Rabu, 14 Julai 2010

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


JOM KITA GELAK KERANA UMNO JUGA PARTI PERJUANGKAN ISLAM

Posted: 14 Jul 2010 02:00 PM PDT



malaysiakini melaporkan;

"Perdana Menteri dan Presiden Umno itu berkata PAS harus menghormati Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini.

Beliau berkata tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan Umno dalam hal tersebut" (sila Klik)

gambar di atas adalah gambar isteri presiden parti yang memperjuangkan islam.


UMNO - PAS, BUKAN HASRAT UMAT ISLAM ANJURAN NABI

Posted: 14 Jul 2010 01:45 PM PDT

KUALA LUMPUR 14 Julai - UMNO dan Pas digesa melaksanakan impian umat Islam yang mahu melihat kedua-dua parti itu menjalin kerjasama demi kepentingan perpaduan ummah.

Sehubungan itu, Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, sudah tiba masa dua parti itu bersikap terbuka, matang dan meletakkan kepercayaan sesama mereka bagi membangunkan agenda ummah. (sila Klik)

***

Islam haramkan perkauman. islam haramkan kezaliman seperti ISA. islam haramkan pengkhianatan hak rakyat.

Islam seru agar memberikan hak kepada rakyat secari adil, tanpa melihat etnik dan kaum. Islam tidak ajar, melakukan tindakan sehingga menyebabkan bangsa lain melihat Islam agama kaum tertentu.

justeru, PAS - UMNO bergabung, bukan hasrat Umat islam yang dianjurkan oleh nabi SAW. tetapi, mereka adalah golongan umat yang melibat dalam lingkungan yang terlalu sempit.

"wahai UMNO, islam bersifat universal. tidak ada perkauman sempit dalam islam"

SIAPA YANG NAK JATUHKAN KERAJAAN PR SELANGOR?

Posted: 14 Jul 2010 01:02 PM PDT


[1]

Dalam Akhbar Sinar harian pada hari rabu bertarikh 14 Julai 2010, melaporkan satu berita yang bertajuk "siang Dun tegang" di muka surat depan sentral.

Dalam laporan tersebut, Azmin Ali yang merupakan ADUN bukit antarabangsa mempersoalkan kerajaan negeri yang masih mengekalkan khidmat syarikat alam flora, meskipun dikatakan tidak memberi perkhidmatan yang baik seperti di Ampang yang mana sampahnya tidak dikutip mengikut jadual.

Azmin Ali juga menyatakan, negeri lain, seperti di perak telah menswastakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejalnya termasuk Sarawak yang tidak menggunakan Alam Flora.

Namun, tindakan Azmin Ali mempersoalkan tindakan kerajaan negeri terhadap Alam Flora ini dipertahankan oleh Exco infrastruktur.

[2]

Mungkin kita tidak perasan disebalik tindakan Azmin Ali yang mempersoalkan itu?

Sumber dalaman Alam Flora mendakwa, sebarang pembahagian projek yang diselenggarakan oleh Alam Flora, yang diberikan kepada kontraktor - kontraktor diputuskan dalam meeting exco.

Dikhabarkan, antara keputusan yang dibuat adalah, PAS mendapat kouta sebanyak 18%, PKR mendapat 21%, DAP mendapat 16% dan kontraktor lama [sudah pasti kontraktor-kontraktor UMNO] dikekalkan koata sebanyak 45%. Dan semua ini diserahkan kepada exco yang terbabit untuk menguruskannya.

Menurut dakwaan dalaman Alam Flora itu, berlaku beberapa perkara pelik dalam pembahagian projek dalam Alam Flora ini. Antaranya adalah, setiap kontraktor baru yang menghantar nama, perlu menghadapi ujian kelayakan. Namun, keputusan markah itu tidak dikeluarkan dengan sebab wujud campur tangan dari SUK [exco yang terbabit dengan Alam Flora].

"Peliknya, hanya seorang sahaja kontraktor PAS dapat dari koata PAS, dan yang lainnya, semua kontraktor-kontraktor UMNO yang dapat" dakwa dalaman Alam Flora tersebut, sambil memberikan kepada kami beberapa nama-nama kontraktor-kontraktor UMNO yang terbabit. Disertakan juga jawatan-jawatan mereka dalam UMNO.

Apabila ditanya, siapakah kontraktor PAS itu?

"Saya tidak ingat namanya, tetapi dia dari Kuala selangor" jawabnya.

[3]

Lebih mengejutkan lagi, dalaman Alam flora itu mendakwa bahawa antara yang dapat projek ini adalah seorang yang memberi funder yang agak besar dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

"dorang selalu buat meeting kat Indonesia.. dorang tidak buat di Malaysia" dakwa dalaman alam flora itu.

Dakwa dalaman alam flora itu lagi, "funder ini bersekongkol dengan beberapa orang tertentu dalam Alam Flora dan juga seorang dato' Bandar"

Apabila ditanya, apakah ia hanya melibatkan kepada UMNO sahaja?

"Ini bukan UMNO sahaja terlibat, tetapi ada juga orang-orang tertentu dalam pakatan rakyat terlibat dalam usaha ini" ujarnya yang boleh menimbulan persoalan.

Apabila ditanya, dia enggan menyebut siapakah orang-orang dari pakatan rakyat itu. Walau bagaimanapun, di akhir pertemuan kami, dalam loghat kelantan dia menyebut, "mungkin kito keno tanyo, Siapa orang yang bernama Zaini? Barangkali exco infrastruktur kenal, dan mungkin juga dia tidak kenal"

Sekian

P.s : segala ulasan ini, hasil dari pertemuan kami dengan seorang orang lama dalam Alam flora di ibu kota malam tadi. Diminta agar berita ini dikaji terlebih dahulu sebelum mempercayainya.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] sg buloh
15 Julai 2010 * 3:45 pagi

EXCO INFRASTRUKTUR SEDIA KERJASAMA UMNO - PAS?

Posted: 13 Jul 2010 08:25 PM PDT

Muhyiddin berbunyi lagi tentang kerjasama antara PAS - UMNO. Alasan kerjasama adalah, perkukuh Islam dan kedudukan melayu. Apakah benar kerjasama ini benar-benar boleh perkukuh Islam dan kedudukan melayu, atau sebenarnya mahu perkukuh UMNO?

Melayu dan Islam tidak boleh dikukuhkan selagimana rasuah masih berleluasa, ISA masih berjalan seperti biasa, penyelewengan harta rakyat berleluasa . Bukan sekadar tidak beragama, UMNO terbukti menjual agama. Apakah kita sudah lupa "Islam hadhari"?

Melayu dan Islam mengajar keadilan, UMNO melakukan kezaliman. Melayu dan islam menyeru kepada menghormati hak manusia termasuk terhadap bangsa cina dan india, tetapi UMNO mengkhianati bangsa cina dan india, malahan secara diam-diam UMNO mengkhianati Melayu.

Yang syok nak bergabung dengan UMNO ini, hanya exco inftrastruktur Negeri Selangor yang beliau sendiri ada melakukan pertemuan sulit dengan seorang mufti yang satu-satunya sering bercakap pasal gabung UMNO-PAS, iaitu Harussani di PNB Park pada tiga bulan lepas. Dalam reteriat PAS baru-baru ini pun, dengan lantang exco berkenaan mencemuh Tan Sri Khalid, PKR dan DAP. Ucapannya itu, memberi satu kejutan baru, bahawa retreat PAS kali ini seolah-olah dihadiri seorang wakil UMNO.

Sekian

p.s : 18 % kouta PAS dalam Alam Flora - dimaklumkan semuanya diberikan kepada Kontraktor UMNO [majoritinya orang Rahman Palil, Bekas Exco Agama dalam Kerajaan Selangor BN lalu] kecuali satu sahaja dapat kepada kontraktor PAS. Siapa yang bagi kepada kontraktor UMNO itu? dimaklumkan juga, exco yang ada kaitan dengan alam flora ini memberi surat sokongan terhadap Kontraktor-kontraktor UMNO itu.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah [b] Sg buloh
14 Julai 2010 * 12:04 tengahari

Tiada ulasan: