Sabtu, 17 Julai 2010

jiwo kelate

jiwo kelate


Naik harga minyak, gula: RM750 juta akan dibelanja kepada Rakyat?

Posted: 16 Jul 2010 07:14 PM PDT

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar menuntut penjelasan Perdana Menteri bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini bermanfaat untuk rakyat.

“Saya menuntut supaya perdana menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat.

“Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat,” tegas Anwar lagi.

Sebelum ini pun, tambahnya, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas.

Bagaimanapun, tegas Anwar, tindakan itu sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat.

“Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8 peratus berbanding 3.2 peratus bagi tahun sebelum itu.

“Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku,” tegasnya.

Sebab itulah, kata Anwar, beliau telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

Perdana menteri, tegasnya, tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Berikutan itu, Anwar menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh perdana menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting;

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

“Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan perdana menteri jika benar BN ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara.

“Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni,” tegas Anwar. – sumber Malaysiakini


Bertemu bukan Politik PAS-Umno

Posted: 16 Jul 2010 06:54 PM PDT

Mursyi:dul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul :Aziz Nik Mat menolak pertemuan dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya ia membincangkan hubungan politik dan perpaduan Islam di antara Pas dan UMNO.

Katanya, beliau hanya mengadakan pertemuan sekiranya ia melibatkan rundingan berhubung prinsip hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat sahaja.

"Boleh (jumpa) tak ada masalah. Boleh di mana sahaja. Kalau saya tidak uzur saya boleh ke mana-mana. Tapi kalau nak runding fasal Pas dan UMNO, tak ada.

"Kalau nak jumpa saya nak runding Pas dan UMNO tak boleh kerana barang dah selesai dah. Dua tahun (sudah) selesai. Itu keputusan parti, bukan keputusan saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri yang menghargai sikap terbukannya yang bersedia untuk mengadakan perjumpaan antara kedua-dua parti itu demi :perpaduan orang Melayu.

Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata, Pas sudah menutup pintu rundingan melibatkan kerjasama politik.

"Kalau nak runding masalah lain masalah petroleum atau apa, boleh. Kalau nak runding fasal petroleum kita kena ada sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa kerana beliau adalah pengerusi yang diserahkan amanah untuk tujuan itu," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa kerjasama UMNO dengan Pas bukan menunjukkan UMNO lemah dan memerlukan sokongan Pas, beliau berkata, itu adalah urusan dalaman UMNO.

"Perpaduan Islam ini tak perlu runding kerana, ia memang sudah begitu, nak runding apa lagi? UMNO tolak Islam ambil kebangsaan, Pas nak runding macam mana? Tukar kebangsaan kepada Islamlah, tak payah runding," katanya.

Kelmarin, Muhyiddin, dalam kenyataannya sempena lawatan ke Tanah Merah semalam dilaporkan berkata, UMNO sedia menjalin kerjasama dengan Pas kerana parti itu menyokong perjuangan agama Islam dan orang Melayu. – Sumber Sinar Harian


Tiada ulasan: