Khamis, 15 Julai 2010

Ajijoi

Ajijoi


Pesta mengisi minyak anjuran kerajaan BN di seluruh negara malam ini

Posted: 15 Jul 2010 05:49 AM PDT


Hampir kesemua stesen-stesen minyak di seluruh negara diserbu malam ini apabila pesta mengisi minyak yang dianjurkan oleh kerajaan BN setelah diumumkan kenaikan harga kesemua jenis minyak sebanyak RM0.05 sen.

Seperti kebiasaan, apabila pengumuman kenaikan harga minyak di war-warkan, orang ramai mula membanjiri stesen-stesen minyak untuk mendapatkan bekalan minyak bagi kenderaan mereka dengan harga yang lama.

Terima kasih kepada kerajaan BN yang prihatin terhadap hasrat rakyat untuk meraikan pesta mengisi minyak yang semakin kerap dianjurkan.

Sepertimana pengumuman Idris Jala baru-baru ini, penjimatan subsidi bakal menyaksikan kenaikan harga minyak sehingga RM0.15 sen menjelang akhir tahun ini. Ini bermakna kerajaan BN akan menganjurkan pesta mengisi minyak ini lagi memandangkan masih berbaki RM0.10 sen lagi harga minyak yang akan dinaikkan.

Slogan rakyat didahulukan kini bermakna setiap yang merugikan dan membebankan akan didahulukan kepada rakyat.

Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Posted: 15 Jul 2010 04:35 AM PDT

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.

- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.

- Diesel - RM1.75 seliter.

- Gula - RM1.70 sekilogram

- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

-malaysiakini


Jimatkan subsidi untuk rakyat atau kroni?

Tiada ulasan: