BRIGED MP SEGAMBUT |
- Melayu tetap berkuasa walaupun tanpa Umno
- SARAWAK PENENTU BILA PRU 13 DILAKSANAKAN
- JOM TURUN KEJALANAN BANTAH HARGA BARANGAN NAIK
- KENAIKAN HARGA BARANGAN:RAKYAT JADI MANGSA?
- SEKS TERLAMPAU SEORANG USTAZ:MEROSAKKAN NAMA TAHFIZ
| Melayu tetap berkuasa walaupun tanpa Umno Posted: 18 Jul 2010 09:02 AM PDT PAS Selangor: Melayu tetap berkuasa walaupun tanpa Umno July 18, 2010 KUALA LUMPUR, 18 Julai — PAS Selangor menegaskan pendiriannya menolak sebarang pertemuan Umno-PAS sambil memberi jaminan kuasa Melayu tidak akan hilang jikapun Umno diketepikan dalam pilihan raya umum ke-13. Oleh itu PAS Selangor pimpinan Datuk Dr Hasan Ali (gambar) berkata, parti itu dan PKR berupaya untuk memastikan kuasa akan kekal di tangan orang Melayu menerusi kedua-dua komponen Pakatan Rakyat itu, yang lebih jujur dan adil. "Orang Melayu tidak akan hilang kuasa kalau pun Umno sudah tidak lagi memerintah negara ini," kata Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Pada muktamad PAS 2008 dan 2009, Hasan yang juga Exco kerajaan negeri dan Pesuruhjaya PAS Selangor dikaitkan dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno. Mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Roslan berkata, isu perpaduan Melayu yang kembali dijadikan agenda politik oleh Umno dipandang sudah tidak relevan oleh PAS Selangor. "PAS Selangor merasakan agenda ini cuba diketengahkan oleh Umno semata-mata untuk memecahbelahkan perpaduan erat dalama Pakatan Rakyat khususnya di negeri Selangor sejak Mac 2008 sehingga ke saat ini, di mana PAS Selangor semakin selesa dan begitu komited dalam memperteguhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor," katanya. Kata Roslan, orang Melayu di Selangor kini semakin terbuka dan dapat menerima kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan PAS dalam memimpin mereka. "Umno di Selangor semakin dipinggirkan dan tidak mustahil dengan kepimpinan cemerlang kerajaan Pakatan Rakyat, Umno Selangor akan ditolak oleh orang-orang Melayu sendiri," jelas beliau. Roslan juga berkata, pemimpin-pemimpin PAS pelbagai peringkat termasuklah akar umbi kini sudah bersedia untuk mengambil alih saki baki amanah kepimpinan Melayu yang dipegang oleh Umno di Selangor untuk digantikan dengan kepimpinan Islam yang lebih adil dan meyakinkan masyarakat. "PAS Selangor memberi jaminan kepada orang Melayu di negeri ini agar jangan bimbang dan khuatir kerana kiranya Umno hilang kuasa, maka kuasa politik itu akan diambil alih oleh PAS dan PKR," katanya lagi. Semalam, Harussan mendedahkan bahawa beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini. Namun Harussani berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS. "Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini. "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya. Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut. Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak |
| SARAWAK PENENTU BILA PRU 13 DILAKSANAKAN Posted: 18 Jul 2010 01:42 AM PDT KUALA LUMPUR, 18 Julai — Tarikh menentukan pilihan raya umum terletak di tangan di Perdana Menteri, pun begitu Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan ia bergantung kepada prestasi Barisan Nasional (BN) di Sarawak, yang pilihan raya negeri perlu diadakan menjelang pertengahan 2011. Mandat lima tahun pentadbiran kerajaan negeri akan berakhir menjelang Julai 2011. Ketika diajukan soalan berdasarkan spekulasi semasa, ahli politik veteran ini percaya kemenangan selesa BN di Sarawak akan mempercepatkan pilihan raya umum dalam tempoh beberapa bulan di awal 2012. Jika kerajaan negeri BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga ataupun gagal berbanding prestasi semasa 2001 dan 2006, pilihan raya umum ke-13 hanya akan berlangsung lewat 2012. Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider minggu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dengan mengambil kira beberapa kemungkinan, meramalkan paling cepat pun pilihan raya umum akan diadakan pada 2012. Semasa ditemu bual khas oleh The Malaysian Insider di sini Jumaat lalu, Razaleigh yang mesra dikenali dengan panggilan Ku Li berpendapat bahawa prestasi baik BN adalah sangat penting kerana ia akan menjadi bayangan kepada ikatan itu mengekalkan kuasa peringkat persekutuan. "Ia sangat bergantung pada keputusan (pilihan raya Sarawak). Jika kemenangan tidak memihak kepada BN, misalnya kekalkan kuasa di Sarawak (dengan majoriti kecil), maka ia akan memberi kesan di Sabah (dan kemudian di Semenanjung)," kata Ahli Parlimen Gua Musang ini. Difahamkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud sendiri akan mengetuai misi BN negeri menghadapi pilihan raya negeri meskipun sudah wujud desakan agar ahli politik veteran itu meletakkan jawatan sebagai ketua kerajaan negeri. Kata beliau, fikiran atau sentimen di peringkat bawah adalah isyarat tarikh pilihan raya umum akan ditentukan. "Anda kena menentukan tarikh pilihan raya berdasarkan fikiran orang ramai di peringkat bawah atau iklim ekonomi negara," katanya. "Reaksi publik adalah kayu ukuran terbaik, lihat pada keputusan beberapa pilihan raya kecil. "Melihat pada keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor, BN kelihatan gembira. Mereka terkejut apabila keputusan Sibu keluar (Mei lalu)," kata Razaleigh. Bekas menteri kewangan ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa kemenangan DAP di Sibu telah memaksa BN menggugurkan rancangan mereka untuk mengadakan pilihan raya negeri dan nasional serentak. "Saya merasakan mereka telah merancang untuk mengadakan pilihan raya umum serentak bersama negeri jika mereka menang di Sibu. BN berpendapat bahawa mengadakan pilihan raya umum bersama adalah langkah baik. "Itu percaturan mereka, tetapi selepas mereka kalah di Sibu, mereka memutuskan untuk tidak meneruskan pelan mereka," kata Razaleigh. Pada pilihan raya umum Mei lalu DAP yang bertanding mewakili Pakatan Rakyat memenangi kerusi itu julung kali, yang diadakan dua minggu selepas kemenangan BN di Hulu Selangor, mengejutkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memburu kemenangan kedua berturut-turut menghadapi pilihan raya umum ke-13. |
| JOM TURUN KEJALANAN BANTAH HARGA BARANGAN NAIK Posted: 17 Jul 2010 11:36 PM PDT Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) akan melancar kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) pada 28 Julai ini. Pelancaran bantahan tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur. Penyelaras PROTES, Dr Hatta Ramli berkata dalam mesyuarat hari ini, pihaknya turut membincangkan untuk mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan itu. Bagaimanapun, kata beliau, tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat yang diadakan pada hari pelancaran kempen tersebut. "Pada hari itu (28 Julai) kita akan menyusun cadangan aktiviti seperti penyelerasan risalah dan maklumat dan tarikh 'road show' di seluruh negara. "Kita juga akan mencadangkan tarikh demonstrasi yang dilihat sangat berkesan (sebagai bantahan kepada kerajaan)," katanya. Ditanya sama ada demonstrasi itu akan dibuat menjelang ramadan, Dr hatta berkata beliau lebih cenderung untuk mengumumkan pada hari pelancaran itu. "Kalau boleh kita nak buat segera. Kita tidak boleh berlengah-lengah sangat," katanya. Beliau menyifatkan demonstrasi itu sebagai acara kemuncak kempen bantahan itu terhadap keputusan kerajaan itu. |
| KENAIKAN HARGA BARANGAN:RAKYAT JADI MANGSA? Posted: 17 Jul 2010 09:47 PM PDT Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kekesalannya terhadap kenaikan harga "5-dalam-1" bagi tujuan penjimatan subsidi sedangkan pada masa yang sama terdapat pelbagai pembaziran. "...di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas," katanya. "Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibu bapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang. "Mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah." Tengah malam kelmarin, kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG). Langkah tiba-tiba itu ternyata mengundang kemarahan banyak pihak, terutamanya pembangkang. Menulis dalam blognya semalam, Dr Mohd Asri menempelak "golongan bangsawan dan pembesar yang bersenang-lenang dengan kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat". Sedangkan, menurut artikel berjudul 'Menangisi kenaikan harga barang' itu lagi, orang miskin kini menangis ekoran harga makanan yang semakin tingg |
| SEKS TERLAMPAU SEORANG USTAZ:MEROSAKKAN NAMA TAHFIZ Posted: 17 Jul 2010 09:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Dia amat dihormati sebagai guru agama, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz, namun di sebalik semua itu dia menjadi igauan ngeri buat tiga isterinya berikutan kerakusan amalan seksnya yang melampau iaitu melakukannya serentak dengan ketiga-tiga isteri. Lebih mengaibkan, guru tahfiz berusia lewat 50-an terbabit tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami. Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa. Seorang daripada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Suzila, 37, berkata amalan luar biasa bekas suaminya itu bukan saja menyebabkan dia sangat malu terhadap diri dan Tuhan, malah kepada pelajar tahfiz kendalian suaminya. Suzila, seorang ustazah dan bekas isteri kedua lelaki itu berkata, tempoh perkahwinannya tiga tahun episod hitam dalam hidupnya yang dijanji akan diajar pengetahuan agama lebih mendalam oleh bekas suaminya. "Selepas berkahwin saya dibawa ke Mesir untuk menjaga pusat tahfiz milik suami. Rupa-rupanya di sana dia mempunyai isteri lain. Saya terpaksa melayan kehendak suami dan merelakan diri diperlaku tidak ubah seperti aksi filem lucah. Tidak tahan menanggung derita mental dan fizikal, saya nekad lari membawa tiga anak dengan bekas suami pertama kembali ke tanah air tahun lalu," katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Menurutnya, tindakan itu juga diambil selepas beberapa pelajar tahfiz di sana menasihatkannya supaya pulang ke tanah air kerana perbuatan keji itu menjadi buah mulut di kalangan mereka. Suzila berkata, selepas kembali ke Malaysia, dia dimaklumkan beberapa pusat tahfiz milik bekas suaminya di negara ini ditutup apabila dikesan melakukan penipuan, manakala pusat di Mesir pula beroperasi secara haram kerana tidak berdaftar. Katanya, satu lagi salah laku bekas suaminya ialah mengarahkan semua isteri barunya selain isteri pertama mengambil suntikan pencegah kehamilan kerana dia tidak mahukan anak. Bekas isteri ketiga ustaz terlampau yang hanya mahu dikenali sebagai Ariana pula berkata, dia mengahwini bekas suaminya itu dengan niat mendapat bimbingan agama dan menjadikan lima anaknya dengan suami pertama seorang tahfiz. "Saya tidak mengenalinya, tapi apabila dipinang isteri pertamanya dan dimaklumkan latar belakang suami yang mempunyai ilmu agama tinggi, saya sanggup jadi isteri ketiga demi menjamin masa depan lima anak saya," katanya. Ariana berkata, dia sanggup meninggalkan perniagaannya demi mengikut guru tahfiz itu ke utara tanah air dan menjaga pusat tahfiz di sana. Bagaimanapun, katanya, pada malam pertama perkahwinan dia terkejut apabila isteri pertama berada dalam bilik tidur sebelum mereka bersama-sama melayan suami. Lebih menghairankan dia mendakwa madunya itu turut seronok dan begitu ghairah melakukannya. "Saya hairan dan jijik dengan sikap mereka berdua, tapi apabila saya mempersoalkannya, bekas suami memberitahu 'nabi pun lakukan perkara sama'. Saya mengatakan tidak pernah dengar atau terbaca dalil mengenai perkara itu. "Namun, bekas suami mengatakan hanya orang terpilih seperti dirinya mendapat dalil itu dan saya jahil sebab itu tidak pernah mengetahui dalil itu. Saya terpaksa merelakan diri diperlakukan seperti itu. Bila menentang, saya dituduh tidak taatkan suami," katanya. Selain itu, Ariana mendakwa sepanjang berkahwin lebih setahun, bekas suaminya itu hanya memberi wang nafkah RM200 sebulan menyebabkan dia bersama anak ada kalanya terpaksa menahan lapar. Berikutan sudah tidak sanggup bersubahat dengan perbuatan suaminya yang dianggap menghina Rasulullah, Ariana menuntut cerai pada bulan lalu. "Namun, sebelum bercerai saya terpaksa mencari seorang lagi wanita untuk dijadikan isterinya dan kini saya tidak mengetahui berapa ramai isterinya," katanya. |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan