WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- MIMPI ANWAR MENAKUTKAN EZAM SESUMPAH
- BENARKAH BERITA INI ? JIKA BENAR, TIDAK MENJADI PELIK
- SESUMPAH JUAL MINYAK DI KUANTAN TAPI TAK LAKU....
- IBRAHIM AL KATAKI MEREPEK PASAL HAKIM PULA
- JUDI SUKAN - PEMUDA UMNO PULA BERSUARA
| MIMPI ANWAR MENAKUTKAN EZAM SESUMPAH Posted: 24 Jun 2010 02:17 PM PDT AKHBAR Sinar semalam menyiarkan kenyataan Senatak Ezam sesumpah yang mengulas tentang rombakan yang bakal dilakukan terhadap pimpinan di dalam PKR. Ezam sesumpah menyatakan rombakan itu adalah helah DS Anwar untuk mengalih perhatian rakyat dari kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang dan juga terhadap isu lompat parti di kalangan Wakil Rakyat dari PKR. Nampaknya Senatak Ezam tidak mudah untuk melupakan nama DS Anwar. Apa jua kaitan dengan parti di dalam PKR mahupun di dalam PR, bagi Ezam sesumpah kesemuanya adalah helah DS Anwar. Isu injin klip video Linggam, Altantuya, kehilangan injin pesawat, kapal salam, Apco, judi bola dan berbagai lagi yang DS Anwar berjaya dedahkan kesemuanya helah DS Anwar. Ezam tidak pernah mahu menjawab hujah bekas bosnya itu kerana kita tahu Ezam sesumpah bukan seperti Ezam yang kita kenal dulu. Ezam sesumpah kini telah dimakan sumpahnya sendiri. Dendam kesumat terhadap DS Anwar tidak akan padam selagi beliau tidak padam. Bukan Ezam tidak tahu kredibiliti kesemua Wakil Rakyat dari PKR yang melompat itu. Dia tahu benar, kesemua mereka tidak akan menjadi katak sepertinya jika tiada apa-apa. Bukankah Ezam sesumpah pernah berkata, "mana ada orang yang masuk Umno itu ikhlas?". Sebab itu, Ezam sesumpah semenjak tidor sebantal dengan Umno, beliau sering bermimpi perkara-perkara yang menakutkannya terutamanya bayangan DS Anwar. Sewaktu beliau meninggalkan perjuangan menuntut reform, beliau menyangka pengikutnya seperti beliau yang amat lemah bila berhadapan dengan umpan keduniaan. Berapa orang yang mengikut Ezam waktu itu? Tidak hairanlah sekarang, di mana jua Ezam sesumpah menyalak kita akan lihat kehadiran yang mendengar cerita karutnya hanyalah beberapa kerat orang sahaja. Jumlahnya jauh jika dibandingkan sewaktu beliau berjuang bersama rakyat dahulu. Ezam sesumpah menyedari betapa hinanya beliau di sisi rakyat sekarang, tetapi beliau tidak kisah kerana beliau dipandang mulia oleh Najib sehinggakan mendapat Senatak. Tetapi belum tentu beliau disukai oleh penyokong-penyokong Umno yang lain. Kita bakal melihat Ezam sesumpah akan bertarung pula sesama puak-puak mereka. Kita berharap Ezam sesumpah akan menemui apa yang dicarinya di dalam Umno. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. /wfauzdin.blogspot.com | |||||
| BENARKAH BERITA INI ? JIKA BENAR, TIDAK MENJADI PELIK Posted: 24 Jun 2010 12:32 PM PDT Parti Liar Libatkan Anak Najib, Hishamuddin, Nazri & Sabri Yaakob??? Sumber dari sabahdaily Salam,semalam kecoh di Hilton apabila Zeta Bar telah ditempah untuk sebuah private party.Parti yang dikatakan bermula jam 10.30 malam itu dikatakan adalah parti harijadi anak seorang pemimpin tetinggi Umno.Parti ini juga mendapat liputan meluas apabila ramai orang yang menunggu di lobby Hilton untuk melihat siapa yang hadir ke majlis itu. Ramai yang cuba untuk memasuki parti itu tetapi tidak dibenarkan kerana nama tiada dalam senarai jemputan.Orang yang pertama sampai ke Hilton adalah Dafi tiba dengan kereta harrier putih,tidak lama selepas itu Jamil Jidin tiba dengan kereta BMW putih.Yang menggemparkan bila Ashman Najib tiba dengan Bentley hitam bersama pasangannya,diikuti Alissa Hishammudin yang tiba selepas itu dengan Alphard hitam bersama pasangannya iaitu anak kepada Datuk K. Jam 11 malam pula suasana menjadi panas apabila Aizat Fikri tiba dengan VW merah apa yang menambah hangatnya lagi ialah pasangan beliau yang dikatakan dan kelihatan seperti seorang pelakon dipercayai Tiz Zaqyah.Jemputan yang akhir tiba adalah dipercayai anak kepada Nazri Aziz tiba dengan porsche putih. Parti itu dikatakan tamat jam 2 pagi dan dipercayai lebih 100 orang hadir ke parti itu.Apa yang menyedihkan apabila parti itu dikatakan bertukar menjadi parti liar apabila semua tetamu keluar dari hotel dan berjalan dengan mabuk disekitar hotel dan muntah muntah.ini memang melambangkan perangai yang tidak senonoh!fikir-fikirkan lah! Dan ini dilaporkan oleh harian metro (kenapa tak beri nama) KUALA LUMPUR: Segelintir anak orang kaya, termasuk anak orang kenamaan (VIP) dikesan menjadi dalang menganjurkan parti liar atau lebih dikenali 'One Nite Stand Party' setiap bulan untuk menikmati seks bebas, minum arak serta mengambil dadah seperti ganja dan Ecstasy. Remaja berusia 15 hingga 23 tahun terbabit terpengaruh dengan gaya hidup remaja Barat dengan menjadikan parti itu sebagai cara untuk berhibur selain melepaskan tekanan belajar di sekolah dan masalah di rumah seperti tidak mendapat perhatian keluarga.Siasatan Harian Metro mendapati, modal besar diperlukan bagi menampung kos parti itu termasuk sewa tempat, bekalan arak dan dadah yang menjadi 'bahan wajib' pesta seperti itu. Bagi mereka, wang ringgit bukan halangan bagi menikmati keseronokan 'syurga dunia' dengan rakan sebaya. Kelab, bilik hotel dan apartmen menjadi pilihan yang ditempah menggunakan alasan untuk mengadakan parti hari jadi atau parti perpisahan.Selain itu, 'tali barut' juga diperlukan untuk menyebarkan risalah mengenai parti berkenaan secara sukarela dan mengutip bayaran masuk serendah RM25.Difahamkan, parti seks liar itu dijalankan sekali seminggu terutama di bandar besar dan kebanyakan pengunjung yang masih mentah, mula mengenali seks, arak dan ganja dengan menghadiri pesta seperti itu. Siasatan Harian Metro mendapati, bagi menarik remaja lelaki mengunjungi parti itu, penganjur menyediakan gadis cantik dan berpakaian seksi.Pengakuan seorang pelajar tingkatan 3 yang mahu dikenali sebagai Eddy membongkar kisah kehidupan liar remaja terbabit. Eddy, 15, mendakwa dia menerima ajakan rakannya ketika fikirannya kusut dengan masalah keluarga dan dia menjadikan parti liar itu untuk melupakan masalah."Apabila berjumpa rakan yang ambil berat dan mendengar masalah saya di sana, saya mula sedar di sinilah tempat untuk melepaskan tekanan"."Jika tidak sibuk, sekurang-kurangnya lima kali sebulan saya akan menghadiri parti seperti itu"."Siapa yang akan menolak menghadiri parti itu kerana dengan bayaran hanya RM25 hingga RM100, pengunjung boleh melakukan hubungan seks selain minum arak dan menghisap ganja," katanya ketika ditemubual di sini, semalam. Eddy mendakwa tiada unsur paksaan dalam parti itu kerana pengunjung bebas memilih pasangan mereka."Selepas berhibur dan mabuk, kebanyakan kami akan menghabiskan masa dengan pasangan masing-masing. Kami juga boleh bertukar-tukar pasangan pada setiap parti," katanya kepada Harian Metro. Sumber: Justice For All | |||||
| SESUMPAH JUAL MINYAK DI KUANTAN TAPI TAK LAKU.... Posted: 24 Jun 2010 12:24 AM PDT ![]() KUANTAN, 24 Jun - Baru-baru ini, satu Kuantan dihebohkan dengan berita kehadiran "Raja Sesumpah" iaitu "Petualang Rakyat" si Ezam Md Noor. Apa tidaknya, poster dan banner kehadiran "Yang Berhormat Senator" itu telah diletakkan di merata tempat, hingga orang ramai di sini terkejut dan teruja untuk menanti kehadiran beliau itu. Ezam dikatakan akan hadir ke satu Ceramah Umum di Dewan Serbaguna Balok dekat sini bersama "musuh ketatnya dulu iaitu Lokman Noor Adam" untuk "membongkar rahsia" jika dilihat kepada tulisan yang tertera di kain rentang itu. Maka, rakyat dari pelbagai kaum sibuk memperkatakan tentang kehadiran Mamat Ezam itu. Masing-masing tertanya-tanya apakah rahsia yang ingin dibongkarkan oleh Ezam agaknya. Apakah beliau akan mendedahkan "kotak-kotak rahsia" yang disimpannya selama ini. Atau beliau mahu membeli kotak-kotak kosong daripada orang ramai untuk diisikan dengan fail-fail rasuah pemimpin UMNO BN. Maka, tarikh yang dinantikan pun tiba iaitu tanggal 16 Jun 2010. Krew kami telah pergi meninjau ke lokasi yang dinyatakan. Berdasarkan kepada promosi besar-besaran yang dilakukan, kami menjangkakan ceramah umum Ezam itu akan dihadiri oleh puluhan ribu rakyat. Tambahan pula beliau baru sahaja bergelar "Yang Berhormat" selepas mendapat anugera "Senator Cap Ayam" dengan izin yang dberikan oleh Najib Razak itu. Sangkaan kami jauh sekali meleset, sungguh menakjubkan apabila Ezam yang suatu ketika dulu dikatakan jelmaan Anwar yang berjaya menghimpun ribuan rakyat untuk mendengar ceramahnya kini sudah "tidak laku lagi". Hanya ada sekitar 200 hingga 300 orang sahaja yang hadir untuk mendengar "kelentong sesumpah" ini. Itu pun terdiri dari kalangan pemuda UMNO yang dikerahkan hadir selepas Ezam menjengok program mereka sebelah petang itu. Tidak langsung kelihatan peniaga gerai ditepi jalan seperti kebiasaannya. Malah, orang ramai juga disediakan dengan makanan secukupnya oleh pihak penganjur. Maka Ezam dan Lokman pun berkokoklah mendedahkan satu persatu "rahsia Anwar" yang mereka simpan sejak sekian lama. Anehnya, Lokman tidak pula mendedahkan "rahsia Ezam" ketika dia dipecat dari UMNO dulu. Nyata, Lokman sedikit pun tidak mendedahkan rahsia "pecah amanah Ezam terhadap duit AMK Keadilan" seperti yang dilakukan pada tahun 2004 di Masjid Negara dulu. Lokman juga tidak mencabar Ezam menjawab segala pendedahan yang dilakukan terhadapnya dulu. Umum masih ingat Lokman dengan bangganya membuat sidang media di Masjid Negara dengan mencabar Ezam supaya bersumpah dia tidak menyelewengkan duit AMK ketika itu. Lokman juga menunjukkan bukti-bukti kukuh tentang penyelewengan tersebut. Namun kini mereka berdua menjadi "kamcing" semula selepas "menjual maruah dan harga diri" untuk kembali bersama UMNO. Segala bukti-bukti yang disimpan oleh Lokman tentang Ezam dirahsiakan pula. Apa yang didedahkan mereka ialah rahsia-rahsia lama yang dialunkan kembali untuk menyedapkan halwa telinga pendengar. Maka, terhiburlah juga orang ramai tatkala mendengar "lawak bodo" Ezam itu. Program berakhir lebih awal, kerana kedua-dua "mangkuk hayun" itu malu melihat kehadiran yang amat "mengerikan mata" mereka. Tahniah kepada Lokman dan Ezam kerana berjaya menjadi "badut sarkas" di Pentas Pemuda UMNO Indera Mahkota Kuantan baru-baru ini. [Teringat zaman kegemilangan Ezam ketika bersama Keadilan dulu. Beliau dianggap hero yang akan mengantikan Anwar jika mantan TPM itu sudah tiada lagi didunia ini. Ceramahnya sering dihadiri oleh puluhan ribu rakyat, malah penampilan dan gayanya yang mirip Anwar itu menyebabkan beliau amat disenangi serta diterima oleh rakyat. Kelantangan dan ketegasannya mengeluarkan hujjah serta pandangan amat bernas sekali dan berjaya menakutkan kawan serta lawan. Ezam dianggap pemimpin era baru yang akan mewarnai iklim politik negara. Ramai yang masih ingat ketika beliau membuat sumpah keramat anak muda di Temerloh dulu. Ucapannya memukau anak muda dan menyemarakkan semangat mereka untuk meneruskan perjuangan. Namun, kini Ezam sudah tidak laku lagi. Ideanya sudah tidak bernas dan pandangannya jelas sekalu kabur. Rakyat sudah tidak dapat menerima Ezam lagi, kini beliau umpama "tin kosong" yang menanti hari untuk dibuang ke dalam lubang sampah. Apapun Ezam masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan. Namun, apakah beliau rela kembali selepas dilantik ke jawatan tinggi dengan habuan puluhan ribu ringgit sebulan itu agaknya?. Maka, berakhirlah riwayat "seekor sesumpah laknat"]./Pahang Daily | |||||
| IBRAHIM AL KATAKI MEREPEK PASAL HAKIM PULA Posted: 24 Jun 2010 12:13 AM PDT TERBACA aku dalam akhbar Sinar semalam, betapa Ibrahim Al-kataki, MP Pasir Mas yang menenggek di atas kerusi yang dipinjamkan oleh PAS itu mencabar MP Batu YB Tian Chua agar kosongkan kerusinya. Ini adalah berlanjutan dari keputusan mahkamah yang menghukum YB Tian Chua dengan jumlah RM 2 ribu. Ibahim Al-kataki merepek mempertikaikan hakim yang tidak mahu pilihanraya kecil diadakan. Beliau juga melalut menyebut YB Tian Chua tidak patut menggigit Polis yang menjaga keselamatan dan oleh itu YB Tian Chua tidak layak jadi MP, katanya. Tidak kedengaran pula kita Ibrahim Al-kataki menyebut KPN Musa Hassan tidak layak jadi KPN dan patut letak jawatan apabila beberapa kes pihak Polis menembak orang awam secara membati buta. Ini baru kes gigit jauh dibandingkan dengan tembak mati. Ibrahim Al-kataki diam je ke? Yang hairannya bersungguh benar Ibrahim Al-kataki mahu diadakan pilihanraya kecil. Mungkin beliau seronok untuk melihat Najib dimalukan lagi jika diadakan pilihanraya. Beliau juga pertikai hakim kununnya halim mesti mengamalkan pengasingan kuasa antara undang-undang dan keputusan politik. Maksudnya hakim tiada hak untuk memperkatakan hal-hal politik. Bagaimana dengan keputusan hakim sebelum ini yang melibatkan kes YB Nizar dan Speaker Sivakumar di Perak? Bisu jugakah Ibrahim Al-kataki? Itulah Ibrahim Al-kataki. Sebenarnya YB Tian Chua amat bermaruah sekali sebagai MP kerana beliau dilipih oleh rakyat yang mengundi di atas partinya. Ibrahim Al-kataki pula bagaimana? Adakah pengundi di Pasir Mas memilih beliau atas nama `katak' tidak kiralah samada katak puru atau katak emas. Bermaruahkah beliau selama berada di kerusi pinjam itu? Sahih dan jelas, Ibrahim Al-kataki lebih tidak bermaruah dan jenis yang tebal muka./mandor.blogspot.com | |||||
| JUDI SUKAN - PEMUDA UMNO PULA BERSUARA Posted: 24 Jun 2010 12:02 AM PDT
Selepas Badan Perhubungan Umno Johor dan Perak, Pergerakan Pemuda Umno hari ini secara rasmi membantah cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen judi pertaruhan sukan di negara ini.
"Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini, Pemuda Umno membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut. "Kita berharap apa yang kita dengar dalam berita iaitu kenyataan yang dibuat oleh pihak swasta bahawa kerajaan telah bersetuju (mengeluarkan lesen) adalah tidak benar. Kita berharap kerajaan tidak mengeluarkan lesen tersebut," katanya. Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Tawau, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, di Tawau hari ini. Khairy berkata judi merupakan gejala tidak baik dalam mana-mana masyarakat termasuk dalam masyarakat bukan Islam sendiri. "Saya tanya rakan-rakan dalam MCA dan MIC, mereka pun kata judi ini bukanlah perkara yang disokong oleh masyarakat mereka. Memang betul ada masyarakat bukan Islam berjudi tetapi ia bukanlah yang disokong masyarakat mereka. Mereka juga anggap judi bukan budaya mereka. "Mereka pun berpendapat mengapa kita menggalakkan perkara ini (judi) dengan memberi pengesahan dengan memberi lesen. Jadi daripada sudat pandangan mana-mana budaya atau kaum di Malaysia ini, mereka tidak setuju, lebih-lebih lagi untuk orang beragama Islam," katanya. Walaupun ada pandangan yang menyatakan bahawa lesen judi berkenaan hanya untuk masyarakat bukan Islam, namun kata Khairy pandangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang sangat menentang judi perlu diambil kira dalam isu itu. Selain itu, Khairy berkata alasan bahawa jika lesen judi pertaruhan bola berkenaan tidak dikeluarkan akan menyebabkan judi haram berleluasa dan tidak dapat dikawal tidak dapat diterima kerana PDRM membuktikan mereka berjaya membanteras beberapa kegiatan pertaruhan bola sejak bermulanya kejohanan bola sepak Piala Dunia. "Apabila melihat kedua-dua hujah ini, kita dapati sudah tiba masa kita membuat pendirian secara terbuka berhubung isu ini. Jadi pada hari ini kita rasa terpanggil untuk memaklumkan kerajaan tentang pendirian Pemuda (Umno)," katanya. - Bernama |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



6 ulasan:
Hey there I am so happy I found your weblog,
I really fοund you by error, whіle I was sеarсhing on Dіgg for something еlse, Nοnethelesѕ
I аm here noω and would just like to say thanκs a lоt for a marvеlous post and a all rοund
еnjoyable blog (I аlso lоve the theme/design), I ԁon�t have tіme to read through
it all at the minute but I have bookmarked it аnd also
included your RSS feeds, so when I havе timе Ӏ will be baсκ to read a grеat ԁeal more, Pleаѕe do kеep up
the superb b.
Feel free to viѕit my рage; super Turbo adult scooter with seat
I’m not that much οf a online геader to be honest but youг
sites reаlly nіcе, keeр
it up! I'll go ahead and bookmark your site to come back in the future. Many thanks
Feel free to visit my blog post: ps3 for free
My site :: playstation 3 for free
Very good blog you havе here but I ωas wanting
to know if уοu knеw оf any discussіon boarԁs that covеr the ѕаme topicѕ discuѕѕеd in this аrtiсlе?
I'd really love to be a part of community where I can get advice from other knowledgeable individuals that share the same interest. If you have any recommendations, please let me know. Kudos!
My blog post :: build a wood boat
My website: how to build a boat
Hello therе! I knоw this iѕ κinda off tοpiс neverthelеss І'd figured I'ԁ ask.
Would yоu be intereѕted in tгadіng lіnkѕ or maybe guest wгiting a blog post or
vice-vеrsa? My website covers a lot of the same subϳects as yоurs
and I belіeѵe we cοulԁ greatly benefit from eaсh other.
If уou're interested feel free to send me an e-mail. I look forward to hearing from you! Terrific blog by the way!
Here is my website - how to get taller naturally
First of all I want to ѕay fantastic blog! I had a quick question which Ι'd like to ask if you don't minԁ.
Ι was intеrеsted to κnow how you сenter yourself and clear your head before ωгiting.
I have had а harԁ tіme clearing mу mind іn getting my ideas out.
I do takе pleasure in wгitіng but it just
seems like the fіrst 10 tο 15 mіnutеs are lost simply just trying to figure οut how to begin.
Any ideаs oг hints? Appreciatе it!
Here is my web blog; make boobs bigger
I'm truly enjoying the design and layout of your site. It'ѕ a verу eаsу on the eyes ωhich maκes it much more pleaѕаnt for me to сome
hеre and νisit more often. Did you hire out а designer to crеate
уοur theme? Fantaѕtic work!
my blοg рoѕt :: Fathers Day Gift Baskets
Catat Ulasan