Anak Sungai Derhaka |
- Anwar Didakwa Dalang Sembunyi Raja Petra
- Siasat Kenyataan Mukhriz, Usah Sibuk Pasal Raja Petra
- Ekstradisi RPK: London tak layan...
- Individu Bersubahat Dengan RPK Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang
- Undi Pos akan di Kaji.. di Kaji sajalah.....
- Wah! Beraninya Khairy...
- PRU Tergempar tindakan ‘Bunuh Diri buat BN’ - Nazri
- Kampung Melayu lenyap angkara khianat PKR dan PAS, kata pemimpin Umno
- Mr Prime minister , is this what you mean by Rakyat Di-utamakan?
| Anwar Didakwa Dalang Sembunyi Raja Petra Posted: 06 Jul 2010 07:47 AM PDT Mudahnya kerja penyokong-penyokong Najib atau kerajaan Barisan Nasional ni.. Semua kesalahan dan kelemahan mereka yang mereka sendiri tidak mahu tahu diletakkan atas bahu Anwar.. Hish.. Jahat sungguh Anwar ni.. kah.. kah.. kah.. PETALING JAYA: Bekas teman baik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan hari ini mendakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat itu merupakan dalang yang menyembunyikan Raja Petra Kamaruddin (RPK) di London."Saya pasti Anwarlah, mastermind yang merancang kehilangan RPK di London. "Bayangkan mana dia (RPK) dapat duit yang banyak untuk duduk di sana. Saya tahu Datuk Zaid Ibrahim bantu RPK bagi pihak Anwar," katanya ketika dihubungi . Beliau berkata demikian sebagai mengulas, pertemuan Zaid yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan dengan pengendali laman blog Malaysia Today itu tahun lalu. Zaid melalui laman blognya sebelum ini mengaku keakrabannya dengan RPK itu selain mengatakan sering menemuinya setiap kali beliau ke kota London, termasuk membawa penulis blog kontroversi itu menonton perlawanan bola sepak membabitkan pasukan kegemaran mereka, Manchester United di Old Trafford. Mengulas lanjut isu berkenaan, Nallakarupan berkata beliau sangat mengenali peribadi Anwar yang akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menggelakkan rakyat tahu sikap sebenarnya yang 'gila kuasa'. "Saya kenal Anwar sudah lama, saya tahu cita-cita dia mahu jadi Perdana Menteri Malaysia. "Sebab itu dia minta Zaid menjenguk RPK di London untuk mengaburi mata rakyat supaya tidak mengesyaki hubungan mereka. "Anwar masih sayang kepada RPK kerana dia dibayar untuk menulis pelbagai cerita untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional," ujarnya. Sehubungan itu, bekas teman rapat menggesa pihak polis segera menahan Zaid bagi membantu siasatan berhubung pertemuannya dengan RPK. "Saya tidak faham kenapa polis di sini tidak minta pertolongan Interpol untuk menangkap RPK kerana, mereka sudah tahu dia tinggal di London. "Polis perlu tegas dalam isu ini, kerana RPK merupakan individu yang paling dikehendaki kerana dia berhadapan dengan kes fitnah di mahkamah," katanya. Nallakarupan berkata, pengendali laman blog Malaysia Today itu perlu segera ditahan kerana perbuatannya memburuk-burukkan nama negara di London hanya menjejaskan imej dan nama baik Malaysia. mStar Online |
| Siasat Kenyataan Mukhriz, Usah Sibuk Pasal Raja Petra Posted: 06 Jul 2010 04:21 AM PDT Oleh Faizal Ezzany KUALA LUMPUR 6 Julai - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengesa Polis DiRaja Malaysia menyiasat kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang mendakwa 40 peratus daripada penulisan yang dihasilkan oleh Raja Petra Kamaruddin adalah berdasarkan fakta.Beliau berkata jika hanya 40 peratus sahaja apa yang ditulis oleh penulis blog terkenal itu adalah fakta maka pihak polis berwajib untuk membuat penyiasatan. "Mukhriz mengatakan dalam kesemua kenyataan yang diberikan oleh Raja Petra hanya 40 peratus fakta sahaja tepat sedangkan yang lain tidak betul. "Jadi di sini saya mahu arahkan PDRM perlu beri tumpuan menyiasat kenyataan tersebut bukannya membesarkan kenyataan pertemuan pemimpin Pakatan Rakyat mahupun isu tajaan yang belum pasti kebenarannya. "Angka 40 peratus itu bukannya dikeluarkan oleh orang biasa tetapi dari seorang timbalan menteri dan mempunyai pertalian dengan bekas Perdana Menteri Malaysia. Apa yang berlaku kita lihat PDRM tidak meletakkan dakwaan timbalan menteri terbabit sebagai satu yang serius. "Kita kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan yang hanya mencari salah seseorang sedangkan kenyataan mahupun dakwaan yang jelas mengatakan ada kebenaran tidak pula di siasat. "Inilah kelemahan PDRM yang sebenarnya, kenapa mereka tidak bertindak menyiasat fakta yang betul itu, tetapi mereka sibuk dengan dakwaan menaja Raja Petra. Tindakan ini hanyalah hendak menutup kelemahan dalam PDRM yang tidak mahu siasat dakwaan Raja Petra, adakah ini sebagai satu tindakan untuk menutup individu tertentu," tegas beliau pada sidang media di parlimen petang tadi. Selain itu juga beliau memberitahu terdapat kekeliruan dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melakukan siasatan ke atas penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang dilihat tidak ada kesungguhan. "Saya hairan satu keputusan mengejutkan yang dilakukan oleh SPRM apabila badan itu membatalkan rombongan mereka ke London bagi mendapat kenyataan dari Bala sedangkan sebelum itu sudah ada keputusan. Tindakan itu di ambil apabila Peguam Negara memberitahu tidak ada kepentingan ke sana untuk berjumpa dengan Bala dan hanya cukup menghantar soalan sahaja. "Tindakan ini seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh mereka, saya melihat Bala ini umpama kunci yang boleh membongkar segala rahsia dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno, ini yang menjadi tanda tanya. "Isu bila hanya cukup menghantar soalan yang ingin ditanya oleh SPRM kepada peguam kenapa sebelum ini dalam kes Teoh Beng Hock tidak menggunakan konsep yang sama, saya rasa kalau hanya mengemukakan soalan melalui surat tentu tidak akan timbul soal kematian. "Banyak perkara yang dilakukan oleh Umno-Barisan Nasional dalam kedua-dua kes ini mempunyai perkara tersembunyi dan invividu mana yang mereka mahu lindungi? Itu persoalannya. "PDRM dan juga SPRM perlu amanah dalam menjalankan tanggungjawab mereka bukan hanya mengikut skrip pihak atasan dari kalangan pemimpin Umno," tegas Mahfuz lagi. Sebelum ini mengenai isu siasatan Bala di London, SPRM yang telah merancang rombongan ke sana bagi mendapat kenyataan dari penyiasat persendirian tersebut tetapi rombongan itu dibatalkan setelah mendapat nasihat dari Peguam Negara. Sehubungan dengan itu SPRM telah menghantar soalan yang ingin ditanya kepada Bala melalui khidmat kurier ke London. Soalan yang perlu dijawab oleh Bala itu kini berada tangan peguamnya, Americk Sidhu. SPRM sedang menyiasat dakwaan beberapa tokoh memaksanya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak dan juga ahli perniagaan Deepak Jaikishan. Suara Keadilan |
| Ekstradisi RPK: London tak layan... Posted: 06 Jul 2010 04:13 AM PDT Kementerian dalam Negeri menjelaskan bahawa Malaysia gagal mengekstradisi penulis blog Raja Petra Kamaruddin dari Untited Kingdom untuk menghadapi dakwaan hasutan dan fitnah di negara ini. "Saya perlu periksa dengan pihak berkuasa UK. Kami telah lakukan ini sejak sekian lama dan kami tahu mengenai semua perkara yang kami nyatakan semalam. Malahan (tindakan) ekstradisi, anda perlukan kerjasama pihak yang berkenaan...perkara ini diuruskan sebaik yang kami mampu lakukan. "Nak masuk ke negara ketiga, culik, seludup keluar macam pengganas? Tak mungkin..itu bukan cara kita di Malaysia. Jadi saya rasa tuduhan kepada PDRM itu tak adil," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein di lobi parlimen hari ini.Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, semalam yang mendakwa kegagalan pihak polis mengambil sebarang tindakan terhadap Raja Petra menunjukkan mereka seolah-olah tidak serius menangani isu berkenaan. Menurut Hishamuddin, pihak polis telah mengambil tindakan sewajarnya dalam menyelesaikan kes tersebut termasuk berjumpa dengan pihak Metropolitan Police di United Kingdom. "Agensi risikan telah berjumpa dengan rakan sejawatan mereka. Wisma Putra pun dah jumpa secara dua hala dan diplomasi dengan pihak United Kingdom. Tapi dalam tindakan sebegini memerlukan kerjasama kedua-dua pihak," katanya. Hishammuddin berkata, setiap negara mempunyai dasar dan pendirian masing-masing dan Malaysia menghormati pendirian tersebut. Namun, katanya, sekiranya pendirian dan dasar negara berkenaan tidak mengizinkan seseorang itu kembali atau membawa pulang mereka untuk berhadapan dengan tindakan dan keadilan, kita perlu melihat kepada pilihan lain yang ada. Raja Petra menghadapi tuduhan menghasut dan fitnah, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan apabila waran tangkap gagal diserahkan kepadanya. Beliau dituduh memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi timbalan perdana menteri serta pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Lt Kol Norhayati Hassan dan suaminya Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan bersumpah yang dibuat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 10.25 pagi 18 Jun tahun lalu. Ia juga ada kaitan dengan tulisannya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya. Malaysiakini |
| Individu Bersubahat Dengan RPK Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang Posted: 06 Jul 2010 03:09 AM PDT Ketika diminta mengulas laporan akhbar Selasa yang menyiarkan gambar RPK bersama penyiasat persendirian P Balasubramian dan Datuk Zaid Ibrahim,Musa berkata Individu yang terbukti bersubahat menaja dan menyembunyikan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, boleh dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang bersesuaian jika didapati bersalah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. Kalau kerana bergambar itu dikatakan mempunyai hubungan.. nampaknya banyaklah siasatan yang polis kena buat.. pasal gambar kat bawah ni pun dah ramai yang bersama Raja Petra Individu Bersubahat Dengan RPK Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang KUALA LUMPUR, 6 Julai - Individu yang terbukti bersubahat menaja dan menyembunyikan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, boleh dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang bersesuaian jika didapati bersalah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. Beliau berkata sekiranya siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap individu tersebut menunjukkan mereka bersalah, terpulang kepada mahkamah untuk menentukan akta atau undang-undang mana yang sesuai dikenakan terhadap mereka. "Mahkamah sahaja yang akan tentukan tindakan undang-undang yang sesuai untuk mendakwa mereka, kita hanya boleh cadangkan sesuatu pertuduhan contohnya kesalahan melindungi pesalah jenayah," katanya ketika dihubungi Selasa. Musa berkata polis tidak boleh bertindak melulu untuk mengambil sebarang kenyataan daripada individu tersebut kerana ia perlu dilakukan mengikut prosuder tertentu. "Kita tidak boleh pergi ke negara lain dan serang (tahan dan ambil keterangan) mereka macam itu sahaja. Setiap negara ada undang-undang mereka, tapi tidak bermakna sebarang tindakan tidak boleh diambil," katanya. Musa berkata walaupun polis antarabangsa (Interpol) telah menolak notis arahan merah yang dikeluarkan PDRM untuk menahan RPK, pihaknya mempunyai inisiatif dan strategi lain untuk menahan pengendali laman web itu. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan strategi tersebut bagi mengelakkan kebocoran maklumat yang sekaligus boleh mengganggu siasatan polis. Musa diminta mengulas laporan akhbar Selasa yang menyiarkan gambar RPK bersama penyiasat persendirian P Balasubramian dan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim yang terbukti mempunyai hubungan antara satu sama lain. Dalam laporan akhbar hari ini, Musa dipetik sebagai berkata PDRM akan memanggil Zaid atau sesiapa yang disyaki terbabit menyembunyikan pengendali laman web itu dalam masa terdekat. Raja Petra menghilangkan diri daripada dihadapkan ke muka pengadilan selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui portal berita Malaysia Today. BERNAMA |
| Undi Pos akan di Kaji.. di Kaji sajalah..... Posted: 06 Jul 2010 12:48 AM PDT Kalau korang tak percaya tak apa.. apa yang jelas dan nyata sekarang ini sebarang kajian yang jelas memberikan keuntungan kepada UMNO/BN atau kroni-kroni mereka pasti dilaksanakan dengan segera.. Contohnya kajian keatas tarif Tol, Kajian keatas Gula dan berbagai-bagai kajian lagilah yang jawapannya pasti memeritkan kita tapi menguntungkan mereka.. Kalau undi Pos ni pula.. hanya sekadar kajian sajalah.. nak dihapuskan selagi UMNO/BN memerintah jangan haraplah! Kalu dihapuskan Wakil wakil Pos yang berada dalam Parlimen tu nak makan apa?? Terutama sekali Najib tu.. Dan jangan terkejut jika kajian ini mungkin akan memakan masa seribu tahun lamanya.. SPR kaji hapus undi pos Penggantian undi pos yang sering dirundung kontroversi dengan "undi awal" merupakan antara cadangan pindaan undang-undang pilihan raya, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau berkata, SPR sedang mempertimbangkan pilihan tersebut kerana undi pos didapati menyusahkan dan mudah terdedah kepada kesilapan, sekali gus menyebabkan lebih banyak undi rosak. "Bagi saya (undi pos) terlalu teknikal, menyusahkan, menyulitkan, rigid."Itu yang kita perhati sekarang supaya siapa yang boleh duduk dalam satu bangunan, dalam masa yang singkat, kita akan panggil dia (untuk) undi awal," katanya. Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini, Abdul Aziz menjelaskan kerumitan dalam melaksanakan undi pos telah menyebabkan banyak undi rosak seperti yang berlaku dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini. Katanya, penolakan kira-kira 200 kertas undi dalam pilihan raya itu antaranya kerana kesalahan memasukkan borang dan kertas undi ke dalam sampul yang salah. Dijangka pada p'raya umum ke-13 Berlaku juga kesalahan dalam mengisi Borang 2 untuk dikepilkan bersama kertas undi, tambahnya. Sehubungan itu Abdul Aziz berkata sekiranya cadangan undi awal itu menjadi kenyataan, ia akan berjalan seperti undi biasa. "Harapnya (boleh) selesai banyak aduan," katanya penuh harapan. "Tetapi (kalau) orang nak kata (juga), orang katalah." Menurut Abdul Aziz, jika tiada halangan, beliau berharap cadangan pindaan undang-undang pilihan raya itu akan dapat dilaksanakan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa undi pos mahu digantikan kerana melibatkan banyak penipuan. Abdul Aziz berkata, perkara itu tidak boleh berlaku kerana pengeluaran kertas undi direkodkan dengan sistematik. Orang suka Isa Samad "Nak tipu macam mana? Kamu beritahu saya," soalnya kembali. "Kalau (jumlah) pengundi 5,000, datang 6,000 (kertas undi), ya, itu tipu. "Tetapi 5,000 (kertas undi) dihantar itu pun dia (pengundi) tak pulang." Ditanya sama ada beliau tidak mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan pengundian pos selama ini ekoran trend undi biasa sering tidak selari dengan keputusan undi pos, Abdul Aziz berkata perkara itu adalah sentimen semata-mata. Katanya, pernah berlaku dalam pilihan raya sebelum ini di mana undi pos menyebelahi calon parti pembangkang. "Contohnya di (pilihan raya kecil) Bagan Pinang. Semua saluran suka kepada (calon BN Tan Sri) Isa Samad. Dia (pembangkang) kata SPR main (politik), tidak! Orang suka Isa Samad... "Kenapa BN kalah di sibu? Bukan sebab SPR tolong DAP, tetapi sebab orang suka DAP. (Mereka) mahukan perubahan. Bukan sebab SPR tolong." Malaysiakini |
| Posted: 05 Jul 2010 11:18 PM PDT Ketua Pemuda UMNO yang disayangi oleh kebanyakkan pemuda UMNO dan penyokong-penyokongnya telah mengecam pihak Polis yang katanya tidak bertindak tegas terhadap blogger Raja Petra Kamaruddin.. Tidak bertindak tegas tu maknanya main-main lah tu.. Rasanya Khairy ni tahu kenapa Polis tidak menangkap Raja Petra.. saja nak provoke ni.. Khairy persoal polis KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengecam pihak polis kerana tidak bertindak tegas terhadap blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK).Ketua Pemuda UMNO itu mempersoalkan prestasi polis untuk mengesan RPK ketika maklumat di mana beliau berada sangat jelas. "Di mana tindakan pihak polis, biarpun Perdana Menteri berkata polis akan bertanggungjawab untuk menahan Raja Petra? "Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata beliau akan mendapatkan maklumat mengenai lokasi Raja Petra, tapi RPK dengan terang berada di kawasan umum," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam. RPK melarikan diri atas tuduhan menghasut dan mengaitkan isu kontroversial dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, dengan dakwaan terbabit membunuh Altantuya Mongolia Shaariibuu. Khairy berkata, RPK kini berada di United Kingdom memberikan ceramah pada acara yang dianjurkan Pakatan Rakyat dan yang terakhir berlaku kelmarin. "Kelmarin, RPK tidak bersembunyi, beliau menghadiri acara Pakatan Rakyat di London dan berada di hadapan umum," katanya. Khairy berkata, jika polis mereka tidak boleh menangkapnya di sana, hubungan (antara polis Malaysia) dan Scotland Yard ada di sana, melalui perjanjian ekstradisi. Polis Inggeris itu boleh menangkap RPK dan membawanya kembali ke Malaysia. "Adakah mereka (polis) tidak sedar atau memilih untuk tidak tahu gerakan RPK dan lokasi? Anda harus mengajukan soalan yang betul," katanya. Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri melalui portal :Malaysia Today:. Sinar Harian |
| PRU Tergempar tindakan ‘Bunuh Diri buat BN’ - Nazri Posted: 05 Jul 2010 08:38 PM PDT "Mengadakan pilihan raya esok ataupun dalam tempoh setahun mirip tindakan bunuh diri," kata Nazri. Nazri: PRU-13 tergempar tindakan 'bunuh diri buat BN' KUALA LUMPUR, 6 Julai - Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menolak spekulasi bahawa negara kini berada di ambang pilihan raya tergempar meskipun Umno dan rakan komponennya telah diminta supaya bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13.Pilihan raya umum ke-12 diadakan Mac 2008 dan oleh itu, mandat semasa lima tahun hanya sepatutnya berakhir Mei 2013. Mengulas cakap-cakap pilihan raya tergempar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, agenda itu bukan dalam senarai BN buat masa sekarang kerana masih dalam proses pulih daripada prestasi buruk dialami ketika pilihan raya kecil Sibu Mei lalu. "(Biasanya) anda tidak membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya dalam enam bulan akan datang, anda kena bersedia dalam dua, tiga tahun (lagi)," kata Nazri. "Mengadakan pilihan raya esok ataupun dalam tempoh setahun mirip tindakan bunuh diri," kata beliau. Katanya, memanggil pilihan raya tergempar bukan satu idea yang bagus dengan mengambil kira keputusan pilihan raya kecil terbaru dihadapi BN. "Isyarat daripada pilihan raya (kecil) lalu akan memberitahu anda bahawa kami belum pulih lagi. Kami belum menyelesaikan kesemua masalah sehingga kini... kami hanya memberi ubat, kami belum pulih sepenuhnya. "(Panggil pilihan raya tergempar) ini (seakan) tindakan bunuh diri. Pada pandangan saya, pilihan raya umum hanya harus berlangsung pada 2013," katanya lagi. Bagaimanapun Nazri menekankan BN masih mempunyai majoriti yang baik dan tidak perlu risau dengan kedudukan itu. BN telah dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dua tahun lalu manakala lima negeri pula jatuh kepada Pakatan Rakyat. Bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz juga menafikan kemungkinan diadakan pilihan raya tergempar dalam waktu terdekat. Kata beliau, BN sebenarnya telah membuat persiapan sejak selepas pilihan raya umum 2008. "Persiapan (menghadapi pilihan raya) satu proses yang berterusan. Saya sendiri bercakap dengan akar umbi sejak pilihan raya umum lalu. "Bukannya baru memulakan persiapan dan mahu diadakan pilihan raya dalam tiga bulan ini," kata Rafidah. Bagaimanapun bekas ketua Wanita Umno ini berkata, adalah normal bagi komponen BN untuk bergerak ke arah pilihan raya umum memandangkan sudah memasuki separuh penggal mandat semasa yang diperoleh Mac 2008. "Itu sebabnya kami cuba untuk memotivasikan semua. Kami mengatakan dari dulu bahawa kita harus berada dalam suasana pilihan raya sebaik sahaja melepasi pilihan raya terdahulu," katanya lagi. "Adakah kita boleh menghadapi pilihan raya? Saya tidak boleh mengatakan dengan pasti tetapi berdasarkan semangat kita menyedari kelemahan dan kesilapan masa-masa lalu, kita harus mampu untuk menghadapi pilihan raya dengan berjaya lalu mencapai kemenangan," katanya lagi. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menekankan bahawa sudah ada isyarat kukuh yang BN sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya tergempar, kemungkinan dalam tempoh 12 bulan lagi. Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemungkinan akan diadakan pilihan raya tergempar tidak boleh diketepikan dan oleh itu, mereka perlu bersiap sedia ke arah itu. "Mereka telah memulakan tindakan terdesak dengan mengharamkan Suara Keadilan... menggunakan Utusan sebagai lidah mereka. Program televisysen setiap hari... mereka boleh berkata apa sahaja cerita yang mereka mahu. "Berita stadium runtuh? Scorpene? Apco? Mengapa tidak mereka menjawab kesemua soalan ini," kata beliau. Penasihat DAP Lim Kit Siang juga berkata, kemungkinan pilihan raya tergempar tidak boleh ditolak sama sekali tetapi tidak akan diadakan dalam waktu terdekat, sebaliknya dalam tempoh 12 bulan akan datang. "Secara tiba-tiba muncul cakap-cakap mengenai pilihan raya. Ia tidak boleh ditolak sama sekali. "Kemungkinan besar ia dikaitkan dengan senario ekonomi dunia dan sama ada dasar-dasar perdana menteri boleh bertahan dalam tempoh ini. "Melainkan beliau serius, dasar-dasar beliau akan dilihat sebagai kosong dan cetek... khususnya konsep 1Malaysia, Model Ekonomi Baru, Program Transformasi Kerajaan," katanya. Selain itu kata beliau, perpecahan dalam BN juga mungkin memaksa perdana menteri memanggil pilihan raya awal. "Apa jua keadaan, kita perlu bersedia," katanya. Dalam pada itu Naib Presiden PKR Azmin Ali memberitahu, berdasarkan kenyataan perdana menteri dan beberapa pemimpin Umno baru-baru ini pilihan raya tergempar tidak dapat dielakkan sama sekali. "Bagi PKR dan Pakatan, kami sudah bersedia. Kami telah turun ke akar umbi untuk menjelaskan (isu)... kami sudah bersedia. "Saya merasakan mereka telah melihat prestasi kami di peringkat negeri... rakyat sudah bersedia untuk perubahan," kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor, jawatan yang diambil alih bulan lepas. Azmin meramalkan pilihan raya akan dipanggil sebulan selepas Ramadan yang bermula Ogos ini. The Malaysian Insider |
| Kampung Melayu lenyap angkara khianat PKR dan PAS, kata pemimpin Umno Posted: 05 Jul 2010 08:19 PM PDT Hebat betul PKR dengan PAS ni ya.. baru berkuasa di Pulau Pinang tak sampai 5 tahun dah lenyap Kampung Melayu.. kah.. kah.. kah.. Kepala Hotak dia!! Siapa yang cakap tu memang buta perut! Kebanyakkan dari Kampung Melayu di Pulau Pinang dilenyapkan oleh UMNO sendiri sebenarnya.. Boleh dikatakan kesemua projek-projek yang akan diadakan diatas tanah tanah orang Melayu Pulau Pinang diluluskan semasa UMNO/BN memerintah dulu.. Sekarang berpura-pura prihatin pulak... Kampung Melayu lenyap angkara khianat PKR dan PAS, kata pemimpin Umno Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang berjawatan Senator hari ini mendakwa ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dari PKR dan PAS sebagai dalang kepada projek pembangunan besar-besaran di kawasan perkampungan tradisional Melayu sehingga membawa penghapusan kampung-kampung berkenaan di negeri itu. Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohammad yang juga ketua Wanita Umno bahagian Jelutong mendakwa ahli majlis berkenaan telah berpakat dengan pemaju yang dilantik kerajaan negeri membangunkan kampung Melayu berkenaan. "Dalang-dalang tersebut masuk ke kampung-kampung Melayu seperti di Jelutong ini untuk menawarkan RM50,000 kepada pemilik tanah tersebut supaya menjual kepada pemaju. "Kalau mereka berdegil, harga akan dinaikkan kepada RM75,000. Kegiatan berlaku di seluruh Pulau Pinang terutama di bahagian pulau dan paling banyak di Jelutong. "Jika kes-kes ini dibawa ke mahkamah penduduk yang kalah tidak akan mendapat satu sen pun. "Di atas tapak ini akan dibina perumahan mewah yang menelan belanja ratusan ribu ringgit kerana di Pulau Pinang flat tidak dibina lagi. "Mana mungkin orang Melayu mampu membeIi rumah-rumah berkenaan. Akibatnya mereka terpaksa keluar dari kawasan tersebut. 'Inilah cara perkampungan Melayu akan lenyap di negeri ini. Kini Kampung tradisional Melayu musnah satu persatu," katanya ketika dihubungi. Saripah Aminah menambah, apabila pelan pembangunan telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, ia tidak dapat diubah lagi meskipun dibantah oleh penduduk dan pihak-pihak tertentu. Katanya, apa yang berlaku sekarang ialah kerana sikap orang Melayu yang mahu mengubah kerajaan negeri dari Barisan Nasional (BN) kepada DAP dalam pilihanraya umum lalu. "Pada mulanya mereka mahu mengharapkan bekas timbalan ketua menteri, Fairus Khairuddin untuk membela nasib mereka. "Malangnya Fairus tidak boleh apa-apa kerana kuasa pemerintahan kerajaan negeri adalah milik DAP," katanya. Saripah Aminah juga mendakwa, kini tidak pihak yang tampil membantu menyelesaikan kes itu menyebabkan perkampungan tradisional orang Melayu di Pulau Pinang hilang satu persatu. Free Malaysia Today |
| Mr Prime minister , is this what you mean by Rakyat Di-utamakan? Posted: 05 Jul 2010 09:48 AM PDT From the desk of Dr Tan Kee Kwong. Dear Dato Seri Najib,I read from the NST today your speech to Pekan Umno with great interest. It is quoted you said"Don't just help ourselves or our friends & party members,but put those who are poor & needy first. If we do this, the people will see Umno as being helpful to the people." If you and Umno really mean it you will win the next GE hands down! Sir , how do you explain what happened in March 2008,ie the Political Tsunami right after the fantastic victory achieved by the BN in 2004? How do you explain the results of the recent Sibu by-election? In Sibu in addition to fighting the BN, PBB, SUPP the Pakatan Rakyat had to counter the many twists & turns of the SPR ie Elections Commission! OFFSHORE PATROL VEHICLES(OPV's) This was way back in 1998. The timing was also very critical for Malaysia. At that time George Soros attacked the regional currencies of South Korea, Thailand, Singapore ,Indonesia, Malaysia etc. Also at that time Anwar Ibrahim was sacked as Finance Minister & Daim brought back as Finance Minister. Daim immediately awarded the very lucrative contract of RM5.2 billion to build six OPV's to PSC Shipyard Berhad. Later on we found out in the PAC of Parlaiment that before PSC even started the physical construction MOF gave PSC a cheque of ONE BILLION RINGGIT. As the PAC meeting went on we were shocked to find out that THREE POINT EIGHT BILLION was paid by MOF when not even ONE OPV was delivered to the Navy. I remember even the Umno members of the PAC committe were agahast! Then we went on to question the KSU of the Defence Ministry of the RM600 million unaccounted for. His reply was very clear & sharp, This RM600 miliion was used to pay the debts of his OTHER projects! Now I understand that the OPV contract is given to another company to finish at a total cost to the BN Government of 7.5 billion, a cost overrun of 2.3 billion. Is this what you mean by Rakyat di-utamakan? As far as I know no one has been charged, fined or jailed? How did this mess help the poor & needy? TRENGGANU INVESTMENT AGENCY(TIA) Riight after the political tsunami of March 2008, the political elites conjured up many ways to screw the the country. The thinking is at the next GE BN may not be in charge of the Federal Government of Putrajaya. This TIA involves the payment of Wang Ehsan from Petronas to the State Government of Trengganu, roughly about 600 to 700 million per year. So some smart guy said, "Let us raise bonds worth FOUR billion & get Bank Negara & the Federal Government to back this bonds" And so they did in about end of 2008. I am relaibly informed that for a huge sum like this a commission of 3% is normally paid. In this case the commission paid was 12.5% What they did with the balance ie 3.5 billion was even more worse. They invested in a anak syarikat of a Saudi oil firm The only asset of this anak syarikat is a oil and gas company in Kazakstan! I want to ask Najib and the Cabinet: a. Wang Ehsan is meant to help the poor people of Trengganu, not for any other purpose,certainly not to misuse it & raise bonds? b.Why was this abnormally high amount of 12.5% commission paid? c.Is this investment in Kazakstan secure? d.Which stupid fool ignores the first rule of investment ie put all 3.5 billion in only one country & only one project. We learnt in PRIMARY school "don't put all your eggs in one basket" Long but not exhaustive list of scandals: 1.BMF in HK = 4 billion 2.Bank Bumiputra bal out 2x 3.PKFZ = 4.2 billion but may cost 10 billion 4.Perwaja Steel = 15 billion 5.MAS shares = Govt bought at 8 ringgit when market price was 3.5 ringgit 6.School claasrooms & computer labs = 10 billion ,direct nego., how much did the Government Actually get? 7.Halal Hub = 2 billion spent, nothing done, only 200 million left 8.Armoured carriers = 8 billion going to be spent, By industry standards a good armoured car will only cost half a million, Mindef will spend 30 million for each armoured carrier! In conclusion, Mr Prime minister , is this what you mean by Rakyat Di-utamakan? In your own words, how are all the scandals mentioned above going to help the poor and needy? Please explain to all the Rakyat jelata. DIRGAHAYU MALAYSIA!! |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan