Isnin, 26 Julai 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Gambar Petang Isnin: Sakit Angau .....?

Posted: 26 Jul 2010 03:31 AM PDT

Soal: Sakit apa tu Ahli Nujum Negara ...?
Jawab: Sakit Angau ...!

Kah kah kaahhh di sini.

Tun Siti Tak Menyibuk - Dr Asri

Posted: 26 Jul 2010 03:18 AM PDT

"Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah saya lihat ketika beliau memakai telekung untuk solat.

Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN). Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. Masya-Allah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah arwah nenek saya.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara, khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah.

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi."

Sepenuhnya di sini.

Detik 2, 26 Julai 2010

Posted: 26 Jul 2010 12:55 AM PDT

...... dakwaan ‘cinta’ Saiful, ......

Posted: 26 Jul 2010 12:43 AM PDT

"KUALA LUMPUR, 26 JULAI — Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak respons Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan Raja Petra Kamaruddin bahawa salah seorang timbalan pendakwa raya wanita menjalin hubungan "romantik" dengan saksi utama kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Raja Petra baru-baru ini menulis Saiful yang mendakwa Anwar meliwatnya "bercinta" dengan timbalan pendakwa raya.

Peguam pasukan pembela Sankara Nair berkata, Peguam Negara atau pasukan pendakwaan belum memberi respons kepada dakwaan Raja Petra sambil menekankan ia boleh menjejaskan prosiding kes ini yang dijadual untuk disambung 2 Ogos ini."

Sepenuhnya di sini.

Lemah Longlai .......

Posted: 25 Jul 2010 09:20 PM PDT

"KUALA LUMPUR, 26 Julai: Kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus ke negara ini menghilangkan kelayakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Merudumnya pelaburan asing itu menunjukkan betapa buruknya tahap pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, katanya."

Sepenuhnya di sini.

"Lesu dan memalukan. Ekonomi yang dahulunya antara yang terpaling rancak di rantau Asia kini selemah negara-negara miskin Asia Tenggara.

Malaysia yang dikemudi Perdana Menteri Najib Abdul Razak tidak ubah seperti hidup segan mati tak mahu. Pelaburan asing negara corot berbanding Filipina, Thailand, Indonesia dan Singapura, bahkan juga negara komunis Vietnam.

Berdasarkan kepada laporan pelaburan dunia 2010 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diterbitkan baru-baru ini, Malaysia sekadar mampu bersaing dengan negara-negara dunia ketiga dan keempat seperti Kemboja, Myanmar, Laos dan Timor-Leste."

Sepenuhnya di sini.

Tiada ulasan: