Sabtu, 24 Julai 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Harussani Mufti Islam Bekerja Untuk ' Melayu ' !

Posted: 24 Jul 2010 05:51 AM PDT

BULETIN ONLINE

Berhubung dengan kenyataan Tan Sri Harussani dalan akhbar Sinar Harian edisi Jumaat, 23 July 2010 dengan judul "Siapa pemimpin PAS itu, biar saya sahaja yang tahu", saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :

1. Harussani nampaknya bertegas tidak akan mendedahkan identiti pemimpin PAS yang menemuinya yang didakwanya membincangkan penyatuan orang Melayu. Saya melihat dia terus menyembunyikan sesuatu yang telah diketahui umum termasuk diri saya sendiri dan itulah yang beliau sebutkan dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di Adelaide, yang dilakukan di Islamic Dakwah Centre of South Australia (IDCSA), pada 7.00pm, 9 Jun 2010, dalam kuliah khas TSHZ yang bertajuk "Perpecahan Ummah dan Peranan Kita". Harussani dalam sembang-sembang dengan pelajar Malaysia dalam lawatan itu dengan jelas menyebut siapakah orang PAS yang bertemu dengannya.

2. Saya sangat hairan dengan Harussani yang menunjukkan sikap baiknya yang beria-ia dengan pendirian yang disifatkannya demi untuk menjaga hubungan baik dan amanah yang diberikan kepadanya sehingga bermati-matian menyembunyikan siapakah pemimpin itu sedangkan didedahkan kepada pelajar Malaysia semasa di Australia. Adakah amanah yang beliau maksudkan hanya di Malaysia dan diluar negara di boleh mengkhianati amanah itu. Hukum mana pula yang dia pakai ? Harus atau Haram ?

3. Selain itu bila ditanya mengenai kenyataan saya bahawa tujuan sebenar pertemuan dia dengan individu terbabit adalah membincangkan soal perniagaan dan bukannya penyatuan Melayu beliau mengatakan " kalau Khalil kata saya bohong tentang tujuan sebenar perjumpaan itu, beritahu saya siapa pemimpin PAS yang Khalil maksudkan, Ramai orang berjumpa saya".

Dengan jelas sekali lagi Harussani melepaskan tanggung jawabnya dengan berdolak dalih. Saya cuma berhasrat untuk menegaskan sekali lagi bahawa tujuan pertemuan individu terbabit adalah untuk tujuan perniagaan dan tidak sama sekali untuk penyatuan Melayu. Bukan hasrat saya untuk mendedahkan nama terbabit.

Tambahan pula apa manfaatnya penyatuan assobiayah Melayu yang langsung tidak ada kaitan dengan saya sebagai seorang bukan Melayu.

4. Kerana itu kalau dia mendakwa hanya bekerja dan menjalankan tanggung jawab sebagai seorang Islam, kenapakah dia beria-ia sangat untuk penyatuan Melayu, bukannya penyatuan Islam ?

5. Dengan itu saya mendesak Harussani untuk menunjukkan kematangannya dengan tidak berolak-dalih demi untuk mempertahankan pejuangan assobiyah UMNO yang sempit itu. Kenapakah saya pula diminta untuk memberitahu siapa yang jumpa dia sedangkan dia sudah umumkan di Australia dan dia yang lebih tahu dari saya.

KENYATAAN MEDIA, 24 JULY 2010

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

Yong Vui Kong wajib mati?

Posted: 24 Jul 2010 05:49 AM PDT

Josh Hong |

Pada tahun 2003, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu, Hon Choon Kin telah menjalankan satu siasatan dalaman, dan kemudiannya mendapati seramai 25% pelajar Cina berhenti sekolah sebelum menamatkan pendidikan menengah. Daripada angka tersebut, dianggarkan lebih daripada 65% meninggalkan sekolah sebelum menduduki peperiksaan PMR.

Ke manakah anak-anak yang berhenti sekolah ini pergi? Walaupun kita tidak memiliki perangkaan yang tepat, tetapi apabila kita berjalan-jalan di lorong, kita akan menemui ramai remaja Cina yang menjual vcd cetak rompak, bekerja di kafe internet atau mesin judi. Ada yang menipu dengan "gores dan menang". Mereka yang lebih berani akan bekerja secara haram di US, Australia atau UK. Paling menggelisahkan, tidak kurang remaja yang terlibat dalam pengedaran dadah kerana terperdaya oleh orang di sekitarnya.

Walaupun ekonomi Malaysia mengalami perubahan yang mendadak, dengan kehidupan kebendaan yang lebih lumayan seandainya dibandingkan dengan generasi datuk dan nenek kita, namun ia gagal menutup realiti bahawa gejala negatif muncul berikutan jurang antara kaya dengan miskin yang semakin melebar. Kerajaan menumpu kepada pembangunan industri berat dan ekonomi bandar, dan mengabaikan bidang perikanan dan pertanian di pekan dan kampung. Tiada jalan lain kecuali keluar ke bandar, setelah anak-anak ini - tidak kira apa jua kaumnya - henti sekolah.

Kegemilangan luaran bandar gagal menutup kegelapan yang berada di dalamnya. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan menyebabkan ramai kanak-kanak yang tertinggal. Mereka yang tidak berkemahiran gagal menemui masa depan mereka di bandar. Maka kita melihat Mat Rempit dan penagih dadah di kalangan remaja Melayu, remaja India pula terjerat ke dalam kongsi gelap dan jenayah merompak. Sementara itu, bidang perjudian dan pelacuran semestinya terasa kesannya seandainya remaja Cina yang henti sekolah tidak terjerumus ke dalamnya. Malah, kita diperlihatkan bagaimana wanita kaum asli mendarat di Semenanjung untuk menceburi bidang seks, dari Malaysia Timur yang kaya dengan sumber semula jadi.

Kedua-dua orang ibu-bapa kini perlu bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga, dalam zaman kos sara hidup yang semakin melambung. Ibu bapa yang bekerja di luar gagal mengambil berat keperluan naluri anak yang henti sekolah. Kecuaian untuk berkawan dengan orang yang salah - walaupun sekali sahaja - sudah memadai untuk menjadi kekesalan keluarga untuk seumur hidup. Demikianlah akibat yang ditanggung apabila Malaysia terlalu ghairah untuk menghambat kedudukan ekonomi dan mengabaikan keadilan sosial.

Peluang untuk semua?

Ketika membincangkan pendidikan Cina, masyarakat Cina suka menunjuk-nunjuk dengan berapa "A" yang diperolehi oleh anak mereka, dan sekolah manakah yang melahirkan pelajar dengan semua- A terbanyak, berapa orang pula pelajar yang diserap ke universiti di Singapura. Tetapi tidak ramai orang yang mengambil berat terhadap ratusan ribu pelajar Cina yang henti sekolah.

Beberapa tahun dahulu, "Dunia itu rata" (The world is flat) oleh Thomas Friedman menjadi antara buku yang terlaris di dunia. Ramai antara penganalisa isu semasa dalam media arus perdana terikut-ikut dengan pandangan ini, lantas menyeru agar masyarakat Cina supaya tidak berputus asa, kerana peluang berada di mana-mana.

Dunia itu rata, maka dengan kelebihan yang ada pada diri "kita" (orang Cina), tiada negara yang akan menolak bakat orang Cina. Justeru itu, ia menimbulkan ilusi bahawa semua anak Cina memiliki syarat untuk menjadi Bill Gates atau Tsai Ming Liang (Pengarah filem terkenal, gambar kanan, kanan). Semua orang mampu menerokai jalan untuk dirinya...

Betul, dunia itu rata. Mereka yang mempunyai bakat dan cita-cita besar boleh merentasi Eropah, atau China, Taiwan dan Hong Kong untuk menerokai masa depan. Mereka yang henti sekolah juga berkongsi kemungkinan untuk meluncurkan diri di landasan globalisasi. Sindiket dadah antarabangsa membuka dada untuk menyambut mereka yang henti sekolah untuk memasuki gelanggang. Sehingga kini, ramai antara warga negara kita yang ditangkap di China, Taiwan, Singapura dan Indonesia kerana menyeludup dadah ke negara tersebut.

Adilkah kehakiman di Singapura?

Anak muda Sabah Yong Vui Kong (gambar kiri) telah dijatuhkan hukuman mati di Singapura kerana mengedar dadah. Dari kaca mata Singapura yang tegas dalam penguatkuasaan undang-undangnya, Yong Vui Kong adalah pemangsa. Tetapi bukankah Yong merupakan mangsa daripada sistem pendidikan yang gagal, kehancuran institusi negara dan kemiskinan masyarakat?

Lebih-lebih lagi, Yong hanya seorang remaja yang usianya belum genap 18 tahun semasa kejadian ini berlaku. Apa yang menimpa ke atas dirinya menggagalkannya untuk membezakan antara garis yang hitam dengan yang putih. Kini, beliau telah insaf setelah menganuti Buddha, apakah tiada ruang untuk perikemanusiaan dalam undang-undang yang tegas?

Apakah ia disebabkan Singapura antara negara yang paling bersih dari rasuah? Kerana ramai bakat Malaysia yang diserap ke negara itu, kerana dasar di Singapura yang kelihatan adil, malah dapat menonjolkan politik perkauman di Malaysia, maka masyarakat Cina cenderung untuk mempercayai bahawa sistem kehakiman di situ adalah adil, dan kerajaan Singapura melayan semua pesalah yang dihukum mati dengan saksama.

Tetapi pandangan ini dicabar sekarang. Setelah menelaah buku Once a Jolly Hangman:Singapore Justice in the Dock yang ditulis Alan Shadrake, kita terpaksa menilai semula sistem kehakiman Singapura.

Jikalau dikatakan tiada diskriminasi warna kulit ketika kerajaan Singapura menguatkuasakan undang-undang, maka amatlah sukar untuk kita menjelaskan mengapa warga Singapura yang berketurunan India, Shanmugam Murugesu dijatuhkan hukuman mati, tetapi wanita Jerman, Julia Bohl yang juga dijatuhkan dengan hukuman sama, tidak perlu berdepan dengan tali gantung selepas tekanan daripada Jerman. Hukuman penjara lima tahun-nya, berakhir dengan hanya tiga tahun.

Lebih-lebih lagi, seorang warga UK Michael McRae terlibat dengan penjenayahan bunuh di Singapura, dan melarikan diri ke Australia, malah mengaku bersalah di Australia. Australia yang membantah hukuman mati enggan memberi kerjasama ketika Singapura cuba untuk mengekstradisi pesalah itu. Akhirnya Singapura yang bangga dengan ketegasan penguatkuasaan undang-undangnya itu, terpaksa berganjak langkah untuk menjamin supaya tidak menjatuhkan hukuman keras ini. Akhirnya, Michael McRae terlepas daripada hukuman mati, dan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun.

Pada tahun 2005, pihak berkuasa Singapura telah membenarkan peguam Australia untuk bertemu dengan warga mereka yang dijatuhkan hukuman mati, tetapi dengan sengaja menundakan pemohonan peguam dari Malaysia, Ngeow Chow Ying untuk menemui Yong Vui Kong, minggu lalu.

Secara individu, saya membantah hukuman mati. Contoh-contoh di atas diketengahkan untuk menjelaskan bahawa biarpun betapa tegasnya penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang didakwa di Singapura, tetapi ianya juga memegang kepada dua kayu ukur (double standard), terutamanya apabila berdepan dengan negara yang lebih maju dari segi ekonominya.

Saya cuma ingin bertanya, adakah kesalahan Yong Vui Kong lebih berat daripada kesalahan yang dilakukan Julia Bohl atau Michael McRae, sehingga Yong diwajibkan mati?

Kalau kita gagal menyelamatkan Yong Vui Kong yang jahil kerana terlalu muda, apakah kerajaan, parti politik dan masyarakat sivil dapat memastikan bahawa kita tidak akan mempunyai lebih ramai Yong Vui Kong pada masa depan?

*Josh Hong adalah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini disunting dan diterjemahkan oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

WAMI: Lidah parti harus dijual kepada umum

Posted: 24 Jul 2010 05:48 AM PDT

MERDEKA REVIEW

WAMI mengecam sekeras-kerasnya kerajaan kerana dengan sengaja tidak, atau melengahkan pembaharuan permit tiga akhbar parti pembangkang, iaitu Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket. Hanya permit Harakah diperbarui sehingga kini.

WAMI berpendapat bahawa warga dalam sesebuah masyarakat sivil mempunyai kebebasan untuk memilih bahan bacaan. Seandainya tuntutan lidah parti berpaksikan pandangan yang sempit, maka ia tetap tidak akan melewati lingkungan penyokong setianya walaupun disebar dengan luas.

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein bahawa akhbar parti perlu mematuhi panduan KDN, dan dihadkan penjualannya kepada ahli parti sahaja, menunjukkan bahawa lidah parti ini mendapat sambutan di kalangan bukan anggota parti.

Mengapa mereka yang bukan ahli parti sanggup membelanjakan wang titik peluh mereka untuk membeli akhbar parti yang kandungannya berat sebelah? Jawapannya mudah, kerana semua media arus perdana yang sedia ada dikawal ketat oleh kerajaan, melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan pemilikan.

Bukan sahaja hak untuk menjawab (kepada tuduhan) pemimpin pembangkang dinafikan lidah kerajaan seperti Utusan Malaysia, malah mereka jarang diberi peluang untuk tampil secara positif di stesen televisyen dan radio awam sekarang.

WAMI prihatin terhadap penubuhan Jawatankuasa Pengukuhan Strategi Komunikasi, yang diumumkan Menteri KDN untuk menghentikan sebaran berita yang palsu. Dalam konteks yang sedia ada, jawatankuasa ini akan menjadi satu lagi alat BN untuk mengawal media.

Kami menggesa warga Malaysia membantah penindasan terhadap tiga akhbar parti ini. Tindakan KDN ini bukan sahaja satu diskriminasi terhadap parti pembangkang, malah menafikan hak mengetahui oleh rakyat.

Oleh itu, semua rakyat Malaysia harus terus mendesak untuk reformasi secara menyeluruh terhadap akta media, terutamanya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Kami menggesa rakyat menulis kepada Perdana Menteri, dan Menteri KDN (dengan kandungan yang dicadangkan berikut), mendesak agar pengharaman ketiga-tiga akhbar ini dibatalkan. Malah kerajaan persekutuan digesa untuk meneladani kerajaan negeri Selangor, yang mengusulkan Rang Undang-undang Enakmen Kebebasan Maklumat yang pertama di Malaysia.

Lampiran (Contoh kandungan surat)

Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Faks : 03-8888 3444
Email : aziz@pmo.gov.my, dfatmi@pmo.gov.my
(Setiausaha sulit dan politik PM)

Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Dalam Negeri
Faks: 03-88891613/03-88891610
Email: menteri@moha.gov.my

23 Julai 2010

Batalkan pengharaman terhadap Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket

Saya, selaku warga Malaysia membantah pengharaman dan halangan yang dikenakan ke atas penerbitan dan pengedaran ketiga-tiga organ parti pembangkang, iaitu Suara Keadilan, Harakah and The Rocket. Tindakan kerajaan yang tidak demokratik ini telah mencabul hak saya untuk akses kepada informasi.

Maka saya menuntut kerajaan membatalkan pengharaman dengan segera dan tanpa syarat, dan kemudian mereformasikan undang-undang media, untuk memastikan satu suasana media yang bebas daripada kawalan politik, di mana kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang mempunyai peluang yang sama rata untuk akses kepada media awam dan swasta.

Yang benar,

___________

(Nama penuh)

*Kenyataan media oleh Wong Chin Huat, selaku Pengerusi WAMI (Writers Alliance for Media Independence). Diterjemah dari kenyataannya dalam bahasa Cina.

Bongkar : Sekali mesyuarat Seri Temin sampai RM78,270! Makan kepala dinasour ke

Posted: 24 Jul 2010 05:38 AM PDT

Oleh mamak

"Masih mengenai Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) sebuah syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Kedah. Terlalu panjang senarai penyelewengan kewangan di zaman BN menjadi peneraju kerajaan.

Hari ini penulis upahan Umno mendakwa kononnya duit STDC telah susut dari RM4 juta pada Mac 2008 hingga berbaki RM300 ribu pada Mac 2010. Setelah perkara ini dirujukkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah STDC, fakta tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata.

Ini kerana mengikut laporan kewangan tahunan STDC, baki atau untung terkumpul pada 31 Disember 2007 ialah RM4,779,743. Daripada tarikh 1 Januari 2008 hingga waktu pilihanraya umum ke 12, wang tersebut telah dibelanjakan sebanyak RM1,999,778.60. Kebanyakannya untuk program politik BN.

Untung terkumpul atau nilai reserve sama sekali tidak boleh dilihat pada bulan 31 Mac 2008, kerana pengauditan hanya dilakukan pada 31 Disember 2008. Begitu juga nilai reserve tidak boleh dilihat pada 31 Mac 2010.

Untung terkumpul pada 31 Disember 2008 ialah RM4.324 juta. Umumnya ia jauh lebih baik dari 2007 kerana ia berlaku selepas STDC terpaksa membayar hutang-hutang yang banyak yang ditinggalkan oleh ahli lembaga pengarah yang lalu di samping hampir RM2 juta dilaburkan untuk kepentingan politik BN.

Untuk melihat untung terkumpul bagi tahun kewangan 2010 pula, mestilah selepas pengauditan dibuat bagi tempoh berakhir pada 31 Disember 2010. Tidak betul sama sekali dengan melihat baki tunai dalam bank pada hari tertentu dalam bulan Mac maka penilaian dan 'penghakiman' prestasi syarikat pun dibuat.

Sebenarnya saya tidak perlu menghuraikan jawapan berdasarkan fakta dan angka terhadap sebuah tuduhan palsu. Namun dalam dunia yang bilangan orang cerdiknya sangat ramai, maka memberi jawapan yang tepat lagi jujur seperti ini, tentulah dapat mengesahkan bahawa pihak yang membuat tuduhan itu jahat dan kurang cerdik.

Mereka menuduh wang STDC difaraidkan untuk kroni PAS yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, walhal semua ahli lembaga pengarah kini hanya menerima elaun menghadiri mesyuarat iaitu RM750 setiap kali mesyuarat. Dalam setahun biasanya hanya tiga kali mesyuarat, bermakna elaun setiap ahli lembaga pengarah hanya RM187.50 sebulan!

Di zaman BN, setiap ahli lembaga pengarah menerima elaun tetap RM2,000 sebulan di samping RM1,000 setiap kali menghadiri mesyuarat. Mereka ialah Dato' Seri Mahdzir Khalid, Dato' Ariffin Man, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Encik Zubir Zabidi, Encik Mohamad Radzi Ayob, Puan Marlia Abd. Latiff dan Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail. Semuanya pemimpin politik Umno, sedangkan kini lantikan ahli lembaga pengarah adalah berdasarkan professionalisme mereka bukan kerana kroni.

Episod penyalahgunaan wang GLC di zaman BN, khususnya STDC, sangatlah panjang catatannya. Buat sementara biarlah kita fokuskan kepada penyelewengan sewaktu berlangsungnya pilihanraya umum ke 12.

Banyak penyelewengan STDC saya huraikan dalam dua keluaran lalu. Terdapat satu lagi fakta yang mengejutkan ialah dalam dua bulan pertama tahun 2008 (menjelang pilihanraya umum) STDC telah membiayai lapan kali mesyuarat dengan kos mengadakan mesyuarat tersebut keseluruhannya ialah RM78,270. Sebahagian besar perbelanjaan tersebut adalah untuk makan.

Secara puratanya (jika mesyuarat tersebut adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah) maka setiap kepala dijamu makanan bernilai RM815.00 setiap kali mesyuarat. Apa jenis makanan agaknya begitu mahal sekali?

Secara terperinci berikut adalah maklumat perbelanjaan STDC pada bulan Januari dan Februari 2008, khusus di bawah perkara

'Mesyuarat di Naka':
1/1/2008 – RM5,810.00, 1/1/2008 – RM26,150.00,
1/1/2008 – RM10,000.00. (Satu hari tiga kali mesyuarat?)

13/2/2008 – RM10,000.00,
13/2/2008 – RM7,905.90,
13/2/2008 – RM4,610.00,
13/2/2008 – RM11,700.00,
13/2.2008 – RM10,000.00 (Satu hari lima kali mesyuarat?)

Berdasarkan tarikh, tempat dan perbelanjaan, tidak lojik ia adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah. Ada baiknya juga kita membuat persepsi yang rambang kononnya itu adalah mesyuarat lembaga pengarah yang diadakan sebanyak lapan kali, supaya nanti pihak yang terbabit akan menafikannya. Jawapan yang mungkin diberikan begini, "Itu adalah tarikh pembayaran di buat, bukan tarikh mesyuarat dan bukan pula mesyuarat lembaga pengarah." Jika melihat kepada semua perbelanjaan itu berada di bawah satu tajuk iaitu 'Mesyuarat di Naka', bermakna bukan lapan kali bermesyuarat tetapi hanya sekali. Tentu ia lebih menjolok mata apabila kos untuk hanya sekali bermesyuarat ialah RM78,270.00! Jika pun ia mesyuarat sebuah parti politik maka kos tersebut adalah terlalu tinggi bagi sebuah mesyuarat yang diadakan di Daerah Padang Terap.

Persoalannya, adakah wang STDC telah disalahgunakan untuk menguruskan mesyuarat sebuah parti politik?

Mereka berdegar-degar menuduh PAS menyalahgunakan wang GLC untuk membiayai aktiviti parti, sekarang biar mereka pula menjelaskan tuduhan bahawa merekalah penyeleweng duit GLC untuk membiayai program politik. Sila jawab, jangan tak jawab.

Timbul lagi persoalan mengapa pihak-pihak tertentu tidak buat laporan polis atau SPRM terhadap para penyeleweng itu.

Sejak mengambil-alih pentadbiran pada Mac 2008 hingga ke saat ini, belum ada satu pun laporan polis yang dibuat oleh pihak Pakatan Rakyat terhadap mereka. Sebenarnya ada 'muslihat besar' mengapa laporan belum dibuat dan seluruh rakyat akan tahu jawapannya nanti.

Alang-alang pembangkang di Kedah sudah mula membuat serangan meriam buluh bertubi-tubi, mereka kena bersedialah pula terima serangan balas. Pendedahan bertulis ini sebenarnya belum berakhir.

Banyak lagi penyelewengan dalam GLC yang akan dilondeh. Butirannya sangat banyak. Lebih dari enam kotak."

TUS Masih Berbaki RM23 Juta, Siswazah Seluruh Negara Disaran Mohon Jadi Usahawan

Posted: 24 Jul 2010 05:37 AM PDT

BERNAMA

KOTA BAHARU: Siswazah di negara ini yang berminat memulakan perniagaan disaran memohon kepada Tabung Usahawan Siswazah (TUS) berikutan tabung itu kini masih mempunyai baki terkumpul berjumlah RM23 juta daripada keseluruhan peruntukan yang disalurkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Penolong Pengarah Institusi Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Samsu Kadir berkata sejak 2000 hingga Mei tahun ini hanya seramai 1,347 jumlah permohonan diterima daripada siswazah yang berhasrat mendapatkan pinjaman bagi memulakan perniagaan.

"Daripada jumlah itu sebanyak 659 peserta mendapat kelulusan pinjaman di bawah kerjasama SME Bank.

"Jumlah permohonan yang diluluskan sebanyak 659 permohonan itu yang meliputi 48.9 peratus permohonan daripada jumlah keseluruhan dan hanya 16.7 peratus sahaja daripada peserta yang mengikuti kursus Skim Usahawan Siswazah (SUS)memohon pinjaman TUS," katanya kepada pemberita selepas majlis Latihan Asas Keusahawanan, SUS Siri Kelima di sini, hari ini.

Justeru katanya, MITI kini menggalakkan mana-mana graduan institusi pengajian tinggi supaya merebut peluang menjadi usahawan.

Samsu berkata MITI telah mengadakan pelbagai program latihan seperti SUS dan jumlah peserta SUS dari 2000 hingga 2009 seramai 7,943 orang.

Samsu berkata, sehingga kini terdapat 12 siri pada tahun ini di seluruh Malaysia dan ia merupakan siri kelima diadakan di Kelantan dengan mempunyai peserta seramai 121 termasuk di negeri ini.

"Pihak INSKEN mensasarkan 30 orang bagi setiap program dan sehingga Mei 2010, sebanyak 31 permohonan diterima untuk pembiayaan TUS dan empat daripadanya lulus menerima pinjaman," katanya.

Menurutnya, antara syarat pinjaman yang dikendalikan INSKEN melibatkan syarat kelayakan termasuk peserta perlu berusia 35 tahun ke bawah, wajib menghadiri kursus kendalian MITI, mendapatkan sijil dan menghantar kertas kerja (rancangan kertas kerja INSKEN-Rancangan Perniagaan (RP).

Katanya, had permohonan untuk pembiayaan di bawah TUS ialah RM20,000 hingga RM250,000 dan tempoh bayaran balik maksima sehingga 10 tahun.

Malaysia Buat Persediaan Awal Hadapi Kemungkinan Ekonomi Terjejas

Posted: 24 Jul 2010 05:33 AM PDT

BERNAMA

SUNGAI PETANI: Pertumbuhan ekonomi negara memberangsangkan yang mencapai dua digit bagi suku pertama tahun ini menunjukkan perancangan kerajaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia membuahkan hasil, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Bagaimanapun, beliau berkata pertumbuhan 10.1 peratus yang dicapai bagi tempoh itu yang mana merupakan yang terbaik dalam tempoh 10 tahun ini tidak menjadikan kerajaan berada dalam situasi selesa.

"Kerajaan sentiasa memantau ekonomi serta perdagangan global dan mengambil langkah-langkah tegas untuk menghadapi kemungkinan 'double dip' iaitu krisis kewangan global yang berulang.

"Kita tidak terjejas oleh krisis ini kerana tidak terlibat dengan pinjaman berbentuk spekulatif sebagaimana diamalkan kebanyakan syarikat di Amerika Syarikat," katanya dalam satu sesi dialog dengan 60 wakil pengilang dan industri Bumiputra Kedah di sini, hari ini.

Menurut Mukhriz, pakej rangsangan ekonomi negara bernilai RM67 bilion yang memberi tumpuan kepada pembangunan prasarana membantu menyelamatkan keadaan apabila kerajaan China turut melaksanakan pakej rangsangan ekonominya.

"Hasilnya kita menerima banyak tempahan dari China dan eksport kita ke negara ekonomi terbesar itu meningkat 26 peratus untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini," katanya.

Beliau berkata usahawan Malaysia dan China masih mempunyai ruang yang luas untuk meningkatkan kerjasama menghasilkan produk bagi memenuhi pasaran Eropah pada harga kompetitif.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mukhriz berkata antara langkah bagi menghadapi tempias "double dip" ialah dengan memberi tumpuan kepada pelaburan domestik dan mencari pelaburan dalam bidang khusus seperti industri solar.

"Kita menyediakan prasarana terbaik untuk menarik pelaburan berbilion ringgit yang akan membuka minat pelabur lain seperti dalam industri hijau yang mana kita memiliki segala keperluan mereka.

"Walaupun "double dip" belum berlaku, kita telah berusaha membuat persediaan supaya ekonomi negara tidak terjejas jika ia berlaku," katanya.

Ketua Menteri: Putrajaya lindungi 'Little Napoleon'

Posted: 24 Jul 2010 05:30 AM PDT

MALAYSIA KINI


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini berkata beliau menerima apa yang disifatkannya sebagai "mesej" daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung kecamannya terhadap Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus, lapor Bernama.

"Saya terima m

esej dari Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bahawa kerajaan persekutuan masih mahu mempertahankan 'little Napoleon', saya ucap terima kasih atas mesej tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan hari keluarga Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Georetown hari ini.

Perdana Menteri, dalam kenyataannya semalam berkata kabinet tidak boleh menerima tindakan Lim yang membuat kenyataan hingga menjatuhkan maruah pegawai persekutuan.

Najib berkata, Lim sebagai ketua menteri seharusnya membuat teguran berhemah dan dilakukan secara tertutup.

Bohong

D
alam pada itu, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang membidas Nik Ali yang disifatkan oleh setiausahanya, Ng Wei Aik sebagai bercakap bohong.

Ng sehubungan itu juga menafikan ketua menteri Pulau Pinang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Ali (kiri) ketika majlis pelancaran projek Keretapi Bukit Bendera dan menyangkal kerajaan negeri tidak menyediakan tempat duduk untuknya pada majlis berkenaan.

"Sehingga kini, ketua menteri Pulau Pinang tidak pernah membuat sebarang komen terhadap perkara tersebut yang telah dibangkitkan oleh Nik Ali. Tidak pernah terlantas dalam fikiran ketua menteri untuk mengeluarkan kata-kata kesat walaupun diberi layanan yang kurang sewajarnya oleh Pejabat Pembangunan Negeri," katanya.

Menurut Ng (kanan), Nik Ali merupakan seorang 'Little Napoleon' yang kurang ajar yang sanggup "berperang dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan tindakannya telah direstui oleh ketua setiausaha negara dan pemimpin-pemimpin Umno, temasuk timbalan perdana menteri.

"Adakah ini bermaksud bahawa Nik Ali, termasuk kakitangan-kakitangan awam yang lain turut boleh mengkritik atau berperang dengan menteri-menteri Umno atau BN, termasuk ketua menteri atau menteri besar bagi negeri-negeri yang diterajui oleh BN?"

Katanya, Nik Ali telah membelakangkan sikap profesional dan berkecuali yang terpakai ke atas kakitangan-kakitangan awam.

"BN pasti akan menerima padah ekoran kakitangan-kakitangan awam yang lain turut memberontak jikalau tiada tindakan tegas diambil terhadap Nik Ali dengan serta-merta," katanya lagi.

TPM: Penubuhan kelab bukan Islam perlu dimohon

Posted: 24 Jul 2010 05:23 AM PDT

BERNAMA


Sekolah yang sudah menubuhkan persatuan atau kelab agama bukan Islam boleh meneruskannya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sudah ada pekeliling lama mengenai perkara ini.

"Biar saya jelaskan...tidak ada arahan dikeluarkan oleh kementerian. Sudah ada pekeliling lama mengenai perkara ini.

"Jadi, apakah statusnya kini...mana-mana sekolah yang sudah ada persatuan-persatuan Buddha kah... Hindu...dia jalan terus (boleh teruskan)," katanya ketika diminta mengulas kekeliruan yang dikatakan masih timbul mengenai perkara ini berikutan laporan membabitkan Sekolah Tinggi Klang mengenai perkara ini baru-baru ini.

Isu itu menjadi kontroversi minggu lepas setelah sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan bahawa Sekolah Tinggi Klang telah membubarkan semua persatuan atau kelab agama bukan Islamnya berikutan arahan daripada Jabatan Pelajaran Negeri.

Muhyiddin berkata beliau tidak mahu apa-apa isu baru dicetuskan lagi daripada perkara ini.

"Saya sudah periksa dengan Ketua Pengarah (Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom)...Cuma di Selangor dia kata ada begitu, kerana ikut aturan, kalau nak (tubuh kelab agama), (perlu) mohon. Tapi kalau sudah sedia ada...sudah ditubuhkan...maka itu jalan terus. Tak menjadi masalah," katanya.

Terdahulu Muhyiddin melancarkan Karnival Usahawan Desa 2010 anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, di sini hari ini.-

Umno Selangor menuju ke pusara

Posted: 24 Jul 2010 05:21 AM PDT

Roslan SMS

Semalam menurut laporan portal Malaysia Insider Umno Selangor telah melancarkan kempen "tawan Selangor dari PR" melalui sebuah majlis ceramah yang kononnya besar-besaran di Shah Alam.

Saya tidaklah berhasrat mahu merendahkan usaha gigih Noh Omar itu selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno (yang berebut pengaruh dengan Khir Toyo) tetapi majlis kempen mahu tawan Selangor itu (bukan kata PAS atau PR) menurut laporan portal berkenaan dihadiri oleh 200 penyokong termasuklah penduduk tempatan yang tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku (penonton terserempak tanpa undangan maksudnya).

Dalam majlis itu juga dilepaskan "ayam tambatan" Noh iaitu Ezam Md Nor (sekarang Senator) yang lepas-lepas sahaja terus berkokok menyerang Tan Sri Khalid dan kerajaan PR. Modal bersama yang dikongsi untuk menggodam PR pasir dan pasir semata-mata. Betul tak betul tak kira, tetapi itulah modal utama yang mampu mereka fikirkan.

Kalau perang Umno dilancar dengan kehadiran cuma 200 orang, bukan hanya orang PR dan rakyat Selangor tersenyum lebar tetapi saya pasti Khir Toyo "tegak misainya" mahu membuktikan betapa gagalnya kepimpinan Noh kerana "perang" apa kalau begitu sahaja kekuatan yang mampu dibariskan.

Ternyata Umno masih belum pulih. MCA dan MIC Selangor kita tak pasti wujud lagi ataupun tidak. Gerakan dan PPP Selangor entah mana batu nisannya. Kerana itu ini bukan masanya kita bersorak dan bercekak pinggang. Ini masanya kita memecut laju memperkemas dan memperteguhkan jentera pilihan raya kita masing-masing baik PAS, DAP mahupun PKR Selangor.

Gerak kerja mendaftar pengundi baru mesti dipertingkatkan. Menurut angka terbaru SPR bagi tempuh berakhir Jan-Jun 2010 PR jauh mengatasi BN di Selangor dalam mendaftarkan pengundi baru. Syabas, tetapi itu pun tidak cukup lagi. Alang-alang kita bertarung dengan BN dan Umno, pastikan mereka pupus terus.

PAS dilaporkan berjaya mendaftar 4,561 pengundi baru bagi tempuh berkenaan iaitu bersamaan 753 pengundi setiap bulan. Bilangan ini masih kecil sedangkan kita bakal bertanding di 20 kerusi DUN iaitu mempertahankan 8 dan bertanding menempuh ADUN Umno di 12 kerusi. Lantaran itu kita perlu bekerja lebih kuat lagi.

Umno sedang longlai, kita jangan turut begitu. Rakyat mengharapkan kepimpinan kita, kita sekarang memegang mandat, jangan mengecewakan pihak yang mengharapkan. Ayuh bersatu menggarab tenaga bekerja untuk Allah demi memartabatkan dasar perjuangan.

Tiada bukti lombong pasir cemar taman rekreasi

Posted: 24 Jul 2010 05:18 AM PDT

Nazri Abdullah

PUTRAJAYA: Pengarah Enviro Enhance Sdn Bhd, Geetha P. Kumaran, yang dilantik sebagai konsultan alam sekitar oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) berkata, tiada sebarang bukti menunjukkan aktiviti perlombongan pasir di Olak Lempit menyumbang kepada pencemaran Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands, Dengkil.

Bercakap pada taklimat isu pasir kepada petugas media di sebuah hotel di sini beliau berkata, aktiviti dijalankan KSSB sentiasa dipantau pihak mereka dan laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar AMP dihantar kepada Jabatan Alam sekitar sebulan sekali.

"Tiada bukti berlaku pencemaran di Paya Indah Wetland akibat aktiviti mengorek pasir di lombong Olak Lempit," katanya menjawab soalan wartawan.

Aktiviti mengorek pasir di tapak tersebut, katanya dibuat secara sistematik oleh KSSB termasuk sistem pengaliran air tersendiri yang diguna semula tanpa mencemarkan alam sekitar.

Sebagai konsultan yang dilantik syarikat milik penuh Kerajaan Selangor itu, Geetha memberitahu pihak mereka menjalankan kajian terhadap impak aktiviti mengorek pasir milik KSSB terhadap alam sekitar.

Kajian termasuk kesan terhadap biologi iaitu flora dan fauna, fizikal iaitu pengaliran air dan sosial iaitu gangguan terhadap penduduk sekitar.

Sejak lombong Olak Lempit beroperasi Januari lalu, tujuh laporan AMP telah diserahkan kepada JAS.

Laporan tersebut jelasnya akan dikemaskini setiap bulan kerana perubahan sentiasa berlaku sepanjang aktiviti mengorek pasir dilakukan.

"Sekiranya kami dapati berlaku perkara yang akan memberi kesan kepada alam sekitar, kami akan berikan makluman bertulis kepada KSSB," katanya lagi.

Berhubung dakwaan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bawaha KSSB mengorek sehingga 200 kaki dalam pula, Geetha berkata sehingga kini KSSB hanya mengorek 17 meter sahaja.

Penjelasan itu sekaligus menyangkal dakwaan negatif bahawa, KSSB mengalirkan air kotor ke Wetland dan mengorek lebih dari kedalaman yang dihadkan.

Sementara itu, Lembaga Pengarah KSSB, Datuk Abdul Shukor Nagor berkata, mereka masih baru dan jauh dari kesempurnaan.

Bagaimanapun beliau berkata, jika mereka salah, mana-mana pihak boleh menegur mereka.

"Kami tak sempurna tapi kami cuba buat yang terbaik," katanya.

Tambahnya lagi, apa yang dibuat KSSB pada waktu ini adalah kaedah baru yang jauh lebih baik dari yang dibuat pihak sebelum ini.

Turut serta pada sesi taklimat itu, Pengarah Eksekutif KSSB, Ir. Ramli Abd. Majed serta Adun Sri Muda, Suhaimi Shafie.

Terdahulu sekumpulan 40 wakil dari pelbagai media dibawa melawat ke tapak perlombongan pasir di Olak Lempit, Dengkil, Selangor.

Lawatan tersebut bagi memberi peluang kepada petugas media melihat sendiri proses mengorek pasir yang dijalankan KSSB di Selangor.

KSSB sebelum ini dikritik hebat oleh Umno Selangor kononnya aktiviti mengorek pasir oleh KSSB akan merosakkan alam sekitar dan struktur mukabumi negeri itu.

Untuk rekod, pada tahun 2008 KSSB membayar RM1.5 juta royalti dan RM1 juta keuntungan sebelum cukai kepada kerajaan negeri Selangor.

Pada 2009, mereka membayar RM5.7 juta royalti dan RM9 juta keuntungan sebelum cukai manakala pada 2010, sehingga Jun lalu mereka telah membayar RM5 juta royalti dan RM10 juta keuntungan sebelum cukai kepada kerajaan negeri.

Ianya jauh lebih tinggi berbanding zaman kerajaan negeri di bawah BN.

Pada zaman BN, kerajaan negeri hanya mendapat bayaran royalti sebanyak RM3.54 juta pada tahun 2005, RM4.37 juta (2006) dan RM4.29 juta (2007).

Tolak perpaduan asabiyah Umno

Posted: 23 Jul 2010 09:41 PM PDT

Mohd Rashidi Hasan

Sebagai sebuah parti Islam, PAS mengasaskan perjuangannya untuk memupuk dan memperkuatkan ukhuwwah Islamiah serta menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat dalam segenap aspek.

PAS mengasaskan perpaduan di atas prinsip Islam, memperkenalkan nilai-nilai Islam dalam usaha menegakkan keadilan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.

Pada pendapat PAS, perpaduan mestilah dipaksikan dengan ketakwaan kepada Allah SWT.

Prinsip-prinsip ini digariskan dengan jelas menerusi firman Allah (mafhumnya):

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Surah al-Imraan, ayat 102-104)

Adapun sejak akhir-akhir ini Umno mula memainkan kembali 'jarum' perpaduan, kononnya masa depan Islam dan Melayu akan musnah jika PAS dan Umno tidak bersatu.

Kita mengajak kepimpinan Umno dan ulama-ulama yang sewaktu dengan mereka, untuk menghayati dan memperhalusi ayat-ayat Allah yang dipaparkan di atas.

Sebelum ulama-ulama upahan ini menjadi orang tengah untuk menyatupadukan PAS-Umno di atas dasar Islam dan Melayu, mereka harus mengkaji dan menilai kembali, pada aspek mana perjuangan Umno dan pelaksanaan pemerintahannya selama lebih 50 tahun ini, menepati ayat-ayat di atas?

Umno yang mendakwa dirinya parti Melayu-Islam tidak pernah mengasaskan tunjang pemerintahan di atas dasar takwa kerana asas perjuangan mereka adalah nasionalisme atau asabiyah.

Asabiyah yang dianuti Umno merosakkan mereka. Umno adalah Melayu, PAS juga Melayu. Tetapi mengapa mereka memusuhi PAS sekian lama, menindas dan mendiskriminasi pemimpin, ahli dan penyokong PAS? Mereka juga meminggirkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS.

Selain daripada itu Umno juga menghalang pelaksanaan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Umno juga menyekat, melarang dan menangkap pemimpin-pemimpin PAS yang menyampaikan kuliah di masjid-masjid dan surau-surau.

Ini belum termasuk dasar-dasar kerajaan yang menghancurkan masa depan Melayu seperti PPSMI, dasar bahasa dan sebagainya.

Hakikatnya, perjuangan Melayu-Islam untuk sudah jauh tersasar. Mereka terlalu rasis sehingga meminggirkan bangsa Melayu sendiri. Yang dipimpin, dibela, diberi biasiswa, dibantu hanyalah Melayu Umno.

Umno tidak layak menjadi parti harapan orang Melayu lagi. Umno harus dibubarkan kerana ia sudah gagal. Ia adalah parti yang memperjuangkan asabiyah sempit, parti kroni dan juak-juak.

Dalam keadaan Umno yang semakin di penghujung hayat, mereka cuba bergayut di dahan PAS dengan mengumpan agenda perpaduan. Hakikatnya Melayu tiada pilihan lain selain bersatu di bawah payung PAS. Selepas perjuangan Melayu gagal membela Melayu, kali ini beri peluang kepada parti Islam, perjuangan Islam untuk memelihara martabat Melayu.

Pemimpin, Kroni Umno-BN Serang Pakatan Rakyat Selangor Bila Gagal Terus Rompak Harta Negeri

Posted: 23 Jul 2010 09:34 PM PDT

Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata ketelusan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor telah menyebabkan barisan pimpinan Umno dan kroni mereka bagai cacing kepanasan yang kini telah hilang sumber kekayaan yang diperolehi hasil daripada merompak hasil mahsul negeri sejak lebih 50 tahun.

Akibatnya kini wujud dua kem politik dalam Umno Selangor di antara bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Ummo Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang berlumba-lumba menggunakan isu pasir dan air sebagai senjata politik untuk muncul sebagai jaguh.

Sambil mempersoalkan motif sebenar Umno-Barisan Nasional di Selangor menimbulkan isu tersebut apabila iannya tidak langsung menjadi masalah di Selangor, Tony berkata Umno sepatutnya melihat gejala kecurian pasir yang berlaku dalam skala besar di Johor.

"Jelas sekali ketelusan pentadbiran kerajaan Pakatan Selangor mengakibatkan poket kroni Umno-BN semakin kering kerana mereka tidak dapat mengaut keuntungan secara haram seperti yang diberi oleh Barisan Nasional kepada kroninya pada masa lalu.,

"Yang menghairankan ialah kenapa tiada seorangpun pemimpin Umno yang berani mengkritik pengurusan kerajaan Umno-BN Johor pimpinan Datuk Abdul Ghani Othman di mana kes perlombongan pasir haram adalah yang paling teruk pernah dilaporkan, walaupun selepas isu ini telah dihebohkan oleh pihak media tidak lama dahulu," kata Tony dalam kenyataan beliau semalam.

Anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd kini menguruskan pemberian permit perlombongan pasir di Selangor, di mana setiap operator lombong pasir mendapatkan permit melalui tender terbuka atau permintaan sebut harga kerana rundingan terus tidak lagi dilayan.

Justeru itu, operator ala 'Ali Baba' yang mendapatkan permit melalui cara melobi dan melantik kontraktor lain untuk menjalankan aktiviti perlombongan agar mendapat keuntungan besar dan cepat tidak dapat lagi dilakukan kerana dalam tender terbuka, kroni Umno-BN kotor ini jelas gagal kepada operator perlombongan yang jujur dan telus.

"Sistem KSSB yang telus ini telah menyebabkan ramai operator yang gagal untuk mencemuh pengurusan KSSB yang jelas telus dan memberikan peluang persaingan yang setara kepada semua.

"Jika dibandingkan dengan pengurusan Umno-BN dahulu, KSSB telah berjaya mengutip RM8.17 juta untuk sembilan bulan pertama dibandingkan dengan RM4.39 juta untuk keseluruhan tahun 2007 dibawah Umno-BN, peningkatan sebanyak 86.1 peratus. Untuk keseluruhan 2009, KSSB berjaya mengutip RM13.76 juta, peningkatan sebanyak 213 peratus.

"Dalam separuh tahun pertama 2010, KSSB mencatat kutipan RM15.3 juta, selaras dengan sasaran 500 peratus peningkatan untuk tahun 2010. Jumlah ini membuktikan betapa efisyen, telus dan cekap pengurusan KSSB.

"Rakyat juga perlu tahu, semua keuntungan ini digunakan oleh kerajaan Pakatan Selangor untuk membiayai skim kebajikan untuk rakyat," jelas Tony lagi.

Menyentuh mengenai isu air, Tony berkata keazaman Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengekalkan tarif air dan memperbaiki kualiti perkhidmatan bekalan air menyebabkan percanggahan dengan Syarikat Bekalan Air Bhd, sebuah anak syarikat kroni Umno, Puncak Niaga Holdings Bhd.

Malah Timbalan Perdana Menteri mencemuh pengurusan air di Selangor tetapi lupa negeri yang pernah ditadbirnya selaku Menteri Besar satu ketika dahulu mempunyai tarif air paling tinggi di negara ini

Tambah Tony lagi, Abdul Khalid bertegas tidak berganjak daripada keputusannya untuk membantu rakyat jelas walaupun berdepan dengan taktik kotor dan jijik yang digunakan oleh kroni Umno-BN, Puncak Niaga dan disokong pula oleh Kerajaan Pusat.

"Puncak Niaga mahu membebankan rakyat Selangor dengan meningkatkan tarif air 37 peratus lagi, dan sehingga kini tidak mahu menerima cadangan kerajaan negeri Selangor untuk memperbadankan industri air Selangor yang mana bukan hanya dapat mengurangkan lagi tarif semasa, tetapi juga dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air.

"Sebaliknya, mereka bertindak mengutuk usaha kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu yang bertujuan membantu warga yang miskin dan tidak berkeupayaan membayar bil yang tinggi.

"Muhyiddin patut memberitahu kroninya supaya jangan harapkan wang mudah masuk poket seperti dahulu dan buang sikap 'mentaliti subsidi' mengharapkan kerajaan Umno-BN melontarkan habuan. Kalau mereka mahu rakyat menerima potongan subsidi yang tidak munasabah, maka sudah pasti kroni Umno-BN yang telah mendapat habuan besar sebelum ini boleh mula belajar mencari wang halal," tegas Tony lagi.

Anak Luar Nikah Dan Kepemimpinan Negara

Posted: 23 Jul 2010 09:33 PM PDT

SUARA KEADILAN

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah telah pun mengisytiharkan negara ini sedang menghadapi krisis moral yang amat parah. Baginda menjadikan perangkaan kes anak luar nikah yang mening-kat saban tahun sebagai ukuran betapa kalutnya persoalan moral rakyat Malaysia hari ini. Baginda bertitah dari tahun 2000 hingga Julai 2008, Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan 257,000 sijil kelahiran tanpa catatan nama bapa. Ini bermakna purata 2,500 anak luar nikah dicatatkan setiap bulan atau 84 kes sehari.

Kita percaya perangkaan yang ditukil oleh baginda adalah betul. Malah, jumlahnya mungkin lebih besar daripada itu kerana kita percaya banyak lagi kes anak luar nikah yang langsung didaftarkan.

Sesungguhnya kita percaya jika diambil kira arah tuju negara hari ini, bukan mustahil perangkaan baginda itu adalah satu realiti. Kita juga berpendapat bahawa fenomena ini yang bertali arus hingga meningkatnya kes buang bayi adalah cerminan kesihatan mental dan moral negara ini.

Namun tidak mungkin ada asap tanpa api. Yang perlu dipastikan apakah dan dari manakah asal api ini?

Para pemimpin negara, terutama yang beragama Islam tentu pernah diingatkan bahawa rakyat itu mengikut agama pemerintahnya. Bagi Parti Umno yang kini berbangga dengan rekrut ulama mudanya tentu pernah menemui pesanan ini ketika mentelaah kitab-kitab agama yang melayakkan mereka digelar ulama. Lantas kita ingin menekankan bahawa fenomena anak luar nikah dan buang bayi ini adalah rentetan daripada cara, arah dan acuan masyarakat yang dibina oleh pemerintah.

Lumrahnya, fenomena memalukan begini membabitkan generasi muda yang kurang pan-duan agama dan hidup dalam satu struktur masyarakat yang dibentuk oleh pemerintah melalui sistem pendidikan, ekonomi dan sosialnya. Jika longgar ikatan dan pantauan jaringan sosialnya, sudah pasti generasi yang dicerna adalah merupakan generasi yang longgar akhlak dan pegangan agamanya.

Perkara ini tidak menghairan-kan. Jika diperhatikan di segi kepemimpinan politik, memang ke arah itulah masyarakat Malaysia ini digembala. Keruntuhan moral cuma boleh berlaku dalam masyarakat yang rapuh pegangan agama, moral dan juga ketulusan pimpinannya. Kita katakan demikian kerana hari ini soal ketulusan dan kejujuran bukanlah jenama yang sinonim dengan kepimpinan ne-gara. Kita boleh perhatikan betapa pemimpin kerap berdolak-dalik dalam membuat keputusan dan memberi pengarahan kepada masa depan rakyat.

Memang banyak yang belum langsai dalam soal pembentukan bangsa dan rakyat yang seimbang nilai moral dan fizikalnya dan materi. Ini semua adalah natijah tindak-tanduk pemimpin yang menjadi cermin masyarakat. Perhatikan sahaja sistem pendidikan negara yang sering berubah bukan ke arah yang lebih mantap tetapi sebalik ke lembah kecela-ruan. Soal bahasa pengantar, soal sukatan dan ukuran pengajaran serta pembelajaran masih belum terlerai meskipun negara sudah lebih setengah kurun merdeka.

Pada suatu ketika dahulu, pemimpin-pemimpin negara sering membandingkan pencapaian negara kita dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan sezaman dengan kita tetapi masih belum mampu mencatat kemajuan dan pembangunan se-taraf kita.

Bagaimanapun apabila pecah khabar berhubung krisis moral negara dari titah seorang putera raja, maka perlulah kita mempertimbang semula sama apa yang dikatakan kemajuan dan pembangunan yang dicapai selama ini berbaloi atau sebaliknya.

Memang kita idamkan hidup dalam sebuah negara yang aman dan makmur. Bagaimanapun dalam menuju ke arah itu, kita seharusnya waspada supaya setiap langkah yang diatur tidak membelakangkan persoalan nilai dan moral. Apabila ada pemimpin yang bercakap berdolak-dalik kerana mengira bahawa setiap media akan menyerongkan ucapannya sebagai kebenaran, maka inilah akibatnya – nilai moral rakyat akan menjadi longgar kerana pembohongan disangka boleh ditutup dengan menutup mulut media.

Kita memilih untuk menyatakan kebenaran. Kita percaya yang mencemburui pegangan dan amalan kita adalah pihak yang memang lazim dengan industri pembohongan.

Dalam sistem media di negara ini sistem media bermula daripada pimpinan politik negara.

Natijahnya soal nilai dan akhlak tidak menjadi keutamaan. Apabila negara dibangun dengan pembohongan, rasuah dan salah guna kuasa maka natijahnya ialah jiwa dan moral rakyat akan runtuh.

Kes anak luar nikah yang bertambah adalah secalit masalah yang moral yang sedang dihadapi negara yang berpaksikan co-rak pemimpin yang ada. negara menghadapi bukan sahaja krisis moral, ia juga dilanda krisis kepercayaan. Selamatkan Malaysia.

Harapan masih ada.

Pakatan Friends Facebook Group Dijangka Tarik Sokongan Generasi Muda

Posted: 23 Jul 2010 09:29 PM PDT

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat Sabah akan melancarkan 'Pakatan Friends Facebook Group' secara rasmi dalam usaha untuk mengembeleng sokongan dalam usaha menawan Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum Ke-13 nanti.

Majlis yang akan diadakan di Hotel Yaho,Sembulan,Kota Kinabalu pukul 1.30 petang hari ini akan turut disiar secara langsung melalui web tv melalui alamat http://www.ustream.tv/channel/pakatan-friends-online-tv.

Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Sabah, Ronnie Klassen pelancaran secara online dilakukan bagi menarik minat generasi muda supaya menyokong perjuangan Pakatan Rakyat bagi mengambil alih pentadbiran negeri Sabah pada PRU akan datang.

"Buat masa ini, kita sudah berjaya menarik keahlian kira-kira 2,000 orang di mana 70 peratus terdiri daripada ahli ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat manakala selebihnya bukan ahli tetapi penyokong kuat Pakatan Rakyat.

"Tujuan utama ditubuhkan 'Pakatan Friends Facebook Group' adalah untuk menawan negeri Sabah dalam PRU-13 nanti dan kami menyeru generasi muda di negeri Sabah dan Sarawak untuk keluar dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan rasuah Umno-Barisan Nasional.

"Ramai di antara generasi muda ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang boleh menggantikan pemimpin yang ada sekarang ini," kata Ronnie kepada Suara Keadilan.

Di samping itu, katanya kumpulan itu juga akan memberikan motivasi kepada penyokong supaya tidak gentar kepada intimidasi yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN.

"Kita juga akan mengelilingi seluruh negeri Sabah untuk mengajak generasi muda ini bersama kita dan menerangkan kepada mereka situasi sebenar negara.

"Selama 47 tahun, apa yang Umno-BN ceritakan kepada rakyat, semuanya bohong belaka, kita tidak mahu generasi muda ini duduk di rumah dan berdiam diri tanpa melakukan apa-apa," ujar Ronnie lagi.

Pada masa yang sama, kumpulan itu akan berusaha untuk menambah ahli dalam siri jelajah dan menganjurkan ceramah di seluruh negeri Sabah nanti.

Majlis perasmian itu akan turut dihadiri pemimpin-pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP termasuk Bendahari Negeri DAP, Frederick Fong, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Sabah, Anuar Ali serta Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu.

Watak Warak Saiful Akhirnya Terbongkar Hipokrit Jalin Hubungan Sulit Dengan Pendakwaraya

Posted: 23 Jul 2010 09:20 PM PDT

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM - Dakwaan saksi utama kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam hubungan 'romantik'dengan salah seorang anggota pasukan pendakwa menyerlahkan perwatakan dan peribadi sebenar bekas pembantu Ketua Pembangkang tersebut yang menonjolkan imej baik dan warak sepanjang perbicaraan.

Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, sikap hipokrit Saiful itu menguatkan lagi teori bahawa beliau sememangnya terlibat dengan konspirasi untuk menyumbat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara Sungai Buloh bagi mematikan perjuangan Pakatan Rakyat.

"Sebelum ini, kesungguhan pihak pendakwaan dan media memberikan gambaran bahawa Saiful seorang yang kuat sembahyang sehingga 'dahinya hitam' nampaknya tidak benar sekali.

"Dakwaan ini sebenar menunjukkan watak sebenar Saiful yang sebelum ini dikatakan individu yang baik nampaknya menyimpang jauh.

"Selepas ini rakyat akan lebih percaya bahawa tuduhan itu hanya untuk menamatkan karier politik Anwar sekaligus untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin semalam mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwaraya, sedang menjalin hubungan sulit dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya akan diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Sementara itu, Mohd Yusof enggan mengulas sama ada sama ada anggota wanita itu akan digugurkan daripada pasukannya atau tidak.

Beliau kemudiannya menafikan dakwaan tersebut dengan alasan tidak tahu menahu berhubung tuduhan itu.

Walau bagaimanapun katanya lagi, beliau akan berbincang dengan pasukannya itu pada 2 Ogos ini sama ada anggota wanita itu akan dikekalkan bersama pasukannya itu.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Tambahnya, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes Fitnah II ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Inkues Teoh Beng Hock: Tiada bunyi jeritan

Posted: 23 Jul 2010 09:17 PM PDT


BERNAMA


SHAH ALAM – Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah yang memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock di sini hari ini memberitahu bahawa tiada sebarang bunyi jeritan kedengaran dan tiada sesiapa dipukul sepanjang beliau ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tan, 40, yang ditahan dan disoal siasat SPRM pada hari yang sama dengan Teoh berkata beliau juga bebas bergerak untuk ke tandas dan minum air sebelum dan selepas selesai disoal siasat oleh pegawai di situ.

Katanya, beliau mula ditahan jam 8 malam pada 15 Julai tahun lepas di rumahnya dan dibebaskan keesokannya pada jam 3 petang.

Menceritakan bagaimana beliau terserempak dengan Teoh, Tan yang juga ahli perniagaan berkata beliau melihat pembantu politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor itu pada jam 5 pagi ketika beliau dalam perjalanan ke tandas.

"Saya nampak dia (Teoh) berjalan mundar mandir di pantri dengan muka mengadap ke lantai. Saya tanya dia 'Teoh, kamu masih di sini?', dia tengok saya dan tak balas, saya kemudian ke bilik air terus," katanya ketika disoal Timbalan

Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abas yang membantu Koroner Azmil Muntapha Abas dalam prosiding itu.

Tan juga memberitahu bahawa beliau mendapati ketika itu Teoh tidak mengalami sebarang kecederaan serta tidak mengadu apa-apa.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai, 2009 di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan dalam siasatan berhubung penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor, yang

pejabatnya terletak di bangunan yang sama.

Ketika disoal Ketua Pendakwa SPRM Datuk Abdul Razak Musa adakah pada malam itu (ketika bertemu Teoh) beliau telah memarahi Teoh kerana Teoh menyebabkannya di panggil oleh SPRM, Tan berkata: "Tidak."

Beliau juga menafikan memarahi Teoh kerana melibatkannya dalam isu tuntutan pembelian bendera sempena hari kemerdekaan serta menafikan marah dengan SRPM kerana beliau terpaksa membayar RM20,000 selepas kalah dalam kes samannya terhadap SPRM.

Tan, ketika disoal Abdul Razak kelihatan beremosi dan sesekali kedengaran suaranya yang agak kasar terutama apabila Abdul Razak memintanya menjawab soalan dengan serius dan tepat.

Tan juga kadang-kala enggan berhenti bercakap, tergelak-gelak dan melontarkan kata-kata seolah-olah memperli Abdul Razak. Beliau beberapa kali ditegur oleh Koroner supaya lebih fokus.

Ketika disoal Abdul Razak berkenaan perjumpaannya dengan Teoh dan dikatakan beliau telah terserempak dengan si mati pada pukul 2.30 pagi bukan seperti didakwanya pada jam 5 pagi, Tan berkata: "Tidak"

Tan juga menafikan beliau ada menjerit 'ini semua lu punya pasal' kepada Teoh di dalam tandas sepertimana didakwa oleh Penolong Penguasa SPRM Putrajaya,

Bulkani Paharuddin dalam perbicaraan lalu.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa Teoh ada memintanya untuk membekalkan bendera melalui syarikat milik isterinya (Tan) dan SPRM menahannya untuk menyoal siasat berhubung perkara itu.

Terdahulu, ketika disoal peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh, Tan memberitahu pegawai SPRM telah menyoalnya dalam keadaan berdiri selama empat jam dan disoal dengan cara yang kasar.

"Ada pegawai yang cucuk muka saya (bahagian dahi dengan jari) dan cakap 'you tak faham bahasa ka?','you dari China ka', 'macam ni ka ahli majlis'. Mereka juga tanya pasal bini (isteri) saya, tetapi mereka tidak percaya dan kata nak

bawa anak bini saya ke situ," katanya.

Tambahnya, ketika itu timbul persoalan mengapa beliau yang pada awalnya dikatakan sebagai saksi disiasat sedemikian rupa dan beliau tidak dibenarkan pulang sehinggalah keesokannya (16 Julai 2009).

Tan berkata selepas disoal selama empat jam, beliau dibenarkan minum air di pantri dan selepas itu dibenarkan tidur kira-kira jam 2.45 pagi. Beliau ke bilik air untuk kali pertama pada jam 5 pagi (bertembung dengan Teoh) dan kali kedua pada kira-kira jam 7 pagi.

Abdul Razak yang menyoal Tan kemudiannya mencadangkan bahawa keterangannya yang dirinya disoal dalam keadaan berdiri adalah rekaan semata-mata, Tan dengan tegas berkata: "Tidak."

Terdahulu, di awal prosiding, Koroner Azmil menolak permohonan Abdul Razak untuk memanggil saksi yang mempunyai kaitan dengan invois yang dicetak dari komputer riba Teoh.

Azmil menetapkan 9 Ogos untuk sambung bicara.

Gempa bumi di Sumatera, gegaran dirasai di pantai barat Semenanjung

Posted: 23 Jul 2010 09:05 PM PDT

BERNAMA

Kuala Lumpur — Gempa bumi pada magnitud 6.1 pada skala Richter berlaku di utara Sumatera, Indonesia pagi ini dan gegarannya turut dirasai di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian itu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa bumi itu berlaku 10.11 pagi, berpusat di 40km tenggara Padang Sidempuan, Indonesia dan 307km tenggara Klang, Selangor.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Wilayah Persekutuan Azizan Ismail berkata pihaknya menerima beberapa panggilan daripada pengurus bangunan di sekitar ibu negara yang memaklumkan berlakunya gegaran kecil.

Antaranya bangunan yang menempatkan bank, hotel dan beberapa pangsapuri, katanya.

Turut merasai gegaran kecil ialah ibu pejabat bomba Kuala Lumpur di Jalan Maharajalela, katanya dan menurutnya pihaknya menasihatkan pihak pengurusan bangunan membuat pemeriksaan sendiri.

Beliau dimaklumkan pengurus bangunan juga tidak meminta penghuni untuk mengosongkan bangunan.

Pihak bomba akan memantau perkembangan tersebut melalui maklumat terkini Jabatan Meteorologi, katanya.

Penduduk apartmen Seri Semarak ibarat jatuh ditimpa tangga

Posted: 23 Jul 2010 09:03 PM PDT


TV SELANGOR

RAWANG, – Ibarat jatuh ditimpa tangga, begitulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan masalah penduduk di apartmen Seri Semarak, Bukit Beruntung di sini.

Selasa lalu,bumbung di dua blok pangsapuri ini diterbangkan ribut dan semalam mereka terpaksa bergelap apabila pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa memotong bekalan kerana bimbang boleh menjejaskan keselamatan penduduk.

ESQ: Jakim jangkakan fatwa negeri dalam waktu terdekat

Posted: 23 Jul 2010 09:03 PM PDT

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjangkakan majlis-majlis agama negeri akan mengeluarkan fatwa masing-masing susulan kekeliruan yang timbul selepas keputusan mengharamkan program ESQ yang diambil Wilayah Persektuan bulan lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata beliau menjangkakan fatwa negeri-negeri akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.

"Fatwa tertakluk kepada pentadbiran negeri, jadi negeri-negeri ada bidang kuasa, dijangka akan keluarkan fatwa mereka mengenai isu," kata Wan Mohamad ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ketika ditanya sama ada negeri-negeri akan mengadakan perbincangan khas mengenai fatwa ESQ, Wan Mohamad berkata, beliau merasakan negeri-negeri akan membincangkan perkara-perkara lain sekali.

Bagaimanapun Wan Mohamad menegaskan, keputusan diambil Mufti Wilayah Persekutuan dalam isu ini adalah hak dan kuasa beliau.

Jelas beliau, lazimnya negeri-negeri akan mengikuti fatwa yang diputuskan oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

"Kalau ikut amalan sekarang, pengalaman lalu, negeri-negeri jarang menolak... memang jarang tolak Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, mufti Wilayah Persekutuan buat kajian mereka, kami pun ada menjalankan kajian dan ia juga digunakan," katanya.

Pada 14 Julai lalu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa kursus Latihan Kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh ESQ.

Pengerusi jawatankuasa itu Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata keputusan itu dibuat setelah muzakarah yang bersidang pada 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam kursus tersebut boleh diperbetul dan diperjelaskan.

Katanya muzakarah turut memutuskan pihak ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti dan perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan atau yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan syariat Islam.

"Sepertimana yang termaktub dalam undang-undang, kuasa untuk mengeluarkan fatwa adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri.

"Muzakarah menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri termasuklah fatwa mengenai ESQ yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan," katanya ketika mengumumkan keputusan mengenai status ESQ.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd itu kerana mendapati ajarannya menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

ESQ yang ditubuhkan di negara ini pada 2006 merupakan sebuah syarikat yang menjalankan latihan modal insan dan ia diasaskan oleh warga Indonesia, Dr Ary Ginanjar Agustian.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim sebelum ini memberitahu bahawa Jakim akan meneliti semula program motivasi anjuran ESQ Leadership Center yang diharamkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana dikatakan mendukung fahaman liberalisme.

Mashitah berkata, Jakim akan meneliti dan mendalami modul ESQ terlebih dahulu untuk melihat dengan lebih jelas apa yang disifatkan sebagai menyeleweng itu.

Setakat ini lima negeri telah memutuskan untuk membenarkan ESQ mengadakan kursus motivasi di negeri itu kerana konsep dibawa syarikat berkenaan tidak bercanggah dengan syarak dan akidah Islam.

Melaka adalah negeri kelima membenarkan program berkenaan.

Sebelum ini Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Pahang telah memberi kebenaran kepada ESQ.

Perkasa ‘rompak’ identiti kami – Orang Asli

Posted: 23 Jul 2010 05:11 PM PDT


PERKASA_LOGO Oleh Rahmah Ghazali dan Hisyam Salleh

OLAK LEMPIT (Selangor): Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menimbulkan kekecuhan di kalangan parti Umno, kini berdepan pula dengan satu lagi kumpulan yang tidak diduga, Orang Asli.

Dewi Malam, wakil Tok Batin dari Kampung Orang Asli di Pulau Kempas berkata NGO Melayu itu telah "merompak" identiti mereka dengan menggunakan perkataan "pribumi" pada singkatan nama pertubuhan itu.

Perkasa, bermatlamat untuk mempertahankan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu telah ditubuhkan dan diterajui oleh pemimpin bersuara lantang, Ibrahim Ali, bagaimanapun mempertahankan penggunaan nama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

"Tetapi pribumi bermakna orang asal, bermaksud merekalah yang pertama memiliki tanah di Semenanjung ini. Pribumi bermakna mereka tidak perlu membayar atas tanah mereka kerana mereka adalah pemilik tanah.

"Itulah apa yang dimaksudkan dengan pribumi, dia adalah tuan, dia adalah sultan dan dia adalah raja," kata Dewi.

Dan Perkasa tidak mempunyai hak eksklusif terhadap pribumi katanya, kerana ianya berbeza dengan perkataan "bumiputera", istilah yang dicipta oleh Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman untuk mengiktiraf kedudukan istimewa orang-orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

"Perkasa tidak boleh mendakwa mereka sendiri adalah pribumi. Ia sepatutnya digugurkan dari nama singkatan mereka. Mereka hanya boleh mendakwa mereka adalah bumiputera," katanya.

Kami telah hilang identiti 'Melayu'

Menerangkan lebih lanjut, Dewi berkata, malahan orang-orang Melayu berasal dari enam jenis sub-etnik pribumi, termasuk, Jakun, Kuala, Kanap dan keturunannya, Temuan.

"Tetapi sub-etnik ini telah dipinggirkan dan tidak pernah diiktiraf tetapi mereka yang berasal dari Banjar atau Jawa diiktiraf sebagai Melayu. Apa yang tinggal kepada mereka tidak ada apa-apa lagi kecuali sejarah," kata Dewi.

"Sekarang ini Temuan terutamanya, dikategorikan sebagai Sakai, satu lagi puak pribumi yang kadangkala merupakan satu penghinaan apabila disebut perkataan itu.

"Jadi apabila identiti Melayu kami hilang dan malah disebut sebagai Orang Asli, kesemua hak kami telah diambil termasuk tanah nenek moyang kami.

Malahan orang-orang Melayu, di mana identiti mereka boleh dipersoalkan, merompak hak kami. Macam mana kami nak kata mereka adalah orang Melayu?" soal Dewi.

Dan apa yang orang tidak sedar ialah perkataan "Melayu" itu berasal dari bahasa Temuan, yang bermaksud "orang-orang yang bekerja", katanya.

Pengusaha kena patuh: Ismail

Posted: 23 Jul 2010 05:08 PM PDT

SINAR HARIAN

PUTRAJAYA - Amaran kepada pengusaha stesen minyak negeri-negeri berhampiran sempadan negara jiran seperti Thailand dan Singapura! Larangan penjualan petrol RON 95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran negara asing tetap dilaksana pada 1 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat negara ini.

"Alasan bahawa mereka memerlukan masa tidak timbul kerana pengharaman penjualan itu tidak melibatkan sebarang perubahan pada stesen minyak dan memerlukan penggunaan duit.

"Bukan saya tidak mahu layan permintaan mereka, tetapi harap mereka kena faham hasrat kerajaan memberikan subsidi hanya pada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas permintaan Persatuan Penjual Petrol agar kerajaan melanjutkan tempoh pelaksanaan larangan itu selama sebulan bagi membolehkan pengusaha stesen minyak dan pemilik kenderaan asing menyesuaikan diri dengan peraturan tersebut.

Ketika mengumumkan penyelarasan subsidi ke atas bahan api dan gula minggu lepas, kerajaan turut berkata, bermula 1 Ogos ini kenderaan bernombor pendaftaran asing hanya dibenar membeli petrol RON 97.

Ismail Sabri berkata, tempoh diberi kerajaan itu adalah memadai memandangkan ia tidak melibatkan perubahan besar.

Isnin lalu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Samad mencadangkan pengusaha minyak di negeri itu mewujudkan pam khas kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing untuk elak penyelewengan terhadap penjualan petrol RON 95.

Katanya, cadangan itu bagi melicinkan pengurusan stesen minyak sekali gus memastikan sekatan penjualan itu dipatuhi.

"Sekatan itu adalah langkah baik kerajaan untuk memelihara kepentingan rakyat terhadap barangan subsidi itu.

"Pemilik stesen minyak pula harus beri kerjasama dalam menjayakan usaha kerajaan itu dan bukannya memikirkan keuntungan semata-mata," kata Shahrir.

Taktik tipu wang internet tawar kerjaya di luar negara

Posted: 23 Jul 2010 04:41 PM PDT

BERITA HARIAN ONLINE

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diberi amaran awal mengenai satu lagi taktik penipuan wang melalui internet yang akan menular ke negara ini tidak lama lagi, membabitkan tawaran kerja menarik yang palsu di luar negara seperti Amerika Syarikat, negara Arab dan Eropah.

Melalui pendekatan baru itu, mangsa akan diperdaya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang didakwa sebagai bayaran bon jaminan diri untuk membiayai penajaan mereka apabila tiba di negara terbabit kelak.

Ancaman trend jenayah itu sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa ia mungkin menjerat golongan yang masih menganggur, termasuk graduan dan yang ingin memperbaiki taraf kehidupan dengan merebut peluang kerja menarik di luar negara.

Perkara ini didedahkan penganalisis jenayah terkenal, Kamal Affandi Hashim, yang mendapati kes penipuan sedemikian sudah menyerang warga di negara seperti Filipina dan China.

Beliau yang juga Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) yakin corak perangkap menggunakan faktor ekonomi melalui tarikan kerja palsu di luar negara, akan menular dalam masa terdekat seiring perubahan landskap jenayah siber yang tidak lagi terbatas kepada taktik penawaran barang atau perkhidmatan yang semakin disedari ramai.

"Antara peluang kerjaya palsu yang ditawarkan ialah kononnya di syarikat antarabangsa, pelantar minyak serta dalam sektor pembinaan, manakala mangsa pula dicari secara rawak melalui internet.

"Apabila mangsa terpedaya dan memasukkan wang untuk bon jaminan diri, mereka tidak lagi mendengar khabar daripada pihak yang berurusan itu," katanya kepada Berita Harian.

Kaji Punca Berlakunya Kes Pembuangan Bayi Secara Mendalam

Posted: 23 Jul 2010 04:37 PM PDT

MSTAR ONLINE

KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata isu pembuangan bayi yang semakin menular dalam masyarakat ketika ini perlu dikaji secara mendalam dengan mencari punca utama kenapa kes tersebut berlaku.

Beliau berkata dengan hanya menyediakan tempat untuk bayi-bayi terbuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan menyelesaikan masalah tersebut sebaliknya lebih banyak usaha perlu dilakukan melalui pendekatan agama dan pengukuhan institusi keluarga.

"Seperti masalah gatal pada kulit, ia tidak mencukupi hanya dengan menyapu minyak pada bahagian yang gatal, sebaliknya kita mesti tahu kenapa kita menghadapi masalah tersebut sama ada melalui pemakanan dan begitu juga masalah bayi ini kenapa ia berlaku," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada program sesi bersama pemimpin, perpaduan 1Malaysia di sini, Jumaat.

Katanya kes pembuangan bayi semakin serius sejak akhir-akhir ini dan ia merupakan antara masalah utama dalam masyarakat ketika ini selain masalah penceraian rumah tangga.

Menurutnya peranan institusi keluarga yang menjadi asas utama dalam membentuk sebuah mesyarakat yang lebih maju dan bertamadun perlukan perhatian khasnya yang melibatkan pendidikan awal akhlak anak-anak.

Mashitah berkata gaya hidup dalam sesebuah keluarga banyak mempengaruhi cara pemikiran anak-anak hari ini kerana mereka akan lebih mudah meniru apa yang dilakukan oleh orang tua mereka sendiri sama ada ia perbuatan yang baik mahupun sebaliknya.

Kes Jual Bayi : Datuk Dan Isteri Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Posted: 23 Jul 2010 04:35 PM PDT

BERNAMA

KUCHING: Lapan suspek termasuk ahli perniagaan bergelar "Datuk" dan isterinya yang ditahan reman berhubung dakwaan terbabit dalam sindiket jual bayi, dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat.

Datuk berusia 65 tahun dan isterinya berumur 43 tahun serta empat anggota keluarganya dan dua rakan mereka, berumur antara 24 hingga 40 tahun, dibebaskan pagi ini selepas tempoh reman mereka tamat pada Jumaat.

Datuk itu dan isterinya serta empat anggota keluarga ditahan di rumah mereka di Jalan Stampin Tengah Rabu lepas manakala dua lagi dipercayai rakan kepada Datin, seorang wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia, masing-masing ditahan di Green Height dan Batu Kawa Khamis lepas.

Bagaimanapun perintah tahanan reman terhadap lelaki berumur 46 tahun iaitu sepupu kepada Datin dilanjutkan sehingga Isnin depan oleh Majistret Nelson W. Angang.

Pendaftar Mahkamah Abdul Razak Isnawi turut melanjutkan tempoh tahanan reman dua beradik perempuan warga Indonesia, berusia 22 dan 19 tahun kepada tujuh hari lagi.

Dua beradik itu ditahan di sebuah rumah di Batu Kawa Jumaat lepas dan polis menemui seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun dalam rumah itu.

Dipercayai rumah itu digunakan sebagai pusat transit sebelum bayi itu dijual.

Sementara itu, seorang jurugambar media ditolak dan diugut oleh anggota keluarga Datuk berkenaan semasa jurugambar itu cuba merakamkan gambar Datuk itu dan tujuh yang lain sebelum mereka meninggalkan kompleks mahkamah pagi ini.

Sejumlah 17 orang telah direman berhubung sindiket jual bayi itu mengikut Akta Antipermerdagangan Orang 2007.

Bagaimanapun, sepasang suami-isteri dan pemandu Datuk itu yang turut ditahan berhubung kes itu dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Semalam, tahanan reman seorang lelaki berumur 53 tahun, dipercayai orang yang membekalkan bayi itu, dilanjutkan ke Isnin depan dan tahanan reman seorang wanita warga Indonesia dilanjutkan sehingga Khamis depan.

Tahanan reman bagi seorang lelaki tempatan berumur 40-an akan tamat esok.

Polis menemui lapan kanak-kanak berumur sebulan hingga 12 tahun di lokasi berlainan di bandar raya ini sejak penahanan seorang wanita Indonesia berumur 32 tahun pada 12 Julai selepas wanita itu didakwa cuba menjual seorang bayi dengan bayaran RM10,000 kepada anggota polis yang menyamar.

Kanak-kanak berkenaan kini ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri. -

Palanivel: Ada ahli tak senang Murugiah sertai MIC

Posted: 23 Jul 2010 04:34 PM PDT

BERNAMA


Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel berkata beliau sedar ada sebilangan ahli parti di peringkat akar umbi tidak menyenangi langkah parti itu menerima keahlian Senator T Murugiah.

"Adalah biasa bagi mana-mana ahli memberi reaksi sama ada bersetuju atau membantah langkah seperti ini," kata Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu kepada pemberita selepas melawat Ladang Coalfield, Sungai Buloh, dekat Kuala Lumpur, hari ini.

Palanivel, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC semalam yang menerima permohonan keahlian Murugiah, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Murut murugiahgiah,, yang dipecat oleh Parti Progresif Penduduk (PPP) selepas tidak sehaluan dengan presiden Datuk M. Kayveas, telah memohon menyertai MIC.

Semalam, presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengumumkan MIC telah menerima permohonan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu selepas mempengerusikan mesyuarat CWC di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya anggota jawatankuasa majlis tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) yang telah dipecat itu tidak akan diberikan sebarang jawatan.

Tiada ulasan: