al-banjari online 2010 |
- Terbitan terbaru albanjari
- Petrol naik 5 sen - Amukan di warung rosmah
- Mayat dan Iktibar - Siri 4 : Bouncer rebah di riba GRO
- 18SX : Apasal anu abang dah tak 'selaras' ?
| Posted: 16 Jul 2010 09:00 AM PDT Sebagai menghargai pembaca setia blog ABO maka wak kembalikan beberapa siri yang pernah popular di sepanjang tahun 2009/10 lalu mulai julai dan ogos ini. Selain memuatkan 2 lagi terbitan siri terbaru maka hidangan mingguan kian lengkap kini. Terbitan siri-siri tetap ini dibuat dalam format mingguan. Ahad : TANGKAP HANTU D SERIES (musim ke-2) Isnin : Advertorial Selasa : GILA JANDA D SERIES (musim ke-2) Rabu : Advertorial Khamis : sedang difikirkan Jumaat : MAYAT DAN IKTIBAR sabtu : THE TERRORIST SERIES Banner boleh dilihat dibawah artikel ini.Semoga terbitan siri2 ini mampu menceriakan hari anda tika kala jiwa dilanda gundah gulana angkara kerajaan gerombolan menaikan harga petrol, gula dan gas. Jika ada cadangan segmen baru atau idea2 sila tuliskan di ruang komen. Terima kasih. |
| Petrol naik 5 sen - Amukan di warung rosmah Posted: 16 Jul 2010 02:02 AM PDT "..Inilah minyak lipas kudung. Dengan menyapu minyak ini, betis pakcik akan jadi kuat dan jalan akan jadi pantas macam lipas kudung. Jadi tidak perlulah pakcik bawak motor lagi. Jimat duit. Jalan kaki saja. Kalau nak berlari pun boleh. Rahimin Idris - Pak Sudarmaju mengetap-ngetapkan giginya tanda geram yang tidak terperi. Penumbuk kanannya dikepal-kepal dan digosok-gosok dengan tangan kiri bagaikan kanak-kanak tadika mengasah pensel warna."Tak guna!" bentak Pak Sudarmaju dengan kuat sambil mengetuk meja menggunakan dagunya yang panjang itu. Pak Sudarmaju memang mempunyai kelebihan di situ. Semua mata yang ada di warung Mak Cik Rosmah Pulau Mansuk tertumpu kepada Pak Sudarmaju kini. Namun seorang pun tiada yang berani menegur kerana tahu keganasan Pak Sudarmaju bukan calang-calang. Ini kerana beberapa ekor kerbau yang merosakkan bunga pagar di hadapan rumah beliau pernah lumpuh akibat didagu oleh Pak Sudarmaju bertubi-tubi. Kalau tidak kerana azan Maghrib pastilah Pak Sudarmaju tidak berhenti mendagu kerbau-kerbau yang malang itu. "Kenapa begini pakcik?" demikian tiba-tiba kedengaran tanya oleh seseorang dari arah belakang Pak Sudarmaju. Tentulah orang itu bukan suara penduduk kampong Pulau Mansuk. Jika tidak pastilah empunya suara itu tidak akan berani bertanya kerana bimbang tersilap cakap, Pak Sudarmaju mengamuk pula. "Ini hah, aok tak nampak ni?!!" kata Pak Sudarmaju dengan tidak berapa garang sangat. "Oh, pengumuman pelarasan harga bahan bakar dan barang keperluan tu ya? Jangan bimbang. Nama saya Mahmud Esplenet. Saya salesman yang punya bahan yang boleh mengatasi situasi ini. Saya orang kampong Lebak Seberang. Eh, salam dulu Pak cik, err," kata Mahmud Esplenet sambil menghulur tangan kanan. Tangan kiri diletak ke pusat dan menundukkan badan tanda hormat melampau. Salam fesyen apa tak tau. "Nama aku Pak Sudarmaju," kata Pak Sudarmaju sambil menyambut salam. Hidungnya masih terkemut-kemut seperti dubur ayam tanda kemarahannya masih dilevel yang meragukan. "Memang jahanam diorang tu. Nak menyusahkan rakyat marhaen saja. Sikit-sikit ugut kata negara mahu muflis. Apa daa.." kata Mahmud Esplenet mula meracun. Pak Sudarmaju angguk-angguk tanpa sebarang reaksi diwajahnya. "Ini ada minyak boleh menjimatkan petrol. Saya jual RM10 untuk 3 botol. Minyak ajaib ni," Mahmud Esplenet memulakan sesi penerangan barang jualannya. "Maksud kau minyak ni boleh tuang ke dalam tangki dan menjimatkan penggunaan minyak aku?" tanya Pak Sudarmaju mula menunjukkan minat sedikit-sedikit. "Bukan begitu. Minyak ini perlu di sapu ke kaki," jawab Mahmud Esplenet pula. "Ke kaki?" tanya Pak Sudarmaju sambil mengerutkan dahinya. Apa kena mengena jimat petrol dengan kaki? "Tak apa, mari saya gosok dulu,"kata Mahmud Esplenet sambil terus menerpa dan meniarap di kaki Pak Sudarmaju. Mahmud Esplenet dengan sepantas kilat mengeluarkan sebotol minyak dan melumur ke tapak tangannya. Kain pelekat hapak Pak Sudarmaju diselak dengan rakus-serakus-rakusnya. Kemudian minyak itu digosok-gosok ke sepasang betis Pak Sudarmaju yang keras macam tiang gol itu. Semua pengunjung warung Mak Cik Rosmah Pulau Mansuk hanya memerhati sandiwara yang hina dina itu tanpa sepatah kata. Semuanya bermuka bimbang seolah-olah membayangkan petaka akan menimpa kampong mereka. "Ok, sudah siap," kata Mahmud Esplenet seraya bangun secara summersault diikuti dengan senyuman kepuasan. "Minyak apa ini? Bau macam lubang pembetung saja .." tanya Pak Sudarmaju sambil menggesek-gesekkan hidungnya. "Inilah minyak lipas kudung. Dengan menyapu minyak ini, betis pakcik akan jadi kuat dan jalan akan jadi pantas macam lipas kudung. Jadi tidak perlulah pakcik bawak motor lagi. Jimat duit. Jalan kaki saja. Kalau nak berlari pun boleh. Kalau tak urgent sangat, mengesot pun boleh. Malah kalau nak untung lagi jual saja motor buruk pakcik yang dah iras-iras rupa jerumun babi tu. Saya tengok pun malu. Satu Malaysia juga malu. Satuuuuu, Malaysia, satuuuu, Malaysia, satuuuuu Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!" Mahmud Esplenet memberi penerangan tentang kaedah penjimatan petrol kepada Pak Sudarmaji dengan penuh rasa patriotik sambil jari telunjuknya diangkat ke udara. "O, begitu? Minyak lipas kudung ni ramuannya apa pula?" Tanya Pak Sudarmaju tanpa menunjukkan sebarang riak wajah meski motor buruknya dihina di khalayak ramai sebelum itu. Namun sinar mata Pak Sudarmaju mula bertukar ke warna pink. Tanda bahaya tahap satu. "Ah, pakcik ni. Mestilah dari lipas kudung. Saya tangkap lipas bila tiba malam lailatulqadar. Saya campur sikit dengan akar daun kesimbuk dan minyak kelapa mawar. Ini rahsia turun temurun. Saya baca selawat seban.." kata-kata Mahmud Esplenet tidak sempat dihabiskan. Warung Makcik Rosmah Pulau Mansuk gegak gempita petang itu ekoran amukan Pak Sudarmaju yang mendagu Mahmud Esplenet salesman yang berasal dari kampong Lebak Seberang itu kerana melumur minyak lipas ke betisnya. Tidak ada sesiapa berani campur tangan. Pak Sudarmaju hanya berhenti mendagu Mahmud Esplenet setelah teringat buah anggur tak ada biji yang dipesan isterinya belum dibeli. Bergegas Pak Sudarmaju ke pasaraya TF Value Mart Jerantut. Mahmud Esplenet yang terkujat-kujat dengan tubuhnya berlumuran minyak lipas kudung tetap tidak ada yang sudi menyentuh. (dipetik dari blog mati fikiran) |
| Mayat dan Iktibar - Siri 4 : Bouncer rebah di riba GRO Posted: 15 Jul 2010 06:55 PM PDT Siapa yang tidak kenal hamid (bukan nama sebenar). Tubuh sasa, dada bidang dengan bulu lebat di dada. Berkulit putih cerah. Biarpun tidak tinggi macam Arnold Schwarzenegger, tapi rangka tubuhnya mantap seperti hero Terminator pujaannya. Hamid sekadar tamat SRP, namun rezekinya lebih hebat dari rakan2nya yang ada degree. Punya kereta mewah ratusan ribu. Hebat dan bergaya.Sebut saja nama Hamid, tokey niteclub, pub mana yang tidak kenal. Beliau 'kepala' kepada bouncer. Dibawahnya saja hampir ada 30 orang bouncer. Dan kerana statusnya itu, hamid mampu menikmati kehidupan mewah dan eksklusif. Hampir 70% kelab malam di bandaraya itu dijaga oleh bouncernya. Tidak hairan jika hamid sering dikelilingi pula dengan wanita-wanita yang seksi dan mengiurkan. Lebih-lebih lagi dengan sasa tubuhnya pasti jadi idaman wanita kelab utk mendampinginya setiap masa. Betul-betul hamid berada di puncak syurga dunia. Syurganya yang dipenuhi dengan limpahan arak, wanita dan lendir-lendir nafsu. Siri 4 : Bouncer rebah di riba GRO Lebih kurang 3 tahun yang lalu terpahat kenangan dan pengalaman saya yang masih segar terpahat di jiwa apabila saya diminta untuk menguruskan jenazah seorang lelaki yang tidak saya kenali. Tanpa ada syak dan ragu saya tampil memenuhi permintaan ahli waris yang menghubungi saya bagi menguruskan jenazah tersebut kerana sudah menjadi tanggungjawab saya apabila ada orang yang meminta bantuan untuk menguruskan jenazah, walaupun ia sebenarnya adalah fardhu kifayah sahaja namun menjadi wajib kepada mereka yang diminta untuk menguruskannya sehingga sempurna. Pagi itu ketika saya sampai di bilik pengurusan jenazah, seperti biasa saya akan mendapatkan mayat yang sudah terbujur kaku diatas platform mandi. Ini penting untuk kerja-kerja mengukur bagi mendapatkan ukuran jenzah dengan tepat sebagai persediaan menyediakan kain kafan. Umumnya pada pagi itu jenazah tersebut tampak kelihatan seperti biasa sahaja. Tanpa lengah saya terus melakukan kerja-kerja memotong kain kafan dan membuat persiapan yang selayaknya kepada jenazah tersebut di bilik sebelah. Hampir 15 minit kerja2 menyediakan kain kafan selesai disudahkan. Kini saya kembali semula ke bilik mandi jenazah untuk proses seterusnya. Jenazah ketika itu masih berpakaian rapi, dengan t-shirt yang ketat dibalut pula dengan kameja mahal. Sebenarnya agak sukar kami mahu menanggalkan pakaian dari tubuhnya. Ini kerana tubuh mayat ini telah mengeras. Jika dikira tempoh masa kematian mayat ini tidak sampai pun 8 jam, tetapi mengapa keras benar, selalunya tidak begitu..fikir saya dalam hati. Tiada pilihan lain, pakaiannya termasuk baju dan seluar terpaksa digunting. Setelah saya tanggalkan pakaian jenazah tersebut saya dapati ada bau yang kurang menyenangkan mula menusuk-nusuk rongga hidung. Baunya sungguh tidak menyenangkan. Saya belek setiap anggota jenazah tersebut untuk mencari punca bau itu keluar namun saya yakin ia keluar dari dubur jenazah tersebut. Kini jenazah ini siap saya balutkan dengan kain putih antara bawah dada hingga bawah lututnya sebagai kain basahan. Ia adalah proses biasa bagi saya ketika sampai diperingkat untuk memandikan. Tiba-tiba sahabat saya memberitahu, "ustaz....tengok ni..! " sambil jari tangannya mengarah kebahagian dada jenazah tersebut. " Subhanallah " saya lihat dadanya tiba-tiba menjadi lebam dan berubah kehitam-hitaman. Jika sebelum ini ketika menanggalkan pakaian jenazah tadi tidak pula kelihatan kesan lebam di dada mayat itu. Tiba-tiba sahaja dadanya menjadi hitam. "ustaz..air apa pulak ni..cuba ustaz perhatikan di bahagian dada..tu ! " Allahuakbar..ni apa pulak ujian kat kita" ujar saya kepada teman yang membantu. Saya dapati kesan lebam itu semakin lama semakin ketara dan sangat hitam, malah terbit air-air lendir yang keluar dari liang-liang roma simati dengan baunya yang sangat busuk. "Subhanallah" cukup tidak menyenangkan malah bau yang terbit itu sangat menganggu kami untuk menguruskan jenazah itu seterusnya. "kita urus macam biasa" ujar saya kepada teman-teman. Dan dengan lafaz "bismillahirahmanirrahim" dan membaca niat untuk memandikan jenazah saya mula menyiram jenazah tersebut dengan air perlahan-lahan dan meratakan keseluruh bahagian anggotanya. Lebam kehitaman di dada mayat itu semakin ketara dan semakin merebak hingga ke bahagian kerongkongya. Kami buat tak tahu sahaja.....sambil meneruskan apa yang selayaknya kepada jenazah semasa 'dia' dimandikan. "ustaz...ustaz ! lihat muka mayat ni..pasal apa jadi macam tu !! " sekali lagi teman saya mengejutkan saya lantas saya berpaling kearah muka jenazah. Subhanallah, sekali lagi saya terkejut bila saya dapati keadaan mukanya seperti hangus terbakar, lebih hitam dari lebam-lebam di dada dan anggotanya yang lain. "allahumma anta rabbi la ilaha illa anta subhanaka inni kuntum minazzolimin" Saya mula tidak sedap hati kerana melihatkan keadaan mayat tersebut seakan sudah meleyuh sebahagian tubuhnya dan mengeluarkan bau yang sangat busuk serta tidak menyenangkan hidung saya dan teman-teman. Kalau ikutkan rasa, nak saja saya tinggalkan mayat tersebut, sebab dah tak tahan dengan baunya....tapi kami gagahi juga hinggalah selesai proses memandikannya. Apabila selesai sahaja kami mandikan jenazah tersebut dengan segera kami kafankan jenazah tersebut dan saya tidak benarkan wajahnya dilihat oleh ahli waris dan sahabat-sahabatnya yang lain. Dan oleh kerana, arahan itu membuatkan timbul sedikit kekecohan diluar bilik mandi mayat. Mendengar saja saya tidak izinkan, ada ahli waris yang tidak puas hati. " kenapa ustaz? Saya kata, " adalah lebih baik jangan lihat dahulu sehingga sampai di tanah kubur semasa dia hendak dikebumikan nanti....." akhirnya mereka akur biarpun ramai yang tidak puas hati. Ikatan terakhir kain kafan telah disimpulkan , maka selesai urusan untuk mayat ini. Sebaik sahaja selesai saya bertanya kepada ahli warisnya akan punca kematian lelaki ini. " kami pun tak tahu..ustaz" kata mereka. "cuba ustaz tanya kawan dia tu sebab dia ada sekali.." Saya pun terus merapati lelaki yang dimaksudkan. " bang...nak tanya sikit" saya bertanya. " Kenape ustaz? Si polan ini mati bila dan kat mana serta kenapa? lebih kuranglah soalan yang saya ajukan kepada lelaki tersebut. "susahlah nak cerita ustaz....." kenapa? saya bertanya lagi. Begini ustaz "si polan tu bos saya...juga kawan saya, kami selalu lepak kat night club... karaoke...semalam dia 'minum' banyak....tiba-tiba dia sesak nafas kemudian dia terus rebah di atas pangkuan kawan-kawan." " lelaki ke perempuan? " saya nak kepastian. " perempuan ustaz..girlfriend dia jugak, GRO di kelab tu " jawab lelaki tersebut. Saya terdiam sambil menundukkan kepala. Sebenarnya saya terkesima dengan jawapan kawannya itu. Nak kata apa lagi, sekadar boleh tepuk dahi dan garu kepala yang tak gatal sebagai tanda protes. "kenapa ustaz tanya? ada apa-apa tak kena ke?" soal lelaki itu kepada saya. " ada sikit problem kat mayat tu mas kami uruskan.." jelas saya pendek dan jawapan itu buat lelaki itu jadi terpinga-pinga. Saya pesan kat lelaki tu, " kena berhentilah ke night club dan minum arak tu, takde faedahnya....kita akan mati bila-bila masa sahaja....bertaubatlah selagi Allah membuka pintu taubatNya kepada kita, kalau abang nak tahu nanti dah sampai kubur cuba abang buka dan lihat wajah mayat kawan awak tu, kemudian abang telefon saya...boleh ? ini kad saya atau datang jumpa saya pun tak mengapa. Selang beberapa hari dia menghubungi saya dan ingin berjumpa dengan saya. Lalu kami berjumpa selepas solat jumaat di surau (solat jumaat) di surau al-Munir Taman Lestari Perdana. Ketika berjumpa saya terus dia peluk saya dan menangis. "saya takut ustaz.." Saya takut" "boleh tak ustaz bantu saya? .." Insyaallah.." jawab saya ringkas. Dan saya tahu mengapa lelaki ini berkata demikian. Sudah pasti lelaki ini telah melihat wajah mayat itu. Kepada pembaca ABO, baca dan fikirlah sendiri......kalau rasa diri tu hidup selama-lamanya teruskan ber'night club' dan tongganglah arak sebanyak-banyaknya dan sokonglah orang yang menyokong arak dan yang beri lesen arak dan yang beri lesen kelab-kelab malam. Habuannya Allah akan ganjarkan untuk anda. Tunggu lahh..kerana saat itu pasti akan tiba. Ajal maut itu pasti. Dan janji Allah itu benar. (*) Tulisan ini adalah tulisan pengalaman benar yang dialami sendiri oleh Ustaz Reza @ MRK albanjari. Mari jadikan ia satu iktibar buat diri kita. Siri 5 : Minggu Hadapan - Kubur Berasap di Nibong Tebal. Mengapa ? Catatan pengalaman pengorek kubur dan imam masjid untuk paparan pembaca ABO. InsyaAllah..! |
| 18SX : Apasal anu abang dah tak 'selaras' ? Posted: 15 Jul 2010 04:30 PM PDT Tulis panjang-panjang pun dah tak guna ! Nampaknya tulisan pun kena di'selaras'. Rasionalisasi la sikit. Wow ! kak timah, haji hamad, tok sidang tapa akan semakin up to date. Perkataan baru yang hebat. Rasionalisasi..selaras, huh !! Sapa bagi ? Hagemon Negara yang bagi. Mulai hari ini hamba rakyat sahaya wajar jadikan wirid suku kata itu sebagai amalan mengurangkan pengunaan gas memasak, petrol, gula dalam hidup harian. Tahniah hagemon negara, dan takziah utk rakyat. Scene 1 : 18SX - Kisah di malam sunat. isteri said, " abangg..apasal sejak 2-3 bulan ini, anu abang dah tak 'rasionalisasi' ? Selalunya pantang i cuit jer, tak menyabar terus nak tut..tut..! suami said, " apa ?? anu i tak cukup 'selaras' ker? " isteri said, " betul bang..betul cakap abang, tak cukup 'selaras'. Selalu bukan main 'selaras' lagi..! 'Rasionalisasi'nya abang kena pergi berubat laa bang, biar anu abang kembali 'selaras' ..! Kalau tak 'selaras' macamana nak penuhi impian abang kata nak anak 17 orang..! " suami said, " errr..errr..berubat ? " Cilakak punya ker-jaan. (*) nota [makna perkataan] : selaras = naik Rasionalisasi Subsidi ? Pewaris Reformasi - Kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 5 sen. Kenaikan ini sebenarnya telah dijangka berikutan pengumuman Dato' Seri Idris Jala berkenaan kedudukan ekonomi negara. Ramai pihak mempertikaikan kenyataan beliau meskipun secara ekonominya, saya fikir pandangan beliau itu ada kebenaran. Mereka yang menolak pandangan beliau sebenarnya lebih terdorong mempertikai kaedah penyelesaian yang ditawarkan iaitu menghapuskan subsidi, atau dalam bahasa lembutnya merasionalkan subsidi. Dalam bahasa lain, sebahagian mungkin melihat 'keistimewaan' mereka bakal digugat. Secara ekonominya, saya boleh memahami pendekatan ini. Tetapi, saya juga yakin akan berlaku kerencatan pasaran (market distortion). Di sinilah cabaran sebuah negara transisi. Secara politiknya, saya fikir penghujahan rakyat ada kebenarannya tersendiri. Ya, tentu saja sebuah negara yang kaya dengan 'emas hitam' ini perlu menyampaikan kepada rakyat tentang 'rasional ketidaksampaian' hasil ini. Saya tahu bahawa kerajaan kini berdepan dengan situasi di mana mereka mahu sedaya upaya kekal dipilih sebagai kerajaan tetapi pada masa yang sama tidak sedia berdepan dengan risiko kebankrapan negara. Cuma anehnya, ramai yang menafikan betapa bobrok-nya masyarakat kita dalam hal rasuah yang mendarah-daging. Saya berharap mereka sedar bahawa 'kesaktian' jeritan Hidup Melayu tidak menyelesaikan masalah. |
| You are subscribed to email updates from albanjari online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan