akan datang, tiba-tiba telah menarik minat saya untuk mengikuti perkembangan ini dengan lebih dekat lagi. Beberapa calon dari kalangan tokoh bolasepak tempatan telah menawarkan diri untuk bertanding didalam berbagai-bagai jawatan tertinggi FAM nanti, mungkin menandakan masih ada minat lagi di kalangan 'fraternity' bolasepak Malaysia untuk bersama-sama membantu FAM dalam usaha untuk menaikkan taraf bolasepak tanah air yang sekali lagi akan diterajui oleh Sultan Haji Ahmad Shah. Daulat Tuanku! Pertandingan untuk merebut jawatan tersebut yang tampak begitu harmoni dan sihat ibarat ianya di dalam suasana kekeluargaan tiba-tiba dikejutkan oleh kenyataan akhbar (Utusan Malaysia 22 Julai 2010) yang dibuat oleh Datuk Che Mat Jusoh, Naib Presiden FAM sekarang yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden yang memberi amaran kepada calon-calon lain yang akan bertanding. Setelah beberapa kali dibaca dengan teliti kenyataan tersebut, ianya seolah-olah ditujukan kepada calon-calon lain untuk jawatan Timbalan Presiden terutamanya kepada Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang (yang pernah memegang jawatan Menteri Belia & Sukan Malaysia) yang dilihat antara calon yang mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi jawatan tersebut. Beberapa sindiran dan juga kenyataan yang mempertahankan kewibawaan diri sendiri yang terpapar dengan besarnya menghiasi muka belakang akhbar tersebut telah menimbulkan beberapa persoalan di dalam diri saya dan sudah tentu ramai lagi peminat bolasepak tanah air di luar sana. Apakah motif kenyataan tersebut dikeluarkan? Pelbagai cemuhan terhadap Datuk Che Mat Jusoh dari kalangan peminat bola sepak muncul seperti cendawan selepas hujan. Sehinggakan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), kelab penyokong bola sepak terbesar di Malaysia, mengeluarkan kenyataan rasmi di laman web mereka, mengecam secara rasmi dan terbuka ke atas kenyataan Datuk Che Mat Jusoh tersebut. Adakah beliau merasa peluang beliau untuk memenangi jawatan tersebut semakin tipis kerana ada calon lain yang lebih menonjol dan berwibawa dari beliau atau beliau merasa kurang selesa dengan cadangan-cadangan penambahbaikan yang mungkin akan memperkasakan lagi bolasepak negara? Kemungkinankah juga Datuk Che Mat berharap Tuanku Sultan Pahang akan memihak kepadanya kerana mempertahankan apakah yang telah dilakukan oleh FAM setakat ini? Memang tidak dinafikan sebelum ini FAM sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu bolasepak negara dengan membuat berbagai-bagai usaha. Sekalung tahniah juga patut diucapkan kepada FAM kerana telah berjaya memenangi pingat Emas Bolasepak Sukan SEA 2009 selepas penantian selama 20 tahun. Dan tidak pernah juga saya dengar calon-calon yang dimaksudkan mempertikaikan usaha-usaha yang telah dibuat mahupun memperkecilkan jasa-jasa pemegang jawatan dalam badan induk itu selama ini. Cuma apa yang ingin dikemukakan adalah perkara-perkara baru yang boleh membantu kita untuk mempertingkatkan lagi taraf bola sepak Negara yang pada hemat saya semakin kurang diminati dan semakin disisih oleh rakyat Malaysia. Ianya terbukti apabila stadium kita yang bernilai ratusan juta hanya dipenuhi dengan segelintir penyokong apabila Skuad Malaysia kita beraksi. Apakah cadangan tersebut yang tidak memperlekehkan sesiapa pun dianggap tidak wajar bagi Datuk Che Mat? Saya yakin pendirian Datuk Che Mat itu hanyalah pendirian peribadi beliau dan bukan pendirian rasmi FAM. Ianya seolah-olah menonjolkan kecetekan pemikiran orang yang dikatakan amat berpengalaman dalam arena bolasepak tempatan. Mungkinkah ada di kalangan pegawai-pegawai kanan FAM sendiri yang bertungkus lumus turun ke negeri-negeri untuk berkempen agar orang-orang lama FAM dikekalkan di dalam pemilihan akan datang? Mungkinkah juga pelbagai janji ditabur dengan menawarkan jawatan tertentu ataupun kurniaan gelaran tertentu akan diberikan sebagai ganjaran sekiranya orang-orang lama ini memenangi jawatan yang ditandingi? Usaha-usaha yang dijalankan itu, sekiranya benar ianya berlaku tidak akan membawa FAM ke arah yang lebih baik. Campurtangan Tuanku Presiden amat ditagih untuk menghindari amalan yang tidak sihat ini agar ianya tidak berleluasa yang mungkin akan menjejaskan nama baik FAM dan juga baginda sendiri. Ampun Tuanku. Niat baik Tuanku untuk memajukan bolasepak Malaysia tidak seharusnya dimusnahkan oleh orang-orang yang mungkin mempunyai kepentingan peribadi yang sentiasa berselindung disebalik kata-kata manis dihadapan sahaja. Inilah masa nya FAM membuat penilaian semula terhadap semua peringkat jawatan agar ianya tidak menggugatkan usaha-usaha untuk menaikkan taraf, sama ada pasukan kebangsaan ataupun keseluruhan aktiviti-aktiviti yang melibatkan bolasepak tanah air. Apakah KPI mereka boleh dibanggakan? Anggaplah FAM ini sebagai satu pasukan bolasepak yang sedang bermain. Sekiranya didapati mana-mana pegawai/penjawat tidak dapat menyumbang kepada pasukan, keluarkan mereka dan gantikan dengan orang lain yang mungkin dapat memperbaiki kelemahan yang ada. Kepada Datuk Che Mat yang saya hormati, saya ingin berpesan, tak usah takut pada bayang-bayang sendiri. Biarlah orang menilai kita dengan apa yang kita telah sumbangkan. Tak payahlah nak bersusah-payah menyebut apakah kejayaan kita kerana ianya dapat dilihat oleh semua lapisan masyarakat. Cukuplah kalau saya tonjolkan kewibawaan Datuk kepada umum untuk melihat taraf liga tempatan yang diterajui oleh Datuk sejak kebelakangan ini. Yang lebih diingati lagi adalah tentang kecamukan jadual perlawanan Liga Malaysia sejak Datuk mengambil alih sebagai Pengerusi. Kepada 38 orang delegasi yang akan mengundi dalam pemilihan FAM nanti, buatlah pemilihan yang tepat agar ianya dapat memberi suntikan baru yang lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia yang dahagakan kemajuan bolasepak Negara. Saya masih optimistik dan yakin, BOLA SEPAK MALAYSIA AKAN KEMBALI GAH dan GEMILANG DARI KEJAYAAN SEBELUM INI! Pok Nik Yeh, Kuala Lumpur. |
| KSN sepatutnya neutral, profesional Posted: 23 Jul 2010 09:31 PM PDT Mohd Ali Hashim GEORGETOWN, 24 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) menyelar Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan apabila beliau bertindak mempertahankan Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus yang didakwa cuba mensabotaj kepimpinan kerajaan negeri. Lim juga mendakwa sokongan yang diberikan oleh KSN membuktikan kegagalan yang wujud pada mereka dalam membina sebuah pentadbiran yang telus dan profesional. Katanya, tindakan KSN mempertahankan Nik Ali walaupun sebelum ini ternyata setiap pegawai perkhidmatan awam sepatutnya bersikap berkecuali dan profesional serta neutral sudah tidak wujud lagi pada perkhidmatan awam yang ada sekarang. Mereka ini, ujarnya sudah dipolitikkan dengan membenarkan penjawat awam mengkritik dan mengecam kerajaan negeri yang mendapat mandat dari rakyat. Sepatutnya, kata beliau sebagai seorang Pegawai Kemajuan Negeri yang profesional dan berkaliber, kenyataan kesat seperti yang dilemparkan kepada Ketua Menteri iaitu biadap dan dayus adalah suatu tindakan yang tidak seharusnya dilemparkan oleh seorang penjawat awam kepada pemimpin yang memerintah negeri. Mengulas kenyataan KSN yang menyokong tindakan Nik Ali menyelarnya, Guan Eng menambah, Sidek tidak mengambil tindakan yang proaktif untuk mengatasi masalah yang wujud. "KSN seharusnya menegur tindakan Nik Ali sebagai Pegawai Kemajuan Negeri yang mengkritik kerajaan negeri secara terang-terangan. Ini adalah bertentangan dengan prinsip dan jawatan seorang penjawat awam dalam kerajaan negeri yang memerintah," tambahnya lagi. Ketegangan antara Lim dan Nik Ali bermula setelah isu kecurian pasir di Balik Pulau mulai dipersoalkan setelah ianya bergerak sebelum kerajaan negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat pada Mac 2008 yang lalu. Nik Ali yang cuba mempertahankan tindakannya telah mengeluarkan kenyataan yang merendahkan status Ketua Menteri sehinggalah Lim menyelar Nik Ali dan memintanya supaya melepaskan jawatan sebagai Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang setelah tidak dapat memberi komitmen dan kerjasama kepada kerajaan negeri. |
| Melaka Tubuh Sekolah Pelajar Hamil : Utusan Malaysia Posted: 23 Jul 2010 08:55 PM PDT utusanmelaka@utusan.com.my MELAKA 23 Julai - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar yang mengandung akibat terlanjur atau mereka berkahwin pada usia muda. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau serius mewujudkan sekolah tersebut kerana ia bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang kini semakin berleluasa. Menurut beliau, adalah lebih baik remaja-remaja yang bermasalah itu terus bersekolah daripada terbiar dan mungkin bertindak membuang bayi. Cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran kerana undang-undang di negara ini tidak sebut pun bahawa murid yang bersekolah tidak boleh mengandung. "Saya akan kemukakan cadangan ini dalam tempoh terdekat dan jika kementerian tak setuju, kerajaan negeri sendiri akan tubuhkan sekolah murid mengandung ini," katanya. Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini hari ini. Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, selain dibuka kepada remaja di negeri ini, kerajaan negeri juga sedia menerima pelajar mengandung dari negeri lain. "Kalau ada pelajar dari negeri lain yang mengandung dan nak belajar di sekolah itu pun boleh, kita terima asalkan ia dapat membanteras gejala pembuangan bayi," katanya. Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan maksiat daripada terus berlaku dan bukan menggalakkan pelajar berkahwin dan mungkin bercerai pada usia muda. "Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu pada masalah buang bayi. "Bila sudah ramai berkahwin, kita akan tempatkan mereka di sekolah murid mengandung dan untuk teruskan pembelajaran," katanya. (Sumber : Utusan Malaysia Dengan Sedikit Edit ) Komen : Kita tidak akan pernah berjumpa sejak ujudnya Negara Malaysia satu sekolah khas untuk pelajar Hamil. Dan inilah apa yang akan berlaku bila gejala sosial begitu ketara di Bumi Bertuah ini. Apa tidaknya jika satu sekolah di Terengganu baru-baru ini mencatakan 16 orang pelajar hamil, 4 orang telah melahirkan anak. Jumlah itu berdasarkan jumlah yang dikenalpasti , bagaimana pula yang tidak dikenal pasti. Ini mengambarkan dasyatnya masaalah sosial di negara kita. Agaknya nanti mungkin nama sekolah berkenaan begini agaknya : "Sekolah Kebangsaan Pelajar Hamil Jasin, Melaka". Kemudian pula jika ianya berlaku di universiti, mungkin akan ujud satu universiti khas untuk siswi yang hamil. Mungkin juga namanya "Universiti Hamil Utara Malaysia". Ringkasnya "UHAMIN" Kemudian jika ada orang tua yang termengandung, agaknya ujud pula "Rumah Orang Tua Mengandung Ceras". Selepas itu untuk 10/15 tahun akan datang bilamana anak-anak luar nikah ini telah besar, supaya jiwa mereka tidak tertekan mungkin juga akan ujud sekolah khas untuk mereka cth :"Sekolah Anak Haram Bukit Beruang, Melaka". Untuk lebih serasi guru-guru mereka pun dikalangan guru yang juga anak haram. Lepas tu pula akan ujud exco dan menteri khas "Anak Haram" yang ditugaskan mengendalikan anak-anak haram. Ini tidak mustahi boleh berlaku. Bila direnung-renung , maka jelas di depan mata apa yang telah dianjurkan oleh Allah dan Rasulnya itulah jalan keluar dan jalan penyelesaian yang terbaik untuk umat ini. Masaalahnya, kita yang sedar dan diberi taufik serta hidayat oleh Allah swt ini pun masih lagi lemah melaksanakan tanggungjawab besar iaitu "dakwah" di dalam masyarakat. Inilah yang sepatutnya kita renung dan fikirkan. http://hambalialorstari.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan