RAKYAT MARHAEN |
- Afidavit PI Bala diserah SPRM minggu depan, kata peguam
- Isu pasir: Penyokong Umno berdemo di SUK
- State volunteers gearing up to counter protesters
- French probe: Who are Major Rahim and Abdul Rahim Saad?
- PROJEK PEMBODOHAN MELAYU
- Tolak Usul Isu Penan Bukti Umno-BN Tidak Peduli
- JPM Lambat Ambil Tindakan Kes Kematian PTD
- Anwar Agen CIA: Umno Sudah Mula Percaya Blogger?
- Bala dedah keterangan di Paris, namakan dua ‘muka’ baru
- French show interest in Razak Baginda during Bala interview
- Umno-BN ‘hantuk kepala kami ke dinding’ – Ramly Lugan
- PAS perlu RM30 juta untuk PRU
- Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'
- Felda yields on par but profits disappoint
- Hasil Felda setara firma lain tapi keuntungan tidak
- KDN perbaharui permit penerbitan Harakah dengan amaran keras
- Ucapan najib jelaskan Umno semakin lelah
- Percaturan Umno untuk pecahbelahkan PR
- Satu 'cekak' terus ter'celapak'..!
- Tok Guru Nik Aziz cabar Umno tukar nama, dasar sertai Pakatan
- Jika PAS & UMNO Bersatu
- Wacana - Kisah 2 ekor lembu UMNO yang salah masuk kandang!
- PAS dan UMNO tak mungkin bersatu?
- Perancis Janji Bongkar Skandal Scorpene Habis-habisan - Najib & UMNO Di Tebing Keruntuhan
- Najib sudah hilang tuah
| Afidavit PI Bala diserah SPRM minggu depan, kata peguam Posted: 14 Jul 2010 09:05 PM PDT ![]() Balasubramaniam dengan peguamnya di London baru-baru ini. — Gambar fail Ketika ditanya sama ada ia akan diserahkan kepada SPRM minggu depan, Americk berkata: "Ya, kenyataan akan diserahkan (kepada SPRM) minggu depan dan, tidak, tiada apa-apa lagi yang perlu dilakukan oleh Bala selepas ini." The Malaysian Insider difahamkan sebelum ini SPRM memberikan tempoh kira-kira sebulan kepada Balasubramaniam untuk menjawab jawapan secara bertulis. Difahamkan soalan-soalan itu berkaitan dengan elemen rasuah berhubung kes pembunuhan Altantuya dan akan membolehkan SPRM melengkapkan siasatan mereka berhubung aduan dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin ekoran pendedahan Balasubramaniam menerusi temu bualnnya di Singapura akhir tahun lalu. Americk menerima soalan daripada SPRM menerusi kurier di hotel penginapannya di London awal minggu lalu. Balasubramaniam awalnya mahu mengadakan pertemuan bersemuka dengan pegawai-pegawai kanan SPRM di London pada 5 Julai tetapi rancangan itu dibatalkan oleh suruhanjaya tersebut kira-kira enam hari sebelum itu. Minggu lalu, Americk berkata, Balasubramaniam akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan itu menerusi afidavit. Tindakan mengambil keterangan secara akuan bersumpah atau afidavit itu diperuntukkan di bawah Seksyen 30(1)(c) Akta SPRM 2010. SPRM membatalkan rancangannya untuk bertemu Balasubramaniam di London atas alasan implikasi undang-undang terhadap proses merakamkan percakapan saksi di luar negara. Pada Mei lepas SPRM menyatakan kesediaan mengambil keterangan penyiasat persendirian, selepas dia bersetuju berbuat demikian. | |
| Isu pasir: Penyokong Umno berdemo di SUK Posted: 14 Jul 2010 08:58 PM PDT
Lebih 200 penyokong Umno cuba merempuh barisan anggota polis di depan bangunan Setiausaha Kerjaan Negeri (SUK) di Shah Alam dalam demonstrasi membantah cara Menteri Besar Khalid Ibrahim mentadbir pengeluaran pasir di negeri itu. Mereka meluru ke arah penyokong Pakatan yang berkumpul di dalam kawasan bangunan pentadbiran itu. Polis bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan dan memberikan masa 15 minit untuk masing-masing bersurai. Penyokong mengejek satu sama lain. "Umno rompak. Tangkap Toyo," jerit penyokong kerajaan yang diketuai pegawai penerangan kerajaan Selanor, Badrul Amin Baharom. "PKR rasuah," jawab ahli Umno. | |
| State volunteers gearing up to counter protesters Posted: 14 Jul 2010 08:51 PM PDT By Stephanie Sta Maria SHAH ALAM: A group of volunteers from Skuad Komunikasi Selangor have gathered at the state secretariat here to "defend" their Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim from protesters who plan to gather over the sand mining scandal in the state. "We don't know who these protesters are but we have received information that they will be holding a rally here today. So we decided to come and set up a defence wall to counter any unnecessary problems," said state communications director Dr Badrul Amin Baharom. He added that the state volunteers were undergoing training this morning in Ampang and were re-routed to Shah Alam after news about the protest came in. About 60 of them stood outside the state secretariat, waiting for the protesters. They were also holding banners in support of Khalid. "The Umno people are raising this sand mining issue now without any evidence. They are just angry that the state government has stopped their illegal activities. "When we (Pakatan) took over the state, we discovered that there were about 26 illegal mines and we shut them down. These Umno people are unhappy as their income was affected," he said. Meanwhile PKR youth deputy chief Fariz Musa said those criticising the state government over the sand mining issue should direct queries to Mohd Khir Toyo, the former MB. He said that in 2007 when Khir was the MB, the revenue from sand mining was RM2.9 million. "In 2008 (when Pakatan took over), it was RM6.3 million. RM5.4 million (in 2009) and until June 2010, the state has made RM10.3 million. "Why is it that when Pakatan took over we were able to get so much revenue?" he asked. Khir meanwhile arrived at the state assembly sitting with a posse of supporters after ending his one-year suspension. However, there are still no signs of any protesters, believed to be Umno youth members. | |
| French probe: Who are Major Rahim and Abdul Rahim Saad? Posted: 14 Jul 2010 08:40 PM PDT In the ongoing French probe for possible corruption in Prime Minister Najib Razak's acquisition of two Scorpene submarines, two new Malaysian personalities have emerged in the complex tale that offers a glimpse into the murky and cut-throat world of international arms wheeling and dealing. Malaysian private investigator P Balasubramaniam, who spent hours huddled with a French investigating team team on Monday, mentions the two names - a Major Rahim and an Abdul Rahim Saad – in the press statement he released late on Wednesday. "Bala said these were two names the prosecutors had brought up. He has no idea who they are," Bala's lawyer Americk Sidhu told Malaysia Chronicle in response to an email query for clarification. Who are these two men? Were they part of the ministry of defense? Should not the Malaysian Anti-Corruption Commission pick up the thread and begin an embarrassingly long-overdue probe at their end? Indeed, the inaction shown the Malaysian Prime Minister, the national graft buster that he directly oversees, and the police has been glaringly especially when compared with the seriousness shown by their French counterparts in the case. The obvious questions sparked by the Malaysian inertia remain stubbornly and defiantly unanswered despite the swell of public unhappiness. Why is there such a lack of will to investigate, why spurn the offer of help from Bala when he may very well possess information that could help fit at least 80 percent of the jigsaw puzzle together. But pundits say this is the way of the Malaysian system and because endemic corruption and abuse of power have been bred through the decades, they now prevail as a matter of right They also say the hands of the Malaysian authorities are tied. The MACC reports directly to Najib, so does the Attorney-General. Whilst, the police report to his cousin, Home Minister Hishammuddin Hussein. As a central figure in both the submarines-corruption-probe and the Altantuya Shaariibuu-murder-case, Najib may be fighting to keep his dirty laundry from being washed in public. But the longer he tries to suppress the truth or to protect his family and friends, the bigger the hit to his already-waning political power. Implicated in the complex tale is also his wife Rosmah Mansor, his friend Razak Baginda whose firm Perimekar was accused of being the beneficiary of a 114 million euros (RM570 million) kickback from DCNS. Even younger his brother Nazim Razak has been dragged into the case for allegedly intimidating Bala and offering him a RM5 million bribe to buy his silence. "In the past, the excuses offered by the Malaysian side are that Bala may not be a credible witness. The things that he says are just too sensational and he is a stooge for the opposition politicians. But if that is so, then it is up to the MACC to check and expose him for a fraud," PKR strategic director Tian Chua told Malaysia Chronicle. "But MACC doesn't do that, they don't probe at all. Now the French financial police have taken up the case, they have been professional in calling Bala to make sure that they have the best chance of solving the case. I understand they have mentioned two new names. I call on the MACC to immediately check this new lead. I would remind them this case involves taxpayers money, the MACC does not have the right to just ignore." | |
| Posted: 14 Jul 2010 08:35 PM PDT KOLEJ KOMUNITI : TPM UMUM TEMPOH PEMBELAJARAN DISINGKATKAN – mstarMuhyiddin Yassin hari ini melancarkan program pengukuhan Kolej Komuniti yang antara lain menggariskan tempoh pembelajaran bagi sembilan sektor terpilih disingkatkan daripada dua tahun kepada tiga ke enam bulan mulai tahun ini. Program jangka pendek Sijil Kemahiran Modular Kebangsaan adalah antara inisiatif yang dirangka untuk pengukuhan institusi Kolej Komuniti selain melaksanakan program memperkasakan program pembelajaran sepanjang hayat dan mempergiatkan program perantisan. Kementerian Pengajian Tinggi juga sedang merangka Program Pemindahan Ilmu antara Kolej Komuniti dan universiti bagi membolehkan hasil penyelidikan di universiti dapat dinikmati masyarakat setempat melalui Kolej Komuniti. KAH KAH KAH nota: pa makna berita ini ? berita ini memberi makna bahawa fulus telah kureeng beria ini beri makna bahawa ini tanda tanda pemotongan beljawan berita ini beri makana akan ada lagi pemontongan belanjawan berita ini memaksa kita semua berfikir : beri pelajaran kepada warga atau beli kapal selam cuba baca betul betul amat susah untuk difahami berita ini masuk akal kah kalau kursus dipendek kan maka ilmu akan datang lebih banyak persoalan timbul bagaimana memendekkan kursus akan memperkukuhkan proses pembelajaran lebih singkat belajar akan jadi lebih cerdik ini cara berita diolah untuk menipu orang melayu hah kah kah TT. | |
| Tolak Usul Isu Penan Bukti Umno-BN Tidak Peduli Posted: 14 Jul 2010 08:32 PM PDT KUALA LUMPUR 15 Julai - Timbalan Speaker Dewan rakyat, Datuk Ronald Kiandee menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berhubung dakwaan penderaan seksual terhadap wanita kaum Penan. Zuraida sebelum itu mahu usul tersebut dibahaskan di parlimen bagi mencari penyelesaian selain menubuhkan satu Jawatankuasa Di Raja bagi menyiasat dakwaan tersebut.Speaker Dewan Rakyat mengambil keputusan menolak usul tersebut di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) kerana sudah wujud Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan dan perkara itu telah disiasat oleh jawatankuasa terbabit. Zuraida yang ditemui pada sidang media semalam berkata beliau kecewa dengan penolakkan usul tersebut dan juga alasan yang diberikan oleh Timbalan Speaker. "Saya kecewa dengan keputusan yang diberikan oleh Timbalan Speaker kerana menolak permohonan usul saya berkenaan kes penderaan seksual wanita Penan, alasan yang diberikan beliau kerana sudah wujud Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan. "Saya mengemukakan usul ini setelah meneliti laporan oleh 'Penan Support Group' dalam konteks lebih luas mengenai eksploitasi seksual wanita dan gadis di Baram Tengah dan Ulu Baram Sarawak. Saya mendesak agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk segera menyiasat keberkesanan tindakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga pihak polis dalam menangani masalah ini. "Pada bulan Oktober 2009, laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak telah mendedahkan kepada umum dan menegaskan telah berlaku penderaan seksual kepada gadis dan wanita kaum Penan. "Laporan tersebut juga telah mendedahkan bahawa terdapat tujuh kes baru penderaan seksual di kalangan gadis dan wanita kaum Penan, selain itu juga menjelaskan usaha pihak kerajaan untuk melindungi gadis dan wanita kaum Penan masih tidak memberi kesan. Saya kesal sehingga kini tidak ada seorang pun yang diheret ke muka pengadilan untuk bertanggungjawab ke atas penganiayaan ini," jelasnya. Tambah beliau, kelambatan mengambil tindakan mungkin disebabkan komisyen yang tinggi yang diberikan oleh penguasa balak kepada kroni di dalam kerajaan negeri Sarawak ataupun mereka yang terlibat adalah dari kelompok Umno-Barisan Nasional maka tindakan tidak boleh diambil. "Jika perkara ini dilakukan oleh Pakatan Rakyat saya rasa baru sahaja kenyataan dikeluarkan, pihak polis atau pemimpin Umno terus melenting dengan pelbagai fitnah karut mereka," tegas beliau. Dalam pada itu Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib tidak mengikut rangka lawatan yang telah diberikan tetapi mendekati kaum Penan bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku ketika melawat Sarawak nanti. "Saya gesa sempena lawatan Najib ke Sarawak nanti janganlah beliau menggunakan sistem 'touch n go' datang tunjuk muka dan terus balik berehat di hotel yang mewah, beliau sepatutnya keluar daripada jadual asal yang telah disediakan dan pergi mendekati kaum Penan bagi mengetahui apa yang telah berlaku di dalam kaum tersebut. "Najib jangan hanya mendengar apa yang dilaporkan oleh kakitangannya, beliau sendiri perlu mendengar rintihan wanita yang menjadi mangsa rogol oleh pekerja pembalakkan. Dengan cara ini sahajalah baru Umno dan semua pemimpin Sarawak bangun untuk mengambil tindakan," kata Tian Wong Ho Leng yang merupakan Ahli Parlimen Sibu juga mengesa Najib bertemu sendiri dengan seluruh masyarakat kaum Penan kerana kegagalan Najib mendekati mereka menyebabkan pihak-pihak yang diberi tanggungjawab bagi menangani masalah tersebut menafikan bahawa wujud kes rogol terhadap gadis dan wanita kaum Penan. Beliau juga mahukan mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan dengan segera tanpa mengira apa pun jawatan yang dipegang. | |
| JPM Lambat Ambil Tindakan Kes Kematian PTD Posted: 14 Jul 2010 08:31 PM PDT KUALA LUMPUR 15 Julai - Kerajaan perlu mendedahkan laporan siasatan dalaman Jabatan Perkhidmatan Awam kepada umum berhubung tragedi yang meragut nyawa seorang Pegawai Tadbir Diplomatik, Norhashimah Wahid semasa mengikuti modul latihan sebagai prasyarat pengesahan jawatan pada 31 Mei lalu. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata Jabatan Perdana Menteri wajib memastikan pihak bertanggungjawab dalam tragedi itu diambil tindakan serta-merta. "Tindakan susulan pihak berwajib iaitu JPM yang mengawal selia JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) amat dituntut memandangkan kebajikan seluruh pegawai tadbir dan diplomatik yang mengikuti modul latihan bergantung kepada kursus yang menepati tahap piawaian tertentu. "Respon menteri yang bertanggungjawab juga amat mengecewakan kerana tidak menjawab persoalan pokok serta mengelak daripada menjelaskan peranan jurulatih sendiri yang tidak dikenakan tindakan langsung berbeza dengan tindakan terhadap enam pegawai kerajaan yang telah ditukar," kata Nurul Izzah pada sidang media di parlimen semalam. Beliau menggesa tindakan lain termasuk perancangan prosedur operasi standar (SOP) yang lebih terperinci bagi modul latihan termasuk mengkaji semula modul fizikal sedia ada. Katanya lagi, menerusi carian laman web, beliau mendapati secara amnya, semua pelatih Diploma Perkhidmatan Awam menjalani program yang dikenali sebagai Outward Bound School (OBS) tetapi selepas kerajaan Umno-Barisan Nasional melaksanakan potongan belanjawan dalam sektor tertentu, program OBS turut menjadi korban dan digantikan dengan latihan kendalian kontraktor pelatih persendirian. "Carian saya mendapati syarikat Tuntas Consultancy Sdn Bhd telah diberikan kontrak menguruskan sepenuhnya latihan bertempat di Akademi Latihan Inovasi dan Motivasi (ALIM). "Syarikat ini dimiliki oleh dua anak bekas Ahli Parlimen Kuala Langat yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Salleh menerusi pegangan saham. Apakah kaitan sebegini memungkinkan syarikat tersebut terlepas daripada hukuman serta tindakan oleh pihak kerajaan?. "Kerajaan wajib menjawab samada kontrak itu diberikan kepada syarikat tersebut dan apa rasionalnya pemberian tersebut?," soalnya lagi. Nurul Izzah turut mempersoalkan mengapa tidak ada tindakan keras yang pihak yang berwajib termasuk pelatih syarikat terlibat dan hanya mengkambing-hitamkan pegawai kerajaan yang terlibat dalam tragedi itu. | |
| Anwar Agen CIA: Umno Sudah Mula Percaya Blogger? Posted: 14 Jul 2010 08:31 PM PDT Komen-komen pemimpin Umno termasuk Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Shafie Apdal tentang Anwar adalah agen CIA begitu dangkal. Semua serangan ini adalah bertujuan untuk memburukkan imej Anwar sekaligus menutup hubungan kerajaan Umno-Apco. Tetapi pelik untuk kita fahami pemikiran pemuka Umno-BN ini. Disuatu masa hendak menangkap Raja Petra Kamarudin atas alasan tulisannya di MalaysiaToday adalah fitnah dan tidak berasas dalam mengaitkan Rosmah Mansor, Najib dan lain-lain atas tragedi pembunuhan Altantuya yang mungkin ada kaitannya dengan komisen kapal selam. Namun hari ini pak menteri Umno (Muhyiddin, Shafie Apdal, Rais Yatim, Hishamuddin Hussein) pula mula percaya pada sumber blogger antarabangsa yang boleh dipertikaikan kebenaran beritanya. Jika mereka desak untuk laporan blogger tersebut disiasat, maka siasatan awal perlu dibuat juga ke atas Najib berkaitan isu pembelian kapal selam dalam laporan media di Perancis. Apakah Malaysia menolak hubungan dengan CIA? Jika dahulu mempertikaikan kredibiliti blogger namun hari ini sandaran pak menteri Umno untuk melakukan serangan peribadi kepada Anwar Ibrahim juga adalah bersumberkan web/blogger. Akhbar perdana naungan Umno-BN seperti Mingguan Malaysia turut serta melaporkan informasi blogger dari New York, bernama Elaine Meinel Supkis yang tidak dikenali umum yang menuduh Anwar adalah "agen CIA" di dalam sebuah tulisan yang dipaparkan di blognya. Pimpinan Umno-BN minta supaya rakyat jangan percaya blogger tetapi hari ini pak-pak menteri Umno-BN pula yang sudah terpengaruh dengan blogger. Jika mereka percaya blogger maka secara simboliknya mungkin sudah ada dikalangan pak menteri Umno-BN dan pemimpin kanan yang lain sudah mula mempercayai info blogger berkaitan skandal Najib (kapal selam & Altantuya) termasuk apa yang dikatakan oleh RPK (Raja Petra Kamarudin). Jika Anwar Ibrahim agen CIA, mengapa perlu untuk beliau membayar CNN bagi mendapatkan ruangan untuk diwawancara oleh CNN? Setiap minggu Anwar boleh ditemuramah CNN jika dia agen CIA. Ini mungkin berbeza dengan Rosmah Mansor yang mungkin terpaksa membayar New York Times demi memastikan beliau yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri, Najib Razak dimahsyurkan sebagai 'First Lady' dalam akhbar tempatan Amarika Syarikat pada 16 April lepas. Persoalannya kepada kita, dengan wang siapakah membiayai Rosmah Mansor? Apakah ini mungkin duit rakyat? Mungkin pemuka Umno-BN ada jawabannya. | |
| Bala dedah keterangan di Paris, namakan dua ‘muka’ baru Posted: 14 Jul 2010 07:44 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 15 Julai — Detektif persendirian P Balasubramaniam mengeluarkan intipati 19 perkara berkaitan keterangannya yang diberikan kepada pihak berkuasa Perancis berhubung komisen pembelian kapal selam oleh Malaysia, yang pernah dikaitkan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia. Antara lain Balasubramaniam menimbulkan dua nama baru dalam keterangannya Isnin lalu iaitu Major Rahim dan Abdul Rahim Saad. Bagaimanapun Balasubramaniam (gambar) tidak menyatakan butiran mereka dalam kenyataannya. Balasubramaniam yang kini berada di luar negara sejak dua tahun lalu memberikan keterangan kepada polis Perancis selama tiga di Direction Centrale de la Police Judiciare DNIF, Nanterre, Paris. Dalam kenyataan yang dikeluarkan awal hari ini Balasubramaniam walaupun minggu lalu menyifatkan penganalsis politik Abdul Razak Baginda sebagai tidak bersalah tetapi dilihat menjelaskan secara mendalam peranan beliau dalam urusan pembelian kapal selam ini. "Hubungan Razak Baginda dengan Perdana Menteri sekarang, maklumat dan kejadian-kejadian yang dimaklumkan oleh Razak Baginda kepada saya termasuk SMS yang dihantar oleh Perdana Menteri kepada Razak ketika ditahan berhubung pembunuhan (wanita Mongolia) Altantunya," kata Balasubramaniam dalam kenyataannya. Siasatan itu dilakukan untuk mengetahui sama ada komisyen yang dikatakan tindakan salah di bawah undang-undang Perancis dibayar dalam perjanjian pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM3.7 bilion antara kerajaan Malaysia dan syarikat Perancis DCNS. | |
| French show interest in Razak Baginda during Bala interview Posted: 14 Jul 2010 07:39 PM PDT LONDON, July 15 — Despite being acquitted of the gruesome murder of Altantuya Shariibuu, Abdul Razak Baginda may yet be haunted by the saga centred around the RM7 billion purchase of Scorpene submarines from French company DCN. Even though his former private investigator, P. Balasubramaniam, claimed Abdul Razak was innocent of the murder, French authorities are keen to examine the political analyst's role. Balasubramaniam (picture), who was hired by Abdul Razak in October 2006 when Shariibuu began harassing him for money, spent a substantial portion of a three-hour-long interview with French police detailing his former client's involvement in the affair. The interview, held on Monday in Paris, is part of investigations into alleged irregularities in the payment of RM570 million to Perimekar, a company owned by Abdul Razak, for what the Malaysian government calls "co-ordination and support services" in clinching the submarine deal. In the course of the interview, two new names also surfaced — Malaysians identified as Major Rahim and Abdul Rahim bin Saad. A statement released by Balasubramaniam after the interview said that the investigators wanted to know the identity of the two Malaysians, their background and involvement in the matter. But the private eye did not detail what, if any, information on the two Rahims he divulged, or if he knew them at all. Balasubramaniam had, however, talked about Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar, the two police officers convicted of Shariibuu's murder who were also part of then-Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's security detail and other people who were around when the Mongolian disappeared on the night of her death. The former Special Branch officer spoke about "their link to Baginda and Razak Baginda's relationship with our present PM" as well as other information relayed to him by Abdul Razak, an Oxford graduate said to be a confidante of Najib's. The interview also touched on Abdul Razak's current whereabouts and Balasubramaniam detailed what he knew about payments that his client had made to Shariibuu, including the US$500,000 (RM1.6 million) demanded by her for her part in the successful submarine deal. Balasubramaniam made his way to Paris after arriving in London for an interview with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) on the same matter but was then informed that the anti-graft body would merely be sending questions for him to answer. His lawyers expressed disappointment at the last minute pullout, saying that a "golden opportunity was lost" in which they would have detailed a "conspiracy web that goes to the very highest level". | |
| Umno-BN ‘hantuk kepala kami ke dinding’ – Ramly Lugan Posted: 14 Jul 2010 07:34 PM PDT PETALING JAYA: Sekumpulan Orang Asli mendakwa Umno cuba memperlihatkan persepsi buruk bagi mengelirukan rakyat Malaysia tentang nasib mereka yang sedang bangkit untuk berjuang bagi menuntut hak mereka. Ramly Lugan, seorang pemimpin Orang Asli yang berasal dari Pahang, berkata "Umno bukan sahaja menggunakan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli malah menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk 'hantuk kepala kami ke dinding'. Menurut beliau, pada 10 Julai lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Haji Hasan Malek telah mengetuai pasukan Rela dan Umno untuk menyerang ranting Kg Lubok Wong. "Mereka menggunakan kuasa wang dan rumah PPRT untuk menguasai penduduk kampung. Ramai penduduk kampung termasuk timbalan ketua kampung, bendahari dan beberapa AJK mengikut jejak Umno-Barisan Nasional (BN) yang selama ini menipu kami". Katanya lagi, "beliau (Hasan) mengugut Orang Asli kerana membantah dasar tanah MKN yang ternyata berat sebelah sekaligus menafikan hak kami". Hasan juga didakwa memberi gambaran buruk terhadap aktivis yang bekerjasama dalam menuntut hak Orang Asli sebagai ahli pembangkang dan bekerja kerana mendapat duit dari parti pembangkang. Dalam pada itu, Ramly berkata Biro Orang Asli (BOAS) akan menganjurkan Perhimpunan Orang Asli Zon Tengah di Sekolah Al-Mukmin (belakang Cowboy) Jalan Temerloh-Mentakab pada 7 Ogos nanti. Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail akan dijemput sebagai tetamu kehormat. Kekurangan dana Beliau mengakui bahawa kerana kekurangan dana, mereka terpaksa mengadakan Perhimpunan Zon Tengah sahaja iaitu meliputi daerah Maran, Jerantut, Bera dan Temerloh. Setiap Cabang disediakan satu bas dan perlu mengesahkan kehadiran sebelum 20 Julai ini. Setiap Cabang pula di minta membawa dua wanita bersama untuk memudahkan kerja pendaftaran. Ramly percaya lebih 1,000 anggota masyarakat Orang Asli akan mengambil bahagian dalam perhimpunan ini dan membuat beberapa ketetapan penting demi memelihara hak Orang Asli. Beliau berkata, "tujuan utama kami mengadakan perhimpunan ini ialah untuk menimbulkan kesedaran dan menyemarakkan lagi kebangkitan Orang Asli di seluruh negara. "Kami mahu kerajaan sedar bahawa kami hidup seperti hamba abdi dan pelarian sejak 50 tahun lalu. Kami mahu kehidupan kami dan tanah kami dikembalikan," ujar beliau. Lugan merujuk kepada tanah yang dirampas oleh kerajaan pusat dan negeri untuk projek pembalakan dan rancangan tanaman pekebun-pekebun kecil. Lugan juga tidak menafikan beliau menghadapi beberapa 'serangan' daripada BN yang cuba menundakan perhimpunan ini. "Setiap kali kami bangkit ada pihak yang datang menyerang kami. Tetapi kami tidak akan undur dan akan terus berjuang demi kepentingan masyarakat Orang Asli di Malaysia. | |
| Posted: 14 Jul 2010 07:33 PM PDT Oleh Muda Mohd Noor KUALA LUMPUR: PAS memerlukan sebanyak RM30 juta bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti, kata pengarah pilihan raya parti itu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Bercakap kepada FMT di lobi parlimen beliau berkata, sekarang ini kami sedang berusaha untuk mendapatkan sejumlah wang tersebut kerana setiap peti undi memerlukan sekurang-kurangnya RM5,000. Ditanya bagaimana wang sebanyak itu boleh diperolehi, beliau berkata, "tentunya kita berusaha dengan pelbagai cara termasuk sumbangan ahli dan pihak-pihak yang mahu membantu perjuangan kita. Dalam pada itu, tokoh veteran PAS itu berkata, kedudukan terkini 60 peratus pengundi Melayu masih memberi sokongan kepada parti Islam itu. Tetapi di kawasan-kawasan tertentu sokongan kepada PAS dan Umno sama banyak. Abdul Halim yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa berkata, pengundi kaum Cina juga lebih menyokong Pakatan Rakyat sebagaimana ketika PRU lalu. Katanya, PAS yakin mengekal kerajaan Kelantan dan Kedah manakala Selangor dan Pulau Pinang kekal di tangan PKR dan DAP. Menurut beliau, apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah untuk mengekalkan sokongan kepada Pakatan di kalangan pengundi. | |
| Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle' Posted: 14 Jul 2010 07:29 PM PDT Kalau dihitung usianya pada pemilihan UMNO akan datang baru 36 tahun.Sebab itu dari sudut politik orang baca ' macam-macam' bila Khairy Jamaluddin kata beliau sedang ' timbang secara serius' untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang baru disandangnya. Namun Khairy nampak selamba saja dalam interbiu dengan Agendadaily di bangunan Parlimen petang Selasa lalu ketika diminta mengesahkan beliau ada membuat kenyataan seumpama itu sewaktu merasmikan satu mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian di Pahang baru-baru ini. Dalam usianya 34 tahun Ahli Parlimen Rembau dan menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi ini mencipta sejarahnya yang tersendiri sebagai Ketua Pemuda UMNO yang paling muda. Namun berbagai soksek timbul sejak kemenangannya dalam pemilihan tiga penjuru yang disertai oleh Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khir Toyo. Beliau dilihat sebagai Ketua Pemuda UMNO ' yang tak settle'. Pelbagai desas desus,label dan gosip liar ditujukan padanya khususnya menerusi internet. Paling teruk ada yang mendakwa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kini kurang menyerlah dan sudah hilang arah. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan kabinet baru pada April 2008, Khairy tidak dilantik, sebaliknya, Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim menjadi pilihan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Begitu juga Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Ini semua sudah cukup untuk mewujudkan pelbagai persepsi politik. Soalnya apa jawapan Khairy pada pelbagai persoalan yang menimpa kepimpinannya? Berikut ialah transkrip interbiu penuh dengannya : Agendadaily: Baru-baru ini saya mendapat maklumat, ketika YB merasmikan satu mesyuarat di Pahang, YB ada mengatakan ini adalah penggal terakhir sebagai Ketua Pemuda. Betul ke YB cakap macam itu? Khairy (KJ): Ya, memang saya ada cakap. Kita dalam Pemuda perlu berusaha melahirkan pelapis pemimpin baru. Kita perlu rejuvenate barisan kepimpinan kita. Pada waktu ini saya lebih cenderung kepada mengosongkan jawatan selepas satu penggal. Walaupun belum muktamad lagi, tapi I am seriously considering. Ya, lebih ke arah itu. Saya mahu lebihkan usaha menyuntik bakat-bakat baru dalam kepimpinan Pemuda. Agendadaily: Tetapi YB masih muda, baru 34? KJ : Ketua Pemuda tak ada had umur walaupun keahlian ada, iaitu 40. Tetapi saya tak nak kita balik kepada zaman Ketua Pemuda umurnya lebih daripada 40. Walaupun pada akhir penggal, saya masih bawah 40, tetapi saya sudah pegang Exco Pemuda, dan Naib Pemuda selama satu penggal setiap jawatan. Begitu juga Ketua Pemuda. Jadi kira sudah tiga penggal dalam kepimpinan tertinggi Pemuda Umno. Agendadaily : Bukan kerana YB merajuk? KJ: Oh no. No. no no. Kalau saya merajuk saya terus berhenti politik. Tapi saya tidak ada niat nak berhenti politik. Agendadaily : Tapi tiga tahun itu tempoh yang singkat? KJ: Soal sama ada tempoh masa itu pendek atau tidak adalah relative. Dalam politik, tiga tahun dah kira tempoh yang panjang jugalah. Agendadaily : Kalau tak merajuk, ada sebab-sebab lain di sebalik keputusan mahu mengundur diri? KJ: Tidak ada. Saya masih ahli Umno. Tak semestinya kita hanya boleh menyumbang menerusi jawatan. Agendadaily : Ada pihak yang berpendapat, YB berbakat besar, bijak dan diperlukan oleh parti, tetapi YB tak sabar nak naik. Komen? KJ: Itu persepsi orang. Sebab itulah saya tak ada perancangan nak pergi mana-mana. I am considering seriously tak pertahankan jawatan Ketua Pemuda. Kalau dipilih sekali lagi untuk jadi Ahli Parlimen Rembau, saya akan luangkan lebih masa di kawasan. Sekarang ini saya kena bagi masa sebagai Ketua Pemuda dan Ahli Parlimen. Maybe I can find somebody younger who is similar thinking to me yang tak akan bawa Pemuda ke old school thinking, atau terlalu right wing, terlalu ultra. Saya mahukan Pemuda menjadi pemimpin kepada semua. PM nak 1Malaysia berjaya, tetapi pada masa yang sama pertahankan Melayu. No problem. Tapi kita kena buat dengan cara yang bermaruah yang boleh diterima oleh semua. Maybe ada orang cakap ada yang tak berapa suka saya jadi Ketua Pemuda Umno. Mungkin dalam masa setahun dua ini saya boleh cari fresh face. Saya kena cari yang lebih baik. Saya tak nak tinggalkan Pemuda kepada orang yang sama taraf dengan saya. Falsafah saya kalau kita nak tinggalkan, biarlah kita tinggalkan kepada orang yang lebih baik dari kita. Nobody is the best. There must be others. Jadi, sekarang saya dalam proses memerhati. I test certain people. Sebab itu saya bagi banyak ruang tonjolkan Exco sebab saya nak tengok. Can they carry or not? Kalau saya sendiri nilai, sukar. Tapi kalau mereka tonjolkan diri, saya boleh dapat feedback dari rakyat. Agendadaily : Bila tarikh tepat YB nak lepaskan jawatan? KJ: Saya bajet dalam dua tahun. Ada masa lagi. Tapi saya nak selesaikan beberapa perkara. Saya nak letakkan Pemuda di peringkat The Centrist. Saya nak tolong 1Malaysia diterima semua. Saya nak habiskan program Jelajah 1Malaysia dan susun barisan pengganti. Agendadaily : Apa yang paling membimbangkan YB bila nak tinggalkan Pemuda? KJ: Saya tengok di parlimen, barisan pembangkang mempunyai ramai barisan pelapis who are good speakers. Di kalangan BN, tak ramai orang muda yang berbakat begitu. Datuk Razali dah jadi Timbalan Menteri. Datuk Rahman Dahlan (MP Kota Belud) dah lebih 40 tahun. Jadi, kita tak ada. So it is a problem. Bagi saya kalau saya tak prepare Pemuda untuk itu, maka saya tak jalankan tanggungjawab saya. Jadi sebelum saya lepaskan jawatan saya boleh beritahu PM, saya dah sediakan pelapis yang bagus. Itu keutamaan saya. Agendadaily : What do you hope to achieve before you step down? KJ: To prepare a new set of leaders. Dapat sediakan pemuda Umno yang kuat. Dapat bentuk Pemuda BN yang diterima rakyat. Dapat bantu program 1Malaysia. Kalau saya dapat buat keempat-empat ini, Alhamdulillah. Agendadaily : Ada cerita yang mengatakan masih wujud sikap berpuak-puak dalam Pemuda. Benarkah? KJ: Dulu semasa pemilihan adalah. Sekarang tak ada. Sekarang mereka dah tak fikir pasal benda itu. Kita dah okay sebenarnya, tak ada masalah. Kalau dulu pada tahun pertama saya pegang jawatan itu mungkin ada sedikit sebanyak. I think it is more managed now. Agendadaily: Kebelakangan ini ada yang kata Datuk Razali lebih menonjol dari Ketua Pemuda.Mengapa? KJ: Sebagai ketua, saya nak promote barisan kepimpinan. Saya tak mahu dalam Pemuda hanya saya sahaja ditonjol ke depan. Razali is a good deputy dan dia ada jawatan dalam kerajaan sebagai Timbalan Menteri. Saya tak nampak benda ini sebagai satu masalah besar. Saya bukan jenis pemimpin yang melarang Timbalannya atau Exco menonjolkan diri. Kalau tidak rakyat hanya kenal KJ sahaja sebagai Pemuda Umno, sedangkan ada ramai lagi. Saya nak rakyat kenal mereka kerana mereka bakal pemimpin, bukan saya seorang. Saya tak control. Malah kalau ada jemputan program TV, saya suruh mereka pergi. Saya beritahu orang TV, jangan jemput saya seorang. Saya tak kisah. Saya nak rakyat lihat ramai pemimpin muda dalam Umno dan bukan KJ seorang. Agendadaily: Kenapa agaknya ramai blogger tak suka YB? KJ : Itu tidak ada masalah sebenarnya. Golongan blogger ini ada harakah politik mereka yang tertentu. Itu saja yang saya boleh cakap. Tetapi kalau kita tengok dalam portal lain, ada juga yang menyokong saya. Jadi itu kira balance juga. Agendadaily: Presiden Perkasa, Ibrahim Ali baru-baru ini ada buat kenyataan bahawa salah satu sebab dia tubuh Perkasa kerana Pemuda gagal berfungsi membela Melayu. Komen YB? KJ : Saya tak setuju langsung dengan ungkapan itu sebab Pemuda Umno hari ini berfungsi atas pendekatan yang berbeza. Bagi orang macam Ibrahim Ali dan beberapa pemimpin lama, Pemuda ini kena jadi macam Ultra memperjuang isu bangsa. Tetapi sekarang ini kita lebih kepada macam mana nak menang pilihanraya. Macam mana nak dapat sokongan daripada semua kaum. Kalau Pemuda buat cara lama, benda ini akan menjauhkan kita daripada pengundi-pengundi muda. Ramai pengundi muda, tak kira Melayu, Cina atau India tak suka kepada politik yang terlalu berbau perkauman. We have to admit these things. Maka saya bawa arah baru kepada Pemuda. Bagi saya, apa yang saya buat adalah lebih berani daripada apa yang dituntut oleh Ibrahim Ali. Mengikut cara old school dia, Ibrahim kata kita hanya berani kalau kita Ultra Malay. Kena berani lawan. Tetapi bagi saya, lebih berani kalau kita ambil jalan centrist sebab kita kena hentam oleh pihak macam Perkasa. Apa yang dia buat mungkin ramai orang Melayu suka tetapi orang muda tak suka. Tetapi apabila kita ambil centrist position, it takes a lot of courage. Agendadaily : Tidakkah perbezaan ideologi antara Pemuda Umno dan Perkasa akan mengakibatkan kita kehilangan undi Melayu? KJ: Ttidak. Kita tengok mana-mana statistik pun, undi Melayu tak anjak sangat. Majoriti pengundi Melayu bersama kita. Melayu nak pergi ke mana? Nak pergi ke Keadilan? Parti itu langsung tak cakap mengenai kepentingan orang Melayu. PAS pun dah keliru. Macam-macam isu mereka ada, contohnya PAS sudah ada pendirian yang lain daripada majoriti orang Melayu. Jadi Melayu nak pergi ke mana? Insyallah majoriti pengundi Melayu akan sokong BN. Sebenarnya Melayu susah nak disatukan dari dulu sampai hari ini. Saya dah beritahu kawan kawan saya di Perkasa, masalah saya bukan pasal matlamat Perkasa. Saya tidak ada masalah dengan matlamat mereka nak tolong orang Melayu. Cuma saya tak setuju dengan pendekatan Ibrahim Ali. He is too much!. Tolong orang Melayu tak apa, tapi pendekatan macam Ibrahim Ali buat tu, salah. Saya menentang mana-mana kumpulan ekstrim, baik Ibrahim Ali atau Siqiu atau Hindraf. Mana-mana pihak yang guna perkauman keterlaluan, saya akan tentang. Saya tak ada masalah dengan perjuangan menolong orang Melayu tetapi kita kena buat dengan cara yang boleh membantu orang Melayu. Agendadaily: YB boleh dikatakan Ketua Pemuda Umno yang paling banyak kena hentam dari pelbagai arah. Bagaimana YB boleh tenang menghadapi semua ini? KJ: Bagi saya, kita memegang amanah. Kita pegang amanah daripada rakyat semasa Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu, dan amanah daripada parti yang kita dapat dalam pemilihan parti. Saya bukan dilantik, tetapi dipilih. Saya dipilih sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda. Saya tidak ada apa-apa jawatan yang dilantik. Bila saya diserang, saya pegang kepada amanah, bahawa untuk setiap orang yang serang saya, mesti juga ada orang yang sokong saya. Jika tidak, mengapa saya dipilih dalam pilihanraya dan parti? Yang penting ialah amanah. Akauntabiliti kita ialah kepada Tuhan. As long as my conscience is clear, apa yang saya buat saya rasa betul dan benda itu baik untuk bangsa dan negara, saya tak terasa tertekan. Agendadaily: Kalau YB kata tak rasa kecil hati atau merajuk, bunyinya macam tak natural. Apa yang YB cakap ini ikhlas ke? KJ : Politic is a big boy's game. Its not child's play. Jadi apabila kita masuk politik, kena kena masuk dengan mata yang celik. Jangan kita masuk dengan sikap yang terlalu idealistik dan mengharapkan kita akan dapat segala yang kita nak buat. Politik adalah permainan yang kasar. Kalau kita masuk dan bersedia dengan satu permainan yang kasar, dan kasar tak semestinya kotor, maka kita kena terimalah. Agendadaily: Ada desas-desus mengatakan YB ini kurang bergaul dengan Ahli Parlimen dan Adun. Ada juga yang anggap YB sombong dan memilih kawan. Boleh YB komen? KJ: Saya tak ada masalah dengan orang. Mungkin pasal jarak umur sebab dalam BN tak ramai orang muda di kalangan Ahli-Ahli Parlimen. I am a very simple person. I am quite straight forward. Actually I am a very private person. I don't like to go out. I like to go home and spend time with my family. Mungkin dalam politik, itulah kelemahan saya. Saya tak suka keluar pergi kedai kopi dan sebagainya. Kalau ada masa terluang, saya suka menghabiskannya dengan anak-anak lelaki saya berusia dua tahun setengah dan setahun setengah. Saya tak mahu satu hari nanti saya balik rumah, anak tak kenal. Kerja saya dah cukup mencabar. Balik kawasan, pergi parlimen, kemudian sertai program Pemuda. Kadang-kadang sampai tengah malam. Agendadaily : Baru-baru ini YB ada sertai askar Wataniah…kenapa? KJ: Saya jalani latihan wataniah sebulan di Rasah antara Mei hingga Jun. Saya memang minat sejak dulu tetapi sebelum ini tak ada masa. Bila tamat latihan, mereka tawarkan saya pangkat, tetapi saya tolak. Salah satu tujuan saya masuk ialah nak tunjukkan kepada anak-anak muda, sesiapapun boleh buat. Di sana saya dillayan sama rata dengan orang lain, tidak ada keistimewaan. Saya belajar bagaimana nak urus hubungan antara manusia pada tahap yang lain Di luar, sebagai Ahli Parlimen, saya berurusan dengan orang terasa macam artificial apabila mereka panggil saya Yang Berhormat. I don't really know what they think. In politics most people well tell you what you want to hear. Jadi kita tak tahu agenda orang. Tapi dalam tentera tidak ada agenda. The agenda is just to survive the day. Agendadaily: Timbalan Perdana Menteri tidak mahu ada Primadona dalam Umno. Bagaimana dengan pemuda? KJ: Dalam pemuda tak ada primadona. Sebab itu saya pun low profile. Hanya mengenai isu tertentu dan bila saya perlu mempertahankan kerajaan, saya akan bersuara. Bila perlu hentam pembangkang, saya buat, tapi lebih dari itu kita tak payah nak lebih-lebih sangat. Saya tahu apa PM nak buat. Saya tahu apa yang diperlukan. Saya mainkan peranan, tidak lebih dari itu. Agendadaily : Kebelakangan ini YB tidak agresif macam dulu. Kenapa? KJ: Dah tua sikit. Dah lebih matang. Politik sekarang dah lain. Ada isu yang kita kena agresif. Ada isu kita kena berhati-hati. Masyarakat sekarang berbeza dengan dulu. Ada orang lama cakap kononnya Pemuda ini terbaik masa zaman Datuk Harun Idris. Bagi saya, zaman dah berubah. Kita tak boleh bandingkan zaman Datuk Harun dengan sekarang. Zaman Datuk Harun adalah zaman pasca selepas 1969. Cabaran dia lain. Today its multi-racial plural politics. Mati kita kalau ambil pendekatan macam tu. Kalah kita. PM dah kata sekarang kita kena tumpu kepada kawasan-kawasan yang taburan penduduknya bercampur Melayu, Cina dan India. Matlamat kita ialah pastikan Umno kekal berkuasa. We have to be thinking properly. Kita nak cakap pasal agama, bangsa dan negara pun tak boleh dah. Saya akui lebih agresif masa jadi Naib Ketua Pemuda. Saya ambil model Datuk Hishamuddin. Masa dia jadi Ketua Pemuda, dia kena jaga semua Ketua Pemuda BN, maka sebab itu saya yang kena lebih agresif. Macam saya dengan Razali, bila saya dah jadi Ketua Pemuda, maka Naib kena agresif. That's the way it should be. Agendadaily: Stigma sebagai menantu Pak Lah masih lekat dengan YB. Bagaimana YB menghadapinya? KJ: Saya tak kisah. Pak Lah dah tak ada dalam kerajaan dan apa sahaja yang saya buat ini macam mana pula orang nak kaitkan atau salahkan Pak Lah pula? Sekarang saya bukan menantu PM pun. Tapi kalau stigma itu masih ada lagi, hmmm tak tahulah. Itulah…masa akan datang nanti kena cari pemuda yang tidak ada apa-apa stigma. Agendadaily: YB tak tersinggung dengan tindakan pihak-pihak yang selalu menyerang YB? KJ: No. if people say things about my family then it hurts me. Tapi other than that, tuan punya tubuh tak ada masalah. Tapi kalau mereka cakap pasal keluarga saya yang tidak ada dosa dengan orang dan tak terlibat dalam benda-benda ini, saya akan marah. Agendadaily: Sebagai Ketua Pemuda, apakah pesanan YB kepada golongan muda, terutama yang liat mendaftar sebagai pengundi? KJ : Golongan muda kena terlibat secara langsung dalam politik. Kalau tak nak jadi ahli parti pun tak apa. Tetapi kita kena ambil kisah kerana ini membabitkan masa depan negara. Kalau kita tak tahu apa yang berlaku, kita tak akan menentukan masa depan. Satu hari nanti bila kita tak terlibat secara langsung dalam politik dan kita merungut pasal negara kita, kita harus menyalahkan diri sendiri. Sesiapa sahaja, terutama golongan muda boleh berhubung dengan saya menerusi Facebook atau twitter. Saya tak menghadkan waktu untuk melayan mereka seperti yang dilakukan sesetengah pihak. Mereka boleh twitter saya tak kira masa. | |
| Felda yields on par but profits disappoint Posted: 14 Jul 2010 07:24 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR, July 15 — Felda Holdings Berhad, one of the world's largest plantation companies managing over 500,000 hectares mainly under oil palm, still has far to go to catch up to major industry players in terms of profitability. The plantation giant's yields slightly exceeded industry benchmarks but profits were just a fraction of those earned at oil palm majors. The government also admitted recently that the company's cash pile has dwindled from RM4.08 billion to RM1.35 billion but said the money was used for its ventures and new head office. Despite having the most land under its management among companies surveyed by The Malaysian Insider, Felda's RM667 million in profits were much lower than that of IOI Corporation Berhad with RM1.639 billion, Sime Darby Berhad with RM1.795 billion and Wilmar International Ltd which reported US$2.294 billion (RM7.339 billion). This hurt its profitability per hectare ratio which works out to RM1,201 compared with RM10, 859 for IOI, RM3,380 for Sime Darby and RM31,124 for Wilmar. When contacted, Felda said the company cannot be compared to private listed entities as it has social obligations and its original mission was to help develop poor rural communities but nevertheless managed to sustain relatively high yields. "Our yield is at par/higher than the industry average," said Felda in a written reply to questions from The Malaysian Insider. Felda's yield of 19.8 tonnes per hectare was slightly higher than the Malaysian Palm Oil Board 2009 average yield of 19.2 and slightly lower than that of Sime Darby (20.6) and Wilmar (20.2). Analysts say that it could be hard for Felda to achieve the best yields however as much of the land under its management was owned by individual settlers and was therefore fragmented. One analyst said however that Felda still needed to be efficient in order to generate the best returns so that the money could be reinvested and shareholders, who include the Felda settlers, get good dividends. "Look at Petronas, they are profit oriented," said the analyst. The company's profits could have been affected by its costs. Felda however did not provide its costs when requested. Felda also said that it does not put out annual reports as it is not a listed company. Former Deputy Land and Co-operative Development Minister Datuk Dr Tan Kee Kwong, who has been critical of the Najib administration's handling of Felda, said however that as a government-linked company Felda should put out annual reports for better accountability."It is a government-linked company and it belongs to the people," he said when contacted. Felda's largest shareholder is the Felda Investment Co-operative (Koperasi Permodalan Felda or KPF) which holds 51 per cent of the company. Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (Felda Global), a wholly-owned subsidiary of the government agency Federal Land Development Authority (Felda), holds the remaining 49 per cent, while the Minister of Finance Incorporated has one Golden Share. The company recently threatened to sue PKR official newspaper Suara Keadilan and several party leaders for RM200 million over claims that it was bankrupt. The PKR official mouthpiece has seen its printing permit that expired on June 30 not being renewed until it provides a satisfactory explanation for the article. Other Pakatan Rakyat (PR) newspapers — PAS's Harakah and DAP's The Rocket — have also had their publishing permits held up although authorities have not linked the non-renewal to Felda's financial woes. Felda's group managing director Datuk Mohd Bakke Salleh is due to report for duty in another troubled government conglomerate, Sime Darby, as its top executive today. He was named as the future Sime Darby president and group chief executive last June 14 to replace Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid who has been asked to go on leave over financial losses in two ventures. | |
| Hasil Felda setara firma lain tapi keuntungan tidak Posted: 14 Jul 2010 07:23 PM PDT KUALA LUMPUR, 15 Julai — Felda Holdings Berhad, salah satu syarikat perladangan terbesar di dunia yang kini menguruskan 500,000 hektar kebanyakannya kelapa sawit, masih jauh dari segi keuntungan yang dicatatkan berbanding pemain-pemain utama. Meskipun hasilnya sedikit lebih daripada tanda aras industri, tetapi keuntungan mereka cuma sebahagian kecil yang diperoleh syarikat-syarikat utama kelapa sawit. Bulan lalu kerajaan mengakui simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion berbanding RM4.08 bilion pada 2004, tetapi mendakwa dana itu digunakan untuk pelaburan baru dan untuk mendirikan bangunan ibu pejabat yang baru. Meskipun memiliki sebahagian tanah di bawah pengurusan, penelitian The Malaysian Insider menunjukkan keuntungan Felda adalah sebanyak RM667 juta, di mana ia masih rendah berbanding prestasi IOI Corporation Berhad yang mencatatkan RM1.639 bilion, Sime Darby Berhad (RM1.795 bilion) dan Wilmar International Ltd (RM7.339 bilion). Dari segi nisbah euntungan bagi setiap hektar, Felda mencatatkan RM1,201 berbanding RM10,859 yang diperoleh IOI, RM3,380 (Sime Darby) dan RM31,124 pihak Wilmar. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Felda berkata kedudukan itu tidak boleh dibandingkan dengan syarikat-syarikat yang disenaraikan memandangkan ia mempunyai tanggungjawab sosial dan matlamat asalnya mahu membantu rakyat miskin. Bagaimanapun Felda mempertahankan ia masih mengeluarkan hasil yang tinggi berbanding syarikat-syarikat lain. "Hasil kami setara ataupun lebih tinggi berbanding purata industri," kata Felda dalam jawapan bertulis kepada The Malaysian Insider. Hasil keluaran Felda sebanyak 19.8 tan bagi satu hektar sedikit lebih tinggi berbanding purata Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2009 sebanyak 19.2 dan sedikit rendah jika dibandingkan dengan Sime Darby (20.6) dan Wilmar (20.2). Menurut penganalisis, adalah sukar bagi Felda untuk mencapai tahap hasilan baik kerana kebanyakan tanah di bawah pengurusannya dimiliki oleh peneroka individu dan oleh itu, ia kelihatan berselerak. Seorang penganalsis bagaimanapun berkata, Felda masih perlu efisien untuk menghasilkan pulangan lebih baik agar dana boleh dilabur semula manakala pemegang saham termasuk peneroka-peneroka Felda boleh memperoleh dividen lebih baik. "Lihat pada Petronas, mereka berorientasikan keuntungan," kata penganalisis ini. Keuntungan syarikat boleh terjejas disebabkan kos. Felda tidak memberi maklumat mengenai kos walaupun diminta The Malaysian Insider. Malah Felda berkata, ia tidak memasukkan aspek tersebut dalam laporan tahunan memandangkan ia bukan syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia. Bagaimanapun bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong yang kritis berhubung cara pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengendalikan Felda berkata, sebagai syarikat berhubung kait dengan kerajaan, Felda harus mengeluarkan laporan tahunan bagi mencerminkan aspek akauntabiliti mereka. "Ia syarikat berhubung kait dengan kerajaan dan ia milik rakyat," kata beliau ketika dihubungi. Pemegang saham terbesar Felda adalah Koperasi Permodalan Felda yang menguasai 51 peratus saham dalam syarikat itu. Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (Felda Global), subsidiari Felda mempunyai baki 49 peratus saham. Pengurusan Felda mengugut untuk menyaman akhbar mingguan PKR, Suara Keadilan dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dengan menuntut RM200 juta kerana mendakwa Felda boleh bankrap. | |
| KDN perbaharui permit penerbitan Harakah dengan amaran keras Posted: 14 Jul 2010 07:21 PM PDT KUALA LUMPUR, 15 Julai — Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi PAS, Harakah,dengan memberi amaran keras supaya ia hanya dijual di markas dan pejabat urusan parti itu sahaja. Permit penerbitan akhbar itu tamat pada 7 Julai lepas. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks AL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad berkata keputusan untuk memperbaharui permit penerbitan Harakah dibuat setelah KDN berpuas hati dengan kerjasama, penjelasan dan janji pihak pengurusan Harakah untuk mematuhi syarat-syarat permit penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Menurutnya, pihak pengurusan Harakah memberi perhatian serius terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh KDN dan telah menunjukkan kerjasama yang baik. Pengerusi Jemaah Pengarah Harakah Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Urusan Datuk Kamarudin Jaafar telah datang berjumpa Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mahmood Adam pada 12 Julai lepas untuk memberi penjelasan. Zaitun berkata pihak Harakah juga telah menjawab surat tunjuk sebab pada 13 Julai dengan membuat akujanji akan mematuhi syarat-syarat permit penerbitan seperti mencetak perkataan "Untuk Ahli Sahaja" dan menghantar lapan naskhah setiap keluaran Harakah kepada kementerian sebaik sahaja ia dicetak. "Kementerian akan sentiasa memantau penerbitan Harakah untuk memastikan pematuhan," katanya. Keputusan itu diumumkan sehari selepas mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat memutuskan bahawa penerbitan lidah rasmi komponennya Suara Keadilan, Harakah dan Roket akan ditangguhkan sementara waktu sehingga pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilakukan bagi membincangkan isu pembaharuan permit ketiga-tiga akhbar berkenaan. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP telah menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan kementerian berkenaan berhubung isu pembaharuan permit dan artikel yang disiarkan akhbar itu. Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri menyatakan permit Suara Keadilan yang tamat tempoh pada 30 Jun lepas tidak akan diperbaharui sehingga kementerian menerima penjelasan yang memuaskan berhubung penyiaran beberapa artikel termasuk yang terbaru bertajuk "Felda Bangkrap". PAS turut menerima surat tunjuk sebab berhubung permit yang tamat tempoh pada 7 Julai lalu manakala DAP pula menerima dua surat tunjuk bagi akhbar Roket edisi bahasa Inggeris dan Cina yang tempoh permit penerbitannya masing-masing tamat pada 30 Jun lalu dan 30 November lalu. Dalam pada itu, Kamarudin ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi berkata, PAS menyambut baik keputusan kementerian meluluskan permohonan memperbaharui permit penerbitan Harakah. "Kami akan sedaya upaya cuba mematuhi syarat-syarat yang dikenakan dengan sepenuhnya... kami juga berharap kerjasama daripada pihak kerajaan dan orang ramai supaya memahami keadaan ini," katanya. Ketika ditanya sama ada akhbar dwimingguan Harakah akan dikeluarkan esok seperti biasa, Kamarudin berkata, beliau perlu mengadakan perbincangan dengan pengurusan dan pencetak. Mengenai keputusan Pakatan Rakyat menangguhkan penerbitan kesemua organ mereka termasuk Harakah, beliau berkata, keputusan semalam dibuat berdasarkan kedudukan permit masih belum diperbaharui. "Tetapi permit Harakah sudah diperbaharui sekarang, saya rasa tiada masalah dan ia akan diterbitkan macam biasa," katanya. | |
| Ucapan najib jelaskan Umno semakin lelah Posted: 14 Jul 2010 07:19 PM PDT by radens albanjari Bila BIG hagemon bikin propaganda seperti ini, rasanya kebanyakan ahli UMNO di seluruh Malaysia boleh berfikir sama seperti saya iaitu Kuatkah UMNO sekarang? Fahamnya, bila dikata 'kuat' itu tandanya gerombolan berada dalam keadaan 'lelah'. Reversed saikologi tu ! Kegagalan untuk menyunting PAS bersama UMNO/BN, bakal meletakkan BN dalam kos berkali-kali ganda bagi meraih undi untuk mengekalkan kemenangan. Tokey judi sudah mula telan panadol sekarang. Keangkuhan BN bakal dicelapakkan rakyat. Mandatori hukum untuk BN. Tunggu saja !! (*) Fenomena hagemon2 kecil Umno akan meninggalkan kapal BN akan dilihat tidak lama lagi. Kecil yang menjadi besar. Besarnya fenomena yang akan disaksikan rakyat. BIG hagemon sudah rasa getarnya. Pakatan Rakyat jelas semakin selesa dan diterima rakyat. Hancur BN..Hancur Umno..! "Saya cuma nak katakan bahawa Umno memang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan kerana kita ini terlalu lemah, kita terpaksa mencari kawan baru dengan PAS," kata Najib.(bacaan sumber Bernama : klik untuk besarkan imej) (**) Saya sangat berterima kasih kepada Najib dengan kenyataan ini. Sama ada Umno benar-benar kuat atau tidak, itu soal kedua. Apa yang penting ialah kenyataan ini diharap dapat menutup terus semua pintu yang sebelum ini terbuka antara PAS dengan Umno. Mungkin ada orang menganggap, kenyataan itu keluar daripada ego Najib selaku Presiden Umno. Itu juga tidak penting lagi. Jika ego Najib menyumbang kepada terkuncinya pintu yang terbuka antara PAS dengan Umno sebelum ini, maka ego Najib di sini dikira bagus. Walau pun ada seorang dua pemimpin Umno yang masih tergila-gilakan PAS seperti Muhyiddin dan Lokman Nur Adam, ditambah lagi dengan pemimpin sebuah NGO yang mencadangkan penubuhan JK untuk tujuan itu, harap-harap kenyataan Najib ini juga turut menutup mulut mereka. Kalau Najib sudah kata Umno kuat dan tidak perlukan PAS, bolehkah ada orang lain kata Umno perlu bekerjasama dengan PAS? Siapa lebih tahhu mengenai Umno, Najib atau orang lain? Saya sedang menunggu pemimpin PAS berkata begini, "PAS punya kekuatan tersendiri dan PAS tidak perlu bekerjasama dengan Umno untuk jadi kuat." Kalau ada yang berkata begitu, saya akan berterima kasih kepadanya lebih daripada saya berterima kasih kepada Najib. (**) tulisan oleh Zolkharnain Abidin | |
| Percaturan Umno untuk pecahbelahkan PR Posted: 14 Jul 2010 05:57 PM PDT Melihat kepada Kronologi berita dan isu terkini negara, beberapa perkara boleh dirumuskan. Antaranya isu permit Suara Keadilan, Harakah dan terbaru Roket. Dalam masa yang sama Anwar dilabelkan "agen Yahudi" berdasarkan penulisan seorang blogger di Amerika dan juga wawancara dengan CNN. Juga tidak ketinggalan dengan kisah Zaid belanja ais kacang kepada Raja Petra dan Bala dan "ketakutan" SPRM menyoal secara langsung Bala di London. Terkini TPM Muhyiddin pelawa PAS bertemu untuk perpaduan Melayu. Kesemua kronologi di atas saling berkait. Ini semua percaturan UMNO. Target utamanya adalah Anwar Ibrahim. Dan memecah belahkan Pakatan Rakyat terutama antara PAS dengan PKR. Lihat, ada seperti tawar menawar dalam isu permit Harakah. Tetapi tidak kepada Suara Keadilan. Seolah UMNO melalui KDN sedang tawar menawar dengan PAS. Jika mahu permit Harakah, anda (PAS) perlu setuju berdialog dengan UMNO. Skrip ini sama seperti isu JI di war-warkan. Akhirnya berbondong-bondong "ulamak muda" dalam "ketakutan" sujud kepada UMNO! Semuanya takut jadi warga Kamunting! Kita melihat begitu "ganas" Umno menyerang PKR. Dua manusia yang paling ditakuti UMNO terkini. Keduanya anak Ibrahim. Anwar dan Zaid. Tuduhan terhadap Anwar saling bertukar label. Dulu sebagai petualang, agen asing, agen Yahudi, agen Amerika dan pengkhianat Melayu. Segala yang "jahat" hanyalah milik Anwar. | |
| Satu 'cekak' terus ter'celapak'..! Posted: 14 Jul 2010 05:55 PM PDT by radens albanjari Adakah anda pernah masuk ke kawasan-kawasan ternakan lembu atau pun kambing? Jika anda pernah melihat, sudah pasti anda dapat membayangkan bagaimana ternakan itu bergeseran, berkumpul, dan berlari-lari dan sebagainya ke arah yang kita tidak pasti samada mengikut arahan tuannya ataupun ke arah lain dengan urusan masing-masing dengan tidak tentu haluan. Begitulah rupanya keadaan manusia jika anda menyaksikan kehadiran umat Muhammad saw akhir zaman ini membanjiri program-program maksiat yang dianjurkan setiap hari. Penganjur BERJAYA melahirkan kumpulan "lembu-lembu" ini dengan pelbagai rupa keadaan dan yang uniknya lembu-lembu ini tidak perlu dicucuk hidungnya, ikut sahaja dengan taat! Dengar dan taat! Sami'na wa ata'na! Siapakah mangsa yang hadir itu kalau tidak majoritinya orang melayu beragama Islam. Kadang-kadang malu kita dibuatnya apabila kelihatan dalam TV, hanya muka-muka melayu sahaja yang membanjiri kesemua program-program hina ini. Apa sudah jadi kepada bangsa melayu ini?! Bangsa lain sibuk menimba ilmu, bangsa melayu terus lalai, seolah-olah sudah tiada tanggungjawab lain yang lebih penting ! Sesetengah pihak mendakwa bahawa golongan yang membanjiri program-program hina ini kebanyakannya daripada kalangan pelajar berusia 16 hingga 17 tahun. Selebihnya adalah peringkat remaja, dewasa dan juga golongan tua bangka yang tidak sedar diri. Waulahu`alam. Soalannya kenapakah ramainya golongan seperti ini? Mereka (kebanyakan daripada gugu-guru sekolah) menjawab: "Inilah dia golongan pelajar yang tidak lulus S.R.P atau P.M.R tetapi dipaksa bersekolah". Pernah saya berjumpa dengan seorang guru yang kebetulan menternak lembu. Beliau selalu menasihati dan memarahi muridnya supaya datang sekolah dan pulang ke rumah setelah tamat kelas. Dia berkata pada muridnya: "lembu saya pun tahu balik kandang sendiri ! apa nak jadi dengan kamu ni..". Mereka menjawab: "Boleh bagi kami dua ringgit cikgu, kami nak buat tambang balik ke kandang". Menurut sesetengah guru, ada di antara mereka langsung tidak tahu membaca. Kalau yang pelajar wanita pula, datang hanya untuk melawa sahaja dan tunjuk body. Wanginya bau badan mereka harumnya semerbak, nafsu segera memuncak. Bukan macam bini di rumah yang hanya bau belacan tambah guru berkenaan."Saya sendiri pernah di`offer' untuk …itu" dakwa seorang guru. Satu 'cekak' RM5, tapi jika pegang kedua-duanya RM10 dan sebagainya. Kadang diberikan tawaran lain yang lebih hot lagi. Kata mereka: " Alaa cikgu, pegang dua-dua pun tak apa, saya nak duit ni, nak beli rokok!.. cikgu baikkan.. cikgu hensemkan..ehek..ehekk.." Manalah larat kalau diuji hari-hari macam ni, silap-silap hari bulan, ter'cekak' ter'celapak'..huh !! Gilaa..!! | |
| Tok Guru Nik Aziz cabar Umno tukar nama, dasar sertai Pakatan Posted: 14 Jul 2010 05:52 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR - Mursyidul Am PAS TG Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesyorkan Umno agar menukar nama dan dasarnya kepada Islam jika benar-benar mahu memperjuangkan hak dan nasib orang Melayu. "Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini. Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau berpendapat bahawa sekiranya Umno menukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka ia boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. "Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh," kata beliau lagi. Mengulas mengenai syor terbaru mengenai kerjasama PAS-Umno ini, TG Nik Aziz (gambar) berkata, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai dan parti Islam itu sudah menolak untuk berunding dengan komponen BN itu. "Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam. "Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan kita harus ingat penghujung hidup manusia adalah akhirat. "Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di akhirat," katanya lagi. Kata TG Nik Aziz, atas prinsip agama begini, maka PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua kaum dan agama. TG Nik Aziz berkata, mereka mengundi PAS atas nama Islam dan tidak "masakan PAS dapat menang besar pada (pilihan raya) tahun 1990 dan 2008". Apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS, kata beliau lagi. "Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh," katanya. "Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu. Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi. Ia disambung pula oleh puak Arab," kata beliau sambil menambah: "Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW." "Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi," katanya. Dalam pada itu laporan Bernama memetik TG Nik Aziz pula berkata, beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai "apa juga perkara". Ketika ditemui pemberita di Kota Baru hari ini, Menteri Besar Kelantan berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah. "Yang moleknya tak payah orang (tengah). Kalau nak jumpa secara peribadi pun tak apa, boleh sangat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri. Muhyiddin yang dijadual melawat Kelantan esok, semalam dilaporkan berkata, Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini. Pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS. Najib yang juga Presiden Umno itu berkata PAS harus menghormati Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini. Beliau berkata tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan Umno dalam hal tersebut. Sebelum ini, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu. Ekoran daripada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Razak Idris mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas supaya kerjasama antara Umno dan PAS dapati dicapai. -TMI | |
| Posted: 14 Jul 2010 05:50 PM PDT | |
| Wacana - Kisah 2 ekor lembu UMNO yang salah masuk kandang! Posted: 14 Jul 2010 05:46 PM PDT ![]() Teman memang bercadang nak layan wacana ni.. Malangnya agak bz skit.. tak dapat nak layan.. terlupa pun sebenarnya! Kejap tadi baru layan..mula-mula rasa mengantuk gak.. tapi bila teman dengor "ustaz' Affendi UMNO ni.. Kalau boleh digelar Ustaz.. Lebih sopan Ustaz Akil hayy lagi walaupun dia bukan background agama.. siap artis lagi! "Ustaz" Affendi ini seolah-olah Hang Tuah lagaknya! Sibuk dengan perjuangan melayu dan mengulang-ngulang jasa UMNO! Ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang dia petik pun.. bukan cakap besor.. teman pun hafal! Sudahlah diselang-seli dengan 'kechek Kelate"! Langsung tak profesional!!! Fakta-fakta yang mengarut dan apabila ditanya oleh Prof Agus sumber fakta-fakta tersebut, ntah apa benda yang dijawabnya.. Akhirnya dia 'jammed' apabila Agus bertanya pasal Koridor Pantai Timor? Wakakakak! Sengal punya 'ustaz'.. Paling malu apabila Dr. Asri secara tegas membetulkan pemahaman 'ustaz' Affendi ini berkenaan hadis dan surah!!!! Agak marah kelihatan Dr. Asri apabila secara tidak langsung 'ustaz' Affendi mengiayakan fitnah terhadap Ummul Mukminin Siti Aisyah! Wal na'uzubillah! Lokman Nor Adam? Lagi sengal! Langsung takde hujah! Sangat biadap apabila menjadi satu-satunya ahli panel yang asyik mencelah giliran ahli panel yang lain terutama apabila YB Mujahid sedang berhujah! Ironinya, tiada siapa menganggu seekor Lokman ini apabila dia sedang berhujah kerana Agus sendiri memberi soalan keoadanya.. dan dia 'jammed' jugak! Wakakaka! Tahap kebahalolan seekor Lokman ini sampai ke kemuncak apabila melaungkan 'Take Beer' dihadapan batang hidung Dr Asri sendiri! Bodohnya melayu yang sorang ini.. (melayu ke? macam mamak je teman tengok?) WAJIB tonton jawapan seekor UMNO ini apabila ditanya oleh orang ramai 'Kenapa Bini PM tak tutup aurat?" kelakar gilerr!! Sampai Dr. Asri pun tergelak dengan kebodohan mamak ini! Dr. Asri paling malang... tersepit di tengah-tengah 2 ekor UMNO itu! Hujah-hujah beliau seperti biasa penuh dengan ilmu dan sangat menarik! Dan jelas, kesatuan Islam sangat dimahukan oleh beliau! Agak jelas juga Dr Asri menyindir 'Ustaz' Affendi atas sikap 'ustaz' tersebut yang sangat jelas 'Asabiyah' melebihi Islam itu sendiri! Sempat juga Dr. Asri memerli UMNO dalam kes kematian Allahyarham Adik Aminurrashid.. Kesimpulanya.. Wacana ini sangat ilmiah sekiranya 2 ekor UMNO ini bukan sebagai ahli panel.. Langsung tidak ada wacana daripada 2 ekor ni.. Bukan level mereka duduk sebaris dengan Dr. Asri & Dr. Mujahid... Patut 2 ekor ini duduk di longkang belakang dewan je wehh!! Bengap sangat!! wakakakaka! Ayat penutup Dr. Mujahid paling sempoi.. sewaktu 1 ekor Lokman UMNO mencelah-celah ucapannya.. "Kalau macam ni la gaya mereka, macam mana la agaknya kita nak bersatu!???" wakakakak! Macam berdebat dengan beruk songkok tinggi! p/s: terbaru klip video debat ni telah didelete dari youtube.. wakkakaka!! takut satu dunia tahu kebodohan 2 ekor lembu UMNO ni! sunsnake 15072010 | |
| PAS dan UMNO tak mungkin bersatu? Posted: 14 Jul 2010 05:41 PM PDT Sesetengah Nampak bahawa UMNO dan PAS boleh bersatu. Dan sesetengah pula mahu supaya UMNO dan PAS menjadi satu. Jika UMNO dan PAS bersatu barulah dapat melaksanakan Undang undang Islam yang diperjuangkan PAS selama ini. Memang kebanyakan bijak pandai Islam Negara ini mengharapkan begitu, tetapi, betul kah begitu> Apakah UMNO bersedia berkorban apa sahaja, kerana syaratnya ialah pengorbanan. Jika UMNO tidak mahu berkorban apa sahaja jangan diharap ia boleh menjadi realiti. PAS walaupun sudah membuka pintu kepada orang kafir masih tidak boleh menghulurkan tangan untuk bersatu dengan UMNO.Seolah olah sudah" serik" dengan apa yang pernah diperlakukan UMNO selama berada didalam Barisan. Ini dapat kita buat kesimpulan adalah mustahil PAS dan UMNO dapat disatukan, tetapi kehendak Allah Subha nahu wataala tiada sesiapa pun tahu. Kita sedia maklum "pengorbanan" syarat utama untuk UMNO dan PAS bersatu. Jika mana mana pihak tidak sanggup berkorban apa sahaja jangan diharap dapat disatukan. Lebih lebih lagi masing masing ada agenda, termasuk agenda peribadi yang menjadi penghalang besar untuk bersatu. Kalau kita tengok perkembangan umat islam seluruh dunia dan ini pernah disebut oleh Rasulullah SAW bahawa umat islam akan berpecah kepada 73 puak sah PAS dan umno tidak akan bersatu sampai kiamat miskipun ada usaha untuk menyatukannya. Perpecahan umat islam yang berlaku di Malaysia sangat jelas dan ketara sejak sekian lama sehingga wujudnya puak puak yang mendakwa puaknya sahaja yang betul termasuk UMNO yang mendakwa ia betul dan ikut menegak dan melaksanakan Islam. Yang paling malang sekali wujudnya puak puak yang mengaku "nabi" yang jelas dan nyata sesat dan rosak akidahnya. Puak puak ini mengaku puaknya adalah puak Islam yang berbeza pandangan. Malahan mereka mendakwa mazhab mereka tidak sama dengan mazhab yang dipegang oleh UMNO dan PAS. Kita tidak nafi mereka juga umat Islam, tetapi mereka terdiri dari puak yang ditolak oleh Allah subha nahu wataala, kerana amalan mereka bercanggah dengan amalan yang diajar Oleh Rasulullah SAW. Apabila PAS mengatakan UMNO menolak Islam, Ada pihak yang mengatakan UMNO menegakkan Islam. Mereka ini buklan calang calang manusia, malahan mereka adalah golongan ulamak yang ada ijazah PHD dan gelaran Professor di pusat pusat pengajian tinggi awam negara. Walau bagaimana pun UMNO dan PAS kemungkinan satu masa nanti bekerjasama juga atas sebab ketuanan Melayu sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 1969 (13 Mei) atau dengan kata lain PAS diperlakukan oleh pakatan rakyat yang memerintah Negara. Ketuanan Melayu walaupun tudak menjadi teras dan dasar pada PAS, tetapi jiwanya adalah jiwa Melayu yang disebut oleh Allah subha nahu wataala " berbangsa bangsa" itu jelas dan nyata punyai ikatan yang saling bahu membahu miskipun duduk dalam parti yang berbeza. Yang memisahkan Melayu PAS dengan melayu UMNO ialah soal dasar dan perlembagaan parti. UMNO dasarnya adalah dasar kebangsaan manakala PAS dasarnya ialah Islam (Al Quran dan as sunnah) yang sama sekali tidak boleh di terima oleh kafir. Usah orang kafir, UMNO sendiri pun enggan menerima undang undang syariat. Bukan setakat enggan menerimanya malah mereka mempersenda hukum hudud yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan negeri Terengganu ketika memerintah pada tahun (1999-2004). | |
| Perancis Janji Bongkar Skandal Scorpene Habis-habisan - Najib & UMNO Di Tebing Keruntuhan Posted: 14 Jul 2010 05:39 PM PDT Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skandal Scorpene HabisanRoh Altantuya Shaariibuu mungkin kembali tenang apabila pihak pendakwaraya Perancis yang menyoalsiasat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam di Paris semalam berjanji akan menegakkan keadilan bagi model Mongolia yang mati dibunuh secara kejam pada 2006 itu. Pihak pendakwaraya Perancis juga berikrar akan membongkar habisan semua dakwaan penyelewengan dan rasuah dalam urus niaga pembelian kapal selam Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia Dalam emel yang dihantar kepada Suara Keadilan malam tadi melalui peguam Americk Sidhu, Bala berkata beliau telah memberi keterangan kepada pihak polis dan peguam Perancis berhubung skandal rasuah Scorpene serta mendedahkan hubung kait Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda serta model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam urus niaga pembelian dua kapal selam buatan syarikat konglomerat DCN milik kerajaan Perancis. Bala disoalsiasat berseorangan selama tiga jam bermula pukul 2.00 petang waktu Paris bertempat di Direction Centrale de la Police Judiciare DNIF, Nanterre, Paris oleh penyiasat Perancis, M Ryckewaert. Peguam Manjeet Singh tidak dibenarkan bersama Bala ketika anak guamnya ditemubual pendakwaraya Perancis. Bala memberitahu Suara Keadilan melalui emel malam tadi pihak pendakwaraya Perancis amat berminat untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai hubungan beliau dengan Altantuya dan Abdul Razak. "Saya telah menerangkan segala butiran mengenai pembunuhan Altantuya. Saya merujuk mereka kepada akuan bersumpah saya yang pertama dan juga temubual saya di Singapura. Saya juga menerangkan kepada mereka identiti dua anggota polis dan siapa pegawai atasan mereka yang berkait dengan kehilangan Altantuya serta apa hubungan mereka dengan Abdul Razak dan Najib. "Peguam Perancis juga menyelidiki hubungan Abdul Razak dengan Najib serta maklumat yang diberikan kepada saya oleh Abdul Razak bagaimana Najib telah menghantar SMS kepadanya ketika beliau ditabgkap, atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya," terang Bala dalam emel beliau. Beliau juga ditanya mengenai Perimekar Sdn Bhd dari segi pemilikan syarikat dan hubungannya dengan Abdul Razak dan isterinya. Bala juga telah menerangkan mengenai tiga pembayaran sebanyak AS$5,000 setiap satu kepada Altantuya oleh Abdul Razak termasuk bayaran denda lewat AS$1,000. "Saya jelaskan mengenai apartmen yang dibeli oleh Abdul Razak untuk Altantuya serta bayaran AS$500,000 yang dituntut oleh beliau. Juga saya terangkan pembabitan Altantuya dalam rundingan serta pengakuan dan pengesahan Abdul Razak bahawa beliau akan membayar wang tersebut kepada Altantuya. "Mereka bertanya kepada saya mengenai identiti dua individu warga Perancis yang terlibat dalam urusan Scorpene dan samada saya mempunyai maklumat berhubung pembayaran daripada pihak Perancis kepada Perimekar. Ini kerana maklumat yang diberitahu Altantuya kepada saya ialah pembayaran AS$500,000 kepada beliau itu adalah di atas kejayaan urus niaga Scorpene. "Mereka juga ingin tahu mengenai sepupu Altantuya, Amy yang mengetahui berkenaan majlis makan malam di mana Najib dan Abdul Razak hadir bersama Altantuya," jelas beliau lagi. "Saya juga ditanya mengenai identiti dua individu bernama Major Rahim dan Abdul Rahim Saad," kata Bala lagi. Disamping itu Bala juga menerangkan mengenai peranan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang berpakat dengan usahawan perniagaan permaidani bernama Deepak Jaikishan yang menyebabkan beliau terpaksa lari dari Malaysia. Beliau juga memberi rentetan peristiwa dan pembabitan adik Najib, Datuk Nazim dalam akuan bersumpah kedua Bala dan bagaimana beliau diseludup keluar dari Malaysia dan diarah berada di luar negara sehingga Najib menjadi Perdana Menteri. "Saya diminta memberi butiran mengenai apa yang berlaku di sebuah gerai di Rawang di mana Deepak, adiknya Dinesh dan ASP Suresh bertemu dengan saya. Bala berkata beliau juga bertemu dengan peguam Perancis, Joseph Breham yang bertindak bagi pihak badan has asasi Malaysia, Suaram. | |
| Posted: 14 Jul 2010 05:36 PM PDT Baru-baru ini saya mendengar khabar angin bahawa Datuk Seri Najib Razak, seorang individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak dapat tidur lena. Adalah amat tidak adil terhadap dirinya jika kita menganggap Najib mampu tidur lena seperti bayi. Ini kerana pertamanya, beliau bukannya seorang bayi. Kedua, saya diberitahu Najib kini berasa amat bimbang. Saya pun akan berasa begitu jika berada dalam keadaan seperti beliau. Agak memeranjatkan jika Najib mampu tidur langsung. Najib seorang yang amat resah ketika ini. Apa tidaknya dengan segala tuduhan dan dakwaan terhadapnya, umpamanya menjadi kaitan kepada kes pembunuhan yang berlegar disekitar beliau. Saya pun akan merasa begitu juga. Saya berasa kasihan terhadap beliau kerana walaupun memegang tampuk kekuasaan, ada sahaja warga Malaysia samada di dalam atau luar negara yang tidak menghargai jasa baik serta budinya dan tidak mahu meninggalkan beliau dalam aman. Kenapa mereka amat nekad untuk menelanjangkan peribadi sebenar Najib dan mendedahkan segala apa yang mereka percayai sebagai kejahatan Najib? Raja Petra Kamarudin, blogger tersohor Malaysia kini bergabung tenaga dengan orang kuat KEADILAN dan peguam terkemuka, Datuk Zaid Ibrahim untuk menumbangkan pengaruh dan kedudukan Najib. Tidak cukup dengan itu sejumlah warga Malaysia yang berhemah juga turut mendesak Najib untuk mendapatkan jawapan kepada soalan mereka. Sebagai warga Malaysia yang taat, mereka berhak untuk mengharapkan, walaupun sedikit, kebenaran dari Perdana Menteri mereka. Setakat ini mereka telah dikecewakan kerana walaupun dengan kewujudan bukti kukuh, ditambah pula dengan akuan bersumpah Bala, Najib dan Rosmah terus menerus membisu seribu bahasa dan menonjolkan adegan mereka teraniaya. Zaid menuduh Najib takutkan RPK dan Bala kerana apa yang mereka tidak tahu tentang pembunuhan Altantuya sebenarnya tidak langsung bernilai. Maka adakah sesuatu yang mengejutkan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyoal Bala di London? Ya, kita melihat sedikit drama yang dimainkan oleh SPRM untuk mengaburi mata masyarakat dunia yang memerhati. Dengan menggunakan beberapa alasan yang tidak dapat diterima akal, SPRM mempastikan kebenaran tidak akan terbongkar. Bagaimana SPRM boleh mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat jika inilah alasan terbaik mampu mereka rekacipta? Dan untuk PDRM, tidak ada apa-apa lagi yang boleh kita katakan Seolah-olah siapa yang menyimpul perumpamaan Inggeris yang berbunyi, 'sesiapapun boleh terlepas selepas membunuh' nampaknya memikirkan mengenai Malaysia memasa menciptanya. Tindakan Khairy Jamaluddin mendakwa pihak polis lembab mengambil tindakan terhadap RPK cukup untuk memnggutakan lagi teori konspirasi saya. Adalah jelas bahawa Khairy dan Najib sememangnya menunjukkan sikap permusuhan yang nyat terhadap RPK. Ditambah pula dengan apa yang Bala tahu mengenai pembunuhan Altantuya sudah cukup untuk menamatkan riwayat politik Najib sementara Khairy pula seorang yang dalam keadaan tergesa-gesa dalam mengejar cita-cita politiknya. Saya harap dia tahu apa yang beliau sedang lakukan, demi kebaikan dirinya sendiri. Jadi sekarang apakah pilihan yang ada pada Najib? Walau pun pilihan yang bakal dibuat pahit dan sukar ditelan, Najib tidak punyai jalan lain kecuali menyerahkan nasib kepada penelitian dan siasatan rapi pihak berkuasa bagi membersihkan namanya. Bersandarkan kepada keyakinan bahawa kebenaran akan akhirnya terbongkar, mungkin beliau ada sedikit peluang untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Kalaulah caranya begitu, beliau bukan sahaja akan disayangi dan dihormati oleh warga Malaysia tetapi dalam proses itu akan menguatkan lagi tuntutan moral dan etika untuk memimpin negara. Adakah Najib memiliki kekuatan dan integriti karakter sebegitu untuk mempertahankan namanya dan maruah beliau dalam mahkamah? Saya harap atas nama kebaikan sejagat Perdana Menteri kita memiliki kekuatan moral untuk membiarkan mahkamah membuat keputusan mengenai nasibnya. |
| You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Former Deputy Land and Co-operative Development Minister Datuk Dr Tan Kee Kwong, who has been critical of the Najib administration's handling of Felda, said however that as a government-linked company Felda should put out annual reports for better accountability.










Tiada ulasan:
Catat Ulasan