Addin |
| Nik Aziz Tidak Mahu Bincang Politik Dengan Muhyiddin Posted: 16 Jul 2010 08:55 AM PDT Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin sedia menemui beliau demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam, Nik Aziz berkata beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, Pas sudah menutup pintu untuk berunding." "Tapi kalau soal royalti, saya mahu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa ada bersama," katanya. Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno semalam berkata, Umno sedia menjalin kerjasama dengan Pas kerana Umno menyokong perjuangan agama Islam dan orang Melayu. Nik Aziz berkata sudah tidak ada peluang untuk berunding mengenai perpaduan antara Pas dan Umno kerana Pas sudah membuat keputusan sejak dua tahun lepas selagi Umno tidak menukar dasarnya. "Masalah perpaduan Islam dan bangsa Melayu akan selesai jika Umno sedia menukar dasarnya daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan