Isnin, 5 Julai 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Umno Didakwa Salah Guna Sekolah, Adakan Mesyuarat Perwakilan

Posted: 04 Jul 2010 05:14 PM PDT

TV SELANGOR


Larangan menggunakan bangunan sekolah atau harta benda sekolah sebagai gelanggang politik sudah lama dilarang digunakan di negara ini. Ini bagi mengelakkan prasarana kerajaan disalahguna untuk kepentingan parti.

Namun tinjauan TV Selangor di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis, Banting mendapati satu mesyuarat perwakilan Umno BN kawasan Kuala Langat diadakan di sekolah tersebut.

Krew TV Selangor tiba di perkarangan sekolah sekitar jam 8.30 pagi, dan mendapati dewan and tiang-tiang di persiar kaki diselubungi bendera parti Umno.

Malah ketika krew TV Selangor hendak masuk ke dewan membuat liputan berhubung majlis perwakilan tersebut, seorang wakil ahli jawatankuasanya melarang dari membuat liputan dengan alasan majlis tersebut dibuat secara tertutup.

TV Selangor mendapatkan komen bekas Presiden Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia, Nordin Mahmud yang melahirkan rasa duka citanya apabila sekolah itu digunakan untuk kepentingan parti politik tertentu.

"Pada saya kalau swasta, kebanyakan boleh disewakan dewan itu, tetapi kalau sekolah itu milik kerajaan saya berasa dukacita sebab kalau parti-parti pembangkang selalunya dihalang menggunakan bangunan kerajaan.

"Tetapi bagaimana pula Umno sendiri menggunakan ini seolah-olah ertinya orang lain boleh tetapi kita tidak boleh, ini berereti tidak baik," katanya.

Nordin berkata Umno BN harus menilai semula perbuatan melampau mereka ini apabila bersikap tidak adil dengan parti pembangkang apabila tidak membenarkan parti dari Pakatan Rakyat turut sama menggunakan harta benda sekolah.

Beliau menegaskan sekiranya kerajaan selama ini menguatkuasakan sekolah tidak boleh dijadikan gelanggang politik bagi mana-mana parti, ia harus diikuti dan tidak dilanggari larangan tersebut.

"Sewajarnya begitu, kalau sekolah itu boleh digunakan untuk tujuan politik semua orang tertakluk tidak kira daripada parti kerajaan atau pembangkang, ini tidak menghormati peraturan yang sedia ada dibuat," katanya.

Rakyat Sabah Mengeluh Akibat Dibelit Kegagalan Pentadbiran Barisan Nasional

Posted: 04 Jul 2010 05:13 PM PDT


TV SELANGOR


Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari, begitulah pepatah yang menggambarkan keluhan rakyat Sabah yang sekian lama dibelit kegagalan pentadbiran Barisan Nasional.

Rakyat Sabah menyangka kerjasama untuk membentuk Persekutuan adalah membawa kebaikan yang berpanjangan, namun siapa sangka sesudah 47 tahun Sabah kini antara negeri termiskin di Malaysia.

Dirahmati dengan hasil bumi yang kaya, namun hampir semuanya ditarah untuk projek-projek luar biasa.

Kuala Lumpur semakin pesat dengan wang-wang yang disedut dari bumi Sabah, namun kemana perginya kemewahan yang dijanjikan sehingga anak-anak Sabah sendiri terpaksa merantau ke Lembah Klang untuk menampung ibu-bapa di kampung.

Sejak 1963, kepercayaan rakyat Sabah di sia-siakan Barisan Nasional.

"Kesedaran adalah penting. Kesedaran menunjukkan bagaimana kita dapat menolong bagaimana kita punya perasaan dan niat, komitmen kita. Ini yang kita sama-sama nak cuba menyelesaikan. Kalaulah kita semua datang, ini satu yang baik. Kalaulah kita boleh mengembeleng semua tenaga kita, kita boleh tangani Masalah ini. Ini perkara yang sepatutnya tidak berlaku terutamanya antara kita sesama manusia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai masalah rakyat Sabah dalam Forum Masalah Rakyat Sabah di Lembah Klang Anjuran Pakatan Rakyat di Petaling Jaya hari ini.

Hampir 100 rakyat Sabah yang tinggal di Sekitar Lembah Klang hadir untuk berbincang bersama panel mengenai penyelesaian masalah sosio-ekonomi rakyat Sabah di semenanjung yang mendapat pendedahan media massa aliran utama.

Panel yang terdiri dari Wan Azizah, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kota Raja dari PAS, Dr Siti Mariah Mahmud, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok, Timbalan Presiden DAP Sabah, Edward Ewol Mujie, Ketua Gereja St Francis of Asisi, Cheras, Father Valentine Gompok dan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Chieu

Pemimpin DAP Lim Kit Siang mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat kegagalan pentadbiran Umno Barisan Nasional mendukung cita-cita generasi yang memilih untuk bersama dalam Malaysia 47 tahun yang lalu.

"Saya akan cakap di Parlimen bahawa sudah 47 tahun Sabah di bawah Malaysia, sudah sampai masanya tubuh satu Suruhanjaya Diraja untuk kaji samada angan-angan, harapan generasi Sabah tahun 63 ambil keputusan tubuhkan Malaysia, adakah ditunaikan," katanya.

Dr Siti Mariah yang juga ahli Lajnah Pusat PAS, kesal kerana sistem sosial dan politik yang meminggirkan rakyat sabah menyebabkan mereka masih lagi gagal berintegerasi sepenuhnya dengan Semenanjung Malaysia.

"Kami amat bersimpati dengan rakan-rakan yang berhijrah ke Kuala Lumpur kerana mencari satu kehidupan yang lebih baik tapi malangnya, apa yang kita dengar, apa yang anda alami lebih perit dari di Sabah. Selama 47 tahun Barisan Nasional memerintah Sabah bersama dalam Malaysia tapi malangnya kita masih tidak berjaya menintegrasikan Sabah dan Sarawak dengan semenanjung. Setengah orang kata Sabah, Sarawak dan Malaysia seolah-olah Sabah dan sarawak bukan sebahagian dari Malaysia," katanya.

Pakatan Rakyat Fail Usul Tergempar Permit Suara Keadilan Di Parlimen Esok

Posted: 04 Jul 2010 05:09 PM PDT

TV SELANGOR


Pakatan Rakyat akan memfailkan usul tergempar di Parlimen esok pagi untuk membahaskan tindakan kementerian dalam negeri tidak memperbaharui permit akhbar Suara Keadilan.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan turut mempertahankan laporan akhbar itu yang mendedahkan kepincangan Felda di mahkamah dan tidak akan memohon maaf kepada Felda.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata pihaknya mempunyai cukup bukti untuk mempertahankan laporan Suara Keadilan itu.

Justeru, beliau menggesa kerajaan menghentikan usaha untuk membisukan PKR serta akhbar miliknya itu.

Sivarasa berkata, tindakan KDN tidak memperbaharui permit Suara Keadilan dilakukan dengan niat untuk membisukan lidah Parti Keadilan rakyat dari terus mendedahkan isu-isu kepentingan umum.

Tindakan terbaru kementerian itu harus dibahas oleh Parlimen kerana ia menyentuh isu-isu kebebasan hak bersuara dan media serta maklumat yang membabitkan kepentingan awam.

"Usul isu Suara Keadilan ini difailkan untuk dibantahkan kepada pergantungan ini dan untuk mendesak Menteri meluluskan serta merta penerbitan ini yang tidak cuba menggugat atau menghalang suara kita daripada PKR.

"Kita nampak pergantungan Suara Keadilan ini, khususnya Najib, Perdana Menteri sekarang khuatir tentang perkara itu berhubung isu Felda yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan mereka nampak Suara Keadilan telah membawa banyak isu dan fakta," katanya.

Beliau berkata usul yang akan difailkan oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali pada esok pagi.

Ditanya mengenai tindakan Felda menyaman Suara keadilan bersabit laporan ini, Sivarasa berkata PKR akan mempertahankan segala laporan akhbar itu yang mendedahkan kepincangan dan salah urus wang Felda.

"Peguam Felda telah menghantar satu surat kepada Suara Keadilan dan PKR akan melantik peguam untuk menjawap dan kita sudah bagi jawapan iaitu kita sanggup mempertahankan apa jua yang diterbitkan oleh Suara Keadilan dan sebagai pandangan yang munasabah apabila rizab Felda merosot dengan merisaukan," katanya.

Isu pengundi: DAP gesa Pemuda Umno minta maaf, tarik balik kenyataan

Posted: 04 Jul 2010 05:06 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Sayap muda DAP menggesa Pemuda Umno menarik balik kenyataannya Isnin lalu berhubung nisbah pengundi antara orang Melayu dan bukan Melayu — mereka dakwa nisbah 1:40, yang dilihat mengelirukan rakyat negara ini dan memohon maaf secara terbuka.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Loke Siew Fook mendakwa kenyataan dibuat Pengerusi Biro Keahlian dan Pendaftaran Pengundi Pemuda Umno, Hishamuddin Yahya bukan sahaja palsu dan berbaur perkauman, malah menimbulkan suasana tidak senang di kalangan rakyat berbilang kaum.

Kelmarin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal juga berkata beliau tidak yakin nisbah antara Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru ialah 1:40.

Shafie berkata jumlah yang telah mendaftar sebagai pengundi baru di kalangan orang Melayu kini meningkat.

"Pemuda Sosialis DAP menggesa Pemuda Umno pusat segera mengarahkan Hishamuddin menarik balik kenyataannya yang mendakwa nisbah pengundi baru selepas pilihan raya umum ke-12 ialah 1 Melayu kepada 40 bukan Melayu.

"Pemuda Umno juga perlu memohon maaf secara terbuka kepada rakyat kerana kenyataan tersebut bukan sahaja palsu dan menggelirukan, ia juga menimbulkan perasaan kurang senang hati di kalangan masyarakat majmuk Malaysia," kata Loke dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah menambah kenyataan yang berbaur perkauman tersebut terbukti palsu selepas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjelaskan kepada bahawa nisbah sebenarnya ialah 2:1 iaitu setiap dua orang Melayu yang mendaftar, hanya seorang bukan Melayu mendaftar.

Katanya berdasarkan kenyataan SPR, angka yang sebenar yang telah didaftarkan oleh agensi itu sejak Mac 2008 ialah seramai 569,137 orang di mana 355,805 atau 62.2 peratus merupakan kaum Melayu, 131,046 (Cina) manakala 27,823 adalah kaum India.

"Angka ini melambangkan demografi yang lebih mirip kepada pecahan kaum di Malaysia dan amat jauh berbeza dari nisbah yang didakwa oleh Hishamuddin.

"Ternyata kenyataan dan dakwaan tersebut mempunyai agenda politik yang sempit dan ingin mengeliru dan menakutkan masyarakat Melayu bahawa kedudukan politik mereka semakin terancam," kata Loke.

Malah statistik SPR juga menunjukkan pada tahun lepas sahaja, Umno telah mendaftarkan jumlah pengundi baru paling banyak iaitu 24,818, diikuti DAP (17,756) dan PAS (16,987).

Shafie berkata beliau mengakui bahawa parti pembangkang banyak berusaha untuk menarik seberapa ramai yang mendaftar sebagai pemilih berbanding parti komponen Barisan Nasional.

Kenyataan Hishamuddin disiarkan oleh akhbar Berita Harian dalam muka surat depan Isnin lalu dan laporan susulan hari keesokan.

"Namun, selepas Pengerusi SPR menjelaskan angka yang sebenarnya semalam, Berita Harian langsung tidak melaporkan fakta yang sebenarnya hari ini. Apakah ini melambangkan tahap profesionalisme Berita Harian?" kata Loke lagi.

Loke menjelaskan, agenda lebih penting yang harus diperjuangkan oleh semua pihak susulan laporan awal minggu ini ialah pertimbangan sewajarnya harus diberi kepada cadangan pendaftaran pengundi secara automatik.

Katanya, setiap warganegara Malaysia yang mencapai umur, yang layak harus menjadi pengundi sah tanpa perlu mendaftarkan diri dengan SPR.

"Ini bukan sahaja akan memudahkan urusan SPR dan menjimatkan sumber, malah kebimbangan bahawa kedudukan politik mana-mana kaum akan terancam tidak akan timbul sama sekali kerana setiap warganegara Malaysia berhak untuk menentukan barisan pimpinan negara.

"DAP dan Pakatan Rakyat menyokong penuh cadangan pendaftaran pengundi secara automatik kerana ia telah dipersetujui dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diluluskan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam tahun lepas," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga berkata nisbah itu tidak betul dan tidak masuk akal.

Ibrahim Ali: Perkasa tegas kerana ‘Melayu sudah bangkit’

Posted: 04 Jul 2010 05:02 PM PDT


THE MALAYSIA INSIDER

KUALA LUMPUR— Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mempertahankan artikel kontroversi bertajuk "Tahan Ka Siong Bawah ISA" terbitan edisi sulung Suara Perkasa, yang muncul di pasaran Khamis lalu, dengan mendakwa mereka tegas kerana "orang Melayu sudah pun bangkit" sekarang.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, kata-kata menggesa kerajaan menahan pemimpin-pemimpin Melayu sudah lama dikeluarkan oleh bukan Melayu sejak selepas pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

"Kami ada merakamkan banyak kenyataan, rencana, dan ucapan oleh pembangkang, bukan Melayu, blogger dan yang lain. Kini orang Melayu sudah pun bangkit (menuntut hak mereka)," kata Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri memanggil editor Suara Perkasa bagi memberi penjelasan berhubung artikel bertajuk "Tahan Ka Siong Bawah ISA".

Pertemuan hampir sejam tersebut bermula pukul 5 petang dan dihadiri Editor Suara Perkasa Amirudin Mohamad, Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dan Setiausaha Bahagian Penerbitan, Teks & Al-Quran Datuk Zaitun Abd Samad.

Suara Perkasa akan dipanggil sekali lagi pada Isnin ini.

Dalam komennya semalam Ibrahim berkata, beliau sanggup untuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — buat kali ketiga — jika didapati menjadi mudarat kepada keselamatan negara.

Sehubungan itu dalam kenyataan hari ini Ibrahim menegaskan, Perkasa bertindak tegas dalam isu semasa berdasarkan pengalaman-pengalaman pihaknya sepanjang dua tahun lalu.

"Seorang perwakilan MCA dari Perak pernah meminta kerajaan agar menahan (Ketua Pemuda Umno sekarang) Khairy Jamaluddin di bawah ISA, pada Oktober 2008.

"Seorang pemimpin Wanita Gerakan juga pernah menggesa agar (bekas Ketua Umno Bukit Bendera ketika itu), Datuk Ahmad Ismail juga ditahan di bawah ISA. Ada aduan polis dibuat di Bagan Serai minta Datuk Nasir Safar (bekas pegawai khas Perdana Menteri) ditahan di bawah ISA.

"Banyak kenyataan dibuat menyinggung orang Melayu sebelum ini... malah, (Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr) Wee Ka Siong sendiri pernah mengecam Kongres Ekonomi Bumiputera dianjurkan oleh MPM (baru-baru ini)," katanya lagi.

Ibrahim menyenaraikan kes-kes lain termasuk serangan terhadap ucapan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang memetik ucapan sejarah beberapa hari sebelum pilihan raya kecil Hulu Selangor manakala Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein dikritik kerana sekadar mencium keris dan tidak "menikam sesiapa pun."

Ibrahim dilihat lantang bersuara dengan ada yang mengelarkannya sebagai "ultra Melayu" dan bertindak sedemikian sejak menubuhkan Perkasa akhir 2008.

Perkasa mengeluarkan akhbar Suara Perkasa, yang dijual RM2 senakhah bermula kelmarin

BN, Pakatan Johor harapkan lampu hijau Putrajaya bina ‘jambatan bengkok’

Posted: 04 Jul 2010 05:01 PM PDT


KUALA LUMPUR— Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat masih meletakkan harapan agar kerajaan pusat akan memberi lampu hijau agar idea membina jambatan bengkok yang pernah diilhamkan hampir sedekad lalu dapat dihidupkan semula.

Sehubungan ini, Umno Johor meminta Putrajaya menimbang semula cadangan membina jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar minggu lalu.

Ketua Penerangan Umno Johor Datuk Samsol Bari Jamali berkata, Sultan Johor telah bertitah untuk melihat jambatan bagi menggantikan Tambak Johor, jadi kerajaan perlu menimbang semula cadangan tersebut.

"Sultan Johor bertitah untuk melihat Tambak Johor digantikan pasti ada sebabnya... kemungkinan untuk kepentingan rakyat.

"Jadi kerajaan perlu mengambil kira pandangan Sultan Johor dan mengkaji semula cadangan untuk membina jambatan itu," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, pembinaan jambatan bengkok secara tidak langsung dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Tambak Johor.

"Jambatan bengkok ini boleh dikatakan sebagai satu keperluan kepada rakyat di sini.

"Dengan adanya jambatan baru disini saya pasti kesesakan lalu lintas yang berlaku di Tambak Johor akan dapat diatasi," katanya.

Dalam laporan The Malaysian Insider semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) berkata, pentadbiran Najib tiada rancangan untuk menghidupkan semula jambatan bengkok yang pernah diilhamkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menggantikan Tambak Johor.

Menurut Nazri, kerajaan akan kekal dengan keputusan yang dicapai antara Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika pentadbiran perdana menteri terdahulu itu.

"Keputusan pentadbiran kerajaan semasa kekal dan berpegang pada keputusan yang dibuat oleh pentadbiran sebelum ini, di bawah (kepimpinan) Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Jambatan bengkok tidak akan dibina. Tidak ada perbincangan untuk menghidupkan projek ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Tegas Nazri, kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya memberi reaksi kepada laporan media, yang memetik individu-individu tertentu yang mendesak agar idea itu dihidupkan semula.

Dalam tulisan menerusi blognya Rabu lalu, Dr Mahathir mengulangi pendirian beliau agar Perdana Menteri menghidupkan semula pelan membina "jambatan bengkok" yang pernah dicadangkannya untuk menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Johor dan Singapura.

Sehubungan itu, bekas perdana menteri menyoal sebab Najib enggan meneruskan idea berkenaan memandangkan perkara tersebut juga telah disentuh oleh Sultan Johor minggu lalu.

"Dilaporkan bahawa Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor telah bertitah bahawa baginda suka untuk melihat jambatan menggantikan tambak Johor.

"Demikian juga dititah oleh Al-Marhum Sultan Iskandar bahawa baginda hendak tambak Johor diganti dengan jambatan.

"Saya tidak pernah dengar rakyat Johor kecuali seorang yang bersetuju kekalkan tambak dan kesesakan lalu lintas di Johor Baru kerananya. Demikian juga saya tidak dengar bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap projek jambatan mengganti tambak Johor ini," kata Dr Mahathir.

Dalam ulasan segera pada hari yang sama Najib berkata, kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Senada dengan pemimpin Umno, Pengerusi PKR Johor Mohd Annuar Mohd Salleh berkata kerajaan perlu mengambil kira pandangan Sultan Johor dan tidak boleh menolaknya bulat-bulat.

"Sultan Johor ada bertitah untuk melihat jambatan bagi menggantikan Tambak Johor jadi mengapa kerajaan menolaknya bulat-bulat.

"Sepatutnya kerajaan perlu menimbang semula cadangan tersebut dan apabila Sultan Johor bertitah semua pihak perlu menghormatinya," katanya.

Beliau berkata Sultan Johor mahu jambatan dibina bagi menggantikan Tambak Johor pasti ada sebabnya.

"PKR tidak akan bantah titah Sultan Johor kerana ia memberikan banyak kebaikan kepada rakyat.

"Justeru saya harap supaya kerajaan perlu mengkaji semula cadangan itu," katanya.

Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mahfodz Mohamad berkata pihaknya bersetuju dengan Sultan Johor supaya jambatan dibina bagi menggantikan Tambak Johor kerana ia dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang dialami selama ini.

"Di Tambak Johor sering berlaku kesesakan jadi adalah baik sekiranya satu lagi jambatan dibina untuk mengatasi masalah itu.

"Jadi kerajaan harus menimbangkan semula cadangan untuk membina jambatan tersebut," katanya.

Beliau juga menyifatkan Nazri sebagai "pemimpin kecil" yang sepatutnya tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan.

"Beliau (Nazri) bukan pemimpin tertinggi dalam Umno, beliau cuma menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen... jadi apa hak beliau untuk buat keputusan?

"Sepatutnya yang membuat keputusan adalah Perdana Menteri bukan Nazri.

"Bagi pihak rakyat Johor, saya meminta supaya kerajaan menimbang semula cadangan untuk membina jambatan tersebut," katanya.

PAS ‘selamat’ walaupun saingan pemilihan 2011 mungkin sengit

Posted: 04 Jul 2010 05:00 PM PDT


KUALA LUMPUR— Pemimpin tertinggi PAS yakin kedudukan komponen Pakatan Rakyat itu tidak akan terjejas walaupun ada yang beranggapan pemilihan tahun depan mungkin sengit sambil menyifatkan kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam hanya "pandangan peribadi" bimbang dengan kemungkinan itu.

Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar berkata, apa yang disuarakan oleh Mursyidul Am PAS itu adalah tanggapan peribadinya yang bimbang sekiranya berlaku perpecahan dalam parti.

"Itu hanya tanggapan peribadi beliau (Nik Aziz). Sebenarnya tidak berlaku pergeseran dalam parti jika pun ada, ia hanya sementara sahaja.

"Mungkin beliau bimbang sekiranya berlaku perpecahan dalam parti kerana masing-masing mahu merebut jawatan ketika pemilihan parti nanti," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang tahun lalu memenangi jawatan naib presiden.

Pemilihan PAS diadakan dua tahun sekali.

Bekas Ketua Dewan Pemuda itu berkata walaupun Nik Aziz menyarankan agar tidak mengadakan pemilihan tetapi beliau tidak melarang daripada terus dijalankan.

"Beliau tidak larang untuk adakan pemilihan parti tapi setiap calon perlu bertanding dalam akhlak yang tinggi.

"Sebenarnya melalui pemilihan parti setiap calon yang bertanding dapat menunjukkan kesungguhan, kebolehan, prestasi dan komitmen yang tinggi bagi dipilih oleh perwakilan. "Selain itu, mereka juga boleh menunjukkan sumbangan yang besar kepada parti," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengakui wujudnya perpecahan dalam parti itu bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan tahun depan.

Kemelut perpecahan dilihat meruncing kerana beliau sendiri menyarankan agar tidak diadakan pemilihan bukan sahaja di peringkat tertinggi parti malahan di peringkat sayap parti iaitu Dewan Muslimat, Ulama dan Pemuda.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemilihan untuk kepimpinan perlu diadakan secara perbincangan ataupun melalui syura dan bukannya dengan meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi kepimpinan parti itu semasa muktamad 2011.

Bagaimanapun, Nik Aziz berkata jika pemilihan atau pertandingan tidak dapat dielakkan pada muktamar akan datang, beliau menyarankan pemilihan itu diadakan secara teratur dan mengikut disiplin parti.

Pada pemilihan tahun lalu Datuk Seri Abdul Hadi Awan menang tanpa bertanding manakala pemilihan kerusi timbalan menyaksikan saingan tiga penjuru.

Tiga kerusi naib presiden dimenangi oleh muka baru. Selain Mahfuz dua yang lain ialah Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Difahamkan pemilihan pucuk kepimpinan pusat PAS nasional dijangka memperlihatkan saingan sengit melibatkan semua peringkat berbanding masa lalu.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib pula berpendat beliau tidak nampak perpecahan akan berlaku walaupun wujud persaingan jawatan tertinggi parti.

"Saya sebenarnya tidak nampak berlakunya perpecahan dalam merebut jawatan tertinggi dalam parti. Jadi apa yang dinyatakan Nik Aziz adalah pandangan peribadi sahaja.

"Selama ini pun pemilihan yang diadakan berjalan dalam keadaan lancar tanpa berlakunya pergeseran antara pemimpin parti," katanya.

Beliau berkata individu yang bertanding dalam pemilihan parti bukan menawarkan diri sendiri tetapi dicalonkan oleh kawasan.

"Jadi setiap calon bertanding perlu membuktikan bahawa mereka layak untuk menyandang jawatan tersebut.

"Lagipun mereka bertanding bukan untuk diri sendiri tapi untuk parti.

"Mereka juga bukan mahu merebut jawatan tetapi mahu buat kebajikan, sebab itu mereka berlumba-lumba untuk menunjukkan prestasi terbaik," katanya.

Ketua Dewan Pemuda Nasrudin Hassan Tantawi berkata sistem pemilihan yang diadakan parti sudah cukup bagus kerana pemimpin atau calon bertanding dapat menunjukkan prestasi terbaik masing-masing.

"Apa yang dinyatakan Nik Aziz adalah pandangannya sahaja kerana bagi saya sistem pemilihan yang diadakan sekarang sudah cukup bagus, selain memberi peluang kepada calon bertanding untuk menunjukkan prestasi terbaik.

"Selain itu saya juga tidak nampak berlakunya perpecahan dalam parti akibat daripada pemilihan ini. Namun begitu pandangan tersebut akan diambil kira kerana idea tersebut boleh diguna pakai sekiranya perlu," katanya.

Nasrudin bagaimanapun setuju untuk diadakan pemilihan dalam kepimpinan secara perbincangan sekiranya berlaku "politik kotor" ketika pemilihan tersebut.

"Sekiranya wujud cantas-mencantas antara calon dan politik kotor cadangan pemilihan kepimpinan melalui perbincangan boleh dilaksanakan.

"Walaupun setakat ini tidak berlaku tetapi kita perlu bersiap sedia kerana kebimbangan untuk ia berlaku tetap ada," katanya.

Ketua Dewan Muslimat Nuridah Mohd Salleh juga melihat pendirian Nik Aziz semalam sebagai pandangan peribadi beliau.

"Tidak timbul soal perpecahan dalam parti... jadi apa yang dikatakan itu mungkin hanya pandangan peribadi sahaja.

"Walau bagaimanapun segala keputusan perlu dibawa ke mesyuarat tertinggi parti, jadi adalah lebih baik supaya perkara ini tidak dipanjangkan," katanya.

Pandangan mereka juga seiring dengan pendapat penasihat undang-undang Hanipa Maidin yang berpendapat bahawa "saya tidak nampak pemilihan akan membawa perpecahan."

"Ini bukan kali pertama PAS mengadakan pemilihan, bukan kali pertama mengadakan pemilihan... pemilihan berjalan dengan baik," kata beliau sambil menambah, PAS berbeza dengan parti-parti lain khususnya Umno.

"Kami di PAS bukan merebut jawatan, hendak berlumba-lumba mahukan jawatan macam dalam Umno. Kalau ada pertandingan pun ia mengikut perlembagaan parti... kalau ada pandangan ia OK, tetapi bukan sesuatu yang buruk," kata beliau, yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, yang berpandangan bahawa apa jua perbezaan pendapat yang wujud di kalangan calon bertanding hanya bersifat sementara.

PGPO anjur persidangan mengenai Gaza di Kuala Lumpur pada 11 Julai

Posted: 04 Jul 2010 04:57 PM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Satu persidangan antarabangsa bertajuk "Memecahkan Kepungan: Dalam Semangat Rachel Corrie dan Mavi Marmara" akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada 11 Julai ini.

Persidangan itu, yang dianjurkan oleh Pertubuhan Keamanan Global Perdana (PGPO) antara lain akan membincangkan langkah dan usaha yang akan dilaksanakan bagi mencabar kepungan yang dilakukan secara haram di Gaza, menurut kenyataan PGPO yang dikeluarkan di sini hari ini.

Antara penceramah pada persidangan itu ialah Ketua Insani Yardim Yakfi (IFF) iaitu sebuah pertubuhan bantuan kemanusiaan Turki, Yildrim Bulent, bekas penolong setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Denis J.Halliday dan ketua pasukan MV Rachel Corrie, Derek Graham.

"Pengerusi PGPO Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama manakala ucapan penutupan akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin," menurut kenyataan itu.

Persidangan sehari itu akan diadakan di Dewan Tun Razak 1 di PWTC mulai 9 pagi. Masuk adalah percuma dan ia dibuka kepada orang ramai namun mereka dinasihati supaya datang awal memandangkan tempat duduk yang terhad.

Sebarang pertanyaan berhubung persidangan itu boleh dikemukakan dengan menghubungi 03-88858965 (Maizatul), 03-88858960 (Noorinsun), 019-3843913 (Dr Zulaiha Ismail) atau 019-9100090 (Shamsul).

Loji arang batu Sabah: NGO luar negeri cadang batalkan

Posted: 04 Jul 2010 04:55 PM PDT

BERNAMA

KOTA KINABALU — Pertubuhan-pertubuhan dan individu seberang laut mahukan Malaysia menunjukkan teladan cemerlang kepada dunia dengan membatalkan loji berkuasa arang batu yang dicadangkan di Lahad Datu, Sabah.

Menyertai pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang menyatakan bantahan terhadap loji itu kerana khuatir ia menjejas alam sekitar, ialah surat-surat dari seantero dunia yang dikirim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar menerajui usaha ke arah penggunaan tenaga bersih.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Green Surf (Sabah Unite to Re-Power the Future) berkata antara mereka yang menulis surat berkenaan ialah aktivis alam sekitar terkenal Amerika Julia Butterfly Hill dan rakan sealirannya dari Australia, John Seed.

Pengarah Eksekutif Land Empowerment Animals People (Leap) dan anggota Green Surf Cynthia Ong berkata terdapat kebimbangan mendalam di kalangan masyarakat sejagat terhadap cadangan membina loji itu dengan kuasa 300-megawatt di Sabah yang terkenal kerana kewujudan orang utan, badak dan kawasan marin terkenal seperti Sipadan.

Dalam surat itu, pertubuhan berkenaan positif terhadap komitmen Najib untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menyanjungi kepimpinannya, kata beliau.

‘Roadshow’ Umno Selangor mahu dedah sandiwara Pakatan

Posted: 04 Jul 2010 04:51 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

TANJONG KARANG — Umno Selangor akan mengadakan program jelajah seluruh Selangor minggu depan bagi menjelaskan mengenai pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap rakyat di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata program itu diadakan rentetan kemelut terkini yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) membabitkan Naib Presidennya Azmin Ali dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Apa juga masalah yang berlaku dalam PKR bagi kita itu sandiwara mereka. Kita tidak payah campur tangan supaya kita tidak akan terperangkap dengan taktik dan cara mereka.

"Yang penting kita mesti terangkan kepada rakyat bahawa perkara itu berlaku semata-semata kerana nak tarik perhatian rakyat kepada PKR, supaya rakyat tidak lupa PKR.

"Ini kerana rakyat dah mula lupa mereka sebab mereka tidak dapat menunaikan janji kepada rakyat dan bangunkan Selangor," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian selepas majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Tanjong Karang yang disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau turut mengingatkan Umno Selangor supaya tidak berpeluk tubuh dan menganggap kemelut yang berlaku dalam PKR sebagai bonus kepada Umno untuk memenangi semula hati rakyat Selangor.

"Sebaliknya kita mesti tingkatkan kerja kita dan turun padang untukberkhidmat kepada rakyat," katanya.

Pada 27 Jun lepas, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak diumumkan sebagai Pengerusi PKR Selangor menggantikan Khalid berkuat kuasa serta merta oleh Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR.

‘Kalau begitu, siapa harus kita percaya’, Raja Petra tanya Najib

Posted: 04 Jul 2010 04:46 PM PDT


LONDON — Blogger Raja Petra Kamaruddin memperlekeh dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak wajar dipercayai sama sekali kerana menerima pembiayaan Pakatan Rakyat selama ini.

Dengan merujuk kepada organisasi media di Malaysia yang kebanyakannya sama ada dimiliki atau dikawal komponen Barisan Nasional (BN), yang menerajui kerajaan pusat, penulis kontroversi Malaysia Today ini menyangkal pandangan Perdana Menteri bahawa sokongan politik bermakna seseorang itu ketandusan kredibiliti.

"Kalau begitu, bukankah New Straits Times disokong oleh Umno? The Star oleh MCA?" kata beliau ketik ditemui di sini, semalam.

Ketika bercakap kepada The Malaysian Insider, Raja Petra berkata kesemua organisasi media didokong oleh pelabur-pelabur dengan agenda tertentu sama ada ia memberi kesan langsung ataupun tidak ke atas hala tuju editorial masing-masing.

"Jadi adakah beliau mengatakan bahawa kita tidak harus mempercayai mana-mana media (di Malaysia)," katanya lagi.

Anggota kerabat diraja ini antara lain pernah membuat dakwaan terhadap Najib berhubung pembunuhan kejam wanita Mongolia Altantuya Shariibuu empat tahun lalu.

Ketika ditanya sama ada beliau menerima sebarang wang daripada Pakatan Rakyat, Raja Petra menjawab, "saya cuba menjana sumbangan kepada Pakatan, bukannya menerima daripada mereka."

Kata Raja Petra, itu sebabnya beliau ingin melihat wujudnya sistem dua parti di Malaysia berbanding hegemoni BN yang memerintah sejak lima dekad lalu.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan semalam, Najib berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra yang kini berada di London.

Malah menurut Najib yang juga Presiden Umno dan Ketua Umno Pekan, rakyat juga tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan.

"Kalau Raja Petra ditaja pembangkang, bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik... jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya," kata Najib lagi.

Sehari sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Nazri berkata bukti yang menunjukkan parti pembangkang itu membiayai pengendali blog itu sedang disiasat.

"Memang betul, saya ada bukti, duit dihantar kepada Raja Petra. Saya ada bukti tunjuk hantar RM500,000, dia (Raja Petra) terima RM470,000 RM30,000 lagi habis ke mana saya tak tahu," kata Nazri.

Pengawal Keselamatan Dibunuh Dengan Tangan Kanan Dipotong

Posted: 04 Jul 2010 04:45 PM PDT

BERNAMA

KAJANG: Seorang pengawal keselamatan ditemui mati dalam keadaan tangan kanannya dipotong di kawasan semak bersebelahan Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Batu 9, di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa, yang hanya dikenali sebagai Letchumana, dalam lingkungan umur 30an, ditemui oleh orang awam dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah dan terdapat sebuah kereta jenis Proton Pesonaberhampirannya.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Shakaruddin Che Mood berkata berdasarkansiasatan awal, polis percaya mangsa dibunuh oleh orang yang dikenalinya.

"Mangsa dikejar oleh suspek yang menaiki kereta itu sebelum dilanggar oleh mereka... setelah dilanggar dan jatuh daripada motosikalnya mangsa bertindak melarikan diri dengan menuruni juram ke kawasan semak itu.

"Kereta yang dinaiki suspek terus mengejar mangsa dengan melalui jalan ke kawasan semak itu dan seterusnya bertindak melanggar mangsa sekali lagi sebelummemotong tangan mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata, bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri dan meninggalkan keretanya di tempat kejadian.

"Kita percaya suspek melakukan kegiatan ini lebih dari seorang dan dalam kereta itu polis menjumpai sebilah parang yang hanya disimpan atau digunakan untuk memotong tangan mangsa," katanya.

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan punca pembunuhan bermotifkan dendam dan kes itu akan di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang lelaki berumur lingkungan 30an ditemui mati dengan keadaan tangan, kaki dan mulutnya diikat di dalam sebuah rumah pangsa di Desa Serdang di sini kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Mohd Shakaruddin berkata, polis menerima maklumat daripada jiran mangsa yang mendapati terdapat bau busuk dari rumah itu.

"Tiba di rumah mangsa kita dapati rumah yang didiaminya dikunci dari dalam...kita terpaksa pecahkan pintu itu dan melihat keadaan tangan, kaki dan mulut mangsa diikat," katanya.

Katanya, melihat daripada keadaan mayat, mangsa dipercayai telah mati lebih dari tiga hari.

"Mangsa yang menyewa rumah itu dipercayai tinggal seorang diri...identiti mangsa dan punca kematian masih belum dikenal pasti," katanya.

KDN Belum Putuskan Pembaharuan Permit Suara Keadilan

Posted: 04 Jul 2010 04:42 PM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum membuat keputusan berhubung permohonan pembaharuan permit penerbitan Suara Keadilan.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab. Samad hari ini menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa KDN sedang meneliti dan mempertimbangkan permohonan pembaharuan permit penerbitan itu.

"Kementerian masih belum membuat sebarang keputusan mengenai permohonan tersebut," katanya.

Katanya, kenyataan yang mengatakan kementerian telah menggantung permitpenerbitan Suara Keadilan adalah tidak benar dan tidak berbangkit sama sekali.

Beliau berkata, keputusan berhubung pembaharuan permit itu hanya akan dibuatsetelah mendapat penjelasan yang memuaskan daripada pihak penerbitan Suara Keadilan. Zaiton juga memaklumkan bahawa permit penerbitan Suara Keadilan telah tamat tempoh sah laku pada 30 Jun lalu dan permit yang diberikan sebelum ini adalah bagi tempoh satu tahun iaitu dari Julai 2009 hingga 30 Jun lalu.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa KDN memutuskan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat akhir bulan lepas setelah tidak berpuas hati dengan penjelasan sidang redaksi penerbitan itu berhubung beberapa perkara.

Antaranya, pihak KDN dilaporkan tidak berpuas hati dengan penjelasan editor akhbar berkenaan Dzulkarnain Taib, berhubung penyiaran artikel bertajuk FeldaBankrap. -

Empat Faktor Pengaruhi Sikap Rakyat Terhadap UMNO - Najib

Posted: 04 Jul 2010 04:34 PM PDT

BERNAMA

PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat faktor penting yang mempengaruhi sikap dan keperluan rakyat terhadap parti UMNO sebagai parti yang boleh membela nasib mereka.

Beliau berkata, faktor pertama adalah sama ada rakyat berpuas hati dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, bahagian dan cawangan tentang sesuatu program yang dilakukan.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, pelaksanaan dasar dan sesuatu keputusan yang diambil itu akan dilihat oleh rakyat sebagai ukuran bagi meningkatkan khidmat kepada masyarakat.

"Faktor kedua pula adalah bagaimana kepimpinan negeri menguruskan soal permohonan tanah, sama ada tanah yang mahu diterokai, soal perumahan dan perkara tertentu," katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.

Najib berkata, faktor ketiga pula melibatkan penilaian masyarakat terhadappengurusan kepimpinan peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian dan rakyat mendapat kepuasan seperti mana penilaian yang dibuat di peringkat nasional.

"Faktor terakhir adalah peranan wakil rakyat yang dipilih melalui pengundian pada pilihan raya umum lalu sama ada mereka disenangi pengundi itu sendiri atau sebaliknya," katanya.

Menurutnya, tsunami politik akan berlaku sekiranya faktor-faktor berkenaan menjadi faktor negatif di mana rakyat tidak menyenangi dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, parti dan wakil rakyat itu sendiri.

"Justeru, saya menyeru semua pemimpin parti tidak kira di peringkat akar umbi mahupun bahagian harus melaksanakan tanggungjawab mereka demi kepentingan rakyat," katanya. Beliau juga meminta semua cawangan dan bahagian mempermudahkan urusan pendaftaran ahli baru yang ingin menyertai UMNO bagi menunjukkan peranan parti yang sedia membantu dan bersikap terbuka dalam apa jua perkara melibatkan soal rakyat.

Katanya, soal pendaftaran ahli tidak boleh dibuat secara bermusim sebaliknya ia perlu dilakukan secara berterusan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh menarik minat untuk menyertai parti itu.

Dalam pada itu, mesyuarat itu juga mengusulkan usul tergempar apabila menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang membuat keputusan tidak meluluskan lesen pertaruhan sukan sempena Kejohanan Bolasepak Piala Dunia.

Usul yang dibawa oleh Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Pekan, Mohd Arippin Daud itu menyatakan mereka tetap mempertahankan keputusan Perdana Menteri walaupun terdapat pihak tertentu yang mendesak supaya meluluskan lesen tersebut.

Siap sedia hadapi p'raya umum, kata Hisham

Posted: 04 Jul 2010 04:33 PM PDT

BERNAMA



Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hari ini masa telah tiba bagi BN, khususnya Umno, membuktikan bahawa kelemahan dan kesilapan mereka yang wujud sebelum ini telah berjaya diatasi.

Oleh itu, BN dan semua parti komponennya kini perlu bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tanpa dolak-dalik lagi, kata beliau.

Menurut beliau, alasan-alasan klise dan remeh yang sering digunapakai sebelum ini tidak boleh lagi digunakan sebagai faktor penyokong untuk 'lari' dari bertanding dalam pilihan raya.

Katanya, pindaan terhadap perlembagaan (parti) dan transformasi menyeluruh di dalam Umno adalah langkah drastik yang diambil untuk kembali memperkasakan parti, sekaligus membolehkan Umno muncul sebagai parti komponen BN pertama yang berani bertindak sedemikian rupa.

"Kita tidak ada pilihan. Kita kena siap sedia, sampai bila kita nak beri alasan kita tak bersedia? Sampai bila kita nak katakan bahawa kita belum mampu berdepan dengan pilihan raya umum?

Sampai bila kita nak katakan bahawa kita masih lagi dibelenggu dengan masalah-masalah yang terpaksa kita hadapi masa pemulihan dulu?

"Tak boleh lagi dah. Masa dah sampai untuk kita bangkit, masa dah sampai untuk kita tunjukkan pada orang ramai bahawa Umno dah insaf, sedar, dah muhasabah diri, dah buat perancangan dan akan lakukan transformasi," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Serdang.

Menteri Dalam Negeri itu menyatakan demikian ketika merujuk kepada kenyataan seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan mengusulkan supaya Badan Perhubungan Umno Negeri di lima buah negeri kembali diterajui oleh kepimpinan parti negeri terbabit.

Ini kerana, menurut Ahmad Zahid, keadaan Umno di negeri-negeri berkenaan iaitu Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, dan Wilayah Persekutuan telah kembali mantap dan pulih.

"Memang kepimpinan di semua peringkat negeri mesti diteliti dengan sebaik mungkin kerana yang kita nak pastikan ialah kemenangan calon kita dan parti di setiap negeri," katanya.

Tak perlu percaya Raja Petra, kata Najib

Posted: 04 Jul 2010 04:31 PM PDT

BERNAMA



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra Kamaruddin yang kini melarikan diri ke London.

Perdana Menteri berkata rakyat juga kini tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan.

"Kalau Raja Petra ditaja pembangkang, bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik...jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam, bahawa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Najib yang juga ketua bahagian Pekan berkata rakyat tidak perlu percaya bulat-bulat terhadap pelbagai tuduhan yang dibuat Raja Petra dalam laman blognya, Malaysia Today yang dikatakan mendapat pembiayaan PKR.

Sebaliknya, perdana menteri berkata, rakyat perlu mengkaji setiap dakwaan berbaur politik yang ditulis Raja Petra itu.

Mengulas mengenai pelantikan dua hakim syarie wanita pertama negara, Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak, perdana menteri berkata ia membuktikan bahawa kedudukan wanita di negara ini sama taraf dengan kaum lelaki.

"Malah dalam Islam pun tidak menyekat kemaraan dan kedudukan serta status wanita dalam Islam sentiasa terpelihara," katanya.

Buat julung kalinya negara mempunyai hakim syarie wanita selepas mendapat perkenan Yang di-pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin yang melantik mereka Mei lepas, dengan masing-masing ditempatkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Pemuda MIC usul singkir ahli tidak bertanggungjawab

Posted: 04 Jul 2010 04:30 PM PDT

BERNAMA



Pemuda MIC hari ini telah membuat usul supaya parti itu menyingkirkan ahli yang tidak memberi kerjasama dalam membangunkan kebajikan masyarakat India di negara ini.

Ketuanya T. Mohan berkata selain itu pemimpin parti itu yang tidak menjalankan tanggungjawab juga perlu diganti.

"Boleh dilihat tiada tindakan diambil di sesetengah tempat. Itu tidak bermaksud kami mengabaikan tanggungjawab, kami sedang melakukan tetapi kerjasama di antara anggota juga diperlukan," katanya pada mesyuarat perwakilan Pemuda MIC Kebangsaan di sini hari ini.

Mesyuarat perwakilan itu juga membuat usul agar gaji minima pekerja ladang ditetapkan antara RM900 hingga RM1,200 sebulan.

Selain itu, Pemuda MIC menggesa kerajaan menjadikan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai ujian kelayakan untuk masuk ke universiti untuk semua berbanding pada masa kini yang turut menerima lulusan matrikulasi.

Ini memberi gambaran suasana yang tidak adil kepada pelajar yang menduduki STPM, kata Mohan.

Pemuda MCA buat laporan polis terhadap PERKASA

Posted: 04 Jul 2010 04:27 PM PDT

BERNAMA



Pergerakan Pemuda MCA hari ini membuat laporan polis berhubung penyiaran berita muka depan akhbar terbitan Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Perkasa yang mahu kerajaan menahan Ketua Pemuda MCA Dr Wee Ka Siong di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Laporan polis itu dibuat oleh kira-kira 22 Pemuda MCA Wilayah Persekutuan dan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) di Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ketua Pemuda MCA Selangor Dr Kow Cheong Wei mendakwa isi kandungan akhbar yang disiarkan pada Khamis lepas itu adakah satu pernyataan serta kritikan yang keterlaluan.

"Kami harap Kementerian Dalam Negeri menarik balik lesen penerbitan Perkasa," katanya kepada pemberita di IPD berkenaan.


Perhimpunan kedua GAS di Klang hari ini

Posted: 04 Jul 2010 04:25 PM PDT

MALAYSIA KINI



Kira-kira 600 orang menyertai perhimpunan kedua anjuran Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) di Dewan Hamza di Klang dalam kempen mendesak presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu S meletak jawatan.

Bagaimanapun, kira-kira 50 ahli MIC Klang turut hadir. Dan seperti yang diduga berlaku jerit menjerit antara mereka dengan penyokong GAS, setengah jam selepas perhimpunan itu bermula pada jam 2 petang.

Semalam, seorang pemimpin MIC berkata satu protes yang akan disertai 5,000 penyokong MIC, akan diadakan untuk melawan perhimpunan GAS itu.

Ketika para pegawai polis memujuk penyokong MIC itu beredar, kira-kira 30 anggota polis menutup semua pintu masuk ke dewan tersebut.

Pada mulanya, penyokong MIC itu enggan beredar, sambil berkata: "Jika kami beredar, semua orang mesti pergi!".

Mereka juga tidak mahu sesiapapun berucap mengkritik Samy Vellu.

Ketika ketegangan semakin meningkat, dan penyokong GAS pula melaung kepada polis supaya menghalau atau menangkap penyokong MIC, kelihatan anggota polis mengiringi beberapa penyokong dan pemimpin mereka keluar dari dewan.

Bagaimanapun, ada juga antara mereka yang masih berada di situ untuk memerhati perjalanan perhimpunan tersebut.

Sementara itu, dalam ucapannya, bekas pemimpin MIC Petaling Jaya, V Subramaniam - atau lebih popular dengan panggilan Bharat Maniam -mengucap terima kasih kepada pihak polis kerana melindungi peserta perhimpunan tersebut.

Pemimpin GAS lain yang turut berucap ialah KP Samy, V Mugan yang mengetuai hadiran melaung mendesak Samy Vellu berundur, bekas pemimpin Hindraf yang kini menyertai PKR V Ganabatirau dan ahli perniagaan OMS Thiagarajan.

Penjelasan dan kesal atas berita Bernama

Posted: 04 Jul 2010 04:24 PM PDT

Nik Abdul Aziz Nik Mat


Sukacita saya merujuk kepada berita disiarkan Bernama Online (3 Julai, 2010) bertajuk "Nik Aziz Akui Wujud Perpecahan Parti Untuk Berebut Jawatan Pada Muktamar PAS Tahun Depan" dan awal-awal saya tegaskan tajuk dan kandungan beritanya adalah tidak benar dan di luar konteks apa yang saya maksud. Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannya dari maksud sebenar kenyataan saya.

Paling malang lagi, apabila laporan agensi milik kerajaan Barisan Nasional itu telah dijadikan rujukan, malah disiarkan oleh beberapa akhbar. Antaranya akhbar online Malaysian Insider, dan akhbar cetak seperti Berita Minggu, Sinar Harian dan Sunday Star.

Namun, akhbar online Malaysiakini turut menyiar kandungan laporan Bernama, tetapi diharmonikan dengan tajuknya sendiri, iaitu "Nik Aziz cadang tiada pemilihan dalam muktamar." Itupun masih tidak tepat, kerana pemilihan dibenarkan di dalam perlembagaan PAS. Sedangkan, pada sidang media tersebut, saya telah merujuk kepada asas perlembagaan PAS yang perlu dipatuhi demi mengelak apa-apa perbalahan, mahupun perpecahan.

Apa pun, saya mengucap terima kasih atas laporan media yang berimbang. Antaranya akhbar New Sunday Times tidak memetik laporan berita Bernama (yang tidak bersifat berita itu), sebaliknya ia telah menyiarkan berita yang ditulis wartawannya sendiri. Begitu pula, Sinar Harian didapati memetik laporan Bernama, tetapi turut menyiarkan di ruang Kelantan kenyataan yang dianggap tepat mengenai cadangan saya agar berlaku syura bagi pemilihan dalam PAS. Sementara Mingguan Malaysia tidak memetik laporan Bernama, sebaliknya menyiarkan kenyataan yang agak tepat dengan maksud sebenar saya.

Di sini diperturunkan maksud kenyataan saya ketika menjawab soalan wartawan berhubung kemungkinan berlaku pertandingan dalam pemilihan PAS tahun depan. Antaranya ialah:

"Kalau boleh tidak perlu bertanding, kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan. Ini luahan hati orang tua, tak mahu tengok perpecahan berlaku.

"Pengalaman saya sendiri yang pernah bertanding dalam dewan ulama' satu ketika dulu, amat tidak comel. Baik kita cari cara yang lebih comel elak daripada perpecahan.

"Moleknya, kita buat keputusan secara syura dan lantik ketua kita beramai-ramai. Ini cadangan saya. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti.

Semoga penjelasan saya ini, dapat mengelakkan salah faham semua pihak, khususnya rakan-rakan pimpinan dalam PAS. Jangan mudah terpengaruh dengan semua laporan berkenaan, terutama Bernama dan akhbar yang nampaknya ada agenda tersembunyi di sebalik apa yang mereka laporkan. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Kepada pihak akhbar cermatlah dan jauhilah daripada memfitnah.

Sekian, wassalam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Tarikh: 21 Rejab 1431/4 Julai 2010.

Nik Aziz dedah media ada agenda tersembunyi

Posted: 04 Jul 2010 04:22 PM PDT

Wartawan Kita


KOTA BHARU: Kajian sarjana mendapati media massa gemar memanipulasikan berita terutamanya membabitkan kenyataan dikeluarkan pemimpin pembangkang.

Situasi itu membelenggui akhbar harian Melayu di negara ini, ketika industri media cetak semakin hilang pembaca.

Dan terbaru keadaan itu berlaku kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila agensi berita milik kerajaan persekutuan melaporkan berita di luar konteks sebenar.

Agensi terbabit semalam menggunakan tajuk 'Nik Aziz akui wujud perpecahan parti untuk merebut jawatan pada muktamar PAS tahun depan.'

Cara pengolahan berita berita tersebut lebih menjurus kepada spekulasi penulis dan bukan memberi gambaran sebenar terhadap apa yang disebut Menteri Besar Kelantan.

"Saya tegaskan tajuk dan kandungan berita tersebut tidak benar dan di luar konteks yang saya maksudkan.

"Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannnya dari maksud sebenar kenyataan saya," kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Dalam kenyataan media hari ini katanya, malang sekali laporan terbabit turut dipetik beberapa akhbar dan media online.

Agensi berita itu dalam laporannya semalam menyebut 'Baru sahaja selesai Muktamar PAS ke-56 bulan lepas, Mursyidul Am PAS mengakui wujudnya perpecahan dalam parti itu bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan Muktamar PAS tahun depan.

"Kemelut perpecahan dilihat meruncing kerana beliau sendiri menyarankan agar tidak diadakan pemilihan bukan sahaja di peringkat tertinggi parti," laporan Bernama dipetik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pada sidang media semalam beliau meminta dirujuk terlebih dahulu kepada perlembagaan PAS kerana membenarkan pemilihan dilakukan.

"Kalau boleh tidak perlu bertanding kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan.

"Ini luahan hati orang tua, tidak mahu tengok perpecahan berlaku. Pengalaman saya sendiri tidak pernah bertanding dalam Dewan Ulamak suatu ketika dahulu. Baik kita cari cara yang lebih comel elak perpecahan," katanya mengulangi kenyataan semalam.

Beliau berkata, elok buat keputusan secara syura dan lantik ketua beramai-ramai.

"Ini sekadar cadangan saya tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti.

"Semoga penjelasan ini mengelakkan salah faham semua pihak. Jangan mudah terpengaruh dengan laporan berkenaan terutamanya media yang ada agenda tersembunyi," katanya.

Timbalan Pengerusi SPR wajar dipecat

Posted: 04 Jul 2010 04:18 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pengumuman rasmi yang dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkaitan peratusan pemilih baru 2 Melayu dan 1 bukan Melayu dengan sendirinya menempelak timbalan pengerusinya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar jelas menyokong kenyataan Pemuda Umno kononnya peratusan pemilih baru 1 Melayu dan 40 bukan Melayu yang jelas cuba menyempurnakan agenda perkauman sempit Umno.

"Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi SPR jelas menafikan percubaan Umno yang disokong Wan Ahmad, Timbalan Pengurusi SPR untuk menimbulkan kekecohan perkauman dalam negara.

"Percubaan jahat ini juga turut didukung oleh sebahagian pimpinan Umno yang mengambil kesempatan untuk mengadu-domba perkauman di kalangan rakyat Malaysia," ujarnya.

Dengan pengumuman oleh Pengerusi SPR, kata Mahfuz, maka wajarlah Wan Ahmad dipecat dari jawatan selaku Timbalan Pengerusi SPR.

SPR, katanya tidak boleh dilihat sebagai 'Suruhanjaya Perkauman Rakyat', oleh itu memecat Wan Ahmad adalah tindakan wajar.

Di samping itu juga, tambahnya Mohd HishamuddinYahaya, Exco Pemuda Umno dan Berita Harian perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui mereka ada agenda jahat perkauman dan membuat aku janji tidak mengulangi perbuatan jahat itu.

Tiada ulasan: