Anak Cucu Nabi Adam |
- Apa Punya Turrrrr laaaa.
- Tak Boleh Tarikh Kereta Sewenangg-wenangnya
- Niat Baik Yang Membinasakan
- Barang naik tak kena masa
- JAKIM hantar 'hadhari' ke 1Malaysia
- Rakyat Pulau Pinang berhimpun kenang Teoh
- Israel terbit animasi propaganda Mavi Marmara
- Lim bangga pencapaian MPSP
- Mufti Wilayah pertahan fatwa haram ESQ
- Topiaries Montreal Gardens Part 1
- Mana Satu Pilihan Anda
- Bot Mewah
- Mona Lisa
- Gangguan Seksual Kepada Lelaki
- Sugar Consumption
| Posted: 16 Jul 2010 10:49 PM PDT ![]() Nasser seorang pelajar yang berasal dari Arab telah menghantar emel kepada ayahnya menceritakan tentang dirinya semasa belajar di Berlin. Emel yang dihantarnya lebih kurang berbunyi begini. Aku translate mengikut fahaman dan kepandaian aku dalam bahasa Arab tahap ke 24 sebab bahasa Arab yang digunakan oleh pelajar ni tak boleh challenge bahasa Arab aku yang tinggi. He he he. ![]() Kepada bapakku yang kusayang dan rindu selalu. Berlin memang cantik gila. Udaranya pun nyaman. Orang-orang lelaki di sini pun OK dan yang perempuannya cun tahap gaban. Tapi bapak, saya malulah setiap hari pergi ke kolej dengan menaiki kereta yang bapak hadiahkan sempena hari lahir saya yang ke 21 iaitu Ferrari 599GTB yang bersalut emas sepenuhnya. Kerana semua pensyarah dan pelajar-pelajar 1Berlin naik komuter jer datang ke kolej. Saya jer yang naik kereta. Anakmu yang berjauhan. Nasser. Akhirnya keesokan harinya Nasser menerima emel daripada bapaknya yang berbunyi: ![]() Oh anakku yang tercinta. Jangan hang malu lagi naik kereta kerana kawan-kawan hang naik komuter. Baru sekejap tadi sahaja bapak dah transfer US 20 juta ke akaun Maybank2u hang. Jadinya jangan lagi hang malu dan keluarkan duit itu pergilah beli komuter sendiri untuk ke kolej. Daripada bapak hang. |
| Tak Boleh Tarikh Kereta Sewenangg-wenangnya Posted: 16 Jul 2010 10:47 PM PDT Institusi kewangan tidak dibenarkan untuk menarik kenderaan yang gagal membuat bayaran bulanan sekiranya penyewa telah melunaskan lebih 75 peratus daripada jumlah pinjaman sewa belinya apabila Rang Undang-Undang Sewa Beli (Pindaan) 2010 diwartakan kelak. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan pindaan syarat itu, institusi kewangan perlu mendapatkan perintah mahkamah sebelum boleh menarik kenderaan tersebut. "Pemunya (institusi kewangan) hanya boleh melaksanakan proses pengambilan semula melalui perintah mahkamah jika penyewa (pemilik kenderaan) telah membayar lebih daripada 75 peratus daripada jumlah keseluruhan harga tunai barangan tersebut yang dinyatakan di dalam perjanjian sewa beli berasaskan bayaran ansuran bulanan mereka," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Ismail Sabri yang menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Sewa Beli (Pindaan) 2010 berkata sebelum ini kerajaan hanya menetapkan syarat 'satu pertiga' ke atas pemunya (institusi kewangan) berhubung dengan pemilikan semula di bawah Akta Sewa Beli 1967. Perundangan sekarang menjelaskan pengambilan semula barangan oleh pihak pemunya boleh dilaksanakan apabila penyewa gagal menjelaskan bayaran ansuran sebanyak dua kali dan notis bertulis telahpun diserahkan kepada pihak penyewa. "Antara keperluan threshold (sewa beli) ini dipinda bagi mengelakkan pertambahan bebanan kes di mahkamah sekiranya threshold terdahulu dikekalkan," katanya. Ismail Sabri berkata perubahan threshold itu juga dilihat akan membantu rakyat bagi mendapatkan pinjaman kenderan daripada industri perbankan dengan mudah memandangkan syarat terkini lebih munasabah dan praktikal. Bagaimanapun beliau berkata pemunya boleh melaksanakan pengambilan semula barangan tanpa perintah mahkamah, jika penyewa membayar kurang 75 peratus daripada jumlah keseluruhan harga tunai barangan tersebut yang dinyatakan di dalam perjanjian sewa beli. Mengenai isu penarik kereta, Ismail Sabri berkata rang undang-undang itu turut mencadangkan kaedah pemberian permit diperkenalkan bagi mengawal selia aktiviti pengambilan semula oleh penarik kenderaan. Katanya bagi memastikan aktiviti pengambilan semula itu dibuat dengan beretika, kerajaan meningkatkan penalti daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali kepada denda tidak melebihi RM100,000 terhadap mana-mana syarikat yang didapati melanggar peraturan akta berkenaan. Selain itu, denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan terhadap orang perseorangan yang melakukan kesalahan sama. Ismail Sabri juga berkata rang undang-undang itu bertujuan mengatasi masalah dalam amalan membayar wang tempahan untuk kenderaan yang ditempah. "Masalah timbul apabila terdapat segelintir pihak yang menggunakan kelemahan perundangan sedia ada dengan tidak mengembalikan semula 'booking fees' (wang pendahuluan) sekiranya terdapat pembatalan penempahan. Terdapat juga kes di mana ejen menipu orang ramai dengan menggelapkan kesemua 'booking fees' daripada pelanggan yang berurusan dengan mereka," katanya. Selaras itu, pindaan akta berkenaan memperuntukkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak pengedar kenderaan untuk memulangkan semula bayaran tempahan sekiranya terdapat pembatalan dari mana-mana pihak selain menjadikan bayaran tempahan sebagai sebahagian daripada bayaran deposit. Rang Undang-Undang itu kemudian diluluskan. ~Bernama~ |
| Posted: 16 Jul 2010 10:41 PM PDT Biar siapa pun kita… Biar setinggi mana pun ilmu kita… Biar sekaya mana pun kita… Satu hal yang pasti… kita tidak akan mampu membohongi Allah swt walau sesaat sekali pun. Niat memainkan peranan yang penting dalam sesuatu perlakuan. Tanpa niat perlakuan tidak akan timbul. Biar apa pun perlakuan kita namun sedar atau tidak sedar ianya telah diawali dengan niat cuma mungkin kita tidak sedar akan keberadaannya. Mungkin bagi kita niat adalah satu ucapan dan mungkin ada juga yang mengatakan yang niat adalah lintasan hati atau boleh jadi apa yang dirasa dalam hati. Biar apapun keadaannya, caranya ianya tetaplah niat. Begitu jugalah niat yang baik tetapi seringkali memakan diri. Saya pernah ditanya tentang hal ini, kata si penanya "mengapa kadangkala niat yang baik tetapi akhirnya membawa keegooan yang tinggi dalam diri seseorang?" Mungkin selama ini terlepas pandang kaitan niat dan nafsu dalam melaksanakan tindakan. Sebagai contoh, kita berniat baik untuk mengajarkan sesuatu perkara yang baik kepada seseorang tetapi kita mungkin alpa dalam menilai nafsu yang ada dalam niat baik kita. Kita mungkin menjadi terlalu bercita-cita tinggi dalam menjadikan seseorang itu baik hinggakan perlakuan kita dipenuhi dengan ego. Kita menasihati seseorang untuk melakukan kebaikan dengan harapan mereka akan berubah ke arah lebih baik. Kita memberi nasihat bersungguh-sungguh supaya perubahan dapat berlaku namun jika sebaliknya orang yang dinasihati itu tidak mendengar nasihat yang diutarakan kita menjadi emosi. Maka di situlah letaknya ego. Kita lupa bahawa kita perlu melakukan apa sahaja untuk membawa transformasi yang baik namun jangan dilupa bahawa keputusan atau hasil itu tetap menjadi hak milik mutlak Allah swt. Saya sendiri pernah ditanya " mengapa orang bukan Islam bersetuju dengan Islam tetapi tidak mahu masuk Islam?" Inilah titik ego yang halus yang sudah terlepas pandang. Kita menasihati seseorang kerana kemahuan kita bukan kerana kasih sayang. Kasih sayang sentiasa akan timbul dari jiwa yang tenang yang sentiasa mengingati Allah swt dengan jiwanya. Satu kisah yang sering kita dengar yang pernah dihuraikan oleh Al-Ghazali mungkin dapat memberi gambaran tentang niat yang dilihat baik tetapi sebenarnya membawa kemusnahan diri. Pada zaman Bani Israil terdapat seorang ahli ibadah yang begitu tekun beribadah hinggakan sebahagian kehidupan hanya untuk berbakti kepada Allah swt. Sebagai seorang abid, dia begitu menjaga hubungannya dengan Allah swt dan hubungannya sesama insan. Pada suatu hari, dia mendapat tahu yang masyarakat kampungnya menyembah sepohon pokok yang dianggap keramat. Mendengar akan perbuatan yang merosakkan aqidah itu, emosinya menjadi marah lalu dia berniat untuk menebang pokok yang menjadi punca kekufuran masyarakat sekelilingnya, lalu diambilnya kapak lantas keluarlah dia untuk menghapuskan kekufuran. Niatnya begitu baik dan begitu murni dan ini menimbulkan keresahan pada Iblis. Maka dipertengahan jalan menuju ke pokok tersebut, ahli ibadah ini bertemu dengan iblis menjelma menjadi seorang lelaki tua. Iblis kemudiannya bertanya kepada ahli ibadah ke manakah tujuannya dengan membawa kapak. Ahli ibadah menjawab soalan iblis yang menjelma sebagai lelaki tua dengan penuh emosi "saya mahu ke sana untuk menebang pokok yang disembah oleh masyarakat setempat. Saya akan tebang pokok itu!" Iblis cuba memainkan peranan dalam membuat strategi agar niat ahli ibadah membatalkan niatnya. Iblis pun berkata "mengapakah kamu bersusah-payah mahu menebang pokok tersebut hingga kamu sanggup meninggalkan ibadah kamu kepada Allah swt." Tanpa menghiraukan kata-kata iblis, ahli ibadah meneruskan meneruskan perjalanannya dengan tekad tidak berbelah bahagi dan dia benar-benar mahu menebang pokok kayu yang menyesatkan manusia itu. Dek kerana kedegilan si abid ini maka berlakulah perkelahian antara keduanya namun kerana tekad yang begitu kuat untuk membawa manusia kepada Allah swt maka iblis dapat dikalahkan oleh ahli ibadah itu dengan mudah. Setelah kalah dalam berlawan secara fizikal, iblis mula menggunakan pendekatan diplomasi yang diharapkan dapat membuatkan ahli ibadah membatalkan niatnya. Katanya "Allah swt tidak mewajibkan kamu menebang pokok tersebut dan tidak pula mewajibkan kamu untuk mencegah masyarakat menyembah pokok tersebut. Perkara ini adalah kewajipan serta tugas para Nabi dan Rasul, sedangkan kamu bukan dari golongan tersebut. Biar apapun dikatakan iblis, ahli ibadah tersebut tetap juga dengan pendiriannya untuk menebang pokok tersebut dan ini menimbulkan kemarahan yang amat sangat kepada iblis lalu dia menggunakan kekerasan untuk memastikan kegagalan misi ahli ibadah tersebut. Namun keputusan tetap juga berpihak kepada ahli ibadah tersebut. Melihatkan kekerasan hati ahli ibadah yang benar-benar nekad itu maka iblis membuat satu tawaran. Iblis menawarkan ahli ibadah satu keberhasilan atau keuntungan yang berterusan kerana ahli ibadah adalah seorang yang miskin dan tidak berharta. Iblis memujuk ahli ibadah untuk menerima tawaran tersebut supaya ahli ibadah dapat menghabiskan waktu dalam beribadah dan tidak tidak perlu memikirkan hal-hal kewangan. Iblis berkata "aku akan memberi kamu dua dinar setiap hari. Dengan itu kamu boleh menggunakan satu dinar bagi keperluan nafkah kamu dan satu dinar lagi bolehlahkamu sedekahkan untuk kaum fakir-miskin dan melarat. Wang sebanyak dua dinar itu akan saya letakkan di bawah bantal kamu pada setiap pagi." Tanpa disedari oleh ahli ibadah tersebut, pujuk rayu iblis itu telah menyusup masuk ke dalam benak mindanya. Si abid telah mula terbayang wang yang bakal diperolehinya setiap pagi dan mengenangkan ianya dapat beribadat lebih tekun tanpa memikir kewangan maka dia pun memutuskan untuk tidak meneruskan niatnya lalu kembali ke rumahnya untuk kembali beribadah seperti biasa. Seperti yang dijanjikan si iblis, pada pagi hari yang pertama terdapat dua dinar di bawah bantalnya dan begitu juga pada hari kedua. Ahli ibadah tersebut cukup berlapang dada kerana wang yang diperolehinya begitu mudah dan dia merasakan dia akan dapat melakukan ibadah dengan lebih tekun lagi. Namun hal itu tidak berlaku pada hari ketiga. Pada hari ketiga wang yang dijanjikan iblis tidak berada di bawah bantal sebagaimana dua hari yang lepas. Ahli ibadah tersebut mula berasa kecewa kerana dipermainkan. Dia merasa dimungkiri lalu dia mengambil kapaknya dan keluar untuk meneruskan niatnya yang terbantut akibat pujuk rayu iblis itu. Dia pergi dalam keadaan yang begitu marah kepada kepada iblis kerana menipunya tentang wang dua dinar yang dijanjikan. Dalam perjalanannya untuk menebang pokok tersebut, dia bertemu kembali iblis yang menyerupai lelaki yang menahannya beberepa hari lepas. Ahli ibadah itu memarahi si iblis dan mereka bertengkar dengan hebatnya dan berlakulah pertempuran fizikal. Anehnya, jika dahulu ahli ibadah ini dengan mudahnya mengalahkan iblis tetapi kali ini yang berlaku adalah sebaliknya. Ahli ibadah dikalahkan begitu mudah oleh si iblis tadi. Melihat ahli ibadah sudah dapat ditewaskan dengan mudah maka iblis kemudiannya memberi amaran untuk ahli ibadah itu meneruskan niat untuk menebang pokok berkenaan dan seandainya dia berdegil dan meneruskan niatnya itu maka si iblis tidak teragak-agak untuk menghapuskannya. Mereka kemudian berbalah hingga terfikir oleh ahli ibadah tersebut itu untuk bertanyakan sesuatu yang bermain di fikirannya. Ahli ibadah tersebut bertanya kepada iblis "mengapa engkau amat mudah untuk aku kalahkan dalam dua pergaduhan yang awal tetapi kali ini aku pula yang dapatkan kau kalahkan dengan mudah?" Iblis kemudiannya menjawab dengan mudah "apakah yang engkau hairankan? Bukankah pergaduhan pertama dan kedua itu kerana niat engkau ingin menebang pokok supaya dapat menghindarkan masyarakat dari sesat dan engkau begitu ikhlas dalam melakukannya. Namun kali ini engkau kalau kerana niat kamu bukan lagi kerana Allah swt tetapi demi memenuhi tuntutan nafsu engkau. Engkau ingin menebang pokok itu kerana kemarahan engkau apabila mendapati tiada wang yang aku janjikan. Engkau aku kalahkan kerana niat mu." Walaupun kita sering mendengar cerita ini tetapi kita tidak perasan betapa halusnya permainan yang ada dalam episod niat itu sendiri. Kita kelihatannya mahu mengubah masyarakat agar kembali kepada kehidupan asas yakni yakin sepenuhnya kepada Allah swt namun pada masa yang sama kita tidak perasaan bahawa niat kita dikotori oleh nafsu duniawi yang halus tetapi cukup merosakkan. Kita mungkin melakukannya kerana kita bercita-cita tinggi untuk menjadi seseorang yang dihormati atau kita melakukannya supaya kita punya gelaran tertentu. Hal itu tiada siapa yang mengetahui dan tiada siapa yang berhak menghakimi melainkan kita dan Allah swt. Saya menulisnya supaya kita sama-sama merenungi kembali niat kita yang kelihatan baik tetapi memakan diri sendiri kerana permainan nafsu diri yang dipacu oleh syaitan. Virus ini bukan sahaja boleh merosakkan kita tetapi mampu memecah belahkan umat Islam. Kita perlu melakukan atas niat yang murni kerana Allah swt. Kita perlu sentiasa memeriksa niat kita agar kita tidak terlepas pandang kotoran yang melekat padanya. Mungkin sekarang tidak, tetapi lama kelamaan kita mungkin sahaja boleh menjadi orang ayang sombong atau berasa berilmu hingga melihat orang lain seperti tidak berada di tahap kita. Ini adalah strategi yang halus maka apa yang perlu kita lakukan adalah kembali kepada Allah swt secara total dan kasih sayang Allah swt akan menyelamatkan kita dari permainan yang cukup halus ini. Dalam satu hadis riwayat bukhari dan muslim : "Dari Abi Bakr, bahawasanya Rasulullah berkata: Jika dua orang Muslim berkelahi memakai pedang, maka yang membunuh dan yang dibunuh masuk neraka. Saya bertanya: Ya Rasulullah! Yang membunuh sudah dimaklumi, akan tetapi mengapa pula terjadi begitu kepada yang dibunuh? Nabi berkata: kerana yang dibunuh itu pada awalnya juga bermaksud juga untuk membunuh lawannya itu." Semoga mulai hari ini kita berjaga dengan keluhuran niat agar niat yang baik tidak memusnahkan diri. ~bawang goreng~ |
| Posted: 16 Jul 2010 10:40 PM PDT Masyarakat menunjukkan pelbagai reaksi terhadap kenaikan harga barang "5 dalam 1" semalam, termasuk ramai yang belum terasa kesannya dan sebahagian lagi menganggap ia dibuat tidak kena pada masanya. Dalam temubual semalan, kesemua responden di sekitar Bangsar mengaku terkejut dengan langkah mengejut kerajaan itu tetapi beranggapan kehidupan mereka sekarang tidak terjejas. "Kenaikan lima sen harga petrol bukan beban besar pada orang awam sekarang," kata seorang pegawai kerajaan Hasnulhasi Yasin, 33. Pengedar minuman Mohd Sofian dan pemilik restoren Mohd Iqbal menegaskan walaupun harga gula naik, harga barang-barang lain akan kekal sama. "Saya tak rugi akibat kenaikan harga gula. Tetapi keuntungan mungkin kurang sedikit," kata Mohd Iqbal. Bagaimanapun, ramai juga tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu kerana ia tidak kena pada masanya. "Harga naik kerana keranaan terlalu selesa sekarang, tetapi sekarang bila keadaan bertukar kepada paling buruk, mereka akan turunkan harganya kembali, kata pelajar berumur 22 tahun Vivekananda Sukumaran. ~MK~ |
| JAKIM hantar 'hadhari' ke 1Malaysia Posted: 16 Jul 2010 10:39 PM PDT Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menempatkan pegawai perhubungan atau "hadhari" di seluruh negara bagi menyelaraskan urusan pentadbiran berkaitan agama Islam antara kerajaan negeri dengan Persekutuan. Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata ketika ini pegawai berkenaan hanya ditempatkan di beberapa negeri dan Kelantan adalah antara negeri terawal menerima penempatan itu. Menurutnya, pegawai berkenaan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) di negeri masing-masing bertujuan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan dengan agama Islam antara kerajaan negeri dan Persekutuan. Antara negeri yang sudah mempunyai pegawai terbabit selain Kelantan ialah Terengganu, Perlis dan Melaka. "Kita bercadang untuk mewujudkan pegawai terbabit di semua negeri di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dan makan malam sempena Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia ke-83, di Kota Bharu, malam tadi. Majlis itu disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut Wan Mohamad, status penempatan Pegawai Hadhari di Pejabat SUK di semua negeri itu turut dibincangkan dalam kertas kerja berkaitan penyelarasan antara negeri sempena mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-51 pada 25 Mei lepas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Selain itu, beliau berkata mesyuarat itu juga membentangkan kertas kerja mengenai beberapa isu berkaitan agama, termasuk memperkasa program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), pelaksanaan mekanisme penyeragaman pensijilan Halal antara JAKIM dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. "Ia juga merangka rancangan Lima Tahun Menangani Ajaran Sesat Keempat (2010-2014) dan laporan Keberkesanan Pelaksanaan bagi tahun 2008," katanya. Katanya, semua isu-isu ini amat memerlukan penelitian dan pandangan negeri-negeri dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia agar ia seragam dan tidak mengelirukan rakyat. Wan Mohamad berkata, persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam ini dianjurkan jabatannya sejak 1975 membabitkan pembentangan 560 kertas kerja. "Kali ini Kelantan menjadi tuan rumah bagi kali kelima selepas 1979, 1985, 2002 dan 2006," katanya. Menurutnya, antara isu-isu penting yang disepakati dan diguna pakai oleh negeri-negeri hasil persidangan itu ialah penyelarasan isu halal, penyelarasan isu pendidikan Islam iaitu Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) dan penyelarasan isu ajaran sesat. ~Bernama~ |
| Rakyat Pulau Pinang berhimpun kenang Teoh Posted: 16 Jul 2010 10:38 PM PDT Kematian Teoh Beng Hock dianggap "perkara terburuk pernah berlaku kepada DAP.""Sebelum ini, yang terburuk dikenakapan pada kita ialah ISA, atau ditahan di pusat tahanan Kamunting atau Kajang," kata ADUN DAP daripada Ayer Hitam Wong Hon Wai dalam sambutan ulang tahun pertama kematian Teog di Speakers Square Pulau Pinang malam tadi. "Tetapi kematian, seperti apa yang berlaku pada Teoh Beng Hock, anggota DAP dan kawan yang baik, tidak dapat dibayangkan, ia melampau dan sesuatu yang tidak boleh kita terima," kata pengarah pendidikan politik DAP itu. "Masih belum ada keadilan untuk Teoh. Masih banyak double standard (pilih bulu) diamalkan oleh pemimpin dan institusi," tambah Wong yang juga exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap perancangan bandar dan negeri. "Jadi marilah kita berikrar. Kita mahu lihat pihak yang bersalah dihukum." Selepas berucap, Wong meminta orang ramai mengangkat lilin dan menangisi supaya keadilan diberikan kepada Teoh, seorang pembantu politik semasa hayatnya. Kata-kata itu menyentuh perasaan kira-kira 100 orang yang hadir di majlis yang berlangsung tenang kira-kira sejam. Suasana diselebungi cahaya lilin dan semangat persaudaraan orang ramai untuk Teoh dan keluarganya.' Mereka melaungkan slogan seperti "keadilan untuk Teoh Beng Hock", "hentikan kekejaman" dan "reformasi". ~MK~ |
| Israel terbit animasi propaganda Mavi Marmara Posted: 16 Jul 2010 10:37 PM PDT Israel terpaksa mengeluarkan sebuah video animasi Mavi Marmara bagi menyebarkan propaganda mereka tentang kejadian serangan menurut kaca mata dan kehendak mereka.Laman web http://www.lifeline4gaza.org melaporkan, ini kerana rakaman video asli tidak seiring dengan pembohongan mereka. Video animasi yang dikeluarkan oleh Israeli Defense Forces (IDF) itu telah disebarkan melalui YouTube oleh @gangreentv. IDF menggunakan grafik komputer berteknologi tinggi bagi menunjukkan keadaan di atas kapal Mavi Marmara ketika pasukan komando melakukan serangan ke atas aktivis kemanusiaan di atas kapal tersebut. "Usaha sedang dijalankan untuk menterjemah sepenuhnya paparan video berbahasa Hebrew ini," laporan laman web itu dipetik. Anda boleh lihat Video Propaganda Mavi Marmara di blip.tv. ~harakah~ |
| Posted: 16 Jul 2010 10:36 PM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bangga dengan pencapaian Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana berjaya meningkatkan pendapatan RM2.24 juta berbanding perbelanjaan defisit tahun 2009 sebanyak RM15 juta.Ketika berucap di majlis pelancaran "Blue Print' Tranformasi sempena Hari Majlis Ke-36 di perkarangan Bangunan MPSP Bandar Perda pagi tadi, beliau turut mengalu-alukan usaha MPSP untuk meningkatkan kecekapan pengurusan dan kualiti perkhidmatan dengan mengatur satu inisiatif tranformasi semata-mata untuk memenuhi New Expectations Of The Public. "Bagi pihak kerajaan negeri peningkatan MPSP satu yang membanggakan. Di mana setakat 31 Disember 2009, jumlah keseluruhan pendapatan adalah sebanyak RM152.65 juta iaitu peningkatan 4.5 peratus manakala anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM150.81 juta iaitu peningkatan 5.12 peratus," jelasnya. Namun begitu, katanya kekangan kewangan masih ketara di MPSP, maka sebab itu kerajaan negeri menghulurkan pinjaman RM10 juta kepada MPSP yang menghadapi kerugian besar selepas kehilangan RM230 juta dalam tujuh tahun. Katanya, pinjamam RM10 juta itu bertujuan membeli lima buah lori sampah yang berharga RM1.3 juta, membeli lima buah lagi lori sampah dalam masa terdekat, sebuah 'tow truck', dua buah kenderaan 'special multi purpose' seumpama kereta bomba, sebuah sky lif dan sebuah kenderaan 'high pressure jet' untuk mencuci longkang dan parit. Segala usaha tranformasi itu, ujarnya sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan Pulau Pinang bertaraf 'international state' dengan misi 3P iaitu Perkasakan Rakyat, Perkuasakan Rakyat dan Perkayakan Rakyat. Menurutnya, memandangkan usaha sedang mengerakan kebersihan dan menghijaukan Pulau Pinang, maka menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk rakyat untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam semua program yang dianjurkan. "Rakyat juga tidak boleh lepas tangan usaha kebersihan dan menghijaukan Pulau Pinang sebaliknya kena mengambil bahagian membantu inisiatif MPSP," tegas beliau. Beliau menambah, cara yang paling mudah, rakyat jangan menggunakan 'polystyrene' sebagai bekas makanan sekaligus mengurangkan penggunaan beg plastik serta tidakmembuang sampah merata-rata sehingga menjadikan parit dan longkang tersumbat dan menyebabkan banjir kilat. Pada sambutan itu, berbagai program diadakan termasuk perasmian pasukan baru MPSP, anugerah sijil kepada gerai indah dan persembahan. ~harakah~ |
| Mufti Wilayah pertahan fatwa haram ESQ Posted: 16 Jul 2010 10:35 PM PDT Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh hari ini mempertahankan penwartaan fatwa berkenaan dengan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd yang menurut beliau mengandungi 10 perkara yang boleh merosakkan akidah. Dalam kenyataan tujuh muka surat untuk menjelaskan respons orang ramai berhubung penwartaan fatwa yang dikeluarkan pihaknya pada 17 Jun lepas, beliau berkata ia perlu dilihat dalam dua konteks iaitu, hukum syarak dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau Akta 505. Katanya, pengeluaran fatwa itu dibuat melalui proses ijtihad Mufti dan hukumnya wajib bagi seseorang Mufti berpegang dengan pendapatnya seperti yang disepakati kalangan ulama. Fatwa itu, katanya, dikeluarkan mengikut kuasa Mufti yang diperuntukkan dalam Perkara 33 Akta 505, dan tiada peruntukan dalam akta itu bahawa Mufti perlu menunggu keputusan daripada mana-mana pihak. Menyentuh tentang penyelarasan fatwa tersebut dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Wan Zahidi berkata banyak keputusan yang dibuat jawatankuasa berkenaan tidak diselaraskan di peringkat negeri walaupun keputusan dibuat secara konsensus. Beliau juga berkata fatwa itu adalah berdasarkan fakta-fakta daripada empat hasil kajian termasuk oleh Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) yang dimulakan pada ogos 2008 dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Katanya, huraian lanjut berhubung dengan 10 perkara yang boleh merosakkan akidah dalam modul kursus motivasi ESQ akan dibuat melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. ~Bernama~ |
| Topiaries Montreal Gardens Part 1 Posted: 16 Jul 2010 10:12 AM PDT |
| Posted: 16 Jul 2010 10:00 AM PDT DALAM PENJARA masa dihabiskan dalam bilik berukuran 8'X10' TEMPAT KERJA Masa dihabiskan dalam partition 6'X8' DALAM PENJARA dapat makan 3 kali - free TEMPAT KERJA dapat makan mungkin sekali dua tapi kena bayar sendiri DALAM PENJARA dapat time off jika berkelakuan baik TEMPAT KERJA dapat kerja lebih jika banyak bodek DALAM PENJARA pengawal akan kunci dan buka pintu untuk anda TEMPAT KERJA nak masuk sendiri mau buka la DALAM PENJARA boleh menonton TVatau main games TEMPAT KERJA awak akan dipecat jika asyik layan fesbuk DALAM PENJARA kaum keluarga dan sahabat boleh melawat TEMPAT KERJA sesiapa pun tidak dibenarkan melawat lebih2 lagi Ah Long DALAM PENJARA semua perbelanjaan ditanggung TEMPAT KERJA semua bil bayar sendiri. Dapat bonus bayar cukai kat kerajaan |
| Posted: 16 Jul 2010 09:51 AM PDT A famous French shipbuilder ship company and one of Monaco joined hands together to build this yacht with enormous dimensions: the WHY 58x38. (58meter long and 38 meter wide) After the first pictures of this project.The yacht, an area of 3400 m2 with seating for 12 passengers and 20 crew. This is a "green" yacht. Wally et Hermès use green energy to 20 to 30% fuel savings and 40 to 50% electricity consumption on board. Therefore there are 900 m2 equipped with solar panels, producing a daily output of 500 kW.equipment: Three decks, a 25 meter pool, a spa helicopterpad a 100m2 with hammam, sauna, gym and massage room, a promenade of 130 meter, a music room, a dining room, a cinema, sun decks, suites, terraces, a lounge, a bibi . The luxury is at the rendez-vous.The decks are connected by stairs but there is also an elevator. The suite of the owner (ie ikke !!!!!): With an area of 200m2 and completely covers the third deck. (This is the bedroom) The sea view is great and there is a private terrace of 25 meter long.A sea of light. The yacht has the shape of a horseshoe and has a roof so everything is bathed in a sea of light.The spacious lounge. On the lower deck are the common premises, such as lounge, piano bar and dining area.Dining Room The dining room opens onto the sea view.Suites for the guests For the guests, 5 suites with sea views (on the middendek). There is also a reading room equipped.![]() |
| Posted: 16 Jul 2010 09:42 AM PDT |
| Gangguan Seksual Kepada Lelaki Posted: 16 Jul 2010 09:33 AM PDT |
| Posted: 16 Jul 2010 03:18 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Wally et Hermès use green energy to 20 to 30% fuel savings and 40 to 50% electricity consumption on board. Therefore there are 900 m2 equipped with solar panels, producing a daily output of 500 kW.
Three decks, a 25 meter pool, a spa helicopterpad a 100m2 with hammam, sauna, gym and massage room, a promenade of 130 meter, a music room, a dining room, a cinema, sun decks, suites, terraces, a lounge, a bibi . The luxury is at the rendez-vous.
With an area of 200m2 and completely covers the third deck. (This is the bedroom) The sea view is great and there is a private terrace of 25 meter long.
The yacht has the shape of a horseshoe and has a roof so everything is bathed in a sea of light.
On the lower deck are the common premises, such as lounge, piano bar and dining area.
The dining room opens onto the sea view.
For the guests, 5 suites with sea views (on the middendek). There is also a reading room equipped.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan