:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
- "Kalau saya jadi kerajaan, saya akan luluskan (lesen judi)" - Tun Mahathir
- Persoal biasiswa MARA: Drama Pemuda Umno VS PERKASA = PERKATAK
- Tak pernah janji projek semasa berkempen: Bukti Najib/Umno adalah pembohong besar!
| "Kalau saya jadi kerajaan, saya akan luluskan (lesen judi)" - Tun Mahathir Posted: 24 Jun 2010 05:04 AM PDT ![]() Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa. "Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini. Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan. Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi. "Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia. "Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi. Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata. "Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu. "Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi. - MKini |
| Persoal biasiswa MARA: Drama Pemuda Umno VS PERKASA = PERKATAK Posted: 24 Jun 2010 12:03 AM PDT ![]() Oleh: Pria Malaya Ok la tu, Khairi mewakili Umno, Ibrahim Ali mewakili wakil Yb 'katak' (Jiwa Umno jugak sebenarnya)..so jadilah sepertimana lambang diatas, PERKATAK (hasil gabungan Umno dan 'katak)..bak kata rakan penulis, dua2 xleh pakai... So, biarlah kedua2nya beradu kekuatan sesama sendiri, mmg jenis yg berjiwa Umno, sering bertelagah sesama sendiri, tu sampai 'kerusi terbang' masa mesyuarat perwakilan Umno waktu dulu... Apa pun, penulis mahu kongsi dua je dari isu ini..harap korang ambil perhatian, n then sebarkan.. 1. Pemimpin MCA yg mempersoalkan biasiswa utk org Melayu ni, bukan DAP seperti yg selalu dituduh dan ditohmah oleh penyokong bawahan umno yg jumud..namun tiada demontrasi, tiada aksi bakar gambar pemimpin MCA, tiada memorandom, tiada sebarang makian atau cercaan, tidak digemburkan dlm media perdana dan lain2..sebab apa? sbb MCA yg persoal, sekutu rapat Umno..cuba bayang kalau DAP yg persoal, 25 jam sehari duk canang dlm media bahawa DAP dan PR sering persoalkan hak bumiputra, PAS bersekongkol dgn DAP nyahkan hak org Melayu, pengkhianat dan bla2... 2. Kalau diikutkan kata YB 'katak' ni, sememangnya Khairi telah menjual bangsanya sendiri..Khairy adalah Ketua Pemuda Umno, maka secara langsung mewakili partinya Umno..maknanya di sini, Umno telah menggadai dan menjual maruah bangsanya sendiri seperti lazimnya berlaku sejak merdeka sehingga sekarang..sungguh naif dan hina sekali..kononnya membela melayu, jaguh org melayu, juara bumiputra dan bla2, tp rupanya sanggup jual bangsa sendiri..bukan penulis yg kata, Ibrahim Ali yg kata.. Semoga korang fikir2kan...utk yg terakhir, melayu sangatkan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu tu??..wallahua'lam.. PERKASA ingatkan Khairy jangan jual bangsa sendiri... ![]() Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mengingatkan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaluddin supaya jangan menjual bangsa sendiri, dengan mempertahankan ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong yang didakwanya mempersoalkan pemberian biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA. Semalam Khairy yang juga ahli parlimen Rembau membela Wee selepas 'diserang' oleh presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung isu biasiswa tersebut. Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu. "Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum "Kalau nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikirimkan melalui SMS pagi tadi. Ibrahim yang juga pengerusi Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata beliau mempunyai bukti berhubung kenyataan Wee itu dalam akhbar The Star yang bertarikh 16 Jun lalu. Akhbar berbahasa Inggeris itu memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, maka ia tidak selaras dengan konsep 1Malaysia yang dipromosi oleh kerajaan. Ibrahim menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik". "(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'. "Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya. Dalam satu sidang media di lobi Parlimen semalam, Ibrahim mengecam Wee berhubung kenyataannya itu. Berikutan itu, Khairy dan Wee kemudiannya dilapor mengadakan sidang akhbar masing-masing bagi menjawab isu tersebut Ketika mempertahan Wee, Khairy berkata ketua Pemuda MCA itu tidak mempersoalkan hak orang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan. Sebaliknya, kata Khairy, Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee. Manakala Wee pula menjelaskan bahawa pernyataannya tidak mempersoalkan biasiswa MARA. Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, beliau tetap "tidak berganjak atas kenyataan terhadap ketua pemuda MCA" itu. "Siapa yang putar belit kenyataan kalau tidak Wee sendiri. Rujuk (akhbar The) Star pada I6 Jun (pada) muka 2. "PERKASA wajib sentiasa berdiri di atas kebenaran. Bukan main politik tak tentu arah. Pemimpin perlu ada kredibiliti, amanah dan bermoral. "(Pemimpin) yang ada masalah kredibiliti, tiada siapa percaya, ada dibayangi konflik dalaman diri....Saya akan terus bersuara tanpa peduli apa orang kata," katanya. - MKini Berita terdahulu... Khairy 'selamatkan' Ka Siong daripada Ibrahim Ali Christine Chan Jun 23, 10 8:44pm Ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh wakil rakyat Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berhubung isu biasiswa. Dalam satu sidang media di lobi Parlimen, Ibrahim yang juga presiden PERKASA mengecam Wee berhubung pernyataannya minggu lalu yang menggesa kerajaan supaya mengekalkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Akhbar berbahasa Inggeris, The Star memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, maka ianya tidak selaras dengan konsep 1Malaysia yang dipromosi oleh kerajaan. Sejurus selepas sidang akhbar Ibrahim, Khairy yang juga ketua Pemuda Umno dan Wee, mengadakan sidang akhbar masing-masing untuk menjawab isu tersebut. Khairy memberitahu pemberita bahawa Wee tidak mempersoalkan hak oang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan, dan menegaskan bahawa Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee. Wee pula menjelaskan bahawa pernyataannya tidak mempersoalkan biasiswa Mara. - Mkini |
| Tak pernah janji projek semasa berkempen: Bukti Najib/Umno adalah pembohong besar! Posted: 23 Jun 2010 10:42 PM PDT ![]() Oleh: Pria Malaya Terus terang penulis katakan, Najib adalah seorang Perdana Menteri yang kuat/sering BERBOHONG!...sudah berapa kali Najib cuba memperbodohkan penyokongnya khususnya dlm isu projek 'mee segera' ini..korang boleh baca berita dibawah.. - 'Belum jadi PM sudah berbohong – "Projek mee segera" ada lagi' Betapa malangnya mempunyai pemimpin negara seperti Najib..sudah terang2an umno/BN sering menjanjikan projek/program/wang/dana/rasuah ketika musim p/raya... Ini diakui sendiri oleh Umno dan penyokongnya pada suatu ketika dahulu bahawa kaedah kempen Umno yg sering menjanjikan wang/projek ketika musim PRK tidak membawa keuntungan (sebab rakyat tetap tolak Umno), malah merugikan..sehingga ada suara yang menegur Umno supaya mengubah cara kempen, seterusnya menghentikan kempen 'wang besar' setiap kali musim p/raya...boleh baca dibawah.. - BN Henti Pendekatan Pembangunan 'Mee Segera' Hadapi Pilihan Raya - Najib Apakah ini bukan bukti bahawa Umno sememangnya sering menjanjikan projek 'mee segera' setiap kali musim PRK??, mudah utk memberi, mudah pula utk ditarik?? so, apa releven kenyataan 'Umno tak pernah janji projek semasa berkempen'? melainkan membenarkan bahawa Najib adalah seorang pembohong tegar! Dan yg terbaru, apakah korang masih ingat 'slogan' Najib pd p/raya kecil Sibu yg lepas.." I Help You, You Help Me"?? Berita seperti ini sememangnya wajar ditelan mentah2 oleh penyokong tegar Umno kerana itulah standart pemikiran mereka...mudah menipu, dan mudah tertipu..taraf penyokong jumud/aktrem/fanatik memang sukar diubah.. Penulis tidak mahu mengeluarkan kata2 kesat di sini, ana soimun...cuma penulis mahu korang fikirkan sendiri betapa mudahnya PM korang (penyokong Umno) memperbodoh dan menghina korang..seolah2 korang adalah rakyat yang bebal dan mudah diperbodohkan...maaf jika menyinggung perasaan, kerana ia merupakan hakikat kebenaran...wallahua'lam... Kerajaan tak pernah janjikan projek semasa berkempen: PM KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah menjanjikan program atau projek kepada rakyat semasa kempen pilihan raya kecil di seluruh negara termasuk di Parlimen Sibu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata program yang dilaksanakan di kawasan pilihan raya kecil Sibu merupakan program yang telah dirancang oleh kerajaan terlebih dahulu sebelum pilihan raya kecil tersebut diadakan sama seperti di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) lain di seluruh negara. "Bagi pilihan raya kecil Sibu, kerajaan telah meluluskan 107 program atau projek bernilai RM37.7 juta untuk dilaksanakan di seluruh kawasan Parlimen berkenaan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wong Ho Leng (DAP-Sibu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau berkata peruntukan itu meliputi program atau projek berbentuk fizikal, sumbangan atau bantuan dan program kemasyarakatan. Wong ingin tahu jumlah peruntukan yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sibu sepanjang kempen pilihan raya kecil Sibu yang berakhir pada 16 Mei lalu dan jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam kempen pilihan raya berkenaan. - BERNAMA Boleh juga baca di sini: - Sensasi: Kerajaan Tidak Pernah Janjikan Projek Kepada Rakyat Masa Pilihanraya Kecil, Terbukti Najib Sengaja Memperbodohkan Dirinya Sendiri (PahangDailyOnline) |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan