Biaqpila |
- Video seks peterporn bertambah panas
- Petrol Dan Gula Naik Harga
- Bala diambil keterangan selama 3 Jam
- Percaturan Umno untuk pecahbelahkan PR
- Fitnah Jahat Kerana Pimpinan UMNO-BN Terdesak
- Wanita dirogol, dibunuh dan dibakar
- Isu pasir: Penyokong Umno berdemo di SUK
- Umno Semakin Biul
- PAS sudah tolak berunding dengan Umno
| Video seks peterporn bertambah panas Posted: 15 Jul 2010 03:00 PM PDT Video seks: Polis tahan Luna Maya JAKARTA, 15 Julai – Aktres dan model Luna Maya telah ditahan polis malam tadi atas alasan “tidak bekerjasama” dalam siasatan pihak berkuasa yang menyiasat kes rakaman adegan seks Peterpan yang tersebar luas sejak awal bulan lalu. Jurucakap polis kebangsaan Komisioner Marwoto Soeto mengesahkan yang Luna Maya telah ditahan secara formal malam tadi. “(Luna) telah ditahan kerana tidak bekerjasama ketika siasatan,” kata Marwoto dipetik Jakarta Globe sambil menambah, dia ditahan di bawah Akta Antibahan Lucah dan Kanun Jenayah. Marwoto berkata Cut Tari tidak ditahan kerana memberikan kerjasama kepada polis. Laporan Selasa lalu menyebut polis Indonesia akan melanjutkan tahanan anggota utama kumpulan Peterpan, Nazriel “Ariel” Irham manakala teman wanitanya, Cut Tari yang Ahad lalu membuat pengakuan terbuka dialah wanita dalam rakaman video, juga mungkin ditahan. Ariel, suspek dalam skandal video seks membabitkan akstres Luna Maya dan pengacara Cut Tari, kini ditahan polis di bawah undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik dan Antibahan Lucah 2008 dan juga kanun jenayah melibatkan perbuatan tidak senonoh. Marwoto berkata pihaknya juga bercadang untuk menahan Cut Tari, yang bersama Luna Maya kini dianggap sebagai suspek tetapi belum ditahan oleh polis kerana telah memberi kerjasama dan disebut sebagai “mangsa” tindakan Ariel. “Tidak mustahil Cut Tari diletakkan di bawah tahanan rumah atau tahanan metro,” kata Marwoto. Minggu lalu, polis telah menamakan Luna Maya dan Cut Tari sebagai suspek sehari selepas mereka memohon maaf kepada peminat dan anggota keluarga mereka. Polis sehingga kini telah menetapkan 12 orang sebagai suspek dalam kes itu. - MI |
| Posted: 15 Jul 2010 12:18 PM PDT Petrol naik 5 sen, gula 25 sen 2010/07/15 PUTRAJAYA: Kabinet hari ini mengumumkan pelarasan harga petrol RON95 dan diesel akan meningkat lima sen setiap liter mulai esok manakala harga petrol RON97 akan diapungkan berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini. Sementara gula akan dijual pada harga RM1.90 sekilogram mulai esok berikutan pelarasan subsidi sebanyak 25 Sen. |
| Bala diambil keterangan selama 3 Jam Posted: 15 Jul 2010 05:00 AM PDT ![]() Polis Perancis sebut nama Najib-Rosmah "Najib" dan "Rosmah Mansor" antara nama yang disebut oleh polis Perancis, dalam masa lebih daripada tiga jam ketika mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal. Malah, nama-nama seperti Abdul Razak Baginda, Deepak Dinesh, ASP Suresh dan beberapa nama baru yang belum dikenalpasti turut disebut sepanjang proses ini, menurut sumber maklumat. Balasubramaniam ialah saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tiba di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture pada pada jam 2.30 petang (waktu Perancis) Isnin lalu, ditemani peguamnya, Manjeet Singh Dhillon. Menurut sumber maklumat, polis Perancis sendiri mengungkit nama Perdana Menteri Najib Razak (gambar kiri, kanan) dan isteri beliau, Rosmah Mansor (gambar kiri, kiri) ketika mengambil keterangan Balasubramaniam. Malah, nama tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Abdul Razak Baginda; dan Deepak Dinesh (peniaga permaidani yang dituduh mengatur perjalanan Bala ketika melarikan diri) juga disebut sepanjang keterangan Bala diambil. ![]() Dalam satu laporan eksklusif MerdekaReview pada 10 Julai 2010, Balasubramaniam (gambar kanan) yang melarikan diri ke London telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam urus-niaga pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis. Selain itu, sumber maklumat juga memberitahu MerdekaReview, Balasubramaniam telah bertemu dengan peguam SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) di Perancis, Joseph Breham untuk dua jam, semalam. Beliau kini sedang merangka satu kenyataan untuk diedarkan pada hari esok, kata sumber maklumat itu. merdekareview |
| Percaturan Umno untuk pecahbelahkan PR Posted: 15 Jul 2010 03:00 AM PDT Tok Pepijat ![]() Melihat kepada Kronologi berita dan isu terkini negara, beberapa perkara boleh dirumuskan. Antaranya isu permit Suara Keadilan, Harakah dan terbaru Roket. Dalam masa yang sama Anwar dilabelkan "agen Yahudi" berdasarkan penulisan seorang blogger di Amerika dan juga wawancara dengan CNN. Juga tidak ketinggalan dengan kisah Zaid belanja ais kacang kepada Raja Petra dan Bala dan "ketakutan" SPRM menyoal secara langsung Bala di London. Terkini TPM Muhyiddin pelawa PAS bertemu untuk perpaduan Melayu. Kesemua kronologi di atas saling berkait. Ini semua percaturan UMNO. Target utamanya adalah Anwar Ibrahim. Dan memecah belahkan Pakatan Rakyat terutama antara PAS dengan PKR. Lihat, ada seperti tawar menawar dalam isu permit Harakah. Tetapi tidak kepada Suara Keadilan. Seolah UMNO melalui KDN sedang tawar menawar dengan PAS. Jika mahu permit Harakah, anda (PAS) perlu setuju berdialog dengan UMNO. Skrip ini sama seperti isu JI di war-warkan. Akhirnya berbondong-bondong "ulamak muda" dalam "ketakutan" sujud kepada UMNO! Semuanya takut jadi warga Kamunting! Kita melihat begitu "ganas" Umno menyerang PKR. Dua manusia yang paling ditakuti UMNO terkini. Keduanya anak Ibrahim. Anwar dan Zaid. Tuduhan terhadap Anwar saling bertukar label. Dulu sebagai petualang, agen asing, agen Yahudi, agen Amerika dan pengkhianat Melayu. Segala yang "jahat" hanyalah milik Anwar. harakahdaily |
| Fitnah Jahat Kerana Pimpinan UMNO-BN Terdesak Posted: 15 Jul 2010 01:00 AM PDT KENYATAAN MEDIA |
| Wanita dirogol, dibunuh dan dibakar Posted: 14 Jul 2010 11:00 PM PDT ![]() SEPASUKAN anggota polis forensik memeriksa mayat wanita yang ditemui rentung di tepi Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan Perak-Pahang semalam. IPOH - Seorang wanita menjadi mangsa jenayah kejam apabila dia bukan sahaja dipercayai dirogol malah dibunuh sebelum mayatnya dicampak dan dibakar di tepi Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan Perak-Pahang kira-kira 80 kilometer dari sini semalam. Wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang masih belum diketahui identitinya itu ditemui dengan hampir 80 peratus tubuhnya terbakar. Dia dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 8 pagi. Difahamkan, selain menjumpai cebisan pakaian seperti coli dan seluar jean milik mangsa berhampiran kawasan kejadian, polis turut menemui beberapa titisan minyak diesel yang dipercayai digunakan untuk membakar mayat mangsa. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya mengambil masa selama 40 minit untuk tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari sempadan Perak-Pahang. "Polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol dan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dan dibakar di situ kerana pemeriksaan awal mendapati hampir seluruh tubuh mangsa hangus terutama pada alat sulitnya. "Penjenayah bertindak demikian untuk menghapuskan bukti tetapi kita perlu menunggu laporan forensik bagi menentukan kesahihannya," katanya kepada pemberita semalam. kosmo |
| Isu pasir: Penyokong Umno berdemo di SUK Posted: 14 Jul 2010 09:00 PM PDT ![]() Lebih 200 penyokong Umno cuba merempuh barisan anggota polis di depan bangunan Setiausaha Kerjaan Negeri (SUK) di Shah Alam dalam demonstrasi membantah cara Menteri Besar Khalid Ibrahim mentadbir pengeluaran pasir di negeri itu. Mereka meluru ke arah penyokong Pakatan yang berkumpul di dalam kawasan bangunan pentadbiran itu. Polis bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan dan memberikan masa 15 minit untuk masing-masing bersurai. Penyokong mengejek satu sama lain. "Umno rompak. Tangkap Toyo," jerit penyokong kerajaan yang diketuai pegawai penerangan kerajaan Selanor, Badrul Amin Baharom. "PKR rasuah," jawab ahli Umno. malaysiakini |
| Posted: 14 Jul 2010 07:00 PM PDT Tuduh PAS sesat tapi ajak kerjasama pulak PAS hari ini bersedia menyediakan pakar sakit jiwa kepada Umno dan timbalan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana masih membangkitkan isu kerjasama PAS-Umno meskipun parti Islam itu secara jelas menolak pelawaan Umno itu, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.Harakahdaily memetik Mahfuz (Gambar) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Umno juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka. "Kita dah kata dah tak nak, duk bercakap lagi. Orang yang duk bercakap sorang-sorang ni ada problem la. Kita sedia sediakan khidmat pakar psikiatri untuk Umno dan Muhyiddin," katanya sinis. Mengulas lanjut, ahli parlimen Pokok Sena itu berkata, Umno secara jelas membuktikan mereka dalam keadaan kritikal dan sangat lemah sehingga terpaksa mempelawa PAS. "Setelah tuduh PAS sesat, kemudian nak pelawa kerjasama pulak. "Sekarang Umno melihat hanya PAS yang boleh jadi talian hayat kepada mereka tapi PAS sudah jelas, tidak mahu menanggung biawak hidup," katanya. Umno, jelasnya sedang mengalami krisis sokongan Melayu terhadap mereka lebih-lebih lagi dengan penubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang dilihat telah merubah pemikiran Melayu sehingga berani menentang Umno sendiri. "PERKASA telah merubah mentaliti orang Melayu sehingga mereka berani mempersoal Umno yang dulu dianggap 'tangan yang menyuap mereka'," katanya lagi. Sementara itu beliau juga berkata, orang Melayu sebenarnya akan lebih maju tanpa Umno kerana selama ini yang merosakkan Melayu adalah Umno. PAS juga, jelasnya akan mengambil peranan menjaga kepentingan Melayu dan Islam seperti termaktub dalam perlembagaan tanpa mengabaikan hak warganegara lain. Ia juga antara resolusi semua parti dalam Pakatan Rakyat yang dicapai pada konvensyen Pakatan Rakyat sebelum ini. Muhyiddin kelmarin sekali lagi mengulangi kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan PAS dengan alasan mahu menjaga kepentingan Melayu.-Malaysiakini warkahdaily |
| PAS sudah tolak berunding dengan Umno Posted: 14 Jul 2010 05:00 PM PDT Oleh YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Sukacita saya merujuk kepada laporan beberapa akhbar hari ini (14 Julai 2010), khususnya menyentuh permasalahan hubungan PAS dengan Umno. Sukacita dinyatakan, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai. PAS sudah menolak untuk berunding dengan Umno. Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam. Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan KITA HARUS INGAT penghujung hidup manusia adalah Akhirat. Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din, iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di Akhirat. Atas maksud untuk memenuhi tuntutan hidup beragama, maka setiap kali umat Islam sembahyang, hendaklah membaca al-Fatihah yang di dalamnya mengandungi perkataan "maliki yaumiddin" yang bermaksud hari agama, hari berlakunya pembalasan mengikut neraca agama. Sementara agama itu pula terkandung di dalam 30 juzuk al-Quran. Oleh sebab itu, Islam mengajar kita supaya menerima pakai semua ayat al-Quran sebagai panduan hidup. Kita tidak boleh pilih untuk pakai ayat-ayat tertentu, sementara ayat-ayat tertentu pula kita tolak. Atas prinsip agama begini, maka PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama dan merekalah yang mengundi PAS atas nama Islam. Kalau tidak masakan PAS dapat menang besar tahun 1990 dan 2008 lalu. Apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh. Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu. Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi. Ia disambung pula oleh puak Arab. Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW. Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi. Wallahu'alam. YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. DD |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan