Isnin, 5 Julai 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Umno Didakwa Salah Guna Sekolah, Adakan Mesyuarat Perwakilan

Posted: 04 Jul 2010 07:39 AM PDT

"Larangan menggunakan bangunan sekolah atau harta benda sekolah sebagai gelanggang politik sudah lama dilarang digunakan di negara ini. Ini bagi mengelakkan prasarana kerajaan disalahguna untuk kepentingan parti.

Namun tinjauan TV Selangor di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis, Banting mendapati satu mesyuarat perwakilan Umno Bn kawasan Kuala Langat diadakan di sekolah tersebut.

Krew TV Selangor tiba di perkarangan sekolah sekitar jam 8.30 pagi, dan mendapati dewan and tiang-tiang di persiar kaki diselubungi bendera parti Umno.

Malah ketika krew TV Selangor hendak masuk ke dewan membuat liputan berhubung majlis perwakilan tersebut, seorang wakil ahli jawatankuasanya melarang dari membuat liputan dengan alasan majlis tersebut dibuat secara tertutup.

TV Selangor mendapatkan komen bekas Presiden Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia, Nordin Mahmud yang melahirkan rasa duka citanya apabila sekolah itu digunakan untuk kepentingan parti politik tertentu."

Seterusnya di sini.

Tiada ulasan: