Isnin, 19 Julai 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lelaki yang ditahan bersama Paris Hilton itu ialah Taek Jho Low

Posted: 19 Jul 2010 05:03 AM PDT

Sebelum itu baca berita ni dulu..

Siapa Taek Jho Low?

Ketua pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa supaya seorang pemuda Malaysia yang dilaporkan sering berbelanja mewah di luar negara disiasat.

Pemuda tersebut, Taek Jho Low sebelum ini mencuri perhatian apabila dilaporkan oleh akhbar New York Post sebagai rakyat Malaysia yang berbelanja ratusan ribu ringgit untuk mendampingi selebriti Hollywood.

Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.

Shamsul Iskandar mendakwa beliau menerima maklumat bahawa pemuda berkenaan juga berhubungan akrab dengan seorang daripada anak kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan dasarnya di kongres AMK di Kota Bharu hari ini, beliau meminta siasatan sama ada Jho Low adalah individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbaang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur.

"Tolong siasat, anak muda ini berbelanja sakan, apa kaitannya dengan Malaysia. Apa kaitannya dengan Big Mama?," soalnya.

Beliau berkata, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor perlu memberi penjelasan berikutan lelaki berusia 28 tahun itu memiliki kekayaan melimpah ruah hingga berita kekayaan Jho Low dikaitkan dengan keluarga Perdana Menteri.


Setelah akhbar Perancis, Corse Matin melaporkan semalam seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana.

Hari ini

Ahli perniagaan dikaitkan dengan PM bersama Paris Hilton

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Nama Malaysia sekali lagi tercetak dalam media Perancis baru-baru ini apabila seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana.

Menurut AFP, akhbar Perancis, Corse Matin melaporkan Paris Hilton ditahan di lapangan terbang Corsica selepas marijuana yang dibawa dalam bagnya dihidu oleh anjing pengesan.

Dalam laporannya, akhbar itu berkata, Hilton sedang mengembara bersama dengan seorang personaliti yang rapat dengan pihak berkuasa di Malaysia ketika beliau ditahan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun beliau dikatakan dilepaskan selepas setengah jam disoalsiasat.

Ekoran itu, pelbagai pihak tertanya-tanya siapakah lelaki itu. Hari ini..



Hari ini, media melaporkan, lelaki itu adalah Taek Jho Low, seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang berjaya mendapat hak untuk membangunkan tapak lapangan terbang TUDM di Sungai Besi.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan siapakah orang misteri yang dikatakan rapat dengan anak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah mansor.

Shamsul mencabar perkara itu di Kota Bharu semasa Kongres PKR yang diadakan di sana bulan lalu.

Menurut Shamsul, Jho Low telah berjaya mendapatkan kontrak untuk membangunkan semula TUDM dengan nilai RM500 juta.

Bagi Shamsul, dakwaan ini sangat serius kerana cara hidup Jho Low di luar negara sangat meragukan.


Harakah Daily

Isu pasir Selangor, agenda tersembunyi BN

Posted: 19 Jul 2010 04:29 AM PDT

Oleh Rahmah Ghazali

SHAH ALAM: Tiba-tiba isu perlombongan pasir ini menjadi wadah utama bagi Barisan Nasional (BN) untuk menyerang Kerajaan Negeri Selangor.

Tidak mustahil wujudnya sebahagian besar simpanan berharga di bawah pasir itu, yang menyebabkan BN tidak mahu ia ditemui sedangkan mereka terlupa bahawa Selangor kini berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.


Malah Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini juga mendesak agar kerajaan negeri supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang agar Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan.

Memorandum yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasanya Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid menyeru agar kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada setiap tuntutan BN tersebut.

Pemimpin Umno minggu lalu menuntut kerajaan negeri memecat Pengarah Kumpulan Semesta, malah dalam pertikaian itu juga mereka mahu agar mereka yang terlibat bertanggungjawab dalam hal tersebut yang dilihat semakin berleluasa.

Menurut Raja Kamaruddin, kumpulan mereka tidak terkejut jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo cuba berlagak sebagai 'hero' dalam isu berkenaan.

Menurutnya, bekas menteri besar itu gagal dalam bertindak ke atas cadangan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa Selangor berpotensi dalam meneroka perlombongan timah.

"Mereka takut kerana kami mungkin melombong dengan lebih dalam dan jumpa timah dibawah. Ini akan membuatkan Selangor akan lebih kaya," katanya.

"Apa yang paling menakutkan kami, bila mereka tanya mengenai kerajaan negeri yang membatalkan operasi permit untuk tanah milik negeri. Ini menunjukkan bahawa mereka cuba untuk menghentikan pembangunan dalam negeri ini."

Raja Kamaruddin berkata bahawa perlombongan pasir haram ini lazimnya berlaku ketika Khir menjadi Menteri Besar.

"Kami bukan bodoh atau buta,' katanya.

"Beribu-ribu pemandu lori boleh menjadi saksi bahawa aktiviti haram ini berlaku ketika tempoh pemerintahan BN."

Dalam pada itu, Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari turut menerima 11 perkara memorandum bagi pihak kerajaan negeri.

Kira-kira 100 orang kontraktor, penyokong Pakatan dan pegawai kerajaan hadir bagi menyaksikan penyerahan memorandum tersebut.

Yaakob berkata "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak menemui sebarang bukti rasuah dalam kerajaan negeri walaupun pembantunya disiasat sebelum ini."

Beliau merujuk perkara itu berhubung pembantu beliau Hussein Ahmad, yang disoal siasat SPRM awal tahun ini.


Free Malaysia Today

Siapa Dalang Pencuri Pasir?

Posted: 19 Jul 2010 03:21 AM PDT

Orang yang menyampaikan protes di bangunan SUK adalah Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali (gambar). Kenapakah dia yang memberikan protesnya?

Suhaimi bukan ada buat kerja dan lakukan apa-apa untuk UMNO Selangor. Pergerakan Pemuda UMNO Selangor lembab dan tidak bermaya bawah kepimpinannya.

Kalau siapa-siapa mahu tahu Suhaimi adalah juga "Raja Pasir" yang pernah terlibat curi pasir waktu malam di kawasan Sepang. Kontraktor yang jalankan untuk Suhaimi begitu teruk sekali hingga sebuah jambatan kampung di Sepang hampir runtuh dari hakisan.

Zahrain Pernah Minta Kontrak Pasir Dari Selangor Sebelum Melompat

Zahrain, Ahli Parlimen Bayan Baru, menjual obat di Parlimen kononnya Anwar mahu memecat Elizabeth Wong. Namun, tahukah anda, Zahrain yang sama pernah berjumpa Tan Sri Khalid untuk meminta kontrak pasir dari KSSB?

Yang hairannya, sudahlah si Zahrain ni tidak bermoral, anak lelaki Zahrain pun hendak diajar budaya korupsi ini. Ini kerana Zahrain telah bertemu Tan Sri MB bersama-sama anak lelaki beliau meminta kontrak pasir dari KSSB.

Tetapi Tan Sri menolak permintaan Zahrain dan anak lelaki beliau ini. Kiranya Tan Sri melayan permintaan Zahrain dan anak lelaki Zahrain ini, nescaya Zahrain tidak akan melompat UMNO seperti sekarang.

Saya juga mencabar Zahrain menafikan kisah ini, kalau dia benar-benar bersih.

Saudara/ri pembaca wajib sedar, Tan Sri diserang kiri dan kanan dalam isu pasir kerana Tan Sri tidak mahu melayan permintaan-permintaan yang datang seperti yang datang dari Zahrain ini.


Itu dari Storm62 dan dibawah ini pula dari kube lembe


Sudah nasib negeri Selangor yang pesat membangun bergelumang dengan masalah sebegini. Apabila sesuatu pembangunan yang besar dan aktif berjalan maka tidak dinafikan permintaan bahan binaan seperti pasir akan meningkat.

Masalah ini sudah berlaku sejak 2 dekad lagi ,sejak dizaman B.END yang masih "kayu" lagi dalam hal ehwal urusniaga ni. Bahkan generasi yang membalun pasir di Selangor dulu pun dah ramai yang "rich and gone" atau sekurangnya tengah nyanyuk sekarang. Baru kini ia dibangkitkan kerana....KERANA... mereka sedar hanya itu sahajalah isu yang berbentuk alam sekitar dan kemasyarakatan yang mudah difahami dari umur 18 tahun hingga ke umur nyanyuk.

Dengan mengapi-apikan isu ini akan membangkitkan rasa tidak senang oleh rakyat dan seterusnya menanam sikap prejudis kepada Kerajaan pimpinan PR. Itulah hakikat sebenar disebalik cerita wayang tengahari buta ini.

Cuma pedoman dan nasihat kepada pihak yang berkuasa dalam urusan Tanah,Carigali dan bahan Mineral di Selangor ini haruslah peka dan memahami terhadap skop kerja, dasar ,kanun dan SOP yang digubal dan digunapakai.

Penguatkuasaan yang ketat dan pemberian lesen kepada kontraktor perlu diselaras dan kawalselia oleh mereka yang berada paling hampir dengan aktiviti sebegini. Contoh paling ketara ialah Pejabat Tanah & Galian Daerah, Majlis Perbandaran dan pelbagai lagi agensi yang lebih dekat dengan kegiatan ini seharusnya akur dengan tanggungjawab.

Berbalik kepada kes pasir Selangor, perlu diingatkan bahawa dulu.....sebahagian besar juak B.END adalah kontraktor. Dari AJK Cawangan hinga ke AJK Bahagian boleh dikatakan 7 dari 10 mereka ini adalah kontraktor. Tak kiralah kontraktor Ali ke Baba ke. Jadi mereka inilah pendokong utama yang meng'halal'kan kegiatan yang haram ni berleluasa. Sekiranya pihak berkuasa cuba mengambil tindakan, ada saja yang bergred 54 atau Jusa C yang menasihati atau mengarah supaya "tutup mata sebelah". Cuba pihak berkuasa berdegil jugak..alamak memang kena transferlah si 54 atau Jusa C atas arahan "orang politik".

Inilah senario yang sebenarnya berlaku dan bila panau sudah bertukar kudis , ramailah hero-hero melayu datang mengadakan demonstrasi. Padalah hero-hero inilah yang dulunya kaki bedal yang meng'halal'kan yang haram.

Reversed Psychology Acts sebegini janganlah dilayan sangat. Yang penting MB Selangor perlu tegas dan perlu mengambil tindakan tidak popular jika perlu seperti menghentikan segala aktiviti proses pasir di Selangor buat sementara. Kita nak tengok siapa yang akan menggelupur mencari bekalan.

Harussani BOHONG!!

Posted: 18 Jul 2010 11:36 PM PDT

Dua naib presiden PAS, iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang menyifatkan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa wakil parti Islam itu ada menemuinya untuk meminta menjadi orang tengah sebagai "satu fitnah dan pembohongan."

Kenyataan mereka itu telah meletakkan Harussani seorang Mufti Perak sebagai Pembohong dan penyebar Fitnah….

Harussani Mufti Perak dikatakan sejak kebelakangan ini gigih dalam mengajar Zambry dalam hal ehwal Islam agar dapat menyamai atau setaraf dengan Nizar, dimana ada majlis keugamaan yang melibatkan Zambry, Harussani pasti akan kelihatan..

Harussani sepatutnya lebih tahu apa hukumnya menyebarkan Fitnah dan apapula hukumnya berbohong kepada orang ramai..

Tidakkah beliau berasa malu kepada orang-ramai dan Allah SWT sendiri kerana demi menjaga periuk nasinya, beliau sanggup berbohong??


Perpaduan Melayu: Kenyataan Harussani satu fitnah, kata PAS

G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 19 Julai — PAS mengulangi pendirian hanya akan bersama Pakatan Rakyat sambil menyifatkan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa wakil parti Islam itu ada menemuinya untuk meminta menjadi orang tengah sebagai "satu fitnah dan pembohongan."

Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

"Kenyataan Tan Sri Harussani (kelmarin) satu fitnah dan pembohongan," kata Salahuddin pada sidang media di sini hari ini.

Pendirian itu disokong oleh Mahfuz dengan menegaskan, PAS tidak pernah membincangkan isu berkenaan sama sekali.

"Tidak ada, ia (kenyataan Harussani) cuba memburukkan dan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat seolah-olah ada pemimpin PAS yang hendak membelakangkan parti dalam isu ini," kata Mahfuz yang turut menghadiri sidang media itu.

Tambah Mahfuz, Harussani perlu mendedahkan jika benar ada pemimpin PAS yang telah menemui beliau memandangkan komponen Pakatan Rakyat tidak pernah berbuat demikian.

Salahuddin menjelaskan, beliau dan Mahfuz lazimnya menghadiri kesemua mesyuarat utama parti tetapi setahu mereka PAS tidak pernah membincangkan langkah untuk menghantar wakil menemui Harussani bagi tujuan tersebut.

"Kami sudah memutuskan... kami sudah tutup bab tentang perbincangan mengenai kerjasama politik dengan Umno," kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

"Kalau PAS ada membincangkan soal ini, sudah pasti saya dan Datuk Mahfuz sudah tahu," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada ada pihak tertentu dalam PAS yang menemui Harussani, Salahuddin berkata, "yang itu saya tidak tahu."

Mahfuz bagaimanapun menambah, beliau menghargai kenyataan terbuka Mufti Perak bahawa "kuasa orang Melayu di bawah pimpinan Umno" akan hilang.

"Saya tabik kepada Tan Sri Harussani kerana dapat membuat tilikan politik dengan tepat, dan membuat perakuan macam itu, tetapi orang Melayu tidak perlu risau dan bimbang kepada kuasa orang Melayu akan tetap kekal tetapi menerusi kepimpinan PAS dalam Pakatan Rakyat, kuasa Melayu akan lebih mulia dan dihormati tanpa Umno-BN," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata kenyataan Harussani dengan sendiri menunjukkan bahawa akan wujud "satu kuasa baru orang Melayu dengan kerjasama pelbagai kaum" menerusi Pakatan Rakyat.

"PAS akan menghadapi pilihan raya umum dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad juga menafikan pihaknya pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Harussani agar mengaturkan perbincangan bersama Umno bagi membincangkan usaha menyatupadukan orang Islam dan Melayu.

Idris memberitahu, Harussani kemungkinan bercakap berdasarkan perbualan tidak formal dengan beberapa pemimpin PAS tetapi ia tidak direstui oleh parti itu.

Kelmarin, Harussan mendedahkan bahawa beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.

"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.

"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya di Ipoh selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak.

Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.


The Malaysian Insider

Pilih.. Parti atau Kerajaan?

Posted: 18 Jul 2010 11:14 PM PDT

Oleh : Profesor Dr Abdul Aziz Bari

Perkembangan dalam UMNO dan PKR bulan lalu membangkitkan isu tentang hubungan antara parti dan kerajaan. Di Selangor PKR membuat perubahan dalam struktur kepemimpinan parti dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi mengetuai parti di peringkat negeri. Sementara itu, perkembangan dalam UMNO menimbulkan soalan siapa yang memerintah: kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO?

Kedudukan UMNO sebagai sebuah politik timbul ekoran kebenaran menjalankan judi bola kepada ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan. Pada mulanya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi lampu hijau. Bagaimanapun keputusan itu tidak kekal apabila UMNO tidak bersetuju. MCA tidak senang kerana pada rakan UMNO dalam Barisan Nasional itu keputusan berkenaan terletak di bawah kuasa kerajaan - yakni kabinet - dan bukan UMNO.

Soalan-soalan itu berbangkit kerana parti politik memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan perjalanan kerajaan. Dan walaupun perlembagaan tidak menyebutnya kita faham bahawa kewujudan dan pengaruh parti-parti politik amat penting dalam menentukan perjalanan perlembagaan.

Minggu lepas saya menyebut betapa tarikh pilihan raya tetap perlu dan lebih baik. Walaupun sebelum itu saya menyatakan ia tidak boleh dibuat dalam sistem Westminster saya rasa kita perlu realistik; yakni kita jangan mengharapkan kerajaan akan jatuh melalui undi tidak percaya. Ini kerana parti politik tidak akan memperjudikan nasib mereka secara terbuka. Sekiranya mereka tidak senang dengan pemimpin mereka yang mengetuai kerajaan mereka akan membuat perubahan melalui proses dalam parti. Dengan kata lain parti-parti politik tidak akan menyembelih orang mereka sendiri di dalam dewan, di depan musuh mereka.

Ia adalah pendekatan yang lebih logik kerana mereka tidak mahu kehilangan kuasa. Inilah yang dilakukan oleh PKR di Selangor. Itulah juga yang PKR hendak lakukan apabila Ketua Umum PKR – Datuk Seri Anwar Ibrahim – diletakkan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Walaupun caranya berbeza pendekatan yang sama diambil oleh Parti Konservatif apabila Perdana Menteri Margaret Thatcher dipaksa berundur pada 1990 dan digantikan dengan John Major. Beliau dapat bertahan sehingga 1997 apabila Konservatif tewas di tangan Parti Buruh yang dipimpin oleh Tony Blair.

Memang ada contoh di mana parti menjatuhkan orang mereka sendiri melalui undi tidak percaya; yakni satu proses di luar parti dan secara terbuka. Inilah yang berlaku ke atas Datuk Harun Idris Menteri Besar Selangor pada 1975. Tetapi ini harus difahami dalam konteks yang tertentu; khususnya perancangan UMNO Pusat yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tidak selesa dengan pengaruh Harun. Dalam pada itu Pas pernah menjatuhkan Datuk Mohamed Nasir dari kerusi Menteri Besar Kelantan pada 1977. Tetapi perlu diingat bahawa itu dilakukan kerana Mohamed dianggap tali barut UMNO dan tiada cara lain yang boleh dibuat untuk membuang ahli parti yang menimbulkan masalah. Ketika krisis itu berlaku Pas berada dalam Barisan.

Tentang UMNO dalam isu judi bola pada saya bukanlah masalah besar. Apa yang penting ialah ada sikap yang konsisten dan jelas. Tidak berdolak-dalik. Dan semua anggota kabinet perlu akur. Dalam isu judi ini MCA dan MIC setuju dengan keputusan awal membenarkan lesen judi bola itu.

Kabinet mungkin hanya sekadar mengesahkan keputusan UMNO. Tetapi ini tidak salah. Seperti yang saya katakan tadi apa yang penting ialah keputusan itu tetap dan konsisten. Perlembagaan menetapkan syarat ini supaya kabinet boleh dipegang dan rakyat boleh menghukumnya. Inilah sebabnya mengapa perlembagaan mensyaratkan prinsip tanggung jawab bersama kabinet.

Atas dasar itu tidak salah bagi Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempertikai kedudukan UMNO kerana Presiden MCA itu bukan anggota kabinet. Tetapi ia Pastinya meletakkan anggota-anggota MCA dalam keadaan sukar: ikut presiden parti atau Najib sebagai ketua kerajaan?


Sinar Harian

Kuota 30% saham bumiputera telah dihapus

Posted: 18 Jul 2010 11:01 PM PDT

Sama-samalah kita nantikan apakah tindakan PERKASA tentang isu ini..

Kuota 30% saham bumiputera telah dihapuskan, kata Menteri Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop dalam satu wawancara eksklusif bersama Nanyang Siang Pau, yang disiarkan pada hari ini.

Dalam wawancara tersebut, Menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta ini menegaskan bahawa kerajaan telah membuat penyelarasan, untuk melihat kuota 30% saham bumiputera dari perspektif makro. Kerajaan berharap bumiputera yang mencakupi 60% populasi Malaysia, mampu menguasai sekurang-kurangnya 30% saham dalam ekonomi secara keseluruhannya, dan bukannya tertakluk kepada setiap syarikat.

"Kami tidak lagi tegas, bahawa setiap syarikat, misalnya kedai gunting rambut, mesti memiliki 30% saham bumiputera. Kami melihat isu ini secara makro. Kami tidak harap setelah negara kita mencapai matlamat negara maju, bumiputera yang mencakupi 60% populasi masih gagal memiliki 30% saham," jelas Nor Mohamed Yakcop .




Beliau berkata, kenyataan kerajaan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) bahawa dasar afirmatif tidak akan dimansuhkan, menjurus kepada salah tanggapan sesetengah pihak bahawa syarikat tersenarai mesti mematuhi syarat 30% saham bumiputera.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Abdul Razak telah mengumumkan dasar yang terbuka untuk pelaburan asing pada Jun 2009, termasuk melonggarkan kawalan, dan memberi laluan kepada syarikat tersenarai agar tidak perlu mematuhi kuota 30% saham bumiputera.

Bagaimanapun, masih ramai peniaga Cina yang tidak memahami dasar ini, lantas mengekalkan status syarikat sendiran berhad kerana khuatir bahawa syarikatnya perlu memenuhi kuota 30% saham bumiputera jikalau diubah status menjadi syarikat tersenarai, menurut laporan Nanyang Siang Pau.


Merdeka Review

PKR Ranting Permatang Tinggi dibubar

Posted: 18 Jul 2010 08:54 PM PDT

Antara alasannya

~ Nasib rakyat terutama golongan Melayu di kawasan itu kini semakin diabaikan

~ Semua janji kosong sahaja. Turun tengok orang susah yang sangat memerlukan bantuan juga buat seperti tak endah. Orang kampung ini juga tak kenal wakil rakyat sebab tak turun bercampur dengan kami.

~ Peruntukan untuk orang Melayu yang rata-rata penduduk miskin di sini juga tak perlu cakaplah, memang dari dulu tak pernah ada, tak nampak pun sumbangannya di sini," katanya.

Hmmm.. sejak bila ahli-ahli PKR ni bercakap serupa dengan ahli-ahli UMNO? bercakap tentang nasib Melayu..

Jadi rasanya kalau nak memperjuangkan nasib Melayu sahaja memang UMNOlah parti yang sesuai..

Walau apa jua alasan mereka kepada pihak yang berkenaan sila pandang dari sudut yang positif..

Alasan mungkin menunjukkan mereka-mereka itu berfikiran sempit dalam berpolitik tetapi jika ditinjau apa kata akar-umbi disetiap ranting kemungkinan besar itulah antara jawapan yang akan diterima..

Dan pihak pimpinan perlu sedar mereka itu penyokong bukan pemimpin dan dalam demokrasi kemenangan ditentukan oleh jumlah penyokong itu sendiri...

Jangan dok NGANGA!!

Dan Khas buat TKM1 Pulau Pinang.. banyak rungutan yang aku dengardah.. rungutan seperti alasan No. 2 diatas..

Yang membaca dan rapat dengan beliau sila sampaikan.. jangan jadi HIPOKRIT!!


PKR Ranting Permatang Tinggi dibubar

BUKIT MERTAJAM 18 Julai – Seramai 56 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Jalan Permatang Tinggi di sini bertindak keluar parti sekali gus membubarkan cawangan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Pada masa sama, semua mereka membuat keputusan menyertai UMNO dan borang keahlian diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Ramlan Ishak; Ketua UMNO Cawangan Permatang Tinggi, Saidin Ali; bekas Ketua PKR cawangan terbabit, Shafie Ali dan bekas Naib Ketua cawangan, Ismail Md. Ali.

Lebih 30 ahli cawangan yang keluar parti hadir ke Majlis Pembubaran PKR Ranting Jalan Permatang Tinggi dengan memakai kemeja T tertera 'Selamat Tinggal PKR' dan logo parti yang sudah retak di bahagian belakang.

Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas itu, Ismail berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka sudah bosan dengan tindak-tanduk pemimpin parti yang lebih mementingkan agenda masing-masing.

Menurutnya, nasib rakyat terutama golongan Melayu di kawasan itu kini semakin diabaikan, malah sepanjang dua tahun ini kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk daripada PKR, Tan Hock Leong juga tidak kelihatan.

''Semua janji kosong sahaja. Turun tengok orang susah yang sangat memerlukan bantuan juga buat seperti tak endah. Orang kampung ini juga tak kenal wakil rakyat sebab tak turun bercampur dengan kami.

''Peruntukan untuk orang Melayu yang rata-rata penduduk miskin di sini juga tak perlu cakaplah, memang dari dulu tak pernah ada, tak nampak pun sumbangannya di sini," katanya.

Dalam pada itu, Musa yang juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, hampir setiap hari UMNO menerima borang daripada penduduk di sini untuk menjadi ahli parti itu.

Malah dakwanya, kira-kira 300 ahli daripada tiga cawangan PKR di negeri ini kini dalam perbincangan untuk keluar parti.

''Kita sentiasa terima dengan terbuka, namun pemantauan akan dibuat berhubung perkara itu kerana tidak mahu ada antara mereka yang nak jadi ahli semata-mata mahu kucar-kacirkan UMNO.

''Kita tahu sebenarnya ramai yang sangat kecewa dengan pakatan pembangkang kerana mereka sekarang sudah menjadi pakatan pembohong," ujarnya.


Media UMNO

Tuduhan Liwat : Karpal MC, kes ditunda ke 2 Ogos

Posted: 18 Jul 2010 08:28 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bersetuju menundakan perbicaraan kes liwat II yang membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 2 Ogos ini.

Ia berikutan prermohonan daripada peguam tertuduh berikutan peguam utama Anwar, - Karpal Singh diberi cuti sakit 15 hari akibat jangkitan paru-paru.

Karpal, 70, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor kini sedang berehat selepas dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 9 Julai lalu.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata mahkamah membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh peguam Param Cumaraswamy.

"Ia berdasarkan jaminan dari Param bahawa kes itu akan diteruskan tanpa mengira sama ada Karpal akan hadir kemudian hari nanti," katanya.

"Seorang daripada peguamnya mesti meneruskan jika diperlukan nanti."

Peguam cara negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden tidak membuat bantahan.

Perbicaraan kes Anwar akan dijalankan sepanjang bulan Ogos.

Seorang lagi peguamnya, Sankara Nair memberitahu wartawan di luar mahkamah, Karpal dikejarkan ke hospital pada 9 Julai lalu akibat pneumonia.

Anak Karpal - Ram Karpal berkata bapanya hanya dibenarkan keluar Khamis lalu.

Me
nurut Ram, Karpal kini diberikan antibiotik dan berada dalam keadaan separa sedar.

"Dia sedang berehat," kata Ram sambil menambah ayahnya kini di rumah mereka di Pulau Pinang.

Sankara mengulangi perbicaraan akan bersambung 2 Ogos dan dijalankan sepanjang bulan berkenaan.

"Kita telah berjanji kepada mahkamah, kita juga mahu perbicaraan disambung semula," katanya.

Menurut Sankara jika Karpal tidak sihat, seorang lagi peguam dalam pasukan mereka akan menggantikan tempat Karpal.

"Karpal mempunyai dua minggu untuk pulih sepenuhnya. Saya yakin beliau akan sempat pulih sepenuhnya," katanya.

Selain Karpal, Param dan sankara, peguam lain yang mewakili Anwar ialah CV Prabhakaran, Wan Anuar Syahadat, Melissa Christopher Fernando dan ahli jawatankuasa pusat PAS Mohd Hanipa Maidin

Anwar, 63 didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat.


Malaysiakini

Tiada ulasan: