Selasa, 13 Julai 2010

Era Pasca

Era Pasca


3 Makhlok yang GEROMBOLAN TAKUTI!

Posted: 13 Jul 2010 01:53 AM PDT


Diantara banyak-banyak isu yang menjadi polimik besar diMalaysia ialah isu berhubung dengan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang kini menetap diLondon. Ada pihak yang mempersoalkan bagaimana RPK boleh tinggal diLondon sedangkan beliau bukan orang kaya.

Pihak tertentu telah menuduh RPK dibiayai oleh PKR hidup diKota Raya Kosmopolitan London dan mereka meminta pihak berkuasa menyiasat apa-apa perhubungan diantara RPK dan PKR.

Pihak yang berpolitik dangkal meminta RPK dipastikan tidak mendapat pembiayaan dari PKR dan mereka menjadikan isu ini sebagai isu yang sangat besar, sedangkan banyak isu yang lain yang perlu diambil berat, bukannya isu Raja Petra.

Jika pun benar PKR membiayai perbelanjaan penghidupan RPK diLondon dan Manchester, diUnited Kindom, dimana kah letak kesalahannya dan apa pula dosa yang dilakukan oleh PKR?

Bagi saya parti PKR boleh membelanjakan dana mereka mengikut kehendak dan keperluan parti itu. Dana yang ada dalam PKR itu adalah dana mereka; kenapa pula kita yang sibuk mempersoalkan cara mereka berbelanja?

Seperti kita membelanjakan RM 78 juta untuk membiayai APCO dalam usaha menaikkan imej negara dimata dunia dan seluruh masyarakat antarabangsa phak kita tidak perlu mengambil tahu bagaimana parti itu membelanjakan sumber kewangannya dan kepada siapa parti itu membelanjakannya.

Balasubramanium pernah mengaku dan menunjukkan bukti yang beliau pernah mendapat pembiayaan hidup diluar negara denagn menunjukkan salinan document yang menunjukkan penerimaan sebanyaj RM750 ribu dari keluarga PM sendiri. Kenapa kita tidak memjadikan isu itu sebagai isu dikalangan kita?

PKR adalah sebuah parti halal dan RPK pun seorang manusia seperti kita: bezanya RPK tidak mudah terpengaruh dengan segala isu yang kita sendiri menghadapi dengan begitu parah sekali.

DAN satu lagi yang kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri; wajarkah kita menuduh RPK adalah orang yang tidak mungkin mampu hidup diUK kerana negara itu sangat mahal kos penghidupan?

Siapa pula yang menyiasat kekuatan ekonominya dan apa yang menyebabkan pihak kita berfikir yang RPK tidak layak tinggal disana?RPK bukan hidup kesaorangan dalam dunia ini kerana RPK masih ada ahli-ahli keluarga yang besar.

Beliau bukan seorang yang melarat dan perlukan bantuan pihak lain. Tetapi seperti yang saya katakan awal tadi jika pun PKR mampu dan bersetuju untuk membiayai beliau saya sedikitpun tidak nampak kesalahannya.

Jika RPK itu memberikan sokongan kepada PKR dan rakan-rakan mereka dalam PKR itu merupakan pilihan beliau. Beliau berhak untuk menyokong sesiapa yang beliau sokong.

Saya sendiri bersahabat baik denga beliau dan jika saya ada kesempatan keLondon saya sendiri akan berusaha untuk mencari beliau untuk berjumpa bagi mendengar khabar sebagai seorang sahabat.

Saya ahli UMNO belaiau mungkin ahli kepada parti lain tetapi itu tidak sedikit pun akan menjadi isu untuk kami berpecah dan saya sememangnya menunjukkan rasa hormat saya kepada beliau. Kami sudah lama berkawan dan saya tidak buang kawan semata-mata kerana pemikiran sempit politik kita.

Jika saya berkesempatan saya ingin menemui ahli keluarga beliau terutamanya menemui Marina isteri beliau yang juga sahabat rapat kepada saya.

Jika kita berterusan utuk menjadikan isu ini berpanjangan, maka rakyat akan menganggap pemimpin kita merupakn pemimpin yang mempunayi pemikiran sempit yang hanya memikirkan isu politik semata-mata.

Hendak berkawan sesiapa pun terpaksa bertanya dahulu kepada UMNO dan pemimpin kita. Dengan orang itu boleh, dengan orang ini tak boleh.

Sekarang kita hidup dizaman dalam mana manusi sudah mampu berfikir; hanya pemikiran pemimpin kita sahaja yang tidak selari dengan pembangunan pemikiran manusia sejagat pada hari ini.

Kita masih menyimpan prasangka terhadap sesiapa yang berkawan dan berhungan dengan pihak yang kita tidak gemar.

Dengan menjadikan RPK sebagai isu dipihak kita maka secara langsung kita mengakui yang RPK mempunyai pengaruh yang mempunyai 'consequence' yang besar dalam arena politik tanahair kita yang memungkin kita akan jatuh tersungkur dalam PR13 nanti.

Mahu tidak mahu kita terpaksa terima hakikat itu. Saya tidak mahu terlibat untuk memanjangkan isu ini kerana ianya akan menjejaskan kredilibiliti pihak kita sendiri.

RPK berhak tinggal dimana sahaja dan sesiapa juga tidak melakukan kesalahan jika membantu beliau tinggal diLondon jika ada pihak yang jujur untuk membantu beliau dan beliau perlukan bantuan.

Tetapi saya tidak percaya yang beliau memerlukan tanggungan pihak lain untuk tinggal dimana-mana kerana beliau adalah dari keluarga yang baik, lebih baik dari ramai diantara kita disini.


TPU - Dalam ramai-ramai orang UMNO, yang dekat atas ni sorang ke yang cerdik... yang lain semua bodoh mengalahkan anak lembu baru beranak...

Iceberg, Carlsberg, Spielberg!

Posted: 12 Jul 2010 09:14 PM PDT

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"

Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, korang semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"
iklan carlsberg yang lucah.. kahkahkah Tamat da musim bola WORLD CUP :)

Padan muka hangpa... JUDI di kancel..! Kontrak APCO sambung lagi...

Posted: 12 Jul 2010 06:03 AM PDT

APCO Worldwide dilaporkan bertapak untuk tempoh setahun lagi dalam pentadbiran kerajaan Malaysia apabila kerajaan memperbaharui khidmat firma itu walaupun didakwa mempunyai kaitan dengan pihak risikan Israel.

Adalah difahamkan bahawa APCO yang menimbulkan pelbagai rekasi negatif kepada kerajaan pentadbiran PM DS Najib Razak, kali ini telah melantik lebih ramai konsultan tempatan di bawah kontrak baru itu.

Menurut sumber di Jabatan Perdana Menteri, kontrak terbaru ini tidak semewah kontrak peringkat pertama dahulu yang membabitkan RM76.8 juta bagi tempoh 15 Jun 2009 hingga berakhir 4 June 2010.

Di bawah kontrak peringkat pertama dahulu, APCO dikehendaki menjalankan kerja-kerja perkhidmatan perhubungan awam bagi meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa

Adalah difahamkan bahawa pada dasarnya persetujuan telah dicapai beberapa minggu lepas dengan kedua-dua pihak diminta merahsiakannya bagi mengelakkan ia terus menjadi isu kepada pihak pembangkang.

Tiada ulasan: