Selasa, 13 Julai 2010

nalapambu

nalapambu


Harapan UMNO/BN semakin gelap - gaduh, gaduh dan terus bergaduh sama sendiri ~~~~~~

Posted: 12 Jul 2010 07:38 PM PDT

UMNO masih belum berubah, masih kekal di takuk lama. Sikap dan sifat pemimpin2 nya yang tamak dan gila kuasa tidak boleh diperbaiki lagi.

Sebenar nya perkara sebegini sudah memang ada dari zaman dahulu lagi, bezanya hari ini ianya semakin terserlah dan semakin 'ganas'. Pada zaman dulu 'pergaduhan ini di tutup dan disembunyikan - simpan dalam hati saja.

Ada banyak sebab mengapa puak2 UMNO ini bergaduh. Pergaduhan utama disebabkan berebut kuasa. Mengapa mereka sangat ber sungguh2 merebut kan kuasa?
Jawapan nya sangat mudah. - Bila sudah dapat kuasa, maka boleh pula kumpul harta kekayaan pula. Itu lah sebab nya mereka sanggup bergaduh merebut kuasa.

Keadaan ini semakin bertambah parah apa bila pemerintah umumkan ber bilion2 ringgit akan dibelanjakan pada setiap budget di umumkan. Mereka akan memastikan 'habuan' mereka tidak terlepas. Bagi yang belum pernah mendapat 'habuan' akan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan 'habuan'.

Yang sedang menikmati 'habuan' akan sedaya upaya mempertahan kan 'habuan' nya. Bagi yang belum mendapat 'habuan' akan ber mati matian cuba 'merampas' nya. Ini lah sebab utama mengapa puak2 UMNO ini terus bergaduh.

Dalam proses pergaduhan ini berbagai 'senjata' digunakan, senjata paling berkesan ialah RASUAH. Ini tidak boleh di nafikan lagi, ianya berlaku dari pucuk hingga ke akar umbi. Maka jadi nya perkara ini sudah berakar umbi - tiada kuasa dalam dunia ini yang boleh membaiki nya.

UMNO hanya boleh berubah jika ianya musnah dan hilang kuasa nya. Ini pasti akan terjadi pada PRU13 akan datang. Rakyat yang sedar pasti akan memberikan keadilan yang se adil2 nya kepada UMNO.

Kemaraan dan kekuatan Pakatan Rakyat sudah tidak boleh di sangkal lagi~~~~~

Posted: 12 Jul 2010 08:22 AM PDT

Satu ketika dahulu PAS cuma ujud di negeri2 atau kawasan majoriti melayu sahaja. Pada ketika itu ramai calun2 PAS yang akan hilang wang pertaruhan nya semasa PRU atau PKR di kawasan2 majoriti bukan melayu atau pun di kawasan majoriti melayu sendiri.

Pada pandangan UMNO, PAS cuma parti nyamok yang tidak ada apa2 kekuatan untuk menentang nya. Tetapi berlainan pula pada hari ini, PAS sudah muncul sebagai sebuah parti pencabar yang hebat bagi UMNO. UMNO tidak boleh lagi pandang ringan ketika berhadapan dengan PAS.

Kekuatan PAS ini sebenar nya terletak pada kehebatan dan ketokohan pemimpin2 nya yang bersikap jujur, telus dan amanah. Kesemua pemimpin2 PAS ini terdiri dari tokoh2 agama yang berpendidikan tinggi tentang agama Islam nya. Ajaran Islam yang tinggi inilah yang menjadikan pemimpin2 PAS ini di segani oleh sekelian rakyat, terutamanya yang beragama Islam.

Bagi kepimpinan UMNO kebanyakan nya cetek tentang ajaran Islam, paling malang tidak mahu pula ikut cara ajaran Islam - pada mereka rasuah, judi, hiburan dan lain2 adalah perkara biasa sahaja. Sekarang rakyat yang sudah sedar akan keburukan UMNO pasti akan memilih PAS sebagai ganti pemerintah negara.

Kini PAS sudah mendapat sokongan padu dari rakyat bukan melayu di Malaysia. Ketokohan Tuan Guru Nik Aziz memang tiada tandingan nya dengan mana2 pemimpin dalam UMNO. UMNO dan BN kena ber hati2 pada PRU 13 akan datang, tidak mustahil rakyat di Sabah dan Sarawak juga akan menyokong Tuan Guru kita.

Tiada ulasan: