Anak Sungai Derhaka |
- Siri Pengkhianatan UMNO terhadap Melayu
- Eh? Perli Rosmah ka ni?
- Laporan Utusan Berniat Jahat!
- 'Perpaduan Melayu' benteng terakhir UMNO?
- 3.5Juta Euro dituang kelantai begitu sahaja..
- Raja Petra punya pasal.. Pasukan pendakwa kes Anwar bercempera
- Guang Eng saman Utusan, SDO
- Ezam Mohd Noor Meludah ke langit..
- Ada Pegawai sabotaj Kerajaan Kedah?
| Siri Pengkhianatan UMNO terhadap Melayu Posted: 26 Jul 2010 06:04 AM PDT Oleh : Teratailiar "Kami adalah bangsa Arab sebelum menjadi orang-orang Islam dan Muhammad adalah seorang Arab sebelum dia menjadi seorang Rasul. Kami adalah Arab sebelum Musa, Muhammad, Jesus dan Ibrahim." Amir Faisal, anak kepada Sarif Hussein, dalang penentang Khalifah Othmaniyah Turki ************************************************************************************* "Sebelum Austria wujud, kita sudah pun wujud dan apabila Austria tidak wujud lagi kita akan terus juga wujud." The Idea of The Austria State, Frantisek Palacky ************************************************************************************* Berbicara tentang perpaduan Melayu (Islam?) memang membosankan. Sudah berkali-kali diajar masih tidak mengerti. Burung kakak tua sekalipun mungkin sudah boleh menghafali apa yang diajar tuannya. Tapi adat bercakap dengan Orang Kuat Umno, IQnya barang kali bawah 80. Jika di US, dengan tahap pemikiran begini nak masuk sekolah rendah pun tak layak. Kena masuk sekolah khas.Tidak ada apa-apa istimewanya dengan Melayu. Yang memperkuatkannya hanyalah Islam. Kerajaan Melayu Melaka pun kuat bukan kerana bangsanya. Setelah bergaul dengan pedagang2 Muslim dari Arab dan India, dan selepas rajanya memeluk Islam, barulah tersirna kehebatan kuasa Melayu sebagai sebuah Empayar. Apalah sangat jika kita meniru apa yang telah diucapkan oleh Amir Faisal seperti di atas. Atas nama nasionalisme Arab, bapanya, Sarif Hussein , telah membayar harga yang cukup tinggi untuk dibayar oleh umat Islam seluruh dunia hingga kini -kejatuhan Empayar Islam Turki. Itu pun bukan kerana kebijaksanaannya mempelopori idea baru. Sebenarnya, kata-kata ini pernah diulang hampir 80 tahun sebelumnya di Eropah menjelang Revolusi 1948. Lajos Kossuth misalnya, ahli politik juga seorang peguam mengutarakan kesatuan bangsa Magyar untuk membebaskan Hungary dari Austria. Dalam masa yang hampir sama, apabila Frantisek Palacky, nasionalis Chezc yang berjuang untuk kebangsaan Slav di Bohemia dan Moravia gagal mencapai cita-citanya, tiba-tiba nadanya bertukar menjadi pemuja yang lebih Austrian dari Austria. Begitu mudahnya seorang pejuang bangsa bertukar watak. Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu. Sengaja saya selang selikan dengan tulisan yang dihitamkan supaya tidak berpinar mata dek panjangnya senarai ini: 1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999? 2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama? 3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan? 4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan? 5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997? 6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji? 7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB? 8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000. 9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi? 10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT? 11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu? 12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen? 13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an? 14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu? 15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999? 16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa? 17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%? 18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2? 19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar? 20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2? 21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter? 22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA? 23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang? 24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2? 25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist? 26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu? 27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu? 28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan? 29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini? 30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)? Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen. Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila. Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi GILA BABI!!! Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahu Belajar sejarah Umno beri alasan Belajar kitab pun Umno tak mahu |
| Posted: 26 Jul 2010 03:10 AM PDT Seorang pemimpin memerlukan isteri yang 'tidak menyibuk' seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Tun Siti tak menyibuk Oleh : Dr. Maza Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah saya lihat ketika beliau memakai telekung untuk solat. Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara, khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah. Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi 'menteri tambahan'. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: "Ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan". Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall. Benci pemimpin 'pasal bini dia' Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, sama ada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap 'busy body' bagi negara ini ketika beliau menjadi perdana menteri. Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat. Begitu lama Tun Mahathir di tampuk kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita 'kegarangannya' kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkak, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia. Seorang pemimpin memerlukan isteri yang 'tidak menyibuk' seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin 'pasal bini dia'. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu! Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya. Tun Dr Siti Hasmah, tahniah! |
| Posted: 26 Jul 2010 02:29 AM PDT Kenyataan Media Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 26.7.2010 Ketua Setiausaha Negara(KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan Telah Makan Fitnah SDO Nik Ali Bahawa Saya Marah Kerana Tidak Diberikan Tempat Duduk Bila Ia Tidak Dibangkitkan Oleh Saya. Saya telah melantik Ahli Parlimen Bukit Glugor dan Pengerusi Kebangsaan DAP YB Karpal Singh untuk saman malu Utusan Malaysia(UM) atas lapuran palsu yang disiarkan oleh UM pada 23 Julai dan diulangi pada 24 Julai. UM dengan jahatnya menyatakan bahawa saya marah dengan Pegawai Kemajuan Negeri(SDO) Nik Ali Mat Yunus kerana mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa Majlis Naik Taraf Perkhidmatan Bukit Bendera pada 20 Oktober 2009. Ini adalah satu kenyataan palsu dan pembohongan oleh UM. Perkara tidak dapat tempat duduk ini tidak dibangkitkan oleh saya semasa mengkritik Nik Ali minggu lepas. Sebaliknya ia dibangkitkan sendiri oleh Nik Ali semata-mata untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang kegagalan Nik Ali menjalankan tugas dengan cekap dan profesyenal dalam tiga isu berikut:- 1) Keengganan Nik Ali menghormati prinsip akauntabiliti dengan menjawab kehilangan RM150,000 daripada pembinaan pintu gerbang condong di Taman Kebun Bunga (Penang Botanical Garden) yang kemudiannya terpaksa dirobohkan. 2) Menjawab isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian bermula sejak tahun 2002. 3) Tidak menghormati kerajaan negeri dengan projek-projek Kerajaan Persekutuan dijalankan tanpa memohon kebenaran daripada Majlis Kerajaan Tempatan. Aduan awam tentang impak negatif kerja pembinaan tidak diambil peduli langsung. Oleh kerana kegagalan menangani ketiga isu, saya terpaksa membongkarkan sikap Nik Ali sebagai "Little Napoleon". Adalah dikesali Tan Sri Ketua Setiausaha Negara bersedia untuk menyokong Nik Ali menggunakan perkataan kesat seperti 'biadap' dan 'dayus' terhadap Ketua Menteri dalam sidang akhbar yang dianjurkan ADUN-ADUN UMNO. Sebelum ini saya telah cuba membuat temujanji dengan Tan Sri KSN di pejabatnya di Putra Jaya, malangnya Tan Sri KSN telah membatalkannya pada saat terakhir sungguhpun saya sudah berada di Kuala Lumpur. Tan Sri KSN tidak memberikan sebab pembatalannya pada saat terakhir atau menetapkan tarikh baru untuk berjumpa. Jelas sekali Tan Sri KSN telah makan fitnah Nik Ali bahawa saya marah Nik Ali kerana tidak diberikan tempat duduk sungguhpun ia tidak dibangkitkan oleh saya. Saya juga kesal MCA dan Gerakan kini kuat membantu UMNO membela Little Napoleon dan mengecam saya tanpa mengambilkira pandangan rakyat Malaysia yang tolak budaya Little Napoleon yang tidak sihat ini. Naib Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi bercakap benar bila menyatakan MCA dan Gerakan hanya tumpang dekat UMNO semata-mata untuk memegang jawatan kerajaan tinggi. MCA dan Gerakan tidak berani meminta Datuk Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kenyataannya tetapi berani mengecam saya dan membela Little Napoleon. Terpulang kepada rakyat untuk menilai siapa yang betul berdasarkan fakta dan kebenaran. |
| 'Perpaduan Melayu' benteng terakhir UMNO? Posted: 26 Jul 2010 01:54 AM PDT Hentikan kezaliman, tegakkan keadilan: Penyelesai isu perpaduan Melayu, Islam — Dr Muhd Nur Manuty Untuk kesekian kalinya, isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh Umno lagi. Parti yang bernafas lama hasil luapan sentimen perkauman ini amat menyedari bahawa kedudukan politiknya adalah semakin terdesak dan terancam. Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Ini dilakukan selepas gagal menggunakan fitnah "liwat", membeli wakil-wakil rakyat PR dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu, agen Yahudi, CIA dan Amerika Syarikat serta berbagai tuduhan lagi. Dalam masa yang sama media penyampai maklumat kepada rakyat cuba disekat dengan harapan "psywar" yang dilancar ini menjadi. Sebenarnya, perpaduan yang dijaja ini hanyalah untuk menyelamatkan politik Umno itu sendiri. Umno ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu. Ia diakibatkan oleh segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka sendiri. Segala khazanah negara sedang di "faraid" sesama sendiri dengan pelbagai cara. Tabung simpanan felda susut teruk dan yang terbaru ini harta Petronas pula sedang dikeringkan. Seluruh instrumen pentadbiran negara telah dikembirikan demi menjaga survival Umno. Ekonomi negara sedang menguncup dan para pelabur semakin menjarak diri dari kita. Kehidupan rakyat semakin tertekan dan tersepit. Kita semakin bimbang bagaimana nanti rakyat miskin di bandar-bandar dan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak dapat meneruskan kehidupan mereka yang sudahpun sengsara sekian lama. Menyedari rakyat semakin meminggirkannya, Umno melagang isu perpaduan Melayu. Hakikatnya, pelbagai agenda perpaduan politik Melayu telahpun dicuba sebelum ini. Namun, semuanya berakhir dengan kegagalan. Paling jelas, gabungan PAS dan Umno di dalam Barisan Nasional pada tahun 1971 berkesudahan PAS di tendang keluar dari BN. Kegagalan ini mencetuskan percubaan bentuk baru oleh Anwar Ibrahim, apabila beliau dan rakan-rakannya dari ABIM berijtihad untuk aktif dalam Umno. Ia berakhir dengan satu kemelut besar yang paling menyayat hati dalam sejarah politik Melayu Islam. Beliau disingkir dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno secara cukup hina dan mengaibkan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Melayu seorang pemimpin hebatnya dijatuhkan dengan fitnah "liwat" seperti ini. Begitu pelik dan luarbiasa, namun ia boleh berlaku di dalam budaya politik Umno. Jelaslah, perpecahan politik Melayu tetap berlaku meskipun para pemimpinnya berada dalam wadah yang sama, sama ada Umno atau BN. Lupakah kita dengan peristiwa pembunuhan Allahyarham Datuk Mohd Taha di Gemencheh Negeri Sembilan? Apakah kita lupa dengan pergolakan politik di antara Team A dan B di dalam Umno hingga menyebabkan Umno di bubarkan pada tahun 1987 dan kemudiannya mengakibatkan tertubuhnya Umno Baru dan Parti Semangat 46? Meskipun kemudiannya Parti Semangat 46 dibubarkan dan kembali bergabung di dalam Umno, namun isu perpaduan Melayu tidak juga berkesudahan. Malah, penggabungan Semangat 46 ke dalam Umno seakan-akan sengaja dirancang sebagai persediaan untuk mencipta krisis baru politik Melayu dengan peristiwa penyingkiran DSAI dari Umno beberapa kemudiannya. Bagaimana mungkin Umno mengemudi perpaduan Melayu sedangkan perpaduan itu tidak wujud dalam tubuh badannya sendiri? Umno kini adalah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Umno umpama sebuah bangunan yang kelihatan besar dan hebat, sedangkan segala tiang, rasuk dan gelegarnya telahpun hancur luluh dimakan bubuk dan anai-anai. Ia bakal runtuh bila-bila masa sahaja. Dengan pelbagai perkembangan mutakhir yang berlaku, kita meramalkan satu krisis baru yang amat menggemparkan akan berlaku di dalam kepimpinan Umno tidak berapa lama lagi. Percayalah! Perjuangan para pemimpin Umno bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat. Asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati. Maka, amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa. Dana dan sumber negara di mana jua akan diperah dan khianati semahunya. Maka judi sukan yang jelas haram menjadi halal demi memperkayakan mereka yang sudah kaya dan menjadikan rakyat yang miskin semakin papa kedana. Hakikatnya, perpaduan sejati apa jua kelompok tidak akan wujud apabila tiadanya nilai-nilai teras yang merealitikan perpaduan itu iaitu keikhlasan, kejujuran dan keadilan serta saling menjaga rukun dan adab dalam muamalah dan perhubungan. Inilah yang dapat kita fahami dari firman Allah yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai….." (Ali-Imran: 103) Isu perpaduan Melayu dan survival Islam di Malaysia ini tidak akan dapat diselesaikan jika kita masih melihatnya melalui teropong Umno dan para kuncunya. Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini. Suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada. Wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam. Ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama berasaskan kebenaran dan keadilan. Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah. Barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan. Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat. Perkara ini sedang menjadi kenyataan. Masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam di dalam pilihanraya, selepas sekian lama, Umno telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka. Perkembangan inilah yang amat menggerunkan Umno sekarang ini, lantas menjadikan slogan perpaduan Melayu sebagai gendang perang terakhir sebelum terus tumbang di telan gelombang rakyat yang menuntut keadilan. * Dr Muhd Nur Manuty ialah Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Parti KeADILan Rakyat. |
| 3.5Juta Euro dituang kelantai begitu sahaja.. Posted: 26 Jul 2010 12:11 AM PDT Jutawan yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga ahli politik Malaysia yang berpengaruh, Taek Jho Low dilaporkan telah membelanjakan 3.5 Juta Euro hanya untuk membeli dan menuang kelantai keseluruhan stok wine berjenama 'Crystal' di Paris. 3.5Juta Euro dituang kelantai begitu sahaja.. Dalam bijak bodoh juga lelaki ini.. sanggup menghabiskan jutaan ringgit demi memuaskan hati kekasihnya Paris Hilton… (mrpaparazzi.com)Taek Jho Low spent a whopping 3.5 million Euros on buying gigantic bottles of Crystal for Paris and her champagne guzzling friends – which they then promptly poured all over themselves. Obviously (why, what else are you supposed to do with it?) After her escapades the other day, we thought that Paris Hilton had already had more champagne poured all over her than one person could possibly handle in a lifetime – but apparently not so. During a night in St.Tropez earlier this week the socialite's uber rich pal Taek Jho Low – who she's recently been travelling with – spent a whopping 3.5 million Euros on buying gigantic bottles of Crystal for Paris and her champagne guzzling friends – which they then promptly poured all over themselves. Obviously (why, what else are you supposed to do with it?) Apparently the Malaysian tycoon decided to splash out on the ridiculous lavish gift for the reality star after the socialite had come face-to-face with her ex Doug Reindhart who was in the same club as them. According to club revellers Doug tried to compete with Jho Lo by buying four gigantic bottles of Crystal but that was no match for the Malaysian businessman who then went onto buy the club's entire supply of bubbly. Let that be a lesson to you – never ever start a champagne war with Paris Hilton because she will win… |
| Raja Petra punya pasal.. Pasukan pendakwa kes Anwar bercempera Posted: 25 Jul 2010 11:41 PM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 26 Julai: Pasukan pendakwa kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bercempera ekoran dakwaan blogger Raja Petra Kamarudin, salah seorang anggota perempuannya mempunyai hubungan intim dengan saksi utama dan pihak yang mendakwa, Mohd Saiful Bukhari. Ketua pasukan pendakwa itu, Solicitor-General 2 Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun belum dapat mengesahkan samada ada timbalan pendakwaraya wanita itu akan digugurkan atau tidak dari pasukan itu."Saya tidak boleh beritahu apa-apa sekarang, saya akan bincang dengan pasukan saya dan lihatlah nanti pada 2 Ogos sama ada dia masih dalam pasukan ini atau tidak," kata Mohd Yusof sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah laman web. Sementara itu, peguam Anwar, Sankaran Nair berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan Raja Petra itu. "Kita akan hantar surat kepada pejabat AG hari ini, petang nanti mereka akan dapatlah surat itu," kata Sankaran. Pihaknya akan menunggu jawapan rasmi dari pejabat Peguam Negara sebelum membuat apa-apa tindakan yang sesuai. Bagi beliau, jika benar dakwaan Raja Petra ini, ia merupakan satu yang sangat buruk dan ia akan menjadi lagi buruk kalau ia dibiarkan tanpa penjelasan yang wajar. "Ini akan memberikan implikasi yang serius terhadap perbicaraan ini. Kami mahu Peguam Negara mengesahkan atau menafikan dakwaan ini. Kamar Peguam Negara perlu tidak berpihak dalam hal ini kerana Saiful adalah pihak yang membuat aduan dan saksi utama pendakwa," kata Sankara. Raja Petra dalam blognya mendakwa Saiful mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang anggota wanita pasukan pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemimpin kanan PKR, Peguam Sivarasa Rasiah mendakwa, beliau ada maklumat mengenai tuduhan ini. Saiful sebelum ini membuat laporan polis diliwat oleh Anwar dan ekoran itu Anwar didakwa oleh pasukan pendakwa yang diketuai Yusof di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Mohd Yusof mendakwa peranan timbalan pendakwaraya wanita itu hanya minima sahaja kerana dia tidak termasuk secara rasmi dalam pasukan pendakwaan beliau. Wanita itu hanya dibawa masuk untuk membantu mengumpulkan data dan mengambil nota semasa perbicaraan kerana salah seorang anggota pendakwaan telah meninggalkan pasukan itu. "Jadi, saya tidak boleh kata dia digugurkan dari pasukan ini, kerana dia bukan anggota pasukan ini sebenarnya, bukan macam (DPP) Noorin (Badaruddin), atau Wong (Chiang Kiat), atau saya. Dia dibawa untuk membantu tetapi sekarang kita sekurang-kurangnya ada tiga peguam yang boleh menyusun, dan kadang-kadang Noorin juga mengambil nota. "Selain itu, dia (wanita yang dikaitkan) juga adalah pendakwaraya, peguam. Dia juga ada kes yang kena kendali. Jika kita putuskan tidak masukkan dia dalam pasukan kita bulan depan, ini kerana kita boleh kendalikan kes ini tanpa dia...juga kerana dia ada kes lain yang perlu diuruskan," kata Mohd Yusof. Harakah Daily |
| Posted: 25 Jul 2010 10:15 PM PDT Lim Guan Eng akan memfailkan saman malu terhadap Utusan Malaysia atas laporan berhubung pertikaian di antara ketua menteri Pulau Pinang itu dengan seorang pegawai kemajuan negeri (SDO) Nik Ali Mat Yunus. Sehubungan itu, Lim melantik Karpal Singh yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor untuk mewakilinya dalam tindakan saman malu bagi dua laporan yang disiarkan Utusan Malaysia pada 23 dan 24 Julai lalu.Karpal dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan laporan tersebut sebagai satu "kenyataan palsu dan pembohongan." Utusan Malaysia dalam laporan itu menggambarkan bahawa ketua menteri itulah sebenarnya yang menipu -- dengan menyiarkan satu foto yang menunjukkan Lim duduk di sebelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nor Mohamed Yaacob di kerusi kenamaan di majlis tersebut. Namun, Karpal berkata dakwaan bahawa Lim telah menggunakan perkataan "lidah biawak" dalam itu juga merupakan satu penipuan kerana isu berkaitan penyediaan kerusi itu tidak disebut oleh Lim, tetapi sengaja ditimbulkan oleh Nik Ali "(Laporan itu) menyatakan bahawa Lim telah menggelarkan pegawai kemajuan negeri Nik Ali Mat Yunus dengan panggilan biadap kerana mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa Majlis Naik Taraf Perkhidmatan Bukit Bendera pada 20 Oktober, 2009. "Perkara tidak dapat tempat duduk ini tidak dibangkitkan oleh Lim. Sebaliknya ia dibangkitkan sendiri oleh Nik Ali, semata-mata untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang kegagalan Nik Ali menjalankan tugas dengan cekap dan profesional," kata Karpal. Ingatkan tentang banglo sewa Jelasnya, isu yang cuba dielakkan oleh Nik Ali ialah berkaitan "kehilangan RM150,000" berpunca daripada pembinaan satu pintu gerbang di Taman Botani yang akhirnya dirobohkan. Karpal berkata, Nik Ali juga ingin mengalihkan perhatian daripada isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau dengan menimbulkan isu penyediaan kerusi. "Isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian bermula sejak tahun 2002," katanya. Katanya lagi, Nik Ali juga bertindak tanpa menghormati kerajaan negeri apabila menjalankan projek kerajaan persekutuan tanpa memohon kebenaran daripada majlis kerajaan tempatan. "Oleh kerana kegagalan menangani ketiga-tiga isu tersebut, Lim telah menyelar Nik Ali sebagai 'little napoleon' dan kesal (apabila) ketua setiausaha negeara bersedia menyokong Nik Ali (dengan) menggunakan perkataan kesat seperti 'biadap' dan 'dayus' terhadap ketua menteri dalam sidang akhbar yang dianjurkan ADUN Umno," katanya lagi. Karpal turut memberi ingatan kepada Nik Ali yang menikmati kadar sewa bagi banglo kerajaan negeri 10 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Namun, Karpal tidak menjelaskan sama ada kemudahan tersebut akan ditarik balik oleh Lim. Malaysiakini |
| Ezam Mohd Noor Meludah ke langit.. Posted: 25 Jul 2010 07:58 PM PDT Sahabat saya memiliki 2 ekor anjing yang setia. Anjing yang akan menggigit sesiapa sahaja yang akan mengancam tuannya. Anjing yang akan menjilat kaki tuannya. Namun disebabkan seeokor anjing cemburu apabila tuan lebih memberi perhatian kepada anjing yang lain. Anjing ini keluar mencari tuan baharu dan bersumpah akan kembali menggigit dan menyalak bekas tuannya yang pernah beri makan dan tidur selama bertahun – tahun lamanya span> Ezam Mohd Noor : Meludah ke langit jatuh ke muka sendiri Anda dipilih untuk mengetuai pasukan dan agenda mengembalikan Selangor dan dalam ceramah terbaharu anda di Pelabuhan Klang anda sendiri mengelar diri sendiri sebagai bekas Jeneral Anwar Ibrahim. Maknanya anda bukan calang – calang orangnya dan orang yang sangat berpengaruh dalam Parti Keadilan Rakyat suatu ketika dahulu. Setahu saya semasa anda berkuasa sebagai Jeneral dalam Parti Keadilan Rakyat anda pernah berdepan dengan 2 pilihan raya umum dan Selangor gagal dirampas dua kali semasa anda merupakan seorang Jeneral perang seperti yang diistihar oleh anda sendiri. Selangor hanya berjaya dirampas oleh Parti Keadilan Rakyat ketika anda keluar daripada Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2007. Anda kuat menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai agen Yahudi namun pada masa yang sama anda pernah berjuang untuk Anwar yang dikatakan sebagai agen Yahudi selama 10 tahun. Jika benar sekalipun tuduhan kamu maka anda sendiri sudah bersetuju anda pernah mempertahankan seorang agen Yahudi selama satu dekad. Apatah lagi kata anda sendiri bahawa anda pernah menjadi Jeneralnya. Anda sebenarnya bersuhabat dalam perjuangan Yahudi. Rakyat Malaysia mula pelik dengan cara politik baharu yang cuba dibawa anda ke dunia politik. Sering kali setelah anda meninggalkan Parti Keadilan Rakyat anda sudah mula dengan politik sumpah. Sama ada kamu sendiri bersumpah atas banyak kenyataan politik anda dalam banyak ceramah politik seolah –olah anda tahu rakyat sudah hilang kepercayaan kepada anda atau seolah – olah anda rasa Umno masih ragu – ragu akan keikhlasan kamu disamping mencabar orang tertentu untuk bersumpah atas ini dan itu. Jangan sesekali timbulkan politik sumpah di Malaysia kerana jika asyik sahaja guna nama sumpah nanti sumpah itu sudah tidak akan menjadi laku. Saya masih ingat seorang Jeneral tersohor juga pernah bersumpah tidak akan meninggalkan perjuangan PKR. Nasihat saya jangan sesekali libatkan Tuhan dan Agama dalam politik. Jika blog anda pada May 28 bertajuk Anwar dan Wan Azizah jangan heret orang lain artikel ini pula menuntut Ezam jangan heret Tuhan dan Agama dalam politik. Strategi anda mengembalikan Selangor juga hanya sekadar bayangan dan cerminan anda sendiri. Program di Shah Alam anda membandingkan sikap Anwar melalui ucapannya semasa masih menjadi timbalan perdana menteri dan selepas menjadi penasihat PKR - parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Satu soalan ringkas dan mudah. Bagaimana pula dengan ceramah Ezam semasa menjadi orang kuat Anwar dan selepas keluar daripada PKR ? Penegasan anda berkali – kali mengatakan masuk Umno bukan kerana wang yang menjadi tanda Tanya orang ramai. Hal ini disebabkan siapa yang pernah mengatakan anda masuk Umno kerana wang ? Seolah – olah dalam minda anda sendiri yang berkonflik dengan anda sendiri. Minda anda sendiri yang kata anda masuk Umno kerana wang dan diri kamu pula terus menjawab anda masuk bukan kerana wang. Percanggahan anda pula seteruk – teruknya insan bergelar Dato Seri Anwar Ibrahim dan pada masa yang sama pula sehebat – hebatnya bagaimana anda pernah mempertahankan , berjuang dan menyelamatkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Seolah – olah andalah punca kepada pembebasan seorang politikus yang teruk di Malaysia? Dalam situasi ini kita hendak salahkan Anwar atau Ezam Mohd Noor ? Saya mula mempersoalkan kredibiliti dan strategi anda dalam merampas Selangor kembali. Segala strategi anda menjurus kepada menjejaskan kredibiliti Anwar seolah – olah seluruh rakyat Selangor mengundi Pakatan Rakyat adalah disebabkan faktor Dato Seri Anwar Ibrahim semata – mata. Dalam politik 'good or bad news is still a good publisiti in different way'. Anda hanya membuatkan masyarakat tidak dapat melupakan Anwar dan populariti Anwar semakin meningkat. Anda juga memberi gambaran seolah – olah betapa hebat dan agungnya Anwar sampai jika kredibilitinya terjejas maka Selangor akan mampu dirampas. Jika anda adalah seorang Jeneral maka saya pula hanya sekadar seorang hamba biasa. Kita biar rakyat bandingkan strategi kita. 1.Risalah vs Ceramah Jika anda seorang ahli perniagaan hari ini maka andalah seorang peniaga yang tidak mengkaji pasaran dan memahami pelanggan anda dengan baik. Ceramah anda di Shah Alam sekitar 250 orang. Di Klang pula sekitar 500 orang. Jika tolak penyokong Umno dan Pro BN rasa angka kurang daripada 50. Keadaan ini cukup jauh berbeza ketika anda berada dalam PKR. Anda gagal memahami rakyat dan masyarakat sememangnya sudah memiliki trend tidak mahu untuk menghadiri ceramah BN kerana ceramah BN sudah ada penjenamaan 'boring' secara semula jadi. Jika tidak 'boring' sekali pun persepsi ini sudah sukar untuk diubah hakikatnya dalam sekelip mata. Kita kena tahu dalam politik ada yang melihat. Ada yang mendengar. Ada yang membaca. Ada pula yang merasainya. Jika orang sudah tidak berminat untuk mendengar maka guna strategi untuk orang membaca. Anda sepatutnya mencari 'lautan biru' dalam strategi politik. Bukannya lautan merah yang semangnya sah – sah pasaran ceramah dan dengar bukan milik Barisan Nasional biarpun seorang Jeneral berpidato. Jika segala serangan kamu berada dalam bentuk risalah maka orang boleh membacanya dan ada juga boleh menyimpannya. Ceramah 50 orang tahu. Risalah ratusan ribu orang tahu. Biar tuduhan benar atau tidak bukan satu isu dalam politik. 2.Tanam Penyokong Kamu Dalam PKR Vs Tarik Penyokong Kamu Dalam PKR Anda dengan bangganya dapat menarik orang – orang kamu ke dalam Umno. Strategi dan pandangan politik anda amat berpandangan cetek dan singkat. Umno tidak memerlukan ahli yang ramai untuk menang dalam pilihan raya. DAP yang berbekalkan 70 ribu ahli mampu mendapat undi ratusan ribu lebih daripada ahli mereka. Anda sepatutnya sedar bilangan ahli dalam sesebuah parti tidak melambangkan bilangan undi dalam realiti politik semasa. Jika penyokong kamu berada dalam PKR maka secara diam dan tersirat bom yang ditanam itu akan dirangka untuk meletup bila diperlukan. 3.Strategi Saya Serang Anwar vs Strategi Kamu Serang Anwar Kamu menyerang Anwar sebagai pengkhianat Melayu. Agen Yahudi dan sebagainya. Strategi kamu memilih untuk menjatuhkan Anwar mungkin tepat tapi senjata yang kamu pilih untuk serang adalah sia – sia semata – mata. Mengapa? Anwar pada hari ini lebih popular dalam kalangan Melayu atau bukan Melayu ? Undi dan sokongan Melayu atau Cina yang sebenarnya semakin meningkat terhadap Anwar dari sehari ke sehari ? Jika undi Cina semakin banyak maka serangan anda Anwar pengkhianat Melayu akan meningkatkan undi Cina dan sebagai seorang politikus yang sudah lama anda sudah sedar akan realiti Anwar sudah ada kelompak Melayu yang memang akan tetap berpihak padanya. Pengurangan 10 peratus undi Melayu dan peningkatan 60 peratus undi bukan Melayu akan menempatkan Anwar ke Putrajaya tidak lama lagi jika anda kekal sebagai strategis yang tidak pernah hebat. Anda sepatutnya pilih untuk menyerang Anwar sebagai pengkhianat kepada bukan Melayu. Mengapa? Sebab sudah ramai ahli Umno , Perkasa dan pemimpin Melayu yang sudah menyerang Anwar dari sudut ini. Anda sepatutnya mencari kelainan. Biar Anwar diserang daripada 2 sudut yang berbeza. Anwar boleh sahaja diserang apabila 100 peratus Ketua Perhubungan Negeri dan Setiausaha Negeri PKR adalah Melayu. 80 peratus Timbalan Pengerusi 1 juga adalah Melayu. Dan Selangor satu – satunya negeri pemerintahan PKR pun tiada jawatan Timbalan Menteri Besar kepada bukan Melayu. Oleh itu , mana logiknya Anwar akan beri jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Cina ? Biar sokongan bukan Melayu Anwar terjejas . Sebenarnya bagi lagi isu bukan Melayu Anwar yang boleh dimainkan. Percaturan anda bukan checkmate lawan anda keluar daripada Putrajaya tetapi checkmate lawan anda ke Putrajaya. 4.Penjenamaan Pakatan Rakyat VS Penjenamaan Anwar Fokus anda sepatutnya menjurus kepada melemahkan Pakatan Rakyat dan bukannya melemahkan Anwar. Penjenamaan Anwar pengkhianat Melayu dan agen Yahudi hanya sekelompak dalam bangsa dan agama tertentu yang akan membeli political branding ini. Yang lain bukan sahaja tidak kisah malahan mungkin juga lebih menyokong. Jika DAP political branding yang diberi oleh Umno adalah Pro Cina. PAS Islam ekstrem. PKR alat Anwar. Barisan Nasional Rasuah. MCA dan MIC anjing Umno. Maka sehingga kini tiada political branding untuk menjejaskan kredibiliti Pakatan Rakyat ? Yang ada hanya sekadar pakatan ini tidak akan kekal lama. Pakatan ini bermasalah. Pakatan ini memiliki ideologi yang berbeza. Kesemua ini bukannya political branding. Isu dan penjenamaan politik adalah 2 perkara yang berbeza. Pakatan Rakyat boleh dijenamkan sebagai Penipu dan Hiprokrit dan banyak lagi peluru , senjata dan isu yang boleh dibangkitkan untuk menjayakan penjenamaan politik ini sehingga satu masa tertanam dalam minda masyarakat. 5.Jejaskan PAS dan DAP vs PKR Anda pernah berada dalam PKR. Anda tahu calon dan kredibiliti setiap calon PKR. Anda tahu masalah dalaman PKR. Anda tahu segala kelemahan PKR. Anda tahu kelemahan jentera PKR dan segala – galanya berkaitan PKR dan sebagai seorang politikus berpengalam sepatutnya sudah boleh meramalkan jika dalam PR 13 antara PAS , DAP dan PKR yang paling tidak stabil undi calon , kawasan , kelemahan dan isunya di Selangor sepatutnya PKR. DAP pula kebal dan menjadi semakin kuat. PAS pula semakin kukuh dan berpengaruh di Selangor. Tepuklah dada dan tanyalah selera adakah anda sudah silap menembak lawan yang sememangnya jika tidak tembak pun lama kelamaan akan mati secara semula jadi? 6.Pemilihan Isu Setempat vs Pemilihan Isu Tiada Sempadan Ada kalanya saya tertanya adakah anda produk Anwar? Anwar seorang strategis maha bijak. Ceramahnya di kawasan berbeza maka intinya juga berbeza mengikut keperluan pasaran di sesuatu tempat. Sebab itu Anwar popular dalam kalangan Melayu dan bukan Melayu. Anda bawa isu agama Islam , perjuangan Melayu dan Israel di hampir setiap ceramah kamu di merata – rata tempat , negeri dan kawasan. Isu ini mungkin tepat di negeri seperti di Kedah , Kelantan , Terengganu dan beberapa tempat yang sesuai. Di Kuala Lumpur , Selangor dan Bandar besar bawa isu sebegini yang majoritinya sama ada Melayu Bandar atau majoritinya bukan Melayu. Jika isu ini kekal di Selangor anda hanya membantu memenangkan Pakatan Rakyat. Saya hanya memilih untuk mengemukakan perbezaan 6 strategi walaupun beratus lagi yang boleh ditimbulkan. Hanya sekadar 6 untuk menunjukkan mengapa dan bagaimana anda boleh menjadi seorang Jeneral perang PKR yang gagal suatu ketika dahulu dan bakal gagal tidak lama lagi bersama BN. Ada kalanya kita tidak memerlukan seorang Jeneral untuk melawan seorang Jeneral. Jeneral tertentu seperti anda ada kalanya hamba dan askar biasa juga mampu untuk berdepan denganmu. Hamba sedia berdebat dengan Jeneral di mana – mana sahaja , apa sahaja format , tajuk dan pada bila – bila jika Jeneral masih merasakan diri sendiri hebat. Artikel ini diakhiri dengan sebuah cerita yang berlaku kepada sahabat saya. Sahabat saya memiliki 2 ekor anjing yang setia. Anjing yang akan menggigit sesiapa sahaja yang akan mengancam tuannya. Anjing yang akan menjilat kaki tuannya. Namun disebabkan seeokor anjing cemburu apabila tuan lebih memberi perhatian kepada anjing yang lain. Anjing ini keluar mencari tuan baharu dan bersumpah akan kembali menggigit dan menyalak bekas tuannya yang pernah beri makan dan tidur selama bertahun – tahun lamanya. Cerita ini tidaklah berkaitan dengan sesiapa cuma hanya sekadar untuk melengkapkan penutupan sebuah artikel. Namun jika ada yang termakan cili terasalah pedasnya sendiri. Oleh : Shen Yee Aun |
| Ada Pegawai sabotaj Kerajaan Kedah? Posted: 25 Jul 2010 07:47 PM PDT ALOR SETAR - Ada pegawai Kerajaan Negeri didakwa enggan bekerjasama dengan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) kerana bersikap pro-UMNO dan cuba mensabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Wan Salleh berkata, kerenah birokrasi yang dihadapinya sewaktu menjadi wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) angkat kawasan Kuah, Langkawi sebelum ini, turut membelenggu wakil rakyat PR di negeri ini. "Jika masalah ini tidak diberi perhatian, saya bimbang wakil rakyat PR akan terus menjadi mangsa sabotaj pegawai pro-UMNO ini kerana mereka seolah-olah ada agenda tertentu untuk menjatuhkan PR. "Saya ada terima maklumat kumpulan ini menerima arahan daripada orang tertentu untuk memporak-perandakan PR," katanya. Wan Salleh berkata, pegawai kerajaan perlu mengenepikan sentimen politik untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan proses pentadbiran berjalan lancar dan berkesan. Menurutnya, sekiranya masalah sentimen politik ini berlarutan, beliau bimbang rakyat yang akan menjadi mangsa. "Sebagai contoh, sebelum ini saya menerima peruntukan wakil ADUN sebanyak RM200,000 daripada Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan permasalahan kawasan Kuah, Langkawi. "Bagaimanapun, saya hairan dengan sikap pegawai terlibat yang seakan cuba menyulitkan urusan saya untuk menggunakan peruntukan itu dengan pelbagai cara, sedangkan permohonan saya sebelum itu diluluskan Pejabat Menteri Besar Kedah dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN). "Sikap seperti ini jika dibiarkan akan menganiaya rakyat kerana peruntukan itu digunakan untuk rakyat," katanya. Ditanya mengenai pelawaan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad supaya beliau masuk UMNO, Wan Salleh menolak. "Saya letak jawatan wakil ADUN Angkat kerana tak tahan dengan kerenah pegawai pro-UMNO, bukan tidak puas hati dengan Kerajaan Negeri," katanya. Sinar Harian |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan