Isnin, 5 Julai 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Jawapan Kepada Semua Kemelut Negara: PR Perlu Tawan Putra Jaya!

Posted: 05 Jul 2010 08:26 AM PDT

Meskipun Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz cuba menyerang, keseluruhannya apa yang beliau buat dalam menangani gerak yang dimulakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim nampak defensif. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebenarnya tidak perlu membaca peruntukan perlembagaan kerana kita sudah tahu apa isinya. Bukan itu yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang itu di Parlimen Selasa lalu.

Isu yang berbangkit dalam soal penasihat undang-undang negeri yang dihantar Jabatan Peguam ke Negara ke negeri-negeri itu ialah dakwaan sabotaj dan enggan menurut perintah. Meskipun gaji dibayar Kerajaan Negeri pegawai berkenaan – yang juga anggota Exco negeri – merujuk kepada Putrajaya dan bukan Menteri Besar. Inilah yang berlaku di Kelantan, Perak dan khabarnya di Selangor juga.

Kenyataan tegas Anwar itu sebenarnya telah lama saya suarakan; khususnya selepas timbulnya masalah antara Kerajaan Negeri di Kelantan dengan istana pada pertengahan 1996. Pada masa sama ia juga menghadapi tekanan daripada perkhidmatan tadbir negeri yang dipimpin setiausaha kerajaan. Ini pelik bunyinya tetapi di Malaysia hal-hal ganjil seperti ini boleh berlaku.

Di negara lain – sebagaimana yang kita lihat di United Kingdom April lalu – parti yang menang diberi laluan. Istana Buckingham tidak mengada-ngada atau kacau daun. Dalam pada itu para pegawai kerajaan dibenarkan menemui parti yang akan membentuk kerajaan baru.

Berbalik kepada Nazri, beliau sepatutnya ditanya mengapa Kerajaan Persekutuan yang UMNO terajui menubuhkan JPP di negeri-negeri yang ia jadi pembangkang. Soalan ini penting sebab Nazri mahu kita ikut perlembagaan sedangkan JPP itu bertentangan dengan konsep negara persekutuan yang ada di Malaysia dan di seluruh dunia. Saya tidak anti UMNO. Saya cuma mahu permainan yang baik; mengikut peraturan. Pemain hebat seperti Diego Maradona pun dikritik apabila dia menjaringkan gol dengan tangan! Kritikan itu masih kita dengar sampai sekarang meskipun yang salah ialah pengadil membenarkan gol curi itu. Bukan dia.

Apa yang didakwa dilakukan pegawai persekutuan di negeri yang Pakatan perintah itu sebenarnya tidak berbeza dengan sikap pasukan polis. Cuma ia tidaklah seteruk pada 1999-2004 di Terengganu apabila ketua mereka di situ, Datuk Othman Talib dengan selamba meremehkan penentangannya kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Besar.

Sebenarnya ada masalah lebih besar dalam isu yang Anwar bangkitkan itu. Ia berkait dengan kedudukan tiga pegawai kerajaan dalam Exco. Tak kiralah pegawai PTD, pegawai Kamar Peguam Negara atau pegawai perkhidmatan tadbir negeri. Dalam konteks kerajaan bertanggungjawab yang menjadi tunjang dalam sistem demokrasi berparlimen atau Westminster, kerajaan – yakni Kabinet atau Exco negeri – perlu menjadi ahli Dewan. Pegawai bukan ahli Dewan sebab mereka tidak dipilih rakyat. Sebab itu mereka disebut sebagai ahli kerana jawatan; yakni ahli ex-officio.

Peruntukan itu adalah peninggalan sistem yang dibina Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang kita kekalkan. Ada banyak sebab kita boleh kemukakan mengapa peruntukan ini perlu dimansuhkan. Tetapi biarlah ini kita bincangkan pada ruangan lain.

Terlanjur membincangkan peruntukan mengenai Kerajaan Negeri sebenarnya di Sabah pun ada peruntukan yang ganjil. Peruntukan ini membenarkan pelantikan ahli DUN, dan peruntukan inilah menyebabkan berlakunya krisis di Sabah selepas pilihan raya negeri 1985 apabila pemimpin Usno Tun Datu Mustapha, menggunakan peruntukan itu, menyerbu masuk ke istana dan meminta Yang di-Pertua Negeri Tun Adnan Robert melantiknya sebagai Ketua Menteri.

Peruntukan-peruntukan yang sedemikian itu bukan sahaja ketinggalan zaman, tetapi bertentangan dengan demokrasi, dan kita sudah lihat bagaimana ia digunakan untuk membuat sabotaj. Rakyat perlu prihatin soal ini.

Apa pun Anwar tidak perlu bertindak sekarang kerana sebagaimana diduga, musuh mereka akan menyeret istana. Ini kita dapat hidu dalam sidang akhbar Nazri Rabu lalu. Apa yang Anwar perlu buat ialah pastikan Pakatan berada di Putrajaya terlebih dahulu. Tanpa kuasa persekutuan sukar untuk Pakatan membuat perubahan. Dengan kuasa itu saya rasa mudah sedikit untuk mereka berkira dengan istana. Tetapi sebenarnya kuasa tadi jarang digunakan, itu mungkin kerana UMNO tidak lupa membawa persembahan yang baik-baik. Ini hanya boleh Anwar sembahkan kalau beliau duduk di Putrajaya.


Sinar Harian

Malaysia Menuju Negara Fasis Di Bawah Umno-BN

Posted: 05 Jul 2010 06:29 AM PDT

SHAH ALAM 5 Julai - Tindakan sewenang-wenangnya mencabuli demokrasi serta penyalahanguna kuasa oleh kepimpinan kerajaan Baridan Nasional pimpinan Umno sejak lebih dua abad lalu akan menjadikan negara Malaysia sebuah negara fasis jika rakyat tidak bangkit dan merubah masa depan negara.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim berkata Umno juga mempersendakan nilai-nilai adab dan kebudayaan serta menggunakan pendekatan condong dalam mendefinasi serta penerapan nilai-nilai moral.

Sehubungan itu, katanya adalah penting bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk membangunkan semula negara ini melalui keikhlasan dan suara hati mereka dengan memberikan peluang kepada kepimpinan Pakatan Rakyat dalam usaha mereka membentuk negara Malaysia yang lebih baik.

Beliau berkata demikian di pelancaran "Friends of Pakatan Rakyat" di Hotel Conway, Holborn London, semalam yang turut yang dihadiri oleh kumpulan aktivis masyarakat, wakil parti gabungan Pakatan Rakyat.

"Walaupun keadaan tampak murung, namun adalah wajar bagi semua pihak memahami baik dan buruknya keadaan yang sedang dialami dalam perjuangan merubah untuk masa depan yang lebih baik dan Pakatan Rakyat berikrar akan membawa keharmonian sebenar kepada Malaysia," katanya ketika berucap di forum berkenaan.

Menurutnya, Perlembagaan sedia ada di negara ini disematkan untuk visi politik masa hadapan yang dibentuk untuk memastikan sistem periksa dan imbang bagi mengendalikan secara adil konflik kepentingan individu, masyarakat dan negara namun dewasa ini, ianya telah dicemari oleh kumpulan yang berpengaruh serta berkuasa yang mempunyai kepentingan tersendiri.

Zaid juga menyentuh tentang krisis kehakiman pada 1988 sebagai contoh kepada antara tindakan yang menyebabkan Perlembagaan dicabuli dan secara tidak langsung telah melemahkan semangat Perlembagaan yang didukung di negara ini.

"Negara yang mengkompromikan semangat Perlembagaan akan membuka laluan untuk menghancurkan negara tersebut. Negara kita sekarang adalah sebuah negara yang sakit - badan yang penting dalam institusi negara semuanya berada dalam keadaan yang parah.
"Hari ini kita berada di dalam situasi sesat kerana kita sakit, dalam semangat kemudian secara fizikal, dan ubat yang diberikan oleh BN kepada institusi-institusi berkenaan adalah Fasisme," tambah beliau lagi.

Umno katanya memutarbelitkan adab dengan melaungkan cogankata "Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia" merujuk kepada pahlawan Melayu Hang Tuah sebenarnya mempermainkan nilai budaya dan juga sentimen perkauman.

Menurutnya, Pakatan Rakyat menolak ideologi supremasis kerana gagasan itu menghargai kebudayaan pelbagai kaum kerana ia adalah yang dituntut oleh adab yang sebenarnya dengan memahami apakah dia adab dari segenap sudut.

Beliau menambah keruntuhan pada asas utama bermula daripada institusi-institusi utama kerajaan negara ini di bawah pimpinan Umno dan ia bukan permasalahan atau dilema yang dihadapi oleh kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan tetapi masalah negara.

"Bagaimanapun, Umno mahu kaum Melayu mempercayai bahawa keadilan boleh berfungsi dengan pemikiran cetek dan kejujuran tidak penting asalkan sesuatu bangsa itu terselamat. Jelas sekali ini bertentangan dengan adab kita.

"Kelangsungan hidup yang dicanangkan (Umno) adalah jenis kelangsungan hidup yang paling jahat dan biadap dan langsung tidak berfungsi serta tidak akan berjaya untuk masyarakat atau negara," kata Zaid.

Umno, katanya bersuara untuk kaum Melayu seolah-olah kaum terbabit akan menjadi semakin miskin tanpa mereka.

Mereka juga mendakwa berjuang untuk Melayu namun sebenarnya apa dan siapakah yang diperjuangkan yang menjadi persoalan.

Zaid nak belanja Bala makan Ais Kacang di London?

Posted: 05 Jul 2010 02:12 AM PDT

Main-main pulak orang tua ni.. cuba baca apa dia tulis dalam blog dia..

Saya terpaksa berhenti disini. Nak ke Holiday Villa London dalam masa sejam lagi nak bertemu Bala. Bukan apa. Kerana Polis dan MACC tak mahu dan takut bertemu Bala dan Petra, saya dan kawan kawan akan belanja mereka ais kacang.




Lakonan komedi ala P Ramlee

Mula-mula, kita dengar PM Najib kata beliau penuh yakin polis akan menangkap Raja Petra; tapi dah 12 bulan polis tak buat apa-apa. Dan betul lah saperti kata Khairy, Raja Petra selalu ada di khalayak ramai, di London dan Manchester. Kalau saya dan ratusan rakyat Malaysia tahu dan dah pun bertemu dengan Raja Petra, takkan Polis tak tahu. Mustahil.

Begitu jugalah Bala. Dia pun ada di London. Minggu depan, dia akan ka Paris untuk bertemu dengan pihak penyiasatan Perancis. Tapi Polis Malaysia tak berminat bertemu dengn kedua-dua manusia ini. Persoalannya mengapa? Yang dihebohkan oleh Menteri Hishammuddin, MP Zahrain dan Utusan Malaysia ialah apa hubungan saya dengan Raja Petra. Soalan yang patut ditanya: mengapa tidak ada tindakan terhadap Raja Petra kalau dia ada membuat kesilapan? Beritahulah kepada rakyat apa dia kesalahan itu. Ada waran yang dikeluarkan untuk menangkapnya? Setahu saya, tidak ada. Jadi kalau Raja Petra tidak membuat apa-apa kesalahan, mengapa pula saya tak boleh tengok bolasepak dengannya?

Sebenarnya, PM Najib takut kapada kedua-dua manusia ini. Lalu berlakonlah mereka, kononnya Raja Petra dilaporkan berada di Brisbane, Australia dan di mana saja. Mereka sebenarnya tahu dimana Raja Petra dan di mana Bala. Malah Polis telah pun bertemu Bala di Bangkok, tetapi setakat ini, membisu sahaja. Inilah yang rakyat mahu tahu, mengapa tidak ada siasatan terbuka terhadap kedua-dua mereka ini. PM Najib berkata kita tidak boleh percaya kepada Raja Petra; tetapi kita juga tak boleh percaya buta tuli kepada PM Najib. Jadi buatlah satu penyiasatan yang bebas dan terbuka, dan beri jaminan kepada kedua-dua mereka tentang keselamatan diri dan keluarga mereka, dan jaminan mereka tidak akan ditahan dibawah ISA. Saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia untuk mempertahankan kenyataan mereka yang dibuat tempoh hari. Dan jika mereka benar-benar kaki penipu dan memalukan pemimpin negara, maka hukumlah mereka. Itu cara pemimpin yang reformis dan baik, bukan berlakon menggunakan Polis dan akhbar menimbulkan buruk sangka setiap hari terhadap orang lain.

Saya terpaksa berhenti disini. Nak ke Holiday Villa London dalam masa sejam lagi nak bertemu Bala. Bukan apa. Kerana Polis dan MACC tak mahu dan takut bertemu Bala dan Petra, saya dan kawan kawan akan belanja mereka ais kacang.


Zaid Ibrahim

TG Nik Aziz : Jangan terpengaruh dengan laporan Benama bertajuk “Nik Aziz Akui Wujud Perpecahan Parti"

Posted: 04 Jul 2010 09:48 PM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan supaya semua pihak tidak terpengaruh dengan laporan Benama bertajuk "Nik Aziz Akui Wujud Perpecahan Parti Untuk Berebut Jawatan Pada Muktamar PAS Tahun Depan" yang disiarkan kelmarin.

"Jangan mudah terpengaruh dengan semua laporan berkenaan, terutama Bernama dan akhbar yang nampaknya ada agenda tersembunyi di sebalik apa yang mereka laporkan.

"Hanya Allah jua yang maha mengetahui. Kepada pihak akhbar cermatlah dan jauhilah daripada memfitnah," tegasnya dalam satu kenyataan.

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan turut menegaskan bahawa laporan agensi berita itu adalah "tidak benar dan di luar konteks" daripada apa yang dimaksudkannya.

"Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannya dari maksud sebenar kenyataan saya," katanya.

Menurutnya, menjadi lebih malang apabila berita itu dijadikan rujukan oleh beberapa media online dan media cetak seperti Malaysian Insider, Berita Minggu, Sinar Harian dan Sunday Star.

"Namun, akhbar online Malaysiakini turut menyiar kandungan laporan Bernama, tetapi diharmonikan dengan tajuknya sendiri, iaitu "Nik Aziz cadang tiada pemilihan dalam muktamar."

"Itupun masih tidak tepat, kerana pemilihan dibenarkan di dalam perlembagaan PAS. Sedangkan, pada sidang media tersebut, saya telah merujuk kepada asas perlembagaan PAS yang perlu dipatuhi demi mengelak apa-apa perbalahan, mahupun perpecahan," kata Nik Aziz.

Bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih atas laporan media yang berimbang seperti New Sunday Times dan Mingguan Malaysia yang tidak memetik laporan agensi berita itu.

"Sebaliknya ia telah menyiarkan berita yang ditulis wartawannya sendiri. Begitu pula, Sinar Harian didapati memetik laporan Bernama, tetapi turut menyiarkan di ruang Kelantan kenyataan yang dianggap tepat mengenai cadangan saya agar berlaku syura bagi pemilihan dalam PAS.

"Sementara Mingguan Malaysia tidak memetik laporan Bernama, sebaliknya menyiarkan kenyataan yang agak tepat dengan maksud sebenar saya," katanya.

Sehubungan itu dalam kenyataan itu juga, beliau turut menyertakan jawapan penuh beliau selepas ditanya oleh wartawan berhubung kemungkinan berlaku pertandingan dalam pemilihan parti tahun depan.

"Kalau boleh tidak perlu bertanding, kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan. Ini luahan hati orang tua, tak mahu tengok perpecahan berlaku.

"Pengalaman saya sendiri yang pernah bertanding dalam dewan ulama' satu ketika dulu, amat tidak comel. Baik kita cari cara yang lebih comel elak daripada perpecahan.

"Moleknya, kita buat keputusan secara syura dan lantik ketua kita beramai-ramai. Ini cadangan saya. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti.

Nik Aziz berkata penjelaskan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham semua pihak, khususnya rakan-rakan pimpinan dalam PAS.

Malaysiakini

‘Kalau begitu, siapa harus kita percaya’, Raja Petra tanya Najib

Posted: 04 Jul 2010 08:03 PM PDT

Oleh Shannon Teoh



Raja Petra (kiri) berucap bersebelahan dgn Datuk Zaid Ibrahim di London semalam.


LONDON, 5 Julai — Blogger Raja Petra Kamaruddin memperlekeh dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak wajar dipercayai sama sekali kerana menerima pembiayaan Pakatan Rakyat selama ini.

Dengan merujuk kepada organisasi media di Malaysia yang kebanyakannya sama ada dimiliki atau dikawal komponen Barisan Nasional (BN), yang menerajui kerajaan pusat, penulis kontroversi Malaysia Today ini menyangkal pandangan Perdana Menteri bahawa sokongan politik bermakna seseorang itu ketandusan kredibiliti.

"Kalau begitu, bukankah New Straits Times disokong oleh Umno? The Star oleh MCA?" kata beliau ketik ditemui di sini, semalam.

Ketika bercakap kepada The Malaysian Insider, Raja Petra berkata kesemua organisasi media didokong oleh pelabur-pelabur dengan agenda tertentu sama ada ia memberi kesan langsung ataupun tidak ke atas hala tuju editorial masing-masing.

"Jadi adakah beliau mengatakan bahawa kita tidak harus mempercayai mana-mana media (di Malaysia)," katanya lagi.

Anggota kerabat diraja ini antara lain pernah membuat dakwaan terhadap Najib berhubung pembunuhan kejam wanita Mongolia Altantuya Shariibuu empat tahun lalu.

Ketika ditanya sama ada beliau menerima sebarang wang daripada Pakatan Rakyat, Raja Petra menjawab, "saya cuba menjana sumbangan kepada Pakatan, bukannya menerima daripada mereka."

Kata Raja Petra, itu sebabnya beliau ingin melihat wujudnya sistem dua parti di Malaysia berbanding hegemoni BN yang memerintah sejak lima dekad lalu.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan semalam, Najib berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra yang kini berada di London.

Malah menurut Najib yang juga Presiden Umno dan Ketua Umno Pekan, rakyat juga tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan.

"Kalau Raja Petra ditaja pembangkang, bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik... jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya," kata Najib lagi.

Sehari sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Nazri berkata bukti yang menunjukkan parti pembangkang itu membiayai pengendali blog itu sedang disiasat.

"Memang betul, saya ada bukti, duit dihantar kepada Raja Petra. Saya ada bukti tunjuk hantar RM500,000, dia (Raja Petra) terima RM470,000 RM30,000 lagi habis ke mana saya tak tahu," kata Nazri.


The Malaysian Insider

Pakatan Rakyat Tetap Tentang Kenaikan Tol Jambatan Pulau Pinang

Posted: 04 Jul 2010 07:56 PM PDT

Oleh Nazar Hashim

PULAU PINANG 5 Julai - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap mempertahankan pendirian yang telah dibuat oleh kerajaan negeri menentang kenaikan tol Jambatan Pulau Pinang seperti mana yang dilaporkan sebelum ini daripada RM7 kepada RM9.40 iaitu kenaikan 34 peratus mulai 2013.

Menurut Guan Eng sebagai sebuah kerajaan negeri yang berjiwa rakyat dan prihatin terhadap beban yang bakal ditanggung, kenaikan harga tol jambatan tersebut harus ditentang dan dibantah kerana ia menyusahkan kehidupan lebih 1.5 juta rakyat Pulau Pinang.

"Namun begitu kita kesal dengan penangguhan mesyuarat yang sepatutnya diadakan setelah tidak ada seorang pun daripada pemimpin Barisan Nasional yang diundang untuk menghadiri mesyuarat bagi membincangkan isu tol Jambatan Pulau Pinang ini hadir.

"Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Umno Pulau Pinang dan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen tidak dapat hadir kerana mempunyai program lain manakala Presiden Gerakan yang juga merupakan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak hadir seperti mana yang dinyatakan oleh media.

"Apabila mereka sendiri tidak hadir setelah jemputan diberikan secara rasmi, maka ini membuktikan pemimpin BN tidak mempedulikan kesukaran dan beban yang ditanggung oleh rakyat negera ini. Mereka sepatutnya memberi keutamaan dalam isu yang melibatkan rakyat negeri ini.

"Kerajaan Negeri akan tetap menentang kenaikan tol Jambatan Pulau Pinang. Wakil BN negeri hanya berani bersuara di hadapan media sahaja dalam isu membantah kenaikan harga tol Jambatan Pulau Pinang ini. Mereka tidak berani untuk mengatakan perkara yang sama kepada Kerajaan Pusat. Ini membuktikan mereka mengamalkan sikap talam dua muka," kata Guan Eng setelah menanti selama setengah jam kehadiran wakil dan pemimpin BN sebelum membatalkan mesyuarat yang sepatutnya diadakan di pejabat beliau di Komtar semalam.


Suara Keadilan

Hanya yang Dayus dan Bacul saja sokong Anwar

Posted: 04 Jul 2010 09:59 AM PDT

Ezam dengan gagahnya juga telah berkata "Bagi saya Raja Perta merupakan lelaki yang penakut dan bacul kerana tidak bertanggungjawab terhadap setiap tindakan dan kenyataan yang dibuatnya," ketika diminta mengulas pertemuan Penyelaras Pakatan Rakyat, Dato Zaid Ibrahim dengan Raja Perta di London baru-baru ini


Raja Petra satu nama yang sinonim dengan Pakatan Rakyat dan tidak perlu diperkenalkan lagi tiba-tiba muncul kembali menjadi perhatian 1Malaysia.

Namanya muncul kembali dipersada media-media UMNO/BN setelah Dato Seri Zahrain Hashim dengan bangganya membuat pendedahan yang kononnya menggemparkan padahal tak gempar langsung.

Dalam satu sidang medianya minggu lalu Ahli Parlimen Bayan Baru ini dengan bangganya telah mendedahkan yang Penyelaras Pakatan Rakyat Dato Zaid Ibrahim telah menginap di Hotel Britannia bersama dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu.

Ahli Parlimen Bayan Baru ini juga telah menggesa pihak SPRM menjalankan siasatan akan pertemuan ini.

Reaksi Dato Zaid Ibrahim tentang pendedahan yang menggemparkan bagi Zahrain sila baca di SINI.


Zaid and Gang (gambar dari Malaysia Today)

Selang beberapa hari kemudian setelah gambar Raja Petra dan Dato Zaid Ibrahim terpampang di Malaysia Today muncul pula Hishamuddin yang berkata "Kita memang tertanya-tanya, dalam pada kita tercari-cari di mana Raja Petra, semalam kita lihat gambar Zaid bersamanya, jadi siapa sebenarnya di belakang Raja Petra?

Hishammuddin yang kehairanan bagaimana Raja Petra boleh keluar Negara tetapi tidak menyatakan kehairanannya bilamana ribuan warga asing berjaya masuk dan keluar dari Negara ini tanpa saluran yang sah juga berkata pihak berkuasa tidak mempunyai laporan bagaimana Raja Petra ke luar negara sedangkan pasportnya telah diserahkan. Berita penuh sila baca di SINI
Text Color
Dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga telah membuat ulasan tentang Raja Petra, katanya beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra Kamaruddin yang kini melarikan diri ke London.

Najib yang seakan-akan sudah tahu apa pendedahan yang akan dibuat oleh Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam dan pasti akan disiarkan oleh Raja Petra didalam Malaysia Today telah membuat kenyataan sebagai persediaan awal mempertahankan dirinya telah berkata " rakyat juga kini tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan." Berita penuh sila baca di SINI

Dan Senator Ezam juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Najib sebagai membalas budi Najib yang telah memungutnya dan melantik beliau menjadi Senator didalam kabinet Najib.

Ezam yang kini telah menjadi dayus dan bacul apabila beliau tidak lagi berani bersuara tentang isu rasuah, kezaliman, ketidak adilan, penyelewengan dan berbagai lagi yang berada dibawah kepimpinan Najib juga telah mendakwa hanya yang bacul dan dayus sahaja menyokong Anwar.

Ezam dengan gagahnya juga telah berkata "Bagi saya Raja Perta merupakan lelaki yang penakut dan bacul kerana tidak bertanggungjawab terhadap setiap tindakan dan kenyataan yang dibuatnya," ketika diminta mengulas pertemuan Penyelaras Pakatan Rakyat, Dato Zaid Ibrahim dengan Raja Perta di London baru-baru ini

Berita penuh sila baca dibawah..


Hanya Dayus, Bacul saja sokong Anwar

Kuala Lumpur – Senator Ezam Mohd Noor menggangap mereka yang masih berada dibelakang dan menyokong kuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai orang yang dayus dan bacul.

Katanya, mereka mereka yang masih berada didalam PKR pada masa ini taksub dengan Anwar dan sanggup mengenepikan salah laku serta sikap pemimpin itu yang tidak boleh diterima dari segi moralnya.

Beliau berkata, ini jelas dilihat melalui tindakan pengendali portal web Malaysia Today, Raja Perta Kamaruddin yang kini bersembunyi di United Kingdom.

Ezam mendakwa, PKR bertanggungjawab dan terlibat menyembunyikan Raja Petra dari pihak berkuasa.

"Bagi saya Raja Perta merupakan lelaki yang penakut dan bacul kerana tidak bertanggungjawab kerana tidak bertanggungjawab terhadap setiap tindakan dan kenyataan yang dibuatnya," katanya mengulas tindakan Penyelaras Pakatan Rakyat, Dato Zaid Ibrahim mengunjungi Raja Perta di London baru-baru ini.

Ezam juga mahu Naib Presiden PKR, Azmin Ali menjawab dakwaannya itu.

Katanya, terlalu banyak serangan dengan gelaran berkenaan yang dilempar terhadap Anwar menerusi pelbagai blog.

"Sebelum dia (Azmin) dedah isu felda, dia perlu jawab dahulu dakwaan Anwar seorang yang dayus.

"Bagi saya tuduhan ini amat serius. Dalam Islam dayus itu berdosa besar," katanya.


Disiarkan oleh edisi cetak Sinar Harian, Ahad 04 June 2010, mukasurat N6.
Disalin oleh Anak Sungai Derhaka.

Orang Melayu Perlu Bersatu!!! kata Muhyiddin.

Posted: 04 Jul 2010 08:32 AM PDT

"Orang Melayu sepatutnya bersatu di bawah satu payung untuk menentukan agenda membangunkan bangsa Melayu tercapai. kata Muhyiddin..

Payung yang dimaksudkan oleh beliau sudah tentu ialah UMNO..

Hmmm..Bersatu? Barsatu dibawah UMNO.. tak apa.. korang baca berita dibawah kemudian korang dengarlah lagu dari videoclip yang aku letak dibawah berita tu..


Muhyiddin bidas orang Melayu sokong Pakatan, pertikai dasar BN


July 04, 2010

BATU PAHAT, 4 Julai – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar sikap segelintir orang Melayu yang sanggup mempertikai dasar kerajaan termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan usaha meningkatkan penguasaan orang Melayu dalam bidang ekonomi.

Sambil menyifatkan sikap itu sebagai satu ancaman berkekalan bagi perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno, beliau mengingatkan sikap sebegitu boleh mengundang bencana besar kepada negara.

"Orang Melayu sepatutnya bersatu di bawah satu payung untuk menentukan agenda membangunkan bangsa Melayu tercapai.

"Matlamat ini tidak akan tercapai jika kita terus berpecah belah," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong di sini hari ini.Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, golongan Melayu tersebut menyokong pembangkang khususnya DAP pimpinan Lim Kit Siang.

"DAP menganggap tindakan saya membela orang Melayu sebagai seorang ultra Melayu, sedangkan Lim Kit Siang lebih bersifat perkauman," katanya.

Kata beliau, dalam situasi yang amat mencabar ini, orang Melayu khasnya Umno perlu melipatgandakan usaha bukan sahaja untuk memperkukuh kedudukan parti tetapi berusaha melaksanakan tranformasi sejajar yang diputuskan di peringkat pusat supaya Umno dapat diterima oleh rakyat.

Beliau kesal kerana usaha tranformasi untuk mengukuhkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 di peringkat bahagian-bahagian berjalan perlahan, tidak sebagaimana diharapkan.

Menurut beliau, usaha menambah baik parti itu perlu dilakukan segera supaya parti dilihat masih relevan oleh bukan sahaja orang Melayu tetapi terus diterima rakyat keseluruhannya.

Muhyiddin menegaskan, sebagai pemimpin nombor dua, beliau sentiasa membantu usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengariskan gagasan 1Malaysia dan lain-lain dasar penambaikan pentadbiran negara untuk ditranformasikan di peringkat Umno di semua peringkat.

Usaha itu, katanya, penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN dan seterusnya memenangi semula kerusi yang terlepas kepada pembangkang dalam pilihan raya umum lalu pada pilihan raya umum akan datang.


Bernama




Lirik

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu..

Tipu Terus Menipu
Kita Tipu Melayu..

Bersama Kita Bersama
Menjunjung Hasrat Semua..
Berjasa Pada Kroni Anak Isteri Dan Bini..

Lambang Kita Yang Rebah
Dipandang keji dan Haprak..

Bersatu bersetia khianat cogankatanya..
UMNO terus lara rompak rakyat Malaysia….

Bersatu bersetia khidmat cogankatanya..
UMNO terus lara rompak rakyat Malaysia…

Lambang Kita Yang Rebah
Dipandang keji dan Haprak..

Bersatu bersetia khianat cogankatanya..
UMNO terus lara rompak rakyat Malaysia…

Tiada ulasan: