Jumaat, 16 Julai 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Habiskan Wang Untuk Imej Pemimpin: OK, Subsidi untuk Rakyat: KO!

Posted: 16 Jul 2010 12:03 AM PDT

Saya petik:
Anwar: 'Penjimatan' gula hampir sama bayaran APCO
[MK] Kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Di mana letaknya maruah seorang perdana menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau.

"Sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, kesan berganda daripada kenaikan harga tersebut akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75 peratus adalah bumiputra yang kononnya dibela oleh BN, kata Anwar yang juga ketua umum PKR dalam satu kenyataan hari ini.

"Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu.

"Pengumuman ini membuktikan perdana menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

"Dato' Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari BN, tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya," tegas Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh perdana menteri dalam satu kenyataan malam tadi, yang menurutnya merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai hari ini.

Mulai hari ini, petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Menurut Anwar, kerajaan persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.

"Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

"Kenaikan harga gula sebanyak 28 peratus ejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan," tambahnya.

Malah, tegas Anwar, sasaran penjimatan RM750 juta yang diumumkan pejabat perdana menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian BN.

"Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 bilion pada 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi 2010. Ini termasuklah perbelanjaan sekretariat mantan perdana menteri dan sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri perdana penteri.

"Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

"Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera," tambahnya.

Pun begitu, katanya, beliau tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75 peratus di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan.

"Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.

"Saya menuntut supaya perdana menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat.

"Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," tegas Anwar lagi.

Sebelum ini pun, tambahnya, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas.

Bagaimanapun, tegas Anwar, tindakan itu sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat.

"Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8 peratus berbanding 3.2 peratus bagi tahun sebelum itu.

"Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku," tegasnya.

Sebab itulah, kata Anwar, beliau telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi lahnegara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

Perdana menteri, tegasnya, tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Berikutan itu, Anwar menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh perdana menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;
2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;
3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting;
4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

"Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan perdana menteri jika benar BN ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara.

"Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni," tegas Anwar.

Ngerinya Membaca Pendedahan "Suspek" Kes Kehilangan Enjin Jet!

Posted: 15 Jul 2010 11:54 PM PDT

Saya petik:
Tharmendran Dakwa TUDM Seksa Untuk Paksa Mengaku Bersalah Kes Enjin Jet Hilang
[SK] KUALA LUMPUR 16 Julai - Sarjan N Tharmendran daripada Tentera Udara DiRaja Malaysia yang dituduh bersubahat mencuri dua enjin pesawat F-5E Januari lalu membuat pendedahan berhubung penderaan fizikal yang dialaminya semasa di dalam tahanan di penjara Sungai Buloh selama enam bulan.


Beliau yang hadir bersama peguamnya, N Surendran berkata beliau telah mengalami penderaan fizikal yang teruk dan dipaksa untuk mengaku bersalah.

Pada sidang media di parlimen semalam, Tharmendran, 42, berkata seorang ketua pegawai penyiasat, Mejar Ismail Omar telah diarahkan untuk menyelesaikan kes itu dan dibenarkan menggunakan apa cara sekalipun bagi memaksa beliau mengaku bersalah.

"Sepanjang tempoh tahanan saya bermula 2 Julai 2009, selama 60 hari saya ditahan, mereka tidak memberitahu keluarga di mana saya ditahan. Saya dipaksa mengaku bahawa saya bersalah mencuri enjin tersebut.

"Sepanjang tempoh sisatan, Mejar Ismail Omar, ketua pegawai penyiasat dipanggil Panglima Tentera Udara untuk meyelesaikan kes ini dengan secepat mungkin dan boleh menggunakan apa cara sahaja asalkan dapat selesaikan kes ini," ujar beliau.

Tharmendran juga menceritakan bagaimana beliau telah didera oleh pegawai berkenaan dan tidak dibenarkan tidur selama tiga minggu di dalam sebuah bilik kecil secara berterusan dan dipaksa mengaku bersalah.

Semasa dalam tahanan itu, beliau juga diminta memakai topi keledar dan kepalanya dipukul menggunakan kayu kriket dan kayu golf sehingga topi keledar yang dipakai retak.

Sepanjang dalam tahanan itu juga, beliau turut mendengar tahanan lain didera dengan teruk sehingga tangisan dan jeritan mereka dapat didengari.

"Semasa saya disoal siasat, terdapat tiga hingga empat orang yang disoal siasat. Mereka turut didera dan saya dapat mendengar tangisan mereka merayu agar tidak dipukul. Namun saya tidak pasti sama ada mereka mahu tampil membuat pendedahan seperti yang saya lakukan ini," jelas beliau lagi.

Beliau juga turut kesal terhadap TUDM yang langsung tidak mengambil tahu mengenai apa yang berlaku terhadapnya sepanjang tempoh tahanan namun selepas dia dibebaskan, dia dipanggil untuk bertugas kembali.

"Tempoh perkhidmatan saya sepatutnya berakhir pada 28 Mei tahun ini tetapi selama 6 bulan saya ditahan di penjara Sungai Buloh, tidak pernah sekali pun mereka bertanya apa berlaku pada saya. Tetapi apabila saya keluar dengan peguam saya, baru mereka datang suruh saya bertugas. Saya rasa ini sangat tidak adil," tambah beliau.

Sebelum ini, Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi.

Bagi kesalahan itu beliau boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Minggu lalu, beliau telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan.

Jaminan sebanyak RM50,000 bagi kesalahan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F-5E milik TUDM dijelaskan oleh bapanya, N. Nagarajan selaku penjamin. - Fazli Othman

Celaka Geert WIlders

Posted: 15 Jul 2010 06:45 PM PDT

Geert Wilders ialah MP Belanda anti-Muslim yang pernah menaikkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia selepas penyiaran filem pendek "Fitna" pada sekitar tahun 2008. Anda boleh segarkan ingatan tentang hal itu di sini.  Kes yang difailkan terhadapnya masih berjalan sehingga kini.

Baru-baru ini, sepertti yang dilaporkan oleh Telegraph, Greert Wilders dilaporkan sedang menubuhkan suatu pergerakan antarabangsa yang antara tujuannya untuk menyebarkan mesej untuk menghalang imigrasi penduduk dari negara Islam  ke Barat. Berdasarkan berita di bawah ini, Wilder akan melancarkan pergerakan itu di lima buah negara iaitu di Amerika Syarikat, Kanada, Britian, Perancis, dan Jerman.

Mesej pergerakan tersebut ialah "Hentikan Islam, Pertahankan Kebebasan" yang menurutnya bukan sahaja penting kepada Belanda tetapi terhadap semua negara Barat.

Selain menghalang imgrasi dari negara Islam, pergerakan itu mahu undang-undang Islam diharamkan. Celaka Geert Wilders!Saya petik:

Geert Wilders to spread anti-Muslim movement to UK
[Telegraph] Geert Wilders, the controversial anti-Muslim Dutch MP, has said he is forming an international alliance to spread his message to Britain and across the West in a bid to ban immigration from Islamic countries.
 
Mr Wilders will launch the movement late this year, initially in five countries: the US, Canada, Britain, France and Germany.


"The message, 'stop Islam, defend freedom,' is a message that's not only important for the Netherlands but for the whole free Western world," Mr Wilders said at the Dutch parliament.

Among the group's aims will be outlawing immigration from Islamic countries to the West and a ban on Islamic law.


Starting as a grass-roots movement, he hopes it eventually will produce its own lawmakers or influence other legislators.

Ayhan Tonca, a prominent spokesman for Dutch Muslims, said he feared Mr Wilders' message would fall on fertile ground in much of Europe, where anti-Islam sentiment has been swelling for years.

"So long as things are going badly with the economy, a lot of people always need a scapegoat," Mr Tonca said. "At the moment, that is the Muslims in Western Europe."

Mr Tonca called on "well meaning people in Europe to oppose this."

Mr Wilders has won awards in the Netherlands for his debating skills and regularly stands up for gay and women's rights.

But he rose to local and then international prominence with his firebrand anti-Islam rhetoric that has led to him being charged under Dutch anti-hate speech laws and banned from visiting Britain - until a court ordered that he be allowed into the country.

He said he hopes to position the alliance between traditional Conservative parties and far-Right wing groups, saying that in Britain there is "an enormous gap" between the ruling Conservative Party and the far-Right British National Party.

"The BNP is a party that, whatever you think of it, it's not my party - I think it's a racist party," Mr Wilders said.

Mr Wilders, who calls Islam a "fascist" religion, has seen his support in the Netherlands soar in recent years, even while he has been subjected to round-the-clock protection because of death threats...

Tiada ulasan: