Jumaat, 16 Julai 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


NGO Islam Protes Isu FBI? Negara Najib Rosmah Kan, Biar La

Posted: 16 Jul 2010 09:00 AM PDT

NGO Islam protes persidangan FBI di KL

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 16 Julai — Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) membantah penganjuran Persidangan FBI National Academy Associates Asia-Pacific Ke-13 di ibu negara mulai Ahad ini.

Setiausaha Agungnya, Azmi Abdul Hamid berkata kerajaan harus membatalkan penganjuran persidangan enam hari itu atas alasan FBI atau Biro Siasatan Persekutuan merupakan cabang militan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan hegemoni ke atas negara lain.

"Adalah amat memalukan pegawai kanan polis kita bekerjasama dengan polis AS yang menyeksa umat Islam di AS, membunuh orang awam yang tidak berdosa di Afghanistan dan Iraq, dan mengintip umat Islam yang memperjuangkan keadilan dan kebebasan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, National Academy melatih pegawai kanan polis dari AS serta mereka dari luar Amerika, termasuk dari Malaysia, Indonesia, Mesir, Arab Saudi dan Israel.

"Walaupun latihannya terang-terang untuk memajukan kepakaran penguatkuasaan undang-undang, ia juga menyampaikan maklumat kepada pelatih persepsi Amerika berhubung isu global.

"Contohnya pelatih akan diasak dengan kepentingan dan keperluan untuk memerangi keganasan global. Pergerakan Pembebasan Kebangsaan seperti Hizbullah, Hamas dan penentangan terhadap penduduk Amerika di Afghanistan dikategorikan sebagai pengganas.

"Menurut laman sesawang FBI, pelatih akan dibawa untuk mengunjungi Muzium Holocaust di Washington sebagai 'komponen moral dan etika untuk latihan. Sudah tentu agenda tersembunyi ini adalah untuk melahirkan simpati untuk Zionis dengan mengesahkan penubuhan Israel di tanah Palestindan untuk mewajarkan dasar pro-Israel oleh Amerika," katanya.

Beliau berkata kunjungan itu dilakukan dengan kerjasama Anti-Defamation League, pertubuhan Zionis yang menganggap kritikan terhadap pendudukan oleh Israel dan kekejamannya sebagai anti-Semitik.

"Latihan pegawai kanan polis di National Academy merupakan sebahagian daripada dasar Amerika untuk mempengaruhi mereka yang berada dalam kedudukan penting di dalam institusi penting seperti polis, tentera, kehakiman, parlimen, NGO yang akan menjaga kepentingan AS.

"Di Iraq dan Afghanistan FBI telah melatih beratus pegawai yang akan memastikan negara itu terus menjadi pengikut kepada Amerika apabila tenteranya meninggalkan negara itu," katanya.

Mohd Azmi berkata tumpuan AS kini adalah Indonesia yang mempunyai penduduk Islam paling ramai dan dijangka memainkan peranan penting dalam hal ehwal antarabangsa dalam masa terdekat.

"Kami merasa amat terkejut memandangkan kesengsaraan dan penderitaan saudara-saudara kita tidak menyentuh perasaan pegawai kanan polis kita. Bagaimana mereka boleh bekerjasama dan meraikannya dengan mereka yang menimbulkan kekacauan di dunia Islam?

"Justeru kami menggesa kerajaan menghentikan segera persidangan tersebut dan tidak menghantar pegawai polis atau tentera untuk mendapat latihan di AS.

"Sebagai ganti mereka boleh dilatih di negara lain seperti India, Sweden, Iran dan lain-lain negara yang tidak mempunyai agenda hegemoni," tegasnya.

Felda United sahkan kejuaraan Liga Perdana

Posted: 16 Jul 2010 08:36 AM PDT

Felda United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana lebih awal walaupun aksi liga tersebut masih berbaki satu perlawanan selepas menewaskan Harimau Muda 1-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka, malam ini.

Keputusan itu meletakkan Felda United memungut 49 mata, empat mata mengatasi pencabar terdekat, PKNS dan Sabah.

Gol tunggal Felda dijaringkan Mohd. Munir Amran pada minit ke-66 menerusi sepakan penalti.

Syabas Mufti Wilayah! Tegas Pendirian

Posted: 16 Jul 2010 08:30 AM PDT

Mufti Wilayah pertahan fatwa, 10 perkara modul ESQ rosakkan akidah


KUALA LUMPUR, 16 Julai — Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh hari ini mempertahankan penwartaan fatwa berkenaan dengan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd yang menurut beliau mengandungi 10 perkara yang boleh merosakkan akidah.

Dalam kenyataan tujuh muka surat untuk menjelaskan respons orang ramai berhubung penwartaan fatwa yang dikeluarkan pihaknya pada 17 Jun lepas, beliau berkata ia perlu dilihat dalam dua konteks iaitu, hukum syarak dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau Akta 505.

Katanya, pengeluaran fatwa itu dibuat melalui proses ijtihad Mufti dan hukumnya wajib bagi seseorang Mufti berpegang dengan pendapatnya seperti yang disepakati kalangan ulama.

Fatwa itu, katanya, dikeluarkan mengikut kuasa Mufti yang diperuntukkan dalam Perkara 33 Akta 505, dan tiada peruntukan dalam akta itu bahawa Mufti perlu menunggu keputusan daripada mana-mana pihak.

Menyentuh tentang penyelarasan fatwa tersebut dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Wan Zahidi berkata banyak keputusan yang dibuat jawatankuasa berkenaan tidak diselaraskan di peringkat negeri walaupun keputusan dibuat secara konsensus.

Beliau juga berkata fatwa itu adalah berdasarkan fakta-fakta daripada empat hasil kajian termasuk oleh Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) yang dimulakan pada ogos 2008 dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Katanya, huraian lanjut berhubung dengan 10 perkara yang boleh merosakkan akidah dalam modul kursus motivasi ESQ akan dibuat melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. — Bernama

Genap Setahun Teo Beng Hock Pergi, Suasana Suram Selubungi Keluarga, Rakan-Rakan

Posted: 16 Jul 2010 07:57 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 16 Julai - Genap setahun selepas kematian Teoh Beng Hock, hari ini ahli keluarga mendiang bersama beberapa orang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat mengunjungi tempat kejadian bagi memperingati mendiang yang merupakan pegawai politik dari DAP itu untuk memberi penghormatan kepadanya.

Mereka hadir ke pejabat lama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam bagi tujuan tersebut sambil membawa jambangan bunga dan peralatan sembahyang. Namun, pihak pengurusan bangunan itu hanya membenarkan enam orang, termasuk bekas majikannya, Ean Yong Hian Wah untuk naik ke tingkat 5 Plaza Masalam, tempat Beng Hock ditemui mati.

Upacara berkabung tersebut mengambil masa kira-kira 30 minit. Keadaan pada waktu itu kelihatan suram.

Selepas tamat upacara tersebut, kumpulan tersebut turun menyertai wakil rakyat yang berucap sambil mengucapkan terima kasih kepada yang hadir.

Adik perempuan mendiang, Teoh Lee Lan sebak dan kelihatan berlinangan air mata sehingga terpaksa mengambil beberapa minit bagi berucap kerana terlalu sedih.

"Beliau harap kebenaran (apa yang berlaku) dapat dijelaskan," kata Adun Teratai Jenice Lee yang menterjemahkan ucapan Lee Lan ke bahasa Melayu.

Ketika bercakap kepada media, Lee Lan berkata, keluarga mereka bercadang berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan inkues yang dijalankan.

Lee Lan memaklumkan bahawa keluarganya bersetuju untuk bertolak ansur bagi menerima inkues dan bukannya suruhanjaya siasatan diraja kerana Najib mengatakan sekiranya mengikut perlembagaan, inkues mesti dijalankan terlebih dahulu.

"Beliau kata inkues (siasatan) akan mengambil masa dua minggu, paling lama dua bulan. Tetapi sekarang sudah setahun. Beliau kata, kita boleh berjumpa dengannya jika tidak berpuas hati. Kita minta surat jaminan tetapi ia tidak dihiraukan," katanya sambil beberapa kali mengesat air mata.

Sementara itu, Gobind Singh Deo yang merupakan peguam keluarga berkenaan mempertikaikan ucapan takziah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat semalam.

"Kenapa baru setahun baru keluar kenyataan sebegini?" soalnya.

Semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed dilaporkan berkata SPRM turut berkongsi kepiluan dan kesedihan dengan keluarga mendiang ekoran insiden malang itu.

Beliau berkata, sebagai seorang ayah dan anak paling tua dalam keluarga,beliau dapat merasi kepiluan yang tidak tertanggung akibat kehilangan ahli keluarga.

Antara mereka yang hadir adalah anggota keluarga Teoh, iaitu ibu, bapa, abang, kakak adik dan bekas majikannya, Ean Yong Hian Wah yang merupakan Exco Selangor. Selain itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Exco Selangor Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar, Datuk Dr Hasan Ali, Dr Halimah Ali, Ronnie Liu serta kira-kira 50 penyokong.

Benar Kata Idris Jala

Posted: 16 Jul 2010 07:00 AM PDT

PULAU PINANG, 16 Julai: Tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikan harga minyak dan gula mulai semalam mengesahkan kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala bahawa negara boleh 'bankap' pada tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak bertindak cepat memotong subsidi beberapa barangan keperluan rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau PInang, Rosidi Husein berkata langkah drastik itu terpaksa dibuat kerajaan Umno BN demi menyelamatkan keadaan ekonomi negara yang kian mengucup walaupun ada menteri masih mempertahankan ekonomi negara berkembang ke tahap yang menyakinkan.

"Apa yang diperkatakan oleh Idris Jala betul dan tidak boleh dinafikan. Untuk mengelak daripada berlaku kejadian yang buruk itu kerajaan terpaksa melakukanya mulai sekarang bukan menanti saat mencemaskan," ujarnya ketika diminta mengulas kenaikan barangan terpenting itu.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak juga kelihatan tidak berani memberi ruang kepada Ahli Parlimen untuk berbahas mengenai isu kenaikan harga minyak dan barangan lain sebaliknya mengistiharkan kenaikan selepas sahaja persidangan Parlimen selesai.

Sikap itu membuktikan apa saja yang kerajaan buat akhirnya untuk menyelamatkan kroni tanpa mengambil tahu kemarahan rakyat di peringkat akar umbi.

"Rakyat harus memikirkan kenaikan tersebut kerana kenaikan harga minyak pasti membuatkan harga keseluruhan barangan keperluan seharian termasuk harga makanan akan meningkat, " jelasnya.

Lazimnya menteri akan bercakap kenaikan harga minyak masih rendah berbanding harga di negara membangun lain termasuk Asean.

Manakala setiap kali ura-ura kenaikan berlaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Ismail Sabri Yaacob akan memberi jaminan kepada rakyat kenaikan tidak akan berlaku tetapi bila jadi kenyataan beliau sendiri lepas tangan dengan kenyataan lain pula.

Semalam kerajaan mengistiharkan kenaikan harga gula kepada 25 sen sekilogram, petro RON95 dan Diesel naik 5 sen dan gas LPG sepuluh sen sekilogram.

Haram Sebut Barang Naik. Sebut Penyelarasan Harga Ok

Posted: 16 Jul 2010 06:30 AM PDT

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan "pelarasan harga" atau "rasionalisasi subsidi".

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

Harakah terbit semula Isnin, skop liputan tidak berubah

Posted: 16 Jul 2010 06:00 AM PDT

Oleh G. Manimaran

Datuk Mustafa Ali menunjukkan surat makluman pembaharuan permit yang diterima daripada Kementerian Dalan Negeri pada sidang media hari ini. — Gambar oleh Jack Ooi

TERKINI

KUALA LUMPUR, 16 Julai — Akhbar dwimingguan PAS, Harakah akan kembali berada di pasaran minggu depan ekoran pembaharuan permit penerbitan yang diterima semalam dengan skop liputan seperti sediakala — mengetengahkan isu-isu semasa.

"Tiada syarat mengenai soal liputan, tidak disebutkan. Tidak seperti dalam kes Suara Keadilan," kata Pengerusi Jemaah Pengarah Harakah Datuk Mustafa Ali pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Bagaimanapun akhbar itu tidak diterbitkan hari ini kerana notis pembaharuan permit hanya diperoleh semalam, kata Mustafa yang juga Setiausaha Agung PAS.

Sebagai akhbar dwimingguan Harakah menemui pembacanya setiap Isnin dan Jumaat dengan edaran dalam lingkingan 100,000 naskhah setiap edisi.

"Ia terlepas satu keluaran, edisi hari ini," kata Mustafa.

Mengenai aspek pengedaran yang dihadkan kepada ahli-ahli PAS sahaja, Mustafa berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan para pengedar petang ini.

"Kami akan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh kementerian, tetapi kadangkala sukar untuk mengenal pasti siapa ahli dan siapa bukan ahli. Kami menganggap sesiapa yang membeli Harakah sebagai ahli PAS... bagaimanapun kami akan berbincang dengan pengedar dan akan menasihatkan mereka," katanya.

Pengurusan Harakah menerima notis pembaharuan permit daripada Kementerian Dalam Negeri semalam.

Laporan media semalam menyebut Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi PAS itu dengan memberi amaran keras supaya ia hanya dijual di markas dan pejabat urusan parti itu sahaja.

Permit penerbitan akhbar itu tamat pada 7 Julai lepas.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad berkata keputusan untuk memperbaharui permit penerbitan Harakah dibuat setelah Kementerian Dalam Negeri berpuas hati dengan kerjasama, penjelasan dan janji pihak pengurusan Harakah untuk mematuhi syarat-syarat permit penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Zaitun berkata pihak Harakah juga telah menjawab surat tunjuk sebab pada 13 Julai lalu dengan membuat akujanji akan mematuhi syarat-syarat permit penerbitan seperti mencetak perkataan "Untuk Ahli Sahaja" dan menghantar lapan naskhah setiap keluaran Harakah kepada kementerian sebaik sahaja ia dicetak.

Ketika ditanya mengenai syarat bahawa Harakah hanya boleh diedarkan di markas parti, Mustafa berkata, istilah markas dan pejabat parti sukar untuk ditafsir.

"Masjid-masjid dan juga rumah ahli parti juga boleh dianggap sebagai pejabat parti... kawasan berdekatan dengan masjid juga boleh dianggap sebagai pejabat parti," katanya.

Mustafa juga berkata, pihaknya akan membekalkan lapan naskhah Harakah setiap keluaran kepada Kementerian Dalam Negeri sebaik sahaja ia selesai dicetak, tidak kira pukul berapa pun.

"Dulu, untuk edaran Jumaat kami akan selesai cetak malam hari Rabu dan hanya akan mengemukakan naskhah rujukan kepada Kementerian Dalam Negeri pada keesokan hari iaitu Khamis.

"Tetapi Kementerian Dalam Negeri mahu naskhah ini dibekalkan pada hari ia dicetak, jadi selepas ini jika Harakah siap dicetak pada pukul 6 petang, pukul 6 petang juga kami akan hantar, kalau pukul 7 malam, pukul 7 malam juga kami akan hantar... kementerian kata akan ada pegawai yang menunggu," katanya.

Mustapa berkata, pihaknya tidak mahu 'memulau' penerbitan Harakah kerana dua lagi organ iaitu Rocket terbitan DAP dan Suara Keadilan masih belum mendapat permit.

"Kami menggesa kerajaan turut meluluskan permit untuk Rocket dan juga Suara Keadilan... keputusan Pakatan Rakyat hari itu ialah menghentikan satu keluaran sehingga minggu depan, sehingga pemimpin Pakatan Rakyat menemui Kementerian Dalam Negeri dan kini sudah ada permit untuk Harakah, maka PAS hendak meneruskan penerbitan.

"Sekurang-kurangnya kami ada satu akhbar untuk Pakatan Rakyat," katanya.

Maya Karin, suaminya sah cerai talak satu

Posted: 16 Jul 2010 05:33 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 16 Julai — Pelakon dan pengacara TV terkenal Maya Karin dan suaminya Muhammad Ali Abdullah hari ini secara rasminya bercerai dengan talak satu.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Amran Mat Zain.

Menurut sumber terdekat pasangan tersebut hadir ke mahkamah hari ini adalah untuk bercerai.

"Maya (gambar, kiri) dan suaminya datang untuk membuat permohonan penceraian dan mereka secara rasminya bercerai dengan talak satu hari ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun kedua-dua mereka enggan komen.

"Hari ini adalah hari yang sedih tapi saya lega.

"Maaf saya tidak boleh cakap apa-apa," kata Muhammad Ali atau nama asalnya Steven David Shorthose.

Maya yang sejak akhir tahun lalu dikaitkan dengan desas-desus masalah rumah tangga, muncul di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini untuk membuat permohonan penceraian.

Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.

"Minta maaf saya seperti biasa tidak boleh cakap apa-apa mengenai perkara ini.

"Bila sampai waktunya nanti saya akan beritahu. Kalau nak tahu apa-apa mengenai perkara ini boleh hubungi pengurus saya esok," kata Maya kepada The Malaysian Insider sebelum meninggalkan mahkamah.

Pasangan itu hadir secara berasingan di mahkamah.

Muhammad Ali tiba di mahkamah kira-kira 2 petang manakala Maya yang berbaju kurung dan bertudung tiba kira-kira 3 petang.

Maya yang kini merupakan duta baru tilam Vono dan Muhammad Ali, seorang guru matematik di sebuah sekolah antarabangsa di Seri Kembangan, bernikah pada 14 Ogos 2008 selepas tujuh tahun bercinta.

Perkahwinan mereka berlangsung dalam suasana romantis di tepi Tasik Como, Bellagio, Itali dan disusuli majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong pada 26 Ogos tahun sama.

Awal bulan ini Mahkamah Rendah Syariah telah mengesahkan pernikahan mereka selepas dua tahun berlangsung.

MUI membetulkan arah kiblat Indonesia

Posted: 16 Jul 2010 04:29 AM PDT

Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa membetulkan arah kiblat solat bagi umat Islam di Indonesia dari arah barat menjadi arah barat laut mulai Rabu lalu.

Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI, Anwar Ibrahim berkata, majlis itu tidak memberikan perincian mengenai ukuran darjah perubahannya kerana ia akan bergantung kepada kedudukan wilayah masing-masing di Indonesia.

Dengan pengeluaran fatwa baru ini, MUI meralat fatwanya sendiri yang dikeluarkan 22 Mac tahun ini yang antara lain menetapkan kiblat solat bagi Indonesia ialah arah barat kerana negara ini berada di sebelah timur Mekah.

Kiblat bagi umat Islam yang bersolat di Masjidil Haram Mekah ialah mengadap ke bangunan Kaabah (ainul kaabah) sementara kiblat bagi orang bersolat yang tidak dapat melihat Kaabah ialah ke arah Kaabah (jihat al-Kaabah).

Beberapa laporan media tempatan menyatakan bahawa setelah perkiraan semula dilakukan oleh ahli Falaq, mereka memutuskan bahawa arah yang selama ini diyakini itu salah kerana ia mengadap ke Afrika, ke arah Somalia, Kenya dan Tanzania.

"Indonesia itu letaknya tidak di timur Kaabah tapi agak ke selatan, jadi arah kiblat kita juga tidak barat tapi agak miring iaitu arah barat laut," kata Ketua MUI Ma"ruf Amin yang dipetik oleh agensi berita Antara.

Namun Ketua MUI itu meminta masyarakat Islam di Indonesia tidak panik dengan perubahan arah kiblat itu.

"Tidak mutlak arahnya, kerana yang dituju bukan Kaabah secara fizikal tetapi jihat (arah) Kaabah, dan itu boleh berbeza-beza di setiap tempat," kata seorang lagi pemimpin MUI Amidhan.

Para pemimpin MUI menyatakan bahawa pembetulan arah kiblat itu tidak harus dibuat dengan merombak kedudukan bangunan masjid, tetapi cukup dengan menyesuaikan garis saf (barisan) solat dengan kiblat yang sebenarnya.

Sementara itu sejumlah masjid di Indonesia didapati belum membetulkan arah kiblat masing-masing dengan alasan belum mendapat pemberitahuan rasmi daripada MUI.

- Bernama

TEKS PENUH PM MALAYSIA ISU KENAIKAN HARGA 5 BARANGAN

Posted: 16 Jul 2010 04:00 AM PDT

Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan kabinet mengenai harga bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

Sejak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun lepas, kerajaan di bawah pimpinan saya telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.

Kita telah membuka sektor-sektor penting dalam ekonomi untuk pelabur asing, menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 24 bilion, mengurangkan pembaziran dan menangani ketidakcekapan. Hasilnya, kita dapat melihat kebangkitan ekonomi dengan pertumbuhan sebanyak 10.1% dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik kita dalam dekad ini.

Ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10, saya telah mengatakan bahawa matlamat negara bukanlah semata-mata untuk mengeluarkan kita dari krisis ekonomi. Cita-cita kita untuk negara dan masyarakat adalah lebih tinggi dari itu. Kita ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing untuk meningkatkan kesejahteraan kerana rakyat.

Model Baru Ekonomi (MBE) memperuntukkan cadangan untuk melabur dan mengembangkan sektor strategik yang penting, mengemas kini infrastruktur dan mewujudkan peluang pelaburan bagi sektor swasta yang bertujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Namun begitu, pertumbuhan sahaja tidak akan membantu kita mencapai matlamat MBE. Kerajaan telah menyatakan bahawa kita mesti mengkaji semula pemberian subsidi bagi mengelak herotan dalam dagangan. Ia bagi memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan membolehkan lebih banyak hasil negara digunakan untuk pelaburan yang akan memberikan faedah jangka panjang bagi keseluruhan rakyat.

Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. [tm1] Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan daripada tiga perkara penting:

a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.

c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.

7. Ini adalah sebahagian dari sebab kenapa kerajaan memilih untuk menyelaraskan semula harga gula dan bahan bakar. Sebaliknya, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan. Ini adalah bidang perkara yang penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

8. Keputusan untuk menyemak semula pemberian subsidi ini dibuat bersama rakyat melalui aktiviti yang dijalankan di bawah Program Rasionalisasi Subsidi. Kerajaan telah mengadakan proses perundingan dengan rakyat sebelum membuat keputusan ini. Tidak lagi hanya dengan pembuat dasar di Putrajaya, tetapi beribu-ribu rakyat Malaysia melalui Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, undian on-line, undian pesanan ringkas dan borang maklum balas menyatakan sokongan bagi menyemak semula pemberian subsidi secara berperingkat.

9. Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

10. Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini.

11. Selain itu, penyelarasan harga barang ini akan menyumbang kepada usaha kita untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan iaitu mengurangkan defisit kewangan negara. Ia membolehkan kita menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor yang lebih penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ini termasuklah pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak 1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar.

12. Sebenarnya, penyelarasan harga bahan api dan gula ini adalah yang paling minima berbanding dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi di antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.

Maalaysiakini

Hakim Wanita dan Peguam Non Muslim

Posted: 16 Jul 2010 03:30 AM PDT

1. Wanita menjadi Hakim Mahkamah Syariah

Kes yang berlaku :

(KUANTAN: Dua hakim syarie wanita pertama negara, Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak, menyifatkan pelantikan mereka sebagai satu pengiktirafan serta mengangkat martabat wanita dalam kerjaya yang banyak dimonopoli lelaki.

Pengumuman pelantikan mereka dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang berkata buat julung kalinya kerajaan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin melantik mereka Mei lalu, dengan masing-masing ditempatkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sambil memanjatkan rasa syukur, Suraya dan Rafidah turut menganggap pelantikan itu sebagai satu amanah selain membuktikan peranan dan sumbangan wanita sememangnya dihargai.

"Saya anggap ini tugas besar dan akan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan adil. Malah pengiktirafan ini maka lebih ramai lagi wanita akan mampu memegang jawatan yang selalunya dikuasai lelaki," katanya pada majlis perasmian Persidangan Pegawai Syariah Kebangsaan Ke-12, di Bukit Gambang Resort City, di sini, semalam.

Suraya, 31, anak kelahiran Sabah, bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JKSM. Sementara itu, Rafidah, 39, yang berasal dari Pulau Pinang, menyuarakan penghargaannya kepada JKSM.)
Asal masalah ini adalah pada perkara yang melibatkan kepada perlantikan hakim dan secara mudahnya kita perlu untuk meneliti pada beberapa perkara agar masalah ini tiada lagi kesamaran.

a- Hakim dan bahagiannya
b- Syarat bagi perlantikan hakim

Hakim di dalam bahasa Arabnya disebut sebagai قاضي. Ianya membawa erti pegawai yang dilantik untuk mengetuai perbicaraan di dalam mahkamah dari segi bahasanya.

Mengenai jenis-jenis kehakiman ini, ianya telah disebut oleh sebahagian ulama di dalam masalah "al-wilayah" iaitu kekuasan. Kekuasaan ini terkadangnya umum dan terkadangnya khusus. Bentuk kekuasaan yang umum ini adalah merangkumi semuanya jenis kehakiman, perlaksanaan hukuman hudud, menunaikan hak-hak, meleraikan orang yang bertelagah dan sebagainya.

Adapun penguasaan yang khusus adalah individu yang dilantik mempunyai penguasaan di dalam sistem kehakiman secara terhad dengan melihat kepada kes-kes yang tertentu atau kawasan yang tertentu daripada bandar, atau dari sudut masa yang tertentu, atau di antara individu-indivdu yang tertentu dan bergantung pada mazhab yang tertentu. Asasnya adalah di dalam kelompok kedua ini, skop kehakiman mereka terbatas pada masa, mazhab dan tempat sahaja.

Adapun mengenai syarat untuk dilantik sebagai hakim, para ulama telah bersepakat dengan syarat-syarat yang berikut :

1- Akal
2- Baligh
3- Islam
4- Merdeka
5- Tiada cacat pada sekalian panca indera
6- Memahami akan hukum-hukum Islam

Di sana masih berbaki 3 lagi syarat yang ulamak bersalahan pendapat padanya iaitu :

1- Seorang yang adil
2- Lelaki
3- Seorang yang mujtahid

Pandangan Ulama mengenai perlantikan wanita sebagai hakim

1. Ulama yang menegah wanita dari menjadi hakim secara mutlak antaranya ;

Jumhur fuqaha' daripada Syafi'iah, Hanbilah, sebahagian ulama Hanafiah dan Malikiah. Antara lainnya adalah Sheikh Jamaluddin al-Afghani, Lajnah Fatwa al-Azhar tahun 1952, Dr Abdul Majid al-Zindani dan ramai lagi.

2. Ulama yang mengharuskan wanita dilantik sebagai hakim pada perbicaraan sivil tidak pada jenayah yang memerlukan pelaksanaan hudud ; Imam Abu Hanifah ra

3.Perempuan boleh menjadi hakim pada semua perkara

Sebahagian ulama daripada Hanafiah, Imam ibnu Qosim al-Maliki, Imam Ibnu Jarir at-Thobari dan Ibnu Hazm ad-Dzohiri.

2. Orang bukan Islam menjadi peguam di Mahkamah Syariah

Secara asasnya untuk melantik hakim antara syarat yang perlu dilengkapi adalah Islam. Jadi kesimpulannya orang bukan Islam tidak boleh menjadi hakim di Mahkamah Syariah. Persoalannya bagaimana pula dengan peguam?.

Kisah perbicaraan antara Khalifah Ali k.w selaku Amirul Mukminin ketika itu dengan seorang Yahudi perihal baju besi wajar dijadikan rujukan.

Asalnya khalifah Ali kehilangan baju besinya. Tiba-tiba terlihat ia dalam barang jualan seorang Yahudi, lelaki tersebut kelihatan sedang menjualnya di pasar. Apabila dituntut oleh khalifah Ali dengan mengatakan ia adalah baju besinya yang jatuh dari untanya di malam hari, lelaki Yahudi tersebut enggan mengaku dan menegaskan ia adalah miliknya. Ali terus menuntut membawa pertikaian mereka mereka ke penghakiman hakim Muslim.

Hasil dari itu, kes mereka berdua yang berselisih dalam menentukan pemilikan terhadap baju besi tersebut dibawa ke pengadilan Qadhi Syuraih Ibn Harith Al-Kindi r.a (wafat 78 H). Lalu Syuraih bertanya kepada Ali, apakah kisahmu?

Khalifah Ali : aku mendapati baju besi milikku yang jatuh tercicir pada malam hari berada di dalam barang jualan lelaki ini.

Qadhi Syuraih : bagaimana pula kamu wahai lelaki?

Lelaki Yahudi : Ia adalah milikku dan berada dalam simpananku, aku tidak pula menuduh Ali berbohong.

Qadhi Syuraih : Wahai Ali, aku tidak syak atas kejujuranmu namun kamu mesti mempunyai dua orang saksi. Adakah kamu mempunyai bukti ia milikmu?

Jawab Khalifah Ali : Ya, kedua anakku, Hasan dan Husain menjadi saksi bahawa ia kepunyaanku.

Qadhi Syuraih :Sesungguhnya penyaksian anak terhadap bapanya dalam kes ini tidak diterima.

Khalifah Ali : Subhanallah!. Adakah lelaki yang dijamin syurga tidak diterima penyaksiannya ( merujuk kepada Hasan dan Hussain yang disebut oleh nabi akan menjadi pemuda Syurga)

Qadhi Syuraih : bahkan wahai Amirul Mukminin, namun aku tidak boleh membenarkan penyaksian anak menyokong bapanya dalam kes ini.

Qadhi Syuraih : Wahai lelaki, ambillah, baju besi itu adalah milikmu.

Lelaki Yahudi berkata :

أمير المؤمنين قدمني إلى قاضيه! وقاضيه يقضي عليه! أشهد أن هذا الدين على الحق، وأشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمداً عبده ورسوله، وأن الدرع درعك يا أمير المؤمنين، سقطت منك ليلاً.

Ertinya : Amirul Mukminin Ali membawaku untuk diputuskan hukuman melalui mahkamahnya (islam) dan Qadhi pilihannya. Qadhi pilihannya memutuskan sebaliknya.! Aku bersaksi sesungguhnya agama ini adalah BENAR, lalu beliau terus mengucap dua kalimah shahadah. Kemudian, berkata : Sesungguhnya baju besi tersebut adalah milikmu wahai Amirul Mukminin, tercicir darimu di malam hari. (Hilyatul Awliya, Abu Nu'aim Al-Esfahani, 4/140 ; Tarikh al-Khulafa, As-Sayuti, 1/185 ; Akhbar Al-Qudhah, Waki', 2/200)

Namun kemudiannya Ali terus menghadiahkannya kepada lelaki tersebut.

Jelas sekali lagi dalam kisah di atas bagaimana lelaki bukan Islam Yahudi ini dibenarkan berhujjah untuk dirinya sendiri. Menggunakan peguam adalah sama seperti berhujjah kepada diri sendiri, kerana peguam hanyalah wakil yang mewakili anak guamannya disebabkan kredibiliti, pengalaman dan pengetahuan undang-undang yang lebih baik berbanding anak guamannya.

KESIMPULAN

Hasil dari riwayat dalil di atas, buat masa ini saya berpandangan, secara ilmiah, logik dan asalnya, tiada salah mana-mana peguam sama ada dalam kes yang melibatkan harta seperti di atas atau kes kekeluargaan dan sebagainya bertindak selaku peguam bagi anak guamannya tanpa melibatkan perkara-perkara seperti pelaksanaan hudud, qias mahupun ta'zir.

Persoalan peguam ini termasuk dalam bab 'Al-Wakalah bil Khusumah' atau 'Al-Wakalah Fi Al-Da'wa'.

Ertinya, perlantikan seseorang terhadap peguam untuk mewakili dirinya dalam perbicaraan. Disebutkan dengan jelas oleh para ulama keharusan bukan Islam untuk mewakili orang Islam dalam apa juga kes melibatkan harta, keluarga, hak pusaka dan sebagainya. Imam Ibn Qudamah mengatakan :
وإن وكل مسلم كافرا فيما يصح تصرفه فيه صح توكيله سواء كان ذميا‏,‏ أو مستأمنا لأن العدالة غير مشترطة فيه

Ertinya : sesungguhnya jika seorang Muslim melantik wakilnya seorang kafir dalam perkara yang sah untuk dia lakukannya, maka sah perlantikannya sebagai wakil (dalam konteks perbincangan kita wakil bil khusumah = wakil pembela atau pendakwa), sama ada kafir itu dari kalangan kafir dzimmi, musta'min kerana keadilan itu tidak disyaratkan (berkait) padanya'

(Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah , Bab Wakalah)

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/07/1_16.html

Dato' Satim tidak dibela : Lagi bukti Umno Selangor berpecah.

Posted: 16 Jul 2010 03:00 AM PDT




Saya amat terkejut apabila tidak ada ADUN UMNO yang membela Dato' Satim Diman apabila beliau dihukum pada sidang DUN Selangor semalam.

ADUN Seri Serdang dan Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor itu telah dipotong elaun RM1,500 kerana gagal menghadiri pendengaran SELCAT. Beliau dirujuk ke SELCAT kerana pada sidang lepas telah memberi gambaran yang tidak tepat tentang kes saman Bank Islam terhadap Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya menjangka ADUN-ADUN UMNO akan memprotes hukuman terhadap Satim malah mungkin akan bertindak keluar dewan.

Tetapi hanya tinggal beberapa orang ADUN UMNO di dalam Dewan ketika itu. Ketua pembangkang, Dato' Seri Khir Toyo pun tidak kelihatan ketika Dewan menghukum Satim pada lebih kurang jam 3.30 petang.

Satim pula memang tidak hadir. Beliau hanya hadir sekali dari empat hari Dewan bersidang. Mungkin ada benarnya khabar-khabar angin bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Tetapi kegagalan Khir Toyo dan ADUN-ADUN UMNO membela Satim menimbulkan tanda tanya. Kenapa Ketua Pembangkang tidak mahu membela Setiausaha Perhubungan? Adakah Khir Toyo dan Satim berada di dalam kem yang berlainan? Siapa di antara mereka yang berada di dalam kem Dato' Seri Najib Tun Razak? Ada berapa kem sebenarnya? Siapa pula yang menunggu untuk disingkirkan? Khir Toyo atau Satim?

UMNO sedang mengadakan siri ceramah "Selamat Selangor" tetapi memandangkan masalah yang dihadapi oleh UMNO Selangor, lebih baik diadakan siri ceramah "Selamatkan UMNO Selangor"

16 Jun 2010

Nik Aziz tak mahu bincang politik dengan Muhyiddin

Posted: 16 Jul 2010 02:30 AM PDT

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana-mana sahaja untuk berunding atas prinsip hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat dan bukannya untuk tujuan politik.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin sedia menemui beliau demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam, Nik Aziz berkata beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, PAS sudah menutup pintu untuk berunding."

"Tapi kalau soal royalti, saya mahu pengerusi jawatankuasa pembangunan ekonomi, kewangan dan kebajikan, Datuk Husam Musa ada bersama," katanya.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno semalam berkata, Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS kerana Umno menyokong perjuangan agama Islam dan orang Melayu.

Nik Aziz berkata sudah tidak ada peluang untuk berunding mengenai perpaduan antara PAS dan Umno kerana parti itu sudah membuat keputusan sejak dua tahun lalu selagi Umno tidak menukar dasarnya.

"Masalah perpaduan Islam dan bangsa Melayu akan selesai jika Umno sedia menukar dasarnya daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam," katanya.

- Bernama

Ambil wang rakyat untuk bayar APCO - Anwar

Posted: 16 Jul 2010 01:31 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan menaikkan harga barangan termasuk petrol seolah-olah Perdana Menteri sanggup mengambil wang rakyat untuk membayar bil APCO bagi memulihkan imej beliau.

"Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Anwar.

Beliau mengulas kenaikan pelbagai jenis barangan mulai hari ini berikutan penarikan balik subsidi untuk rakyat oleh kerajaan.

Anwar mengecam tindakan itu kerana walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, namun pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu.

Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam kenyataan bertulis yang dikeluarnya hari ini.

Bagi beliau, tindakan ini dibuat kerana Datuk Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, katanya.

Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.

Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan.

Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Bagi Anwar, bekas Menteri Kewangan itu, sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010.

Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, katanya, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

"Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera," tegas beliau.

"Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan.

Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga,tambah Anwar.

"Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat.

"Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," katanya.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat.

Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

"Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata," katanya.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Sehubungan itu Anwar menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara.

Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni, tegasnya.

Umno-BN Sanggup Gadai Keselamatan Negara Jual Kad Pengenalan Kepada Warga Asing

Posted: 16 Jul 2010 01:00 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 16 Julai - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan sindiket haram menjual kad pengenalan kepada warga asing digunakan oleh UmnoBarisan Nasional sebagai talian hayat bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya umum ke-3 kelak.

Beliau juga mempersoalkan di parlimen samada sindiket haram ini melibatkan Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara atau Jabatan Imigresen.

"Kita lihat terdapat aktiviti memberi kad pengenalan kepada warga asing, perkara ini didedahkan sendiri oleh individu yang membuat permohonan kepada saya dan juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar. Aktiviti pemberian kad pengenalan ini melibatkan warga Indonesia dan Kemboja. Tindakan ini sebagai persiapan awal Umno-BN menghadapi PRU nanti dan kita tahu dengan cara ini mereka dapat mengekal kemenangan disesetengah kawasan.

"Pada 3 Julai lalu, bertempat di Dewan Zentrum, Setiawangsa, warga asing yang telah membuat permohonan ini dipanggil untuk diserahkan 'kad pengenalan' mereka. Manakala pada 10, 15 dan 17 Julai, bertempat di Kompleks Integrasi Warisan, Salak Tinggi diadakan operasi dan diberikan taklimat kepada warga Indonesia dan Kemboja ini, mereka boleh memohon dan mengisi borang untuk permohonan warganegara.

"Mereka ini tidak pernah memohon tetapi dipanggil melalui agen yang telah pun dikenal pasti oleh pihak yang menganjur itu. Mereka diberitahu ini merupakan peluang untuk mereka menjadi warganegara. Mereka diberitahu apabila mereka memperolehi kad pengenalan nanti mereka hendaklah menyokong kerajaan.

"Sewaktu operasi tersebut aktivis Pakatan Rakyat sempat mengambil gambar dan mereka telah membuat laporan polis kerana megesyaki terdapat sindiket mengeluarkan kewarganegaaan kepada pendatang asing," kata Mahfuz pada sidang media di parlimen semalam.

Tambah beliau, aktiviti ini bagi memenuhi senarai dua juta pengundi Melayu seperti mana yang dirancang Umno-BN memandangkan warga Indonesai dan Kemboja mempunyai nama yang hampir sama dengan orang Melayu di Malaysia.

"Jadi, kes ini mengulangi kes di Sabah yang membabitkan projek M dalam salah satu kawasan pilihan raya. Kes yang berlaku di Sabah ini di bawa ke mahkamah dan dibuktikan oleh hakim memang berlaku pendatang asing yang diberikan kad pengenalan untuk mendaftar sebagai pemilih.

"Saya mengesyaki jika mereka tidak memberi keuntungan, kad pengenalan akan ditarik balik. Jadi saya menganggap isu ini sebagai pemerdagangan orang untuk kelangsungan politik Umno dan BN. Isu ini amat besar kerana melibatkan keselamatan negara," kata beliau lagi.

BN Bukan Tau Apa Itu Institusi Parlimen

Posted: 16 Jul 2010 12:16 AM PDT

BN menghina institusi Parlimen

Pakatan Rakyat kesal pengumuman kenaikan harga minyak, gula dan gas cecair (LPG) dibuat tanpa melalui persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia adalah satu penghinaan kepada institusi Parlimen yang baru berakhir semalam.

"Seharusnya isu ini dibahaskan terlebih dahulu sebelum berakhirnya persidangan Dewan Rakyat. Namun, agenda ini jelas melihatkan Barisan Nasional gentar untuk berhadapan dengan pembangkang sekiranya di bahaskan.

"Tindakan ini jelas membebankan rakyat dan me-nunjukkan kerajaan kini mengalami masalah kewangan yang kritikal sehingga terpaksa 'merompak' subsidi daripada rakyat,"

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

Barang Naik Baik Untuk Kesihatan Rakyat

Posted: 15 Jul 2010 09:40 PM PDT

Kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram berikutan pelarasan harga yang diumumkan kerajaan, semalam, diyakini dapat membantu rakyat mengamalkan gaya hidup sihat selain mengatasi masalah kekurangan gula di pasaran.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan, Hassan Abdul Rahman, berharap kenaikan itu dilihat secara positif dan rakyat berusaha mengurangkan pengambilan gula supaya kenaikan harga tidak dapat dirasai.Berita Harian


kalau kata bodoh dan bangan geng penjilat bontot umno marah pulak.
hahahaha..

Live Gambar TGNA Selepas Kuliah

Posted: 15 Jul 2010 07:33 PM PDT


Live Gambar TGNA Selepas Kuliah, originally uploaded by kerabu.

Ni gambar terkini tok guru nik aziz pagi ni. Tok guru banyak mengulas berkaitan isu semasa yang berbangkit

Live Kuliah Mingguan TGNA 2

Posted: 15 Jul 2010 06:34 PM PDT


Live Kuliah Mingguan TGNA 2, originally uploaded by kerabu.

Tok guru Nik Aziz baru sampai.

Live Kuliah Mingguan TGNA

Posted: 15 Jul 2010 05:58 PM PDT


Live Kuliah Mingguan TGNA, originally uploaded by kerabu.

Ni sesi pertama disampaikan oleh Yb Nik Mazian. Maafkan saya kalau silap nama.

Isu berkaitan antara hak lelaki dan perempuan.

Selamat Pagi! Jom Minum Teh Tarik Nak?

Posted: 15 Jul 2010 05:00 PM PDT

Harga teh tarik hanya naik 1.25 sen?
July 15, 2010

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Harga bagi teh tarik – minuman paling popular di Malaysia, sepatutnya hanya naik 1.25 sen segelas berikutan pengurangan subsidi harga gula sebanyak 25 sen.

Harga baru teh tarik itu mengambil kira kesan pengurangan subsidi minyak dan pelarasan harga semasa iaitu RM1.0155.

"Ini adalah anggaran sahaja – perubahan harga mungkin berbeza berdasarkan faktor lain," kata kenyataan mengenai rasionalisasi subsidi Jabatan Perdana Menteri.

Kenyataan itu berkata kesan pengurangan subsidi terhadap teh tarik ialah RM0.0030, manakala untuk barangan lain ia lebih rendah, seperti RM0.0024 untuk sekeping roti canai, RM0.0060 untuk beras, RM0.0630 untuk daging dan RM0.0105 untuk mi goreng.

Kerajaan hari ini mengumumkan subsidi untuk petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat berkuatkuasa esok.

Subsidi untuk petrol RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak lima sen seliter dan LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram. Ini bermakna harga bagi petrol RON 95 ialah RM1.85 seliter manakala LPG akan dijual pada harga RM1.85 sekilogram.

Untuk gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram.

Kenyataan itu turut memberi perbandingan harga minyak di rantau ini yang menunjukkan harga petrol di Malaysia adalah paling murah, iaitu RM1.85 untuk RON95 berbanding Thailand (RM4.12), Indonesia (RM2.48) dan Filipina (RM6.60).

Harga baru gula di Malaysia iaitu RM1.90 juga adalah jauh lebih murah dari Thailand RM2.60, Indonesia (RM3.68) dan Filipina (RM3.46).

Harga gula yang murah di Malaysia itu telah menyumbang kepada peningkatan masalah penyeludupan. Pihak berkuasa merampas lebih 200 metrik tan gula dalam 109 tangkapan berhubung kes penyeludupan pada 2009, dan pada 2008, dianggarkan RM628 juta minyak diesel subsidi untuk nelayan, dinikmati rakyat asing. – Bernama

cilakak! penyelarasan kepala hotak macam ni. asyik2 alasan negara kita harga paling murah di asia. tengok la rakyat buat macam mana kat umno dan bn nanti! siap korang!

PAS jangan layan lambaian perkauman

Posted: 15 Jul 2010 03:30 PM PDT

oleh Abd Shukur Harun

Resolusi tiga Muktamar Tahunan PAS di Ipoh, Shah Alam dan di Putik Kota Bharu baru-baru ini yang mempertegaskan lagi komitmennya bersama Pakatan Rakyat sudah cukup untuk memberitahu rakyat bahawa ia sama sekali tidak berhajat untuk melayan sebarang lambaian perkauman yang terus menerus disuarakan oleh pelbagai pihak.


Kinipun suara mengajak PAS 'bekerjasama' dengan Umno kononnya demi untuk perpaduan Melayu/Islam terus dilakukan oleh segolongan kecil tokoh agama dan orang perseorangan yang tidak pernah menghayati sejarah dan perjuangan PAS.

Seruan ini juga dibuat pada ketika Umno dan parti dalam komponan BN sendiri berpecah belah. Oleh itu dapat difahami mengapa seruan perpaduan Melayu/Islam ini terus menerus dilakukan oleh pihak tertentu itu.

Sebagai parti Islam yang teguh dengan prinsip perjuangannya dan setia dengan komitmennya bersama Pakatan Rakyat, PAS tentunya tidak akan mengkhianati setiakawannya dalam Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi kedudukannya kini sangat selesa dalam Pakatan itu.

Malah PAS telah dapat meluaskan wilayah dakwahnya di kalangan bukan Islam, menyebabkan mereka mulai memahami keadilan dan kesaksamaan Islam, sesuatu yang tidak pernah dilalui oleh mereka selama ini.

Dengan penyertaan lebih 20,000 orang bukan Islam dalam entiti baru 'Dewan Himpunan Penyokong PAS' memperkukuh bukti bahawa kalangan bukan Islam telah menerima baik gagasan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Ini menunjukkan PAS telah memperlihatkan kematangan politiknya.

Ramai berpendapat, Umno tidak akan begitu ghairah untuk mengajak PAS bekerjasama jika parti itu tidak merasa terdesak, lemah dan berada dalam dilema untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Oleh itu jika PAS menyahut seruan Umno ini untuk berkerjasama nescaya parti sekular itu akan kukuh kembali dan ketika itu PAS tidak akan diperlukan lagi. Ini akan mengulangi sejarah masa lampau bagaimana PAS disingkirkan dengan penuh kehinaan.

Pengalaman getir inilah yang juga menyebabkan Mursyidul 'Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran PAS yang lain tidak dapat menerima sebarang idea kerjasama dua parti itu. Ada pihak berhujah kononnya PAS perlu melupakan apa yang berlaku di masa lalu dan berusaha membuka era baru kerjasama Umno dan PAS konon demi untuk perpaduan Melayu/Islam,

Tetapi pihak ini lupa akan kata-kata Sayidina Abu Bakar r.a. bahawa "umat Islam jangan termasuk dua kali dalam satu lubang yang sama." Bahkan hingga kinipun Umno melakukan pelbagai usaha untuk melumpuhkan PAS.

Masalah paling besar menghalang apa yang dikatakan usaha kerjasama Umno-PAS ialah seperti yang ditekankan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz iaitu dasar kebangsaan Umno yang sama sekali tidak dapat diterima oleh PAS yang memperjuangkan dasar Islam.

Bagi PAS, Islamlah yang boleh menyelamatkan Melayu, bukan sebaliknya, sama juga yang terjadi kepada bangsa Arab di mana Islamlah yang menyelamat dan mengangkat martabat bangsa Arab menyebabkan Sayidina Umar Al-Khattab berkata, bahawa bangsa Arab hanya mulia dengan Islam.

Oleh itu bangsa Melayu hanya mulia dan bermartabat dengan bersatu di bawah dasar Islam, bukan dasar perkauman yang sekular.

Ramai yang bertanya, kalau benar Umno sayangkan Melayu mengapa Kerajaan BN yang berteraskan Umno menyekat pemberian royalti minyak kepada Kelantan yang sembilan puluh peratus penduduknya adalah Melayu. Belum lagi diskriminasi lain yang dihadapi Kelantan sejak 20 tahun PAS memerintah negeri itu. Ini aneh di tengah riuh rendah Umno kononnya hendak menolong Melayu.

Banyak lagi hujah yang tidak memungkinkan PAS bekerjasama dengan Umno dalam apa bentukpun seperti yang telah dihuraikan banyak kali oleh pihak PAS. Namun kerana kepentingan politik pilihan raya dan survival Umno itu sendiri, Umno dan simpatisannya terus mempelawa PAS bekerjasama dengan Umno konon demi untuk perpaduan Melayu. Tetapi PAS mengambil langkah tepat dengan tidak melayan pelawaan itu.

Sudah tiga kali Muktamar Tahunan PAS membuat keputusan tepat yang mempertegaskan bahawa PAS penuh komited dengan Pakatan Rakyat walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Dasar ini ditegaskan lagi dalam pelbagai persidangan dan pertemuan PAS - terkini ketika berlangsung perkampungan PAS di Port Dickson baru-baru ini di mana PAS menyusun strategi untuk memenangi PRU Ke-13 bersama Pakatan Rakyat

PAS sudah berada di lebuh raya yang betul dalam perjuangannya membina politik baru Malaysia tanpa perkauman bersama Pakatan Rakyat. Inilah uniknya politik Islam yang amat sesuai dengan suasana masyarakat majmuk di Malaysia dan ini adalah sebuah kebijaksanaan.

Tidak syak lagi, PAS telah menunjukkan kematangan politiknya menyerlahkan pemikiran dinamik pemimpin dan pendukungnya. Negeri Kelantan yang telah diperintah oleh PAS sejak 20 tahun lalu menjadi contoh terbaik bukan saja di rantau ini bahkan di dunia, di mana pelaksanaan Islam dilakukan dengan cara yang amat harmonis sesuai dengan slogannya 'Membangun Bersama Islam'

Sementara itu Kerajaan Kedah yang terajui oleh PAS dengan kerjasama PKR dan DAP telah menunjukkan kejayaan walaupun baru berumur tidak sampai tiga tahun. Di bawah kepimpinan Menteri Besarnya yang adil, Datuk Seri Azizan Abd Razak dan saf exconya telah menyerlahkan kemajuan bagi negeri Kedah di pelbagai segi. Memancarkan keadilan untuk semua kaum dan sangat mesra rakyat.

Hal yang sama berlaku di Pulau Pinang di mana walaupun Ketua Menterinya bernama Lim Guan Eng, tetapi berusaha untuk berlaku adil kepada semua kaum. Bahkan menjadikan Khalifah Umar Abd Aziz sebagai contoh kepimpinan yang cuba diterapkannya. Ini bukan sebuah lawak jenaka, tetapi suatu.

Sementara itu, di Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, negeri yang terkaya di Malaysia itu berjaya melakukan pelbagai perubahan untuk kepentingan rakyatnya. Sumbangan air percuma, walaupun dalam jumlah sedikit, mengadakan skim pemberian wang kepada warga emas, bantuan kepada kanak-kanak yang lahir di Selangor, prihatin dengan pendidikan remaja di bawah skim SPIES yang sangat berjaya, membaik pulih projek rumah terbengkalai dan pelbagai lagi menunjukkan kejayaan kerajaan Pakatan di Selangor walaupun tidak henti-hentinya menerima tantangan dan cabaran dari musuh politik Pakatan.

Oleh itu, bagi mereka yang masih menyokong Umno/BN sewajarnya menerima hakikat kejayaan Pakatan Rakyat ini dengan fikiran terbuka, membebaskan diri dari kongkongan perkauman sempit yang sama sekali tidak menguntungkan.

Pakatan Rakyat adalah jalur politik masa depan Malaysia

Tiada ulasan: