Justice For All |
- Pengasas Sebenar Facebook Masih Diragui???
- Macam2 Zaman Najib : Tukang Cuci Pun Dah Tak Selamat
- KJ Sah Takkan Pertahankan Jawatan Ketua Pemuda UMNO
- PR Selangor Bercadang Wujud Pilihanraya Pilih Ketua Kg.
- Perkose Kata Kat DAP Pula
- Macam2 Zaman Najib : Dahlah Dirogol, Mangsa Diunuh & Dibakar..
- Macam2 Zaman Najib : Bilal Hisap Dadah, Cemari Masjid
- Jutawan Yahudi Sumbangkan Duit Bina Masjid Besar di Perancis
- MP Bebas Bukan Setakat Bawah Ketiak UMNO, Tapi Juga Bawah Kaki UMNO
- Warga Felda Seluruh Negara Berkumpul Di SPRM Esok, Untuk Dedah Penyelewengan Felda
- Ramai Betul Benci Khairy Jamaluddin
- Macam2 Zaman Najib : Bapa Durjana, Lacurkan Anak Dengan Upah 10 Ringgit Je
- Bekas Ketua UMNO Jelutong Ajak Ahlinya Keluar UMNO
- Polis Perancis Sebut Nama Najib & Roswah Sebagai Suspek
- Isu Fitnah Anwar : Rais Langsung Tak Berbudi Bahasa, Tak Layak Jadi Menteri Kebudayaan
- UMNO Takde Kerja Lain..Fitnah Je Kerjanya
- Macam2 Zaman Najib..Dipukul Kerana Perkara Remeh
- Mahmud Ahmadinejad, Ibarat Langit & Bumi Dengan Najib Montel
| Pengasas Sebenar Facebook Masih Diragui??? Posted: 14 Jul 2010 08:19 PM PDT Bergaduhlah...yang penting Allah yang ciptakannya semuanya Pereka web dakwa 84 peratus Facebook miliknya
PAUL CEGLIA NEW YORK - Seorang pereka laman web, Paul Ceglia memfailkan satu saman di sebuah mahkamah di sini dengan dakwaan dia memiliki 84 peratus kepentingan dalam laman perkongsian sosial, Facebook, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut Ceglia, dia telah menandatangani satu kontrak dengan pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg pada 2003 untuk memajukan dan mencipta satu laman web. Menurut saman itu, berdasarkan kontrak itu, dia mendapat bayaran AS$1,000 (RM3,202) dan 50 peratus saham dalam produk tersebut yang pada akhirnya dilancarkan dengan nama thefacebook.com. Kontrak itu turut menyatakan bahawa Ceglia akan memperoleh tambahan kepentingan satu peratus pada setiap hari sehingga laman berkenaan selesai disiapkan. Setakat 2004 dan berdasarkan kontrak itu, dia sudah memiliki 84 peratus kepentingan dalam Facebook. Namun, menurut pihak pengurusan Facebook, saman itu tidak mempunyai asas undang-undang. Zuckerberg dipercayai memiliki 24 peratus saham dalam Facebook manakala bakinya dimiliki oleh pelabur dan pekerja. Pada tahun lalu, Zuckerberg dilaporkan membayar AS$65 juta (RM208 juta) kepada dua bekas rakan belajarnya bagi menamatkan satu tuntutan undang-undang bahawa dia mencuri idea mereka untuk mewujudkan Facebook. - Agensi |
| Macam2 Zaman Najib : Tukang Cuci Pun Dah Tak Selamat Posted: 14 Jul 2010 07:28 PM PDT Macam-macam zaman Najib..kesian, orang yang tak berdosa. Menjadi mangsa kepada manusia yang rakus. Ini semua kerana mereka tak takut pada undang-undang kafir kat negara ini, yang diciptakan oleh UMNO sejak merdeka lagi.. Gadis pencuci jadi mangsa rogol, culik KUALA LUMPUR 14 Julai - Sudah menjadi rutin seorang gadis pencuci di sebuah hotel di Petaling Jaya dekat sini berjalan kaki bersendirian ke perhentian bas di tepi Lebuh Raya Persekutuan untuk pulang ke rumah setiap hari selepas selesai bekerja. Namun, kelmarin mungkin kali terakhir gadis berusia 20 tahun itu berani berjalan kaki seorang diri setelah melalui pengalaman diculik dan dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki yang tidak dikenali. Dalam kejadian pukul 7 petang itu, mangsa diculik semasa berjalan kaki menuju ke perhentian bas oleh dua lelaki menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira. Sumber polis berkata, mangsa ditarik masuk ke dalam kereta sebelum dibawa ke sebuah hotel di SS 15 Subang Jaya dekat sini. Beliau berkata, suspek bertindak mengacukan pisau ke pinggang mangsa menyebabkan gadis itu terpaksa mengikut mereka masuk ke dalam sebuah bilik yang sudah ditempah di hotel itu. "Dalam bilik, suspek bergilir-gilir merogol mangsa sebelum memintanya menghubungi ahli keluarga agar membayar wang tebusan RM5,000 sebagai syarat membebaskannya. "Mangsa yang berasal dari Johor kemudian memaklumkan dia tidak mempunyai saudara mara di sini kecuali seorang adik di Subang Jaya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sumber itu memberitahu, suspek kemudian memaksa mangsa menghubungi adiknya meminta wang tebusan. Beliau berkata, adik mangsa yang tidak mempunyai wang cuba memperdayakan suspek agar bersetuju menukar kakaknya dengan barang kemas palsu. Namun, katanya, taktik digunakan adik mangsa gagal memperdayakan suspek kerana mereka berjaya mengesan barang kemas yang ditawarkan itu palsu setelah ia diserahkan kepada mereka. "Berang akibat ditipu, suspek bertindak melarikan mangsa sekali lagi. Mereka kemudian membawa gadis itu pergi ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berhampiran dan memaksanya mengeluarkan wang miliknya sebanyak RM1,000. "Selepas mengeluarkan wang, suspek merancang membawa mangsa kembali ke hotel untuk dirogol semula namun mangsa berjaya melepaskan diri dalam perjalanan. "Mangsa berjaya menyelamatkan diri setelah berpura-pura mahu berhenti pergi ke tandas di sebuah stesen minyak di SS 15 pada pukul 2 pagi semalam," katanya. Menurutnya, mangsa yang dibenarkan pergi ke tandas dapat menyelamatkan diri setelah meminta pertolongan dari seorang wanita yang ditemui di situ. Katanya, gadis malang itu kemudian membuat laporan polis tetapi sehingga kini kedua-dua suspek belum dapat dikesan. |
| KJ Sah Takkan Pertahankan Jawatan Ketua Pemuda UMNO Posted: 14 Jul 2010 06:31 PM PDT Kah..kah KJ..takkan kerana diserang Perkose dan blogger pengampu Mukhriz, anda sudah tewas. Kesian..memang UMNO macam ini. Jika tiada fulus, maka tiadalah sokongan. Apapun KJ kalau nak berubah, masuk je Pakatan dan biarkan UMNO karam di tengah jalan Khairy sahkan 'timbang secara serius' lepaskan jawatan KUALA LUMPUR 14 Julai - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan bahawa beliau sedang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang akan datang. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. "Betullah apa yang ditulis dalam Agendadaily itu," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Agendadaily hari ini melaporkan Khairy sedang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti nanti. Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, keputusannya untuk melepaskan jawatan itu semata-mata kerana mahu memberi laluan kepada bakat baru. "Ya, memang saya ada berkata begitu. Walaupun belum muktamad lagi tetapi saya memang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda," katanya. Khairy berkata demikian apabila ditanya sama ada benar atau tidak beliau ada membuat kenyataan mengenai hal itu ketika merasmikan satu mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian di Pahang baru-baru ini. Khairy menggantikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah memenangi jawatan itu dalam pertandingan tiga penjuru dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pada pemilihan parti yang lalu. |
| PR Selangor Bercadang Wujud Pilihanraya Pilih Ketua Kg. Posted: 14 Jul 2010 05:28 PM PDT Bagus kerajaan PR Selangor. Teruskan reformasi dalam pentadbiran. Biar rakyat rasakan 'kehadiran' anda sebelum pru 13 nanti Cadang adakan pilihan raya ketua kampung SHAH ALAM 14 Julai - Selangor bercadang untuk melaksanakan pilihan raya bagi memilih ketua kampung seluruh negeri itu bagi menggantikan sistem lantikan yang diguna pakai ketika ini. Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Sumber Alam, Yaakop Sapari berkata, pilihan raya tersebut dilihat sebagai salah satu mekanisme yang boleh digunakan oleh kerajaan ngeri untuk mewujudkan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat di negeri itu. Beliau berkata, cadangan tersebut yang kini masih dalam peringkat kajian itu akan membolehkan rakyat di peringkat kampung memilih sendiri ketua kampung berdasarkan kemampuan dan kebolehan yang dimiliki oleh calon-calon yang bertanding untuk jawatan itu. "Selepas ini kita akan mendapat ketua kampung yang dipilih oleh rakyat. Jadi, ketua kampung itu sudah tentu individu yang dimahukan oleh penduduk setempat kerana kemampuan dan kebolehannya. "Kajian terhadap perkara itu sedang dilakukan kerana kerajaan negeri mahu mendapatkan ketua kampung yang bertanggungjawab dan efisien," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini. Yaakop (PKR-Kota Anggerik) berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Dr. Abd. Rani Osman (Pas-Meru) berhubung penilaian ketua kampung di Selangor serta pendekatan yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk memantau prestasi mereka. Tambah Yaakop, ketika ini ketua kampung diberi enam bulan sebagai tempoh percubaan untuk membuktikan kemampuan mereka sebagai pemimpin di kawasan masing-masing. Dalam masa sama, kerajaan negeri turut meminta laporan daripada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengenai prestasi ketua kampung di kawasan pimpinan mereka. Dalam perkembangan lain, Yaakop ketika menjawab soalan tambahan daripada Haniza Talha (PKR-Taman Medan) mengenai peluang wanita untuk bertanding jawatan ketua kampung berkata, pilihan raya itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang layak termasuklah wanita. "Wanita pun boleh bertanding dan kita berharap pilihan raya untuk memilih ketua kampung boleh dijalankan," katanya. Sebelum ini kerajaan negeri turut bercadang untuk mengadakan pilihan raya di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri itu. Bagaimanapun, cadangan itu dikritik pelbagai pihak yang mendakwa ia tidak praktikal selain memakan kos yang tinggi termasuklah tiadanya peruntukan undang-undang untuk tujuan itu. Ini kerana, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusoff dalam satu kenyataan sebelum ini menyatakan pilihan raya PBT tidak boleh dilakukan kerana tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan pilihan raya itu dilakukan. |
| Posted: 14 Jul 2010 04:47 PM PDT Kah..kah Perkose..memang jenis kaki putar alam. Selepas serang KJ DAP amal politik murahan - Ibrahim Ali KUALA LUMPUR 14 Julai - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mengecam tindakan DAP yang cuba melaga-lagakan pemimpin negara berhubung isu Perkasa. Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai gimik politik murahan DAP beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pertubuhan itu penghalang kepada gagasan 1Malaysia. "Saya tengok bagaimana DAP mempermainkan isu ini dengan mempersoalkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang mahu menubuhkan Perkasa berdasarkan kaum. "Manakala, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak menyokong Perkasa dan ia diperbesarkan oleh The Malaysian Insider," katanya pada sidang akhbar di lobi bangunan Parlimen hari ini. Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua pada sidang akhbarnya hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang tidak konsisten ekoran pandangan yang berbeza antara Muhyiddin dan Nazri berhubung isu Perkasa. |
| Macam2 Zaman Najib : Dahlah Dirogol, Mangsa Diunuh & Dibakar.. Posted: 14 Jul 2010 04:00 PM PDT Zalim betul penjenayah ini. Dahla merogol, bunuh dengan kejam pulak tu. Macam-macam kejadian pelik dan sadis berlaku di zaman Najib. Ini kerana negara ini dah tiada keberatan. Jenayah bermaharajalela. Selagi UMNO memerintah, selagi itulah anak-anak kita tak selamat berada di negara ini. Wanita dirogol, dibunuh SEPASUKAN anggota polis forensik memeriksa mayat wanita yang ditemui rentung di tepi Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan Perak-Pahang semalam. IPOH - Seorang wanita menjadi mangsa jenayah kejam apabila dia bukan sahaja dipercayai dirogol malah dibunuh sebelum mayatnya dicampak dan dibakar di tepi Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan Perak-Pahang kira-kira 80 kilometer dari sini semalam. Wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang masih belum diketahui identitinya itu ditemui dengan hampir 80 peratus tubuhnya terbakar. Dia dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 8 pagi. Difahamkan, selain menjumpai cebisan pakaian seperti coli dan seluar jean milik mangsa berhampiran kawasan kejadian, polis turut menemui beberapa titisan minyak diesel yang dipercayai digunakan untuk membakar mayat mangsa. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya mengambil masa selama 40 minit untuk tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari sempadan Perak-Pahang. "Polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol dan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dan dibakar di situ kerana pemeriksaan awal mendapati hampir seluruh tubuh mangsa hangus terutama pada alat sulitnya. "Penjenayah bertindak demikian untuk menghapuskan bukti tetapi kita perlu menunggu laporan forensik bagi menentukan kesahihannya," katanya kepada pemberita semalam. |
| Macam2 Zaman Najib : Bilal Hisap Dadah, Cemari Masjid Posted: 14 Jul 2010 09:01 AM PDT Macam-macam berlaku..dadah pun masuk dalam masjid. Ini berlaku di Terengganu Dadah Masuk Dalam Masjid - kerana Masjid Hanya di Bina Untuk Laba dan Nama KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno/BN Terengganu membina puluhan masjid dinegeri ini, bukan mahu meng'imarah'kannya tetapi hanya untuk mengagihkan projek kepada 'kroni' dan mendapat 'nama' untuk kepentingan politik. Banyak masjid yang dibina dari zaman Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh dengan tujuan untuk pamerkan atas papan tanda besar 'bilboard' ditepi-tepi jalan. Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mendakwa, sebenarnya orang-orang Umno tidak suka ke masjid, tetapi sangat suka berebut menjadi ahli Jawatankuasa Masjid. "Sebab itu tidak hairan kalau masjid tidak makmur, dan pelbagai isu dan masalah sosial berlaku dalam persekitaran masjid,"jelasnya.ketika ditemui Buletinonline Sebagai contoh, katanya, masjid Tok Jembal baru siap tahun lalu telah dicuri pendingin hawa (air-condition), masjid di Kerteh yang runtuh bumbungnya, masjid baru bocor di Dungun dan lain-lain. Beliau yang juga Pegawai Penerangan Badan PAS Terengganu berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar yang mendedahkan seorang bilal bagi sebuah masjid di daerah Setiu yang terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah. Menurutnya, Pegawai Daerah Besut pernah menyatakan kekesalan kerana 'masjid kini lebih banyak tiang dari makmum' dan berharap Imam serta bilal yang memakmurkan rumah Allah itu. "Malangnya, bilal sendiri yang menjadi penagih pil kuda, apa yang hendak diharapkan lagi, "kata Wan Sukairi. Oleh itu, beliau menyeru kepada orang ramai untuk mengembalikan kemakmuran masjid dengan melantik dan memilih pemimpin yang berkelayakan serta suka kepada masjid. "Ketika zaman pemerintahan PAS dulu, tidak berlaku masalah-masalah sebagaimana sekarang,"tambahnya. |
| Jutawan Yahudi Sumbangkan Duit Bina Masjid Besar di Perancis Posted: 14 Jul 2010 08:19 AM PDT JUTAWAN-Yahudi, Roberth Harush (58) membiayai pembangunan masjid besar di Montereau, Perancis sebagai toleransi agama. Roberth yang asli warga Ashkelon Israel telah berjaya menjadi pegusaha real estate di Perancis sejak 10 tahun terakhir. Ia mengaku muak dengan tingkah laku Israel yang menimbulkan kecaman dunia terhadapnya. Sebagai bentuk toleransi agama, ia memutuskan untuk membiayai keseluruhan pembangunan sebuah masjid di Perancis bagi masyarakat muslim di situ. Ayah empat anak ini dibesar di Ashkelon, Israel. Apabila ia bersara dari ketenteraan Israel, kemudian ia mencuba nasibnya dalam perniagaan real estate di Eropa dan kini ia menjadi jutawan. Kejayaannya telah berjaya memenangi banyak tender pembangunan hotel dan bangunan-bangunan mewah yang bernilai ratusan juta dolar AS. Selain berjaya di Eropa Harush juga melabur modal perniagaannya di Ashkelon Israel iaitu negaranya. Jutawan Yahudi ini juga mempunyai rumah di Cast Lead, Israel dan ia pernah ditimpa tragedi serangan roket Grad dari Hamas yang mendarat berdekatan rumahnya. Pembangunan masjid untuk umat Islam di Perancis itu bermula ketika Datuk Bandar Montereau, sebuah Bandar yang berdekatan dengan Paris mengumumkan bahawa pihak masjid memerlukan sumbangan untuk membaiki sebuah bangunan masjid di Bandar tersebut. Setelah mendengar pengumuman Datuk Bandar tersebut dan ia berkata-kata di dalam hatinya : "Di sinilah kesempatan untuk membawa orang bergabung bersama-sama dan saya memutuskan untuk membiayai pembangunan masjid tersebut." Ramai orang tergejut dengan niatnya untuk membantu membiayai pembangunan masjid tersebut. Ia berkata kepada orang ramai bahawa : "Saya sudah muak dan lelah. Sepatutnya orang yang waras dan berpelajaran muncul untuk menyatukan dan menamatkan persengketaan antara Islam dan bukan Islam. Segala sumbangan yang saya hulurkan untuk pembangunan masjid ini bukan usaha murahan tapi saya lakukan dengan seikhlas hati." Para pemimpin masyarakat Muslim di Montereau, Perancis mengucapkan terima kasih kepada Harush atas sumbangannya untuk membaiki masjid dan meminta supaya menjaga hubungan yang baik antara agama dan bangsa. Sebelum itu juga, Harush telah membiaya pembangunan Sinagog terbesar dan paling megah di Asheklon Israel pada tahun lalu dan dinamai dengan nama mendiang ayahnya. "Saya sendiri bukan orang agama. Tapi saya perlu mengambil langkah politif untuk menyatukan orang Yahudi, orang arab, sekuler maupun agama." Petikan dari : Persatuan Pengguna Islam Malaysia Pengajaran yang dapat diambil dari cerita di atas : Sepatutnya umat Islam lebih baik dari Harush kerana Islam telah mensyariatkan amalan zakat, sedekah dan wakaf untuk membantu umat Islam yang memerlukan bantuan dan segala pembangunan umat Islam. Jika hendak dipertimbangkan dari segi rewardnya (balasannya) dari Allah memang sangat besar dan tidak terhitung dengan apa yang kita sumbangkan. Tetapi malangnya umat Islam lebih mementingkan diri sendiri dari kebajikan saudaranya yang lain. Orang yang kaya semakin kaya dan orang yang miskin semakin miskin dan ditindas. Firman Allah yang bermaksud : "Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (Al-Baqarah : 195) Kalaulah umat Islam berjiwa atau pemurah sepertimana Yahudi tersebut, maka umat Islam sudah lama menjadi kaya dan tidak ditindas di mana-mana tempat, kerana umat Islam mampu membeli peralatan peperangan yang cangih dan setimpal dengan peralatan peperangan musuh Islam. Umat Islam tidak akan kebuluran sepertimana berlakunya di Dafur, Somalia, Gaza dan tempat-tempat lain. Umat Islam juga dapat menguasa ekonomi, teknologi dan ilmu pengetahuan seperti ICT, Sains dan sebagainya. Saya mengajak diri saya dan rakan-rakan semua, marilah kita memperbanyakkan amalan sedekah walau dengan sedikit sahaja, kerana pemberian yang sedikit dibekalkan dengan hati yang ikhlas nescaya Allah akan menambahkan lagi rezeki kita semua. Sesungguhnya orang yang bersedekah adalah orang yang sentiasa membersihkan hatinya dari kekotoran dosa dalam dirinya. Firman Allah yang bermaksud : "Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan." (Al-Baqarah : 245) Antara kelebihan orang yang sering bersedekah atau menginfakkan hartanya ke jalan Allah iaitu : Orang yang bersedekah akan dimurahkan rezeki dari Allah. Hadis Rasulullah yang bermaksud : "Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda." (Riwayat Ibnu Majah) Orang yang bersedekah akan diselamatkan oleh Allah dari bala bencana. Hadis Rasulullah yang bermaksud : "Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana tidak dapat melangkahi sedekah." (Riwayat Baihaqi) Orang yang bersedekah akan dipanjangkan umur oleh Allah swt. Hadis Rasulullah yang bermaksud : "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu akan memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan buruk." (riwayat Tabrani) Orang yang bersedekah akan dihapuskan dosanya oleh Allah swt. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud : "Sembahyang itu dapat mendampingkan diri dengan rahmat Allah dan membawa keredaan-Nya, dan puasa menjadi perisai kejahatan, manakala sedekah pula menghapuskan dosa seperti air memadam api." (Riwayat Abu Ya'la) Kesimpulannya Orang Islam bersedekah walaupun sedikit tetap akan mendapat ganjaran dari Allah, berbanding dengan orang bukan Islam yang bersedekah dan segala amalan kebaikannya tidak diterima oleh Allah kerana mereka tidak Islam. Jadikanlah sikap Harush sebagai cabaran untuk kita semua mengeluarkan sedikit sebanyak untuk kepentingan agama Islam. Setiap sumbangan tidak akan rugi walaupun sumbangan yang dikeluarkan mengurangkan perbelanjaan kita. Allah swt sedang memerhati umatnya yang mempunyai jiwa yang ikhlas dalam mengerjakan segala ibadah kepadanya. Allah juga akan memberikan kejayaan dan kemenangan kepada mereka yang beribadah dengan hati yang ikhlas kepada Allah di dunia dan di akhirat. (sumber) |
| MP Bebas Bukan Setakat Bawah Ketiak UMNO, Tapi Juga Bawah Kaki UMNO Posted: 14 Jul 2010 07:45 AM PDT MP Bebas bukan sahaja di bawah ketiak UMNO...bahkan di bawah tapak kaki UMNO pun ada. Dipergunakan UMNO sesuka hati mereka. Asalkan si MP Bebas ini, dapat duit harta berjuta-juta. Bolehb tunjuk kat saudara mara dan anak pinak.. MP Bebas 'di bawah ketiak' Umno Mohd Rashidi Hasan BOLEHKAH rakyat menerima wakil-wakil rakyat yang mengingkari perjuangan asal mereka, mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas sebagai sebuah institusi baru dalam politik negara? Sejarah 50 tahun proses demokrasi di Malaysia, sokongan rakyat terhadap wakil Bebas hanyalah isu terpencil. Hanya ada dua atau tiga orang sahaja yang menang bertanding atas Bebas. Mereka tidak boleh menjadi institusi dan tidak mampu mencorak arus politik negara kerana mereka menjadi Bebas, berdasarkan kepada sebab-sebab yang tertentu. Tanpa ada pertikaian, sebelum ini ada calon Bebas yang menang di atas kapasiti peribadi mereka yang amat dikagumi masyarakat setempat. Namun, wakil-wakil rakyat Bebas yang ada dalam negara sekarang ini, kebanyakannya menang atas kepercayaan rakyat terhadap parti yang diwakili, bukan atas kekuatan peribadi mereka. Tanpa ada parti, tanpa dokongan parti, tanpa kerjasama pengundi dan penyokong parti, mereka ini hanyalah 'sampah-sampah' politik yang tiada nilainya. Di Parlimen ada lapan orang Ahli Parlimen (MP) Bebas, iaitu Ibrahim Ali (Pasir Mas), Zahrain Hashim (Bayan Baru), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan dua lagi dari SAPP, Sabah. Pada PRU 2008 semua mereka ini bertanding mewakili parti. Dua wakil SAPP menjadi bebas selepas SAPP keluar daripada BN. Ibrahim bertanding atas tiket PAS dan lima yang lain bertanding atas tiket KeADILan. Hakikat sebenar yang berlaku ialah, lapan orang wakil Bebas ini tidak sehaluan sesama sendiri. Wakil SAPP tidak pernah mencampuri wakil dari Semenanjung. Ibrahim buat caranya sendiri. Lima wakil bekas KeADILan pun tidak sekata. Hanya Zahrain dan Zulkifli sahaja yang kehadapan. Wee buat cara sendiri, manakala Mohsin dan Tee Beng jarang kelihatan bersama Zulkifli dan Zahrain. "Mereka ini alat sahaja..'dah tak ada rotan, akar pun berguna'. Lepas habis Parlimen (penggal ke-12), mereka tidak berguna lagi," kata seorang Menteri sambil-sambil minum kopi dengan penulis. "Kita orang pun menyampah kat depa (mereka) ni, dah la masuk kut (melalui) pintu belakang, semua jenis 'makan besar'," komen seorang MP Umno, tanpa menjelaskan lebih lanjut apa erti 'makan besar' tersebut. Pemerhati Parlimen boleh melihat dengan jelas gelagat MP-MP bebas ini setiap kali adanya persidangan Dewan Rakyat. Nak kata macam 'kera dapat bunga pun ada'. Nak kata macam 'kera sumbang pun ada'. Pendek kata kalau lihat gelagat mereka, nescaya kita akan terpalit dengan perasaan 'geli geleman' dan menyampah. "Pendirian saya jelas, sebaik sahaja depa keluar KeADILan, saya tak akan peduli dengan depa. Saya tak kan layan langsung. Mampuih pi ke depa," tegas Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar yang juga MP Pokok Sena. "Hang tengok tu, depa tu bukan ada kerja, duk berkelintau (berlongok) depan pejabat Nazri (Dato' Seri Mohamad Nazri Aziz)," kata MP PAS Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar. Hakikatnya lima MP Bebas yang mengkhianati perjuangan KeADILan tidak henti-henti menjaja pembohongan di Parlimen. Mereka diumpamakan oleh KeADILan, sebagai 'beruk Mat Yeh' (istilah untuk wakil rakyat lompat), yang didakwa mendapat bayaran yang agak besar untuk 'defect'. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai 'Konsensus Bebas', cuba menunjukkan diri mereka sebagai kononnya pejuang yang berprinsip, walaupun hakikatnya semua rakyat tahu mereka hanya mementingkan diri sendiri. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai bebas, hakikatnya mereka tidak boleh menipu rakyat, bahawa mereka adalah badut-badut upahan yang berselindung di bawah ketiak Umno. Lima 'ekor beruk politik' ini tiada kerja lain. Kerja mereka di Parlimen hanyalah mencaci maki Pakatan Rakyat. Mereka memang jenis tidak servis rakyat, jika mereka turun ke kawasan pun, nescaya akan ditempelak rakyat kerana mereka adalah pengkhianat. "Umno-Barisan Nasional pun tak percaya lima ekor ini, kalau Pakatan Rakyat mereka boleh khianati, BN pun mereka boleh buat macam tu," kata Setiausaha Politik seorang menteri di lobi Parlimen baru-baru ini. "Lepas ni BN pun tak nak mereka," tambahnya. Menariknya, drama MP-MP Bebas ini kadangkala tersangkut, akibat sanggahan MP BN sendiri. Kadangkala pertelagahan mereka membawa kepada episod kata mengata yang menggelikan hati. Antara yang terbabit dalam sengketa adalah Ibrahim Ali dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau). "Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu di blog web mikronya. "Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan," kata Khairy merujuk kepada serangan Ibrahim. "(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'. "Jaguh bandar atau Oxford tidak bermakna kepada saya, kalau naik dan kaya pada permulaan kerana bapa mentuanya PM ataupun (terlibat dengan) politik wang?", balas Ibrahim. Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus apabila Khairy membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Dato' Dr Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh Ibrahim berhubung isu biasiswa. Khairy juga baru-baru ini menyanggah ucapan Wee Choo Keong di Parlimen. Yang kelakar ialah, pada asalnya MP-MP Bebas hendak digunakan Umno-BN untuk menyerang Pakatan Rakyat, tetapi sudah terbalik. Dengan Umno pun mereka bergaduh. Apa yang hendak ditekankan di sini, bukan soal kata-mengata atau perselisihan faham antara MP BN dengan MP Bebas semata-mata. Hakikatnya, MP-MP Bebas ini tidak ada 'future'. Mereka bukan sahaja tidak dapat membina jambatan yang baik dengan MP Umno-BN, malah kehadiran mereka semakin menyusahkan Umno. Oleh itu, sebelum mereka dibuang oleh Umno-BN bagaikan sampah, sebelum mati dalam kehinaan, elok mereka meletakkan jawatan dan menyerahkan mandat semula kepada rakyat. - harakah |
| Warga Felda Seluruh Negara Berkumpul Di SPRM Esok, Untuk Dedah Penyelewengan Felda Posted: 14 Jul 2010 06:24 AM PDT Ini yang kita nak nih..bagus Saudara Mazlan, teruskan dedahkan penyelewengan Felda. Dan satu lagi nak bagi cadangan, baik Mazlan jangan layan Ahmad Maslan, menteri yang juga penoreh getah masa prk..sebab Ketua Penerangan UMNO ni spesis auw..auw..baik cabar Najib untuk turun berdebat. Kalau najib takut jugak..kita anjur debat olok-olok..jemput JKKK Felda...kita tengok sape yang kena..
Peneroka serah bukti dakwa penyelewengan Felda esok KUALA LUMPUR, 14 Julai: Peneroka Felda dari seluruh negara akan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya esok bagi membuat laporan berkenaan dakwaan penyelewengan Felda. Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman (gambar) sewaktu mengesahkan perkara itu berkata, rombongan mereka akan ke sana menyerahkan dokumen yang didakwa sebagai bukti penyelewengan ke SPRM jam 11 pagi esok. "Setelah laporan polis dibuat berkenaan penyusutan rizab tunai Felda, jadi sekarang kita akan hantar laporan dan dokumen kepada SPRM, beserta dengan lampiran- lampiran tambahan berkenaan isu-isu yang berkait rapat dengan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan penyelewengan di dalam pengurusan Felda," katanya. Laporan serupa jelasnya turut disampaikan kepada SPRM di setiap negeri dalam masa terdekat. Tindakan ke SPRM itu dibuat selepas penolakan debat oleh menteri berkaitan dan setelah beberapa laporan polis dibuat di seluruh negara. Mengulas penolakan debat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, beliau berkata kebanyakan pimpinan Umno BN di peringkat akar umbi sendiri turut gusar dengan debat tersebut kerana khuatir lebih banyak salah urus Felda akan dibongkar. "Isu Felda kini telah menjadi isu nasional yang paling hangat. Inilah pertama kalinya dalam sejarah di mana kewibawaan pimpinan Barisan Nasional tergugat. Mereka berusaha untuk menutup isu ini, tetapi tidak boleh. Bila pimpinan Umno BN diajak berdebat, mereka tidak mahu. Dari sudut lain, integriti Felda itu sendiri dipersoal," katanya lagi. Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009. Kemerosotan itu, jelasnya ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bangunan baru Menara Felda. Bagaimanapun, Anak berpendapat banyak keraguan di sebalik penjelasan tersebut. |
| Ramai Betul Benci Khairy Jamaluddin Posted: 14 Jul 2010 04:25 AM PDT Khairy Jamaluddin dijangka lepas jawatan Ketua Pemuda UMNO. Ini bukan saya buat cerita, tapi website UMNO buat (malaysia instict) KJ Tak Mau Jadi Ketua Pemuda UMNO - Sila Berambus Sekarang Jugak
Dont cry for me Argentina la lu bagero. Oleh Satu Hala Wahhh...ini apa cerita mamat KJ ni tetiba bayangkan tak nak bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan UMNO akan datang pulak ni. Ingat ada ke orang nak sedih bila dia cakap macam tu? Bertuah...penulis yakin, reaksi banyak pihak ialah "Ada ku kesah". Untuk KJ, buat apa nak tunggu sampai pemilihan akan datang, kalau boleh dalam tengah hari esok pun sudah boleh letak jawatan terus kalau nak. Rasanya Tengku Adnan (Setiausaha Agung UMNO) pun sangguplah tunggu kat ofis dia sepanjang hari esok. So KJ, tak payahlah nak tunggu sampai pemilihan akan datang. Buat apa nak buang masa UMNO yang sedang giat menuju ke arah pengukuhan. Kita semua tahu Pergerakan Pemuda UMNO akan lebih bermaya dan dihormati kalau KJ berambus daripada mengetuainya. Memang elok benar kalau KJ boleh blah secepat yang boleh pasal sekarang ini pun dia bukannya buat kerja apa pun. Sibuk melobi siang malam untuk dapat jawatan dalam kabinet aje. Pergerakan Pemuda UMNO huru-hara, kelam-kabut, berpecah belah pasal dia. Dah puas kena sindir dengan macam-macam orang pun KJ tak faham-faham bahasa lagi. Masih nak jawatan apa semua. Dan persoalan yang bermain di fikiran sesetengah pihak waktu ini ialah kenapa KJ tak mahu bertanding lagi? Jawapannya mudah sahaja. Sebenarnya, KJ memang tidak boleh bertanding pada pemilihan akan datang....atau lebih tepat lagi tidak guna bertanding pun. KJ tahu dia pasti kalah dan silap hari kalah teruk gila babi punya. Pak mertua dah takda power dalam UMNO, so dah takleh nak tolong lagi dah. Ingat tak pemilihan jawatan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini....satu pencalonan pun KJ tak dapat. Walhal masa pak mertua dia ada dulu, siap menang tanpa bertanding. KJ tahu, apa yang berlaku dalam FAM itu petanda betapa dia tidak bernilai tanpa pak mertuanya, Abdullah Bodowi. Nanti kalau tanding jugak....entah le...mesti kalah tak hingat punya! So, untuk elakkan petaka di masa akan datang, KJ ni dalam bodoh dia, ada jugaklah sikit pandai. Dia sedar dari sekarang, so dia umumkan dia sedang pertimbangkan untuk tidak lagi bertanding pada pemilihan akan datang. Mudah aje.... Cuma yang kita hendak cadangkan ialah....buat apa tunggu lama-lama bai? Tak reti-reti lagi ke.... Ramai juga yang benci Khairy..termasuk kaki bodek mahathir dan pencacai Mukhriz Mahader, si Parpuskari..ini tulisan si blogger ampu UMNO ini.. ISU BERAPI! KENAPA PEMUDA UMNO TAK BERANI TEGUR KHAIRY KITOL? Semalam aku rasa nak tergelak bila aku tengok ada satu Pemuda UMNO yang cuba nak jadi hero dok komen pasal isu pembangkang berleluasa di dalam Proton, mamat ini kata dalam blog dah ada mainkan isu ini dan mita kerajaan siasat dakwaan tersebut! Klik sini Kenapa aku nak tergelak? Mudah je jawapannya, dia baru baca dari 2-3 blog terus dia buat statement tanpa usul periksa, padahal ada banyak blog yang dok cerita tentang kemusnahan dan kesialan yang telah dibawa oleh Ketua Pemuda UMNO, langsung dia tak cakap pasal tu! Kenapa ya? Padahal ramai bloggers yang meminta supaya pihak berkuasa menyiasat semula kes ECM-LIBRA dan lain-lain penyelewengan yang pernah dilakukan oleh menantu Bodohwi ini, kenapa tang Proton bukan main laju lagi Pemuda bersuara? Apa ini arahan dari si Kitol ka brader? Bukan la aku nak defend Proton sangat ni, tapi aku menjadi pelik kenapa tidak dari dok complaint tak tentu hala pasal cerita yang belum diketahui kesahihannya itu, Pemuda ini cuba mendekati staf Proton itu sendiri? Kalau dah korang sendiri ingat Proton dikuasai oleh PAS, kenapa Pemuda UMNO tak boleh buat yang sama juga? pi la conquer Proton tu! Hello brader yang dok mintak kerajaan siasat Proton, cuba bagitau aku sikit, apa inisiatif yang telah Pemuda buat untuk mendekati orang-orang muda dalam kilang proton? Tak ada kan? Korang tau tak berapa ribu orang yang berkerja di proton? 6000 weh, dari dok complaint macam budak tak cukup umur, kan ke baik kalau korang fikir macamana nak tarik orang muda join UMNO? Kalau aku boleh berfikir benda macam ni, takkan la korang yang belajar tinggi kat luar negara tu tak leh berfikir kot? Atau korang memang sibuk dok cari 'projek' kot sampai terlepas pandang la tanggungjawab korang yang sebenarnya? Salah ke aku cakap macam ni? Kepada Pemuda yang kononnya membuat impak tahap maksima kononnya kerajaan kena siasat kalau Proton dah dikuasai oleh PAS, tidakkah terfikir dalam benakmu, kalau benar benda ni terjadi apa yang patut aku lakukan supaya dapat menarik kembali sokongan pekerja Proton kepada UMNO? Aku rasa mesti anda terfikir kan? Sebab anda mempunyai seorang Ketua yang lemah dan tak reti nakbuat kerja, sebab itulah jadi macam ni, jangan marah dengan apa yang aku tuliskan disini mungkin bunyinya agak keras tapi ain kali sebelum nak buat statement, fikir dulu! Lagi best, sebelum korang nak buat apa pun, suruh si khairy kitol tu letak jawatan dulu dan biarlah seorang yang benar-benar berkelayakan untuk mengambilalih dan sekaligus menamatkan kekusutan yang sedang berlaku dalam UMNO! Aku faham perasaan korang wahai Pemuda UMNO tapi akalu korang tak mulakan gerakan untuk menendang keluar si Kitol ni, jangan harap la rakyat nak menghormati korang! inilah hakikatnya, Proton ni salah satu contoh je, kalau kita siasat betul-betul, Petronas dan GLC-GLC lain pun penuh dengan penyokong parti pembangkang sebenarnya, malahan tidak keterlaluan kalau dikatakan dalam agensi kerajaan pun ramai puak-puak pembangkang ini membiak! Jadi apa tindakan kamu seterus nya? Tau nak mengadu je tapi tak tahu nak mencari jalan penyelesaian kan? Apa tugas kamu semua sebagai pemuda UMNO sebenarnya? Takkan nak ada jawatan tapi taknak buat kerja? Kalaulah kau ni berani bersuara macam ni kat si Kitol tu, then aku akan bersama-sama kau dalam apa saja pembongkaran! Tapi bila aku dengar benda ni dari seorang Pemuda yang ketuanya adalah Pengkhianat dan Perasuah, aku rasa macam dengar cerita seks dari seorang yang dah mati pucuknya la! Kau faham tak apa aku cakap ni? Come on la brader! Cari jalan macamana nak keluarkan KANSER yang bernama Kitol ni dari Pemuda dulu dan lepas tu kita-kita sama-sama fikrikan bagaimana nak menarik balik sokong orang-orang muda kepada UMNO! Dari kau nak salahkan orang lain, apa kata kita cari jalan untuk menarik lebih banyak sokongan, tetapi dengan syarat si Kitol kena berambus keluar dari PARTI KERAMAT UMNO ni! Amacam bro, ada berani ke nak sahut seruan House PK ni? ADA OTAK GUNA, ADA AKAL PAKAI! THINK OUTSIDE THE BOX! BE CREATIVE! Makin berpecahlah UMNO...apapun, jom ramai-ramai, kita tepuk tangan dua kali..lihat gelagat orang UMNO ini.. |
| Macam2 Zaman Najib : Bapa Durjana, Lacurkan Anak Dengan Upah 10 Ringgit Je Posted: 14 Jul 2010 03:30 AM PDT Macam-macam zaman Najib..bapa dah gila, sanggup lacurkan anak sendiri Upah seks RM10 KULIM- Siapa sangka remaja berusia 15 tahun yang masih bersekolah di sini, menyimpan pelbagai sejarah hitam dalam hidupnya. Ida (bukan nama sebenar) adalah anak ketiga daripada lima beradik. Menurutnya, ketika berusia tujuh tahun, dia dirogol bapa kandungnya beberapa kali sebelum dijadikan alat pemuas nafsu rakan bapanya itu. Pada usia sementah itu, dia masih tidak mengenal erti kehidupan dan hanya menurut segala arahan bapanya. Namun, disebabkan tidak tahan dengan perbuatan bapanya, dia menceritakan permasalahan yang menimpanya itu kepada ibunya yang kemudiannya membuat laporan polis. "Setahun selepas dia merogol saya, saya diarah bapa melayani nafsu kawan-kawannya pula. Saya akan diberi upah RM10 setiap kali melakukan perbuatan keji itu. Saya diminta melakukan perbuatan itu bersama seorang pak cik. Hampir setahun pak cik melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap saya. "Semua ini saya rahsiakan daripada pengetahuan orang lain kerana saya diugut bapa sekiranya perkara ini diketahui orang lain, saya akan dicederakan. Saya pernah merayu kepada kawan-kawan bapa supaya tidak melakukan perbuatan itu ke atas saya, tetapi mereka tidak endahkan malah terus memuaskan nafsu mereka kerana sudah membayar duit kepada bapa. "Perkara ini berlaku sehinggalah saya berusia 11 tahun," katanya. Dia tidak menafikan perbuatan keji bapanya itu bukan saja berlaku terhadap dirinya malah nasib sama turut dialami beberapa adik beradiknya. Ada di antara mereka diliwat. Menurutnya, mereka menjadi trauma terhadap bapa yang sering menjadikan mereka adik beradik tempat memuaskan nafsu. Walaupun ibunya kini bercerai dengan bapanya, lelaki itu masih mengganggu mereka. "Saya sedih kerana orang sering ambil kesempatan terhadap diri saya sehingga hari ini. Ada antara mereka mengugut untuk menceritakan apa yang berlaku ke atas saya kepada orang lain dan mengaibkan saya semata-mata mahu melakukan hubungan seks dengan saya. "Saya tertekan dan kini selalu bermasalah. Tidak ramai yang mahu mempercayai saya, malah menganggap saya bohsia. Semua ini tidak benar. "Polis menyiasat kes ini dan bapa sekarang di bawah jaminan. Saya berharap mahkamah dapat mempercepatkan pendakwaan terhadap bapa saya kerana dia masih berlegar di sekitar kawasan Kulim. Selagi dia masih ada, tidak ada sebarang pembelaan terhadap kami adik beradik," katanya. |
| Bekas Ketua UMNO Jelutong Ajak Ahlinya Keluar UMNO Posted: 14 Jul 2010 02:47 AM PDT Nampaknya UMNO Jelutong dah nak melompat dah..tak nak masuk PR, masuk PCM pun jadilah..yang penting pukul UMNO Bekas ketua Umno Jelutong Datuk Abdul Rashid Ismail berkata parti Melayu itu tidak mungkin dapat terus berkuasa jika ia gagal menangani masalah-masalahnya. Beliau juga menasihatkan ahli-ahli bahagian bahawa tidak salah bagi melompat ke parti lain jika tidak berpuas hati. Bahagian Umno Jelutong yang tercalar akibat pergeseran dalaman mengadakan mesyuarat agung tahunannya di Pulau Pinang, malam semalam dan tanpa menyangka mendapat sokongan daripada bekas pengerusinya yang kini adalah ahli seumumr hidup Umno dan terbabit dengan kerja-kerja NGO sejak persaraanya. Abdul Rashid adalah ketua bahagian sebelum 2004 dan secara kontroversial digantung atas dakwaan politik wang tetapi menafikan perkara itu yang dikatakannya tidak berasas. Sesudah digantung, beliau menjalani zaman yang mencabar apabila isterinya, Khatijah Zainuddin dibunuh di Jelutong pada April 2000. Malam semalam, Abdul Rashid membuat pendedahan bahawa dia sanggup menyokong ahli-ahli seperjuangannya dari belakang. "Apabila saya mendengar cerita sedih berhubung kepimpinan negeri yang membelakangkan perlembagaan (dengan menutup 17 cawangan Umno Jelutong), saya fikir saya perlu terbabit semula," katanya. Bagaimanapun, beliau menolak cadangan yang beliau akan memegang jawatan kanan parti itu. Abdul Rashid menggesa ahli-ahli yang tidak berpuas hati supaya terus memprotes dan berani memperjuangkan hak bagi memastikan cawangan mereka dihidupkan semula. "Jangan rasa bersalah. Pilihan lain, anda boleh lompat ke parti lain seperti PKR atau PAS - masih ada Pakatan Rakyat. Ia masih boleh diterima kerana anda bukan melompat ke agama lain," katanya kepada kira-kira 60 anggota yang hadir./Malaysiakini |
| Polis Perancis Sebut Nama Najib & Roswah Sebagai Suspek Posted: 14 Jul 2010 01:43 AM PDT Kah..kah Najib dan Roswah..nama korang berdua dah disebut polis antarabangsa. Kita doakan perasuah dan pembunuh sebenar Althantuya, dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Amin... 3 Jam Bala diambil keterangan Polis Perancis sebut nama Najib-Rosmah "Najib" dan "Rosmah Mansor" antara nama yang disebut oleh polis Perancis, dalam masa lebih daripada tiga jam ketika mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal. Malah, nama-nama seperti Abdul Razak Baginda, Deepak Dinesh, ASP Suresh dan beberapa nama baru yang belum dikenalpasti turut disebut sepanjang proses ini, menurut sumber maklumat. Balasubramaniam ialah saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tiba di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture pada pada jam 2.30 petang (waktu Perancis) Isnin lalu, ditemani peguamnya, Manjeet Singh Dhillon. Menurut sumber maklumat, polis Perancis sendiri mengungkit nama Perdana Menteri Najib Razak (gambar kiri, kanan) dan isteri beliau, Rosmah Mansor (gambar kiri, kiri) ketika mengambil keterangan Balasubramaniam. Malah, nama tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Abdul Razak Baginda; dan Deepak Dinesh (peniaga permaidani yang dituduh mengatur perjalanan Bala ketika melarikan diri) juga disebut sepanjang keterangan Bala diambil. Dalam satu laporan eksklusif MerdekaReview pada 10 Julai 2010, Balasubramaniam (gambar kanan) yang melarikan diri ke London telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam urus-niaga pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis. Selain itu, sumber maklumat juga memberitahu MerdekaReview, Balasubramaniam telah bertemu dengan peguam SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) di Perancis, Joseph Breham untuk dua jam, semalam. Beliau kini sedang merangka satu kenyataan untuk diedarkan pada hari esok, kata sumber maklumat itu. Latar belakang : Pembelian kapal selam: Bala dipanggil Polis Perancis |
| Isu Fitnah Anwar : Rais Langsung Tak Berbudi Bahasa, Tak Layak Jadi Menteri Kebudayaan Posted: 14 Jul 2010 01:06 AM PDT Woii Rais..kalau ngko benar-benar berbudi bahasa. Minta maaf pada Anwar. jika tak, ngko memang tak layak jadi menteri kebudayaan dan warisan, elok jadi menteri yang jaga wanita sahaja. Rais Dikecam Gagal Selidik Fakta Sebelum Dakwa Anwar Agen Amerika Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott mendesak Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, rakyat Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat kerana membuat tu duhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen agensi perisikan CIA. Malott yang menjadi Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur selama tiga tahun darim 1995 hingga 1998 berkata Anwar bukan dan tidak pernah menjadi agen Amerika. "Saya tegaskan sekali lagi apa yang saya katakan kepada Menteri Luar ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi pada 1998, " Jika anda mendakwa Anwar adalah agen Amerika, anda juga membuat rumusan, secara salah, bahawa Amerika juga masuk campur dalam hal ehwal politik dalaman Malaysia, dan ini adalah tidak benar. "Saya pernah menyentuh mengenai perkara ini 10 tahun dahulu ketika saya menulis satu artikel untuk Malaysiakini ('Anwar was never an American spy', Sept 2, 2000) di mana saya menafikan secara khusus bahawa Anwar buka dan tidak pernah menjadi agen kepada Amerika. "Seperti yang saa tulis dalam artikel tersebut saya memberitahu Abdullah bahawa Anwar bukan agen Amerika. Sekiranya kerajaan Malaysia menangkap Anwar dan mendakwa beliau agen Amerika, kita akan mengeluarkan kenyataan serta merta untuk menafikan sekeras-kerasnya dan akan mencabar kerajaan Malaysia untuk menyediakan bukti. "Saya juga secara jelas memberitahu Abdullah bahawa kerajaan Malaysia akan dimalukan kerana mereka tidak mampu memberikan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut kerana dakwaan ini hanya khayalan yang tidak wujud sama sekali," kata belas duta itu dalam satu kenyataan beiau hari ini. Beliau membidas Rais sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai penerangan dan informasi kerana gagal memeriksa fajta yang maklumat yang betul ketika membuat tuduhan yang melulu tersebut. "Sudah tentunya rakyat mengharapkan beliau melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Dalam keadaan ini Rais sepatutnya memastikan berita yang beliau terima adalah benar tetapi sebaliknya berlaku. "Rais gagal menyelidik latarbelakang blogger yang tulisan mengenai Anwar dipetik oleh Utusan Malaysia. Malah tidak siapa pernah mendengar blog ini apatah lagi mengatakan ianya 'terkenal'. Saya yakin Rais juga tidak membaca blog tersebut sebelum beliau membuka mulut. Sebaliknya beliau terus percaya dengan laporan Utusan itu," jelas beliau. Malott menambah sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari google beliau akan ketahui bahawa blogger yang dilabelkan sebagai 'pakar' oleh Utusan sebenarnya berkata beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram. "Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaiman orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA? "Sebelum Rais menyebarkan berita palsu daripada orang seperti ini, elok beliau periksa fakta dan elakkan dirinya daripapda mendapat malu. Mengapa Rais tidak buat kerjanya dengan betul dan bersungguh-sungguh? "Ini bukan sahaja mengenai Rais dan Utusan malah saya amat terkejut kerana masih ada golongan di Malaysia yang terus menerus menyebarkan isu karut ini mengatakan Anwar agen Amerika demi kepentingan agenda politik mereka," tegas beliau lagi. Malott menyoal sekiranya beliau berbohong mengenai Anwar 10 tahun dahulu mengapa Dr Mahathir yang menguasai Cawangan Khas (Special Branch) selama 22 tahun tidak menafikannya. "Mengapa tidak seorang pun tampil untuk membuktikan Anwar agen Amerika tujuh tahun selepas persaraan Dr Mahathir? Mengapa mereka tidak mampu membuktikan sehingga hari ini? Mengapa mengambil coretan dblogger yang membebel yang bukan-bukan yang tinggal di atas gunung di New York? Kenapa Anwar tidak ditangkap atas tuduhan pengintipan? "Kerajaan Malaysia mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Anwar tetapi jika ia membuat dakwaan palsu terhadap Amerika Syarikat khususnya menuduh kita mencapuri urusan dalaman Malaysia, kita akan mendedahkan segala dakwaan palsu itu. "Malah selepas 12 tahun saya bertemu Abdullah, Malaysia gagal memberikan walaupun sekelumit bukti bahawa Anwar adalah agen Amerika," kata Malott lagi. Beliau berkata Rais juga wajib memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan beliau tersebut dilihat cuba merosakkan usaha beliau untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat "Mengapa anda (Rais) melemahka usaha Perdana Menteri anda dan mengatakan Amerika Syarikat masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia dan menyokong pembangkang? "Sekiranya Amerika gembira dengan usaha uusaha Najib di mana pula letaknya logik kita menyokong Anwar dan pembangkang?" tanya Malott kepada Rais. |
| UMNO Takde Kerja Lain..Fitnah Je Kerjanya Posted: 14 Jul 2010 12:34 AM PDT BAYAN LEPAS, 14 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad perlu memohon maaf kepada keseluruhan penduduk Kampung Binjai kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat setempat serta sanak saudara mereka yang berada di luar. Pengerusi Badan Bertindak Perpindahan Penduduk Kampung Binjai, Hashim Ismail (kanan) berkata, Adun berkenaan hanya memperbetulkan kenyataanya dua hari selepas kenyataan pertama dikeluarkan tanpa menyebut pun perkataan 'pohon maaf' cuma mengakui mendapat fakta yang salah. Para penduduk, kata beliau menjadi gelisah ekoran kenyataan berbaur fitnah itu walhal setahu penduduk tiada apa-apa pembangunan di situ. "Cuma poster dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang meminta bantahan penduduk di lot bersebelah iaitu 791 dan 792 sekiranya projek dilaksanakan di lot 792. "Jika beliau ada maruah, YB Farid kena pohon maaf secara terbuka kerana silap memberikan fakta hasil daripada maklumat yang entah dari mana. Kami penduduk bukan nak marah sekiranya YB bersikap begitu," tegasnya ketika tinjauan Harakahdaily ke kampung berkenaan kelmarin. Beliau mempersoalkan kenapa secara tiba-tiba isu itu menjadi panas sedangkan belum berlaku pengusiran penduduk seperti mana yang didakwa Adun itu yang juga naib ketua Umno Balik Pulau. Akibat daripada kenyataan palsu itu, katanya penduduk menjadi cemas manakala sanak saudara yang tinggal di luar Pulau Pinang acap kali menghubungi keluarga di kampung tersebut kerana bimbang dihalau memandangkan tanah yang didiami sejak puluhan tahun itu milik swasta. Menurutnya, walaupun kawasan itu berstatus komersial dan harganya cukup tinggi tetapi masih belum ada apa-apa pembentangan pelan rancangan pembangunan di kampung itu. "Jangan pula kerana terlalu bencikan Kerajaan Pakatan Rakyat, Umno dan Barisan Nasional (BN) menabur fitnah. "Apa yang ditaburkan semata-mata mencari pengaruh atau menjadi hero bagi jadikan batu loncatan untuk mencari tempat bertanding di Parlimen Balik Pulau," tambahnya. Ahli Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Kampung Binjai, Mohd Faizal Abd Rahman pula berkata, masalahnya sekarang tanah yang didiami seramai 46 keluarga merupakan tanah milik swasta. Kata beliau, sekiranya hendak dibangunkan, hanyalah mengharapkan ehsan perpindahan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Tanah Negara yang diluluskan di Parlimen pertengahan tahun 1990-an. Ini bermakna, katanya BN dan Umno merupakan pengkhianat kerana menyokong pindaan tersebut dan natijahnya dirasai oleh rakyat sekarang. "Inilah padah Akta Tanah Negara yang ditentang oleh pembangkang waktu dulu. Sekarang apa boleh buat. Bukan boleh salahkan Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng," ujarnya. Penduduk pertama Kampung Binjai, Puan Zaharah Sidek (kiri) berkata, jika sekiranya pemaju Palm Development Sdh Bhd mahu memajukan tanah itu, biarlah penduduk diberikan pampasan yang setimpal atau menempatkan kediaman sekitar kampung itu juga. Menceritakan keadaan itu, beliau memberitahu, waktu itu, pada 1982 kawasan itu adalah hutan rimba. "Mak Cik datang bersama keluarga menebas dan membelinya daripada Encik Hasan, selepas itu baru ada orang lain pula datang membeli tanah untuk diduduki," terangnya. Sementara itu, Yang Dipertua PAS Balik Pulau, Ustaz Fauzi Yusuf yang turut turun padang menjelaskan, BN dan Umno sengaja berbuat demikian untuk kepentingan politik mereka menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. "PAS yakin Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat akan membantu menyelesaikan konflik setakat mana yang boleh demi kepentingan penduduk asal. "Kerajaan berjiwa rakyat tidak sekali-kali bersikap dendam sebaliknya melakukan pembelaan yang sewajarnya, itupun sekiranya jalan penyelesaian ditemui. Maklumlah tanah swasta," katanya.Hrkh |
| Macam2 Zaman Najib..Dipukul Kerana Perkara Remeh Posted: 13 Jul 2010 10:07 PM PDT Rakyat Malaysia sudah ganas tak bertempat. Benda kecil pun nak dipukulnya Diterajang tegur gantung seluar dalam KUALA LUMPUR: Hanya kerana menegur jiran menggantungkan seluar dalam di pagar rumahnya, mangsa dipukul dan diterajang selain dua kereta dan tingkap kediamannya dipecahkan. BUKTI...Teh (kiri) menunjukkan gambar keretanya yang dirosakkan. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang Ahad lalu, mangsa dipukul menggunakan buluh oleh sekumpulan tiga lelaki termasuk jirannya sebaik tiba di rumahnya di Sri Kembangan di sini, menyebabkan dia cedera di muka dan badan. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Teh, 30, berkata dia yang baru pulang dari kerja dengan menaiki Toyota Avanza terkejut selepas seorang lelaki tiba-tiba merampas kunci keretanya sebelum melepaskan tumbukan di pipi, mata dan bibir. "Saya tidak mampu berbuat apa-apa ketika itu selain meraung meminta tolong, namun tiada siapa yang datang membantu. Saya meluru masuk semula ke dalam kereta, tetapi mereka memecahkan tingkap kereta dan memukul badan saya dengan buluh. "Isteri yang mendengar jeritan saya keluar dari rumah untuk menyelamatkan saya, namun dihalang. Dalam kesakitan, saya lari masuk ke dalam rumah, tetapi mereka memecahkan tingkap rumah serta tingkap sebuah lagi kereta milik isteri saya," katanya. Teh berkata, sebelum itu, lelaki terbabit turut menjerit memaksanya keluar dan mengugut untuk membunuhnya. Difahamkan, mangsa bukan sahaja ditumbuk dan dipukul, malah mengalami kerugian lebih RM5,000 kerana kedua-dua keretanya dirosakkan selain tingkap rumahnya dipecahkan jirannya itu. "Selepas saya mendiamkan diri dalam rumah, jiran saya beredar. "Selama ini, saya hanya mendiamkan diri sejak setahun lalu setiap kali jiran saya menggantungkan pakaian dalam di tembok rumah saya. Namun, sikap kurang manis itu menyebabkan saya tidak tahan dan menegur perbuatannya itu kira-kira dua minggu lalu. "Saya meminta mereka mengangkat pakaian dalam itu dan menggantungnya di rumah sendiri, tetapi teguran saya tidak diendahkan," katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam. Difahamkan, mangsa sebelum ini sudah dinasihati jiran lain supaya tidak menegur sikap lelaki itu kerana dikenali sebagai panas baran. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan, di sini. Berikutan itu, tiga lelaki termasuk jirannya berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan. Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata tindakan menggunakan kekerasan adalah salah di sisi undang-undang dan tidak wajar kerana kehidupan berjiran perlu saling bantu-membantu. |
| Mahmud Ahmadinejad, Ibarat Langit & Bumi Dengan Najib Montel Posted: 13 Jul 2010 09:39 PM PDT Inilah pemimpin Islam yang kita mahu..bukannya Najib & UMNO. Jadi pak turut barat Iran tak gentar ancaman Barat TEHERAN: Presiden Mahmoud Ahmadinejad berkata, semalam, pasukan pengawal revolusi dan tentera Iran mampu mengekang kuasa Barat daripada terus berleluasa. "Pasukan pengawal revolusi dan tentera kami mampu menghalang kuasa pembuli yang angkuh itu," kata Mahmoud dalam majlis perhimpunan pasukan pengawal komando revolusi Iran, lapor laman web Sepahnews dimiliki pasukan itu. "Kekuatan Iran tidak mampu digugat kerana pasukan pengawal revolusi kami menjadi simbol kekuatan Iran terhadap ancaman kuasa Barat dan Amerika Syarikat," kata Mahmoud. "Kuasa Barat yang angkuh sebenarnya lemah dan tidak dapat menggoyahkan Iran," tambahnya lagi. Hubungan antara Iran dan kuasa Barat semakin buruk sejak pemerintahan Mahmoud berikutan keengganannya menghentikan program nuklear Iran. Beberapa ketua komando pengawal revolusi juga mendakwa tidak gentar untuk bertempur dengan musuh utama Iran iaitu Israel. Pasukan pengawal revolusi yang ditubuhkan pada 1979 selepas revolusi Islam itu berperanan menghalang ancaman luar dan dalam negara. Peranannya semakin kukuh sejak pemerintahan Mahmoud. - AFP Ini pula artikel Sinar Harian semalan tentang Ahmadinejad. Nak banding dengan Najib, jauh panggang dari bara (bukan api dah)..amat jauh perbezaannya.. Kehidupan sebenar 'singa' dunia Islam - Sinar Harian Kehidupan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad merupakan contoh terbaik dalam aspek kesederhanaan. Semasa Mahmoud ditanya oleh media Barat, apakah yang dikatakan kepada dirinya sendiri setiap kali beliau melihat cermin pada waktu pagi, Mahmoud menjawab: "Saya melihat lelaki di dalam cermin itu dan berkata: Ingat! Kamu tidak lebih sekadar pesuruh kecil, dan hari ini kamu mempunyai tanggungjawab yang sangat besar iaitu untuk berkhidmat kepada negara Iran," katanya. Mahmoud, sejak awal pelantikannya sebagai Presiden Iran, mengejutkan banyak pihak dengan tindakannya yang berlawanan dengan kebanyakan pemimpin tertinggi dunia yang lain. Lelaki bertubuh kecil itu memulakan perkhidmatannya sebagai Presiden dengan mendermakan semua permaidani mewah Iran yang berada di pejabatnya kepada masjid-masjid di Teheran. Beliau kemudian menggantikan permaidani tersebut dengan permaidani biasa yang berharga jauh lebih murah. Semasa mula-mula mengambil alih tampuk pemerintahan, Mahmoud menyedari kewujudan sebuah bilik mewah yang digunakan untuk mengalu-alukan kedatangan VIP di bangunan pejabatnya. Beliau kemudian mengarahkan bilik itu ditutup dan digantikan dengan sebuah bilik biasa yang hanya dilengkapi beberapa buah kerusi kayu. Mahmoud juga dikenali sebagai Presiden yang prihatin dengan masalah kebersihan, terutama di bandar Teheran apabila beliau beberapa kali menyertai pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan berdekatan kediamannya dan pejabat Presiden. Mahmoud pernah berkata, beliau bangga menyapu jalan-jalan di Teheran. Di bawah pemerintahannya, Mahmoud menuntut semua menteri menandatangani dokumen perjanjian berkaitan harta dan kekayaan, di mana menteri dituntut supaya tidak menyalahgunakan kuasa untuk memperoleh kekayaan. Beliau juga membenarkan menteri memasuki pejabatnya tanpa perlu meminta kebenaran. Mahmoud, yang dilahirkan pada 28 Oktober 1956, memegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan lalu lintas dan pengangkutan di Universiti Sains dan Teknologi Iran, di mana beliau bertugas sebagai pensyarah sebelum dilantik menjadi Presiden pada 6 Ogos 2005. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Teheran bermula pada 2003 hingga 2005. Semasa dilantik menjadi Datuk Bandar, perkara pertama yang dilakukan Mahmoud adalah mengumumkan 'harta terbesar' yang dimilikinya, iaitu sebuah kereta Peugeot 504 yang dikeluarkan pada 1977 dan sebuah rumah kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun lalu. Presiden keenam republik Islam itu juga pada mulanya berkeras mahu terus tinggal di rumahnya selepas dilantik sebagai Presiden tetapi beliau dipaksa oleh pasukan keselamatannya supaya berpindah masuk ke kediaman Presiden atas sebab keselamatan. Mahmoud juga enggan menerima gajinya sebagai Presiden kerana menganggap semua kekayaan itu adalah milik negara dan dia dipertanggungjawabkan untuk menjaga kekayaan Iran. Selain itu, salah satu sikap Mahmoud yang mengagumkan pekerja di pejabat Presiden adalah tabiat beliau yang membawa sebuah beg berisi sarapan pagi yang disediakan oleh isterinya, setiap hari. Mahmoud turut menghentikan penghantaran makanan khas yang disediakan untuk Presiden sebelum ini. Lebih menarik lagi, beliau mengubah kapal terbang rasmi Presiden kepada kapal kargo untuk membantu menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan mengarahkan supaya beliau diterbangkan menggunakan penerbangan biasa dan ditempatkan di kelas ekonomi. Beliau juga menghentikan sambutan khas yang diberikan kepada Presiden seperti permaidani merah semasa lawatannya di dalam negara. Apabila beliau dikehendaki menginap di hotel, Mahmoud akan memastikan pihak hotel tidak memberikannya bilik yang mempunyai katil besar dan menegaskan beliau tidak suka tidur di atas katil, sebaliknya lebih suka tidur di atas tilam nipis. Perjalanan semasa kempen beliau untuk menjadi Presiden juga dikagumi apabila Mahmoud memenangi pilihan raya umum Iran tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan atau menerima sebarang sumbangan, sebaliknya hanya bergantung kepada penyokongnya yang menggunakan jaringan masjid untuk meraih sokongan. Walaupun kelantangan Mahmoud membuatkannya tidak disukai oleh negara Barat, namun sifat sederhananya dikagumi media Barat yang tidak putus-putus menulis mengenai keperibadian Mahmoud. Begitulah kehidupan Presiden salah sebuah negara paling berkuasa di dunia ![]() ![]() |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













.jpg)











1 ulasan:
у нас на вышеприведенном веб-портале подобран громадный набор [url=http://www.filmkpktut.ru/]телефонов бесплатно[/url].
Catat Ulasan