DIALOG RAKYAT |
- Nazri: Ketepikan saja Perkasa, tidak seiring 1 Malaysia
- KDN lapor polis dokumen sulit diterbit edisi ‘Keadilan’
- Ibrahim pula gesa Nazri Aziz ‘disisih’ jika Umno, BN mahu pulih
- Pengerusi SPR: ‘Paling cepat pun pilihan raya ke-13 tahun 2012’
- Mahfuz: ‘Bab kerjasama PAS-Umno sudah tutup, usah bangkit lagi’
- SPR yakin BN, Pakatan panggil pilihan raya umum serentak
- Najib: Umno tidak perlukan PAS
- Undi ke-4: Selangor kaji pilihan raya ketua ketua kampung
- Pemuda PAS gesa Najib umum laporan KPI dijanjikan April 2009
- Wujud ‘Cina Perkasa’ karut, tiup api perkauman
- Tubuh Suruhanjaya Diraja selesai isu wanita Penan
- Pasir: Laporan media salah fakta, tidak benar
- Akta kebebasan maklumat untuk ketuanan rakyat
- Muhyiddin lawan konsep 1Malaysia
- Kerjasama: Kenapa tak ajak Anwar sekali
- Umno Kelam Kabut Tak Dapat Jawab Isu Rakyat Di Bawa KEADILAN
- Hishammuddin Perlu Jawab Bagaimana Rekod Imigresen Altantuya Hilang Baru Baiki Perkhidmatan KDN
- Umno-BN Sanggup Korban RM240 Juta Wang Rakyat Bayar Faedah Atas Pinjaman RM320 Juta Kepada Kroni
- Diplomat Kanan Malaysia Meninggal Dunia Di New Delhi
- Belum Ada Keputusan Mengenai Isu Loji Rawatan Air - MB Khalid
- Jawatankuasa Khas Fatwa K'saan Putuskan Program ESQ Boleh Diteruskan Dengan Pemantauan
- Dr Pornthip Sambung Keterangan 18 Ogos
- Lebih banyak laporan tentang kekayaan Taib
- Selangor lulus 391 buah rumah ibadat
- DPPNS serah memo skandal Pegawai Kewangan Negeri
| Nazri: Ketepikan saja Perkasa, tidak seiring 1 Malaysia Posted: 14 Jul 2010 02:28 AM PDT KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) memperlihatkan isyarat jelas bahawa perikatan itu tidak bergandingan dengan Perkasa sambil Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf pertubuhan yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menambah, Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman. Oleh itu katanya, idealisme Perkasa, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan. "Kita harus mengetepikan sama sekali Perkasa. Mengapa saya kata begitu? Ini kerana Perkasa tidak seiring dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib," kata beliau kepada The Malaysian Insider. "Kami menentang sebarang bentuk perkauman dan sudah pasti (Perkasa) tidak disokong oleh Umno," kata Nazri | ||
| KDN lapor polis dokumen sulit diterbit edisi ‘Keadilan’ Posted: 14 Jul 2010 02:27 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat laporan polis semalam berhubung penyiaran dokumen sulit pada muka depan edisi "Keadilan" yang diedarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Laporan polis yang telah dibuat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) adalah kerana penyiaran dokumen yang diklasifikasikan sebagai 'SULIT' yang tersiar di muka surat depan penerbitan 'Keadilan'," kata Timbalan Ketua Setiausaha KDN Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dalam kenyataan hari ini. Kenyataan itu menjelaskan bahawa laporan polis yang dibuat KDN semalam berhubung penerbitan akhbar minggu Suara Keadilan walaupun permitnya tamat pada 30 Jun lepas. Sementara itu, pengarah strategi PKR Tian Chua meminta KDN memberi keputusan mengenai permit Suara Keadilan. "Kalau nak haramkan, terus keluarkan surat menyatakan akhbar kami diharamkan dan kami boleh mengemukakan rayuan di mahkamah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. | ||
| Ibrahim pula gesa Nazri Aziz ‘disisih’ jika Umno, BN mahu pulih Posted: 14 Jul 2010 02:26 AM PDT KUALA LUMPUR — Datuk Ibrahim Ali membidas Datuk Seri Nazri Aziz dengan menggesa agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu "disisihkan" dari Umno jika parti tersebut dan Barisan Nasional (BN) mahu kembali memperoleh sokongan rakyat dalam pilihan raya umum ke-13. Ini kali kedua dalam tempoh sebulan ini Nazri dan Ibrahim bertembung pendirian berhubung peranan dan aktiviti Perkasa. "Perkasa hanya NGO... tidak ada apa yang nak rugi. Jadi ketepikan Nazri jika Umno dan BN mahu dapat kembali sokongan rakyat," kata beliau sambil menegaskan, pihaknya tidak kisah kenyataan Nazri di lobi bangunan Parlimen awal hari ini. Presiden Perkasa ini menyifatkan kenyataan Nazri sebagai satu "pandangan daripada orang yang hilang waras berfikir dan pendapat peribadi." "Nazri tak layak dilayan kerana tiada nilai dan buang masa. Saya amat simpati tapi apa boleh buat, kenyataan nya membuat umat Melayu lagi membenci pada Ummo. "Pada masa yang sama tidak tambah nilai pada BN. Perkasa hanya NGO, tidak ada apa yang nak rugi," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini dalam respons berhubung kenyataan Nazri. Terdahulu Nazri menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf Perkasa yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menambah, Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman. Oleh itu katanya, idealisme Perkasa, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan. "Kita harus mengetepikan sama sekali Perkasa. Mengapa saya kata begitu? Ini kerana Perkasa tidak seiring dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib," kata beliau kepada The Malaysian Insider. "Kami menentang sebarang bentuk perkauman dan sudah pasti (Perkasa) tidak disokong oleh Umno," kata Nazri. Ibrahim menganggap apa yang diperkatakan oleh Nazri hari ini sebagai satu pandangan peribadinya. Oleh itu katanya, Nazri boleh mengatakan apa yang beliau mahukan dan Perkasa yang terus berkembang tidak kisah dengan kenyataannya. "Perkasa setakat ini telah menerima lebih 200,000 borang permohonan mahu jadi ahli... kami tidak mendengar kepada seorang individu. Ahli-ahli Perkasa mempunyai hak untuk menentukan hala tujunya. Maka, kami tidak kisah apa diperkatakan oleh Nazri," kata Ibrahim lagi. Ketika ditanya sama ada Nazri merupakan salah seorang daripada 15 pemimpin politik yang bakal tidak mendapat sokongan Perkasa dalam pilihan raya umum ke-13, Ibrahim berkata, terlalu awal untuk memutuskan demikian. "Biarkan beliau membuat bising dulu. Kemudian kami akan lihat. Ahli Perkasa dan orang Melayu tahu apa yang perlu dilakukan. "Kami (Perkasa) tidak perlu melakukan apa-apa," katanya. | ||
| Pengerusi SPR: ‘Paling cepat pun pilihan raya ke-13 tahun 2012’ Posted: 14 Jul 2010 02:20 AM PDT ![]() Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sewaktu temubual dengan The Malaysian Insider. Ramai membuat spekulasi ekoran tahap populariti Najib dikatakan sudah mencecah paras 70 peratus dan berdasarkan beberapa perkembangan sosiopolitik semasa termasuk ucapan serta pelancaran polisi-polisi baru. Sehubungan itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjangkakan, paling cepat pun Najib selaku Perdana Menteri hanya akan membubarkan Parlimen pada 2012 jika tidak mahu menggunakan sepenuhnya mandat semasa yang hanya akan berakhir Mei 2013. "Lama lagi, saya rasakan 2013... apa mahu cepat-cepat, penatlah," kata beliau dengan ketawa besar dalam pertemuan eksklusif dengan The Malaysian Insider di sini. "Jauh, jauh," kata Abdul Aziz yang bagi beliau pilihan raya umum ke-13 merupakan yang pertama selepas mengambil alih jawatan itu tahun lepas. "Tak ada, saya tidak melihat," kata beliau sambil ketawa besar apabila diajukan soalan sama ada pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan bila-bila masa dari sekarang ataupun awal tahun depan. Abdul Aziz meletakkan tiga pertimbangan mengapa Najib tidak mungkin memanggil pilihan raya dalam waktu terdekat ini. "Satu kerana tempoh lima tahun mandat masih jauh, kedua Datuk Seri Najib baru sahaja jadi perdana menteri, dan ketiganya polisi-polisi beliau baru sahaja dilancarkan... macam-macam polisi beliau," kata Abdul Aziz. Pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008. Dua perdana menteri sebelum memanggil pilihan raya umum pertama mereka dalam tempoh enam hingga 12 bulan. Selaku Pengerusi SPR sejak Januari 2009, beliau telah terlibat dalam pengendalian 10 pilihan raya kecil setakat ini. "... ikut kita punya tempoh (mandat semasa) sampai tahun 2013. Tetapi kalau anda tanya saya, paling cepat pun tahun 2012, jika anda tanya sayalah... kalau saya perdana menteri," kata bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri ini. Berdasarkan pengalaman sebagai bekas kakitangan awam hampir tiga dekad, Abdul Aziz yang ditanya bila agaknya kemungkinan Parlimen akan dibubarkan memberitahu: "Mengapa mahu terlalu awal? Mengapa hendak tergopoh-gopoh?" Mengikut undang-undang negara perdana menteri boleh mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen. Ia dilihat sebagai 'hak eksklusif' seorang perdana menteri. Abdul Aziz juga berkata, kenyaatan-kenyataan pemimpin kanan Umno-BN sejak dua minggu lalu yang meminta ahli-ahli parti bersedia sebenarnya hanya bertujuan memberi amaran agar pengikut dan penyokong mereka tidak selesa dengan kedudukan semasa. Pemimpin Pakatan Rakyat juga telah meminta ahli-ahli agar bersiap sedia. "Melainkan tujuannya mendesak ahli-ahli parti sedar, bekerja keras, jalankan program-program parti, bersatu, ikut ketua, kita ada orang dan kumpulan yang perlu kita kena hadapi. "Yang itu bagi saya ingatan yang baik, kalau tidak anda rasa selesa, makan cukup, rumah ada, isteri ada, anak ada... (ada perasaan) mengapa mahu risau," katanya. "Tetapi, saya bukan perdana menteri, Datuk Seri Najib perdana menteri...," kata beliau sambil menambah, Najib selaku Pengerusi BN sudah pasti mahu melihat aspek keperluan bersiap sedia di kalangan mereka wujud sepanjang masa. "Beliau mesti melihat soal itu, itu pandangan saya. Beliau mesti melihat pada persiapan parti, parti bersatu padu atau tidak, parti kukuh atau tidak... kemudian kesemua parti komponen (BN), mesti bergerak, Datuk Seri Najib gembira dengan prestasi mereka, berpuas hati atau tidak... itu di peringkat parti. "Kemudian kena tengok dari segi rakyat... sambutan rakyat, kemudian kerajaan pula dari segi pelaksaanan dasar-dasar kerjaan," kata beliau yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor. Oleh itu jelas Abdul Aziz, pilihan raya umum tidak mungkin diadakan dalam waktu terdekat kerana pentadbiran Najib "baru hendak masuk gear kedua." "Kalau tanya saya baru masuk gear kedua. Beliau baru sahaja jadi perdana menteri, sudah berapa lama? Boleh anda bayangkan? "Baru sahaja, saya lagi lama menjadi pengerusi (SPR)... (beliau) baru satu tahun tiga bulan, sudah mahu buat pilihan raya ke? Hai, tak tahulah saya. "... maknanya biar kita (SPR) laksanakan dengan betul-betul (persediaan) terlebih dulu, itu pandangan saya, di mana kita (SPR) sudah pun melakukan (bersiap sedia), kemudian (aspek) ekonomi dunia, ekonomi negara, keadaan rakyat, banyak faktor, musim dan sebagainya yang akan diambil kira (oleh perdana menteri sebelum Parlimen dibubarkan)," kata Abdul Aziz. Ditanya apakah perkembangan semasa boleh dianggap sebagai satu bayangan atau petanda ke arah pilihan raya umum tergempar, Abdul Aziz dengan penuh keyakinan berkata: "Ini (mandat) sampai Mei 2013. Nak buat tahun depan? Hey..." "Ini pandangan saya, kalau saya perdana menteri saya tidak akan melakukan, saya rasa tidak," hujah beliau. Mengenai kenyataan pemimpin-pemimpin Umno ketika merasmikan persidangan perwakilan baru-baru ini, Abdul Aziz berkata, beliau tidak melihat ia sebagai faktor asas ke arah pilihan raya umum tergempar. "Itu tujuannya supaya kita sentiasa bersiap sedia, bermakna selalu bersedia. Apabila bersedia... untuk melawan musuh, kita mesti sentiasa bersatu, sentiasa melaksanakan program, mesti ada program, mesti ada polisi, mesti ada agenda," katanya. Abdul Aziz menolak andaian bahawa jangkaan peribadi beliau itu juga berdasarkan kemungkinan SPR masih belum bersedia ke arah pilihan raya umum ke-13. "Kami bersedia sepanjang masa," kata beliau menjawab, jika pun perdana menteri memanggil pilihan raya umum pada tahun depan. "Tapi mustahil, mustahil jika anda tanya. Jika anda tanya saya. Kalau saya perdana menteri lah, tapi yang tahu tarikh adalah perdana menteri," katanya. Justeru tegas Abdul Aziz, tidak mungkin Najib akan memanggil pilihan raya umum awal depan memandangkan dasar-dasarnya yang masih baru. "Tak ada, tak ada, tak ada, tak ada," tekan beliau dengan penuh yakin. "Ini baru berputik. Kalau kamu tanya saya... ini baru gear satu dan baru nak masuk gear dua, ia (gear) sampai lima... mengapa hendak tergopoh-gopoh?" kata beliau sambil menyifatkan momentum kepimpinan Najib baru sahaja mula 'panas'. Sambil menggunakan analogi lagu, Abdul Aziz berkata: "Ini serupa lagu, yang baru hendak popular. Bila lagu baru dekat-dekat hendak popular, jangan potong. Biarlah orang dengar dulu, sampai semua orang boleh nyanyi." "... (sekarang) ini baru bulan Julai 2010, dan ada lagi Julai 2011, Julai 2012, berapa tahun lagi? Anda boleh melakukan banyak benda, buat apa nak buat cepat-cepat," kata Abdul Aziz dengan menjustifikasikan alasan beliau sambil bergurau, "yang tahu semua ini ialah Datuk Seri Najib." "Ini saya punya pandangan (sahaja), saya menyelami hati beliau. Kalau saya perdana menteri, saya tidak akan berbuat demikian," ujar beliau. | ||
| Mahfuz: ‘Bab kerjasama PAS-Umno sudah tutup, usah bangkit lagi’ Posted: 14 Jul 2010 02:14 AM PDT ![]() Mahfuz: Buku mengenai isu ini sudah ditutup... | ||
| SPR yakin BN, Pakatan panggil pilihan raya umum serentak Posted: 14 Jul 2010 02:13 AM PDT ![]() Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjawab soalan berkenaan kemungkinan pilihan raya umum ke-13 negeri dan pusat berasingan ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya baru-baru ini. SPR meletakkan harapan agar trend mengadakan pilihan raya umum serentak di kedua-dua peringkat negeri dan pusat yang diamalkan sekarang, kecuali di Sarawak, akan berterusan walaupun negara berhadapan dengan tsunami politik Mac 2008. Berdasarkan peruntukan undang-undang, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum membabitkan beberapa negeri akan diadakan berasingan berbanding apa yang disaksikan di Semenanjung sejak negara merdeka. "Benda itu (pilihan raya umum negeri) mungkin boleh berlaku... tetapi pada pandangan SPR, kami tidak suka benda itu berlaku. "Kalau boleh kita ingin melaksanakan pilihan raya (umum) itu sekali kerana soal perbelanjaan, dari segi sumber manusia, dari segi masa. Jadi tumpu seratus peratus masa, sekali sahaja," kata beliau dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di pejabatnya. Abdul Aziz memberitahu, menjadi harapan beliau kesemua pilihan raya umum pusat dan negeri diadakan serentak termasuk Sarawak pada masa-masa akan datang. "Kita berharap begitu, saya punya harapan begitu. Kalau kita berkali-kali adakan pilihan raya, contoh macam pilihan raya kecil, yang kita kena buat dan menelan banyak duit, bukan sahaja duit, masa... masa anda, masa saya, duit anda, duit saya," katanya. "Yang idealnya begitu, kalau boleh. Tetapi macam Sarawak, dia punya tempoh mandat berakhir jauh... tempoh mandat berakhir sangat jauh. "Bagi saya, kalau boleh pilihan raya umum ini diadakan sekali sahaja (di semua peringkat), semua senang," kata beliau lagi. Mengikut undang-undang pilihan raya, Perdana Menteri akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri akan mendapat perkenan Sultan atau Yang Dipertua Negeri masing-masing. Amalan itu membolehkan pilihan raya umum serentak bagi kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri di Semenanjung sejak negara merdeka. Bagaimanapun selepas pilihan raya umum negeri Sabah 1994, pilihan-pilihan raya selepas itu diadakan serentak bersama pilihan raya umum Parlimen iaitu sejak Umno BN memerintah negeri tersebut. Pilihan raya negeri Sarawak masih diadakan berasingan daripada pilihan raya umum pusat. Mandat semasa kerajaan negeri Sarawak akan berakhir Julai 2011. Sehingga pilihan raya umum 2008, hanya satu negeri di Semenanjung diterajui oleh pembangkang iaitu PAS. Kelantan dipimpin sejak 1999 dan kerajaan negeri itu juga mengadakan pilihan raya serentak dengan pusat sejak 1995. Selain Kelantan, kini tiga lagi kerajaan negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS-DAP-PKR iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Abdul Aziz menambah, beliau tidak boleh buat apa-apa jika pembubaran dibuat pada tarikh yang berbeza hanya kerana kelainan dasar politik. "Pilihan raya umum lalu, pembubaran dan hari pengundian sama. Tetapi kali ini disebabkan politik anda mahu tukar, ia adalah isu yang berlainan. "(Pun begitu) jika anda tanya saya, saya tidak suka. Saya suka buat sekali lagi. Jadi senang, maksud saya menguruskan tenaga kita itu senang, memberi taklimat pun senang, sekali serentak. "Ini kalau dia buat berasingan, negeri ini tarikh ini, negeri sana tarikh itu, aiyooo...," kata Abdul Aziz yang bagi beliau pilihan raya umum ke-13 merupakan yang pertama sejak menerajui SPR. Mengenai pendirian SPR sekiranya pilihan raya masih diadakan berasingan oleh beberapa negeri khususnya yang diperintah Pakatan Rakyat, Abdul Aziz berkata, mengikut undang-undang SPR perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran diwartakan. "Kita akan tengok macam mana dari segi undang-undang sebab apabila mereka membubarkan, kita kena mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari," katanya. | ||
| Najib: Umno tidak perlukan PAS Posted: 14 Jul 2010 02:11 AM PDT BERNAMA ![]() Najib berkata bahawa Umno mempunyai kekuatan sendiri. — gambar fail PUTRAJAYA — Datuk Seri Najib Razak berkata Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS. Perdana Menteri dan Presdien Umno itu berkata PAS harus menghormati Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini. Beliau berkata tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan Umno dalam hal tersebut. "Saya tidak mahu buat apa-apa kenyataan lagi sebab Timbalan Presiden Umno (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telahpun membuat kenyataan. Saya rasa cukuplah dengan kenyataan tersebut. "Saya cuma nak nyatakan bahawa Umno memang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan kerana kita ini terlalu lemah, kita terpaksa mencari kawan baru dengan PAS," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan, penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 dan Penganugerahan Pembaharuan Pensijilan 5S Perbendaharaan Malaysia di sini. Semalam, Muhyiddin menyatakan komitmen serta kesediaan Umno untuk bertemu dan menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini. Sebelum ini, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu. Ekoran daripada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Razak Idris mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas supaya kerjasama antara Umno dan PAS dapati dicapai. Mengulas lanjut, Najib berkata sama ada kerjasama antara Umno dan PAS itu menjadi kenyataan atau sebaliknya bergantung kepada perkembangan selanjutnya. | ||
| Undi ke-4: Selangor kaji pilihan raya ketua ketua kampung Posted: 14 Jul 2010 02:09 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SHAH ALAM – Di sebalik syor sebelum ini untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri Selangor sedang mengkaji kemungkinan mengadakan pemilihan ketua kampung bagi menggantikan sistem lantikan yang digunakan ketika ini. Yaakop Sapari (PKR-Kota Anggerik) berkata pilihan raya itu dilihat sebagai salah satu mekanisme yang boleh digunakan oleh kerajaan negeri untuk mewujudkan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat di Selangor. "Cadangan itu masih di peringkat kajian, ia akan membolehkan rakyat di peringkat kampung memilih sendiri ketua kampung mereka berdasarkan kemampuan dan kebolehan yang dimiliki oleh calon-calon yang bertanding untuk jawatan itu," kata beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini. Dipetik Bernama, beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Dr Abd Rani Osman (PAS-Meru) berhubung penilaian ketua kampung di Selangor dan pendekatan yang diguna pakai untuk memantau prestasi mereka. Menurut Yaakop, ketua kampung ketika ini diberi enam bulan sebagai tempoh percubaan untuk membuktikan kemampuan sebagai pemimpin kawasan. "Kerajaan negeri juga akan meminta laporan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tentang prestasi ketua kampung di kawasan masing-masing," katanya. Ketika menjawab soalan tambahan daripada Haniza Talha (PKR-Taman Medan) mengenai peluang wanita bertanding untuk jawatan ketua kampung, Yaakop berkata, pilihan raya itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang layak, termasuk wanita. "Wanita pun boleh bertanding, diharapkan pilihan raya untuk memilih ketua kampung boleh ini dijalankan," kata beliau yang juga Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan usahawan negeri. | ||
| Pemuda PAS gesa Najib umum laporan KPI dijanjikan April 2009 Posted: 14 Jul 2010 02:08 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda PAS hari ini menggesa kepimpinan Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kepada rakyat pencapaian Indeks Utama Prestasi (KPI) yang dijanjikan ketika pembentukan Kabinet beliau April 2009. Meskipun pentadbiran Najib sudah berusia 15 bulan tetapi sehingga kini belum ada maklumat mengenai perkembangan laporan KPI. "Kami menggesa dan mendesak Perdana Menteri mengumumkan dengan segera laporan pencapaian KPI secepat yang mungkin. "Sekarang sudah pertengahan bulan Julai tetapi tiada apa-apa perkembangan, rakyat menunggu laporan prestasi setiap kementerian," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hasssan Tantawi ketika dihubungi The Malaysian Insider. | ||
| Wujud ‘Cina Perkasa’ karut, tiup api perkauman Posted: 14 Jul 2010 02:01 AM PDT
| ||
| Tubuh Suruhanjaya Diraja selesai isu wanita Penan Posted: 14 Jul 2010 01:59 AM PDT
| ||
| Pasir: Laporan media salah fakta, tidak benar Posted: 14 Jul 2010 01:57 AM PDT
| ||
| Akta kebebasan maklumat untuk ketuanan rakyat Posted: 14 Jul 2010 01:55 AM PDT
| ||
| Muhyiddin lawan konsep 1Malaysia Posted: 14 Jul 2010 01:54 AM PDT
| ||
| Kerjasama: Kenapa tak ajak Anwar sekali Posted: 14 Jul 2010 01:50 AM PDT
| ||
| Umno Kelam Kabut Tak Dapat Jawab Isu Rakyat Di Bawa KEADILAN Posted: 14 Jul 2010 01:50 AM PDT Oleh Fazli Othman KUALA LUMPUR- Serangan bertali arus terhadap KEADILAN dan lidah rasmi parti, Suara Keadilan mengesahkan keadaan kelam-kabut dalam Umno-Barisan Nasional selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terkini syarikat petroliam negara, Petronas yang merosot begitu mendadak. Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata isu Felda dan Petronas yang di bawa Anwar telah mengundang tindak balas yang begitu keras daripada Umno-Barisan Nasional yang mencerminkan ketakutan mereka . "Ini termasuk tindakan untuk tidak menyambung permit akhbar Suara Keadilan dengan alasan yang sangat remeh berhubung tajuk muka depan 'Felda Bankrap'. "Kalaulah alasan 'Felda Bankrap' dijadikan alasan bagaimana pula kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala yang menjaga KPI mengatakan Malaysia akan bankrap dalam tempoh 9 tahun lagi atau pun bagaimana pula tuduhan Umno bahawa Anwar adalah agen CIA, bagaimana pula tuduhan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau seorang pengkhianat Melayu yang mana tuduhan itu tidak berasas sama sekali. "Media yang menyiarkannya, Utusan Malaysia tidak pula diambil tindakan, jauh sekali diberi amaran," tegas Ahli Parlimen Machang itu. Beliau juga berkata tindakan terhadap Ketua Pembangkang dan Suara Keadilan adalah tindakan politik dan berniat jahat akibat kegagalan Umno-BN menyakinkan rakyat berkenaan isu-isu rakyat yang di bawa KEADILAN. | ||
| Hishammuddin Perlu Jawab Bagaimana Rekod Imigresen Altantuya Hilang Baru Baiki Perkhidmatan KDN Posted: 13 Jul 2010 10:17 PM PDT Oleh Faizal Ezzany KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjawab terlebih dahulu persoalan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam daripada rekod Jabatan Imigresen sebelum mempromosi sebarang produk baru kementerian beliau. Sivarasa berkata Hishammuddin perlu menjawab kepada rakyat Malaysia samada rekod perjalanan Altantuya terpadam daripada rekod Jabatan Imigresen secara tidak sengaja ataupun disengajakan serta siapa yang memberi arahan tersebut sekiranya dipadam. "Tidak perlu memperbaharui perkhidmatan ataupun sistem kalau kes yang sebegini pun tidak dapat dijawab, berikan jawapan yang tepat jangan berdalih dan cara ini sahajalah yang dapat memperbaiki kesemua sistem sekalipun perkhidmatan dalam Jabatan Imigresen dan juga Kementerian Dalam Negeri. "Kes rekod yang dipadam ini telah di bawa ke mahkamah dan ia tidak pernah dinafikan samada di luar atau dalam mahkamah. Jelas sistem KDN mempunyai unsur penyelewengan, ada arahan daripada pihak atasan agar rekod Altantuya di hapuskan," tegas Sivarasa kepada Suara Keadilan. Tambah beliau, pembetulan bukan dilakukan kepada sistem tetapi kepada pihak pentadbiran atasan yang terlalu mengikut telunjuk pihak tertentu. Katanya lagi, walau secanggih mana sistem atau perkhidmatan sekalipun jika wujud unsur penyelewengan maka imej KDN akan terus tercemar. "Persoalan yang paling jelas kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak tampil untuk menafi atau membersih imej mereka terhadap isu pembabitan pembunuhan Altantuya. Inilah persoalan yang paling besar, Menteri perlu jawap persoalan tersebut dan jangan cuba melindungi sesuatu yang salah," desak Sivarasa. Sebelum ini KDN berhasrat untuk terus menambah nilai produk 1Malaysia yang ditawarkannya seperti satu hari satu pengeluaran gantian MyKad di JPN Putrajaya, dan satu minit pemeriksaan daftar masuk dan keluar satu penumpang untuk kawalan keluar masuk di pintu-pintu masuk Imigresen. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen ketika kejadian rekod perjalanan keluar masuk Altantuya ke Malaysia adalah Datuk Seri Mahmood Adam yang kini memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. | ||
| Umno-BN Sanggup Korban RM240 Juta Wang Rakyat Bayar Faedah Atas Pinjaman RM320 Juta Kepada Kroni Posted: 13 Jul 2010 10:07 PM PDT Oleh Frederick Luccas KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata demi menjaga kepentingan kroni, kerajaan Umno-Barisan Nasional sanggup membayar faedah sebanyak RM240 juta ke atas pinjaman mudah RM320 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Mendedahkan perkara ini, Tony berkata sekiranya Pakatan Rakyat tidak mengambil alih Selangor pada pilihan raya umum 2008, Syabas yang tidak memenuhi terma kontraknya sudah tentu akan mengaut keuntungan lebih besar dengan menaikkan tarif air. "Kerajaan Umno-BN patut mengutamakan kebajikan rakyat tetapi sebaliknya telah memberikan kroninya, Syabas hutang jangka panjang 20 tahun tanpa jaminan dan faedah sebanyak RM320 juta. Ini akan menyebabkan kerajaan Umno-BN terpaksa membayar kira-kira RM240 juta faedah ke atas pinjaman kepada Syabas. "Saya ingin bertanya, kenapa kerajaan Uno-BN mahu membazirkan wang rakyat sebegitu banyak semata-mata untuk membantu kroni dan memberikannya subsidi?, tanya Tony pada sidang media di parlimen Isnin lalu Kata Tony lagi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor mencadangkan untuk membeli dan mengambil alih Syabas yang dibelenggu hutang yang banyak. Melalui cara ini kerajaan negeri dapat kurangkan lagi tarif air dan kekalkan polisi air percuma. Malangnya kerajaan Umno-BN menentang cadangan yang membawa mmeberi kebaikan kepada rakyat dan sebaliknya menyokong kroni mereka, Puncak Niaga dan Syabas. Selangor juga meminta kerajaan membenar dan menyokong inisiatif kerajaan negeri untuk memperbadankan pengurusan bekalan air yang akan membebaskan Syabas daripada belenggu hutang. Ia juga akan membantu kerajaan daripada terpaksa memberi pinjaman yang merugikan di samping menawarkan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur dengan khidmat pengurusan air yang lebih baik, efisien dengan harga lebih rendah. Tony membidas kejahilan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat dakwaan tidak berasaskan fakta dan pengetahuan mengenai kedudukan sebenar pengurusan air di SelangorMuhyiddin mengatakan krisis air akan melanda Selangor dan kerajaan negeri terpaksa menanggung hutang yang besar kerana memberikan air secara percuma kepada rakyat. Beliau juga mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak tahu mengurus negeri kerana Selangor boleh jatuh bankrap jika tiada dana untuk membayar syarikat konsesi air. "Muhyiddin perlu berhenti menyokong kroni Umno, Syabas yang kini dilanda krisis kewangan yang teruk dengan memesongkan fakta dan menyalahkan kerajaan negeri Selangor. "Muhyiddin tidak tahu fakta bahawa air percuma untuk warga Selangor ini sebenarnya dibayar dengan keuntungan daripada syarikat berkepentingan rendah seperti Splash dan Abbas milik penuh Kumpulan Darul Ehsan Berhad. Tony menjelaskan walaupun Selangor komited membayar RM120 juta setahun untuk program air percuma tetapi kewangan kerajaan negeri kukuh kerana berjaya melaksanakan perbelanjaan bijak dan membanteras penyelewengan, bukan seperti kerajaan pusat Umno-BN yang dibebani hutang yang begitu besar. "Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala selepas membuat penelitian rapi terhadap kewangan negara menyatakan Malaysia akan bankrap dalam 9 tahun jika tidak diurus dengan baik. Kita di Selangor tiada langsung masalah sebegitu. "Apa yang melucukan apabila Muhyiddin cuba menunjukkan pengetahuan beliau dalam pengurusan air dengan menyatakan kos mengekalkan pemprosesan air amat tinggi dan sebagai bekas Menteri Besar Johor mendakwa kos boleh mencecah RM20 juta setahun. "Malang bagi beliau kerana pengurusan air di Johor berakhir dengan penswastaan dan kini, rakyat Johor terpaksa membayar tarif air antara yang tertinggi di negara ini. Mesti Muhyiddin bangga dengan pencapaian ini," sindir Tony. | ||
| Diplomat Kanan Malaysia Meninggal Dunia Di New Delhi Posted: 13 Jul 2010 10:06 PM PDT BERNAMA NEW DELHI: Seorang diplomat kanan Malaysia meninggal dunia di New Delhi selepas sakit dalam tempoh masa singkat. Rahmat Md Salleh, Setiausaha Kedua (pentadbiran dan kewangan) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Delhi meninggal dunia di kediamannya pada kira-kira 11 pagi, Selasa. Menurut seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, Rahmat, 51, dimasukkan ke sebuah hospital swasta hampir tiga minggu dan dibawa balik ke rumahnya pagi ini selepas keadaan kesihatannya semakin teruk. Jenazahnya akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur malam ini dan akan dikebumikan di Putrajaya, hari ini. Rahmat, yang berasal dari Johor, berkhidmat di Delhi hampir lima tahun. | ||
| Belum Ada Keputusan Mengenai Isu Loji Rawatan Air - MB Khalid Posted: 13 Jul 2010 10:04 PM PDT BERNAMA SHAH ALAM: Kerajaan Selangor belum membuat sebarang keputusan mengenai pembinaan loji rawatan air Langat 2, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Selasa. "Selangor belum buat keputusan sama ada meneruskan projek itu oleh kerana ia belum ada menerima cadangan atau tawaran menerusi rundingan, dari Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Dewan Negeri di sini. Khalid mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini bahawa pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkemungkinan menghadapi catuan air menjelang 2014, jika kerajaan Selangor masih enggan bekerjasama dalam pembinaan loji yang dicadangkan itu. Beliau dilaporkan berkata catuan itu tidak saja menimbulkan kesulitan terhadap pengguna individu, tetapi juga industri. Khalid menjelaskan kerajaan negeri mahu menyelesaikan isu berhubung pembinaan loji berkenaan bersama dengan rundingan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor. "Bagaimanapun, kerajaan persekutuan pula mahukan dua isu itu dibincangkan berasingan. Tetapi kami (kerajaan negeri) merasakan kedua-dua isu harus dilihat dan dibincangkan sebagai satu isu. Khalid berkata rundingan dan perjanjian antara kerajaan negeri dan pusat dalam isu air adalah penting tetapi berpendapat operasi itu mestilah dalam satu entiti di bawah Selangor. Beliau juga berkata Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Ramli Mahmud telah ditugaskan untuk menyelesaikan isu air itu dengan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Dr.Halim Man. | ||
| Jawatankuasa Khas Fatwa K'saan Putuskan Program ESQ Boleh Diteruskan Dengan Pemantauan Posted: 13 Jul 2010 09:59 PM PDT MSTAR ONLINE ![]() PUTRAJAYA: Muzakarah Jawatankuasa Khas Fatwa Kebangsaan memutuskan, modul pengajaran dan latihan yang dijalankan oleh syarikat ESQ Leadership Center Sdn Bhd yang menimbulkan kontroversi sebelum ini, boleh dilaksanakan dan tidak bercanggah dengan hukum syarak. Bagaimanapun jawatankuasa itu juga memutuskan, ia mestilah diawasi oleh panel syariah yang dilantik ESQ. Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dibuat setelah muzakarah yang bersidang pada 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam kursus tersebut boleh diperbetul dan diperjelaskan. Katanya, muzakarah turut memutuskan pihak ESQ perlu membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti dan perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan atau yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan syariat Islam. "Sepertimana yang termaktub dalam undang-undang, kuasa untuk mengeluarkan fatwa adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri. "Muzakarah menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri termasuklah fatwa mengenai ESQ yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan," katanya ketika mengumumkan keputusan mengenai status ESQ di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini, Rabu. Abdul Shukor berkata, muzakarah juga bersetuju membuat ketetapan bahawa panel syariah ESQ perlu bertanggungjawab dan memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut perlu dilaporkan secara berterusan kepada muzakarah. Katanya, keputusan muzakarah itu dibuat berasaskan pertimbangan anggota muzakarah yang bersetuju mengambil pendekatan berbincang, mendidik dan memperbetulkan apa jua keraguan yang ditimbulkan daripada terus menghukum. "Sikap keterbukaan dan kesediaan pihak eksekutif ESQ dan panel syariah ESQ untuk berbincang dan menerima teguran serta pembetulan terhadap apa jua yang difikirkan boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam," katanya. Pada 9 Julai lalu, akhbar Berita Harian memetik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ kerana mendakwa ajarannya menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam. Muftinya, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, menandatangani warta yang mengharamkan modul program motivasi itu pada 10 Jun lalu mengikut subseksyen 34 (1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak. Mengikut warta yang dikeluarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 17 Jun lalu, program ESQ yang diasaskan warga Indonesia, Ary Ginanjar Agustin, diharamkan kerana mendukung fahaman liberalisme, iaitu memahami atau mentafsir nas agama (al-Quran dan sunnah) dan fahaman pluralisme yang mengajar semua agama adalah sama. Mengikut warta itu, kedua-dua fahaman itu adalah sesat dan membawa kepada kekufuran. Pada hari yang sama Pengurus Besar ESQ, Marhani Yusof mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan bahawa program motivasi mereka telah mendapat sokongan daripada lima mufti iaitu Mufti Perak, Pahang, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi Panel Syariah ESQ, Datuk Mustafa Abdul Rahman dan Penasihat Agama Istana Johor, Datuk Noh Gadot. Dengan perkembangan terbaru hari ini, ESQ dijangka akan mengadakan sidang akhbar pada jam 2.30 petang ini. | ||
| Dr Pornthip Sambung Keterangan 18 Ogos Posted: 13 Jul 2010 09:50 PM PDT
SHAH ALAM: Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojasunan akan menyambung semula keterangannya dalam prosiding inkues siasatan kematian pembantu politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock pada 18 Ogos ini. Koroner Azmil Muntapha Abas menetapkan tarikh itu pada Rabu, selepas jaminan bahawa Pornthip bersedia untuk hadir di Mahkamah Koroner dimaklumkan peguam Gobind Singh Deo sebaik sahaja prosiding bermula. "Pornthip telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Keadilan Thailand berhubung permohonan yang dibuat Kerajaan Negeri Selangor agar beliau hadir. "Justeru itu, pihak kami ingin menarik semula permohonan supaya Pornthip memberi keterangan secara sidang video dari negara tersebut," kata Gobind yang bertindak sebagai peguam pemerhati keluarga Beng Hock. Azmil Muntapha membenarkan permohonan itu selepas pihak-pihak yang terlibat tidak mempunyai bantahan dengan perkembangan terbaru itu. Sementara menanti kedatangan Pornthip, prosiding akan diteruskan pada 23 Julai ini dengan keterangan beberapa saksi termasuk Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah dan pegawai penyiasat Asisten Superintendan Ahmad Nazri Zainal. Pada prosiding itu juga, Ketua Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa memaklumkan bahawa terdapat rakaman percakapan oleh pegawai penyiasat suruhanjaya tersebut. Rakaman tersebut melibatkan empat pemilik syarikat yang terdapat dalam senarai sebut harga yang diperoleh daripada komputer riba Beng Hock. Perkara ini dibantah oleh Gobind kerana berpendapat perkara itu tidak sepatutnya berlaku. "Kenyataan itu perlu diserahkan kepada kami semua sebelum mahkamah membuat keputusan. Perkara ini meragukan kerana kami patut dimaklumkan mengenai kenyataan tersebut." tambahnya. Prosiding inkues bermula selepas Beng Hock, 30, yang merupakan pembantu politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009. Kematiannnya menimbulkan persoalan kerana beberapa jam sebelum itu dia disoal di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukkan Kerajaan Negeri Selangor. Adik Beng Hock, Teoh Lee Lan, 26, memberitahu pihak media bahawa keluarganya akan mengadakan majlis memperingati ulang tahun kematian Beng Hock yang akan genap setahun Jumaat ini. "Keluarga kami masih bersedih dengan kematian Beng Hock. Kami ingin inkues ini segera selesai, tetapi dalam masa yang sama kami tidak mahu dijalankan dengan tergesa-gesa," tambahnya. | ||
| Lebih banyak laporan tentang kekayaan Taib Posted: 13 Jul 2010 05:05 PM PDT SIBU: Seorang "warga negara prihatin dan pembayar cukai" memandu jauh dari Simanggang untuk sampai ke bandar Sibu semalam, semata-mata untuk membuat laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan kekayaan Ketua Menteri Taib Mahmud berupa hartanah di luar negara bernilai berbilion ringgit. Menyifatkan sebagai tanggungjawabnya, Cobbold John Lusoi berkata, beliau tidak mempunyai pilihan melainkan datang sendiri ke Sibu kerana Simanggang tidak mempunyai pejabat SPRM.
"Saya rasa menjadi tanggungjawab saya sebagai warga negara dan pembayar cukai membuat laporan dengan SPRM terhadap ketua menteri. "Saya memandu dari Simanggang pagi ini (semalam) sebab di sana tidak ada pejabat SPRM," kata Lusoi kepada Free Malaysia Today, semalam. Laporan daripada Lusoi merupakan keempat dari beberapa siri laporan dengan SPRM terhadap Taib, yang juga didakwa telah menyalahguna kuasa. Pada 7 Julai, laporan yang serupa telah disampaikan kepada pegawai-pegawai SPRM di Wisma Persekutuan di Miri oleh dua ahli PKR. Laporan-laporan yang serupa juga disampaikan di ibu pejabat SPRM Putrajaya di Semenanjung Malaysia. "The Sarawak Report" Semula laporan SPRM terhadap Taib berdasarkan beberapa artikel dalam portal berita, "The Sarawak Report", yang mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan di luar negara bernilai berbilion ringgit. Anak perempuannya Jamilah dilaporkan menerajui sebuah entiti perniagaan konglomerat di Kanada, England dan Australia. Parti politik Taib, Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) bagaimanapun menyifatkan tuduhan-tuduhan ini sebagai satu "pembohongan". Tetapi untuk menyanggah "pembohongan" ini PBB telah membentuk satu unit untuk memantau laporan-laporan ini dalam blog dan laman web. Arahan terbaru dari pejabat Ketua Menteri ialah menyekat semua media tempatan dari terus menerbitkan laporan-laporan mengenai isu ini. Sementara itu, Lusoi, pengerusi ranting PKR Simanggang berkata, lebih banyak laporan akan dibuat di bandar-bandar lain seperti Bintulu dan Limbang. "Kami akan terus membuat laporan sehingga pegawai-pegawai SPRM menjalankan siasatan ke atas perkara ini. Jumlah hartanah yang banyak yang dimiliki oleh Taib dan keluarganya menjadi isu penting kepada semua pihak. "Setiap orang, sama ada rakyat Sarawak, Sabah atau Semenanjung Malaysia bercakap mengenai dakwaan kekayaan yang dipercayai diperoleh secara haram. "Jadi, tiada sebab kenapa SPRM harus berdiam diri," tambah Lusoi. | ||
| Selangor lulus 391 buah rumah ibadat Posted: 13 Jul 2010 05:03 PM PDT Oleh Qayum Rahman SHAH ALAM: Exco Kesihatan, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor telah meluluskan sebanyak 391 buah rumah ibadat bukan Islam yang melibatkan kuil, tokong, gereja untuk mendapat hak milik tanah yang sah. Menurutnya, setiap rumah ibadat bukan Islam yang diberikan hak milik tanah diwajibkan mempunyai kriteria seperti rumah ibadat harus berdaftar, persekitaran segi keluasan jalan perlu strategik dan persetujuan dari seluruh penduduk perlu dicapai.
Beliau berkata, kerajaan negeri mewajibkan lokasi rumah ibadat bukan Islam perlu didirikan di sekitar kawasan kelompok masyarakat yang berkenaaan dan tapak perancangan tersebut haruslah mengikut piawaian yang ditetapkan. Xavier juga menegaskan tanah persekitaran rumah ibadat bukan Islam perlulah harmoni dengan kawasan persekitaran tanpa mewujudkan kekecohan yang boleh mengganggu ketenteraman. "Kerajaan menilai kelulusan yang diberikan kepada rumah ibadat bukan Islam dari pelbagai segi supaya tidak menyebabkan ketidakpuasan hati dari pihak-pihak lain. "Kelulusan terhadap satu permohonan hak milik tanah rumah ibadat bukan Islam mengambil masa enam hingga 12 bulan untuk diluluskan," katanya ketika menjawab persoalan daripada Adun Sekinchan Ng Suee Lim. Tambah beliau, kerajaan negeri juga menetapkan zon pemisah setiap rumah ibadat bukan Islam yang wajib dipisahkan dari kediaman masyarakat Islam sekurang-kurangnya 50 meter. Katanya, Sebanyak 22 hak milik tanah rumah ibadat bukan Islam diberikan di Petaling manakala 235 diberikan di Klang, di Gombak sebanyak 12, Sepang sebanyak 20, Sabak Bernam 11, Kuala Langat 58, Hulu Selangor 25 dan Hulu Langat sebanyak 8 telah diluluskan setakat ini. "Kelewatan kelulusan hak milik tanah rumah ibadat bukan Islam berlaku kerana kerajaan negeri gagal melaksanakan permohonan setelah dokumen yang disertakan tidak lengkap. "Banyak lagi kawasan rumah ibadat yang akan diluluskan untuk membantu setiap kaum di negara ini mendapat hak bagi menjalankan ibadat keagamaan masing-masing," katanya | ||
| DPPNS serah memo skandal Pegawai Kewangan Negeri Posted: 13 Jul 2010 04:58 PM PDT Oleh Qayum Rahman SHAH ALAM: Seramai 30 ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) hadir di sidang DUN Selangor untuk menyampaikan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai skandal kewangan melibatkan seorang pegawai kewangan kerajaan negeri Selangor. Ketuanya Hasbullah Mohd Ridzuan berkata, "tujuan pemuda PAS Selangor menyerah memoramdum tersebut ialah untuk mendapat respon menteri besar tentang skandal kewangan sebanyak RM3 juta itu."
Menurutnya, blog 'Skandalselangor.blogspot.com' mendakwa Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mohd Arif bin Ab Rahman telah melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa dengan membelakangkan peraturan kerajaan negeri yang sedia ada. Katanya, pegawai berkenaan telah membuat pelantikan kontraktor secara terus tanpa melalui kerajaan negeri dan perkara tersebut bertentangan dengan surat pekeliling perbendaharaan negeri Selangor. Tambah beliau, kontraktor tersebut yang dilantik dalam satu projek penyelengaraan parit dan longkang di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) juga tidak mendaftar dibawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor di mana akan menimbulkan rasa puas hati daripada kontraktor-kontraktor lain yang berdaftar. Kerajaan negeri harus bersikap telus "Menteri Besar perlu memberi penjelasan mengenai skandal pegawai yang terlibat supaya kerajaan negeri bersikap telus dan dedahkan perkara ini untuk pengetahuan rakyat. "Tan Sri Khalid perlu peka mengenai penyelewengan yang berlaku dan menganggap ianya sebagai satu isu penting kepada kerajaan negeri," jelasnya di perkarangan lobi sidang DUN hari ini. Beliau berkata, kerajaan negeri harus menyiasat skandal terbabit untuk memastikan kebenarannya agar kerajaan negeri tidak akan dipersalahkan nanti. Hasbullah juga berkata, Pemuda PAS memohon agar skandal penyelewengan pegawai berkenaan dihadapkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawab dan Ketulusan (Selcat) untuk memastikan imej dan reputasi kakitangan kerajaan negeri sentiasa bersih. "Pemuda PAS Selangor memandang serius terhadap skandal ini yang mampu memburukkan imej kerajaan negeri termasuk imej peribadi Tan Sri Khalid sendiri jika terus dibiarkan. "Kerjasama dari kerajaan negeri untuk menjalankan penyiasatan dan tindakan oleh Tan Sri Khalid sendiri amatlah di hargai supaya Selangor bebas dari rasuah dan sebarang bentuk penyelewengan," katanya. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



"Tidak dinafikan penubuhan Cina Perkasa boleh memberangsangkan isu perkauman sekaligus mengekalkan jurang antara kaum yang akhirnya timbul perasaan kurang senang. Lepas Cina Perkasa mungkin Datuk Seri S. Samy Vellu pula akan tubuh India Perkasa, lagi bermasalah," tegasnya ketika berucap di Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Seberang Perai di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bandar Perda, kelmarin.
Beliau pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, penubuhan itu harus disegerakan memandangkan usaha yang dilakukan pihak-pihak berkenaan tidak menunjukkan kesan positif.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Dr Yaakob Sapari (gambar) menafikan berita itu ketika sesi penggulungan bajet tambahan peruntukan pembangunan 2010 di dalam sidang Dun yang berlangsung hari ini.
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor membentangkan Akta Kebebasan Maklumat dalam sidang DUN Selangor dan berharap ia akan diikuti oleh negeri-negeri lain termasuk kerajaan pusat.
Kesedaran bahawa kebebasan maklumat merupakan asas kepada sistem demokrasi telah mendorong lebih dari 80 negara di merata dunia, dari Sweden ke Filipina untuk memperkenalkan undang-undang yang memudahkan dan memperdayakan hak dan peluang rakyat untuk memperolehi maklumat dari pihak kerajaan. 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan