Selasa, 13 Julai 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kajiselidik UM yang tak akan disiarkan Utusan Malaysia.

Posted: 13 Jul 2010 08:45 AM PDT

sebanyak 54 peratus golongan muda menganggap Pakatan Rakyat masih mempertahankan hak-hak Melayu dan kedudukan agama Islam manakala 44 peratus lagi percaya Umno sebuah parti yang mengamalkan rasuah.

Kah.. kah.. kah.. korang jangan carilah dalam Media UMNO esok.. tak akan jumpanya..

**********************************************

Pada umumnya pengundi muda yang ditemui dalam satu kajiselidik di Selangor berpuashati dengan penyediaan keperluan asas oleh kerajaan negeri seperti pemberian air percuma tetapi masih tidak berpuashati dengan tahap perkhidmatan yang dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu.

Selain itu, kira-kira 42 peratus pengundi muda yang berusia antara 21 hingga 30 tahun yang sepatutnya layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya.

Manakala rata-rata responden yang ditemui turut melahirkan rasa tidak berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh wakil rakyat mereka samada dari Pakatan Rakyat mahupun Umno-Barisan Nasional.

Itu antara rumusan yang diberikan oleh Dekan Fakulti Dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman (gambar) iaitu ketua penyelidik satu kajian yang bertajuk 'Pola Pengundian Pengundi Muda Dalam Pilihanraya Kecil selepas Pilihanraya Umum ke 12, 2008'.

Selain Dr Mohammad Redzuan, dua lagi pembentang kajian berkenaan ialah Amer Saifude Ghazali dari Jabatan Geografi UM dan Dr Zulkarnain Abdul Rahman, pensyarah Jabatan Sejarah universiti berkenaan.

Menurut Dr Mohammad Redzuan, kajian itu dijalankan terhadap 1,410 responden dipilih secara rawak dari seluruh negeri Selangor dengan menyasarkan pekerja swasta, kakitangan kerajaan, pelajar, bekerja sendiri dan suri rumah.

Dalam pembentangan beliau, Dr Mohammad Redzuan menjelaskan pelbagai persepsi di kalangan golongan muda Melayu di Selangor terhadap pencapaian kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Antara yang dinyatakan sebanyak 54 peratus golongan muda menganggap Pakatan Rakyat masih mempertahankan hak-hak Melayu dan kedudukan agama Islam manakala 44 peratus lagi percaya Umno sebuah parti yang mengamalkan rasuah.

Secara kesimpulannya beliau menyatakan golongan muda melayu di Selangor merupakan golongan yang bersimpati dan menyokong dasar Pakatan Rakyat tetapi pembangkang memerlukan pendekatan yang lebih berkesan untuk menarik sokongan mereka.

"Dari segi perspektif kesejahteraan rakyat, umumnya majoriti responden berpuashati dengan penyediaan keperluan asas. Tak timbul umpamanya isu jalan dan sebagainya kerana di sini telah selesai termasuk soal pemberian air yang dianggap menimbulkan.

"Dalam aspek pembangunan sosial ramai responden tidak berpuashati dengan perkhidmatan oleh PBT seperti pengutipan sampah, pembersihan longkang dan perparitan. Ketiga dari aspek politik, kebanyakan responden masih tidak berpuashati dengan prestasi wakil rakyat masing-masing dan umumnya mereka masih belum mengenali wakil rakyat mereka," kata Dr Mohammad Redzuan.

Katanya lagi, kebanyakan pengundi muda tidak mendapat maklumat berkenaan kerajaan Negeri Selangor dan banyak bergantung kepada maklumat yang disiarkan menerusi media arus perdana.

"Bilangan responden 42 peratus tidak mengundi dan sebahagian besar responden berada dalam lingkungan umur 21 tahun hingga 40 tahun yang sepatutnya layak mengundi tetapi masih belum mengundi. Ini adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian," ujar beliau lagi.


Suara Keadilan

Respon DSAI Terhadap Fitnah Utusan dari Kota Makkah

Posted: 13 Jul 2010 07:02 AM PDT

Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa'i mashkur dan amalan solehah.

Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya. Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA.

Khabar ini langsung tidak mengejutkan. Apatah lagi walau Umno-Bn punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.

Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian.

Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA. Pimpinan Umno pula bersahuti-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian.

Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan Umno yang diketuai Dato' Sri Najib Razak. CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya.

Kemunculan saya untuk ruang 'Connect The World' merupakan keputusan penerbit program tersebut.

Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi Umno yang berusaha memfitnah saya.

Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka.

Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.


ANWAR IBRAHIM
Sent via BlackBerry from Maxis

PERKASA Cina : Nazri Aziz kata Muhyiddin MENGARUT?

Posted: 13 Jul 2010 03:45 AM PDT

Sebelum itu, Muhyidin Yassin berkata sesiapapun adalah bebas untuk menubuhkan sebarang persatuan atau pertubuhan ini termasuk Perkasa versi Cina atau Perkasa versi India.

" Kita boleh ada Perkasa Versi Cina mahupun Perkasa versi India " katanya hari ini.

"Kerajaan tidak pernah menghalang sesiapapun dari menubuhkan sebarang Pertubuhan" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Asean School Games yang kedua di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur hari ini. Berita penuh sila baca di SINI

Itu kata Muhyiddin, manakala dibawah ini pula pendapat Nazri Aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan naib presiden MCA, Datuk Donald Lim supaya satu pertubuhan Cina yang menyerupai kumpulan pejuang Melayu PERKASA ditubuhkan sebagai 'mengarut'.

Katanya, cadangan seumpama itu akan hanya menyebabkan ketegangan kaum antara Melayu dengan Cina memuncak, sedangkan pada masa sama kerajaan berusaha mengendurkannya. Berita penuh sila baca di bawah.

Secara tidak langsung berita ini telah menunjukkan kepada kita betapa tidak selarinya pendirian pemimpin-pemimpin UMNO ini dalam menangani isu Perkasa Cina.

Muhyiddin kata boleh ditubuhkan kerana kerajaan tidak menghalang penubuhannya dan Nazri Aziz pula berkata cadangan itu adalah mengarut..

Adakah Nazri Aziz juga mengatakan Muhyiddin mengarut kerana membenarkan penubuhan Perkasa Cina?


*********************************************

Nazri: Cadangan PERKASA Cina mengarut

Jul 13, 10

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan naib presiden MCA, Datuk Donald Lim supaya satu pertubuhan Cina yang menyerupai kumpulan pejuang Melayu PERKASA ditubuhkan sebagai 'mengarut'.

Katanya, cadangan seumpama itu akan hanya menyebabkan ketegangan kaum antara Melayu dengan Cina memuncak, sedangkan pada masa sama kerajaan berusaha mengendurkannya.

"Kita mahu mengetepikan PERKASA dan dia pula mahu menjadi pelampau," kata Nazri kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

"Bagaimana pula dengan kumpulan pelampau India? Kita tubuhkan juga kumpulan pelamapau Kadazan, Iban dan lain-lain. Biar semua kita bergaduhlah, adakah ini yang Lim kehendaki."

Menurut Nazri sebagai pemimpin kanan BN, Lim tidak sepatutnya membuat kenyataan seumpama itu.

"Dua kesilapan tidak akan membetulkan keadaan," kata Nazri.

Jumaat lalu, Lim memberitahu akhbar Cina yang Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor seharusnya menerajui pertubuhan baru bagi menangani serangan agresif daripada PERKASA.

NGO yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali itu dilihat sebagai batu penghalang kepada usaha pembaharuan ekonomi yang diusahakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nazri, bagaimanapun gagal menjelaskan sama ada BN seharusnya menjauhkan diripada daripada PERKASA atau menghadapi risiko persepsi negatif jika dikaitkan dengannya.

"Saya tidak tahu... Terdapat kebebasan menubuhkan persatuan di neagra ini," katanya.

Mengulas saranan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno sewajarnya membabitkan pemimpin PERKASA dalam perbincangan, Nazri berkata BN tidak mewakili orang Melayu sahaja.

"Siapa rakyat negara ini? Adalah mereka semua Melayu? Ada juga bukan Melayu. Adakah beliau maksudkan mereka tidak mempunyai hak? Adakah mereka rakyat kelas kedua? Ini yang terjadi jika anda bersetuju dengan kenyataan (Mahathir).

"Tak boleh! Kita tidak boleh terima cadangan seumpama itu meskipun ia datang daripada bekas perdana menteri atau sesiapa sekalipun.

Nazri juga memberi amaran bahawa kerajaan akan bertindak jika PERKASA membuat kenyataan berunsur hasutan.

Dalam hal ini, katanya, rakyat yang tersinggung atau berpendapat yang PERKASA adalah ancaman kepada negara perlu membuat laporan polis.


Malaysiakini

Minggu ini Brahim Ali berlaga dengan Nazri Aziz pula..

Posted: 13 Jul 2010 01:02 AM PDT

Minggu lepas dia berlaga dengan Khairy.. sebelum berlaga dengan Khairy di berlaga dengan Ketua Pemuda MCA .. apa nama tah..

Ibrahim pula gesa Nazri Aziz 'disisih' jika Umno, BN mahu pulih

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Datuk Ibrahim Ali membidas Datuk Seri Nazri Aziz dengan menggesa agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu "disisihkan" dari Umno jika parti tersebut dan Barisan Nasional (BN) mahu kembali memperoleh sokongan rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

Ini kali kedua dalam tempoh sebulan ini Nazri dan Ibrahim bertembung pendirian berhubung peranan dan aktiviti Perkasa.

"Perkasa hanya NGO... tidak ada apa yang nak rugi. Jadi ketepikan Nazri jika Umno dan BN mahu dapat kembali sokongan rakyat," kata beliau sambil menegaskan, pihaknya tidak kisah kenyataan Nazri di lobi bangunan Parlimen awal hari ini.

Presiden Perkasa ini menyifatkan kenyataan Nazri sebagai satu "pandangan daripada orang yang hilang waras berfikir dan pendapat peribadi."

"Nazri tak layak dilayan kerana tiada nilai dan buang masa. Saya amat simpati tapi apa boleh buat, kenyataan nya membuat umat Melayu lagi membenci pada Ummo.

"Pada masa yang sama tidak tambah nilai pada BN. Perkasa hanya NGO, tidak ada apa yang nak rugi," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini dalam respons berhubung kenyataan Nazri.

Terdahulu Nazri menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf Perkasa yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menambah, Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman.

Oleh itu katanya, idealisme Perkasa, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan.

"Kita harus mengetepikan sama sekali Perkasa. Mengapa saya kata begitu? Ini kerana Perkasa tidak seiring dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Kami menentang sebarang bentuk perkauman dan sudah pasti (Perkasa) tidak disokong oleh Umno," kata Nazri.


The Malaysian Insider

Lebih 1,000 cawangan Umno Kelantan haram?

Posted: 13 Jul 2010 12:39 AM PDT

Harakahdaily

KOTA BHARU, 13 Julai: Khamis, 15 Julai adalah tarikh akhir yang diberikan kepada pucuk pimpinan tertinggi Umno untuk menyelesaikan pertikaian mengenai kedudukan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan yang didakwa tidak sah mengikut akta Pertubuhan 1960.

Kemelut yang melanda Umno bahagian Tanah Merah yang gagal diselesai dengan baik sejak lebih setahun lalu menjadi punca sehingga terdedahkan kedudukan cawangan Umno di Kelantan yang didakwa tidak sah. Implikasi dari situasi itu menyebabkan Umno boleh diisytihar sebagai pertubuhan haram.

Demikian dedah akhbar politik Siasah dalam keluaran terbarunya yang kini berada di pasaran.

Satu sumber memberitahu Siasah, kegagalan penyelesaian Umno Bahagian Tanah Merah itu yang memberi implikasi kepada Umno Kelantan dengan membawa perkara itu ke mahkamah terpaksa diambil sekiranya pucuk pimpinan peringkat pusat berdegil untuk menyelesaikannya.

Mengenai kenapa tarikh 15 Julai dijadikan dateline kerana pada tarikh itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaassin dijangka merasmikan persidangan Umno Bahagian Tanah Merah.

"Sekiranya Muhyiddin hadir merasmikan mesyuarat bahagian itu satu laporan polis akan dibuat ke atas Muhyiddin atas alasan merasmikan persidangan Umno yang haram," kata sumber berkenaan dalam pertemuan eksklusif dengan Siasah baru-baru ini.

Umno bahagian Tanah Merah dianggap dalam keadaan haram bila mana kedudukan ketuanya kini, Datuk Ikhmal Hisyam Abdul Aziz dikatakan tidak sah.

Kedudukan Ikhmal sebagai ketua tidak sah bila mana cawangan yang mencalonkan beliau dalam pemilihan lalu juga tidak sah kerana ianya telah dibubarkan.

Sebagai rekod Umno Bahagian Tanah Merah telah diheret ke mahkamah ekoran kemelut berkenaan. Bekas Setiausaha bahagian, Amran Abdul Rahman telah memohon injuksi di mahkamah tinggi Kota Bharu menghalang Umno bahagian itu menggunakan aset dan dua akaun bank Umno bahagian berkenaan ekoran kesamaran kedudukan Ikhmal itu.

Gara-gara tindakan itu keahlian Amran digugurkan atas alasan membawa perkara itu ke mahkamah dimana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Umno yang menghalang ahlinya membawa apa-apa kes ke mahkamah.

Bagaimana pun pemerhati melihat pengguguran Amran itu sebagai untuk menyelamatkan individu tertentu di mana tindakan itu sesuatu yang tidak adil dan melanggar semangat perjuangan parti.

Sekiranya laporan polis ke atas Muhyiddin diteruskan 15 Julai nanti dan masalah cawangan Umno itu dibawah ke mahkamah besar kemungkinan Umno beberapa bahagian di Kelantan boleh diistyharkan tidak sah kerana mesyuarat perwakilan bahagian sebelum ini membabitkan cawangan-cawangan yang tidak sah.

Dalam perkembangan lain satu carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendapati lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di negeri itu tidak sah.

"Daripada 2,181 cawangan Umno di seluruh Kelantan hanya 1,800 saja yang mempunyai fail dengan ROS manakala dari jumlah itu hanya 70 cawangan saja yang sah," tegas sumber itu.

Laporan penuh sila baca Siasah yang kini berada di pasaran

CNN Menafikan laporan mereka dibayar oleh Anwar.

Posted: 12 Jul 2010 10:27 PM PDT

Hah!! Apa nak jadi Utusan Malaysia ni.. sudah dua berita yang digunakan untuk menyerang DS Anwar Ibrahim boleh dikatakan tidak berasas..

Mula-mula mereka menuduh Anwar membayar CNN dalam menyiarkan temubualnya.

Shafie Afdal dalam mengulas berita yang disiarkan oleh Utusan yang mendakwa Anwar membayar CNN dalam usaha untuk menyakinkan kembali para pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti-Yahudi. Berita penuh sila baca di SINI. telah berkata bukan sesuatu yang menghairankan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim membiayai program temubualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini dalam usaha untuk meyakinkan kembali para pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.

Bagaimanapun hari ini jurucakap bagi CNN yang beribu pejabat di Hong Kong telah menafikan dakwaan yang dibuat oleh Utusan pada hari Jumaat 9 July yang lalu.

Menurutnya " Cerita mengenai CNN menerima bayaran dari Anwar Ibrahim untuk muncul dalam rancangan 'Connect the World' jelas dirancang."

Kemudian pula mereka menyerang DS Anwar Ibrahim dengan menyiarkan berita yang bertajuk penulis blog AS dedah Anwar 'alat' CIA.

Dalam edisi Ahad lalu - Mingguan Malaysia memetik tulisan Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai "seorang penulis blog terkemuka", mendedahkan bahawa Anwar merupakan "alat" CIA .

Akhbar tersebut menterjemah tulisan Elaine dalam blog - Culture of Life News - seperti berikut: "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segala-galanya dan merupakan ejen CIA yang menyamar."

Dengan sifat taksub dan yakin yang melampau terhadap laporan Media UMNO itu Menteri Bakar Jambatan Rais Yatim telah menggunakan laporan media UMNO itu untuk menyerang Anwar.

Berita ini telah dipertikaikan oleh Bekas Duta US ke Malaysia dari tahun 1995 hingga ke tahun 1998 John R. Mallot di SINI.

Dalam keghairahan mereka menyerang DS Anwar Ibrahim, Utusan sebenarnya telah menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO yang menggunakan artikel atau berita yang disiarkan Utusan itu sebagai asas untuk menyerang Anwar kelihatan semakin bodoh sebenarnya.

Bodoh kerana mempercayai berita yang tidak benar tanpa memeriksa kesahihan berita tersebut..

*******************************************

Report fabricated, says CNN

July 13, 2010, CNN has stringently denied that Opposition Leader Anwar Ibrahim paid the global new broadcaster to do an interview early this month.

"The story about CNN accepting payment from anyone for Anwar Ibrahim to appear on 'Connect the World' is clearly fabricated," said a CNN spokesperson, who is based in Hong Kong where the network's Asia headquarters is located.

"It is disturbing that no effort was made to contact us and independently verify these groundless allegations before they were subsequently reported as fact."

Malay-language daily Utusan Malaysia had on last Friday kicked off the controversy with its July 9 report headlined 'Anwar alleged to have paid CNN'.

Following the Utusan report, a number of Umno leaders attacked Anwar over the alleged "paid" interview.


Malaysiakini

Khir Toyo Kantoi lagi..

Posted: 12 Jul 2010 09:03 PM PDT

Khir Toyo yang mendakwa pasir bernilai RM220 juta dilombong secara haram di Dengkil sedangkan operasi itu diuruskan secara sah oleh syarikat milik kerajaan Selangor.

Khir Toyo kata 120 hektar seperti yang dilaporkan padahal ianya hanya melibatkan 120 ekar tanah bukan 120 HEKTAR.. jauh beza tu..

Khir Toyo kata 10 juta tan pasir mencecah RM220 juta telah dilombong oleh pelombong haram dalam masa sesingkat dua minggu sedangkan sejak mula beroperasi pada Januari hingga kini syarikat berkenaan hanya telah mengalihkan 400,000 tan pasir bernilai RM7 juta...

Kah.. kah.. kah.. Kantoi lagi Khir Toyo.. tak apa cipta isu lain pulak..

Boleh jadi Khir Toyo ni tak puas hati pasal hasil dari lombong pasir ni dia tak dapat komisyen kot??

********************************************************

MB Bidas Dakwaan Pasir Dengkil Dilombong Secara Haram

Menteri Besar Selangor membidas dakwaan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo yang mendakwa pasir bernilai RM220 juta dilombong secara haram di Dengkil.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dakwaan Dr Khir Toyo itu yang dibantu oleh laporan akhbar The Star dan Utusan Malaysia adalah tidak berasas kerana operasi itu diuruskan secara sah oleh syarikat milik kerajaan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, yang diberi permit oleh Pejabat Daerah Kuala Langat Januari lalu.

KSSB kemudiannya melantik syarikat Cheong Weng Trading Sdn Bhd untuk melaksakan operasi perlombongan juga pada bulan yang sama.

"Juga saya ingin maklumkan bahawa kawasan lombong itu bukan di Bukit Changgang seperti yang dilaporkan mereka. Ia di Kampung Olak Lempit," kata Khalid dan menambah kawasan perlombongan itu hanya melibatkan 120 ekar tanah, dan bukan 120 hektar seperti yang dilaporkan.

"Operasi fasa pertama melibatkan 60 ekar, manakala fasa kedua akan bermula apabila kawasan yang dikenal pasti untuk perlombongan telah sedia," kata Khalid.

Tan Sri Khalid menjelaskan kelulusan untuk melombong juga diperoleh dari Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Perparitan, Jabatan Galian dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Urus Air Selangor.

"Firma perunding Enviro Enhance Sdn Bhd bertanggungjawab untuk merangka dan menyerahkan laporan bulanan operasi perlombongan kepada Jabatan Alam Sekitar.

Khalid menolak dakwaan Khir Toyo yang kononnya 10 juta tan pasir mencecah RM220 juta telah dilombong oleh pelombong haram dalam masa sesingkat dua minggu. Beliau berkata adalah mustahil untuk berbuat demikian.

"Sejak mula operasi pada Januari, syarikat berkenaan telah mengalihkan 400,000 tan pasir bernilai RM7 juta. Mustahil kalau kata 10 juta tan dalam masa dua minggu kerana itu memerlukan 500,000 lori untuk mengalihkan pasir sebegitu banyak," jelas Khalid.

Khalid turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah mengenalpasti kawasan perlombongan haram di Selangor, dan mengambil langkah yang perlu untuk mengatasi masalah itu.

"Saya dapati terlalu ramai mereka yang terlibat dalam operasi pasir ini bukan saja individu. Ada juga kepimpinan kampung, pegawai kerajaan, pembawa lori, dan rupa-rupanya samseng pun terlibat.

"Barulah saya tahu industri ini ramai peminat. Bila kita kurangkan duit poket ini, terdapat heboh begitu besar, tapi kita mesti selesaikan," katanya ketika menjawab soalan lisan di DUN Selangor hari ini.


TV Selangor

UMNO Jelutong bergolak, desak Zahid campur tangan..

Posted: 12 Jul 2010 08:05 PM PDT

Lebih 4,000 anggota daripada 17 cawangan Umno dalam Bahagian Jelutong hari ini mendesak pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyelesaikan segera krisis dalaman yang dihadapi bahagian itu sejak tiga tahun lalu.

Wakil ketua Umno cawangan yang "tergantung" itu, Abdul Wahab Abdullah (kiri), berkata Zahid perlu berjumpa dengan semua ketua dan jawatankuasa 17 cawangan terbabit supaya krisis itu tidak berlarutan dan menjejaskan persiapan pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Kami daripada 17 cawangan Umno ini masih lagi sayangkan parti dan masih berdiri teguh di belakang Umno, jadi janganlah biarkan kami meningggalkan Umno hanya kerana tiada apa yang boleh dibincangkan lagi," katanya kepada pemberita di Georgetown.

Beliau berkata, semua 17 cawangan Umno itu kesal dengan tindakan kepimpinan bahagian Jelutong danbadan perhubungan negeri yang menfitnah kononnya status cawangan mereka tidak sah atas alasan mempunyai ahli hantu.

"Sehingga tahun ini, kami tidak menerima apa-apa surat yang menyatakan status kami tidak sah atau digantung ataupun ditangguh dan oleh itu apa yang kami lakukan adalah mengikut undang-undang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing semalam," katanya.

Abdul Wahab berkata, sebelum ini terdapat wakil majlis tertinggi (MT) Umno menjalankan siasatan mengenai dakwaan Umno bahagian Jelutong terhadap 17 cawangan terbabit dan hasil siasatan itu mengesahkan bahawa semua cawangan itu mempunyai lebih 4,000 ahli sah.

"Adalah tidak logik tuduhan bahawa cawangan-cawangan kami mempunyai ahli hantu kerana jika ia benar-benar berlaku, Umno bahagian Jelutong itu sendiri adalah tidak sah sekarang kerana kebanyakan kami adalah bekas barisan kepimpinan Umno bahagian itu dan telah pernah menghadiri persidangan perwakilan bahagian," katanya.

Beliau yang juga bekas ketua pemuda Umno bahagian Jelutong berkata tindakan kepimpinan bahagian itu sememangnya melemahkan parti kerana ketika presiden, Datuk Seri Najib Razak, memperkukuhkan pengaruh Umno di kalangan rakyat, bahagian itu pula menyingkirkan ahlinya.

Beliau berkata, lebih 4,000 ahli Umno terbabit memberi tempoh sehingga hujung tahun ini dan jika MT masih tidak memberi sebarang keputusan, mereka mungkin akan membubarkan cawangan masing-masing dan keluar daripada Umno secara beramai-ramai.

Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Jelutong, Abdul Razak Abdul Rahman, berkata beliau telah menghantar surat kepada ahli-ahli daripada 17 cawangan itu untuk menyertai cawangan lain kerana badan perhubungan Umno negeri telah membuat keputusan untuk menutup cawangan mereka.


- Bernama

Tiada ulasan: